Tuesday, February 28, 2017

OUR SABTURDAY STORY ; HOUSE CLEANING , GROCERIES & DURIAN CHAPTER...

3 comments :

Assalamualaikum.

Last friday i ada list kan a few THINGS TO DO in weekend kan?? READ THIS
Alhamdulillah kelima2 job task yg i jot down, semua i birjaya buat olsss olssss.. *kibas2bahu*.
Pagi2 sabtu, kami operasi kemas rumah.
Suami mcmbiasa, ketua cleaner. hahahha. konghasam pnya binik! 
dia cleaner kan suami sndiri???
Alaa ilek laa bang..u are my frienddddd 😝
I mandor je.. huhu.

:: mmg berjodoh laki bini sama pangai... ada penyakit Mild OCD. hahaha. Mcm suami I.. abis smua dia kipas lipas kan habuk2.. celah2 bedah semua dia kelebet.. bulu ayam lain, kain lap lain..siap pakai tangga lagi.. bunga2 manje i smua dia tlg lap.. carpet smua vaccum, gulung jemur. wow!! good job bader! hehehe:: 

:: tak memadan yg kidal..! zapp zappp dia mengelap. i peratiii je kehebatan suami sndiri. mihmih :: 

:: Alhamdulillah within an hour settled kemas.. sap2soi semua kita bantai vacuum kan! kang kalau sapu,terbang2 habuk dia. :: 

:: While dia kemas2, i settled kan kain baju.. :: 

:: elok panas belitak, meresik2 kain baju. Dah mcm umah setinggan, abis pagar2 pun di sangkut kain baju. arrghh gasakkan situ. janji kain masak ranum! bila lipat kang sedapp je bau Downy.. 

:: Paling best bila kita basuh telekung serentak pastu dia elok keringg.. orgasma berganda!! I sekali pakai.. ada 3 telekung. 1 tuk office. 2. tuk umah(bawah) 3.  tuk bilik atas.huhuh. Pastu i sambung aktiviti iron berbondong2 baju terus.. dah settled smua, baru kami p bfast..dah gigil2 berbuih2 mulut nak jadi sawan dah, sbb  bfast lambat.. brunch teros! :: 

Then singgah Mydin...groceries!
tuk rumah mak & rumah kami sndiri.
Alaa umah kami, topup2 sikit je..
lepastu terus shoot balik umah mak.
Sampai umah mak, tgk pasangan warga emas romantis ni tggl berdua je.
Yang lain2 abis dah keluar menggelenjin ari sabtu kann??

:: ajak diorang mengopi... atuk request nak makan char kuey tiaw.. Jom, ke DET station k.. sapa #Ampangrian?? tau kot kan DET station char kuey tiaw yg mabeles tu??? ::

Malam tu lepas isya...lepas bergentel2 ngn bebudak 2 orang tu (Abam &Auni) kami balik Kajang.
Menjerit mak, kitorang balik. Dia igt kami tidur sana.
Mggu ni kami nak rest kat umah sndiri lama sikit.
Next week insyaallah ye mak!
Otw balik Kajang, kita men-derian sehenjut!

:: Sebiji besar for two of us. Ni nama dia Durian Hijau.. 2.5kg RM60.. :: 

:: Isi tebal ok..bijik tecit! lemak merdu..terjilat2 bibir.. nyum2, eh pokok pangkal mmg rasa durian lah! huhu :: 

:: mamat ni makan mengalah2 je..biar bini dia makan puas2..siap offer nak buka lagi sebiji. OH NO!! Enuff ok sebiji besar mcmtu.... kenot eat too much doyan ni... koncing maneh! huhu :: 

:: Bff durian..dulu kini dan selamanya.. ne ne ne ne::

Cukup ni dulu...
sambung later2 k...

.: MUCH LOVE 💋 .:






Monday, February 27, 2017

CERITA JUMAAT AND PERGI JAKEL DAPAT BAJU RAYA PERTAMA! YEAYY

No comments :

Assalamualaikum.

I tak sedap badan ni.
So straight to the point je..
or omputih kata,sound direct je. hahahah.

Ni cete lunch hour jumaat...

:: Mengangkut hanak2 hayam p Sunway Putra Mall. I ada hajat mai sini, cete ada kat bawah naa..sabaq sat.. ::

:: lepak makan kat TeoChew Chendul... semua layan mee udang. Tiba2 tesempak dgn Chumill (tudung hijau)..wife si Nik (officemate)..kemain royoh satu tapak pesta tu dgn suara dia.. hahaha.. ni dia yg suh kawan dia snap kan.. kami redho je..huhu :: 

:: Wowww sekali rangkul je, masuk dah nana dlm dakapan I. ceewaaah. halus bona2 enduk ni... tgk yg sebelah dia tu..kemainnnn thick nya! :: 

:: one more time.. ::

:: Ok ni tujuan utama i mai sini. Nak buat spek baru! Spek i yg bawa p opis ni elok je lagi. Yg tuk pakai kat umah yg dah bengkok. Aritu laki i dok bergurau apa tah dgn i..tiba2 dia tertekan dgn tangan dia..mendapatlah i pakai dia jadi senget sebelah.. yg kanan naik tinggi, yg kiri cemeh ke bawah.. pffft!! kat umah i kenot pakai yg office pnya eye wear..sbb hat ni, rimless.. senang patah.. so ajet2 hippsturrr sgt mcm bebudak muda pakai cepek penuh muka.. awww.. Cuba teka mana 1 pilihan kakak??? left or right?? frame tebal2 mcmni, i.allah majar sikit :: 

:: Petang Jumaat, i tggu suami kat Sogo. Sbb dia meeting abis kol 6lebih.. i ni ter-istighfar2 tahan nafsu dari menyoping lagi. Last2 haku melepak makan popia kat tkt 7 nun.. sbb dah nyaris2 nak angkut 1 jug lawo kemain sampai RM79.00 seketul. Mengurut dada i halau bisikan2 shaitonnirajim! feeeerrrrr.. bila suami sampai (dia naik LRT from his office to Sogo), terus p dinner kat Restoran Insaf. Koang yg asal2 KL msti tau kan restoran beriani famous since 1980's ni kan?? dlu2 mana ada JM beriani, line clear bagai.. Insaf ni lah fofular..  i tak sure cawangan dia tempat lain..tp yg biasa (ayah selalu bawa dari kecik) yg kat jalan TAR ni lahh. tapi awas2 sket harga dia ye.. jgn main oda je.. boleh tahan kejam jg...tapi mmg tasteful lah! 

::Paling BOOOMMM kat sini, juice mango dia.zaman berzaman mmg signature diorang lah! Pekat likat melekat!!  try oda k! ::

:: dah lama giler kot tak masuk sini. masuk2 je kan..terus feeling2 mcm masuk kedai pakistan kat Hongkong dgn cina. hahhaa.dia mcm ada sejenis bau and suasana kedai halal belah2 sana.. :: 

Petang Jumaat lepas tgk jalan kekemain jem dpn Sogo tak gerak2.
Intai belah belakang kat Jalan Kinabalu tu pun mcm jahanam jg jem nya.
So kami buang2 masa masuk kedai2 kain kat jalan TAR nu....
masuk Gulatis, Maya Silk.. Osman(eh i suka kedai ni taw.nama mcm sempoi.tp kain dia kurlass!). 
Ok tu mmg ok jg..mcm kat Maya and Osman.
.better than Gulatis.(dia ni sejenis nak memahal sgt apahall kan?)
tapi hati dah bajet nak tgk Jakel..so smua pun yg kita tgk kat kedai2 lain,KIV dulu.
Last2 lepas solat maghrib decide merayap p Jakel la la tu juga!
Sampai2 Wisma Jakel terus parking valet. Senang mengadap muka pintu teros!
Bayar RM10, then melangkah masuk dgn konpidennya..
masa tu kol 8.05pm mcmtu.
Masuk2 depan pintu tu ,dia dah sajikan i dgn lambakan SALE ariani.
dah ketaq2 lutut ni tgk square scarf dia lawo2 woo...
rasa mcm mild parkinson pun ada...hahhaha
Suami i kata, kita cari kain baju melayu dulu.
Nnti turun baru p borong tudung.
Then panjat escalator ..tgh atas escalator tu...
dengar announcement kedai nak tutup at 8.30pm! 
what the fish???? Kau ghase???
i pandang suami, dia pandang I sambil buat muka spongebob..
bengang kot! kami ada masa 20minit je.nak soping apa??
but..
since dah masuk je JAKEL tu, kan pasti ada atleast 1 sales rep akan membontoti ko kan?
sales rep tu lah beriya2 pujuk i kata..BOLEH PUAN...
kami tarik pintu half je. betul2 tutup kol 9pm lebih.
Eh kauu ni, kejar komisen nampak? hahahha.
So jom la kita hv a look2 first.
kalau rasa rush sgt, i datang je hari lain..walau rasa nak geget bucu escalator tu..
sbb dah byr parking RM10.. huaaa
Alhamdulillah, berkat kehebatan pempuan sales rep tu memperdaya kami...
dapat jg cari apa yg dihajati.
Dapat beli kain baju melayu suami..
dgn i pnya baju sekali! sedongggdongg. gitttoo.
Settled baju rasmi raya pertama kami!
harga pun, i rasa mmg kasih sayang peluk cium sangat dia bagi..
sbb dia dah gelabah bewak nak balik kennnn??
i siap sempat sambar border lace lagi nak tepek2 kat baju2 yg warna agak pastel.
kasi naik sket warna.

teaser baju raya.. ehem.... 
yg pepel tu border lace...
psssttt... u ols dah ke?? kaler apa??

.: MUCH LOVE 💋 .:





Friday, February 24, 2017

FRIDAY IS BACK! & CERITA BAB MAKAN YANG TIDAK AKAN PERNAH BOSAN.. HEHE

2 comments :


Assalamualaikum.

Salam Jumaat penghulu hari (adeih cliche btoi ucapan).
Apa macam ini ari kilija??
ada bagus?? 
It's friday ols!!!
Apa nak bungkam2 lagi.. ??
let's dance together,gets on the dance floor, party was start.
stand stil like that 🎈🎉🎡.
ewahhhh cakpong2...
Nothing much to share pun.
 Kita gebang2 kosong je lah ye...

:: telur tetel pedas kegemaran Pakcik Hot I.. ni kejadian yg siangnya p lunch laki bini kat NASI KANDAR LINE CLEAR Kg Baru... time lunch dah mencekik menggelupur tak igt..malam kita makan light2 je.. spicy scramble egg(wowww nama hotel kau,letop!) ni makan dgn roti kosong gardenia tu..panas2...perkhh!! masak telur ni pun takleh main humban je..kena ada skill ..supaya telur masak elok... tak hanyir..cili dia pun masak betul..kalau tak sakit perot.. biar lembab2 sket..baru umpphh! ::

:: Ni pic lunch Rabu.. quit late lunch..kol 2lebih baru dpt soru sappedek! once again, dapat lunch date with Pakcik Hot... kat GULAI KAMPONG,Bangi (for reference can read here... ). I took halfday off yesterday.. ada hal kena settle kat Pejabat Tanah sana. cemuih hoiii syik ulang alik p pejabat tanah..mcmkan tanah berekar2, berkoyan2!! takat nak tukar nama unit kondo je pun.. kondo pun setakat sekangkang mawas  ! ponnn kemain renyah! 🙇 ::

:: kat sini pesen lauk taruk dalam mangkuk. boleh je kot nak buh dlm pinggan,tapi harga tetap masa. bek buh hidang mcmni. leh share2 ye dok?? ni daging salai cili api.. dia kawankan plak dgn pucuk ubi! perkhhh!!! i minta half je. half RM6 kalau penuh semangkuk RM11. Podeh menyonga!!! :: 

:: pari asam podeh RM12. Dapp nyaaa.. :: 

:: 1st time try sup tulang dia. ya allah sedapp rupanya!! giler laaa sedap kuah dia...tulang pun byk isi.. semangkuk mcmni RM12 je.. kalau kita g kedai2 tomyam biasa2, minta sup tulang ada la 2 ketul tulang yg sebenar2 tulang je kau dapat,kan?? tu pun dah kena RM8-10 semangkuk. kat sini, isi dia tercabut2 dari tulang pun dia kaup taruk dalam! pueh hati boto2!! :: 

:: bukti pueh hati, sampai bgkus bawak balik!!! buat dinner. I celur bihun + kaler kan dgn kunyit sket..jadi la bihun sup utara!! ::

:: ni belen yg kami dah cedok..still berbaki2 isi berketul2 ye... mcm makan jg, still RM12 sebanyak ini..::

:: pakcik hot makan tertonggeng2 piyuk. Lenkali kalau ada guest, i nak bungkus sup mcmni.. pastu celur kan bihun je. i buat la sambal kicap kan kan?? lagi senang. tayah renyah2 nak rebus tulang berjam2!! sedap pun sedap. so who's next nak datang umah I?? kasi halo2.. heheh:. eh roti gardenia yg enterprem tu, belen makan dgn telur tetel malam semalamnya lah tu!!! Pagi tadi, i sapukan planta + sugar... buat makan berdua otw p opis. sbb expired dia arini! kang kalau tak buat mcmtu...alamat mmg kemana lagi kan?? kalau tak pulang ke rahmatullah(tong sampah) ::

So..
Weekend apa bikin??

I plan to :
1) Kemas rumah. Vacuum, mop. Umah dah berkerak!
2) Nak pi Jakel. Cari kain nak buat baju melayu raya suami  then p tempah kat Maroz. Kita usyar2 juga kot ada kain lawa, kita rembat buak backup baju raya diri sendiri. and ariani pun baru anta sms kat I kata ada SALE sampai 5th Mac, jom la kita skodeng2 apa yg patut... (ariani ada kat G floor Wisma Jakel KL ye anak2).
3) Grocerries tuk rumah mak + umah sendiri @Mydin
4) singgah umah mak kejap hantar barang dapur
5) bawa ciktam p bangi gateway. dia nak beli tudung  + baju kurung ready made.

We will see apa nasib dgn THINGS TO DO kita......
jgn no.1-5 berkesudahan dgn MEMBUTAAAAAAAA je... 
mmg nak kena 🔫 💣🔪🔨🔧! 
hahahhhaa.

.: MUCH LOVE 💋 .::


JARAK PERJALANAN 2 MARHALAH; DIKIRA DALAM SEHALA ATAU DUA HALA?

No comments :

Soalan;  ustaz, ketetapan jarak 2 marhalah untuk membolehkan kita solat jamak dan qasar, adakah dikira sehala (pergi sahaja), atau dikira dua hala iaitu pergi dan balik? Jawapan;

Jawapan;

Merujuk kepada kitab-kitab Fiqh semasa hari ini, jarak 2 marhalah ditetapkan -mengikut ukuran KM- antara 85KM - 90KM. Sebagai ihtiyat (berhati-hati), eloklah kita mengambil jarak 90 KM. Jarak dikira berdasarkan perjalanan sehala, iaitu dari kediaman kita ke tempat yang kita tujui. Sebagai contoh, perjalanan dari Kangar (Perlis) ke Alor Star (Kedah) jika sehala jaraknya adalah 50 KM dan jika dua hala jaraknya menjadi 100 KM. Maka perjalanan ini -menurut jumhur ulamak- tidak mengharuskan jamak dan qasar kerana jarak sehalanya tidak mencukupi 2 marhalah. Jika perjalanan adalah dari Kangar ke Gurun, barulah boleh menjamak dan mengqasarkan solat kerana perjalanan sehalanya mencapai 2 marhalah (iaitu +- 100KM).

Wallahu a'lam. 

Thursday, February 23, 2017

LUNCH DATE WITH PAKCIK HOT @NASI KANDAQ LINE CLEAR & RSMY FOR 2ND TIME

1 comment :

Assalamualaikum.

Hari selasa baru ni,sempat lunch date dgn Pakcik Hot. Aummm.
Pakcik Hot tu ada court case kat Mahkamah Jalan Duta sana.
He's an innocent defendant...ceeewahhh.
acah mak enon. cambiasa, p court jadi witness bank je pon 😆
So lps selesai kes(selalunya halfday je) dia kena hantar balik kereta to HKL (my office).
Alang2 jom la angkut bini montek dia ni p mencekik. 
Kenyangkan perot bini itu kan wajippp hukumnya!. mihmih.
Short time mcmni,tayah la berangan nak ajak dia masuk mall ke apa ye.
Sbb my Pakcik Hot tu skjp2 kang tgk jam.
As usual my fav statmnt.. "melungkup bank tu kang kalau dia tadek!". 😵 huhu.
Pekena nasi kandaq Line Clear(Kg Baru,KL) sudehhh.
Sekangkang gorila je pun dari HKL.

:: awal sampai..mendapatlah lauk membukuit2! tengok,semua nak! tu nak,ni nak!  :: 

:: Husband's plate. dah 2-3x suap, baru dia sedar, bini 'wartawan' dia ni tak snap pic lagi. Cepat2 di suakan pinggan dia kat I. I kata, tak payah la..dah comot pun pinggan. Dia paksa jg suh snap..dia kata.. pinggan dia lawa sket..sbb ada kaler2 hijau (sayur).. so beginilah jadi nya..pinggan yg telah ternodai!::

:: Mine.. Ayam madu + telur ikan! mai sini sia2 je lah tak minta telur ikan ye!! wajib amek!...sbb S E D A P!!!! makan 2 orang dgn teh o ais limau + sirap limau bgkus ikat mati total dalam RM28 je. Kalau pekena nasi kandaq kat Restoran Kg Pandan sana, cekik darah sket.. ::

:: parking belakang Line Clear..kena bayar RM3 sekali masuk.. ::

:: rasa teruja sket kalau dating ngan dia time keje... gedik lebih ..hahah ::

:: I kata kat dia..rasa mcm skandal dgn boss2 je kalau keluar lunch ngan dia.. hahhaha :: 

Settled lunch...i send him back to office.
I drove my car back to HKL...
Then menapak masuk opis + mendapat lecakkan cik ketty dikedua2 belah pihak. hahaha.
Eh ... alang2 tepek pic makan...
tingat ada pic makan kat RSMY bangi.. Kami p sana  lagi skali aritu.
Since i masih bercinta dgn segala mala nasi beriani.. 
sampai ke RSMY i order nasi beriani!!
Naan cheese leleh2 tu pun i pandang enteng je! huhu

:: Nasi beriani ayam.. tapi kaannnnn... lidah i dah ada benchmark JM Beriani!! I rasa tak sedap pulakkk nasi beriani dia ni haa! i nak JM beriani juga!! parah btoii mcmni.. i makan kuis2 mcmtu je...sbb terus rasa rindu dendam kat JM pnya nasi beriani...  So lainkali nak makan nasi beriani, kena cari JM je ke cemana?? eh Restoran Insaf kat Jalan TAR tu pun takleh dipandang sepi tu.. dah lama tak pekena Insaf KL tu... hmmm weeknd ni soping kat Jakel, leh singgah... 💡 *tinggg!!*

:: suami i suapkan naan cheese pun kemain menolak. I tak selera lagi makan western2 ni.. skrang tgh bermood malay food..pedas2 ... asam podeh..lomak cili api... sambal goreng.. nyum2.. :: 

:: Suami i layan naan cheese dgn ayam tandoori.. RM10... sedap jg! :: 

:: Isnin baru2 ni, i masak aglio olio je.. tekak i masih merajuk dgn all western/italian food semua2 ni!! i dah berkira2 masa otw  jmput suami, i nak singgah tapau  Nasi Manggey tuk I.. tapi  lupa plak i pakai baju tidur je time tu..tak semenggah ! so mendapatlah i terkuis2 makan aglio olio.huaaaa suami i mcmbiasa..makan bertambah2.. Nape aglio i kelihatan mcm mee singapore je ni?? huhu. i kan sejenis suka kerat2 pasta tu jadi pendek2..tu yg dah menyerupai mee.patutnya pasta biar panjang2...tu identiti pasta! ishhh macey2 mung ni!  ::


.: MUCH LOVE  💋.:




Wednesday, February 22, 2017

KISAH KIM JONG NAM @HKL...

1 comment :

Asalamualaikum.

Monday 13rd Feb, kita dikejutkan dengan kematian ber-profile tinggi..
Kematian Abang tiri kepada pemimpin Korea utara(King Jong Un) iaitu Kim Jong Nam.
Yg lebih mengujakan, kematian beliau ketika berada di KLIA 2, MALAYSIA!

A bit introduction about late Kim Jong Nam :

Kim Jong-nam was the eldest son of Kim Jong-il; leader of North Korea. From roughly 1994 to 2001,.
He was considered the heir apparent to his father.

Khabarnya beliau dibunuh.
Nak cerita lebih2 sumpah i tak berani!!
kakak tak kuad awaaaaaaa....
buatnya dia hantar nuklear kat kakak. berterabur tulang temulang kakak!

Yang tambah2 excited nya...
His body(jenazah) ada kat Institut Perubatan Forensik Negara(IPFN), HKL ni haa..
Dah masuk day 10 pun, still tak selesai urusan tuntutan jenazah.
So mereput sekejap dalam peti ais IPFN tu jap ye jong nam??
Jgn ganggu2 kakak taw..kakak tak kenal pun awak masa awak hidop!
Opis kakak pun sblh je IPFN ni haa...
 Belah kanan opis plak auditorium utama(PC) HKL.
Eh strategik sgt opis kakak ni , kalau setakat nak jadi spy baba ni lepas la juga! hihihi
Since his body tak settled2, maka berkampung lah oppa2 wartawan ni kat tepi kaki lima IPFN..

:: day by day, bkn makin berkurang ye..makin bertambah je i tgk reporter2 kat sini.. ::

:: bkn takat oppa2 je...international reporter semua ada sini. even local reporter pun ramai. dapat la cuci mata tgk mamat2 korea.. (mostly mmg korean..north/south). Gambar gegar ni sbb i snap masa dlm kete yg tgh bergerak.. seramm takut kena baling dgn kamera curi2 amek pic diorang. hehhehe ::

:: gagah kan diorang??..nak dapat recent news.. dgr cete ada yg tidur sini pon! ::

Semalam, tiba2 nampak reporter semua berlari2 cari 'audi'(auditorium).
Petang smlm ada Official Press Conference(PC).
Butir2 PC tidaklah kami ketahui. Ke tak layak pun nak tau?
hahaha. elok menyamar jadi cleaner semalam.
Buat2 kutip sampah dalam tu, sambil curi2 👂
kemainn bz body kau kann?? hahah
Geng opis siap ada yg kena jadi penunjuk arah.
Pastu kami bolos kot pintu belakang tgk reporter melambak2 tgh que nak masuk audi..

::  tu kat belah belakang tu yg ramai2 tu la reporter nak masuk audi.. tgh2 pose, tiba2 mai soang polis suh kami masuk and kunci pintu. yelaa kan keadaan jd kurang terkawal takut diorang lolos masuk ikut opis kami tembus mana2 ke...we olss  is sereeeemmm... terus duduk membusuk dalam opis. nak mengendap lagi pun takuitttt... sebaik dann snap pic KAK NAM KEPOCHI berlima ni ha! hahahhah :: 

Sama-samalah kita doakan kes ni selesai dgn baik dan aman.
Takut jg bila baca , ada statment Korea Utara akan file kan saman kat international court.
Byk benda diorang tak puas hati dgn cara Malaysia handle this case.
Harap2 takde la issue dendam2 or balas2 balik ke apa.
Korea Utara kot kan??? Kalau korea selatan tu syok sikit...
Mmg saja je cari pasal...pastu i volunteer jadi PENDAMAI pi sana.
Pastu jaga baik laaa i request nak bincang dengan ....

:: Lee jong ki. hahahhahaa.. org lain tanak! nak dgn dia je! bahahahah. adeih bab merapu mereban, mmg serah kat kau kan esah??? huhu::

Ok2 siyes sikit plisss...
Dah ditaqdirkan dia mati kat Malaysia,dah jadi keje plak Malaysia nak mengadapnya.
Pastu lorat2 plak nak kita ikut cakap dia je pulak.
Eh sakit pulak hati kita ni!  👅

DOA MEMOHON SELAMAT DARI BALA DAN KEHINAAN

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُبِكَ مِنْ جَهْدِ الْـبَلاءِ، وَدَرَكِ الشَّقَاءِ، وَ سُوءِ الْقَضَاءِ، وَشَمَاتَـةِ الأَعْدَاءِ

Maksudnya: “Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari kesusahan bala, hinanya kesengsaraan, keburukan qadha` dan kegembiraan musuh ( terhadap masalahku .)[24]

Ameen ya rabbal alamin. 


.:: MUCH LOVE 💋.:: 
 




Tuesday, February 21, 2017

KISAH SAYA DAN P.RAMLEE...

3 comments :

Assalamualaikum. 

Koang..minat P.Ramlee????
I and family i serta seluruh keturunan I (hahah) mmg sgt2 bff dgn P.Ramlee..
Walaupun tak sempat jmpe,beliau dah innalillah.
Apa nak kesah?? movie beliau kan sentiasa harum subur di hati kan???
So rasa dekatttt sgtttttt dgn kita.
Dia ni very smart person taw!
Cerita2 dia ...bawa message bijak2. 
Cuma biasalah akhir2 hayat...dia down betul.
dengar nya dia dipinggirkan..sbb masa tu start nak IN popyeah2 bagai.
Dgn production house backstab dia etc. 
Since dia dah meninggal, baru org lebih appreciate. 
I mmg minat sgguh2 lah hai nak bz body pasal life beliau.
Pasal wife dia, anak2 dia..kwn2 dia...
kepochi kan? huhuhu
Sorry la..i tadek intention pun nak korek2 history beliau.
Sbb takut info tak tepat. Maybe koang leh refer arkib, or other sources.
I ni saja nak bebel2 pasaL hobby kami kecik2 is TONTON CETE P.RAMLEE..

Kebetulan..
Last 2 weeks kat Prima ada main Seniman Bujang Lapok.
cepat2 up status kat fb..
pastu berjujut2 lah adik badik i je yg komen!
sbb bab2 cete p.ramlee mmg adik badik haku je yg faham..hahaha.
Kami kalau bergurau pun, mmg guna teks2 drama beliau. such as :
"Jolok motosaikel ye bang??"-Senman Bujang Lapuk
"Iyelah,si setan gemok tu lah!" -Seniman Bujang Lapuk
"Jamil yg mana satu bang??" -Madu 3
"kau mana tau,asyik main mahjung sajaa" -Madu 3
"ek eh dia igt kita batang pisang??sblom dia kerjakan kita, kita korekkkk bijik mata dia!" - Madu 3
"iya2 ini saya tahu..ini huruf M" -Pendekar Bujang Lapuk
" aku panas aku kipas,kau panas,kau kipas! " - Do Re Mi
"Re!! bawa api ke mari!! .. Belum sampai! apa yg belum sampai?? Minah kumari!"- Do Re Mi
"Apa sajaa si manisah tu sudah malam2 masih degedek2.. " - Labu Labi
                 ETC...

:: kenapa mata kau berbungkus shaithon? shaithon baru balik operation tuan! . hahhaa :: 

Al-kisah...
Kami dari kecik2 lagi ayah mmg dah expose kami dengan Almarhum P.Ramlee ni..

:: Pustaka Peringatan P.Ramlee kat Jalan Dedap Setapak sana..koang penah pegi?? kami??? dulu2 dalam 1986-1992...boleh kata sebulan 2x lah datang sini. Zaman 80's dlu mana ada shopping mall byk pun.. time tu tempat leh lepak Ampang Park tu je la.. abis kuat kang ayah bawa p Tasik titiwangsa, lake garden p taman rusa, bagi rusa makan.. or pi memorial tun razak..p  tugu negara, muzium negara. orang KL.. bkn ada pantai ke..sungai ke pun kan?? camtu la our childhood story..  Rumah P.Ramlee ni mmg dah jadi mcm our 2nd house lah! cewaaah statment kau! hahhahaa. Dah hapai dah selok belok dalam umah ni! paling ingat... 👇 

:: KETE P.RAMLEE!!! ::
 
:: Kete ni dia letak kat porch luar rumah. nostalgia kann?? ni kete terakhir beliau. ::

:: Interior pustaka peringatan p. ramlee. dia ala2 mini muzium of him. barang2 sejarah.. gambar2..cerita2.. :: 

:: Ni sudut cari ilham beliau. ada piano.mesin type. tu pic anak beliau rasanya...pun dah arwah ; Nasir Ramlee. Kat sini ada rokok fav dia.. ; 

:: Rare kan? i sempat tgk arwah atuk I hisap.... ::

:: Leh baca his story dari kecik sampai meninggal. ::

:: Ingat baju ni? 

:: hehehe baju ketua penyamun @Ali Baba Bujang Lapuk daaaa ::
 
:: Yang paling best is.. part tayangaan movie dia lah!! sbb tu lah kami dah naik hapai jalan cete, waima dialogue dia pun!!! kalau mai sini, msti ada tayangan movie2 dia..ayah siap catit jadual tayangan. cth : 12/2 Nujum pak belalang 11am. 13/2 Ibu Mertuaku 2pm.. ha gituu so kami sampai2 je terus masuk bilik tayangan..duduk la mcmni... ramai2.. ada ekon,dunwori. sonot kan?? ::

Selain tu,ayah mmg akan record movie2 dia guna tape.

:: Koang sempat layan video tape mcmni?? time umur2 I... mmg layan video mcmni lah.. bila tayang je kat tv..tekan butang R(red button) and biar je dia record. Kang time iklan, kalau rajin...pause la skjp. if not..kau record je la iklan2 skali. kang bila nak re-play, kau forward la lelaju kennnn??. So berpuluh2 movie P.Ramlee ayah record.. keje kami dok main balik je la video ni. tu yg dari A-Z pun dialogue dia kami hafal.  ::
 

:: rare doww tape ni!!! nnt kat depa dia ada pelekat label. time tu tulis lawa2 tajuk filem.. bila kita play movie, kadang2 tersangkut2..check2..ada semut siap bertelur lagi kat tali filem tu! hhahhaha. wow oldish sgt plak rasa! sebaik zaman i dah layan kaset..
:: kaset ni pun kenangan sungguh! Dulu2 kol 9pm ada "Pilihan bersama" kat Radio Muzik . Pendengar leh minta lagu kat setesen radio. Nak minta mcmmana? haa kena hantar surat by pos ye!  Nnt permintaan kita akan keluar dalam sokkabar. Cth : Fauziah,ampang. Lagu pilihan : 1. taman astakona (Slash) 2. 25 Minutes(MLTR) 3 Fiona(4U2C). So bila kita dh tgk paper, malam tu standby depan radio...dgn tape kosong... ada je lagu fav zapppp tekan button record.. kadang siap masuk bekgraun suara mak menjerit kat blkng lagi "dah pukul 12am ko tak tidur2 lagi??" hahahhaha. Part sadis, bila adik2 overlaped record kita. diorang main2 rekod suara diorang sendiri! seteressss ok lagu Back Street Boy i kena hijack!! ggrrr !! koang tak rasa eh?? oooo muda lagi la wengkorang. Ke terlebih otai?? what?? layan piring hitam ??? Ohmaiiiii!! 

:: Yg mcmni? wowww KAKAK2 sangat!!! haii kakakkkkk!! 😎 ::

Kau tgk sapa yg kak nam tah??
dari cete p.ramlee dah melalut sampai ke tape recorder etc..hahahha
I kan nak ajak suami p pustaka peringatan p.ramlee sket masa lagi.
Nak bawa anak2 buah I dgn adik2 I skali.
Lagi gempaq kalau dapat bawa atuk ngan nenek (mak ayah)skali.
Pastu masuk mini panggung dia..tgk cete Bujang Lapok ramai2. Perkhh nostalgia sgguh dehh!
Koang penah pegi?? pegi laaaa weii.dlu FOC masuk dia.
tak tau la skrang byr berapa.
But kalau kena bayar pun i rasa murah je kot.
Since Pustaka peringatan ni under Arkib Negara.

22 Jalan Dedap, Taman P.Ramlee, KL
(area Setapak/Jalan Genting Klang)

AL-FATIHAH
BUAT ALMARHUM SENIMAN AGUNG
TAN SRI P.RAMLEE..

.:: MUCH LOVE 💋 .::