Friday, January 29, 2016

YONG TAU FOO BERKUAH KARI @ALAMANDA FOOD COURT

2 comments :

Chup2..
i mmg tak dan nak update byk.
Sbb skrang LPO tgh mnggiler.
Giler merogan bak kata Ain J!
Before i forgot, nak share ni ha..
Last week kan, masa i p Alamanda nak lunch(weekend),
terhangak2 nak fikir makan mana.
Ujung2 masuk foodcourt(FC) dia.
I suka FC alamanda ni. Sbb food dia tak jahanam sgt.
Mcm certain2 food court lain.
Ada separuh mall tu, FC dia giler hambarrrr.
Nak masuk pun kompius, umah hantu ke fudkot???
Dengan bau, and food variety tak mengiurkan lgsg kan?
kalau tang nasi campur dia, ya allah sendu bebenau!!
Mmg i takkan makan nasi campur kat FC.
Sbb takut sakit perut, takut dia masak dah lamaa.
But, ada a few FC yg best, meriah. Pilihan food pun banyak.
Mcm FC KLCC, mmg i kdg p KLCC semata2 nak pekena carbonara.
kat Milano apa tah nama kedai @Foodcourt diorang tu.
Bapak lah sedap italian dia. Dah la mughoh.
Less than RM10 per-plate ok!
tolongg lahh percaya kat I walau sekali..
Put a trust on me, pliss! hahhaha
pegi lah try!! kalau tak sedap, osah urat kentut ko dah putus!

Ok settled intro.
Tadi dengau kemahen bz.
Intro je dah 1 kertas kajang. Puiii.

Dah masuk FC, tak sah, tak tawwaf seround.
Kita usyar2 dlu apa yg ada.
I mmg dah aimed nak pekena "sister's popiah" yg wallahh tu.
Suami i nampak je stall yong tau foo terus sebut2 OK JUGA KAN. OK JUGA KAN.
Dia suka tak istiqomah taw nak makan apa.
Tgk I ni...kadang sblm mandi nak keluar tu dah merancang2 makan apa.
Siap ada plan kecemasan, "ok kalau x dpt ni, mkn ni"...gittttoo.
Dia dah sebut2 gitu, i terus stop and amek penyepit sepit2.
Dia yg nak makan, i yg pilih.
Nampak tak konsep dia cemana???
Bkn takat queen control dah ni.. ni king KONGtrol! bahahaha.
Apa yg menareq is.... yong tau foo dia ada pilihan kuah.
Ada sup, tomyam or kari beside yg biasa2 tu tetap ada.
wahh menareq neh!!
Never seen before.
Selalu sup or celur2 gitu or goreng je kan??
kami settled dgn kari.
eh memang kena lah dgn tembolok kami.
Slurrp2 hirup kuah sambil kunyah2 segala tetahu2 tu semer.
kari dia tak lah gojes melantun2. leh bajet kot...
kuah yong tau foo je kan??
so i puas hati..and love to share with u ols.
Dengan ucapan..

APA BARANG PI ALAMANDA TAK HALLO2 GUA BEB. DEKAT KOT DGN UMAH GUA. DAH LA BLAH LA LU...???


:: :Yong tau foo kari with sister popiah. Popiah ni i choose egg roll with chcken & cheese ::


Arrrgghh stupiddampit lah tgk pic ni balik.
ceces2 ailio. dah la lapar ni.
11.29am baru ni? apa halllll???

PELABURAN DENGAN KEUNTUNGAN TETAP BULANAN

2 comments :

Soalan; 
Assalamualikum ustaz. Saya setuju melabur sejumlah wang dlm perniagaan yg diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuat kedua2 belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dgn jumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebuln hingga habis tempoh perjanjian saya akan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnya pelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan.

Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalam tempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama, pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal ini telah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan itu adalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkan kepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaan terbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika syarikat/perniagaan mengalami kerugian pada bulan tertentu), maka ia sah di sisi Syariat. Itu dilihat dari aspek pembahagian keuntungan. Perlu juga dilihat dari aspek-aspek lain seperti produk yang diperniagakan (adakah halal?), bentuk perkongsian dan sebagainya untuk memastikan keseluruhannya sah mengikut syariat.

Wallahu a'lam.

Thursday, January 28, 2016

PERANTAU HILL, SG MERAB KAJANG

4 comments :

Nak share port makan sedap baru kami!
Nama dalam IC : Perantau Hill restaurant.
Location, dekat Sg Merab.
Dah 2 kali pegi, tetap tak mengecewakan!
So far kami order nasi + lauk2 masak panas2.

Selain dari food dia yg sedap,
Ada a few reason yg boleh dibawa berbincang laki bini tuk makan sini.
1. Tempat makan luas. kusi meja byk. bersih.
2. Cantik juga restoren ni
3. Surau bersih and agak luas
4. Tandas bersih
5. Price sgt reasonable.
6. Variety menu! dari yg berat, sederhana berat dan berat gajah pun ada.
ok lawak hambar. Urat lawak dah putus sejak balik HK. pfftt.

:: Teh ais laici and jus nenas. 2x dtg, 2-2x order air sama. ::

:: Ikan kembung gergasi masak 3 rasa ::

:: Signature dish dia.. ::

:: Tomyam kelapa. RM15.00. Sedap tomyam dia, makan sambil kunyah isi kelapa. mcm makan tomyam santan gittoo ::

:: Sotong telur masin. sedap! Seafood/ikan, price depends market price, as usual lah kan..  ::

:: menu 2nd time datang.Bawal steam limau, kailan ikan masin, telur dada & sotong celup tepung. Sotong tepung dia tak sehaibat Ana Petai or kat Uptown damansara sana. ::

:: tempat parking pun banyakk :: 

:: Rupa paras beliau ::

:: antara view restaurant. ada seat yg 'open air'::

Again, harap2 ada staff doang baca blog gempak gempita I ni.
tgk body la...mesti org caya kalau i kata sedap.
Plis2 plis2..i tak minta byk..
bagi i token makan free selama 40tahun pun cukup dah.. 


PERANTAU HILL RESTAURANTS & KATERING
Jalan Air Hitam, 
Kampung Sungai Merab,
43000 Sungai Merab Luar, Selangor,
 Malaysia
Phone:+60 19-355 9420


Landmark, dekat dgn restoren NZ Kg Abu Bakar Baginda,Bangi.
Kalau dari UNITEN tu, teruss je amek jalan nak pi Bangi.
Terus je sampai jmpe kg dato abu bakar baginda.
Lepastu perati belah kanan.
Ada beliau tercongok atas bukit sikit.
Tapi nampak jelas dari jalanraya.
Belah kanan , so kena uturn k.
Kalau tanak uturn pun xpe.
turun n lintas ramai2.
Lantak kau lah! hahaha
Ingat,pegi sana and jual nama I.
mcmbiasa, insyaallah tadek apa2 akan berlaku.
Hahhahaha.. hambar lagi... huaaaa



Wednesday, January 27, 2016

JOHNNY ROCKETS WITH HUBBY AND AIN J

9 comments :

Hamekow i letak nama u jadi tajuk berita ari ni. Hahaha

Ini K.I.S.A.H S.E.M.A.L.A.M.
 
Semalam kan, suami i ada courtcase(regarding his work).
Dia guna kereta, about 12pm dia call bgtau courtcase postpone.
So dia kena hantar kereta kat I semula la.
Dah alang2 tu jom lah kita mengopi barang secangkir dua. ewahhh.
I ajak Ain J menjadi orang ketiga dlm cerita kami smlm.
Asalnya nak ke KLCC.
Sekali tanje i tu nak joint makan plak.
I ajak2 chicken je,bebetul dia ikut. hahhaa.
giler durhaka pnya binik. dush2.
Nak senang, adil dan saksama...ke Maju Junction arah tujuan hidup kami.
Pekena Johnny Rocketssss.
Nak makan Vill2 food?? dgn Ain J???
Nak kena nganjen ngan dia???
Dia tu kalau makan mknan kg, saka dia lari!
Susah lah dia tanpa saka sado dia tu. :p

:: Bukan senang nak detim time keje. Suami i bz kebana! ::

:: mesti Ain J berbulusss je i pose2 cenggini. Tingat Hafiz lettewww :p ::

:: Susah nak cari org cenggini, fungsi mulut ngan tangan serentak! abis licin pinggan,benti lah dia bercakap. sekejappp je lah bentinyaa. hahhaha ::

:: Our drinks. Org jaga body mcm Ain J, mesti minum juice. The rest tu i n tanje i pnya. I mmg msti order shake dia. sedapp kedaung!! ::

:: anje i pnya. tajuk dia spaghetti bazooka penaka. hahaha. haram nak igt nama dia. Sedap jg not bad! ::

:: Ini buat 2 jelitawan pada hari itu. Kami ambil burger junior sudahh. tauu takkan abis. burger kat sini kan menggajah besauu sekor2::

:: Dah kenyammm ::

:: dah nak balik, baru muncul depa berjoget. kemain mengancam mamat yg senseng sluar baju biru tu menari. Anak murid Mad kasan apo?? To those yg tetau, JR ni akan ada dancing hour, rasanya sejam sekali kot. nanti dari staff biasa,sampai ke cleaner akan berjoget. Kena sporting lah sapa nak keje sini kot kan?? Kalau i, i buka zapin je.. ewaahh ala la dondang,dondang lah syg... yehaa  ::


Settled makan, send husbnd to Masjid Jamek KL(his office).
And masuk opis cembiasa.
TQ pada darling mentayam I..
sbb menjadi penaja utama kami pada kali ini.
Dengan ucapan, bila Seri Pacific?? ehem.


MY SUNNY SUNDAY @FIKCLES TTDI

1 comment :

I settled kan recent entry lah ye.
HK entry kita hutang dulu.

Ahad..24 Januari 2016.
Masih kat umah mak.
Siap2 nak p KPJ Damansara.
Nak amek ubat darling moling i tew.
Pastu kan..... pastu kannn... tsk tsk tsk.
Dah sampai kan...mksdnya, btol2 dah sampai kat park KPJ tu kenn..
baru dia kata.... "alamak, GL and medicine prescreption tertinggal dlm beg kat umah mak!"
Ko ghase?????
Huaaaaa dia main drama dgn gua beb!
Buat gilaaa dia ni! hahaha.
Gua geleng2 je. Ko hengat dekat ke bang damansara ni???
I wat derrkk je, eh bukan i drive kan??
Pstu dia cucuk2 pinggang i yg ramping ni..
(tah kdg2 kena perut, kdg kene tetep. osah ramping sgt pinggang! kah kah kah).
Dia ngorat2 i. dah tau salah dia kennn..
betul ni nak pujuk i?? betulll??
haaa JOM MAKAN! deal 0-0.
Senang sangat ni nak kasi hal settle dgn i.
M.A.K.A.N.... :p
Hahaha..i talaa kan dia ke FLIKCERs.
Yg digembar-gemburkan sbgai terhebat di cakrawala ini..

:: Pakwe yg i mksudkan dlm cete kat atas. hahah ::

:: Drinks.. yg right sekali tu nama dia colado ke tah hapa. its blend pineapple + coconut. Saya tak tau org lain, but for me, its juz juz je. so JUZ JUZ. faham? pineapple dia tak terasa pun! kelapa pun serbuk kelapa dia topping je RM11.90. yg dlm bottle to soda; apple +  vanilla RM9.50. pun Indah khabar dari rupa..  rasa carbonate dia quit strong. tasteless. Mana tah rasa apple nya? mana vanilla nya?? haa yg tu yg kita tak tau!! pfftt.. Yg sedap kita kata sedap k? if not... i'll tell the truth. dunwori. BUT....harus diingat, citarasa lidah/tekak manusia ni beda2 k.. ::

::  Mengetuk tapir ??ke memotong tapir? ke cemana mksd depa ni?? tecit je botol dia, kalau kat I..mmg sekali teguk je sodaqallah.. ::

:: Pagi tu dah makan nasi goreng geragau umah mak. so just makan ringan2. Squid and salted egg wrapped. Yg ni i pujian2 jadi kenang2an. haha. sedapp gilerrrr. Sotong tu dia coated dgn tepung and goreng garing, campur dgn salted egg. salad dia crunchy. sauce dia sikit je ala2 konsep minimalis pun ye. i recommended ni. Harga RM17.90. Portion tuk soang je k! ko jgn ngada2 nak share. Mmg tak puas! ::

:: Nampak squid dia?? salad dia pun crunchy fresh gitteww.. ::

I tak dapat nk review betul2 sebab nanti i bias.
Since i tak rasa byk food dia pun.
I makan main2 sebab dah kenyang.
So, why dont u try your own kan?
Price dia quit affordable lah.
kat TTDI kot kannn.. 
Tak pricey sgt. tak murah sangat.
Next time i nak try lain2 menu pulak. 
Cuma, i kan rasa mcm drinks nowadays,soo ridiculous lah mahal dia.
Mengarut!! Padahal modal tak mahal mana pun.
Memang i rasa they shud buat combo pakej.
To those yg mmg makan situ, u murah kan lah drinks dia. 
Memang kena bawa warm water dari rumah ke cemana??

FIKCLES

11, Jalan Wan Kadir 2, Taman Tun Dr Ismail,
60000 Kuala Lumpur,
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
03-7732 4885
 

Petang tu pulak lepak2 dengan abam and adik.
Diorang sebut2 nak minion cake.
I janji lah nak order, then next week kita makan lah.
Sekali..bantai si adik beratib kat tinger i..
NAK CAKE..NAK CAKE..
Dengan budak2 kau nak buat main berjanji??
Jom jom.. dah la panas belitak.
Umah mak, kat hall tadek aircond.
Jom la kita cari ekon!.hukhuk.
Kami pegi gurly2 je + abam soang je boboi.
Panyah kau tggl dirumah sana,dia layan badminton.


:: My favorite people out there! ::


 
::  Si XS and XL. tadek hal. bley je bergabung meletop ::

:: Pandai tgk buku menu dah budak2 ni. memacam di tunjukkan. si bam2 tu siap mnta soup pumpkin. ko igt apa tu dik?? mula2 nak eskerim. tanak makan nih! sekali.......

:: Bila ciktam pnya fish & chip sampai, semua tolak eskerim. Menderita cik tam kau menahan perasaan. hahaha. eh makan pulak koang dgn ikan kan?? selalu pandang pun tanakk.. :: 

Malam ni kita tidur umah atuk lagi ye.
Puasss lama sikit dgn budak2..


Tuesday, January 26, 2016

MY LAUNDRY DAY & GROCERRIES TIME!!!

No comments :

Last Saturday became my DHOBBY DAY!!
Habis semua baju haku basuh, sidai, lipat and iron!
Cuaca plak elok panas berdenting2!!
Dengan doormat, towel2...
Baju balik Hong Kong lagi sesemer lah!
Naik longgar lutut I berdiri, iron baju. huk huk.
In between dannn lagi laki bini ni lari p cari nasi kat Bangi.
Lapaq nasi weiii!!!
Rinduu sangat dah nk makan nasi betul2.
Tadek plak pic makan kat D'Limau Nipis nuuuu.
On the way balik, singgah MyDin Mall grocerries tuk umah mak..


:: Kali ni kena pakai 2 trolley. Sbb barang umah sendiri pun nak kena top-up. Yg depan ni for umah mak ::

 :: This for us ::
 
:: eh ada benda alah ni wey!! Sausage ready-to-eat! Dh jd mcm jajan, buka pestik, terus ngap..  senang sgt baitu!! yg fenting Halalan Thoiyyiban ok!!  ::

:: Ada mcm2 flavour. ni flavour apa tah. Senang kan?? tau aritu bawa p HK, I borong sampai 100 peket! emang dasar!! hahhaa ::

I nak kabor ni.
MyDin Semenyih ni antara supermarket yg termurah for barang2 dapur taw!
Makcik2 I yg duk jauh2 pun sanggup dtg beli barang dapur sini.
Syukur sangat sbb dekat sekangkang-kentut je dari umah I.
Ni freee pomot ni. Sbb i slalu compare kalau i grocerries kat A*on Big tu.
Perkhh jauhh nauuu beza nya..
Try n go la ols.
Pstu sggah umah i makan nasik. Settled.

Settled grocerries,
Balik umah, sambung keje men-dobi.
Mengemas, meng-Vacum.
Settled semua, dekat2 nak Asar gerak p umah MIL.
Bagi souvenir HK.
Dah nak masuk Maghrib, baru sampai umah bonda tittew!
huaaa gindu dendam dah ni kat budak2 ni.
Eh rindu semua lah..
Cemana nak menetap oversea neh?baru smnggu je kot??
Serahkan souvenir2.
Budak2 duaorang tu lah terpaling happy!!

:: Stationery set. Mickey for Abang, Princess for Auni :: 

:: beli benda alah ni kat airport, sbb tadek plak yg jual lambak2 kat street market depa. seketol sampai HKD 68! Sesila convert. sampai kat budak2 ni x sampai bapa jam dah innalillah... tak pulang modal engkorang ni kann!!.::

:: Comel2 socks. Ada juga for them. Ada bagi anak kwn2.. ::

Malam tu mak masak lauk ikan duri asam pedas.
Lawan dengan ayam kicap.
Dah rupa somalia makan memasing.
Nasiii...nasii nasii (baca mcm..OTAK..OTAKK zombi kg pisang)..

Sekian.


FRIDAY LUNCH DATE WITH MENTAYAM2

No comments :

Assalamualaikum geng 6 jahanam sekalian..
miss me? misssss kannn?? kannn...
tak bek bohong tawww... 
I miss u sooo laaa.
Alhamdulillah last thursday, 22 jan i dah selamat mendarat di Bumi Malaysia.
Hong Kong was soo damnly good n i love it!
Beside Mekah, london, istanbul etc..
I encourage u all to go HK.
Much2 better than China.
Its only my 2 cents lah pun. 
Nanti i update k....

Bagi laluan i hempukkan cerita2 detim dgn mentayang2 saya.
Geng2 opis. Lunch date during friday break.
Berat tawwww pc i dgn gambar2 Ain J ni! hahahha.

Perisitwa pertama

15 Januari 2016 (Friday)
Location : Sunway Putra Mall

Kekonon nk tgk wayang, x jadi.
Sebab tadek cete yg kena dgn 'timing' kitorang.
Tadek hal, kita settled dgn makan.
Kan itu lebih menggembirakn bukan?? hahaha
Makan kat mana??
SWENSEN'S.
Konsep i and Ain J.. kita kena try new place every time kluar.
Rugi laa sik makan tpt sama.
Tak coba tak tau!
Hasilnya? Mengecewakan!
Takkan repeat lagi.
Google sendiri k kalau nak pi.
Sbb i x friend dgn diorang. 

:: Replika Minion. Konsep; sila posing ikut karakter minion masing2.Fine. I tewas disitu! eh tak semestinya katik tak cantik kann?? Nora danish tu cantik jerrrrrrrrr.. *telip2mata ::

:: Chipmunks. Tadek konsep. Ko berani, ko suh la aku posing dgn si pendek tu lagi! Aku lengan kan soang2 kang! huh! hhuhuhu ::

:: Tajuk posing.. Menara pissa...condong ke kiri.. ::

:: Jelitawan ::

:: Mine. Mac N' Cheese.  Juz2. tawar hebehhh! RM? tak ingat! hahaha.. rasanya about RM22 .00 cenggitu ::

:: Ni Apple crumble di sizzling kan.. i teka & menang je tajuk dia! hahahha. sokati i lah. blog i kann!!! haha. RM pun tak hengat.. mmg osah tak bergona blog ni. silalah berlalu pergi. puii ::

:: Su punya. Fish & chip. Ahh tak sedap juga! ::

:: Ain tak makan?? takkan lah pulakk kan?? dia makan meatball(left side pic). I syak dia dah cekik siap2 nasi lemak lauk paru + ayam + kerang segala. sbb tu dia makan ala qodar je.. :: 

  
Peristiwa Kedua

Date : 22 JANUARI 2016
Place : SOGO, KL

Kisah eh bermulo mulut ughang kampong
Kisah ramai gadis cantik kek jolobu berkampung... 

Asalnya nak pi chill2 kat Big Mouth je(cafe dlm HKL).
Ujung2 bila teringat SOGO ada sale 22 and 23hb..
Member's card day, menggelupur tahan cab p Sogo.
I kan dari maghin2 nak cari wrislet.
Macam kan penting sangat. Nyampah!. huhu
Mission completed!
Dgn Ain J skali terjebak.
Dah la beli sama.
Eh tapi i tadek hal kalau sama.
Nanti i buat2 la tersalah amek wrislet.
Untongg oiiii Ain J duit dia banyakkk!!
onggkaya forever dia tu.. (Ameen ye ain!)

:: Permintaan peminat, nak bergambar bersama. I layan kan aja. Nmpk i mcm nak tanak je tu?? i kan D.I.V.A! bahahaha ::

:: Kita layan sandwich kat dunkin donuts je. Sbb nak pekena ice coffe dia maha hazabulillazi punyer setap tap tap tap ::

:: Nampak tak?? Semua sama. 2 Wrislet, 2 donuts, 2 coffes... gimme 5 lah Ain!! ::

:: Bajet dah sehabis cheeky lettewww. aumm ::

:: No komen. Malas nak komen pic ni. bluerrrkk ::

Thanks Ain J, sudi bawa i jalan2..
Walau terseret2 kaki.
Insyaallah day by day, i akan usaha tuk jd lebih kuat.
Bak kata si ebab oni..
bila dia naik motor dgn atuk, sampai kat bukit..
dia akan bagi kata2 smngat kat atuk;
"TUAT LAGI ATUK. TUATTT!".
hahahah org lajuuu lagi atuk.
  


Monday, January 25, 2016

BON VOYAGE BOSS!!!

No comments :

14 Januari 2016 hari terakhir Boss kami, Pn. HS..
berkhidmat sebagai penjawat awam.
Bersara wajib pada usia 59 tahun. 
Ni boss since I lapor diri @Farmasi Logistik dan Kewangan HKL.
Dah bersara dah kannnn...
Best leh goyang2 vont*t kat umah. kan???

PN.HS ni ok la.
I tak banyak kerja direct order from her.
Personally, she's quit caring since I sakit.
I kawin pun bersungguh2 dia datang.
Kalau terserempak kat surau, rajin bagi i tips2/ayat2 tuk i amalkan.
So now, she's retired.
Saya doakan beliau tenang dan bahagia bersama kekasih2 hati beliau.

:: Last punch card ::

:: Geng2 stor ::

:: lagi... ::

:: dan lagi..... ::

:: ek eh lagi.... pffttt...


SELAMAT BERSARA PUAN  HALIMATUSSAADIAH BT AHMAD
BON VOYAGE  AND ALL D' BEST!