Friday, April 29, 2016

LANJE POKCU SHOPPING @SOGO

No comments :

Pokcu accepted form 6 offered at SMA Maahad Hamidiah Kajang.
Insyaallah just for temporary. Sementara tggu result UPU keluar.
So pokcu register kat sana 4 Mei ni.
Since form 6 skrang, dah tak payah pakai uniform sekolah.
Kena pakai long sleeve kemeja and slacks, so kena shopping baru semua lah.
Mana lah budak2 tu ada stock baju2 gitu kan?
So let's la kita lanje pokcu shopping..
Smlm lps kerja, janji dgn dia tggu kat Sogo terus.
Dia datang dari umah(Ampang) with ciktam.
Sampai2 i gesa2 solat dlu, sekali i pusing... cik tam kat sebelah I tgh tahiyyat akhir.
Tanjat gegurl..hehehe. Mmg kami dah biasa camni.
Sampai je mana2, solat siap2 dlu. Senang.
nak drag2 time ke apa ke. Kalau tak, rasa tak sedapp je nak shopping kan??

Naik lempuh lenguh juga la meneman dia soping.
Since semua i yg kna observe kan.
Colour, pattern, size..and for sure price, kan? hahahha.
baju lelaki... brand yg elok2 sikit pricey2 jg. tapi of coz i akan choose kan yg below RM100 sehelai.
Hahhahaha. Budak2 skolah kot. kang bli mahal, jemur baju kat asrama, kena sakau. Rugi2.
Alasan i konkrit gila kan?? sekian terima kasih. hehehe.
Eh tapi below rm100 pun dapat jg dia merasa pakai Renoma bagi taw. Sale kata kau!
Dia nak 3 helai je. So ok 3 helai. Sbb abg2 dia ada bagi 2-3 helai baju dah.
Seluar panjang dapat 2 helai.Eh i belikan dia 2 helai je ke eh? Cukup ke?
Isk skrang plak baru tingat... hope dia ada backup sluar lain.
Siyes i dah tak larat sangat nak berjalan time tu.


:: Pokcu dah temok. ::

:: bajet pakai size 35'. Eh tu mcm size Abangah(suami I) kau tu! takkan lah.. kurang2 36' ni. I kata kat dia gitu. Sekali dia kata.. Ok try 36. Diakhiri dengan 38..sekian! hahahhaha.. gud beri gud,tarik misai kluar janggut!! i dah kataaaa.. u olss duk umah mak, ada saka makan!! mmg gemok punya lahhh!! gerentiii!! xleh lari punyaaaa :: 


:: Budak gemok seluar size 38. hahahaha. dah la paling 'tinted' dlm adik badik. Dulu kecik2 slalu sakat dia, kata dia anak angkat.. pastu pandai majuk..masuk baju siap2 dlm beg tadika..nak lari umah! hahahha. Pastu kami kata, mak betul dia ongmiskin. umah ada anjing(india). berani ke pegi?? melalak budak ni. sampai lah kami kena kejar dengan mak sambil pegang hanger. Diakhiri dgn sedas dua kena balun. Settled. Semua gegara si bongsu hitam ni haa.. hahaha:: 


Kami shopping bertiga je.
Ngam2 settled shopping, jahit seluar bagai..
Cik tam p tandas memerut..suami I sampai.
Dia naik lrt to sogo.
Bincang2 nak makan mana..fikir2 dalam Sogo tu bkn ada apa sangat yg menareq ye dok?
So jom lah kita keluar.. Suami suruh i call Le Meridien.. booking buffet dinner.
Sekali full house! sebaik tak main redah je walk-in! Wat naya je tempuh jem pegi belah2 sana(KL Sentral).
Keluar2 je Sogo, jalan kemain2 jamed.
Dah nak maghrib pun time tu, i kata jom la p Maju Junction je.
senang nak solat, pastu nak antar diorang balik Ampang.
I nak balik Kajang pulak kan?
Lepas maghrib,terus lepak Urban Food Hall...
Urban Food Hall ni dia combine a few restaurant under 1 mngmnt I rasa..
Sbb buku menu dia semua digabung meletupkan skali.
I perasan ada 3 restaurant kat sini ; Franco, Johnny Rockets & The Library Coffee.
So duduk je mana seat, mana2 waiter akan datang. 
3-3 ni of coz serve u western food. Jgn try2 mintak nasi goreng kampong kat sini.
kau kena perambat keluar, i tak nak tlg!! hehehe. 

:: Pokcu and Ciktam. Tak ke ketara nau beza kaler kulit??? hahhaha ::

:: Budak2 ni layan burger dgn sandwich ala2 subway. Dgn suami2 i skali makan burger. I je lain... i kan queen of the day. kena ada kelainan. hahah ::

:: I kalau pi Johnny Rocket's  mmg mesti order shake dia. So i hasut jiha order shake jg.Ada 3 flavours shake dia. Mlm tu i order strawberry shake, jiha premium choc shake.. shake dia RM16.90 sahaja. ::


:: Nora Danish & Her Hang Nadim (instead of Nedim mih mih).  ::

:: Our food. . Steak sandwich for pokcu(above left) RM12.90 sahaja for 6". Dua ketul burger tu masing2 about RM25.90 , for 1 set.  Chicken tender(bottom right) as an appetizer, sedap ok! Tapi,dah last2 i rasa salty2 plak. RM25.90::

:: Nora punyerr.. ngeh2. I tak de mood nk makan burger malam tu. Sikit pun i tak jeling burger2 diorang. Lagipun perut kenyam lagi melantak mcm2 time jamuan kat office siang tadi nya. Ada tak ada, i layankan lah order. kalau tak abis, pokcu ada. Budak2 baya dia mmg tgh semangat nak makan. Bagi apa je, leecheennn.  I terasa mcm nak makan pasta yg special sikit. Tapi tak byk choice kat situ. End-up , i ordered carbonara. tak berapa sedap pon! RM22.90.::


Dah makan,cepat2 balik. Dah agak lewat. 
Sampai Ampang, singgah kejap. Jmpe budak2 2orang tu.
Sebaik i ada belikan Beryl's choc kat Maju Junction tadi.
Sbb masuk2 mmg diorang tuju tang tu jee.. "ciknyah ada beli apa2 tak?"
dah hadam sangat dah word tu dlm pala wotak I. 
I rindu betul kat budak2 tu. Peluk cium puas2.
Abam mcm tak sehat je. Lembik je.
Atuk cakap, dia pun risau tgk abam mcm murung , senyap je. 
I tanya dia.."abg sakit ke? sakit kat mana? ada kawan marah abg ke? cikgu pukul ke?"
alahaii..i bkn bolehh .. sampai nak tidur pun terkenang2.
Dok type ni pun teringat2 kat dia. 
Abam tu lain sikit..... dari kecik kan idup skali dgn dia...
Nak nanges aiiihhh.. nyampah!! 



TERMAKAN DAGING BABI

No comments :

Soalan;

Assalamualaikum, saya ada soalan tentang sahabat saya dulu masa kami dibangku sekolah rendah dia pernah mengikut Ibunya bekerja "Catering" dimana taukeh nyer adalah kaum Cina. Tapi taukeh tu kalau dia sediakan makanan tidak Halal dia akan uruskan sendiri , cuma makanan-makanan lain baru org Melayu yg uruskan.Sahabat saya itu telah mengikut Ibunya dimana majlis Perkahwinan di buat di sebuah Gereja, dan ketika itu sedang dia memerhatikan Taukeh tu menyiapkan makanan tiba-tiba dia terambil sedikit makanan itu ketika taukeh tiada disitu..dia makan dan bila sampai dirumah baru dia tahu bahwa itu adalah daging babi.Sehingga kini dia tidak beritahu sesiapa kecuali saya.Harap ustaz dapat memberi tunjuk ajar apa harus sahabat buat.Saya pernah suruh dia samak atau tanya Ustaz/Ustazah untuk keterangan lanjut.

Jawapan;

1. Apabila kita termakan benda yang haram, jika makanan masih di dalam mulut, hendaklah diluahkan segera. Adapun jika makanan telah masuk ke dalam perut, apatahlagi jika telah mendarah-daging, tidak ada yang dapat kita lakukan melainkan memohon ampun dan beristighfar kepada Allah.

2. Perbuatan dosa yang kita lakukan kerana terlupa, tidak tahu atau dipaksa dimaafkan oleh Syarak. Sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesungguhnya Allah menggugurkan dari umatku (dosa yang mereka lakukan kerana) tersalah, terlupa dan yang dipaksa ke atas mereka" (HR Ibnu Majah dari Ibnu 'Abbas -radhiyallahu 'anhu-).

3. Untuk mengelak kejadian serupa berulang, adalah dinasihatkan kepada kawan puan/saudari itu (malah kepada kita semua) agar mengelak dari makan di restoran-restoran atau tempat-tempat yang meragukan (terutama milik orang bukan Islam) walaupun ada tertulis tanda halal di situ. Sabda Nabi -sallallahu 'alaihi wasallam-; "Sesiapa menjauhi perkara syubhah, maka ia telah mengambil langkah menyelamatkan agama dan kehormatan dirinya" (HR Imam al-Bukhari dari an-Nu'man bin al-Basyir -radhiyallahu 'anhu). Baginda juga bersabda; "Tinggallah apa yang meragukan (dengan berpindah) kepada apa yang tidak meragukan" (HR Imam at-Tirmizi dari al-Hasan bin 'Ali -radhiyallahu 'anhu-). Ada riwayat menyebutkan; "Janganlah kamu makan melainkan makanan orang bertakwa" (Ihya' Ulumiddin).

Wallahu a'lam.

Thursday, April 28, 2016

MARCH & APRIL BUFDAY BASH FOR UNIT KEWANGAN JABATAN FARMASI, HKL

1 comment :



 NAH AMEK TUK 3 ORANG BUFDAY!!!
HAPPY B0RNDAY!!!
SELAMAT PJG UMUR MURAH REZKI.
BILA REZKI MURAH, JGN LUPA BELANJA KAWAN OPIS.
IGT TU. OK?? :p


Alhamdulillah settled 1 event for march and april's birth...
Senang gabungkan sekali hadap.
So Suzi, u dah tak diva lagi ok.
nak potong kek sensoang.. no special event for u anym0re.
Kita semua dah sama taraf! hahahahaha *devil laugh*.
Selalu nak tanje2 potong kek sensoang kan??
Hamek i kompol 3 orang sekali harung.
Jihimattt!!! hahahah.

Konsep : Potluck & Small collection.
Maklomla onggomen ni mana lah ada peruntukan ke apa.
Ko nak celebrate, kau nak makan sedap? kau collect lah sendiri.
Tak mcm opis2 besar... ada allocation siap2.
Plusss... siap pow boss lagi. eh i tau la..sbb laki i slalu cete dia kena p0w.
Anje taww diorang kan???  Nyampah! :p

:: Tiramisu cake. Suzie; mac.. abg azzam and pn.sharimah; aprilian. ::

:: paling kiri yg gambar sampai dahi tu abg ajam. Abg besar kawasan. I saja sabotaj dia amek gambar sekerat. Sbb dia kutuk i pendek. tumbok mau?? :p.  tudung pepel tu malas nak perkenalkan..hahahha.. paling kanan; boss.. :: 

:: Ajet2 tiup lilin. bila dah tiup betul2..abiss menyembur mengencess ailio!! :p :: 

:: Sandwich sardine. Sedappp giler bila sardine campur ngn mayonnaise...  I baru tau ok. Selalu tau beli + makan terus. Tadek nak siasat2 apa ingredients dia etc. huhu::

:: kuah lodeh mabeless.. ::

:: Sambal telur puyuh + sotong ::

:: Kuah kacang daging..meletopp pom2.. ::

:: Nasi lemak comel..rm1.50 seketul.. ::

:: All these for 1st round.. amek ..cerek pun atas meja.. kalau nampak mak mertua i... osah lagi SAYANGGGG dia kat I. komfem punyerrr.. adoiii  ::

:: Baca doaaa.. bufday gurl tu je ngada2 buat pis! tak mendengar kata eh awak,suzi?? hahhaha :: 

:: Org lain tadah tgn.. i buat pis..tanda keamanan. I buat sbb ada mksud. bkn mcm Suzi. kah kah kah ::

:: mek terpaling cantik time ni! hahahhaahamponn mek!! ::

:: Pis kat dada tiga2. Suratan atau kebetulan??? From left ; Nana nurgaya, nora danish, Shariza(tudung pepel)artis jemputan & Ina bini si Zul. hahaha. :: 

:: 2nd round... pizza pulak. Ko ghase mampu lagi?? :: 

:: Pizza's ambassador .hehhe::

:: 3rd round. Nasi Arab... Ni keji sangat tahap dewa tangan lapan ni!!! :

:: Semua pakat tapau bawak balik. Celah bedah mana lagi nak sumbattt cer kabor cerrr???  :: 

di akhiri ..............

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 -
-
-
-
-
-
-

:: I..... 20 tahun akan datang.... hahhaa. wajaq depa paksa buat jongang. bila buat camtu, tak pasal2 idung i ikut kembang. kalau tak,idung I kemain mancungg(puiiii ) .. apa semua ni?? pastu biar kan cekelat kat gigi I..  Diorang mmg pendengki slalu dgn I. Takleh nak tgk i cantik sikit. Kita break-off semua!!!! hahaha ::



Wednesday, April 27, 2016

JIHA REAL KONVO @UiTM SHAH ALAM

No comments :

Ahad malam, kami tidur umah mak.
So pagi2 Isnin tu kol 5am suami i dah jadi peserta pertama mandi.
dia terpaling semangat! hahaha. Diikuti dgn bini dia.
Kami mmg dijodohkan sebegini perangainya.
Kami tak suka buat keje last minute terkial2.
Sbb tu kalau hari kerja,kol 4.50am kami dah bangun.
Mandi siap2... boleh buat amal apa2 yg patut smntara tggu Subuh.
dari terkejar2 bgn... more relax tenang yg penting punctuality.
Tak lambat, discipline etc. 

Ok sambung cete. Iklan berbayar kemain byk :p

Haritu kami minta pontengkan si abam n auni.
Nak bawa dia pi konvo.
dah 2kali jg diorang ikut konvo.
Biar diorang biasa dgn suasana2 konvo mcmtu.
senang nk bagi contoh... "belajar rajin2 nnt amek ijazah mcm ciktam..bla bla".
Lagipun tadek sapa nak jaga diorang sbb semuaorang pergi.
Nnti mama dia kna cuti lagi.
Biarlah i galas tanggungjawab ni pulak.. chia chia chia.. :p
So pagi2 tu dgr lah drama diorang nak mandi pagi.
Sorang takut sejuk. Sorang kemain sado tanak mandi air panas(Si Debab tu lah..lemak byk kot).
Lepas subuh terus gerak. Pagi2 Isnin takut jalan jamed.
Sampai UiTM Shah Alam ngam kol 7.20am.
Graduan kena assemble before 7.30am.
Konvo kali ni i rasa tak ramai sangat.
Sbb dia tak sediakan bus mcm biasa.
Boleh park kete terus kat Dewan Agung Tuanku Canselor tu.
Senang.. bawa mak ayah naik lif. Tadek la diorang menapak naik tangga menjunam mcm dlu2.
Suh mak ayah tggu kat khemah, suami I terlari2 belikan mak ayah bfast.
Sbb diorang nak masuk dewan. Kami takpe,tggu luar je.
Mak ayah dah settled makan, hantar kan diorang masuk dewan.
Batillion kami terdiri dari suami, I, acik, pokcu and 2 ketul budak2 tu haaa.
Kami turun cafe..n terus lepak situ.
Sbb skrang dia dh kumpulkan cafe and tempat jualan bunga and studio kat situ juga.
Senang, takde buat kat padang mcmbiasa. Kalau hujan, abis becak lecah.
Kipas pun byk. meja kerusi byk. ada byk screen TV live from dewan.
Sokkay, i suka konsep cenggini..

:: Ni time dalam khemah kat padang, tggu mak ayah minum dlu ::

:: jadi anak ciknyah meh... dah sama temok ngan ciknyah dah ni. dah leh pakai baju ciknyah kot ni.. hahaha ::

:: Kena paksa keluar lidah cemni. kau comel lah dik.. ciknyah kau dah mcm lembu tenusu jilat susu ke cemana ni?? pfftt ::

:: Penyakit keturunan nii.. hahaha ::

 
:: Dah sampai bawah, dah beli bungaa. batang kayu UITM KONVO ni beli asing RM15 seketul. ::  

:: kali ni beli bunga 7 kuntum je,sbb i belikan dia bear yg lebih besarr!! atleast leh dia peluk2. kalau bunga byk2 ghuyyup juga lama2.. ::

:: Usaha mengePOW paknyah.. ::

:: anak2 menakan pnya hal...kalau anak sendirik, mau satu khemah menan tu i beli kan kot..hahahha.. hover.. :: 

:: Sambil2 tggu majlis selesai, i booking kan studio siap2. i bayarkan je terus. senang, nnt tadek berebut2. terus tumpang posing..hahahha...::

:: bestkan dapat be-bear besauuu?? i dulu bear besar tapak tangan je.. mencik! time tu tadek somi i. cuba i konvo ada suami i?? harus i suruh dia beli bebear besar mcm abam bocey teruss!! :: 

:: Bila denga course ciktam dah announce, berlari suami I pi tggu depan screen. bagus btol laaahh laki haku ittew! I bawa budak2 ni skali, tunjuk.. "ciktam masuk TV!". hehhee::

:: Cik Tam Bachelor Admin Science. 2nd class upper (CGPA 3.4). Dapat la juga ' * ' tu... tahniah!! Steady lah Cik Tam... ::

:: Tada..... the graduan! ::

:: Ni pix acah2 je.. ::

:: main acah2 lagi..i 4wd kat whatsapp family..papa aliff tanya.. "mana aliff tadek dlm gambar? sat gi dia melalak tgk gambar dia tadek". hahaha.. ni gambar acah2 mak enon lah. photographer tu tgh setting. takut nauu anak dia tak masuk gambauu! huhu :: 

Alhamdulillah semua berjalan lancar dan cepat..
Ciktam terus hantar jubah and amek real scroll.
Later tak payah susah2 datang shah alam lagi.
Gambar pun dah siap byr, dah amek frame.
Later diorang akan pos pic. Amek pakej RM150 +rm10 pos. 
Balik tu lunch kat Nasi Arab seksyen 7.
Tak dannn nak snap pic food, i kan mcm urusetia.
Kena order food, kna sndukkan nasi bagai. kena jadi peramu saji. hehehe.
Seronok tgk ayah makan nasi bertambah2.
Dia dari aritu dok beratib2 nak nasi arab2..
pastu siap hint2 kat mak lagi suh ajak i makan nasi arab.
So dah selesai hajat ayah :)



Once again, 
HAPPY GRADUATION DAY CIKTAM!
ALL D BEST IN YOUR FUTURE CAREER!





Tuesday, April 26, 2016

SABTU BONDING TIME WITH HUSBAND - FULL DAY

2 comments :

Since this blog i dah anggap mcm my personal diary.
Errr not too personal lah kot. kalau personal,takkan publish ye dok?
ala2 mcm individual diary.. so i mmg preferred update about my aktiviti.
Apa i buat on sekian2 date etc. Senang nak refer kalau perlu.
And bila boring2 baca balik..leh kenang2,senyum2. gitu.
Nak cerita resipi? eh nak ulang balik ke betapa boleh kira dgn jari je,berapa kali i masak??
ke skrang simpan terus jari tu tayah susah2 kira,sbb mmg dah tak masak dah pun. hahahah.
since sakit,sakit sakit. roh memasak jahanam bertempiaran lari entah kemana.
Then, nak parenting tips?? Allah tak nak bagi baby lagi kat I. (I redho).
Nak bagi deco tips?? Umah sendiri pun tak ber-konsep.
DIY? haaa meh kalau nak tgk jari I betapa *pengkau nya. (Pengkau = bengkok/tak lurus).
Ketupat pun, sumpah sekali pun tak pernah jadi!
Apa je talent yg I ada?? sedihnyaa weii.. baru perasan takde talent apa2.
hahahahhaha.. *bunuh diri*
Ada tak ada, sesekali I berjalan...boleh la kita sharing2.
Or pi makan mana2 ..haa yg tu mmg win!
So i end-up updating my activity je la.
Apa I buat weekend etc...

ha nampak tak muqoddimah dia?
ajet takut org boring letteww. hahaha.
dah tau org boring lagi nk update. ni kategori cemana ni?? hahaha
dan i akhiri dengan.. LANTAK I LAH KANNN. lalallalallaa :P

Sabtu ...
Mmg dah book org service aircond, bilik and ruang tamu.
Musim2 panas mmg melahar2 aircond pun tak berapa nak rasa.
Dia janji nak datang kol 10.. dah kol 10 lebih byg pun tak muncol.
Dia dah buat onar perangai dia ni. perut haku ni kau tak kisah?
pnya laparrr nak tggu kau dtg??
ahh terus ajak laki p makan dlu.
Tgh makan, cina tu call bgtau dia dtg ptg sbb kena service ekon hospital.
Eh mantap pulak alasan dia. Tak jadi marah ni.
I kan staff HKL..i akan mengutamakan pesakit2 dulu.
Itu motto hidup i di HKL. So takpela kalau dia p service ekon hospital.
I maafkan dia...
Dah bfast ajak suami p Gulatis @Metro Point Kajang nunn.
Asalnya nak cari kain lining baju batik je. Kau dgr eh.. JE tu!
Sekali dh masuk dlm tu.. dah hilang word JE tu...
Pelingkup poket suami I. hahahah. eh dia yg suh amek..
"amek je la sekali-sekala" katanya..
mak i pesan, rezeki jgn ditolak. Musuh jgn dicari. 
I tanak jadi anak durhaka.. :p (haah yg ni kau dgr cakap mak!.gggrr).


:: Dia dah tak koser layan I. Skjp merah,skjp kuning. Last2 dia lepak main game :: 

:: Sales rep ni lah yg rajin melayan haku. habis i buli dia.skjp2 tukar2..ha melawan2 nak komisyen takk?? :p ::

:: Mukaaa alaaa tenyumm ::

Settled Gulatis, shoot to DIY shop.
Kemain lagi kami menggeletis dalam DIY.
Borong tah kehapa2 barang sampai beratus2. 
Kedai2 cenggini mmg tak perasan kalau main grab2.
Ujung2 benda tak guna pun beli. 
Tujuan asal nak beli ubat lipas ! Dapat perangkap lipas kebas skali.
Later i share k! 
Nak cari alas mop yang boleh tukar2 tu pun yillek.
Kena p Home Pro lah kot kan. Kat mana asal usul mop tu.
Kat situ lah ada jual agaknya.
Settled DIY, rushing2 balik umah.
Cina ekon tu dah nak sampai.

:: Dia service biasa je pun..sampai cabut bawa turun ekon kauu! ::

:: gigih ::

:: habis cabut botak smua dia bawa turun ::

:: dia korek2.. ::

:: Dia tembak air, letak chemical and bla bla bla ::

:: Observed by big boss baju merah hitam :: 

:: Settled dalam sejam lebih. then dia pasang balik ::

Kesimpulan?? SUPERB!!!
Higherly recommended!
I dpt contact no.ni dari my schoolmate cum my neighbour.
Dia tanya I... nak melayu & murah & keje selekeh sikit.
or cina & mahal & kerja kemas?? ha mana nak?? 
Opkos lah nak yg keje kemas walau byr mahal sikit,kan??
Cemanalah kita nk tlg orang kita kan??
suami I kata, before2 ni kat rumah lama dia, orang melayu service.
tak penah bawa turun pun aircond tu.
Just basuh2 and lap2 gitu,sampai becak2 lantai tiap kali service.
then tambah gas. that's it. keje selekeh.
tapi sbb nk tlg melayu kannn??
Beza btol dgn cina ni. Sgt details. kemas and tak berkira.
Kami minta tlg gantikan kipas yg rosak pun f.o.c je.
Lepas service siap lap2 kemas2 lantai.. bawa balik sampah2 lagi!!!
Total services 2 aircond RM470.00. 
aircond hall 2.0HP, bilik 1.5HP.. Murah ke mahal??
Kalau nak ctct no.PM tepi k... 

Seronokk sangat sabtu tu..
Sbb kami gotong royong kemas rumah, vacum bagai.
Sempat lagi tukar posisi perabut kat bilik bawah(guest room).
Lapangg luas dah.. meh la tidur umah I. :)

Petang keluar date berdua g belah2 Ayer8 Putrajaya sana..

:: Fresh orange and white coffe ice :: 

:: Sedapp btol bihun sup dia.. berasa smuaa..ni suami order ::

:: I tah hapa2..setiba2 order nasi ayam kukus. pun ok laa..tadek la sedapppp tahap mnggigil2 tak dapat dadah :p. lapau plak tiba2 tak lunch... :: 

Yang selebihnya, cambiasa.. I lanje u ols dgn pic i dan bang berahim...
Boleh scroll laju2 kalau rasa tekak dah kembang2..
tapi awassss,jgn sampai i tau.
kecik ati = block terus.  
i skrang senang terguris. kah kah kah.
poyo. nyampah!










Masa nak balik, nak masuk kete..setiba2 ternmpak kedai perfume kau!!
original & authentic lagi!!!
tergedik2 la nyinggah.
Dah la konsep dia mcm kat Archarr @carefour tu.
Byk tester unit! I sukaaaa!!!
i usyar2 line je, setiba2 ada rezki turun dari langit(poket suami haku lettew.huhu).
dapat lahh i perfume yg i dah lamaaa nak beli.
tapi setiap kali beli perfume, terlupaaaa je nak beli beliau.
Suami i pun beli 1. Dah pandai collect perfume dah suami I tu.
2year dgn I, collection dia dah nak 10 botol. Wow impressive!! hehehe
tak pasal2 terbang RM400++.
Mahal betul harga dating kami ptg tu... hahhahahaampeh!
I lupa nak snap pic bagai. Dunwori, mesti i akan jadi regular cust dia.
so later i review and tepek pic + info k.
To those yg mmg layan original perfume...get ready!
new port for us! much cheaper! i guaranteed! :)

Suami nak solat kat masjid besi,putrajaya.
First time for him. I off solat.
Suami I kata, masjid tu tak mesra tuk orang sakit kaki mcm I.
Tempat wudhu' turun tangga...jauh.... 
Nanti 1 day kita sembang2 pasal masjid kat mesia ni k!
sbb i penah read pasal kes 'tak mesra pengguna' ni semer.
Pada yg tak berapa sihat mcm I or orang2 tua, jadi mcm berat hati sikit nak solat kat masjid2 besar.
Nak2 kalau nak cepat, or waktu dah nak habis kan?
Ok2 we talk later..insyaallah.

Dah solat semua...
Singgah juga food truck kat dpn PKNS Bangi.
Tak dapat seat pun. Manusia kemain mengemut2 mcm ulat t*ik!
dapat beli air gelas gemok gedempong tu dgn sotong raja. Nyum2.

:: betul2 kawasan parkir PKNS Bangi ::

:: Crowd sgt ramai ::


:: ada baskin. makan2 sambil layan lagu..sempooii nohhh ::

:: Antara food yg ada ::

:: ada about 10 trucks jg la.. mcm2 ada.. western2 lah paling byk. Sbb western2 ni nak masak dia sempoi sikit kot kan(of coz lah,kalau tak,takkan Ain J pun jadi pro masak western kan.?hahaha)?nak makan pun tak renyah... ::

:: 1st time datang sini... leh repeat, kalau takat nak layan carbonara RM8.. ::


SETTLED OUR SABTURDAY...
WHAT A HAPPY AND BLESS DAY WITH HIM.
SYUKUR ALHAMDULILLAH.