Friday, April 29, 2016
LANJE POKCU SHOPPING @SOGO
Pokcu accepted form 6 offered at SMA Maahad Hamidiah Kajang.
Insyaallah just for temporary. Sementara tggu result UPU keluar.
So pokcu register kat sana 4 Mei ni.
Since form 6 skrang, dah tak payah pakai uniform sekolah.
Kena pakai long sleeve kemeja and slacks, so kena shopping baru semua lah.
Mana lah budak2 tu ada stock baju2 gitu kan?
So let's la kita lanje pokcu shopping..
Smlm lps kerja, janji dgn dia tggu kat Sogo terus.
Dia datang dari umah(Ampang) with ciktam.
Sampai2 i gesa2 solat dlu, sekali i pusing... cik tam kat sebelah I tgh tahiyyat akhir.
Tanjat gegurl..hehehe. Mmg kami dah biasa camni.
Sampai je mana2, solat siap2 dlu. Senang.
nak drag2 time ke apa ke. Kalau tak, rasa tak sedapp je nak shopping kan??
Naik lempuh lenguh juga la meneman dia soping.
Since semua i yg kna observe kan.
Colour, pattern, size..and for sure price, kan? hahahha.
baju lelaki... brand yg elok2 sikit pricey2 jg. tapi of coz i akan choose kan yg below RM100 sehelai.
Hahhahaha. Budak2 skolah kot. kang bli mahal, jemur baju kat asrama, kena sakau. Rugi2.
Alasan i konkrit gila kan?? sekian terima kasih. hehehe.
Eh tapi below rm100 pun dapat jg dia merasa pakai Renoma bagi taw. Sale kata kau!
Dia nak 3 helai je. So ok 3 helai. Sbb abg2 dia ada bagi 2-3 helai baju dah.
Seluar panjang dapat 2 helai.Eh i belikan dia 2 helai je ke eh? Cukup ke?
Isk skrang plak baru tingat... hope dia ada backup sluar lain.
Siyes i dah tak larat sangat nak berjalan time tu.
:: Pokcu dah temok. ::
:: bajet pakai size 35'. Eh tu mcm size Abangah(suami I) kau tu! takkan lah.. kurang2 36' ni. I kata kat dia gitu. Sekali dia kata.. Ok try 36. Diakhiri dengan 38..sekian! hahahhaha.. gud beri gud,tarik misai kluar janggut!! i dah kataaaa.. u olss duk umah mak, ada saka makan!! mmg gemok punya lahhh!! gerentiii!! xleh lari punyaaaa ::
:: Budak gemok seluar size 38. hahahaha. dah la paling 'tinted' dlm adik badik. Dulu kecik2 slalu sakat dia, kata dia anak angkat.. pastu pandai majuk..masuk baju siap2 dlm beg tadika..nak lari umah! hahahha. Pastu kami kata, mak betul dia ongmiskin. umah ada anjing(india). berani ke pegi?? melalak budak ni. sampai lah kami kena kejar dengan mak sambil pegang hanger. Diakhiri dgn sedas dua kena balun. Settled. Semua gegara si bongsu hitam ni haa.. hahaha::
Kami shopping bertiga je.
Ngam2 settled shopping, jahit seluar bagai..
Cik tam p tandas memerut..suami I sampai.
Dia naik lrt to sogo.
Bincang2 nak makan mana..fikir2 dalam Sogo tu bkn ada apa sangat yg menareq ye dok?
So jom lah kita keluar.. Suami suruh i call Le Meridien.. booking buffet dinner.
Sekali full house! sebaik tak main redah je walk-in! Wat naya je tempuh jem pegi belah2 sana(KL Sentral).
Keluar2 je Sogo, jalan kemain2 jamed.
Dah nak maghrib pun time tu, i kata jom la p Maju Junction je.
senang nak solat, pastu nak antar diorang balik Ampang.
I nak balik Kajang pulak kan?
Lepas maghrib,terus lepak Urban Food Hall...
Urban Food Hall ni dia combine a few restaurant under 1 mngmnt I rasa..
Sbb buku menu dia semua digabung meletupkan skali.
I perasan ada 3 restaurant kat sini ; Franco, Johnny Rockets & The Library Coffee.
So duduk je mana seat, mana2 waiter akan datang.
3-3 ni of coz serve u western food. Jgn try2 mintak nasi goreng kampong kat sini.
kau kena perambat keluar, i tak nak tlg!! hehehe.
:: Pokcu and Ciktam. Tak ke ketara nau beza kaler kulit??? hahhaha ::
:: Budak2 ni layan burger dgn sandwich ala2 subway. Dgn suami2 i skali makan burger. I je lain... i kan queen of the day. kena ada kelainan. hahah ::
:: I kalau pi Johnny Rocket's mmg mesti order shake dia. So i hasut jiha order shake jg.Ada 3 flavours shake dia. Mlm tu i order strawberry shake, jiha premium choc shake.. shake dia RM16.90 sahaja. ::
:: Nora Danish & Her Hang Nadim (instead of Nedim mih mih). ::
:: Our food. . Steak sandwich for pokcu(above left) RM12.90 sahaja for 6". Dua ketul burger tu masing2 about RM25.90 , for 1 set. Chicken tender(bottom right) as an appetizer, sedap ok! Tapi,dah last2 i rasa salty2 plak. RM25.90::
:: Nora punyerr.. ngeh2. I tak de mood nk makan burger malam tu. Sikit pun i tak jeling burger2 diorang. Lagipun perut kenyam lagi melantak mcm2 time jamuan kat office siang tadi nya. Ada tak ada, i layankan lah order. kalau tak abis, pokcu ada. Budak2 baya dia mmg tgh semangat nak makan. Bagi apa je, leecheennn. I terasa mcm nak makan pasta yg special sikit. Tapi tak byk choice kat situ. End-up , i ordered carbonara. tak berapa sedap pon! RM22.90.::
Dah makan,cepat2 balik. Dah agak lewat.
Sampai Ampang, singgah kejap. Jmpe budak2 2orang tu.
Sebaik i ada belikan Beryl's choc kat Maju Junction tadi.
Sbb masuk2 mmg diorang tuju tang tu jee.. "ciknyah ada beli apa2 tak?"
dah hadam sangat dah word tu dlm pala wotak I.
I rindu betul kat budak2 tu. Peluk cium puas2.
Abam mcm tak sehat je. Lembik je.
Atuk cakap, dia pun risau tgk abam mcm murung , senyap je.
I tanya dia.."abg sakit ke? sakit kat mana? ada kawan marah abg ke? cikgu pukul ke?"
alahaii..i bkn bolehh .. sampai nak tidur pun terkenang2.
Dok type ni pun teringat2 kat dia.
Abam tu lain sikit..... dari kecik kan idup skali dgn dia...
Nak nanges aiiihhh.. nyampah!!
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment