Monday, April 30, 2018

EPISODE KK WITH CIKTAM ; FINALE PART | TUGU PERINGATAN DOUBLE SIX, REPEAT PASAR PILIPIN , SAMBUNG LAYAN SEAFOOD & LAST DAY IN KK...

No comments :

Assalamualaikum.

Yes2 last entry dah entry KK trip ni haa...
I kasi taruk semua dalam ni.. silisai 1 masailah! :p
Pagi2 day 3.. bangun bfast kat hotel...TH Hotel kasi bfast siap2.
Eh dah la room rate dah murah, siap ada bfast ..pulak tu sedapp bfastnya.
rejeki betul i checkin sini...
actually food spread dia tak la byk mana...
banding nak compare hotel2 star lain..tapi food dia sedap2..
Sambal nasi lemak dia 👍 acengginiii kak non habaq kat hang!
dah la ada cucuq jagung dia panas2.. i selet kan dgn sambal nasi lemak tu....
amek kau..melekat 3 ekor tu kat kusi x bangkit2...dok ralit layan cucuq...
tak dulik orang kiri kanan... mihmih...

:: Arini pnya plan mmg free & easy jaa.... mana nak poie lagi kan?? google2 jmpe plak 1 historical place... TUGU PERINGATAN DOUBLE SIX located at Sembulan. Betul2 dekat dgn TH Hotel, that's mean TH hotel ni dalam kawasan Sembulan... ::

:: apa ke makna Sejarah Double Six? i pun tak berapa rajin nak p siasat. cuma i baca2 and search2 sket.. tugu ni adalah tugu peringatan kerana plane crash ex-Ketua Menteri Sabah; Tun Fuad Stephen in year 1976. The plane crash betul2 kat tempat area tugu ni.. Dulu area ni kawasan pantai. makna kata, plane tu jatuh dalam laut tapi laut tu dalam setakat paras dada... crash kat kawasan pantai.. Dalam plane ada 10 orang..termasuk 4 orang menteri kabinet sabah!. Masa kejadian baru a few mths Almarhum Tun Fuad ni dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah... so i tak reti nak explain details.. ada masa nnti i p membawang pasal ni k?? i kan mmg suka bab sejarah2 ni.... hmm ::

:: time ni i dah start nak menggila, sbb cuaca panat yakmat2!!! i pakai baju denim fabrics, mmg lencun menetek2 feluh dari atas smpi ke tumit kaki! ::

:: amboiii segak nya berdiri, mcm askar wataniah! eh ke mcm 'mak guard' buat kawad??? hahaha::

:: dialogue : "dah jom balik dik".. gitto pimpin tangan adik penuh kasih syg. bahahaha ::

:: Dari Tugu Peringatan Double Six, terus p Pasar Pilipin.. pasar pilipin ni sbnrnya Pasar Kraftangan KK..tapi orang biasa panggil Pasar Pilipin. Sini mmg berderet2 orang jual kraftangan , mutiara2..souvenir semua... Ni tempat WAJIB mai kalau dtg KK k?? I tahan masuk 20mins je dalam ni.. rasa sesak napass!! ..lepas belek2, and rembat a few barang.. peluh pun dah merembes tanpa hala tujuan.. laju2 i keluar..rasa nak fitammm!! bygkan lah panas dunia yg lgsg tak menggambarkan panas api neraka gini pun dah gelupur2 gelepar2..*tanganNasyid*.. ::

Sbb i dah tak tahan panas, diorang berdua je sambung jalan.
Tu pun takat 15mins..lepastu semua pun dah tak tahann kepanasan!
Yelah kou, pasar ni betul2 sebelah laut lepas sana.
Bayu air masin dia faham2 je la cemana lekit lahar dia! pfft..
dah tak tau nak p mana, kami p masuk mall kou! takde keje mai jauh2 masuk mall..
Arghh dulik!!! janji ada ekon!!! hahaha.

:: berkesudahan layan bowling! hahaha. dah la murah giler bowling sini..RM 2.50 je per-game! bayangkan??? settled 3 game soang lah! kalau ikut suami i, mau dia layan sampai 10game selamberrr! gian lama dah diaaa tuuu.... ::


:: Perkhh mak guard melontar! kahh! ::

:: lama dahh i tak layan bowling... dulu2 masa study agak OK jg la skill i melontar walaupun bola gelong2 kiri kanan, strike 3-4kali per-game selamber je..bila main dgn geng2 lelaki msti diorang stress! diorg melontar kemain bergegar bergempita 1 pusat boling, tapi pin jatuh takat 1-2 je??.. kami pempuan2 yg lemah ni, lontar bola kemain berhemah bergemalai, last2 strike! hahahha.::

:: mamat ni toksah nak kabor laaaa... tak memadan kidal. bahahah ::


:: tunjuk apettteeeewww ::

:: KAHHHH!!!! i tgk org kiri kanan lane tu tersenyum2 tgk screen ni! gosok2 mata depa..mcm tak percaya depa bertuah dapat main boling sblh F A Z U R A ok! hahahha. ::

Selesai boling, kami pusing2 1Borneo Mall tu..
Eh lupa nak kabor kami p 1borneo mall... saja laaa nak tgk mall tempat orang.
Lunch aritu kami boleh p melepak kat McD? sbb taknak makan beriya2...
malam kang nak repeat S E A F O O D! yihaaaa.
So kami balik bilik dulu, rest2..washup2.. sbb dah tak tau nak pi mana panas2 ni !!!
manje ke mengada minta lempang ke ..
cemana ka perangai diva kak elo kau orang ni ha!
Makin kertu, makin tak kental jiwa! 

Petang2 semangat neh,siap2.. nak pi Tanjung Aru... 
Tg Aru ni pantai dalam KK town.. antara tempat wajib singgah la..
Masa i p lepas2 Tg.Aru ni pantai dia mmg happening giler babs la..
dgn ada deretan2 kedai makan... org jual mainan.. siap ada Sugar Bun lagi.
Sugar bun tu restaurant ala2 marry brown..
 paling ingat sugar bun ada jual nasi lauk ikan talapia sedap gilerr!
Baru ni i pergi, tg aru dah takde apa kauuu!
setakat pantaii gitu2 je la..
tempat2 niaga smua dah kosong! diorang pindah ke Teluk Likas...
bolen2 mcmtu je la pantai dia..dgn semak2 dah start naik..
ada la jg orang mandi pantai..tp dah 90% changed! tak mcm dulu2!
So, kalau u all search attraction place in KK, mesti ada Tg Aru..
tu LAMA pnya ok..tak berupdate!
Dah takde apa nak buat, tg aru pun dah jadi rupa itu.. moh la kita masuk mall balik!
hahahhahah, sbb masih belum boleh move-on kena tempuh cuaca panas melahar2 Sabah..
Kali ni kami masuk IMAGO mall baru berdekatan dgn Pasar Pilipin.
kebanggaan orang2 Sabah ni.Sbb mall baru, and katanya BESAR..
Masuk sekejap je... 

:: nak melawat kedai makan I.. hhahaha. diam2 je i dah berjaya buka 1 kedai makan dalam Imago KK ni haaa... ::

Kesimpulan Imago Mall...??
OK la jg byk designer boutique... Coach semua ada...
tapi tulah, dah asal usul KeyEll...nak gedik2 jg masuk mall tempat  apahal kan??
Sabah tu pnya mcm2 ada....mall jg nak dimasuk..
so mmg i akan jadi 'bias' la compare mall sana dgn KL ni kannnn???
dgn Pavi, KLCC, MyTown,Sunway Pyrami, Midvalley...
Makanya..buat masa ni i mmg taknak clash dgn KL lagi.
I masihhh saiyyyangg KL muah muah.. huhuh

:: About 6pm, cuaca dah start meredup..kami p area pasar pilipin semula.. cari tambah ikan2 bilis..udang kering.. ikan masin.. ni ikan masin buluss ayam... i whatsapp mak pic ni..dia TAKNAK. dia kata kat KL byk.dia nak ikan masin keropok. hoii jenuh i tanya penjual situ, depa bkn faham cara kita address ikan tu kann.. ::

:: lelast jmpe! hatttt ni. nama dia ikan masin kupok Lumi Lumi. Ampa kalau p sana, beli lah ikan masin ni byk2! sbb bila goreng dia mmg mcm keropok ikan masin! sedapp giler! yg penting, kat KL tak byk orang jual.. i beli 4 bungkus terus tuk mak I.. tuk rumah i sndiri, cuma beli 1 plastik ikan  bilis tamban buat standby lauk sahur.. huhu::

:: sambung jalan2 kat Pasar Malam Sinsuran. Ni last nite, so ciktam selesaikan pemborongan beliau...souvenir tuk anak2buah dia. kali ni i jadi penasihat dia. i mmg tak belikan apa2 pun tuk family. i kasi chance ciktam plak.depa pon dah biasa sangattt dapat souvenir dari I..merata alam i jalan, tak pernah x bawa balik souvenir ken... hehehe. tapi ada jg la i selit2 sket RM tlg ciktam byr. sian plak dia terkial2 keluarkan duit..hehehhe. Janji org kat umah tau.. ni semua ciktam treat! org happy, ciktam happy i lebih2 lagi happy :)  ::

:: dah selesai soping2, gelupur2 letak barang dalam kereta.. sbb?? pandaiiii..sbb nak pi makannn! kali ni decided makan kat Pasar Malam Sinsuran.. semalam dah makan kat dataran todak.. ::

:: nama dia Pasar Malam ..tapi dia opposite dari pasar malam kering tempat beli souvenir tu..dia betul2 dekat dgn pasar pilipin... Pasar Malam dia mmg jual makanannnn je. seafood and kuih2 sabah.. rupa ini gerai yg kami pilih.. ::

:: sama je pesen dia dgn dataran todak. Seafood lambak2 mcmni..  pastu pilih nak masak apa. tgk laa lobster diaaa!! pakal i tak reti makan je! i kan failed bab nak ipong2 kepala udang semua! bodoh satu hal, satu hal lagi mmg ada allergic history...salah pilih udang..boleh sakit peyutttt!!! :: 

:: kwn2 i kata p sabah try la makan ikan kaler biru ni... apa tah nama dia..tapi kakak tak kuad awaaaaa! hahahha tgk mcm ikan kaler2 ni mcm ikan laga anak buah I jaaaa... ::

:: kat pasar malam ni ada juga seafood yg dah siap bakar. kot setakat nak duduk2 ratah2 sifud...layan jg i rasa.. ::

:: i tgk ramaiii je beli buat kokak2.. ::

:: tapi i tak boleh makan ikan bakar kalau tak panas... tak sedappp ::

:: ada mcm2 jenis kuih tempatan jg. tp perut kena kasi jaga. sat g penuh awai..sia2 ja tak dapat cekik seafood kannnn?? kalau mai ptg2 ka mungkin boleh beli jg kuih2 sini buat rasa.. ::

:: Sbb semalam dah byk sangat order food, sotong dipinggirkan..maka nya harini kita kembali menyotong! yihaa..celup tepung mana2 skrang dah semakin pandai buat style2 gini. If not... mencekik la kau 'cekodok sotong'! selak2 tepung,barula  jumpa sotong haluihh ...kalau sumbat kat jari, muat size jari nana je.. hahah ::

:: tgk la depa ni dok ralit tgk sukan komanwel..time ni final terjun papan anjal rasanya.. i diketepikan je saat2 sukan mcmni..pandai2 je i bawa diri... sob2::

:: apalah makna seafood tanpa udang... statmnt tuk ciktam sbrnya...sbb i tak heran sgt pun udang.. hhuhu. malam ni, orang tu suggest masak cili kering... udang dia besar ok.. sedappp giler nak mamposss! ::

:: ambil udang 1/2 kilogs, dia bagi masak 2 style. so settled 1 lagi dgn butter cream! Ya allah jatuh chenta btoii i dgn butter cream nih!::

:: malam ni taknak makan ikan..sbb perut kenyang sikit..takut tak abis. sbnrya ada 1 lagi menu. Keranggg!!! i kan pencinta kerangggg!! so i soang je conquer kerang..sambil depa layan komanwel game... jgn kau hiraukan i nak becinta dgn kerang! ::

:: udang2 gemok2 dgn air buah , sotong kerang.. RM101.. dia genapkan RM100.... huaaa..dah la masak sedap.. seafood segar2... kan best kalau KL ada lauttttt huaa ::

:: balik hotel punggah2 barang ciktam beli + i beli souvenir sikit2 tuk geng opis... tshirt2 ciktam tak punggah pulak.. ::

Sabtu ..dah check out.. and nak balik dahhh....
Kol 9.30am checkout hotel, terus staff kete sewa tu mai hotel dia drive kan to airport..
I dah siap2 checkin flite.. Malindo ni mcm MAS..
Web Check-in only within 48hrs.. tak mcm AirAsia..
within 14days dah leh checkin..so masa checkin pergi..
so AA leh checkin balik siap2...
Sampai airport lepak minum...
saja buang2  masa before flite...
sekali mai dato' hattan n wife lepak minum sebelah...
pastu dia mai tegur suami..
salam suami and angkat tangan kat I...
so skrang siapa retis sbnrnya ni?? hahhahaha

:: curi2 snap pic mcmni, kira pencuri jg ke cemana neh?? hahah. tok hattan satu flite dgn kami..dia duk economy class je mcm kami... ::

:: lepas je selfie.... dua2 selamat membutaa! laki i je layan tv. oh ye malindo ada tv ye...tak mcm AA..so i mesti pilih! hahahhaha. at least tak de la kematu sangat kot tak tau nak buat apa dalam flite kannn... kalau naik kete, boring2 leh berenti kat R&R kaa..buka tingkap keluar2 kepala kat tingkap ke amek anginn ken ken ken?? cuba kau buat dalam flite??? hahhaha::

Alhamdulillah.
Selesai simple vacay 4D3N to KK & Kundasang Sabah with CikTam.
Special sket kali ni sbb bawa ciktam.. Biasa berdua je.
Or pergi ramai2 with whole family.
Kali ni pergi bertiga. Jenuh jg nak bgtau mak ayah.
Yelah kenapa bawa ciktam soang?
bistu mak?ayah? hahahahha.
matilah nak! lepas bertaki2...
baru lah lepassss..mak ayah buat masa ni xleh jalan jauh2.
Dgn kondisi kesihatan ayah.
tapi dunwori mak ayah..kami dah ada plan nak bawa mak ayah to somewhere..
insyaallah.. ameen..

so sedikit advice pada yg berkira2 nak p sabah, and baru 1st time mai sabah :
- sila stay atleast 1 nite at kundasang. 
- kalau nak buat activity snorkeling/pulau2 mcm manukan, mmg kna xtra days. if not akan rasa tak puas nak round town lagi, pulau lagi.... penat!
- kalau agak2 mcm takkan repeat mai sabah dah... better pergi lebih dari 4night.. cover smua tempat such as Kudat(tempat paling hujung dalam Malaysia), Beaufort bla bla.. ada je tempat menarik2 kat sana2...I je tak de hati lagi nak pi... 1 tempat ke tempat lain...mmg amek masa jg. sbb sabah tu kan besauu lebauuuu! huhuh.

Eh Sabah je pun kan?
tayah ber-tips2 bagai lah pun..
redah je jah oiii!! 

refer old entries :



.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 



Thursday, April 26, 2018

EPISODE KK WITH CIKTAM PART IV | KINABALU PARK, TH HOTEL KK & SEAFOOD HUNTING IN KK!

No comments :

Assalamualaikum.

Sambung entry KK + Kundasang kita.. pheww.
Lepas balik dari Ladang Teh Kundasang, kami singgah last pit stop;  Kinabalu Park.
Mcm i kata semalam, kami tak masuk pun Poring Hot Spring, canopy walk semua tu.
Kalau u all search attraction place in kundasang & ranau.. 
mesti diorang suggest mai poring hot spring.. tapi tu lahhhh..
 hot spring kat kg nenek i pun ada...hehehee. 
lagipon jiwa adventurous kak elo dah lama padam dik..
nak manjat2 jambatan gantung bagai.. kemsalam !
So straight away singgah Kinabalu Park.
Bkn ada apa sangat sini, saja nak tgk kaki gunung kinabalu dari dekat.
Tempat wajib singgah juga ni. tiket masuk RM3 adult.
Dah bayar tiket, leh bawa kete terus sampai atas..

KINABALU PARK 

:: Singgah baca batu bersurat ni kejap. Nama2 mangsa gempa bumi Mt Kinabalu year 2015 yg lalu. Ramai jg yg terkorban kan?? paling ramai Singaporean, sebab time tu ada rombongan sekolah ke apa tah. Mangsa paling muda umur 12tahun.. i mcm igt2 lupa kejadian ni. masa ni i tgh sakit.. Apapun  Condolences tuk semua keluarga mangsa! ::

:: cepat2... kabus dah nak tutup peak kinabalu..::

:: dah semakin dilitupi.. ::

:: Timpohon gate. kat sini mostly hiker start their journey to mt kinabalu. Jgn tanya i lebih2 ye pasal hiking story,process etc.I debik kang! haahhaha::

TELUK LIKAS FOOD COURT

:: Pukul 3pm mcmtu kami sampai KK town! yeayyy!! Tekak dah merenyam2 nak mencekik seafood sedap. tapi semua tu belah malam baru happening... sbb cuaca kemain panas, moh kita layan ABC dulu. semangkuk hadap ni ha ABC dia.ice cream dia sedap gilerr! rasa honeydew.. ::

:: ni makan kat Food Court TELUK LIKAS. Area baru tepi pantai. Bykkk giler foodcourt kat sini. Tapi awas ye..kena pandai cari kedai... ni sotong celup tepung buat konyel2.. ::

TH HOTEL, KOTA KINABALU

:: Kat KK kami stay kat TH Hotel (tabung haji) for 2 nights. senang..syariah compliance. I pun tak igt apsal i leh choose TH Hotel masa booking.. Minta triplet room. dia bantai bagi 3 single bed mcmni. Hai mcm bergaduh plak laki bini.. tidur jauh2. hahhaa::

:: elok luass..solat jamaah pun muat! basic facilities semua ada mcm hotel2 lain.. TV pun elok besar 42"... Ciktam n laki den kemain bergabung tenaga back to back layan Sukan Komenwel time ni. Tinggal haku terkebil2 tak layan sukann.... haishh::

:: last2 kami cantum kan katil ujung dgn tengah.... i mana leh tdo snsoang.takut momok! hahaha alasan kou!! puiiii ::

:: toilet pun elok bersih. wardrobe pun bersihhhhh. dekat setiap sudut pintu,cermin,katil,wardrobe.. semua dia tampal doa.. doa tidur.doa masuk tandas..bla bla..kata syariah compliance kennn... good job TH! I recommended hotel ni..dah la besar, bersih..harga mmg affordable sangat!tapi i tak igt berapa rate dia. boleh? hahhahha ::

SEAFOOD, DATARAN TODAK KK

:: Here dataran todak KK. Belah kiri tu bangunan Hotel Hyatt Regency. I pernah stay situ 2 kali... bayangkan betapa heaven nya kalau stay situ? walking distance je dgn attraction place kat area situ.... dah la bfast sedap nak mammm... jem letak dalam botol kecik2.. nyum2.. eh tu je bestnya??? hehehhe ::

:: Masa yg dinanti tibaa!!!! seafood hunting!!! Sabah ni kan dikelilingi laut, makanya mmg menjadi sorga seafood lah kan... tayah intro geografi sangat boleh dak kak esah oi?? pls straight to the point.. mih2... dari KL ni lah part yg i paling nanti pasti. ciiiwahhh. Lepas maghrib je..bedesuppp mai Dataran Todak, KK.. ada byk la port seafood murah area KK town ni.. mcm Dataran todak, pasar malam sinsuran, pasar pilipin(filipines).. so 1st nite kita layan kat dataran todak dulu.. mcm ni ye lambakan seafood2 dia..sejibik mcm pasar basah kat semenanjung, tapi sini terus boleh masak.teruss soruuuu.. ::

:: street2 stall je..betul2 depan dataran todak.. dataran todak tu apa?? ada 1 roundabout ada replika ikan todak..kat area situ la letaknya byk attraction place such as pasar pilipin, pasar malam sinsuran bla bla... so waze je dataran todak... nnt koang akan dibawa ke area lampu terang benderang dgn deretan2 street mall mcmni..pandai2 cari parking ye..sedikit hazabulillazi....  ::

:: posing adik beradik sat before lauk sampai. ciktam dah terjebak #bokitta. ne ne ne ne ne ::

:: malam ni layan ikan merah masak sweet sour... kita tanya lah depa.. ikan apa ke yg sedap masak sweet sour..nnt depa suggest la... ::

:: udang besar masak butter prawn ::

:: ketam telur masin ::

:: udang 2 jenis kami pilih... yg ni masak butter cream.. sedappppp! ::

:: bawa hantu udang si ciktam, harus lebihkan udang. Suami nak tambah sotong, i suh dia astarafar.. dah byk kot?  mulut ada 3 je nimmm.. haishh ::

:: hasil cekuhan2 tangan rakus..hahahha.. ::

:: u all tau i makan apa yg beriya?? i ratah ikan je pun! hahaha. tadi kemain kata tertunggu2 masa nak lantak seafood.... lelast makan ikan je. deyyyy!!! i ni kan kalau bawa orang, jamu orang tu lagi penting dari tekak sndiri. tgk ciktam n husband makan udang berebut2... i happy terus jadi kenyammm ::

:: sedapppp tgk  suami selera makann ::

Eh cite bab makan ni pun i rasa penat sbb terbayang keketan perut time malam tu.
Bahahhahah. Makan begini byk dgn 4 gelas air buah(segelas xtra sah2  I pnya! haha).
 cuba teka berapa RM???
RM114 je hokayy?? moooorahhh nau2 ni!!
Makanya, ampa2 yg sok2lusa nak mai makan seafood kat KK...
tayah takut2 sangat nak pilih2..ini kalilah nak makan seafood segar2 murrrr2 kenn??

Selesai je makan , kami round2 pasar malam sinsuran..
layan ciktam cari barang..
mutiara, brooch, bangle, tiset..
i? dah tak reti nak beli apa?.... mcm I kata tadi..
bawa ciktam, i tumpang happy tgk dia gelabah2 bewak menggelupur tgk pearl etc.. huhu
Balik malam tu..kemain happpy jiwa raga... sbb makan kenyam.
tidur pun senyumm lebar je...
tidur dalam iman ongkata. hahahha.
eh balik bilik, budak 2 ketul tu layan ulangan sukan komanwel..
lantak engkorang la..gua Zzzzzz dulu..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.