Showing posts with label GENTING PREMIUM OUTLET. Show all posts

Tuesday, August 28, 2018

MALAM MALAYSIA KALAH DGN JEPUN (ASIA GAME) | NAIK GENTING HIGHLAND PREMIUM OUTLET FOR 2ND TIME | JALAN2 JANDA BAIK

No comments :

Assalamualaikum. 

Jumaat lepas balik keje singgah umah mak kejap.
Lepas maghrib, otw balik kajang, suami ajak jalan2.
Kemain sampai ke PD dia propose. Gua ok je.
Abis kuat kang, gua membongkang je sebelah dia. 
Dia yg drive kan?? Seram2 sejuk dia bila i ugut nak membuta sebelah dia. hahaha.
lelast dia tala stereng ke Metro Point Kajang je.
Cantekkk juga..  i dari mggu lepas terindu2 nak pekena coffee..
kalau dah masuk je area Bangi tu kang, batang idung coffee house pun tak nampak!

:: konon2 nak pekena mocha frappe, nampak promo apa berry tah terus terujaaa.. amek venti size tros! Tapi sedapp giler ok rasa mcm premium ribena plus ada jelly2!! i jadi tak kesah sgt nak order lain dr coffee basis sbb suami i order ice latte. leh kita pow dia pnya... ::

:: sedang haku terhirup2 kesedapan berry ni ha, tiba2 suami i menggelupur sambil picit2 dahi. Hoi, i kenot ye huru hara mcmni. i pnya la bersusah payah rebut port sofa tepi glass bahek pnya buat layan blues dia leh tergaru2 pala, sat tepuk2 dahi.. "apahal bro?". tanya bini gemok lagi brutal beliau ini. "lupa laaa malaysia lwn jepun skrang!". i tgk jam dah pukul 9pm dah pun. Nak masuk 2nd half dah.. Haish. fine!!! sbb i terbau2 haruman syurgawi..i ngikutkan saja ragam beliau.. jom balik. Makanya sambung minum je dalam kete. Hanginn kak esah kau!  Last2 malaysia kalah 1-0 dgn jepun, haaa tu lah derhaka lagi dgn bini. ek eh?? aci ke mcmtu? ha ha ha ::

:: Sabtu mggu ni saja plan xnak balik umah mak. Sbb umah mak ada tetamu.. pakcik&busu(adik ayah) mai tumpang tdoq. so depa guna bilik I and bilik Hafiz. So kasi chance lah kan.... pagi2 masa nak p bfast, i dah hint2 pakai baju ala2 sweater(yes baju bunga2 ni sweater sbnrnya). siap2. tapi suami i tak faham2 lagi. lepas bfast, i sound direct je la.. "abg tak felik ke syg pakai sweater siang2 ni??". hahhaha, being my laki igt dia nak kata tidak ke?? so... ke GHPO lah kita for the 2nd time. he he he ::

:: masa 1st time (BACA SINI mai sini, bulan puasa baru2 ni. I nampak org minum coffee tetelan ailio. So ini kalilah kita kasiiiii revenge!. mihmih.. ::

:: apa2hal cari perkara wajipp mai sini... saja la sbb dah tau port perfume harga hellok. harus lah kita cari penjimatan kan?? bln 9 ni dah ada SST, kebarangkalian harga barang naik tu ada..so marilah kita stock-up siap2... kali ni dgn RM600++ kami dapat 4 botol perfume 100ml each. 2 for women, 2 for men. I beli salvatore ferragamo-incanto charm dgn davidoff cool water. davidoff ni perfume zaman rimaja2 dlu.. rinduuuu... suami I dapat tommy dgn ck One Red. Rasa worth-it sangat2. ::

:: koang yg mmg pakai perfume as kelengkapan harian..i mmg strongly advice mai sini "beauty scents".. selain dari GPO, dia ada kat Penang Design Village dgn JPO. tempat lain ada kot tapi i tak sure, leh try search naa.. bila mai sini, kena rajin2 tanya sales rep dia... apa promo. then how to get more saving.. pastu pandai2 la kira2.. deal sampai jadi! k??  most important, kat sini mmg 100% authentic perfume only.. dont worry.. cakap semejid pnya neh!! ::

:: pastu kan...... kita gigil2 masuk Godiva pekena soft cream dia! biasa i amek yg twist.. milk choc + dark choc. tapi kat GPO ni takde milk choc dia ada matcha + dark choc. I mmg tak kawan ye dgn green tea2 ni semer... bau kelinnnn. opsss! So, settled with dark choc. sedapp yakmat ye! Soft cream kat atas ni RM23.50. I rasa kat bwh mcm murah 2-3 hengget kenn?? ke sama eh?? ::

:: suami layan frapp dia.. he choose white choc with almond syrup. perkhhh sedappp nak termeninggal ko! harga sama mcm soft cream..lepak2 minum with fresh air...mmg chill gilerrr.. rasa mcm kat melbourne gittew. haloh haloh sebut2 melbourne mcm pernah duk sana patblas tahun kenn?? ala olss kasi chance la.. baru pergi sekali harus la terpeghak2 lebih ..hahahhaa. rindu oii sama melbourne. 1 of my fav place.. kalau i kaya, mmg i pergi balik hari pun takpe.. aje mampoooss flight 8hrs! ha ha ha ha:: ::

Kat atas genting tak makan apa. cuma lepak2 minum kat Wendy's and godiva ni lah.
Kali ni betul2 kami round abis GHPO ni ...
baru la jmpe mcm2 outlet..before ni nyambil2 jalan2 je.
So dapat la sikit hasil tangkapan yg tak seberapa..but still damage our pockets.. 

:: GUESS buat sales giler2 ko.. ampa pi la...sempena merdeka ni! rabak I masuk guess..rakyat2 marhaen mcm kita layak masuk guess je la..masuk coach rasa tetelan2 ailio pnya sayang nak keluar duit. tu belum masuk prada, LV, gucci, Channel.. apatah lagi hermes, birkin bla bla.. ukur baju badan sendiri dah la kannn.. ::

:: turun GHPO, saja jalan2 amek angin ke Janda baik. Tgk byk kereta baru nak checkin hujung mggu. Byk chalet2.. so kami rikki2 la mana chalet yg comel2...next time boleh mai rehat2 minda.. dah la dekat je dgn KL... kat Janda Baik kami makan nasi lauk kg..sedap baqhang..nak2 sup tulang dia..meletop pom2!! ::

Ok selesai sabturday kita.
Ni i tak balik umah mak pun kang sekejap2 mak whatsapp ajak balik jg.
Mak i tu bkn boleh i tak balik, well anak kesayangan bawah ketiak dia kekdahnya .......
ada sebab lain pun kenapa i tak balik umah mak...
sebab esknya (Ahad) i ada program dgn geng2 ex-dorm B7 I!
yeayyy tazabarrr!

till then ye ols.. 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 



Monday, May 21, 2018

SALAM RAMADHAN-5, 1439H/2018 | SABTU MANJAT GPO | KOREK-KOREK PIC YG ADA KASI TARUK

2 comments :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masuk ramadhan ke lime dah arini.
Alhamdulillah jg i dapat puasa penuh sampai hari ni.
kahhh ! tu pun kena mention ke? eh harus laa..
makna kata i tak sampai lagi bendera jepun.. huhu
Weekend mcmbiasa melepak umah mak.
Berbuka, sahur.. 
tapi lately malehh nya nak snap2 pic iftar, food bagai. 
tahu2 masuk je waktu, ngapp.. settled.
padahal sabtu aritu mak masak nasi lemak sambal sotong(sotong basah ok) mabeles giler!
pastu dia up plak masak lontong.. lontong beli yg dalam daun pisang tu!
kuah lodeh plak tersangat sedappp!
i  sebat kedua2 nasi lemak dgn lontong tanpa belas!
sedap yakmat2!!! dah makan mmg tersantak. nak tarawikh pun menyandau!
layan budak2 main bunga api.
Siang sabtu tu, pnya sangap tak tau nak buat apa.
Auni n abam pun balik umah depa skjp.
So suami ajak round2.. Mula2 plan nak p shah alam..
usyar2 PKNS ke...kat sana kan meriahh jualan ramadhan/raya..
last2 suami kata naik GPO(Genting Premium Outlet) je lah..
sejuk sikit. puasaaa kot.  huhuh..

:: takde la SALE apa sangat lagi atas ni.. tapi dapat la rembat tshirt suami 2-3 helai.. ::

:: ada nampak mami happy???? mami kna bawa beg shopping dia sedangkan mami tak beli apa2???? hahaha ::

:: eh letak lagi seketul lah pic posing mcmni . sbb nmpk mcm suciii je muka bebulan puasaaa ni. padahal baju p merket je beranii pakai sampai naik genting! ko mampuu??::

:: ok skrang mami dah happpy.. sbb see tgn kanan mami pegang beg apa?? pandaiii.beg perfume! hahhaha. dapat pow perfume 2 botol buat pakai ramadhan syawal. hahahha. ::

:: kalau p mana2 premium outlet..i mmg cari beauty scents ... perfume kat sana mmg murr murrr... eh authentic ye..bkn inspired or imitation. tapi tak semua brand lah dia ada.dia ikut promo mana dia dann bawa masuk dari US... nyaris jg nak beli jam.. sbb fossil buat sale gempita! tapi.. tak berapa necessary lah . jam yg ada pun tak tau nak sarung kat mana.. bkn boleh pakai sekali harung sampai 3-4jam kan?? kna pakai 1 juga..so better i simpan duit nak bayar duit tailor baju raya dgn cookies raya.. cookies raya i je cecah rm600-700 jg. maklomlah ada 3 rumah kena supply! ayooo karawaleyyy! ::

:: dah lolah berjalan..duduk sat kat tengah2 boulevard yg ada air pancut tu..elok windy.eh kata genting kan?? tgk kedai makan dia boleh tahan byk kat GPO ni.. nnt dah abis puasa plan nak coffee2 atas ni. or mana tau suami nak payung  'Burger & Lobster' ke.. ehemm. ::

Puasa kali ni i rasa chilll lah.
Tak berapa kedaung, or melembik ke apa.
Suami i plak yg nmpk lesu. sbb dia tgh batuk teruk.
I stay umah mak smpi ahad tghari je..
Lepastu balik Kajang dah.
Singgah Mydin cari stok bahan basah masak buat masak sahur.
Berbuka tak kacau sangat, sbb mmg singgah bazaar je.
Yela penat2 balik keje, dgn jem bagai. takyah la buat perangai nak masak beriya.
dah la makan 2 mulut je. 
Yg risaunya time sahur lah. Bazaar makanan bkn sedap nau.
so slalu sahur lah i masak elok sket. 
Ok settled cerita aktiviti weekend..
Ni saja nak up gambar2 before puasa aritu.

:: a few days before puasa, ada chckup dgn Dr.Fuad... letak kad appoinmnt pastu p cari makan. Kat gleneagles ni mostly western je lah byk. Gleneagles kan ada new block. Kat new block tu byk jg kedai makan baru...tapi let's settled dgn DOME je.dekat dah dgn klinik onco. ::


:: i makan cream pasta je.. i mmg preferred linguine than spaghetti .. kalau makan sizzling mee pun i akan request mee leper mcmni instead of mee kenting2(yee mee).. sedapp! tak muak sbb cheese dia mild je. ::

:: roasted chicken ni suami pnya. kat DOME ni roasted chicken dia mmg SANGAT sedap ye. tak mcm nando's ke kenny rog ker.. dia mmg ada taste dia sndiri... tp sangat marvelous! ::

:: Weekend before puasa, masa mother's day.. bawa budak2 main air kat sg congkak. diorang ni kan orang bandau. masuk sungai terpeghak2 sekor2. huhu. boleh diorang main tepi2 je...eh i ni pakal tak bawa baju.if not i yg berkubang lebih.. pastu i siram2 air atas badan diorang terjerit2 kesejukan. eh me be like 'bluerrrhhhh'. pastu panyah dia bawa diorang ketengah sikit, baru diorang enjoy mandi! sonok sangat tgk depa mandi sungai. syik mandi swimming pool ja.. klorin tau dak?? tu yg balik singgah makan pizza.. dgn budak2 apa lagi diorang suka makan kan?? ::

:: montek haku ni pandaii je order..siap tau pages berapa menu fav dia... tempura prawn dgn seafood lasagna.. sikit dia tak heran pizza. mcm ongtue! huh! ::

:: nampak taik lalat gua je... jadikk laa ::

:: tgh makan waitress tu hantar complimentary cake as per mother's day.. Alhamdulillah.. tapi i dapat jilat ujung sudu je...sbb budak2 tu yg qiqah cake smpi selesai.sob2..::

Ok ada tu je pix terkumpul yg sesuai di-up...
So, i go first naaa. u all go second :p..
Selamat meneruskan ibadah puasa...


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.