Saturday, October 31, 2015

McD FOR EXPRESS LUNCH

1 comment :

Berposok-pasak memasing nak fikir what to eat during lunch Jumaat smlm .
Friday lunch kan kami rehat 2  1/2hrs kan.
Ujung2 mek bersuara nak makan Mcd slps long timeee dia boikot mcD.
Dah x kesior nak boikot lettew.
Hehehe.
I sebagai ketua darjah pun call lah McD delivery.
The nearest outlet was at Bulatan Pahang.
Sekaliii depa kabor, delivery list kemain pjg.
Akan delay about 2hrs!
Ek eh , kenapa x genapkan terus sampai waktu dinner nnti kenn??
Bincang2, mek merajin plak nk drive-thru.
Ditemani Nana Nurgaya. hehehe.
Hasilnya adalah seperti berikut :

:: Belong's to Suzi ::

:: mek, suzi and boss makan big mac::

:: Hodoh benau rupe eh.. My GCB. Dah merudum lah reputasi dia. tak sedap!isi ayam dia sejemput janggut je. Sebaik i awal2 dah ada sikap tamak, order double GCB. ::

:: Nana dan Nora Danish ::

:: Adik tanje i. Geng LPO ni. hahahah:: 

Ok dah boleh beredar.
Sebab i mmg nak cite pasal lunch ni je pun!
hahahha biarrrr aaaa... :p

MIDVALLEY AFTER A FEW YEAR

No comments :

Detim Jumaat kami this week, ke MidValley MegaMall.
Lunch sblm tu kan i & kwn2 office dah McD Delivery.
So mmg kenot la nak accepted western n fast2food segala.
So bila husbnd tanya, i jawab la..
I want to eat kampung2 dish.
Savory2 yg pedas, panas2.
Tekak mue sangat. Dapat tomyam panas2 dapp jg ni. 
Masa tu btol2 dpn simpang either nak hala ke Seremban or Bangsar.
Depan Majestic Hotel tu.
Cepat2 dia belok ke area Bangsar.
Jom kita pi Dancing Fish.
Indonesian authentic fusion tu.
Dulu masa awl2 detim, dah nak masuk situ.
Tapi i la gatal request nak makan Chilli's.
So si polan tu ingat nak bilas situ la.
Tapi hujung2 ke MidValley juga.
Melepas lagii dancing fish.
Frust btol i rasa, sambil nyanyi lagu Dancing Queen. Ek eh.
Midvalley ni dah lamaaa giler i tak pergi.
Ada dlm 4tahun kot??
Padahal lalu lalang selalu je depan ni.
Masuk Midvalley pun konon suami nk ajak makan Bamboo hapa tah.
Malay Cuisine juga.
Again, ujung2 dia ajak makan Teppanyaki.
Suami haku tu dah tersampuk hantu jepun ke hapa...
Sebaik teppanyaki ni pesen makan dgn sayur melambak2.
I soka!!!! so xda objection.
Moh la kita ke Teppanyaki..

:: Suami , Isteri dan dot dot dot. ek eh. ::

:: Chawan Moshi. It is must! ::


:: Mine, chicken teppanyaki. Husband beef. Tapi kami akan share2. Dunwori. ::

:: Fresh orange sini terpaling sedapp sebab dia guna 44 biji oren ke cemana tah?? sebab sedapp sgt. masam, manis...nyumm ::

Masa otw nak pi Teppanyaki, lalu depan Plan B(Coffe house).
"Yang. lps mkn nnti kita mengopi sini ye" kata sang suami.
maka bersinar2lah mata si isteri.
Tapi kawen bkn sehari dua ye.
Dah makan tahun kawen,jadi kenal sgt dah pangai peel sesekor.
Dah makan, santak2...lps tu masing2 msti moody sbb penat makan.
And menggelepar nak balikkkk je. xnak fikir apa2 dah.
Mmg mcm tu lah sifat kejadian nya 2 ketol suami isteri ini. 
so kopi kemana. apa ke mana.
Benci betul bila dah kenyamm sgt mcmtu.
Tapi masa makan, amnesia skjap tak reti beringat,kan??
Pffttt.
Ada tak, masa lalu depan Sangkaya,
terpengaruh beli seketul eskerim tempurung yg RM10 termasuk 3 accessories free.

:: Sangkaya kazen si Sang Bedal. Huhuh ::
 
:: 3 scoops coconut ice cream put in tempurung yg ada coconut kernel sikit. ::

:: Dia ada 6 accessories. Boleh choose 3 ::

:: Terciptalah karya agung sekerim kelapa muda ::

:: amboi ko bang, semua dia nakkk...::

:: Dah ada byk collum for Deepavali ::

Sebab lain datang mall ni, sebab nak p Clinique.
I punya moisturizer and toner sudah prett prett kehabisan.
Next entry kita story mory bout skincare ye.
Nak cete byk pun, muka berkerak wat segan je.
Just suka2 share, what yours and what mine. 

:: Clinique Skin care outlet @midvalley ni tadek dlm Metrojaya taw. Dia ada at 1st floor, hv their own outlet ::

 
:: Beli 2 ketul je. 2 lagi tu free gift. kat umah tu melambak free gift kecik2 ni tak berpakai. huhu ::

Sekian detim Jumaat kami.
Perlu menempuh hari2 mendatang mengulang2 rutin yang sama.
Atau terpulang bagaimana harus kita mencorak warna kehidupan.
Yang pastinya, hidup ini pinjaman cuma.
Sementara masih ada waktu tuk terus menumpang.
Sebelum dipanggil pulang oleh sang pencipta.


Friday, October 30, 2015

SIAPA DI KALANGAN KELUARGA SUAMI ATAU ISTERI YANG MENJADI MAHRAM KITA?

2 comments :
 
Soalan; Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanyakan 2 soalan berkaitan aurat suami-isteri dan tanggungjawab yang wajib bagi seorang suami dan isteri. Soalan saya adalah seperti berikut:
1. Apakah aurat suami dan isteri di mata keluarga mertua? Contohnya, dengan mertua, ipar, anak saudara, bapa/ibu saudara, suami/isteri kepada bapa/ibu saudara. Apakah had bersalaman dengan mereka?
Terima kasih di atas jawapan ustaz. Saya adalah hamba yang jahil dan perlukan bantuan ustaz. Sekian.


Jawapan; 
Bismillah. Aurat dan bersalaman bergantung kepada mahram atau tidak orang yang berhadapan kita. Jika dia mahram kita, harus kita bersalaman dengannya dan auratnya dengan kita (lelaki) ialah sepertimana aurat ibu dan adik-beradik perempuan kandung kita iaitu dari dada hingga lutut mengikut pandangan yang rajih (yakni boleh menampakkan bahagian rambut, leher, tangan dan betis, adapun kawasan lainnya wajib ditutup). Maksud mahram ialah orang yang diharamkan ke atas kita mengahwininya buat selamanya. Mahram boleh timbul dengan sebab nasab, perkahwinan atau penyusuan.Mahram dengan sebab perkahwinan -bagi seorang lelaki- hanya membabitkan empat orang sahaja;

1. Ibu dan nenek isteri (yakni ibu mertua dan nenek mertua)[1]
2. Menantu (yakni isteri kepada anak lelakinya atau isteri kepada cucu dan cicitnya).[2]
3. Anak dan cucu tiri (anak perempuan isteri, cucu perempuan isteri, hingga ke bawah)[3]
4. Ibu dan nenek tiri (yakni isteri bapa atau isteri datuk, hingga ke atas)[4]

 
Maka apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, hanya ibu, nenek, anak perempuan dan cucu perempuan isterinya sahaja yang menjadi mahramnya (dari kalangan keluarga isterinya). Adapun wanita-wanita lain (iaitu adik/kakak ipar, ibu saudara isteri, anak saudara isteri..) mereka bukanlah mahramnya. Maka mereka wajib menutup aurat di hadapannya (iaitu seluruh badan kecuali muka dan tangan, yakni wajib memakai tudung kepala), dan tidak harus dia bersalaman dengan mereka kerana mereka bukan mahramnya. Adapun auratnya di hadapan mereka pula ialah kawasan antara pusat hingga lutut (yakni kawasan badan yang lain harus didedahkan, adapun kawasan antara pusat dan lutut wajib ditutup).
Bagi wanita pula, mahramnya dengan sebab perkahwinan juga membabitkan empat orang juga;

1. Bapa dan datuk suaminya (iaitu bapa mertua dan datuk mertua).
2. Menantu (iaitu suami kepada anak perempuannya dan suami kepada cucu atau cicit perempuannya)
3. Anak dan cucu tiri (iaitu anak lelaki dan cucu lelaki suaminya)
4. Bapa atau datuk tiri (iaitu suami kepada ibunya atau suami kepada neneknya).

Maka apabila seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki, hanya bapa, datuk, anak lelaki dan cucu lelaki suaminya sahaja yang menjadi mahramnya (dari kalangan keluarga suaminya). Di depan mereka harus dia membuka tudungnya dan harus dia bersalaman degan mereka. Adapun lelaki-lelaki lain (adik/abang ipar, bapa saudara suami, anak saudara suami...) mereka bukanlah mahramnya, maka dia tidak boleh mendedahkan aurat di hadapan mereka (kecuali muka dan tangan sahaja, yakni wajib pakai tudung) dan tidak harus bersalaman dengan mereka.

Wallahu a'lam.

_________________________________________________________
 
[1] Yakni wanita-wanita yang menjadi usul kepada isteri kita meerangkumi; ibunya, ibu kepada ibunya dan ibu kepada bapanya, hingga seterusnya (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213).
[2] Yakni isteri-isteri kepada furu’nya (anak, cucu dan cicitnya) (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213). Namun pengharaman (yakni hubungan mahram) hanya terhenti kepada wanita yang menjadi isteri furu’ kita sahaja. Adapun wanita-wanita yang bertalian dengannya sama ada usulnya atau furu’nya tidaklah menjadi mahram kita (yakni mereka hanya menjadi mahram anak atau cucu kita sahaja) (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213).
[3] Iaitulah furu’ isteri, merangkumi anak perempuannya, cucu perempuannya, cicit perempuannya, hingga seterusnya ke bawah. Namun mereka hanya menjadi mahram apabila isteri disetubuhi (yakni tidak cukup dengan akad sahaja) (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213).
[4] Yang menjadi mahram hanyalah wanita yang menjadi isteri kepada bapa atau datuk sahaja, adapun wanita-wanita lain yang ada hubungan nasab dengan wanita tersebut (ibunya, saudara perempuannya, anak perempuannya) tidaklah mereka menjadi mahram kita (sama ada usulnya atau furu’nya), mereka hanya menjadi mahram bapa atau datuk kita sahaja (al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, perkataan mahram, 36/213).
 
Posted by

Thursday, October 29, 2015

WRAPPING DAN KEHAMPAAN

2 comments :

Assalamualaikum.

Semalam saya berazam dan bulat tekad nak buat wrapping.
Apa yang di wrap? apa2 je lah menatang yg ada.
Sebab i dah beli berbulan lepas wraps ni.
Brand Mission, plain flavour.
Sila baca cete i sampai abis taww!!
rugi tak baca ending dia.bahahhahaha.
I cete according to picture je lah ye?

:: Ni original/plain flavour. harga? tak hengat. sekian ::

:: I kecelaruan sikit. Skjp nak buat ala-ala village2 sikit. Sekejap2 i fikir nak jadikan ia western. Langsung buat dua2. tu yang dari simple menu dah jadi renyah! pfftt..So dari atas, cheddar cheese, beef frankfurter and beef salami. I ni mmg pencinta wanita sgt dgn daging instead of chicken ::

:: Thousand Island, pepper, mayonnaise, salad, tomato and cheese powder, tiada dalam gambar ; Mix Herbs. Dia p toilet time photoshoot ni ;p ::

:: Chicken fillet i marinated dgn pepper and mix herbs. Buh Maggie 'cukup rasa' sikit. Gambar kanan, holland onion. cincang2 ::

:: Tumis wth olive oil. Oil sikit je. Konon2 ala2 grill. Eh ada mince meat sikit laa..ayok!! main tipu yek! i campak sikit taruk dalam. Habiskan stok lama. ::

:: Beef salami and frankfurter yang i dah grill sikit2::

Bila smua dah prepared, kita main gulung2.
Cerita bermula bila...
I yang arif lagi bijaksana ni, dah langgar pantang.
sbb xnak lembutkan wrap dia dulu.
Supposedly i kena samada masuk oven, microwave or heat kan atas pan.
Supaya the wrap tu jadi lembut and senang gulung. 
I plak fikir, takyah la lembutkan. 
Jap lagi i kena masukkan dlm microwave jg sbb nak melt kan the cheese.
Pastu i pun gulung2.
Sekali gulung je dah terbarai2. 
I gagah juga masukkan dlm microwave about 1minute.

dan hasilnya....


-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

IT'S FAILED!!!
takde gambar, sbb i sakit hati.
Jadi mcm hapaaa !@#$%^&*+
rasa dia pun sedihhhhh!!! 
Sebenarnya, rasa dia xda lah jahanam sgt.
Cuma dia tak achieve my expectation.
Susah2 i prepare bahan dia yg renyah dari i balik keje.
Sambung plak lepas jemput suami.
Setiba2 bila gulung dia terburai2 sampai cheese mengeras dalam pinggan.
Muka dia huduh mcm Mak Mah dlm cete Jangan Pandang Belakang tu.
So i is kenot!!!!
lepastu makan sikit, i campak semua dlm dustbin.
Ye memang i agak melampau.
But that was me. i mmg mcmtu!
I akan frusted tahap xnk tgk dah semua tu! 
tak bagi suami i makan pun!
hahahhahahah. 
i rasa maruah i tercalar sbb gagal masak wrap dgn baik.
Paling penting, sbb Ain J masak wrap lagi sedap!
Ain J kot??
OH NOOOOOOO!!!!
I x nak jmpe dia hari ni. I malu!!! hahahaha
I rasa kesilapan besar i adalah..tak lembutkan the wrap.
Then masukkan cheese yg byk, menyebabkan dia jd sgt muak dan cair tak tentu pasal!
Lepas i humban semua2 tu, i pandang laki i.

"Abang nak syg masak meggie??"

Takpe. takpe.
Hero selalu kalah dulu.
Satu hari yg gemilang, i akan cipta...
1 fajitas yang sgt sedap.
Yg berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah..
dengan Kebab Rawsha.
Sekian budak belagak yg masak wrap pun tak jadi!
Shame on u mak esah!

:'(

 

Wednesday, October 28, 2015

DINNER @PKNS BANGI

No comments :

Sian tanja i tu demam2 ia.
Masa i fetch him kat komuter UKM tu,
monyok je muka ia.
Selalu i tukar, suruh dia drive.
Malam tu xpela..i drive ye bang...
Dari awal ptg td dia kata nak makan bubur McD.
Sbb tekak dia tak sedap.
Tapi sbb dia belum solat maghrib, jom kita solat kat PKNS dulu.
Sambil dia solat, i pusing2 cari Kiosk Tupperware.
I nak cari tempat letak susu.
Rupanya ala-ala dah lama Tupperware xda stok bekas tu.
Nemind,nemind. I beli tipuware je la nnt. huhu.

Since dah ada dalam PKNS, terus je lah makan kat Rimbun Klasik.
Suami i makan tomyam putih + Telur bungkus.
Yang org tak demam ni yg poyoo siap makan chcken steak + fried rice.
Dapp dap dap dap dap.


::RM12.90 sahaja @Restoran Rimbun Klasik, PKNS BANGI :: 

Dah. nak cete ni je. 
LPO melambak ohoo hoiii..



Tuesday, October 27, 2015

APRICOT SEED BY ND LIFE

25 comments :

Bismillahirrahmanirrahim.
Saya sebenarnya sedang dalam rangka menyiapkan entry2 berkenaan sakit saya(Endometrial cancer & Liver cancer) serta pengalaman semasa saya sakit.
Insyaallah jika ada kesempatan, akan dibuat link khas. 
Mungkin boleh membantu kot-kot 1 hari nanti,
blog ini dibaca oleh cancer survivor yang lain, atau ahli keluarga cancerian. 
Tak banyak,sikit mungkin boleh di ambil sebagai rujukan, iktibar dan panduan.
atau mgkin sbgai sokongan moral etc. 
Tapi hari ini, saya nak kongsi supplement yang saya ambil 
selepas saya tidak lagi perlu menjalanai rawatan chemoteraphy. 
It's only 2 medication.
1. Apricot seed kapsul by ND Life
2. Extra virgin olive oil(kapsul).

:: Extra Virgin tu skrang saya dah tak makan yang ada Habbatus Sauda. Sebab saya senang sembelit. Saya sentiasa bertukar2 untuk mencari yang terbaik dan yg terpaling sesuai. But the Nd Life apricot seed tu, saya dah makan berbotol2 sejak sakit. Alhamdulillah ::
 
Since semalam saya baru repeat order dgn ND Life, hari ini suka saya nak share about ND Life Apricot seed ni. Suka diingatkan, this is not a business thingy anymore. Semata-mata perkongsian penuh kasih sayang. And must important thing, kesembuhan adalah se-mutlaknya dengan izin Allah taala. Namun, Allah jua menuntut hambaNya supaya berusaha serta bertawakkal. 

Mohon sahabat2 yang membaca blog ini mendoakan kelangsungan kesembuhan saya.
Terima kasih.

APRICOT SEED BY ND LIFE


KENAPA ANDA PERLU MEMILIH KAPSUL BIJI APRIKOT NDLIFE?
  • LULUS KKM : MAL15060002TC
  • RM50.00 Untuk 1 Botol Yang Mengandungi 100 KAPSUL Dijamin Paling Murah Di Pasaran & Anda TIDAK Akan Dapat Harga Ini Pada Jenama Lain
  • Biji Aprikot Tulen GRED A Yang Telah Dikapsulkan
  • Hanya Biji Aprikot ASLI & Semestinya Tiada Campuran Bahan KIMIA
  • Kapsul GELATIN HALAL Yang Diluluskan

KHASIAT KAPSUL BIJI APRIKOT NDLIFE
  1. Mencegah dan merawat pelbagai jenis kanser.
  2. Mampu membantu merawat penyakit kronik yang lain.
  3. Mengurangkan berat badan, tekanan darah tinggi dan kolestrol dalam darah.
  4. Meningkatkan kesihatan mental dan memori.
  5. Mengurangkan masalah sendi.
  6. Membantu merawat masalah buasir.
  7. Berfungsi sebagai tonik dan antioksida yang dapat menyingkirkan toksin dalam badan.
  8. Membantu penyembuhan luka.
  9. Mampu merawat masalah kulit-kulit gatal dan alahan.
  10. Menyelesaikan masalah JERAWAT dan RESDONG.
  11. Menghaluskan kulit.
  12. Anti PENUAAN.
  13. Mengecutkan TUMOR.
  14. Melawaskan pembuangan air besar.
  15. Merawat masalah kesihatan wanita seperti fibroid, cyst, senggugut dan masalah kesuburan,
  16. Mempercepatkan proses pertumbuhan tulang patah.
  17. Sakit-sakit sendi seperti keletihan, ARTHRITIS dan GOUT.
  18. Merawat ATHMA dan masalah paru-paru.
  19. Memberikan tenaga ekstra.
  20. Mengatasi gastrik dan migrain.
  21. Membantu pesakit STROK.
  22. Menstabilkan hormon TIROID, SLE, SAWAN dan banyak lagi
PERHATIAN : TIDAK SESUAI UNTUK IBU HAMIL, IBU MENYUSU ATAU SEMASA HAID

HERSHEY'S HOT CHOC

No comments :

This Hershey's Cocoa powder is already bought last week after we back from Malacca.
Kekdahnya tersampuk hantu choc ice.
Masa minum kat Alto Sky Loudge,Hatten Melaka maghin.
Siap bincang2 ni...
"kalau bikin sendiri baru bapa sen.. ni seketul mcmni sampai rm17.90. Leh dpt sebaldi ni!"
So masa Maal Hijrah yang singgah Aeon Big beli lemon tu.
I pun rembat this choc powder.
Van Houten taknak ni. Nak hershey's sesaja.
Hahahaha. Seketol mcmni RM19.90. Mahal ke idok??
Tapi rasanya worth-it.
So ahad malam aritu, suami dah sound..
"mana hot choc nya?"
dia sudah berbunyik... So moh la kita..

:: Choco powder, fresh milk, susu pekat. Dia kalau nk lagi mengancam dan terancam, add a bit vanilla flavour. nanti la cari kat Jaya Grocerries.  ::

:: Bau dia..ya amponnn rasa nak ratah je. tapi this yg unsweetened pnya. Mean, pahit! sekian ::

:: Put in fresh milk. I choose HL low fat ::

:: Siap hot choc. Nampak tak mengiurkan kan??it because, the fresh milk dia sejuk. kan kita store dlm esbok. So bila dia sejuk. Kenot buat yg hot2 one lah. Tak Aummm la..Next time kena reheat dlu rasanya. Baru meletop pom pom. Tapi still boleh 'pegi' la rasa diaaa...:: 

Kalau nak cete pasal Hershey's brand ni.
Mula2 i kenal ia thru cekelat Kissess dia je.
Lama2 baru reti pasal choc bar, choc and strawberry syrup and followed by this cocoa powder.
Memang tak penah mengecewakan lah!



Monday, October 26, 2015

STOCK TOP-UP

No comments :

Semalam balik dari rumah mak konon nak nyinggah MyDin Mall.
Nak grocerries tuk umah mak.
Sekali masing2 laki bini mengantok yg amat2.
Macamkan bangun qiamullail mlm nya. Pffftt.
Ujung2 decided balik la umah dlu.
Kita tidur dlu, ptg2 kang lah fikir lain.
Uish tergedik2 laki bini balik berlumba2 salin baju and Zzzzz.
Bangun2 kol 5lebih masing2 komplen sakit pala.
hahahha.
Bangun Asar, gerak p Mydin Mall.
Grocerries brg mak sambil stock-up brg dapur umah sendiri.
Yok ooo je tuk umah sendiri!
apa je pun nak tambah kan?
masak ada lah 2-3 kali smnggu. Ngeh2.
Patut la laki i berbulu je kalau i menyibuk2 beli tah hapa2.
Tapi masak nya tah bila tahun. hahaha.
Tu cendawan shitake tu.. masa nak mencari dlu kemain dari Ampang sampai ke Semenyih.
Lelast terdampar je dlm esbok, yee mee tah kemana,sizzling hauk tang mana.
Tapi tgk la pun..apa je yg i re-stock.
Nugget sampai 2 bgkus. Minced meat. chicken ball.
Semua frozen food bajet org datang senang lebur kan aje.
Plastik2 hijau tu frozen dimsum. Nanti nak top-up lagi lah. Senang.
Orang pun suka. Mcm aitu si auni makan kemain byk..alahai rindu btol bam2 tu. 
Hehehehe. Ikan sotong tu ha dari 2 mggu lopeh dah mengejung.
Faktor masa ols. sila fahami saya! ;p
Tapi hati i lapang, sbb kalau terdesak2 ada je benda nak masak.


:: Esbok for two ; us::

:: Air kacip fatimah kemahennn byk..apa yg ko nak kacip kan tu? :: 

Semalam giler mengemut2 manusia kat Mydin tu ha.
I mmg x leh la ramai2 cenggitu. 
Troli berlaga troli.
Selama arini mmg i takkan shopping time org dapat gaji.
Smlm tu lupa ke hapa.
I bukan la marah budak2 or anak2 kecik yg meligat menakal.
Faham, budak2 kan?
Tapi mak bapak please la concern.
Ada common sense la sikit.
Berlari sampai langgar barang, berterabur.
Sampai terpijak2 kaki orang.
Tolak troli sampai sikit lagi nak tersepit tangan/kaki orang.
Nonsense kot!

Kita hidup bermasyarakat.
Minggle around with other people.
Ada sense sikit.
Walau bukan berdosa besar pun biarkan anak2 meliar mcmtu.
Tapi kalau kita tak respect orang, menyusahkan orang, org nyumpah.
Buat dosa kering je kan.
And always put ourselve in other shoes.
Sakit tak? if yes, maka sakitlah jg orang lain.



Sunday, October 25, 2015

WEDDING FARAH AIN

No comments :

Kita cerita sekali harung la Wedding Farahain(My cousin) on 24hb semalam.
Dengan cete Bedah, Jiha & budak2 tu datang umah melepak petang nya tu.

Farah is my cousin. Still young budak nya.
Baru 22years old. Jodoh sudah sampai.
Dia dah settled nikah pagi Jumaat 23hb tu kat Pejabat Kadi Bangi sana.
Kenapa Pejabat kadi? Jgn lah cuba bertanya pada saya.
kerana saya ni setahun sekali pun belum tentu jmpe dengan kazen ini.
Walau pun rumah cibond n cikyut(her parents) hanya terletak di Batu 10 cheras.
Tapi sbb farah ni keje shift, bila ada apa2 relatives function,
dia x datang. maka jarang lah kami bersua muka.
Settled muqoddimah yg tepat dan padat.

So sabtu pagi, lepas iron2 baju stok seminggu mcmbiasa,
i and suami pun melepak2 depan TV before keluar bfast.
I nak masak, suami i kata takyah
Sbb lps iron baju, mmg peluh i akan menetes2.
And i jadi compang champing.
Suami i jadi kesian kat i (padahal memang taktik saja percik2 air mcm peluh.bahaha).
So kami decide jap lagi kami kluar bfast.
Tapi bagi i tgk LaUsupadora seround.
Laki i tu pun kalau dh ngadap game kat hp, i buat tarian singa depan dia pun di pandang sepi.
Abis 1 episode, i pun bangun nak mandi.
Check WA family, alamakkk diorang smua dah gerak p umah cikbond.
padahal baru kol 9.00am???
giler bedebar, rasa anak buah kojaq plak dtg lambat kan?
Sbb family lain semua dah pegi.
so..abang!! jom!!!
Amekoww kol 10am dah terpacak depan umah ongkawen.
Sebaikk laaa cik rashid(pakcik) menebar roti canai.
Perut memang tak berisi apa dari pagi.
Dapat juga merasa roti canai panas2 by Cik Rashid.
Memang gilerrrr sedappp, lembut gebu..

Then menanti lah kami sampai masa bersanding...

:: Anak2 mentayang chenyah kat tempat tebar roti canai. Kemain pandai soang2 p ngoder roti telur. roti sarding. Mementang free.. huhu::

:: Suka nak snap pic ni, sbb lauk2 doang rewang masak! dap2::


:: Pemenang kali ni, opkos si rebung + daging tetel.. slurrpp ::

:: Buah ada 3 tajuk. Tembikai. Jambu and oren ::

:: Pakngah with husband::

 :: Nora Danish sekeluarga:: 


:: 1 happy family at home. ngeee::

:: Saja buh pic ciktam(adik i) byk sket kali ni. Dah 24 tahun ni. Bau2 tumisan nasi minyak pun tadek ni. anyone looking for? hihihih::

:: Datang pulak mood dia nk posing.slalu dia syik membantat je.. huhu::

:: Nora Danish dan pengantin ::


:: Masa ni si ebab tu berak. Mama dia baru lepas mandi kan ia. Eeee baju buwokk wek.. ::

Pengantin lelaki dia punya family ala2 'tarikat' pnya grup.
So sangat la fussy. Bersanding taknak.
Baju pun just pakai kurta putih mcm org pegi mesjid tu.
Dgn seluar singkat, tak pakai stoking.
Zuhud amat2 gitoo.
Sian Farah. Apa leh buat, itu jodohnya.
I takut nak snap pic.
Sbb muka family pengantin lelaki tu mcm nak telan orang.
Eh x sior teman aih!
Majlis orang kot kan? Atleast hormat lah.
Bukan bertepung tawar ke apa.
Just nak snap pic for kenangan.
What to say....

I x heran sgt pun pengantin2 ni.
Lebih excited menyembang dgn macik2 and cousins2.
Kol 3pm i n suami nak balik dah.
Panas lit2 baqhang!
Ajak bedah, jiha n budak2 duorang tu ikut balik.
Malam2 kang, kami hantar la balik Ampang.
Kami pun mmg nak tidur Ampang since pagi Ahad tu suami i nak p office.
Dekat sikit Ampang - KL. 
I? opkos la terpaling suka! ngeh2

:: Petang tu, ciktam and suami bawa budak2 main kat taman depan umah kami. Cepat btol Auni dpt kawan. Dik,nape jongkat jongket tu mcm berat belah kanan je? baahahhaha ::

:: Petang tu i steam kan dimsum. Auni makan kemain banyakk ::

:: Psstt ni la steamer elektrik yg i beli kat Jusco maghin.Murah ja.about RM109.00 shj! ::

:: Goreng nugget tuk budak2. I bancuh kan cheese powder so that they can dip2 in.. Makan2 ni just alas2 perut. Lps maghrib nak p makan lain ::

After maghrib, siap2 kami bawa budak2 p Kedai Eco.
Ala2 kedai 2 hengget tu.
Sbb dah janji ngn doang nak beli menan.
I berani jnji soang amek 10 ketul pun xpe. baru RM20. bahahahaha.
berani lah kau kann..cerrr bawa p TOY R US tgk? ;P
Masa kat kedai tu, menggelupur sekor2..
Sat capai tu sat capai ni.
Dah amek 2, nak amek yg ketiga ala2 takut2.
Eh amek je nak oi. RM2 je kan..hahhahaa...
I pun soping kan mak punya tapis2, besen2. Semua pun RM2 + RM0.16.
Mean 1 barang jatuh RM2.16.
Meroyan i grab2 tapis. bekas2 semua tuk umah mak.
Dah puas hati, gerak nak p makan.
Otw,i and husbnd benti Shell nak draw duit.
Auni pesan .. "Ciknyah beli air cejuk taw. adik haushhh(mmmg bunyi haussh)"
I pun fikir dah nak p makan, xyah la beli.
Nanti doang kembung air.
I masuk je kete..muka dia sedih gilaa..
"Kenapa ciknyah x beli air cejuk?? kan adik pesan..adik kan hausshh"
adoiii muka dia sampai skrang lah ak duk ingat.
Bersalah sampai laaa ni!!! Demmit!! *Lap aimata*

Kami p makan kat Pak Hailam Kopitiam @Tesco Kajang. 
Giler jahanam rasa SEMUA MAKANAN DIA FAILED! 
PAK HAILAM KOPITIAM TASTE SOOO WORSE!!
Lantak lah i nak highlight juga! semua tak sedap!!! Buruk gila rasa dia. 
Pangkah and banned sepenuhnya! dah la mahal2!! 
total makan 4 dewasa and 2 kids RM90++. 
Tak makan apa pun! Mee sup, char kueytiaw. gitu2 je. 
I order sizzling tapi rasa dia?? ya ampunnn mcm masak tanpa perasaan sgt ni!

:: Kuah out. Langsung tadek rasa apa. Ayam dia cipoto'et je. Dahtu ayam carik2 yg mcm honey chicken nasi ayam tu. Telur tak masak2 sampai ke sudah. Rupa dia gitu je la telur tu. Xda ikhtiar nak masak ke apa. Mean dia pnya sizzling plate tu tak panas! Sawi melintang pukang dlm tu, i nk gigit mcmmana pepanjang lebar tu?? :: 
 
Eh mmg rasa nak terbalik meja je time tu.
U all can imagine how shud kopitiam2 style taste isn't?
mcm Paparich, OldTown White Cafe.
Kita dah boleh agak dh rasa and price dia cemana.
Tapi yg ni?? Mengecewakan.
I tak hasut. Lain org lain taste.
Tapi kami berempat malam tu, sepakat muafakat menolak usul Pak Hailam Kopitiam bulat2!
No more no more!!!
PAK HAILAM KOPITIAM, kita break-off walau kita tak penah kapel.
That's it!

I frusted taw,sbb bawa budak 2 orang tu kan.
Sian diorang makan x sedap.
Asalnya i ajak mkn The Chicken Rice Shop.
Sbb tau,situ tak byk pilihan and dah malam kan? so limited sikit.
Ujung2 bedah la p ajak p restoren mangkuk ni.
Kesian budak2 tu. Sampai skrng i mcm terngiang2 doang makan jeluek2.
Huaaa, abam..auni..nnt ciknyah bawa p makan best k.
Cakap je nk makan kat mana.. sob2
*Hati Tissue*

Sabtu tu tidur umah mak. :)