Showing posts with label pizza hut. Show all posts
Monday, May 21, 2018
SALAM RAMADHAN-5, 1439H/2018 | SABTU MANJAT GPO | KOREK-KOREK PIC YG ADA KASI TARUK
Nur Aishah
5/21/2018 10:00:00 AM
DOME
,
fruitheart
,
GENTING PREMIUM OUTLET
,
GLENEAGLES KL
,
MAKAN-MAKAN
,
pizza hut
,
RAMADHAN
,
SAKIT
2 comments
:
Assalamualaikum.
Alhamdulillah masuk ramadhan ke lime dah arini.
Alhamdulillah jg i dapat puasa penuh sampai hari ni.
kahhh ! tu pun kena mention ke? eh harus laa..
makna kata i tak sampai lagi bendera jepun.. huhu
Weekend mcmbiasa melepak umah mak.
Berbuka, sahur..
tapi lately malehh nya nak snap2 pic iftar, food bagai.
tahu2 masuk je waktu, ngapp.. settled.
padahal sabtu aritu mak masak nasi lemak sambal sotong(sotong basah ok) mabeles giler!
pastu dia up plak masak lontong.. lontong beli yg dalam daun pisang tu!
pastu dia up plak masak lontong.. lontong beli yg dalam daun pisang tu!
kuah lodeh plak tersangat sedappp!
i sebat kedua2 nasi lemak dgn lontong tanpa belas!
sedap yakmat2!!! dah makan mmg tersantak. nak tarawikh pun menyandau!
layan budak2 main bunga api.
Siang sabtu tu, pnya sangap tak tau nak buat apa.
Auni n abam pun balik umah depa skjp.
So suami ajak round2.. Mula2 plan nak p shah alam..
usyar2 PKNS ke...kat sana kan meriahh jualan ramadhan/raya..
last2 suami kata naik GPO(Genting Premium Outlet) je lah..
sejuk sikit. puasaaa kot. huhuh..
:: takde la SALE apa sangat lagi atas ni.. tapi dapat la rembat tshirt suami 2-3 helai.. ::
:: ada nampak mami happy???? mami kna bawa beg shopping dia sedangkan mami tak beli apa2???? hahaha ::
:: eh letak lagi seketul lah pic posing mcmni . sbb nmpk mcm suciii je muka bebulan puasaaa ni. padahal baju p merket je beranii pakai sampai naik genting! ko mampuu??::
:: ok skrang mami dah happpy.. sbb see tgn kanan mami pegang beg apa?? pandaiii.beg perfume! hahhaha. dapat pow perfume 2 botol buat pakai ramadhan syawal. hahahha. ::
:: kalau p mana2 premium outlet..i mmg cari beauty scents ... perfume kat sana mmg murr murrr... eh authentic ye..bkn inspired or imitation. tapi tak semua brand lah dia ada.dia ikut promo mana dia dann bawa masuk dari US... nyaris jg nak beli jam.. sbb fossil buat sale gempita! tapi.. tak berapa necessary lah . jam yg ada pun tak tau nak sarung kat mana.. bkn boleh pakai sekali harung sampai 3-4jam kan?? kna pakai 1 juga..so better i simpan duit nak bayar duit tailor baju raya dgn cookies raya.. cookies raya i je cecah rm600-700 jg. maklomlah ada 3 rumah kena supply! ayooo karawaleyyy! ::
:: dah lolah berjalan..duduk sat kat tengah2 boulevard yg ada air pancut tu..elok windy.eh kata genting kan?? tgk kedai makan dia boleh tahan byk kat GPO ni.. nnt dah abis puasa plan nak coffee2 atas ni. or mana tau suami nak payung 'Burger & Lobster' ke.. ehemm. ::
Puasa kali ni i rasa chilll lah.
Tak berapa kedaung, or melembik ke apa.
Suami i plak yg nmpk lesu. sbb dia tgh batuk teruk.
I stay umah mak smpi ahad tghari je..
Lepastu balik Kajang dah.
Singgah Mydin cari stok bahan basah masak buat masak sahur.
Berbuka tak kacau sangat, sbb mmg singgah bazaar je.
Yela penat2 balik keje, dgn jem bagai. takyah la buat perangai nak masak beriya.
dah la makan 2 mulut je.
Yg risaunya time sahur lah. Bazaar makanan bkn sedap nau.
so slalu sahur lah i masak elok sket.
Ok settled cerita aktiviti weekend..
Ni saja nak up gambar2 before puasa aritu.
:: a few days before puasa, ada chckup dgn Dr.Fuad... letak kad appoinmnt pastu p cari makan. Kat gleneagles ni mostly western je lah byk. Gleneagles kan ada new block. Kat new block tu byk jg kedai makan baru...tapi let's settled dgn DOME je.dekat dah dgn klinik onco. ::
:: i makan cream pasta je.. i mmg preferred linguine than spaghetti .. kalau makan sizzling mee pun i akan request mee leper mcmni instead of mee kenting2(yee mee).. sedapp! tak muak sbb cheese dia mild je. ::
:: roasted chicken ni suami pnya. kat DOME ni roasted chicken dia mmg SANGAT sedap ye. tak mcm nando's ke kenny rog ker.. dia mmg ada taste dia sndiri... tp sangat marvelous! ::
:: Weekend before puasa, masa mother's day.. bawa budak2 main air kat sg congkak. diorang ni kan orang bandau. masuk sungai terpeghak2 sekor2. huhu. boleh diorang main tepi2 je...eh i ni pakal tak bawa baju.if not i yg berkubang lebih.. pastu i siram2 air atas badan diorang terjerit2 kesejukan. eh me be like 'bluerrrhhhh'. pastu panyah dia bawa diorang ketengah sikit, baru diorang enjoy mandi! sonok sangat tgk depa mandi sungai. syik mandi swimming pool ja.. klorin tau dak?? tu yg balik singgah makan pizza.. dgn budak2 apa lagi diorang suka makan kan?? ::
:: montek haku ni pandaii je order..siap tau pages berapa menu fav dia... tempura prawn dgn seafood lasagna.. sikit dia tak heran pizza. mcm ongtue! huh! ::
:: nampak taik lalat gua je... jadikk laa ::
:: tgh makan waitress tu hantar complimentary cake as per mother's day.. Alhamdulillah.. tapi i dapat jilat ujung sudu je...sbb budak2 tu yg qiqah cake smpi selesai.sob2..::
Ok ada tu je pix terkumpul yg sesuai di-up...
So, i go first naaa. u all go second :p..
Selamat meneruskan ibadah puasa...
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Thursday, March 22, 2018
CERITA BAB MAKAN2 BUAT MOOD GEMBIRA...
Nur Aishah
3/22/2018 03:24:00 PM
ana ikan bakar petai
,
KAW D BURGER BAKAR
,
MAKAN-MAKAN
,
pizza hut
,
RAZAK CHAPATI SEMENYIH
No comments
:
Assalamualaikum.
Entry ni express lane pnya types.
Baca tajuk kat atas, pastu i tepek je pic.
sikit2 i bg footnote bawah gambar then selesai k.
sebab apa?? sebab tuan khemah kebizian sket arini.
sejak #bfftj dah masuk balik HKL ni, dia terajin plak nak kelebet baca blog I.
So ala2 entry ni as a welcome entry to my dearie mok2lat2 Ain J!!!!
hahahha ,welcome home Ain..
hang cekik ayaq mata che'dok toroyak(melalak) time hang pindah maghin.
Laa ni hang mai balikkk... hang tau dak erti buang masa? hahhahah.
again, selamat kembali anje Ain J...
slamat bertugas kembali di tempat lama...
disisi sahabatmu yg super duper damnly gojes & muslimah ini (baca : I).
Ok since tajuk pun dah bgtau nak cerita bab makan.
so, marilaahh kita.
:: Ini capatti ye anak2.. tak tau juga,osah tak masyarakat majmok langsung! huhuh. I sebelum ni mmg TAK PERNAH suka capatti pun. bagi i capatti ni rasa dia plain, tak mcm roti canai. tapi lately i dah tersuka tanpa sengaja... sejak BIL i rekemen Razak chapatti kat Semenyih ni haa. sedapp baituhhhhh chapatti dia! kat sini ada 1 kuah sardin hancur..kau lawan kan dgn chapatti ni, 3 keping selesai! ::
:: kemain buat muka tusen. tusen tau?? tusen tu SATU SEN..short kan jadi tusen..hehhee::
Other days....
::affogato kat Burger Bakar KAW D.. affogato tu sepatutnya coffe-based dessert, tapi hat ni, ice cream(dessert) semata + mashmallow. ek eh dah menderhaka pada resepi neh! hahaha. ni ciktam yg makan, i tak menat! ::
:: meatball kat sini is wajipppp... TAPIIIIIII... k e c e w a! tak sehedap pommm. daging lembik2 gitu la. tak berapa fresh. gravy pun alahaii bulihh laaaa.. 6 ketul mcmni RM16. sorry, kakak say NEY! ::
:: wild mushroom soup..pun sedihhh! eh kenapa KAW D yg kemain tersergam indah begini, sgt mengecewakan ha??? takpelah kalau takat makan mushroom soup stupid2 kat pizza hut tu dari yg jenis ala2 nak buat yg have2... tapi rasa dia juz2.. soup dia likat tapi sejuk. tasteless.. sorry anda tersingkir minggu ni!...ek eh?? hahha. betul pnya marahh nehh. soup begini RM8 ::
:: ni baru balik dari Manjaku, bawa ciktam beli hamper kawan dia dpt new born... KAW D ni sederet je dgn Manjaku... ::
:: sotong bakar petai... our dinner last monday.. lapar nasi sekor2.. gelupur tuju Ana Petai. Dah 150juta kali kot mai sini. so tadek apa nak review ke komen ke.. sedap mcmbiasa..cuma kena pandai pilih bahan mentah and jenis masakan... masak mcmni boleh tahan..tapi i tetap suka sotong goreng tepung ::
:: Pari masak asam pedas mcmbiasa.. sedapp giler yg ni! ::
:: 2 lauk mcmni dgn air buah for two dalam RM57 sahaja. murrrr kan? ::
:: Asalnya i nak layan ikan asam podeh je..malas nak ada lauk lain, nnt tak fokus makan. sekali masa i tgh pilih ikan, staff dia baru topup sotong ..wowww terbeliak jikmata I tgk sotong gumuk2 dia..terus tirguda..rembat seekor yg besarrrr..tu terhasil nya sotong bakar petai .. ::
:: new orlean drummet by Pizza Hut, kegemaran selalu,suamiku.. ..ni dinner ari selasa.. i sbnarnya selalu je bermasalah nak fikir nak dinner apa... sangat sangat sangat bermasalah! hahahhaha. sampai jadi gaduh pun pernah. eh malas lah nak ulas..so ptg tu i main petik je laa.."pizza je lah bang"...tu yg tuju terus pizza.. ::
:: ni ha pizza smpena CNY.. Pizza Yee Sang... adoii kecewaa cemana kaaa.. tak sedap la kot pizza yg beriya2 mcmni. i kena bear in mind, jgn sesekali repeat order pizza2 yang baru2 release.mmg kebanyakannya menjahanamkan perasaan! bek i order island supreme jaaa.. bang, jom la alexis bang......!
OK2 i really have to go.
ada keje tgh tggu ni.
Esk i ada checkup, probability nak MC is high ok.
so jmpe later k.
eh esk jg Paklong I nak re-menikah!!!! wahhh..
ptg nya i nak balik melaka...tggu news sensasi dari I k...
Your Sincerely,
auntie bawang holland.
bye :p
.: NO HATE JUST LOVE 💋:.
Wednesday, July 26, 2017
TERINGIN NAK MAKAN MEE GORENG KALER OREN, SEKALI MEE KAT KEDAI DAH HABIS..TERUS AJAK MAKAN PIZZA.. BOLEH, GITU??
Assalamualaikum.
Takde apa nak story sangat.
Ni cerita biasa2 moment2 yg i tempuh, hadap hari2.
Nak2 weekdays.. apa je lah yg kita leh buat ken??
i terkagum2 jg dgn orang yg leh hangout dgn member minum sampai lewat malam.
Movie dgn suami/bf.. padahal esk nak keje kowt??
i kalau weekdays, masa yg ada 3-4 jam tu mmg macam tak cukup!
sedar2 dah kol 10.30pm...
sedar2 dah kol 10.30pm...
esk pepagi kol 4.45am dah nak bangkit...
i bab tidur mmg berkiraaaa! jgn cuba2 nak kawteam,sorry booolayan.
kalau kata fav drama i ke apa sekalipon, i rasa nak tidur, i lelap je.
kesah pulak i dgn kotak tv tu? dah la boleh record skrang kenn..
So lalui je la hari2 mendatang dalam hidup...
sementara di beri pinjam udara utk bernafas.
Agak2 bermanfaat ke hidup kita ni?
Allahua'lam...
:: Ni dinner malam semalam. Mula konon terbayang nak goreng mee kaler oren. Mean tanak campur seafood sauce ke, sos tiram ke,kicap ke apa. nak goreng oren2..pastu nak letak taugeh. bila makan krap krup2...perkhhh..sekali sampai kedai, mee dah abis. terus merajok.tanak masak apa2pon. ajak suami makan pizza.. gitto perangai kou! haha ::
:: set ni boleh pilih appetizer..kemain healthy appetizer pilihan pasangan secoli ni.. hahha ::
:: i bkn minat sangat pizza2 ni semua. dah kertu2 ni tekak kelahar nasi lauk2 kampong je.. tapi sesekali kalau teringin layan jg.. hat ni habis 2 slices je. lebih tapau je la..sambil tgk tv mlm td ulang makan..tu pon i korek cheese kat crust dia je hahaha. roti and meat2 ni semua mmg dah takleh telan.. ::
:: yg ni forever yours my husband.. new orlean drummet ::
:: makan kat Pizza Hut depan Metro Inn kajang ni ::
:: laki i berbaju melayu lengkap bersampin songkok completed sbb opis dia buat jamuan raya...terus jamuan penutup raya 30Syawal! huhu. catering tuk jamuan raya dia tu i la huru hara mencari kan sbb cater biasa tu x dapat nak commit last minute. sebaik suami i kata sedap2 kakak catering tu masak. Soto dia sedapp giler laki i kata.. tetes ailio i dgr. ::
:: Malam2, dah solat isya.. lepak2 menyembang sambil tgk tv.. sambil2 tu layan pakai mask... dah kertu2 ni kemain senang skin nak jadi dehydrate! tepi2 mata, kat tulang pipi, pandai dah nak mengering, memerah.. amek haku tepek mask goat milk. i ni mmg ada masalah kulit muka kering la.. orang lain dok komplen muka oily, kekejap kena tekap dgn paper oil tu.. i mmg jadi too dry! kena apply mask 2mggu sekali neh..::
:: i pakai hat The Face Shop je lah pun... suka sbb xtra moist! ::
PSSTTTTTT.....
:: TADAAA .. malam tadi i sempat goreng mee..tapii tak berapa jadi la kaler oren nya!!! mebi sbb kurang cili. Rumah I ni walau tadek budak, 'bapak budak' tu belebih2 lagi manja perutnya!! pedas kena lite2 je.. Sudahnya pucat lesi mee I... still tak mencapai piawaian.. tapii..i berjaya campak taugeh inside! selalu i nebes2 sikit nak masuk taugeh.. kali ni i kuat semangat try masukkan! i nak makan mee krap krup2.. btw kuali lejen berkerak tu tatap menjadi pojaan hatiku! mihmih::
:: Alhamdulillah... jadi laaa dinner for two...::
Semalam. suami first trial naik feeder bus MRT dari station stadium kajang to hillpark.
took about 30minutes juga la nak sampai ke taman perumahan kami.
tu pun bas sekadar antar kat roundabout bawah.
I pi la tunggu dia kat situ.
dia kata dia boleh je jalan sampai umah..
Oh I tak gamak nak biar dia menapak.
korban byk dah suami i tu...
kete ada, pon tetap tak nak drive asing2..
sebab dok kesian i drive pagi2 jauh2..
nak car pool jg.. biar susah sikit balik naik Public transport pon...
so skrang i ada sikit lega la kalau nak masak ke apa...
sbb tayah kalut nak p jemput dia...
takat jemput kat bus stop yg sekangkang gorilla tu enggak apa2..
sarung cardigan je , siap.
Moga Allah mudahkan urusan suami I..
urusan kami..
dan urusan kita semua...
Ameen.
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Wednesday, May 17, 2017
BAHANG RAMADHAN MULAI TERASA & CERITA MAKAN KAK ESAH & CORELLE FROM MELBOURNE WITH LOVE
Assalamualaikum.
Break kejap cete Melbourne..naik migrain2 pala nak mengingat kejadian.
2hari telan panadol pagi & malam.
hahaha. parah btol!!!
lagipon skarang cuaca kemain2 nak bermusuh dgn kita.
Panas berdentung2.. Org utagha habaq..panaih lit2..
Bahang nak puasa dah mula terasa...
dan..tuk kali ke 150 juta nak bgtau lagi...
opis kami kan ekon dah melungkup!
ni bkn cobaan ye..ini betul2! ventilation office sgt worse!
kami beli kipas kecik letak atas meja masing2.
Sejuk tang muka je la.. tang lain.. meruyup!
Orang datang ukur nak pasang ekon dah 450,000 kali.
Kemain ukur lantai, ukur siling nak buat lalu saluran ekon.
tapi pasangnya entah kan bila2.. amarah sgguh kakak taw!
Takat panas sikit2, kita leh bersabar..ni membawa ke migrain...headache..
hari2 berkuah becak ketty.. mmg takleh tolak ansur dah..
sapa berani suh boss baca blogi ni??? sapa?? hahhahahaa.
Moga Allah mudahkan urusan kami.
So..rentetan dari cecehan kakak kat atas..
kakak stop kejap la entry Melbourne. Pinau2 jikmata.
nak sort pic.. nak igt sejarah kejadian.. watermark pun haku tak bubuh.
Lantakkan situ.
Since 2 ari tiap2 ptg balik, gelupur2 mandi...
pastu ON ekon sampai 18!
pastu terbongkang atas sofa! tanak buat apa2..
makanya..malam tadi ajak suami makan PIZZA..
dari kat melbourne kepingin nak makan pizza..tapi tak jmpe pizza halal.
yg pakistan2,turki2 pnya i tanak. i nak pizza italian jg2!
:: dah la teringinn sgt2.. pastu salah order topping pulek tu..ni MUSHROOM CHICKEN. sila lah tayah order.tak sedapppp. masam terlebih. and dull sgt rasanya... dah la i oda stuff crust, dia hantar crust biasa. suami suh order lain... mmg tak la..membaziaq! i makan roti keliling dia je. so tak kesampaian lagi la nak menikmati pizza dgn sebenar2 nikmat. ceeewahh. ::
:: NEW ORLEAN DRUMMET, ni menu wajib suami kat Pizza Hut.. never failed.. !::
:: Kemain khusyu' dan tawadduk dia menghirup soup. hahaha ::
Alangkan dah tepek pic makanan..sekalian lah kita update ..
Sabtu lepas, sampai je Malaysia..balik umah..
masuk baju dalam washing machine(baju2 sebelum fly+baki2 baju melbourne) ..
mandi2,solat...berdesup p cari nasi!!!
rinduu sudahh!!
:: tala terus ke ana petai... kali ni amik ikan merah...suh dia masak asam podeh.. ya ampon..makan sambil zikir2 dalam hati..ALHAMDULILLAH300x..hahhaha. propah sgguh! nikmat yg kenot2 didustakan lagi!. ::
:: Kita pekena sotong celup tepung pueh2.. masa kat melbourne, sotong dia mahai2... so makan puassss2::
THEN....
Ahad malam, balik dari rumah mak..mak tapaukan kari ikan jenahak.
Balik umah, re-heat and tambah masak telur kicap bodo & ikan masin tenggiri..
Special nya kali ni.....
:: pamparammmm ..dia punya selera sodok nasi masuk mulut tu...lain maciam sgt!! hahahha::
:: bau kedai tak??? bau tak? ne ne ne ne ne.. nnti kita cete bab CORELLE ni later k.. kat sana murr murr ols! cheaper than Langkawi there! gigil tahan napsu rasa nak chartered kontena borong semua..hahaha. dah lari tema dah pinggan mangkuk kami.. asal nya kami ada plum collection.. nampak yg ni..kemain sweet muwitt.. so let's la kita berubah angin... kami jenis, dah beli mahal molek2..pakai terus la..simpan buat paa??? nak tggu org mai umah, tahun bila ja depa mai pun kan?? self-reward..kemon!!! gitchewww.. ::
Again and always..
ALHAMDULILLAH...
.: NO HATE JUST LOVE 💋:.
Thursday, April 21, 2016
FOOD AT EVERYWHERE
Clean up folder gambar handphone.
Kasi up semua gambar makan yg ada.
Tak byk mana, tapi rugi kalau tak share..
Sedap ke tak sedap, kita kasi review.
Kak jah tlg payung...dunwori k! huhu.
bab2 makan ni gigil2 tetep nak up entry. :p
Lagipun dah susah2 payah tertonggeng2,terhencut2 mngambil gambau.
Eh nak didelete begitu saja???
1) UMAI CAFE PUTRAJAYA
Jalan P8e2/10, Presint 2,
62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya, Malaysia
Phone:+60 12-239 6118
::I makan kat sini last friday. Balik keje, kami cam biasa memerah otak nak fikir makan mana. Ujung2 tingat Bedah kata dia rajin makan sini. Waze2 and sampai. I makan nasi lemak ayam berempah. I mmg jarang sgt makan nasi lemak
kalau tak kena tempatnya, tapi ptg tu tekak kemain merenyam2 nak makan
nasi lemak. Nasi lemak dia biasa2 je. Nothing special pun. Laksa pun
biasa2 je. So igt k..kalau datang sini, dont expect too much laa.. taste tak jahanam sangat, tak la meletop sgt. biasa2 je. ::
:: kami UP cucur udang. minum2 ptg kan? haaa yg ni WIN!!! ada 2 kuah..kuah kacang dgn kuah sambal biasa... Cicah kuah kacang mmg torbahek!!! ::
Kat sini rata2 i tgk atas meja orang,mesti ada order cekodok pisang and lempeng.
I datang time petang kot..so sempoi santai makan cenggitu agaknya.
Menu dia sgt byk k! Masakan panas mcmbiasa pun ada.
I dpt try 3 jenis je lah pun. Nak judge yg lain2 pun kenot lah.
Boleh dtg lagi ni, kita try other menu.
Lagi satu,price dia sgt reasonable @murah2 lah juga!
Yg terpaling2 WIN disini adalah, view dia lah!!
Memang cantikkk gilerrrr. Kat Monumen alaf baru, putrajaya kot?
Dgn tasik, landscap yg bersih kemain and ptg boleh tgk direct sunset.
Budak2 main basikal tepi tasik. Harmoni giler rasa!
:: Time ni panas berdenting.. background pun jadi kelabu asap ::
:: Tantek kan view nyaaa??? Building belakang2 tu pun food court tu . ada mcm2. Marrybrown pun ada! Zawara coffe, nasi arab, thailand restaurant,teh tarik palace bla bla. Belah2 situ org panggil Ayer8. Org2 putrajaya/bangi biasa dah tpt2 ni. I pun a part of them taw. Putrajaya ni dari dia baru nak naik tiang, i dah melepak kat site construction ber-deting. haaa jgn tak tau!! ::
2 )DURIAN @LEISURE MALL
:: Ini gambar sebenar ye. Bkn google etc :). Ahad lepas, after going back from rumah mak(singgah from Lumut), laki bini ni gigil2 teringin nak pekena durian. Now bukan musim..mmg susah jg la nak cari port durian kan.. Kebetulan masa tu lalu kat area leisure mall,cheras tu nampak ada stall durian..meriah dgn kerusi meja bagai. Apaaji??? dia bagi RM20 sekilo, Try sebijk dlu, eh,melawann cantik isi dia!lembut..lemak and pahit2 sikit. Adoiiii wajaq sgguh laa..tgh type ni menceces2 ailio kat kibod.. nasib lah sapa pnjam pc i..koang pakai la kibod bekas ailio I ni ha. hahahah. Sedappnyaaa... up lagi sebiji. Mcmtu lahh geng. Sama2 suka durian! Rugi btoi rasa nya idup tak suka durian kan sarina kan kan kan? hahaha. Total makan RM54.00 je. Pueh hatii! Dgn nawaitu, mggu ni nak repeat lagi. Yiba yiba angrey2 ::
3) MOHD CHAN ABDULLAH
:: Dah biasa sangat i datang sini kan??? Sbnrnya malam sblm tu i ada sebut dgn suami nk makan sini.nak makan butter prawn.tup2 suami keep tanya..makan mana?makan mana? i ni cepat tacing sket kalau bnda i dah cakap, ditanya2 lagi mcm kan setuju..tapi tak berapa setuju. So bila dah tanya2 centu, i pun kata lah MANA2 je la.ujung2 dia bawa i pegi medan selera kat seksyen 1 bangi nunn..makan2 tak sedap. bertambah la tacing I! Pjgg giler la moncong I. Tu yg dia bawa i p Mohd Chan malam esoknya. terus order nasi goreng seafood and butter prawn. Tadek plak pic butter prawn. sbb dah half way makan, baru sampai. So tak igt dh nak snap... Nasi goreng kat sini mmg tak penah failed. Order lah apa2 jenis nasi goreng pun..mmg sedapp semedang. Nasi goreng seafood tu patutnya ada udang juga. tp i request suh ganti dgn sotong je semua..sbb dah order butter prawn kan?? . Nasi goreng seafood RM10.90, nasi daging blackpepper RM8.90 and butter prawn RM32.50 ::
4) PIZZA HUT
:: It's just happend last nite.. Awal2 dah plan nak makan pizza. So I terus fetch suami kat Stesen Komuter Kajang, instead of Stesen UKM as usual. Sbb Pizza Hut ada dekat2 area stesen kajang. ::
:: Sangat jarang kami order pizza at Pizza's Hut restaurant itself. Pizza i preferred Domino's. Or kalau nak pe-piling2 italianese sebenar, pi lah Alexis ke, Soul'ed Out ke ken... Kat sini selalunya kami suka order side dish mcm lasagna, drummet, pasta etc. Tapi mlm tadi waiter tu kemain suh kami try new pizza ni haa.. so let's lah try. Cheese dia mmg melimpah ruah laa..tgk pix tu haaa..kemain gummy dia i tarik sampai ke atas pun still tak putus. Alaahai bkn pizza baru ke hapa..dia cuma gabungkan 4 flavours pizza yg mmg dah existing. Ada pepperoni, hawaiian, seafood and BBQ.And the border between each flavour tu dia put extra cheese. Tu je. ::
OK SETTLED I HUMBAN KAN SEMUA PIC KAT SINI DAH.
NAK PUASA DAH NI.
KITA TRY KURANG2KAN PIC MAKANAN EH.
KE LAGI RANCAK SOK2 LETAK PIX BERBUKA.
KE CEMANA NI??
gagagaggaga...
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)




























