Thursday, July 18, 2019

SAMBUNG CERITA SHORT VACAY DENGAN MAK AYAH, DARI MUAR SINGGAH KE MELAKA..

No comments :

Assalamualaikum.

Sekarang memang kalau kata NANTI I UPDATE tu, mokata(makna kata)...
makan masa 2minggu juga tu 😛.
Macam entry ni laaa..
Nawaitu memang nak up juga2 entry ni..
kot leh share dgn engkorang hotel baru yg i jmpe kat Melaka.
Tup2 mai plak bz keroje... bz jenih nak p tandas pun berkiraaaa!
Hari ni rasa lapanggg sketttt..
Let's la i nak share.... 

:: Balik dari Muar.. kami terus check-in METRA SQUARE Hotel. I yg cari2 kat agoda. Jmpe 1 new hotel kat belah2 MITC Ayer Keroh. Nak2 ngam2 dia ada Duplex room, muat for 4-5adults. Sedang2 elok. I plak mmg jenis kalau boleh nak duduk ala2 rumah, nak menyembang senang....So duplex tu mcm dlm pic ni lah goman eh.. ada 2 tkt... tkt bawah ada sofa area.tv and small kitchenette and 1 room. Room dia jenis twin sharing. I minta xtra bed. So mak, ayah and jiha tidur bawah. While and husband amek bilik atas.. nak naik atas, kot tangga tu je la..Langsir atas tu bilik kami stay ::

:: Pic dari pintu masuk.. terus nampak sinki n living hall ::

:: bilik depa.. kat tkt bawah.. ::

:: ni bilik ataih. bilik kami.. kat tingkap berlangsir tu leh intai bawah..nampak la living room 

:: memula sampai harus la huru-hara check sana sini kennn. ::

Review I..
Harga dia for duplex types ni SANGAT2 la affordable and cunnnnnsss..
Tak sampai RM300 pun!! 
Metra Square hotel ni hotel baru. Dia mcm area business center.
Ada 2 hotel dalam area ni.. Hotel lagi satu tu, nampak best lagi!
 tapi i tak jumpe pun dalam agoda.
Now pun i lupa apa nama hotel dia. Tapi nampak lagi better dari MetraSquare yg i stay ni.
Metra Squara ni jenis service apartment. Nampak mcm hostel2 pun ye.
Jenis open corridor.. memanjangg je biliknya.
But since dia new hotel, bilik dia bersih. lapang.
Takde siminpul ye... Sbb mmg i tak cari yg ada siminpul pun.
Bkn bawa budak2.. 
Bawah hotel ada OldTown Cafe. Mmg pintu OldTown ni depan dgn lobi lif.
Nampak ada a few kedai nak buka jg bawah2 hotel ni. In progress.
5minutes je to Mydin MITC..and attraction place kat ayer keroh.
Such as taman buaya melaka, rumah mini malaysia, farm bee etc..
So this place is another good choice to koang yg nak mai Melaka.
Nanti koang search METRA SQUARE HOTEL ok?? 

::Petang pi cari asam podeh kat pasar borong batu berendam.. ::

:: tapi mana2 pun tak lawan asam podeh mak masak.. Rasa segan plak nak bawa chef ramlah makan kat kedai2 mcmni. Kalah teruk depa dgn chef melah ni haa. huhu ::

:: malam2 lepak OldTown.. request by mak ayah. depa nak minum kopi sedap.. Ajommm ::

:: dah la rate bilik murah.. dapat plak bfast for 5. asalnya 4 .tapi i kan amek xtra bed. comes wth extra bfast for 1pax. Snap pic ni je.. Cereals dlm tin beskut . rare plak rasa ! hehehe ::

:: lepas bfast, saja ajak depa jalan2 melaka town. awal pagi mebi tak jem la kot.. ni pokok2 sakura pelesu.. kat lobi hotel ::

:: awal2 before 9am mmg tak ramai sgt org. Tapi pelancong ramaii dahhh.. ::

:: manje mentayam mak.. esah wth love huhu ::

:: Stadthuys Christ Church.. Biasa lalu je. tak koser tgk org ramai mengemut2. Ni pagi2, dapat la merasa jadi pelancong huhu ::

:: so i ni menurun perangai sapa?? coba teka?? hahha ::

:: Cuaca pun elok mendung.. sayu suam2 kuku.. syokkk ja jalan selooww2 menyelusuri sg melaka.. ::

:: anak2 dara mak ayah.. ::

::btw jangan jaki baju2 buruk kami.. Kami ni tak plan pun nak pi jalan2.. Igt nak turun bfast jaaa.. ujung2 begini nasibbbb... so namoh kata2 dalam hati tawwwwww.. ni pun pakal dah mandi sekor2.. biasa turun bfast tak mandi lagiii! hahhaa. ::

:: bkt St Paul. tak kuasa nak mendaki.. kita jalan bawah2 dah la ye. ::

:: jalan pnya jalan tak sedar sampai A Famosa Fort. Mak ayah kesayangan hati beta ::

:: kak esah engkorang..with babang jek.. ::


:: windy je pagi tu. mak kemain happy dapat jalan2.lepak2... ::

:: area sini la tempat pertama Tunku Abdul Rahman announce kemerdekaan. Bandar Hilir Melaka a.k.a Dataran Pahlawan ::

:: Kebetulan haritu last day festival makanan Traditional Melaka. Lagi la syokk tgk depa masak mcm2 food.. Ni antara yg kena dera giling cili ::

:: mau melepuh tangan kalau batu giling bosa gadang gini! heheh ::

:: deni, tak propah tak sah! hahah ::

:: ayah menerai tengkolok songket. kemain seketul RM100 ::

:: While mak esah engkorang pow babang jek thisssssss.. hahhaha. ada je ko kan??? sarung bantal kecik, songket sulam. I soookaaaa benda2 gini. Rasa klasik. gittooo... I beli 4 helai je.. nanti match kan dgn yg plain ::

:: Harga asal sehelai RM80. last day dia bagi 4 helai RM180. Tak ke murah bebenauu kan??? ::

Gitu je la kisahnya short vacay kami.
Sabtu g Muar.. Then tidur kat Melaka semalam.
Esk pagi ahad jalan2 kota melaka.. tengahari shoot balik KL....
in between ada selit aktiviti shopping2 sket..
And beli baju tiset tuk cucu2 mak kat rumah tu.
Walau kami org Melaka,tetap la setahun tu berulang2 jalan melaka.
Melaka antara negeri kami suka pergi selain Penang and Ganu. he he he..
Penang sket lagi kami nak maiiiiii. ya beda beduuuu...


.: NO HATE JUST LOVE 💋:.




No comments :