Thursday, July 18, 2019

SAMBUNG CERITA SHORT VACAY DENGAN MAK AYAH, DARI MUAR SINGGAH KE MELAKA..

No comments :

Assalamualaikum.

Sekarang memang kalau kata NANTI I UPDATE tu, mokata(makna kata)...
makan masa 2minggu juga tu ðŸ˜›.
Macam entry ni laaa..
Nawaitu memang nak up juga2 entry ni..
kot leh share dgn engkorang hotel baru yg i jmpe kat Melaka.
Tup2 mai plak bz keroje... bz jenih nak p tandas pun berkiraaaa!
Hari ni rasa lapanggg sketttt..
Let's la i nak share.... 

:: Balik dari Muar.. kami terus check-in METRA SQUARE Hotel. I yg cari2 kat agoda. Jmpe 1 new hotel kat belah2 MITC Ayer Keroh. Nak2 ngam2 dia ada Duplex room, muat for 4-5adults. Sedang2 elok. I plak mmg jenis kalau boleh nak duduk ala2 rumah, nak menyembang senang....So duplex tu mcm dlm pic ni lah goman eh.. ada 2 tkt... tkt bawah ada sofa area.tv and small kitchenette and 1 room. Room dia jenis twin sharing. I minta xtra bed. So mak, ayah and jiha tidur bawah. While and husband amek bilik atas.. nak naik atas, kot tangga tu je la..Langsir atas tu bilik kami stay ::

:: Pic dari pintu masuk.. terus nampak sinki n living hall ::

:: bilik depa.. kat tkt bawah.. ::

:: ni bilik ataih. bilik kami.. kat tingkap berlangsir tu leh intai bawah..nampak la living room 

:: memula sampai harus la huru-hara check sana sini kennn. ::

Review I..
Harga dia for duplex types ni SANGAT2 la affordable and cunnnnnsss..
Tak sampai RM300 pun!! 
Metra Square hotel ni hotel baru. Dia mcm area business center.
Ada 2 hotel dalam area ni.. Hotel lagi satu tu, nampak best lagi!
 tapi i tak jumpe pun dalam agoda.
Now pun i lupa apa nama hotel dia. Tapi nampak lagi better dari MetraSquare yg i stay ni.
Metra Squara ni jenis service apartment. Nampak mcm hostel2 pun ye.
Jenis open corridor.. memanjangg je biliknya.
But since dia new hotel, bilik dia bersih. lapang.
Takde siminpul ye... Sbb mmg i tak cari yg ada siminpul pun.
Bkn bawa budak2.. 
Bawah hotel ada OldTown Cafe. Mmg pintu OldTown ni depan dgn lobi lif.
Nampak ada a few kedai nak buka jg bawah2 hotel ni. In progress.
5minutes je to Mydin MITC..and attraction place kat ayer keroh.
Such as taman buaya melaka, rumah mini malaysia, farm bee etc..
So this place is another good choice to koang yg nak mai Melaka.
Nanti koang search METRA SQUARE HOTEL ok?? 

::Petang pi cari asam podeh kat pasar borong batu berendam.. ::

:: tapi mana2 pun tak lawan asam podeh mak masak.. Rasa segan plak nak bawa chef ramlah makan kat kedai2 mcmni. Kalah teruk depa dgn chef melah ni haa. huhu ::

:: malam2 lepak OldTown.. request by mak ayah. depa nak minum kopi sedap.. Ajommm ::

:: dah la rate bilik murah.. dapat plak bfast for 5. asalnya 4 .tapi i kan amek xtra bed. comes wth extra bfast for 1pax. Snap pic ni je.. Cereals dlm tin beskut . rare plak rasa ! hehehe ::

:: lepas bfast, saja ajak depa jalan2 melaka town. awal pagi mebi tak jem la kot.. ni pokok2 sakura pelesu.. kat lobi hotel ::

:: awal2 before 9am mmg tak ramai sgt org. Tapi pelancong ramaii dahhh.. ::

:: manje mentayam mak.. esah wth love huhu ::

:: Stadthuys Christ Church.. Biasa lalu je. tak koser tgk org ramai mengemut2. Ni pagi2, dapat la merasa jadi pelancong huhu ::

:: so i ni menurun perangai sapa?? coba teka?? hahha ::

:: Cuaca pun elok mendung.. sayu suam2 kuku.. syokkk ja jalan selooww2 menyelusuri sg melaka.. ::

:: anak2 dara mak ayah.. ::

::btw jangan jaki baju2 buruk kami.. Kami ni tak plan pun nak pi jalan2.. Igt nak turun bfast jaaa.. ujung2 begini nasibbbb... so namoh kata2 dalam hati tawwwwww.. ni pun pakal dah mandi sekor2.. biasa turun bfast tak mandi lagiii! hahhaa. ::

:: bkt St Paul. tak kuasa nak mendaki.. kita jalan bawah2 dah la ye. ::

:: jalan pnya jalan tak sedar sampai A Famosa Fort. Mak ayah kesayangan hati beta ::

:: kak esah engkorang..with babang jek.. ::


:: windy je pagi tu. mak kemain happy dapat jalan2.lepak2... ::

:: area sini la tempat pertama Tunku Abdul Rahman announce kemerdekaan. Bandar Hilir Melaka a.k.a Dataran Pahlawan ::

:: Kebetulan haritu last day festival makanan Traditional Melaka. Lagi la syokk tgk depa masak mcm2 food.. Ni antara yg kena dera giling cili ::

:: mau melepuh tangan kalau batu giling bosa gadang gini! heheh ::

:: deni, tak propah tak sah! hahah ::

:: ayah menerai tengkolok songket. kemain seketul RM100 ::

:: While mak esah engkorang pow babang jek thisssssss.. hahhaha. ada je ko kan??? sarung bantal kecik, songket sulam. I soookaaaa benda2 gini. Rasa klasik. gittooo... I beli 4 helai je.. nanti match kan dgn yg plain ::

:: Harga asal sehelai RM80. last day dia bagi 4 helai RM180. Tak ke murah bebenauu kan??? ::

Gitu je la kisahnya short vacay kami.
Sabtu g Muar.. Then tidur kat Melaka semalam.
Esk pagi ahad jalan2 kota melaka.. tengahari shoot balik KL....
in between ada selit aktiviti shopping2 sket..
And beli baju tiset tuk cucu2 mak kat rumah tu.
Walau kami org Melaka,tetap la setahun tu berulang2 jalan melaka.
Melaka antara negeri kami suka pergi selain Penang and Ganu. he he he..
Penang sket lagi kami nak maiiiiii. ya beda beduuuu...


.: NO HATE JUST LOVE 💋:.




Wednesday, July 10, 2019

SANNAH HELWAH MAK !!! HAPPY 62nd BIRTHDAY! BARAKALLAHU FI UMRIK...

No comments :

Assalamualaikum.
07.07.2019 baru-baru ni was my beloved mom's birthday.
Wish u, SANNAH HELWAH, barakallahu fi umrik buat mak tersayang.
Segala2 doa yg terbaik buat mu mak.
Terima Kasih utk 39tahun segalanyaaa...

Happy birthday to the woman who helped to make all my dreams and aspirations possible, my darling mom. May your birthday be filled with delight this year

:: Bufday mak Ahad 07.07 ari Ahad. Since adik2 bujang, weekend diorg ada hal debat... Jumaat malam 05.07 let's la kita buat pre-celebration bufday mak. Buat kat Naili's Ampang jaaa.. ::

:: depa kasi mak hadiah hphone baru.. walau sekadar VIVO..tetaplah appreciate their effort kan?? bdk2 tu kan semua baru kerjaaaa. Alhamdulillah.. kemain happy nenek. tidur pun peluk hphone. ha ha ha::

:: tak cukup corum. Ramai yg ada hal. Mama papa auni aliff pun tak dapat joint. Malam tu hafiz ada meeting masjid.. ::

:: Drinks.. ::

:: Marinara spaghetti. Pokde pnya. Dia kata, bolehh laaaaa.. i tak rasa pun, malas.. ahaha ::

:: beef lasagna. Tak sedap. Eh dosa tak kata tak sedap kat makanan eh?? tapi mmg tasteless lah. sedddihh! sebaik harga tak membunoh sgt.. below rm20 rasanya. ::

:: debok kesayangan ciknyah.. Bila nak diet ni kakak??::

:: he ate carbonara.. bolehhh laaaa ::

:: mak ayah makan asian cuisine..mee, nasi. ::

Tu je pic malam aritu.
Ada adegan funneh malam tu.
Konon nak buat seperais kat mak ayah..
bagitau depa, adik2 bujang tak joint dinner.
Cuma kami berempat with abam auni.
Berubah juga muka mak ayah.
Then sampai je nailis... dapat seat kat luar sket..tapi best la fresh air..tepi2 jalan sket.
tgh duduk2. mak ayah serentak bagitau.. "eh tu kete pokde?".
nampak la kete budak2 bujang tu duk pusing2 a few time depan kedai.
Dah la kantoi.. boleh depa tawwaf 3-4 kali depan bijik mata mak?? 
depa tak nampak pun nailis. masing2 duk kalut cari nailis.
Sampai tak nampak pun kitorang dalam kedai tu.
Gua dgn muka stresss...whatsapp dlm grup adik badik.
"apa yg ko dok pusing2 tu shaithoon??? mak dh nampak koang laa..!! dahh masuk, masuk!!"
takleh pakaii tul budak2 tu.ha ha ha
Ada tak ada, depa turun bawa kek dgn lilin sambil nyanyi lagu bufday.
Jadiiii laaa...

:: Sabtu pagi 06.07... adik2 bujang p debat. TMJ team(hafiz family) papa diorang ada mcm2 program raya. Mak ayah dari aritu ajak kami p bfast kat Muar. Kemain, bfast sampai ke Muau!!! since bufday mak, moh la kita.. :: 

:: Terus cari tempat bfast best Muau... Ni ZZ Satay Warisan Muar. Ada aircond area..kedai dia kecik je... Masa kami datang, takde seat. Tnggu dalam 3mins je dah dapat seat. Berasap2 depa bakar satay.. ::

:: Satay sini, style depa akan bagi je satay sepinggan dua. pastu bayar apa yg koang makan je. tunjuk lidi kat kaunter. Style dolu2 ni.. Kami sepetak suara kata satay dia sedappp , lembuutt sgt and sangat moderate rasa dia. tak heavy.. sesuai tuk bfast!! harga secucuk RM0.70 ja nok!!! Ada satay daging, ayam and perut. nyummm2 ::

:: Mee rebus dia terpaling win lahh!!! ayah makan leecheenn! i suruh tambah, dia tak nak.. ::

:: i makan lontong, sedappp.. ciktam makan soto pun sedapp! kenapa kat KL depa tak masak berasa2 mcmni kann??? menu tak payah meriah2 sgt.. fokus 4-5 menu, tapi masak sedap2 kan?? Sini ada menu2 yg kami order tu je la. Mean semua menu dia kami order satu. Kecuali mee rebus. order 3 mangkuk terosss... datang jauh2, takkan amek bau je kan?? biar baloii sket bayar tol huhu ::

:: deni mcm anak bungsu mak dah. P mana2 mesti ada dia menyelit tengah2..cepat berlaki kak oi!!! hahah ::

:: dah makan bawa mak ayah pusing2 Muar.. ::



:: heboh dia suh snap pic dia dgn huruf R for Ramlah gitteww ::



:: RAUM?? ::


:: Bila dah start bedenting.. laju2 masuk kete ::

Dalam pukul 12pm....gerak p Melaka.
Otw ada singgah layan durian melaka.
Dapp jugaa.. dah la mughah ja..
3 biji isi demok2..RM35 ja!!! 
So dari Muar.. ikut lalu kampung Jasin-Melaka...
masuk melaka piula..
Muar takda apa sgt nak explore...

:: sampai Ayer Keroh... nak bunuh masa before checkin hotel..singgah FARM BEE.. mmg nak beli Madu.. Mak sonok laa..macam2 dia nak borong.. hahhaha. Borong madu dalam 4-5botol. Propolis semua. Mmg pemakan madu kami ni. Madu lebah ok. madu hat jenih sondol2 laki org, NO NO NO ye.. Awassss lohhh! ::

:: dah pegi tgk lebah.. siri membunoh masa seterusnyaaa.. mencekik lahh lagiii.. tapi masing2 kekenyangan. makan share2 mcmni jela.. Nyonya laksa dia sedap giler.. Nama kedai ni AIDA RICH CAFE, Ayer Keroh. Pernah masuk JJCM. Aglio olio mak pun sedappp! i tgk ada yg makan asam podeh pun nampak tempting. Hotel kali ni kat Ayer Keroh. Sebab tu berlegar2 area sini jaa.. search2 internet tgk org recommended Aida Rich ni.. so i plak nak recommend kat chuols.. ok? ::

So cukup sini dulu la..
sambung later.
eh tak rajin nau2 plak nak membebel2....
kojo bykkkk..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.