Friday, July 29, 2016

JAMUAN RAYA TAK SUDAH-SUDAH....

1 comment :

Assalamualaikum....

Baca tajuk mcmkan marah je kan?
padehalll suka menggelintin2 kalau ada jamuan.
ko gilerr tak sukaaa??? ni babat2 ni takkan nak biar tersadai mcmtu je??
kena di bagi baja ye dok?? hahahha. jahanam btol bunyiknya. huhu.

I kan keje kat HKL...
FYI...staff kat HKL ni je ada dlm 11,000++ ok!!!
cerrr ajet2 baper jabatan ada dlm HKL ni??
dgn forensik nya, perubatan am, farmasi, patology,paedtrik,O&G,oncology,neuro,urology bla bla bla.
so tiap 1 jabatan memasing merogan nak buat jamuan..
kira lah berapa jamuan yg ada ye dok?
tu yg jabatan. bawah jabatan ada bahagian2/unit2 masing2.
macam kami kat stor sendiri pun ada bapa byk stor la pulak??
stor ubat,surgikal, nefro, tablet, pukal, iv drips....
pun kalau setiap stor buat... phewww bergembira perut loyot i ni.. hip2hooreey katanya!

Sebaik i bukan HOD..kalau tak jenuhh i nak attend semua.
tu yg malas nak jadi boss2 ni....aceaceaceace
For this year... i joint 4 jamuan je.
tu pun rasa...alahaii jgn dibuat2 sampai berat 100kg!
mammmm!!!

1. JAMUAN RAYA JABATAN FARMASI

:: I pun tak sure bapa org staff under jab.farmasi ..tapi mmg beribu2 cucuk satay juga la diorang order. berkilo2 ayam.. bla bla. dulu before i sakit, i jadi AJK wakil stor. lepas MC pjg..pass baton kat suzi pulak.. dia tu baru layak jd AJK.. idea melambak, kretipppp... bkn mcm i ni, buta  kayuu! makan je i cemerlang. huhu.. ::

:: tiba2 i dah kat depannn cedok lauk siap2.kwn2 lain terkedek2 kt blkng lagi. if not..cemana doang leh snap pic i dari jauh ye dok?? .hahaha. i is kenot laaa kalau slow2..terhegeh2.. kalau kt tempat crowd mcmni... i jenis nak cepat..makan2..siap2 balik..settled. tak reti nak lenggang2, sembang2..u nak mkn apa? nak amek apa? kang cedok ayam pun 56min, terpilih2,terkuis2..terkorek2..  ehh tadek2.. i awal2 dah aim nk amek apa, que.., cedok lauk and zappp.. cari seat.. makan. sorang2 pun jadi. dah makan, bangun..jalannnn. org lain plak nk mkn.gittoo. sorry la kalau ada yg kenot follow i..  ikut la cara memasing. sekian... -lps jamuan ni lah inn fetch i, and we went to sunway putra.. ::

2. JAMUAN RAYA STOR UBAT

Stor ubat ni ala2 stor utama for our dept.
Boss2 stor duk dalam ni laa..
So last tuesday, diorang ada makan2.
Nama pun stor... our core bisness is storage.
kotak2 ubat /surgikal item tu lebih penting dari kau,ok!
So staff2 ni pandai2 la bawa diri duduk sempit2.. impit2.
mmg space sgt la limited. yg kurus2 mcm I ok la.. tadek masalah sgt.(kisah dongeng sgt ni! hahaha).
buatnya yg mem-bulldozer gabak2?? tak ke parah jg tuu...

:: tgk i minum air je tawwww.. ::



:: haa mcmni lahh rupa nya berposak-pasak nyaaaa... paseghah je laaa.. ::

:: cute angatt kek ni..ni icing fruit cake .. kemain2 manehh melecassss2... ::

3.JAMUAN RAYA UNIT KEWANGAN JAB FARMASI

Ni unit I laa..
Buat 27hb semalam.
Kami ni ongmesken.mana ada tabung ribu2.
tadek liaise dgn mana2 pembekal nk minta sponsor ke apa.
pandai2 la bawa makanan sendiri, share2 (potluck).
tapi walau kecil2an, kami invited smua kwn2 dari semua stor unit.
Alhamdulillah food cukup,walau mgkin tak semewah mana. 
I MASAK satay dgn roti jala. :p

Kita cekidaut menu dulu...


:: Jelly kelapa..nyum..sejukksss ::

:: choc & blueberry tart::

:: Hokkaido cup cake..pon sedapp jahh :: 

:: buah kelapa. pecaya? hahahha. ni anggur kontroversi nama nya.. nak cete kang, sampai zulhijjah tak settle. huhuh. ::

:: rendang ayam ::

:: lemang..pulut biasa and lemang pulut hitam.. ::

:: satay.. :: 

:: roti jala ::

:: ubi rebus + sambal tomis ::

:: laksa ::

:: drinks ::

:: Lontong tadek dlm picture. malu kot beliau tu... ::

:: Bihun goreng sedap si hakeem. udang, ayam, fishball kekemain meriah dlm bihun. boleh bihun tu jadi artis paling popular smlm?? berlumba2 org cedok bihun.. diorang jemu juadah raya la kot kan.. kalau i tau koang terjah bihun je, i goreng bihun enamblas puluh bungkus terus! tayah susah2 i cucuk satay! pffttt ::

::geng rewang::

:: yg tudung pink tu bila pegang pisau dah mcm mbah2 haku tgk. hahhaha.. dgn tangan kurus dia,urat2.. hahah. HAI NANA!! cemolot ciked.. :p :: 

:: talented sgt i pegang pisau kan?? mcm ketua rewang kenduri kawen. bahahahah:: 

lepas rewang2 sikit2..
kami bfast dulu.. makan bihun and kopi 0.. pastu ada acara celebrate belated bufday...
jun & july's  baby..(geli ok, dah kematu ketuat... ber-baby2).. hahaha
majlis pagi ni buat among us je.... 

:: Acerrr baca word atas kek tu betul2... faham dan hadamkan..bahahaa. apa? tulisan tak clear?? meh kak esah type balik.. HAPPPY BIRTHDAY WANITA2 JELITA & OHSEM! ECAH..AINI...NINA & KAK TUN!! JUN & JULY CLAN'S.  k bye.. 

:: ketua kumpulan dia tgh bagi briefing. kita nak tiup kek cemana. diorang bkn leh caya..kang menyembur ailio...jahanamm kek langsung taleh makan..hahaha... .. ::

:: boleh I dgn aini share date?? 9 JUN ok! sibuk je mek ni ..sebbaik walau i tua dari dia..i nmpk lebih rimaja dari dia,kan kan kan?? bek jaga hati i lekaihhh.. :p ::


:: ko tgk perangaiii ketua darjah tuuuu.. ::

:: muka minta tapak kaki kann??::

:: terkammm!!! ::

:: jampi kek??? ::

:: half gone!! :: 

:: dah bfast, masing2 duduk wat keje sekejap. sbb majlis start at 11am... ::

:: 10.35am mamat ni dah sampai ok! bazrul from nefro. kami terus kalung bunga kat leher...sbgai peserta pertama yg bertuah..bahahhaa...  ::

:: ngam2 kol 11am. geng2 stor ubat membuat lawatan balas.. sila2..jemput2::


:: pasangan 2 darjat! hahaa.hubungan tanpa restu. weekkkk.. ::

:: lepastu sorang,sorang sampaiii.. ni tuan tanah + tetamu2 ::

:: geng2 stor ubat ::

:: org kuat2 stor.... depa xdak, sapa nk duk angkat kotakkk?? ::

:: dah tadek caption.. haru aihh nak pikiaq caption. nyamppsss.. ::

:: otaiii stor en.jamal..mencemar duli.. bkn senang dia nak joint any event... ::

:: geng2 tuan rumahh.. ::

:: gwiyomi ... ::

:: pic ni yg buat abg sado kita terlampau terserlah..tapi elok pangai pic ni.. balance... yg paling kiri n kanan tu.. hahahhhaha. *larrriiii *.. ::

:: di akhiri dengan adegan yg agakkk fanazzz..aksi seksi kak tun basuh pinggan.. kemainn bumper dia. hahaha. sampai ke belakang sepital kami basuh pinggan. ko hado?? dari A sampai Z buat sendirik ye.. tadek cleaner ke bibik ke tlg.. penat2 pun ada manisnyaa.. alhamdulillah.. majlis sukses!!:: 



4. JAMUAN RAYA HKL

Jamuan terbesar and penutup raya kat office.
Baru kejap tadi terjadi.
Semua jabatan buka gerai, menu beza2.
ada kambing,satay,soto nasi arab,mee, ice cream, spaghetti, roti jala, roti canai, lemang bla bla2.
Kekemain byk menuuu! tapi 2 menu, kol 10.30am dah yillek pochii.. leechenn boliau...
cerrr tekaaa apaa?? kambengg and satay laa..
menu lain2 kan... melambak je ada lagi..
siap dorang paksa2 lagi amek.. 
tu lah i slalu perati keadaan mcmni...
kalau tahu menu2 ni jadi perhatian,lebihkan la peruntukan on that menu. 
dari membazir buat menu yg tak berapa laku kan???
btw.. i mmg pegi for fun je.. saja ikut2..usyar2 line.
last2 terjebak amek nasi arab(from jab.sajian &dietatik), minta dia buh nasi sikittt je.
Nak buat rasa..sedapp mendengar kata nasi dia...




Settled cerita jamuan raya office.
Esok..weekend kita tgk apa jadi...
sebab... sebab..sebab....
esok MAK MERTUA haku and the children :p nk datang rumah.
dag dig dug dada i taww..berkocak2.. berombak2... awwww!!!




LAFAZ TALAK TANPA NIAT & TALAK 3 SEKALIGUS

No comments :

Soalan

Assalamualaikum ustaz.
1. isteri saya telah pulang kerumah ibunya. pada malam harinya. saya telah menghantar sms berbunyi "kalau tak balik kerumah malam ni, jatuh talak 3". saya menghantar sms tersebut tanpa niat. bertujuan menyuruh isteri saya balik. adakah jatuh talak tersebut?
2. sebelum ini saya pernah bertengkar. dan saya lafaz "kita putus" juga tanpa niat. adakah jatuh talak?

Jawapan;

1. Lafaz pertama adalah lafaz sharih iaitu lafaz yang tidak difahami oleh orang yang mendengar melainkan dengan makna talak. Ucapan talak/cerai dengan lafaz sharih tidak dirujuk kepada niat, yakni; semata-mata suami melafazkannya dengan mulutnya jatuhlah talak sekalipun suami mendakwa ia melafazkannya bukanlah dengan niat cerai tetapi gurauan, marah, ancaman atau sebagainya. Lafaz sharih ini ialah dengan menggunakan perkataan talak atau cerai. Hukum tersebut adalah kerana Rasulullah bersabda; "Tiga perkara sungguhnya adalah sungguh dan gurauannya juga adalah sungguh;
A) Nikah
B) Talak
C) Rujuk
(HR Imam at-Tirmizi dari Abu Hurairah. Menurut Imam at-Tirmizi; hadis hasan gharib. Lihat: Sunan at-Tirmizi, kitab At-Thalaq wa al-Li'an, bab Ma Ja-a Fi al-Jaddi wa al-Hazli Fi at-Thalaq, no. 1101. Juga diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan Ibnu Majah).

Berkata Imam al-Khattabi; "Telah sepakat sekelian ulamak bahawa lafaz talak yang sharih jika dituturkan oleh seorang lelaki (yakni suami) yang baligh (sampai umur) dan berakal, ia diambil perkiraan dengannya dan tidak berguna ucapannya "Aku mengucapkannya main-main sahaja atau hanya gurauan atau aku tidak berniat talak dengannya" atau alasan-alasan lain seumpamanya" (Aunul-Ma'bud, kitab at-Thalaq, bab at-Thalaq fi al-Hazl, hadis no. 2194).  

Jadi dalam kes di atas jika suami mengakui ia menghantar sms tersebut dan berlaku perkara yang dita'liqkan (yakni diikatkan) dalan ucapan talak/cerai yang dilafazkan itu, jatuhlah talak. Adakah jatuh talak satu atau talak tiga? Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulamak;

A) Menurut jumhur ulamak (merangkumi mazhab empat; Hanafi, Maliki, Syafiie dan Hanbali); talak tiga sekaligus akan menjatuhkan tiga talak. Jadi suami yang melafazkan talak 3 sekaligus kepada isterinya, ia dikira menceraikan isterinya dengan 3 talak/cerai dan ia tidak boleh merujuk kembali isterinya melainkan setelah isterinya berkahwin dengan lelaki lain, berlaku persetubuhan antaranya dengan suami barunya itu, diceraikan oleh suami baru itu dan habis eddah, barulah boleh berkahwin semula dengan bekas suami tadi iaitu dengan akad dan mas kahwin baru.

B) Sebahagian ulamak (iaitu Imam Ato', Tawus, Said bin Jubair dan disokong oleh Imam Ibnu Taimiyyah dan Ibnul-Qayyim) berpandangan; talak hanya jatuh satu sahaja walaupun dilafazkan oleh suami 2 atau 3 sekaligus kerana talak menurut mereka hanya boleh berlaku satu demi satu, tidak berlaku banyak sekaligus.

2. Adapun lafaz yang kedua (kita putus) ia adalah lafaz kinayah iaitu lafaz yang boleh difahami sebagai talak/cerai dan boleh juga dengan maksud lain. Kerana itu ia bergantung kepada niat suami. Jika suami berkata ia memang berniat talak dengan ucapan itu, jatuhlah talak. Jika tidak, tidak jatuh talak.

Wallahu a'lam.

Rujukan;

1. Al-Mughni, Imam Ibnu al-Qudamah, juzuk 7, kitab at-Talaq.
2. Aunul-Ma'bud (Syarah Sunan Abi Daud), kitab at-Thalaq, bab at-Thalaq fi al-Hazl, hadis no. 2194).
3. Fiqh as-Sunnah, Syeikh Sayid Sabiq, 2/173.


Tuesday, July 26, 2016

DETIM WITH BFF INN & MY LAST2 KOPEK RAYA STORY

No comments :

Jumaat aritu, lepas attend jamuan raya jab.farmasi,
my bff ; Inn mai HKL fetch i.
saja lunch lite2 dgn dia.
Lamaa nau2 tak jumpe dia.
Kalau tak..dlu2... seminggu sekali tak jmpe, rasa gelisah..
dia pnya feel tu rasa mcm dah smggu tak makan nasi. gitttto hover nya. gagagaga.
Skrang setahun ada lah 2-3 kali jmpe.
mcm kan dia kat new zealand, i kat amsterdam.
Ngalah PM awok tu bz nyaaa... nyampassss.
Dia bawa Zahra. Ya amponn dah bertambah2 mencomel minah tu.
nak imbaih i time kecik2 dlu.... ;p

:: i nak snap pic dia, dia buat pangai geget2 baju...marah omak eh.. huhu ::

:: dah meresah nampak eskrem tu haaa.. ::  

::comel kan dok dengar mak dia bebel2 kat dia.. dapat tekup dgn bantal best ni.. kah kah kah. ni apa pnya kegilaan ni??... yg kawan I ni pun, kat SR ni jg lah nk order satay. bkn dapp pun satay SR..tak de bau asap. masak pakai oven, I ingat.. huhu::

:: Ours.. ::

:: Zahra the little princess... dah warm sket, baru lah dia nak kat I. jalan siap nak kawan dgn I je.. dah la panggil i KAKAK(instead of Ibu Sha, anak2 inn panggil I cenggitu) , ko ghase cemana?? rs mcm muda 20 tahun kannnn? bagos, budak mcmni. pandai jaga hati org tua! ibu sha up duit raya 50%..lalalalala :p ::

  
:: Ko hagak? tak ke hilang sabar I tgk dia buat muka cute cenggini... tempeleng nak?? hahah :: 

Abis lunch hour, Inn send back to office.
Dia ada hal kat Indon embassy.
Malam sabtu tu, lepas maghrib pi raya umah mak iti kat Sg Ramal dalam. 
If inn ni bff time Uni dlu.. mak iti ni bff time skolah dlu...
 
:: i peserta pertama...walau pun dlm real life, kadang2 i gagal tuk jadi yg pertama..tetapi i will always try my best to be no.1. IM THE BEST..IM THE BEST ( lagu phir bhi dil hai hindsutani). tiba2! hahahhaha. ::

:: time ni nak gerak balik dah.. ::

:: i termendap dalam sofa empok tu haaa..::

.SABTU.

Dari pagi I full dgn open house.
Pagi ke KPJ damansara dulu, amek ubat suami.
Pastu kannnn, baru pasan baju yg i pakai tu tetas!!!!
dah la baju kesayangan tu..sbb baju tu i pakai time 1st time jmpe husbnd I.
tetas tu jelas nmpk ok. apa ke makna tetas2 ni semer?? apaaaaa????? 
hebat sangat babat kau bertumbuh pesat! *lempangMukaSendiri*.
Nak singgah mana2 mall beli baju baru, i rasa akan lebih ambil masa.
Dah la weekend, mall2 ni nak parking lagi.nak reround lg. kemsalam!
dah la bkn leh main grab je..baju nak pi raya kan?? dlm kete I mmg ada spare tshirt.
nak p umah SIL..makna dia apa lagi?? makna dia ada mak mentuo den kann??
pstu berani nk pakai tiset teksut p sana???kau berani? ooo..untong laaaa!!
i sumpah tak berani... serraaamm..
so jom lah balik umah balik, kita solat zuhur dulu.. 
tapi before balik tu dann lagi sggah 1 umah kat cheras.
Umah kawan suami. terngensot2 i tersipu2 blkng suami.
osah kwn2 dia cakap dlm hati.. 
bertuah btul si enal ni, bini dah la lawa gila bab*.. sopan santun plak tu.
kah kah kah. tahyul sangat tuuuhh!! 
padahal, nak tutup rekahan baju!
dah makan2 jenuh i dok kenyit mata ajak suami balik.
jgn sampai koyak abis mcm HULK haaa.. kang kau jg yg malu bang! hahaha

Then balik umah, solat zuhur, salin baju....
terus sarung kebaya ok! k.e.b.a.y.a!
mak mentuo punya pasal! 
*mak, tanah hujung kampung tu, buh nama I taw..* hahhaa

So shoot p puchong umah SIL.
I kan..baru a few years kawen dgn suami ...
mmg mula2 shock juga, bila p umah adik badik dia...
dari luar msti mcm TADEK orang.
kalau tak datang dgn dia, mmg i patah balik masuk kete teros.
Sbb diorang mmg pe'el pintu berkatup sbb pasang aircond.
eh ai kenot ok. i kan ongkampong.
kalau open house, mmg melapang semua pintu tingkap bukaa melapang2..
nama pun OPEN house kennn??
pastu makan mi kari panas2 sambil berpeluh2.
tambah dgn cuaca panas lagi.
perkawan kan dgn sirap ais.. perkhhhh..
baru org akan igt sampai bila2! hahaha...
tapi....tuuuu duluuuuuuuu..
skrang..mendapat dgn haku2 pun dah berubah perangai.
dah jadi mcm depa jg lahhh.. sampi kwn2 dtg smua kena tekan bell.
ada yg siap call.. "kak,btol ke umah akk yg ada kete lamborghini merah(wakaka) ni??mcm tadek orang je??"
danngg!!

sambung cete..

meriahh menu umah my SIL..
dia panggil kwn anak2 dia skali.
Kwn anak2 dia budak2 UNI ni mmg makan kusss semangat.
tgh nak membesar kan? 
dia jamu satay jg. demmit lah..menu tu i dh book taw! mencik!
lap aimata, sbb kna perah otak fikir menu lain.
so i dah gegel2 dh ni..
apa i nak beat dia ni sok kat umah I?? 
hahhaha.. 

then about 4.30pm gerak p putrajaya..
umah kakak I(bedah)...
menu soto, rendang bla bla.
Dia duk kuarters kat sana, sekali dia p jmput 1 kampong ok!
pakcik makcik i,kwn2 dia lagi..bla bla.
amek, merempat2 smua duk tepi koridor.
I bawa masuk soto mkn dlm bilik.
pastu macik2 i mengikut... jgn tanya i bedah marah ke tak.
sbb do i care?? miahahaha.
Sebab rumah kakak sedarah sedaging, mcm derhaka plak nak balik awal2 kan??
lagipun sedara mara mak ramai plak masih dtg, tak sedap plak nk blah centu.
So melepak la sampai dekat nk kol 10pm.
Mentelah mak ayah nak ikut i balik..dia mmg bff dgn i..msti ikut i punyer lahh :p

:: melayan anak2 buahhh.. ko tgk auni, i suruh dia buat muka burok,. she strived to kembang kan lobang idung... hahaha ::

:: yg si abg plak,tiba2 nak pendengki tak bagi mia masuk dlm gambar..di tutupnya muka budak tu.. dah laaa besar pinggan cawan je muka ia..tinggal sblh je muka dia.. kalau i yg tepek tgn tu, mau sampai telinga kiri kanan tertutup. bahahaha::

:: akhirnya 3-3 gambar si mia ni terhadang tangan abam. mmg bertuah btoi taww abam ni..dia mana nak share apa2 dgn mia..dia tau ciknyah dia, dia ngan adik dia pnya.kalau beli barang pun dia 40 jota kali tanya..kenapa kena beli tuk mia?? hahaha..jenuh nak terangkan.. sbb mia tiba2 jadi ahli keluarga baru kan? budak2 tak faham.::


:: time ni dah kol 12am. balik dari umah bedah, mak ayah mandi2 solat2 semer, i bancuh nescaffe panas..makan kuih raya, smbil smbang2. tiba2 ayah buka cete dia tak makan2 dari tghari.. yelah ayah mana makan sgt menu2 raya ni semer.dia mmg WAJIB nasi dgn sambal forever. So i ajak doang mengopi kedai mamak dekat umah I.. abis leecheen diorang makan mee goreng mamak. Siann taww. i tak tau pun ayah laparr..sob2 :: 

.AHAD.

:: ni pic pagi ahad. bawa diorang ngopi kek somonyih.. pun selera diorang makan.. satu kepuasan berganda bagi i..bila mak ayah selera makan, ayah siap tambah roti telur bawang ... ::

Then tinggalkan mak ayah kejap kat umah, i pi umah jiran sebelah.
Dia ajak raya pagi2. I mcmbiasa, no.ketama sampai. hahaha.
jamah sikit2 and balik. hantar mak balik Ampang.
Tengahari ni ada makan2 umah BIL kat seri kembangan piula.

tapi sebelum tu singgah sini dulu.....

:: nampak logo blkang tu hapaaa??? iye, suami i kena dtg sign something.. dia kalau tadek, mmg leh katup H*SBC tuuu.... pffffttt ::

:: Dah la ari ahad, bangla,myanmar kemain2 melambak2 kat area2 masjid jamek sana... diorang cuti kan?? kemahen siap berposing2,tp bekgraun kren construction. pun bolehhh... hahaha. ko hagak2 apa caption pic tu kalau diorang upload kat IG or fb?? bahahaha ::

Balik open house umah BIL kat serdang(pun menu beliau bykkk ok! tambah debar ni!huaa),
ajak suami p cari something kat The Mines... apa yg di cariii?? jeng jeng jeng..
ni semua misi nk p berjalan ogos depan ni...
kita gebang2 later k..