Monday, February 27, 2017
CERITA JUMAAT AND PERGI JAKEL DAPAT BAJU RAYA PERTAMA! YEAYY
Assalamualaikum.
I tak sedap badan ni.
So straight to the point je..
or omputih kata,sound direct je. hahahah.
Ni cete lunch hour jumaat...
:: Mengangkut hanak2 hayam p Sunway Putra Mall. I ada hajat mai sini, cete ada kat bawah naa..sabaq sat.. ::
:: lepak makan kat TeoChew Chendul... semua layan mee udang. Tiba2 tesempak dgn Chumill (tudung hijau)..wife si Nik (officemate)..kemain royoh satu tapak pesta tu dgn suara dia.. hahaha.. ni dia yg suh kawan dia snap kan.. kami redho je..huhu ::
:: Wowww sekali rangkul je, masuk dah nana dlm dakapan I. ceewaaah. halus bona2 enduk ni... tgk yg sebelah dia tu..kemainnnn thick nya! ::
:: one more time.. ::
:: Ok ni tujuan utama i mai sini. Nak buat spek baru! Spek i yg bawa p opis ni elok je lagi. Yg tuk pakai kat umah yg dah bengkok. Aritu laki i dok bergurau apa tah dgn i..tiba2 dia tertekan dgn tangan dia..mendapatlah i pakai dia jadi senget sebelah.. yg kanan naik tinggi, yg kiri cemeh ke bawah.. pffft!! kat umah i kenot pakai yg office pnya eye wear..sbb hat ni, rimless.. senang patah.. so ajet2 hippsturrr sgt mcm bebudak muda pakai cepek penuh muka.. awww.. Cuba teka mana 1 pilihan kakak??? left or right?? frame tebal2 mcmni, i.allah majar sikit ::
:: Petang Jumaat, i tggu suami kat Sogo. Sbb dia meeting abis kol 6lebih.. i ni ter-istighfar2 tahan nafsu dari menyoping lagi. Last2 haku melepak makan popia kat tkt 7 nun.. sbb dah nyaris2 nak angkut 1 jug lawo kemain sampai RM79.00 seketul. Mengurut dada i halau bisikan2 shaitonnirajim! feeeerrrrr.. bila suami sampai (dia naik LRT from his office to Sogo), terus p dinner kat Restoran Insaf. Koang yg asal2 KL msti tau kan restoran beriani famous since 1980's ni kan?? dlu2 mana ada JM beriani, line clear bagai.. Insaf ni lah fofular.. i tak sure cawangan dia tempat lain..tp yg biasa (ayah selalu bawa dari kecik) yg kat jalan TAR ni lahh. tapi awas2 sket harga dia ye.. jgn main oda je.. boleh tahan kejam jg...tapi mmg tasteful lah!
::Paling BOOOMMM kat sini, juice mango dia.zaman berzaman mmg signature diorang lah! Pekat likat melekat!! try oda k! ::
:: dah lama giler kot tak masuk sini. masuk2 je kan..terus feeling2 mcm masuk kedai pakistan kat Hongkong dgn cina. hahhaa.dia mcm ada sejenis bau and suasana kedai halal belah2 sana.. ::
Petang Jumaat lepas tgk jalan kekemain jem dpn Sogo tak gerak2.
Intai belah belakang kat Jalan Kinabalu tu pun mcm jahanam jg jem nya.
So kami buang2 masa masuk kedai2 kain kat jalan TAR nu....
masuk Gulatis, Maya Silk.. Osman(eh i suka kedai ni taw.nama mcm sempoi.tp kain dia kurlass!).
Ok tu mmg ok jg..mcm kat Maya and Osman.
.better than Gulatis.(dia ni sejenis nak memahal sgt apahall kan?)
tapi hati dah bajet nak tgk Jakel..so smua pun yg kita tgk kat kedai2 lain,KIV dulu.
Last2 lepas solat maghrib decide merayap p Jakel la la tu juga!
Sampai2 Wisma Jakel terus parking valet. Senang mengadap muka pintu teros!
Bayar RM10, then melangkah masuk dgn konpidennya..
masa tu kol 8.05pm mcmtu.
Masuk2 depan pintu tu ,dia dah sajikan i dgn lambakan SALE ariani.
dah ketaq2 lutut ni tgk square scarf dia lawo2 woo...
rasa mcm mild parkinson pun ada...hahhaha
Suami i kata, kita cari kain baju melayu dulu.
Nnti turun baru p borong tudung.
Then panjat escalator ..tgh atas escalator tu...
dengar announcement kedai nak tutup at 8.30pm!
what the fish???? Kau ghase???
i pandang suami, dia pandang I sambil buat muka spongebob..
bengang kot! kami ada masa 20minit je.nak soping apa??
but..
since dah masuk je JAKEL tu, kan pasti ada atleast 1 sales rep akan membontoti ko kan?
sales rep tu lah beriya2 pujuk i kata..BOLEH PUAN...
kami tarik pintu half je. betul2 tutup kol 9pm lebih.
Eh kauu ni, kejar komisen nampak? hahahha.
So jom la kita hv a look2 first.
kalau rasa rush sgt, i datang je hari lain..walau rasa nak geget bucu escalator tu..
sbb dah byr parking RM10.. huaaa
Alhamdulillah, berkat kehebatan pempuan sales rep tu memperdaya kami...
dapat jg cari apa yg dihajati.
Dapat beli kain baju melayu suami..
dgn i pnya baju sekali! sedongggdongg. gitttoo.
Settled baju rasmi raya pertama kami!
harga pun, i rasa mmg kasih sayang peluk cium sangat dia bagi..
sbb dia dah gelabah bewak nak balik kennnn??
i siap sempat sambar border lace lagi nak tepek2 kat baju2 yg warna agak pastel.
kasi naik sket warna.
teaser baju raya.. ehem....
yg pepel tu border lace...
psssttt... u ols dah ke?? kaler apa??
.: MUCH LOVE 💋 .:
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment