Friday, October 09, 2020

4 comments :
Assalamualaikum.

L A M A..

sangat lama i tak update blog.
Jenguk sikit2, here n there.
Then tutup.
Sorry. I takde sebab khusus pun kenapa tak update.
buzy? mcm sblm2 ni tak penah bizi ye dak?
sakit? Alhamdulillah i ok2 je.. demam sikit2 tu mmg adat.
Takde idea? takde bahan? eh bykk je bahan i nak bebel. cuma pic tak semeriah dulu la.
dah masuk 40 ni mood nak bergambar semua ke laut dalam.
lebih happy update ig story, whatsapp status. after 24hrs, gone.
tak yah nak kelebet2 lagi.
maybe dah takde napsu kot.
Mcm tu agaknya esk2 kita dah menopause, sian laki kita.
tiberrrrrrr. hahahha
tapi i jadi 'ter'update today since.
bila baca ada some bloggers, blog dia x boleh access after a few moment.
Gelabah bewak jg kakak. saiyang jg la entry2 lama.
So let's lah kita update something today.
Covid-19 pun dah masuk gelombang ke berapa tah ni.
Baru i able to buat come back.
So insyaallah nanti i update lain ye.
Saja tinggal jejak..
Ni friday yg i lapang sikit.
Rehat panjang. telinga sumbat pasang mp3 lagu lama2.
Seriyessss haaa bawa i melayang tah kemana2.
Allah, byknyaa perkara yg i rindu...

talk later k??
u guys take care. keep health and safe k?


Friday, January 10, 2020

JB TO SINGAPORE. ENDING FOR 2019 JALAN-JALAN STORY

5 comments :

Assalamualaikum.

Jatuh hukum wajib lah kot kena update juga2 entry.
My 1st experience masuk Singapore. 
Byk2 negara i pegi, negara seberang tambak pun i tak pernah jejak.
Byk kalii i ajak suami masuk sana.
Suami i dok la cakap "alaa x best la yang, mcm KL je singapore tu"
Suami dh berkali2 masuk sana, job matter dgn main bola lah, bowling lah..
Nak jadi cerita, rezki I.. masa cuti Christmas 25/12(rabu), 
cousin suami buat kenduri kawen anak. 
walau tetengah minggu tatap ONZ ye kenduri.
Mak ayah and yom plan nak naik Jawi melawat adik & anak2buah I kat sana.
So i dah tak dapat joint, since kena attend knduri kawen .
Makanya tercetus lah idea...
Ajommmm lah kita naik selatan...
Preparation cuma bawa passport je.
Tak bawa gran kereta ke apa, sbb suami i nak park kete kat JB Sentral.
And naik bus masuk Singapore...

:: Kenduri kawen anak cousin suami kat dewan dalam UTM Semarak. I masuk JB pakai baju kurung ye. Malas nak nyalin2. yeehaa yiba2 angrey2 ayu mayu turun R&R minum. huhu ::

:: Sampai2 JB dah ptg, terus tuju Goreng Pisang Mawar. I dah berkali2 masuk JB, so mmg dah leh aim nak p makan mana. Goreng Pisang Mawar ni 1 of famous tempat minum petang. Goreng pisang makan cicah sambal hitam mmg walllahh!! jgn lupa minta tauhu jg and try pekena bihun goreng and nasi lemak bungkus daun pisang depa. ponn nak sedapp je kejenyaaaa!! ::

:: dah nak masuk maghrib, terus check-in hotel. Hotel Puteri Pacific sahaja.. Sbb bkn nak stay hotel lama2 pun, esoknya nak masuk Singapore dah.. ::

:: Even oldies hotel, tapi still OK sangat2 je... ::

:: dinner call pokcu.. nak lanjer dia dinner. Adik bongsu i buat degree kat UTM Skudai. pe'el dia, 1 semester sekali je dia balik. Sbb nak fokus study. Bagus deni, tak suka membazir! anak kesayangan mak ni. Kalau jalan dgn mak, siap pimpin2 tangan.. lentuk2 kepala kat bahu mak. mcm bencinta!!!!

:: tanya dia nak makan apa? dia kata western lah... so i search2, keluar MARCO POLO KITCHEN. Mmg dapat high rating  la.. so let's la try. Masa sampai2... agak full house, sbb christmas kan? smua pun duk celebrate bagai. Ni Halal cert restaurant ye. Tapiii 90% customer dia non-malay! pokcu and suami order tenderloin steak. cecah rat2 jg regenya. Tapi suami i kata takpe. jarang2 dpt lanje pokcu... ::

:: I kenyang lagi makan kat goreng pisang mawar ptg tadi.. suruh waiter tu recommend something 'light n simple'. Sekali dia bagi pastry ala2 pizza tp bentuk karipap mcmni. bapak lah besarrr oiii! seafood apa tah nama beliau.. ::

:: Sebaik ada pokcu, dia tukang perabihkan makanan I... lepas makan, antar dia balik kampus..Nak ajak dia tdo hotel, dia bz study nak final exam. while kami pun nak masuk Singapore esk. Pokcu takde passport nak bawa skali . ::

NEXT DAY 26122019..

:: Pagi2 dah keluar hotel, kan nak masuk Singapore... awal2 cari tempat bfast best area Larkin... Jumpe orang recommend PONDOK SARAPAN area Larkin... ada mcm2 food oiii. nampak tempting2 smuaaa ::

:: Suami try lontong goreng dia. sedapp! ::

:: I laksa johor pon sedapp! tambah roti jala kari daging 1 set. sedap2 semuaa. pueh hati.. so to those mai JB tak tau nak minum mana, waze PONDOK SARAPAN k?? ::

I nak ajar details2 how to get Singapore from JB pun i tak berapa mahir.
I buat day trip je kat Singapore tanpa bermalam.
Gini, nawaitu I masuk Singapore its only tuk  ...
p Merlion Park je tgk patung singa keluar ayaq.
Then makan murtabak zam2.
Then jalan sket2 tgk mall depa.. 
I mmg takde niat nak masuk USS..
 sbb nnt hujung tahun ni nak p sebuah lagi Universal Studio kat negara lain, 
 i mmg avoid US kali ni.
So itinerary I hanya pusing2 Singapore town.
Kalau koang pun berniat mcm I, boleh tiru itinerary I ni k??

- Park kete kat JB City Square(opposite je JB Sentral)
- Jalan kaki sket to JB Central CIQ and Woodlands check-point (ikut je arrow)
- Sampai check-point kalau tak sure, leh tanya kaunter pertanyaaan, mana bus station to Singapore.
- Then tempuh Malaysia kastam dulu before nak masuk ke area terminal bas to Singapore. Malaysian passport holder, takyah susah2 que pjg2. masukkan je que self-checkin. ikut direction how to scan passport k??
-Lepas je kastam turun bawah,  kat bus station dia, boleh pilih bas bernombor 170X.
bas ni akan bawa kita ke MRT Kranji Station. Tiket RM1.80 for one way. Duit Malaysia. Bagi ngam2 sebab dia takkan return balance.
- Dari MRT Kranji Station, boleh beli train ticket to Bugis (bugis street).
- Sampai Bugis street jalan sket, cari ZamZam Restaurant. Sampai sini tak makan murtabak dia mcm kan p mekah tak minum air zamzam lah kan? eh boleh ke gitu? hahah mementang nama sama ; zamzam. huhu.
- Dah kenyam jalan kaki sket, jmpe Masjid Sultan. Mmg kami suka benti solat mana2 masjid yang kami jmpe sepanjang aktiviti berjalan kami. Masjid sultan ni besar.. Nak naik tempat solat perempuan naik je lift tkt 2. terus masuk dewan solat muslimah. 
- Lepas buat solat jama' dzuhur and asr, keluar dari masjid akan nampak Arab street. Dah makin lawa arab street ni suami I kata. Dulu tak mcm skrang. Mokata ampa nak beli souvenir, beli kat sini pun dah ok.. Ole2 4 item SGD10(dalam rm33) . Kira boleh laaaaa buat bagi2 adik beradik. I belikan depa beg2 sandang jaa.. saja la cenderahati. Tuk diri i sendiri, yillek pochik!
- Dari Arab Street, i amek cab to Merlion Park. kena dalam SGD7. Senang, sbb dah tak larat nak menapak cari MRT station.
- Dari Merlion Park, naik cab lagi to Orchard Road. Saja la nak cuci2 mata.
Suami i kata nak shopping choclate murah pi Mustafa road, but i dah tak kuasa!
nak keluar dari singapore b4 4pm! sat g jem kat check-point... orang balik qeja!

Now kita story sket and tepek pic apa yg ada naa.. 

Kisah kepenatan tahap nak campak2 kasut bermula seawal perjalanan dari JB Square to JB CIQ to Woodland check point. Satu point to satu point, semua berjalan belaka.
Boleh tahan jauh ye. Tak sesuai btoi nak bawa org2 tua naik transport awam masuk Singapore.
I yg tak berapa nak tua ni pun dah merempan2. hahaha. ko mmg!!!
Pastu dah naik bas melepasi tambak. masuk je kastam singapore, kena turun bas ye.
Kena p custom singapore plak. Time ni que dah melengkau2.
Pakej ada budak perempuan pengsan siap! suami i dah cuak.
Sbb i dah pegang2 besi rasa nak pitam.
Orang seramai2nya. que sepanjang2nya.
i istighfar je sepanjang2 berdiri tu.. 
lepas je dari singapore custom, turun balik cari balik bas dgn no.yg sama 170X.
naik je mana2 bas yg bernombor mcmtu, sambil tnjuk tiket masa beli mula2 tadi.
tak payah peramah2 pi bayar 2 kali.. 
Then naik bas. Alhamdulillah kali ni dapat duduk dalam bas!

:: kemain beronok2 dapat duduk eh?? ::

:: masuk2 je singapore, dalam bas.. nampak building ni.Show Brothers (SB).. producing filem P.Ramlee.. Sebagai peminat tegar P.ramlee, rasa tacing plak nampak sendu sudahh building ni at Jalan Ampas.. Tingat dialogue2 p.ramlee shooting sini... antaranyaa...
"saya bukan tuan, saya jaga.." huhu 

:: dalam bas la ni.. Kami naik bas 170X to Kranji MRT Station  ::

:: Nanti pandai2 baca laluan kat maps MRT k?? nak ajar satu2 kang lagi feninnn. Tapi mudahnya dari Kranji terus beli tiket to Bugis station. Ada pertukaran station.. Ala mcm kat KL jg laa.. nak p bkt jalil kena turun Chan Sow Lin tukar train Sri Petaling kan?? gitoo la. nak nebes sangat buat pe kan?? benda leh bincang.. hahaha giler belagak weiii! ::


:: dalam train dapat duduk rasa phewww sangat2!!::

:: Pi bugis street ni sbb utama nak makan murtabak zamzam yg femes emes kat sana.. ::

:: dappp sangat murtabak dia. Tak macam yg kat mesia dok claim murtabak singapore2 tu. lain ye! depa pnya sgt crunchy and sedappp. ::

:: share .. nasi beriyani chicken in pot. Pon sedap. dah nak rasa nasi beriyani kat india pun ada.. hahhaah ::

:: bab makan, sapa lah penah berduka kan?? muka dah start senyuummmmm ::

:: belakang tu zamzam restoren ::

:: Singgah Masji Sultan for solat jama' dzuhur and Asar.. ::

:: masa i sampai pukul 12 lebih, tak masuk zuhur lagi.. duduk la solat sunat and ngaji sket... masjid dia bersih luas..telekung pun banyakk n kemas bergantung. Lepas je solat, i nak keluar tgk sepadat2nya orang. Mcm2 slang dialect.. ada yg indonesia, china, malaysian opkos ada.. tiba2 dengaq.. "wei2 ampa siap dak gi". hahahha. rasa mcm ada kat kokdiang pun ye. huhu ::

:: Jalan2 kat Arab street depan masjid. Smua halal food restaurant dari Asia barat.. turki, yammen, iran.dipilih2 sahaja.. ::


:: dari Arab street tahan caban to Merlian Park. kena SGD7.. lebih kurang RM24. ::

:: Merlion park ni ada patung seekor singa besar kepala putih, tapi ekor ikan Ada la tu lagenda2 dia, kakak bz ye nak siasat cari sejarah2 ni. cari sndiri naaa. Mai sini, dapat tangkap pic seround, alangkan macam benchmark "weeehh ak dah mai singapore oiiii!! " gittoo.. ::

:: daling moling sis, yg tinggi tahap kesabaran dia melayan karenah si binik yg tantrum manjang ngalahkan budak2 hahahha.. ::

:: tadah muntah singa ::

:: Merlion Park ni pun area business district. Belakang i ada sampan atas building tu marina bay sands hotel. tak teringin plak nak tidur situ. Since atas tu dengar nya tempat org gamble.. allahualam.. ::

::belakang tu singapore opera house .. ala2 sydney opera house ::


:: eye of singapore dari kejauhan ::


:: dari Merlion Park kami ada naik cab to Orchard road. Takde pic, sbb time tu mmg kejar masa sket, takut sangkut kat check point. Saja jalan2 masuk mall depa cuci2 mata. takde apa yg menarik pun nak grab... harga mcm kat pavi, klcc lebih kurang je. so belenggang balik.. naik train to Kranji station semula ::

:: nampak tak tulisan merah SEMBAWANG tu?kemain lagi nama station depa.. sebaik i tak terasa taww.. sbb i makcik lempoyang bkn makcik bawang.... hahhaa. dari Orchard road pnya train nak balik ke Kranji, perkhh sejam ok perjalanan train dia... tido-bangun2 kami , tak sampai2 jg.. huaaa.. ::

by 4.30pm dah siap2 ada kat singapore custom.
Pun kena que panjang.
Abis masa kat que je laaaaa.
masa nak masuk Tambak ke Malaysia, jem sejem-jem nya..
Sejam baru jejak JB..
5.30pm selamat masuk dalam kereta! 
Dia punya legaaa takleh nak habaq weiii!
belum cerita dia pnya taubat! aahhahaa
laki den dok nganjenn je laa.
" ha nak masuk sangat kan??" hahahha
fadan sama muka ana! 
kalau naik kete, susah nya masa kat jambatan tambak plak. 
kete berjela2 que. if naik bas, dia ada laluan khas bas. tak payah que memanjang.
gitu pulak kisahnya. 
Mudahnya naik flight lah kot. Straight away..
persoalannya disini.. Ingat i nak masuk lagi ke???
NO WAY! Sorry dory stoberi.
I tak berminat lgsg nak mai singapore balik.
Nothing much different dgn Malaysia selain dari :

1. Setiap kali beli barang darab 3... air mineral dari sgd1 sbnrnya ialah RM3 ye! limau ais dia SGD2.00. Makanya sama dengan RM6.50 mcmtu! gaji depa besaq,bulih laaa...
2. nak makan HALAL kena berhati2. bkn semua halal! even mcd dia pun non-halal ye.
3. Toilet byk yg takde bidet. aje mampos dh mcm kat oversea nau2. padahal seberang tambak je.
Lain2 malas i nak komen. Sbb kawan i pun ada face 3 kali dgn rudeness singaporean.
I malas nak elaborate. Kang kata assabiyah plak huhu.
Actually kan bab darab 3 currency tu kan..kita bukan tak faham.
mcm melbourne i pi pun lebih kurang mcmtu jg currency dia...
tapi sbb its australia kot!!!
jauh dari malaysia, weather season pun beza. sejuk,autumn.
Negara mat salleh kot??
So puas hati la juga.
Ni mcm pi KL..tapi beli air darab 3. eh tak nak lahh!! 
logik tak reason I? hahahaha
tapi nak pi sbb USS, ok la kot. cuma takyah la pi time public or school holiday.
kawan i kena 3jam que nak transformers ride. 
But still THANK Q la for a sweet-bitter memories.
kurang2 tambah lagi satu cop dlm passport I.. 
ne ne ne ne ne..

:: Malam kedua in JB.. p jmpe schoolmate suami I..depa bawa kami makan nasi ayam penyet yg sedappp gilerr..tapi i lupa sangat2 nama tempat dia. famous in JB as well.. Catering ni, catering yg sponsor masa mawi + ekin kawen dulu.. ::

LAST DAY IN JB 27122019

:: last day, bangun awal.. i ajak suami gerak balik KL awal.. Nak ajak singgah JPO yaw! neno neno.. Mai JB tak sah plak tak pekena kacang pool haji kan?? sambil2 i order mee rebus dia. kenapa lah nak sedapp je semua?? kat KL kenapa mee rebus too thick?? rasa berat nak bawa. ni sempoiiiii.. tapi berasa air udang dia. keledek dia.. demmm lahh sedapp!  :: 

:: Pamparammmmm.. sis in JPO for 3rd time. heheheh. tak nampak ke sis yg gergasiii di no. 0 tu?? heheh ::


:: suami claim jeans... 3 helai terus. senang.... ::

:: LEVI'S our fav brand selain dari Lee Cooper. I masa muda2 suka sangat Edwin jeans.. Sedapp sangat kain dia... tapi lama2 edwin dah mcm discontinue ke jarang2 bawa masuk malaysia.. Sbb edwin muqah sket dari lebaisss.. i dgn husband mmg penggemar jeans. jarang2 pakai slack or jegging ke apa. jeans senang, lasak. ::

:: masuk kedai puaka.. hahahha ::

:: lepas claim bufday dia, dia plak reward bini dia.. hahahhaa. jauh sangat ye beza levi's dia dgn handbag yg i pow dia..tak pulang modal,ongkata! hahhaha. eh kat sini, bkn beli handbag i je.. dia pun beli messenger bag dia. wallet dia pun kemain brand ni. i pnya purse Guess jeeeeee..tapi apa ada kesah. suami I kot kan?? nak pendengki tang mana pun.. tapi kalau LV ke gucci ke tersirap jg darah I..hahhaha ::

:: kenyang terus perut dapat sopimm hahaha ::

:: saja la snap pic kat sini. nak habaq depa pnya christmas sale giler!! time2 sale je la mampooo pun. ni nak CNY ampa pi la menjala sama. michael korrs and kate spade pun dalam pemerhatian I... sbb price dia average. masih mampooo tuk rakyat marhaen mcm I.... ::

:: godiva soft cream sebagai penutup.. eheheheh. dann juga borong shower gel bath & body works.
Sale kaw2 baqhang!!!! ::

Macam panjang lebar sangat dah aih i menaip.
Kurus kuku2 i dah ni.. hahhaa.
Sambung nanti lain plak naa..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




Thursday, January 09, 2020

SANNAH HELWAH BUAT 2 HERO KESAYANGAN SAYA ; SUAMI TERSAYANG DAN AYAHANDA TERCINTA..

2 comments :

Assalamualaikum.

28 December, my husband birthday ; Zainal Abidin Kamaruddin..
3 jan,  birthday ayah I ; Hj Isnin Hj Md Din..
2 hero dalam hati I.. syurga dan nyawa I..
Sannah helwah sayang..
Sannah helwah ayah..
Barakallahu fii umrik..
Segala doa2 yg baik sahaja buat 2 lelaki terpenting dalam hidup I... 

:: Tahun ni bufday suami, celebrate dgn family2.. both family. My family and my MIL family. Ni kek masa dinner dgn family I.. Auni minta belikan panyah kek from her cikyom.. nyanyi2 datang bawa kek masa kami tunggu food siap.. ::

:: 28dec siang tu, my BIL buat house warming. Suami i kena baca doa.. Along (son)  belikan kek sekali.. so sekali harung potong kek for december babiesssss.. baby sgt tu.. hahhahha.. ::

:: Takde nampaknya celebrate berdua, candle light dinner or any surprise cake for him. Kita spend time dgn family2 plak tema tahun ni ye yayang. Hadiah pun selesai dah, claim kat JPO masa pi Singapore aritu. Senang suami i ni.. 
"abg tahun ni nak apa?"
"jeans lah sayang. "
Settled 3 pairs LEVI'S leh pakai raya. hahahaha.
jihimattt! 

So my dear husband, suami , zaujj..
HAPPY BIRTHDAY SAYANG...
You'll be living in my heart until my last breathe...
Love u many2 lemon..till when-when.. 

28 December 2019 malam tu...
Pi celebrate bufday suami ramai2 kat Kaw D...
Panyah lanje.. 

:: ni bkn takat photo bomb, mmg dia berhajat nak masuk terus dalam keluarga kami. hahhaha. I penah cete tak?? dia merayu2 nak jadi anak I?? haahhaha. Auni2. kesayangan we both. diet sket pls, nnt sama gemok dgn ciknyah, susah plak panyah kau nak kasi makan.. abih boreh!(abis beras) hahhaha. 

:: buah dipit dabuh2 si Umar Athif... ni lah kesayangan semorang terkini.. budak yg sangat bijak, senang diurus, senang faham apa orang cakap.. sooo adorable tawwww.. ::

:: Semua pun nak buat sendiri.. mcm dah besau sangat!! huhu ::

:: My beloved love love sangattt family!! ::

:: mushroom soup for Umar Athif ::

:: Carbonara for Auni ::

:: Seafood aglio olio for my mom.. ::

::  meat balls with xtra beef patty for pakyom.. ::

:: beef nachos..for sharing ::

:: meatballs for sharing ::

:: beef brisket for befday boboi(husband) and cikyom.. ::

:: Chicken chop for mia ::

:: lain2 food dah sodaqallahulazim pic nya.. Ni geng meja ujung, i tak sempat nak snap pic.. I makan nasi goreng. leh share2 food dgn yang lain2. bukan abis pun kan???? ::

4 Jan baru2 ni...
Bincang2 buat makan2 kat rumah mak je sempena bufday ayah.
Selesa sket, ayah nak p toilet, nak solat...
Menu; potluck.. 

:: Happy bufday atuk sayang. Lelaki pertama yg sayang I dalam hidup I... Smoga Allah beri kesihatan yang baik tuk atuk n nenek... Diberi peluang buat amal ibadah dengan mudah dan tenang. Ameen  ::

:: Umar manjer atuk.. papa dia kata, celik mata sebut atttuk.atttuk..attuk.. ::

:: Yang ni lagii laaa. buah hati pengarang jantung atuk angat2 ::

:: kakak auni kesayangan semua.. anak yg sangat bertimbang rasa... :: 

:: 18 december wedding anniversary mak ayah.. semoga Allah berkati hubungan mak ayah.. 43tahun bersama, pahit manis diharung bersama. Semoga kekal bahagia fiddunya walakhirah ye mak.. ::

:: makan sempoii2.. oden by me, satay depa share2 beli ..::

:: home made brownies and cheese cake by my SIL. Ayah requested nak kek masak sendiri. Dia kan tak suka kek beli2 ni... sedapp kek SIL i...tak manis sangat..lemak. nyum2.. ::

:: Pokde and acik with atuk nenek. eh umar nguapppp?? nyantuk dh ke? hehe. Satu menu lagi, nasi arab.. ::

:: Cik tam dgn atuk nenek... 1 only anak femfuan yg masih bujangsss.. ::

:: tiup kek tipu2....dgn the cucusss ::


:: kat rumah mak, mmg tak boleh laaaa pakai lawa2, susun food lawa2.. present elok2. Sbb bila dah berkumpul je, terus sekor2 jadi gelabah bewak.semua pun nak bercakap.. semua pun nak memekak. sapa nak dengar pun haku tak tau. hahhaha. menyembang lagi penting dariii makan ye!! ::



Selesai hari2 penting for my 2 heroes...
Bln jan bufday yaya my SIL dgn pakyom my BIL juga.
Semoga baik2 semua ye.
family tetap no.1 dalam hati I.. dalam doa I.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.