Showing posts with label HEALTHY/BEAUTY. Show all posts

Thursday, May 30, 2019

SALAM RAMADHAN-25 | KEPERGIAN SAHABAT KE PANGKUAN ILLAHI ; KAK SUE | SEMBANG PASAL SKINCARE ; MARY KAY

No comments :

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan-25.
Ya Allah another 5days je lagi nak end ramadhon, kemudian berhari raya.
Sempat ke tak sampai raya kita tahun ni?
Semalam, kawan sama2 p korea I, kak sue telah kembali ke rahmatullah.
Dia mmg sakit cancer. Dalam masa setahun je dia berperang dgn cancer.
Then Allah jemput dia pulang.
Ada a few times jg i p visit dia kalau dia admit kat HKL ni.
Smoga diberi khusnol khotimah ye kak sue.
Ramadhan kali ni byk sangat dpt news orang meninggal.
Turn kita standy je la.. smua dah ada date masing2.
Allah seram nya..

Ni saja nak bunoh2 masa update.
Entry ni lama dahhh terperap dalam draft.
Let's lah i publish.
Sementelah nak raya ni semua pakat nak syantek2 kan??

Sebenaqnya malu jaaa nak share.
Sbb pakai kot apa pun, muka i tetap la gini jaaaa..
tidak jg menjadi flawless ke shining2 ke apa.
Cuma gagah la  keep jaga, kot2 la kalau langsung tak pakai..
tah ke lagi jahanam kejadian dia kan??
serraamm nak fikir. hahhaa. 

:: Orang nak pakai Mary Kay, hang pun nak pakai.. org hellok jadi nya. kau tetap laaa di takuk lama.. huaaaa... btw i beli 2-3 kali baru jadi lengkap mcmni. Sebab i abiskan set Clinique lama.. So now Clinique I totally dah sodaqallah.. ::

:: Ajet2 nak review bagai la kununnn. hahaha. kasi chance sat naa.. so ketama2 skali, pakai cleanser... ni siap angkut bawa keluar dari bilik air... semata2 nak photoshoot.. hahaha. dah kemek2, dekat nak abis. siap ada effect titisan air, fresh dari bilik ayor huhu. Cleanser for dry skin... Ok. ringan and mcm ada scrub2 light2 sikit. Takde buih2 ke apa.. Lepas rinse-off rasa soft je muka.. ::

:: Ni standby.. in case stok cleanser abis.. leh buat back-up. Cleanser kan i tak proper sangat... Lagipun kat surau office dengan travel bag i mmg i taruk cetaphil jaaaaa.. harap dia boleh berkawan baik dgn team MK.. heheh ::

:: brand lain panggil deni as toner. tapi MK panggil dia softener. dah serupa downy kain baju plek kan?? hat ni pakai lepas cleanser. tuang kat facial cotton, and dap2 kat muka... fresh.... ::

:: moisturizer for dry skin. ::

:: day cream with spf30. sapu lepas moisturizer. i jarang2 pakai. sbb dah ada moisturizer, tak berapa rajin plak nak layer dgn deni. tapi kalau nak buat outdoor xtvt, gagah jg la..sbb dia ala2 sun protector.. ::

:: last skali... sapu rata cc cream. Hat ni terpaling win!! sgt ringannn dan senang rata... sis dah repeat 3x... mmg best!!! ni code paling cerah. apa tah depa panggil. lighter rasanya.. ada 4 code lain.. leh pilih2 ikut kesesuaian tone muka wokeh? lps sapu cc cream, baru tepek compact powder. For compact powder, sis setia lagi dgn The Face Shop. Belum plak nak berubah arah ke MK pnya bedak. later maybe?? ::

:: hat ni gel mask. pakai 3kali smggu or kalau rajin tepek je la tiap2 malam. or kalau hazabedah pemalas.. smggu sekali. tiba angin tak kuasa, sebulan sekali pun belum tentu! kahh!!! mmg jauhhhh lagi laaa ko nk transform jadi mira filzah esah! femalas! ::

Bila dah merasa pakai ni semua...
Setiba2 i rasa tak de la best mana.
Hahahahah. sbb kulit yg takde prob sangat...
pakai brand watson pun ok je.
As long as suite dgn skin kita kan??
Cuma tu lahh... nak merasa..
I penah try SK II tu jg. bkn nak sembang sgt taw..
tapi mmg penah try.. ONCE ONLY. sbb lgsg tak matching dgn kulit I..
pakai tak abis, pstu lanting kat kawan yg mmg consume SK II.
Then penah pakai lancome. Pun sekali..sebab TAK MAMPU. kah!!!
then Clinique.. hat ni paling bertahann lamaaaaa...
ni yg recent baru la gedik2 try MK...
Tak tau will stay dgn MK or back to Clinique.. will see how.
in between, pernah je sauk bio essence, safi rania, neutrogena, nutox.
eh takde hal lah.. pakai je la apa yg korang nak pakai. 
janji suite dgn skin, takde peel teruk.. or merekah2 tahap tanah gersang..
 and...... cukup bajet! tu terpaling penting ken????

:: see hasil dia?? gitu jg laaaa.. siap ada accessories seketul bawah bibir(jerawat). kah! ni pori yg lebar2 ni bila nak katup tah?? hahaha ::

Last but not least...
pada agent2 MK ke or any skincare out there, tayah kecam sis sangat taw.
Sis ni jenis selekeh je.. mana2 pun ok.
Sbb muka takde hal sgt pun, selain dari pori besar sket... 
Sis trust, ada yg betul2 proper..
so diorang akan choose which the best for their skin kan?
Gudlak to agent2 and founder2 skin care kat luar sana...
tayah amek port sgt dgn review hauk sis ni k??
Stop dulu. perut sis dah main lagu ghazal tuk rabiah ni.
Eh baru kol 10am?? whatt??? ha ha ha


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Thursday, February 14, 2019

JOGGING WITH HUSBAND & AUNI AT TAMAN TASIK AMPANG HILIR...

No comments :

Assalamualaikum.

Being si debab mcm I.. si pencinta makanan.
Yg bila nak keluar je.. 2 hari sblm dah fikir and plan nak makan apa..
Mmg menghampiri kemustahilan lah nak diet beriya.
Even nak try intermittent-fasting pun i rasa hazabedah sgguh!
Makan sedap2 it is MUST. Tapiiiii tetap la dgn quantity yg sederhana.
kalau tgk i makan, mmg mcm 'ek elehh pehal kau? gemok tp makan sikit'..
i jenis makan sikit, tapi berulang. 
Babat2 pun dah dpt status Penduduk Tetap(PR) dlm badan.. susah la nak susut.
Pastu tak makan mcmmana pun tetap gemok. Seteressss je kou!
So?? jadi tak kuasa dahh nak beriya diet.
Tapi bila dah sakit2 ni. Umur pun dah ramaii...
Pandai2 sndiri la atur hidup. 
Pandai2 bawa diri,org kata.
Agak2 dah rasa badan dah sama berat dgn bulld0zer,
moh la kita kurangkan manis, kurangkan makan...
and....
exercise!!! 

:: Ini budak celik2 mata nampak i bersiap, terus bgn gosok gigi basuh muka,sarung tudung..menonong masuk kete. hahaha. bkn dia tanya i nak p mana ke apa.. Sejenis melekat gam UHU je dgn ciknyah. Dah la debab sama dgn ciknyah. Org tak meragui lgsg yg kami ni anak-beranak. hahaha. Cukup haul, tukar binti jadi anak panyah ye dik? haahaha ::

:: kasut,seluar semua main sauk apa yg ada.. sbb pagi Ahad i kat rumah mak.. tak prepare pun nak joging. kasut ni mmg ada dalam kete. ::

:: Pak jenal steadyy je ber-round2.. ::

:: I pun rasa ok je joging kali ni... takde la lengit sangat ke, tercabut lutut ke apa.. Ni Auni snap..  ::

:: Ni kemain beronok2 sbb si Auni i suruh dia amek pic i dari belakang, i buat2 lari..eh dia pun lari sama.. dah la dekat jadi nya dia dgn I... i suruh dia stay kat situ and snap.. lama2 dia kejar i dgn camera.. hahahha. dh mcm paparazzi!!! ::

:: si botbot I ni buat pangaiii. sat i lari, dia jerit2..."ciknyahhhh2".. kang sekejap2 sakit kaki.. kang i tinggal dia jauh, dia boleh screaming kuat2.."adik kena culik tak tau". dah org tepi2 ketawaa. hahahhaa. adoii, ciknyah tak berapa nak risau dik, sbb org nak culik hang pun fikir 44kali.. ni kang nak heret masuk van dah satu keje.. pastu kang nak kena bagi makan,bkn sikit2 makan deni... makan modai!! hahahha. ::

:: Apapun. ni lah kesayangan musyukk masyam i... kat Taman Ampang Hilir ni ada 3-4 port playground.... Sat2 stop kena layan dia main... kang skjp kang haus, lapar.. huaaa anak sapa ni oiii??? ::

:: Last2 pass Auni kat panyah, i buat 1 round tasik... Bkn lari beriya... lari pelan2.. pastu brisk walk sket2.. badan berat, takleh nak lari bersungguh2.. nnti lutut plak sakit.. janji lencun peluh, puasss dah.. ::

I minat je aktiviti2 mcmni.
I larat je lari, manjat, melompat..
even skipping pun i steady je (Wow,kau meriya' ke apa ni esah?? haha).
I penah buat zumba, work-out kat gym(celebrity fitness subscriber hokey??).
I gemok, tapi i mampu buat. Sbb kecik2 dlu, I atlit(hahahhaha).
Tapi semua pun tak kemana..sbb??? 
yessss betullll ... Hot2ShitCiken (hangat2 taik ayam) semata!
Semua benda pun biar sederhana, tapi kena sustain (istiqomah). 
Nak maintain, tu yg hmmpp hmmpp.. 
Then sokkay la, dah tak berapa sihat skrang.. nak push2 diri buat mcm2..
takut mudarat tang lain.
So let's la kita cuba yg light2, peluh2 sket.. cut sugar ... Jadi lah kann..
InsyaAllah.

Ahad ni ada KL Car Free Morning(setiap mggu pertama dan ketiga every mths).
Leh check HERE..
Jommm kita detimm?? 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 


Tuesday, February 12, 2019

SHOES STORIES | JALAN2 MITSUI OUTLET | SUAMI ORDER LUGGAGE VIA GO SHOP!

2 comments :

Assalamualaikum.

Sana-sini geng2 update cerita p hantar baju raya kat tailor kan?
I , Alhamdulillah dah dekat nak siap pun baju raya.
My tailor dah kasi gambar(via WA) baju yg dah siap pun!
Gedeban(advance) kenn??
 Kain baju raya smua i beli kat Bandung sana.
Harap tak sedondon dgn baju bibik engkorang dah laa.. ameeen.. hahaha.
So tetiap malam, i dah siap verangan nak raya! tazaaabarrr oiii...
Tinggal tak buang tebiat pasang lagu raya je lagi ni..
Takut kena carut dgn laki! kahhh!

:: So sbb i mmg tak byk benda nak fikir dalam hidup, kasut raya pun i dah siap beli! hahahahhaha. raya tawun ni i pakai sneakers je. mcm Sharifah Amani gittoo.. baju kurung + sneakers. Perkhhh terserah keremajaan! hahahaha. Acah mak enon.. ni kasut nak menggeletis.. Saja dah lama tak pairing dgn suami pakai sedongdong.. rinduuu nak ber-sneakers.. settled dgn converse je. I kenan ada 1 Guess sneakers, tapi kat Mitsui tu GUESS dia tak banyak choice. Malas plak i nak manjat genting (GPO), so suami kata converse pun ok. i wokeyy jer.. ni size 5 1/2.. hai kaki mengecut per?? i size 7.. paling2 pun 6.. ni dah jadi 5 1/2 apa kehal nyaaa semua ni?? perut tak nak susut ke?? tsk tsk tsk ::

:: nak kabor, MITSUI Outlet sepang nuu tgh ber-SALE sakan sempena CNY.. cuti pjg aritu, i puasa... takut makruh syik membutaaaa je, tu yg ajak suami p mitsui. igtkan bila puasa, nafsu makan je membuak2.. nafsu shopping lagi jupake!!!.. tgk kasut laki den?? tigo pasang toruih den racun! huhu. Dia ON je, i kata nak suh dia pakai sneakers back... Suami dpt 3 pasang kasut, i puas hati gilerrr.. Dia pun mcm baby2 jg, kena carikan baju, kasut (tapi dia byr laaa.. hahah). Nanti nak raya kena spend 1-2days tuk cari barang dia sahaja... so lega dah kasut raya dia dah selesai awal2. For me, cukup laa sepasang nnt nak beli wedges keletap keletup(bunyi kasut) lagiiii... hat biru tu diadora, suami nak bawa jogging.. sale membunoh ko!! tak sampai RM100 peginyaa! ::

:: hijau putih... ehem. Suami i suka PUMA and NIKE.. tapi NIKE sneakers tak homeiii. sport shoes dia mmg boombbb!  hat ni semua less up to 30%.. tak nyesal ketteww?? pergiii laaa. kasut mmg heaven kat sana weyyh ! ::

:: suami offer amek lagi satu sneakers kain... i fikir2, takpe la..simpankan duit tu tuk I beli Madre k yayang?? hahahahha. ::

:: I boleh meroyan mcm org mati laki ye kalau dibiarkan berlama2 dlm kedai kasut, handbag and perfume!!...ni jenis ada setan tahap Jeneral setan pun duduk dalam, azan pun belum tentu dia berambossss.. huaaaa ::

:: nur kasih btoi wajah org puasa, tapi gagah p jalannnn.. ::

:: tersandar tepi wall tunggu suami amik kete..i tak larat nak jalan dah time ni.. lambat sket lagi, mmg i azan maghrib awai! hahahha ::

:: balik rumah, gagah punggah stor... cari Sketchers beli kat Melbourne tak berpakai2!. Bila beli2 kasut, teringat ada kasut tak berpakai. Hoi setahun lebih dah kot?? hat ni beli kat melbourne murahh giler kou! tapi kalau kat Mesia,hmm hmm hmm jg laa rega nyaa ::

:: tiba2 jmpe sneakers kain Dr.Cardin. woww rimaja nya ku wasaaaa.. awwww!! Ni tahun bila haku beli pun tak hengat.. rasa  nya time i sakit dlu.. takleh pakai heel, then kaki takleh terdedah.. almost 5years.. hmmm. So soalan dia skrang.. siapa punya kasut lagi byk now? hahahha::

I gigih update cerita Sale at Mitsui Outlet ni dulu.
So that, ada kwn2 baca.. yg takde idea nak cari kasut raya anak2 ke, suami ke, sndiri pnya ke..
Boleh la mai sini. Baju budak2 pun byk. Poney, Kickers, Cotton On Kids, ...
baju2 lelaki...Ed hardy, Dockers, polo, renoma, adidas, nike ...
For us(women) lagi la melambak2...
To those yg takde idea apa mende ke Mitsui Outlet ni.. 
Depa ni ala2 JPO, GPO, Design Village ....
Mostly branded item tapi harga tak semahal mcm kat boutique..
Sale mmg gegilerrrr!!!
tak tau kat mana Mitsui ??? tanyaaa pak waze plsss..
yg fenting, rumah i 30minutes je dari sana. Ne ne ne ne ne... 

:: Selit sket cerita suami den dah makin memandai main Go Shop.. dendiam dia order barang... ::

:: huaaaa u nak p mana ni banggg??? dia kata dia geram tgk barry smith promo gegiler. Siap dapat bag pack (merah) worth RM160++. ::

:: kukuh katanya beg ni. VJ tu campak bola boling pun ataih ni helllokk ja tak terkesan.. hahaha. comel kan laki mek?? senang terpengaruhhh! hahahha ... pandai plak dia pilih kaler ni. blue black in d hauzz yaaawww.. i mmg tgh bercinta cemolot2 dgn kaler ni! So bang, beg dah baruuuu, moh laaa kitaaaa........(jejalangg) *wink2* ::

ok geng, have to go...
update laju2 mana2 yg patut dulu..
Keje byk nehhh... 

tata titi titu..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


Friday, December 29, 2017

BARU TAHU SSF DAH OPEN AT SUNWAY PUTRA MALL & AMOR AMOR by CACHAREL STORY...

1 comment :

Assalamualaikum koang!
eh i rasa internet ni mcm dh pulih dari koma yang panjanggggg lahh.
Hellokk je akhlak dia pagi ni??? 
Yabedabeduuu... sengap ok..ujung2 tawun, akaun dah katup bagai.
Keje dah beress... dah tak reti nak buat apa kat opis.
nak cuti, opis takleh kosong.
So mmg time rehat je, berdesupppp pi mall dekat2 sini.
Huntonggnyaa keje kat tgh2 KL ni... kiri kanan macam2 mall ada..
Sogo ada, jalan TAR bulih.. Sunway Putra Mall(SPM) ada, QuillCityMall ada..
Semua leh naik cab semurah RM5-7 je.. 
Kalau ada terlebih2 masa(haaa ngulat eh??),leh lajak p lunch kat KLCC, MyTown, Sunway Velocity.
Wowww...

:: ni jumaat mggu lepas la ni. Suami i datang fetch time rehat... p SPM... ni semua sbb baru dapat tau SSF ada buka kat sana olss! kat 5th floor... half floor tu mmg SSF chartered! best giler ok!! i kalau masuk tempat2 deco rumah ni, mmg gelabah dia lain mcm! harusss kalau tak diheret balik, terus tidor atas katil display sana... hahhaa. ::

:: duk cari2..rikki2 armchair/wing chair..ada la projek deco2 sikit... so awal bismillah, terus p sign-up members..RM39.90 for a year. dgn harapan kalau jadi beli sofa kat sini, dapat la members price... subscribe members ni dpt free gift. tu suami i tayang tu free gift la tu.. Time ni tgh tggu staff tu gubah bunga... see?? asal nya nak survey kusi je kan? lainnn plak i buat...!!! eh tu mmg sudah dijangka dari awal kenn? heheh::

:: bench mcmni pun i rasa helllokk jg nak letak kat 'sudut' yg i plan. tapi suami taknak trus grab..dia ajak survey kedai lain.. ellehh ngaku je la tak kenan ken ken ken??hehhee. lagipon SSF siap caj delivery RM80...dah mcm ikea... eh kakak ter-berkira plak disitu.. so jom kita jalan kedai2 lain dulu.::

:: dalam SPM tu ada Al-Ikhsan kat 4th Floor.. sempena bulan bufday suami I..let's la lanjer beliau apa yg patut.. bab baju2 ni i je yg beli tuk dia.. beli tu dgn 2 makna..1) i pilih dia bayar. 2) i pilih, i bayar.biasanya yg terjadi no.1 tu .. hahhahaha. no.2 tu bila ada special2 occasion mcm bufday treat ke..anniversary ke..heheheh. aritu selesai dgn 3 jersey... ada SALE.. tak sampai RM200 pun. pandai kan i berjimat?? hahahha. hamboii tuk laki kemain tekdung masin. ko kalau ber-bokitta sehelai RM129, tak sedau igt kan??? ne ne ne ne ::

:: tadaaa...aci tak ciwi pokok baru? heheh. ni lah yg i sebat kat SSF nuuu.. fern leaf... ada juga kisah nya...asal nya i nampak tag dia RM129 for members.. non-members rm169. Staff tu tgh gubah2 baru i realise.. rm129 tu only for stand dia je.. fern leaf tu harga lain. ikut berapa byk guna.. setangkai RM19.90.. harga asal RM22.. so pakai 12 batang. silakan lah kira berapa kerugian kakak disitu. I pandang suami, dgn harapan tlg bgtau budak tu, i nak cancel. tapi being suami i yg suka mengembirakan hati isteri montek dia.. dia kata, TAKPELA... rasa nak hempas2 badan je kat situ, biar sampai retak lantai diorang.. pokok mcmni je almost RM400???.... *tikam dada*. koang kalau datang umah kak elo, plss jgn sesekali komen kata bunga ni tak cantik. terguris amat ok? 😠  .Moral of the story, pls jgn gelojoh. pls chck properly kalau nak grab apa2.. tsk tsk tsk. :: 

:: tepek sket cerita beli perfume lagi! tak sudah2..hahahhaha. ni kirim kat mak iti(my bff)... dia p Europe aritu.. dapat la beli ni kat London.. Dah convert duit kita rm165 je ols. kalau kat mesia dalam rm250 jg for 100ml mcmni. Alhamdulillah.. ::

:: pelan2 skrang i beli je apa yg i nak..apa yg i hajat.... but make sure... still in budget, and mesti guna. jgn membazir. Sbb tu i takkan beli perfume yg SALE2, main rembat je walau tak berapa minat bau dia..janji murahh..NO NO . i taknak buat mcmtu dah. Beli apa yg kita nak, kita perlu, kita mampu. Thats it.. eh amor2 ni bau sexy ok.. bahaya pakai malam2.. auuuummm haha dush2 ::

Ok cukup muqoddimah sebegini pjg lebaq...
Ada masa kita chit chat lagi...
Jmpe lagi tahun depan naa..




.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Tuesday, December 05, 2017

I BELI PERFUME CHLOE, WHILE SUAMI DAPAT COACH ORGANIZER. TAK ACI!!!

5 comments :

Assalamualaikum.

Dah lama tak cete pasal health and beauty kan?
cete bab makan IYE selaluuuuuu .. huhu.
Jom kelebet sket barang2 health beauty, yg kak esah shopping recently..

:: Lepas i discaj aritu, i hiburkan hati beli perfume.. dapat jg Chloe ni..lama dah ngidam.. asal nak beli je, i tergoda perfume lain. so kita kena istiqomah... apa nak jadi pun jadi la..kali ni kena beli jg2.. bau dia sgt sedapp. not too soft not too strong. Chloe ni mencekik jg la price nya.. the largest size 75ml ni lahhh... kalau kat mall RM400++ jg..ni pandai2 la cariiiii.. direct UK ke US ke.. kennn... tak sampai RM300 pun taww.. ::

:: Coach organizer suami I! tepek jg kat sini, sbb DENGKI. huh! ni geng office suami bagi... farewell dia kennn.. tah hapa2 taw staff dia tu.nak beli adiah kat suami I..tapi WA i, tanya suami i suka apa..pastu siap suh i pilih kaler bagai. eh tak surprise lgsg taw! awas ko bang nak ber-coach2 bagai... tu kwn I p UK, jaga baik i kirim prada seketul. sila bayar! bahahahha. dasar queen control! ::

:: koang nak share.. ni ha intensive moisturising cream by Cetaphil. Ni bkn entry berbayar bagai... reader ada dalam 5 ketul, sapa lah yg bangang nak advertise produk sini pun kan? hahahah. I beli ni sbb dah tak tahan kadang jari pedih2 lepas i guna Cif lap dapur.. pastu kaki kadang2 pakai stukin terketat(onggemok! welllll!), so bila ketat jadi berbekas getah stukin tu.. gatal! so i p cari cream yg power sket..kalau tak i main sapu lotion je.. Alhamdulillah, sejak i consume mendalah ni.. semua jadi ok! hellokkk sgt ols! besar mcm ni 85g RM81.00. boleh la kan?? sapa ada prob mcm I.. boleh try guna ni.. ::

:: ni yg suami i jala masa SALE clinique kat office dia aritu. Menangis bucu katil kawan i, agent Mary kay tu haa..Sbb aritu i kata lepas clinique i abis, i nak try Mary Kay.. sbb i nak cari product yg leh kecikkan pouri. tu je prob i... tapi,suami i dah topup stock clinique ni haa... mau makan tahun jg nak abis ni.. ampun kak aemiey! Insyaallah ada jodoh kita nanti k::

:: Bokitta VM size.. special tuk NINIE...  hehehe. Dik, ni plain bokitta yg baru release.. sempena perhimpunan Agung Umno arini. kemain merah /pink.. sanggup bokitta kluar special edition tuk maktok2 geng Wanita Umno semua tu.. elok la atleast sarung la tudung elok2...cover semua rambut,aurat. Semenggah sket dah veteren2 pakai tudung lengkap instead of selendang keluar jambul kan? So mengambil kesempatan, i pun rembat laaaa..dah la kain dia sedapp giler kali ni. My PS(Personal Shopper) mmg akan update a few days awal before bokitta release new edition. Again bokitta ni once sold out, mmg TAKKAN re-print ye.. silalah koang bersedia beli dari orang yg re-sell dgn harga yg sgt membunuh! So kena aware bila doang nak release baru... ::

:: saja tepek to those yg teringin nak tau apa ke benda la #bokitta2 ni kan?? Bokitta ni pinless tudung. seketul pin, brooch pun tak diperlukan! sgt sesuai kat mak2 yg ada anak2 kecik.. sambil jalan kendong anak pun leh sauk tudung ni. at the same time, its stylo! tak macam tudung serelum awning tu.. bokitta ni sarung2 je dah cantik... bawah dagu ada getah.  ni size Voila Maxi. i mmg pakai size ni je.. elok je tutup dada.. harga bokitta ni tak sama ye.. ikut material n size.. paling murah RM109(size Voila-kecik).. ada yg RM149 bla bla.. ::

:: puteri UMNO?? memang TAK LAHHHH! hahahha #jujur. Saja beli plain senang nak match baju kurung p keje.. ni i buka2 terus sarung, tak ber-iron. i just sarung and try.. tu belakang i tu yg bergantung2 tu antara koleksi #bokitta I... tak byk lagi. ada dlm 40 lah kot.. suami i dok geleng pala ja... ariani square melambak tak bepakai... fareeda tingkek2 lama dulu pun dah tak pakai.. aleeyasara pun bersusun. tolong azan kat tinger I jappp! ::
:: Both ni antara new collection yg i tangkap baru2 ni.. hehheeh. Batik patches & Ocean blue..sedap elok kain dia.. kak Nam i tu sibuk nak jg pakai... siap suh i belikan 1... besar lah dik..kalau ada size budak , boleh jg lanje dia.. hehee ::


Ok bedah... kak jah challooo dulu.... 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


Tuesday, November 28, 2017

KAK ESAH TAK SIHAT..ADMITTED AND MC PANJANG 2 MINGGU..

2 comments :

Assalamualaikum.
Hye koranggg! boleh tahan bersawang blog ni..
tapi nak sapu takleh, I athma..hehhee.
Pahabaq ampa??
Kami Alhamdulillah dah kembali sihat.
lepas MC panjangg sbb condition tak OK.
Last entry pun I update pasal prolongue cough.
Dah bapa kali p klinik biasa, ubat batuk cap apa yg i tak try..habaq sat??
smuaaa i try siap... tetap laa tak kurang. style batuk rengkuh perut, belakang siap.
Last2 baru doc kata nampak ada tompok2 awan kat lung kami.
terus refer sepital.. p emergency kol 6pm... masuk drip, inject antibiotik..
Kol 2.30am baru dapat masuk wad! tak ke kematu kepala wotak.
Dari duduk, ke baring, ke berdiri.
Sian somi kita..tersengguk2 kat kerusi...

:: Kali ni konon nak refer doktor respiratory, sekali dr.fuad(oncology) i jg yg treat I.. Dia kasi ubat antibiotik fowerrr wooo! besar gilerrr syringe dia! mcm cete2 lawak yg dok takut2kan orang nak enjet bontot tu..ha cenggitu la. hahaha. ::

:: nak tnjuk bantal tu haaa. laki kita tidur sepital tiap2 malam teman kita .. tu pun nyaris2 tak dapat single bed room. full house! ni pun kna upgrade to executive room..takpela, janji abam sayam ada timan adik! vokeh?? ::

:: admitted kali ni, i rasa tak teruk sgt..sbb batuk and demam on-off2.. so nafsu makan tu boleh tahan konghajo.. hahhahah. lps je nurse cucuk chck gula, chck blood pressure, oksigen, demam.. laju2 mnta suami cari coffee.... tak tayan wooo duk dlm ekon 44jam..mereputzzz sejuksss..::

:: bukak drip! yeayyy!! day 4 dah boleh buka drip.. mementang dr.fuad yg jaga.. dia masuk je...I dok merengek minta discaj laa. koman2 minta buka drip.. "doktor buatpe nak ikat saya dgn drip? saya bkn tak selera makan pon!". doktor tu gelakk je laah. ujung2 dia surrender.. yeayyy..best gilaa tayah drip.if not terbaring je sbb terikat.. terus sakit pala. baring-duduk2.. ::

::  muka sembab..huduh..tapi...aku SUDAH mandi taktuntuang2.. hahahaha. Pagi2 buta suami i pegi je keje by 7am i dah mangkit, mandi. takleh laaa tak mandi. nanti nurse2 datang nak chck2 tak sedap lah kan? dgn dr fuad yg emsem tu lagi.. ishh mana bolehh kann? bkn takat mandi2 biasa..siap shampoo.. lotion, perfume pun haku pakai! nnt ada la nurse yg peramah2 tanya.."puan pakai perfume apa ye? wangii lahh!". stiap kali i masuk ward, msti ada jee nurse menegur. i syak patient2 lain mesti tak wangi kan(takut nak cakap busuk!hahah). ::

:: bawah ni ada mcm2 kedai makan best2 wooo. mcm Dome, Melur &thyme,  starbuck, hot&roll, sister popiah..foodcourt lagi.. kdg moskil gak..ni hospital ke shopping mall tah? huhu. Ni lunch time suami cuti . makan kat dome. i pnya berselera... i makan sampai 5 slices! giler membela!! time sehat pun i paling hebat pun selesai 3 slices je.ni? amekawww! mebi sbb pizza dia pun nipissss and crunchy... ::

:: Suami pnya chicken grill.. bapak lah sedapp ! selalu makan nando's ke kenny rogers ke mana2 kedai lain lah..juz2 je rasa dia kan? ni sedapp giler kot chicken grill dia! ayam dia marinated sedap... gravy dia lahh terpaling sedappp! koang kalau mai dome, cuba try test menu ni haa..::

:: menjadi2 laki bini ni dok sepital..hahhahha. b4 turun bawah tu kang, pesan lah kat nurse.. kang jenuh plak depa cari.. dome ni kat ground floor je..same building. buatnya tiba2 doc datang, i terus naik je...::

:: ni i p turun bfast sensoang! mihmih. Suami i p keje.. kol 9am i turun mengopi.. cappucino dome ni boleh la... tapi i rindu hazelnut latte kat redcard cafe bangi sana.. ::

:: english bfast... demam2 ni mmg tak lalu sangat makan oily2..::

Sekarang ni i nak tanya..
ni update pasal cerita admitted ke psl makanan? hahahaha..
Bila dah sihat sket ,mula buat gila..

Cete sket psl sakit..
I batuk teruk lebih 2bln.
Mcm i kata, dah byk kali p klinik, makan madu tiap2 pagi pun.
ubat kahak done. ubat antibiotak oral pun done.
Tetap tak ok. finally kna inject antibiotik baru lega. Alhamdulillah. 
In between batuk tu, of course akan dapat cold fever...
sat demam , sat baik. bdn sakit2.. 
yg palingggg i takut, of course pasal 'sakit lama' I...
sapa2 yg ada sakit mcm i..yg tau sakit tu leh relapse at anytime.
mmg sket2 akan related dgn sakit lama.. 
Mcm sakit tengkuk yg i rasa skrang..
lps batuk2 teruk aritu, i dapat sakit tengkuk/leher yg amat2!
i gatal2 p urut semua...tambah sakit kou!!
i pegang2 rasa mcm ada small lump.. 
ahad aritu plak dgr Elyana GV tu announce dia ada limfoma cancer..
terus lah makcik cuak! semalam, i p jmpe doctor fuad...
dia gelak je tgk i kalut..
dia kata.. "apalah awak ni.. sikit2 kaitkan dgn cancer.." huhu..
So smlm dapat arcoxia(pain killer) dlu..harap2 reda la...
nak menoleh pun sakitttt... huaaa..
Pada I...kalau mula sakit2..i mesti fikir i dah kurang doa..
kurang ngaji..kurang solat sunat..or ada benda yg i makan tak betul2 'clean'..
or ada buat salah dgn suami ke mak ayah ke.kat sapa2 ke..
I mmg pegang benda tu je sejak sakit 2014 lalu.
i yakin, kita betul2 kena jaga hubungan dengan Allah..
mmg wajib mcmtu pun kan? tapi kita kan manusia yg alpa..

Eh ok ye korang. 
Rindu sangat dah kat ampa..tu update sikit dulu..(sikittt kau kata??)... 
Now keje hakiki dah semakin lega, since duit pun dah yillek pochi..
tapi ada jg keje2 tepi yg masih on going..
but now i bz nk whatsapp suami..nak pesan barang...
pesan apa??
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
the sale is TODAY! 
Time to stock-up skincare...
and i ada kirim clinique HAPPY perfume..
lama dah tak pakai happy..
ada yg nak kirim ke? tapi today je!
mmg biasa diorang datang office suami i, buat SALE..
kadang2 CD, estee lauder, channel...

bye koang..


.: NO HATE JUST LOVE  💋 :.