Thursday, February 28, 2019
HABA-HABA BIZI MAK BAKAL PERANTIN.... IHOK IHOK | LUNCH NASI PADANG @SARI RATU, G-VILLAGE
Assalamualaikum.
Tajuk album dah bagi hint-hint..we ols bakal dpt menantu hantu...
Makanya bernulalah episode survey-menyervey..
rikki-merikki... usyar-mengusyar apa2 yg patut.
Well.... mak2 style dah I ni... ngeee2..
Umur tak masuk 40yo lagi, i dah nak dapat menantu olsssss..
eh tadek hal lahhhh...
Allah bagi i feeeeel smua tu awal2, siap2..
Sapa kan tahu, kot umur i tak panjang,at least dah pernah rasa kenn??
Ingat, hidup utk menghargai apa yg kita ada...
bkn masa tuk meratapi apa yg tiada kan??
Insyaallah.
:: Ni makan Padang Style kat Sari Ratu.. lepas balik dari tgk wedding hall... bawah tempat tu ada mcm2 kedai makan.. tapi sbb rinduu banget nak makan padang food, emmmoohh la kita..Dari kiri, dendeng berlado, paru bercili, sayur bayam, ikan merah masak gulai and sup ekor... ::
:: Alpukat dilupa jangan. If not... mcm makan cengkodok tak minum kopi O gitchew.. tak sah! ::
:: Before nasi sampai, kita ratah sup.. ::
:: dah start kena pikir baju nak melaram sok.. majlis nikah, majlis sanding rumah pengantin pempuan, majlis kat rumah kami.. perkhhhh... i igt kali ni i nak hire rizman ruzaini je la kot. takpun beli ready made Dior.. ke Gucci? Ke Hatta Dolmat pun ok... baju kurung denim...?? kah kah kah! ada pulak size kau tu kan?? ne ne ne ne ::
:: deni jg yg steady... balik2 dok laaa fikir tetamu2 dia yg dah senior citizen, nak naik cemana. nak datang jauh.. mana tpt diorang nak berborak?? baguihh btoi pemikiran mu bang. sila2 fikir. Dinda bz, nak fikir nak cari MUA mana ni??? tuk dinda..bkn tuk perantin.. ahaks.. ::
:: Pempuan agam masa kini... hahaha. renyeh sampai ke tinger dapat makan sedap.. khamis, berbaju batik la kita.. ::
Tinggal dulu naaa..
kan i kata i bz?
ni tgh usyar bunga telur plak nyambil2.. la la la la..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Friday, February 22, 2019
SEMBANG PETANG JUMAAT...
Assalamualaikum.
Pejam celik, pejam celik dah Jumaat balik.
Another 1 week masuk March plak.
Masuk je March bersamaan masuk Bulan Rejab.
Follow by Syaaban then Ramadhan.
Puasa dah abis ganti kettew??
:: Kalau tak puasa mmg layan jajan sambil tgk tv...series or movie. Pastu sustain lah gemok. Apa susah? hahahhaha.. Buat je la apa yg kita rasa happy to do. Bkn tak jmpe doktor. Bkn tak take medicine periodically. Exercise sekali seminggu. Mcmtu je lah pun. Hidup sesingkat azan dan salam.. Bahagiakan diri sendiri. Suami. Mak ayah. Keluarga. Org sekeliling kita. What else kan?? oh, bab amal soleh, kewajipan pada our creator; Allah...mmg WAJIB lah kan??? Bgn pagi, before subuh..curi2 solat tahjud, solat taubat, close by solat sunat witir.. Before solat wajib, buat sunat qalbiyah, ba'diyah.. Mengaji jadikan mcm jajan jg.. lagi kerap makan jajan, lagi happy kan?? ::
Dah nak masuk 40's ni..rasa2 nya I jadi lebih cool. chill (kdg2 ter-transform jadi cheetah jg!)
Tak kuasa nak marah2, stress2, bawang2 sangat.
Jaga diri sendiri. jaga suami. done.
Kau suka aku, aku kenyang.
Kau tak suka aku punn tetap aku tak lapar.
Dah puas rasa semua..takda apa nak kejar sangat pun.
Alhamdulillah.
hahhahaha.
I selalu doa agar i disenangi orang.
I tak mudah nak sakit hati dgn orang.
Mulut tak jahat. Hati tak dengki.
Hati tenang. Tenteram.
Tu antara doa2 yg i mesti minta dalam sujud terakhir.
dah takde la kata nak doa kaya ke...cantik ke..kurus ke..
yes, duluuuu mmg ada je doa mcmtu. hahahha.
Eh takpela kan... jgn malu2 minta pada Allah...
Sound direct je minta...
#MaluApaBosskurr.. :p
bak kata kakak i si bedah.. dia suruh mia(anak tiri dia) doa..
"Ya Allah ya tuhanku, naikkan gaji ayahku".
ayah mia tu laki dia lah. hahhaha.
Tayah tapis2...
Tadi pagi meeting pengurusan.
Sampai kol 11.30am. terus takde mood nak melinjit rehat Jumaat.
Baru igt nak p Sunway Putra Mall (SPM) nak p cari sunglass.
Kat sana i nampak ada nak buka Nene Chciken.
This korean fried chicken ala2 Kyochon, Kfry..
I tau pun masa pi Melbourne maghin (READ HERE)
Opening je, i nak ajak anak2 hayam(adik2 office) p makan hayam. Hehhehe.
Petang ni i baru plan nak ajak suami lajak ke Wangsa Maju.
Ada boss suggest p makan kambing bakar mabeles sana.
Tapi suami kita ada meeting taman perumahan plak.
Dia volunteer jadi wakil lorong.
Tu pun jenuh i pujuk. If not letey nak dengar dia bebel2 pasal security etc..
Komplen mcm popcorn terr ter terr. Pi la jadi AJK ka , apa ka...
baru la org nak dengaq komplen hang kanda oii..
D0ne i membebel.
Nak sambung buat keje sat.
Pastu, happy weekend lah kita ye...
I mcmbiasa, balik kampong laaaa.. oooo balik kg(Ampang).
hehehehe.
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Wednesday, February 20, 2019
SUKA SANGAT MAKAN KAT PAPPARICH SEBAB BYK CHOICE! | SELSEMA + DEMAM BERJANGKIT | KISAH PENJAGAAN MUKA SEIRING MENGINJAK USIA
Assalamualaikum.
Last week balik dari rumah mak, singgah makan kat Pappa Rich.
Tak makan kat umah mak for dinner laa, since lunch dah makan.
Then tengok lauk dalam piyuk pun dah mcm sippi2.
Consider jg la kat yang lain2 tak makan lagi kenn.
Walau umah mak kita sndiri..
and mak pun dok la berulang2 suruh makan tahap memaksa pun ada.
tapi, kita kena pikiaq2 jg la 'org belakang' kennn..
:: suami bawa p makan kat Pappa Rich area Kajang Prima. I plan nak makan kueytiaw goreng ka, mee kari kaa...lelast ada new menu , nasi ayam lauk ayam kicap mcmni... huaa i kenot ye!!! nampak nasi ala2 chinese ni.. gelabah bewak sket rasa.. terus naik order menu ni. and tepat skali pilihan i, sbb sedapp angat nasii dia...ala2 nasi ayam. perlawan plak dgn ayam kicap, mushroom. pastu ada telur dadar hiris..ada park choy lagi.. huaa dappppp angat.. harga i tak hengat la yang.. dalam rm14-16 mcmtu... S E D A P! ::
:: Suami layan rojak buah ja...tak sedap sangat rojak dia.. kat SEPIRING lagi win dia pnya rojak buah! kuah dia pekat, sedap pedas. ada keropok lagiii. Portion pun byk.. slurrrpp ::
:: Ni kueytiaw kerang petai from Warong Cikgu Hashim. Well, mcmbiasa laaaa.. pengaruh Jalan-Jalan Cari Makan(JJCM) hahahhaa. Warong Cikgu Hashim ni dekat je dgn rumah I.. Kami lalu lalang je kedai ni, tapi tak pernah sggah. tak tau plak byk menu menarik sini... sampai masuk JJCM..So since dh tertengok JJCM mggu lepas, ptg smlm balik keje, terus singgah try... Sedapppp sungguh. Berasa petai dia semua... suami i dah chop order ni dulu.. i mengalah laa. RM8.00..::
:: Ni i punya.. lunch semalam bz dgn seminar agama and keje melambak, so tak sempat makan nasi. Kat Warong Cikgu Hashim ada mcm2 jenis menu.. i nampak ramai plak org order set nasi mcmni. I choose ikan cencaru.. Dia punya kariiiii... walllaaahhh sangat2!!!! bkn kari 'sekadar di pinggiran'... mmg kari mak2 kita masak.. makan dgn ikan goreng panas2.. nasi panas... dia ada bg 1 telur mata... eh mmg sedapp laahh leencheen i makan. set mcmni RM12 sahaja.. Kadang kita ptg2 balik keje, rasa tingin sgt nak makan lauk sempoi2 jenis masakan melayu mcmni, tapi jarang kedai ada offer kan?? yg ada mostly jenis masakan thai.. tomyam, ayam goreng kunyit, daging kicap, nasi2 goreng bla2.. masak? i phobia teruk dah skrang nak beli bawang.. hahahhah. mmg selalu je menjadi tanaman bawang I.. aritu nak buat sandwich, pesan kat suami sgguh2 minta dia beli SEBIJI SAHAJA BAWANG. PLSSS.. gitooo. seramm sejuk je tgk bawang2 ni semua. ha ha ha. ::
:: i minum sirap selasih.. suami, teh o ais. ::
:: Jumaat lepas i demam, jangkit dari suami. I standard la..org lain demam dulu, i yg menjangkit ni mmg akan jadi lagi worse dari si pembawa! haishh! dah telan flavette, soluble berkali2 tak jg kebah.. Ahad p Chow Kit cari buah.. i kena dapatkan nature remedy jg2! Eh Ahad lepas i p KL dgn ciktam and auni.. cari badminton shoes for ciktam. tu yg singgah chow kit beli buah... Balik rumah sndiri, kopek2 basuh2 buah..i hadap buah sampai terbuntat2. bkn sebab suka2 nak makan, mmg purposely nak tambah VitC.. perkhh mengah2 makan buah! huhu ::
:: ni pun antara drink yg i grab masa tekak tgh tak sedap.. Sedapp hellokkkkk.. RM7.00++ laa tapii..but sokkay, still half price from starbuck kennnn ::
:: Naik memory lama kat fb.. feb 2015. Masa ni i dalam chemo lagi.. mata dah rabun teruk, kena tukar spek baru. Ni spek baru laaa ni.. Giorgio Armani. Mahai giler beli, sbb hat ni multifocal (jauh + dekat).. time ni seingat i , i tgh down teruk. demam, muntah silih berganti. sampai doc tak bagi chemo, sbb badan weak sgt.. tgk la kening i... gugur banyak dah time ni. rambut lagii laa..dah botak abis time ni. Muka mmg tirus semulajadi, sbb syik muntah je... hmmm ::
::selit sket cete bab skin care yg kita baru tambah. Since clinique moisturizer dah watammat... cepat2 la amek peluang try Mary Kay plak. yg kecik tu day cream 'time wise' MK.. so far dah 2-3 hari i pakai.mmg sangat2 BEST ye.bau pun harummm. and tak berat langsung kat muka. Mcmbiasa , i kena guna for DRY skin...kulit i mmg sejenis kekeringan di tanah gersang gitchew.. yg tinggi sket tu gel mask...pakai 2-3 kali a week... pun best gilerrrr. pakai overnight, bangun pagi bilas dgn air..rasa sangat lembuuutttt muka tittew.Now tgh tggu satu lagi MK product for my dry skin. Dah nak masuk 40's ni, mai plak roh merajin,nak consume skin care yg bersesuaian.. Cantik, tetap la tak cantik. Dah mmg semulajadi tak cantik ken(ku sedar diri ini)... apa boleh buat. tapi usaha sket laa bagi tak kusam, lebam.. kang tak lalu suami i nak tengok... semua pun tuk suami ken bang kan kan kan?? pinjam kad, bang. :p ::
Sorry geng, i main sumbat je semua pic in 1 entry.
Lately keje byk.
I kan kena cover keje staff yg hmmpp hmmpp hmmpp ittew lagi.
Keje i sndiri.. dgn badan ON tak ON demam nya.
Till then yeah.
.: NO HATE JUST LOVE 💋:.
Friday, February 15, 2019
SUAMI BAWA MAKAN ME'NATE, TAPI SIS TETAP FIKIR NASI .... HAISH..
Assalamualaikum.
Minggu ni minggu demam sis dgn suami.
Mula2 dia dlu.. pastu mmg konfem2 la sis menjangkit.
Takkan bila demam je nak tidur bilik asing2 plak ken?? hu hu.
Masa dia start je sroot2...sis laju2 buatkan dia flavette.
Eh I tak suka sgt la flavette ni..even contains dia sama je dgn vit C(1000mg) lain2..
tapi i rasa mcm tak berkawan baik sgt dgn I...
Dah la satu bekas tu ada sampai 15biji.
Jenuh nak tggu habis, nak tukar Redoxon or Cebion balik.
Mebi flavette ni dia concentrate more to vit E for syantek2.
Tak 'gu' sgt dgn I..
Never mind, kita telan kasi abis dlu flavette k?
Selesai je demam suami i.. i plak start srooot2 since semalam.
tekak dah berpasir2, nak telan pun sakit.
Perkhh laju btoi pass baton bang?? huaaa
:: Dinner malam tadi... lepas maghrib baru keluar cari makan. i tgh demam2 takleh nak berfikir dgn waras sangat..so i serahkan bulat2 kptsan nak pilih kedai makan kat suami.. rupanya dia tala stereng ke Me'nate. sian dia, lama ngidam dah kot. Tiap kali dia ajak i, before.. i geleng pala. Mana mau nya tekak i dgn western2 ni skrang??? but malam tadi, sokkay la. sbb i makan main2... i kasi chance k? hehehe ::
:: i amek smallest part Black Angus... tak lalu pun tgk raw2 meat ni semer. Sampai2 kat freezer, main grab je terus bagi kat waiter for grill... duduk, and letak pala atas mejaaa.. kepala sudah weng2... ni medium well... style ni je la yg i berani. nak up to medium rare tu seram sejuk sket.. hahaha ::
:: Suami mengambing .. ::
:: lama dia puasa from makan steak. hahhahaa. i dah tak berapa leh telan lah western2 ni... nak nasiiii je semedang!!!! ::
:: tu menceceh apa lagi tu bang?? ::
:: mata syetimm mcm jupake ke cemana kaaa.. hahaha. ::
Ok tu je dlu.
mata i dah berair2 ni...
sat g rasa mcm nak p klinik.
we will see how.
Happy weekend ahead ye korang.
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Thursday, February 14, 2019
JOGGING WITH HUSBAND & AUNI AT TAMAN TASIK AMPANG HILIR...
Assalamualaikum.
Being si debab mcm I.. si pencinta makanan.
Yg bila nak keluar je.. 2 hari sblm dah fikir and plan nak makan apa..
Mmg menghampiri kemustahilan lah nak diet beriya.
Even nak try intermittent-fasting pun i rasa hazabedah sgguh!
Makan sedap2 it is MUST. Tapiiiii tetap la dgn quantity yg sederhana.
kalau tgk i makan, mmg mcm 'ek elehh pehal kau? gemok tp makan sikit'..
i jenis makan sikit, tapi berulang.
Babat2 pun dah dpt status Penduduk Tetap(PR) dlm badan.. susah la nak susut.
Pastu tak makan mcmmana pun tetap gemok. Seteressss je kou!
So?? jadi tak kuasa dahh nak beriya diet.
Tapi bila dah sakit2 ni. Umur pun dah ramaii...
Pandai2 sndiri la atur hidup.
Pandai2 bawa diri,org kata.
Agak2 dah rasa badan dah sama berat dgn bulld0zer,
Agak2 dah rasa badan dah sama berat dgn bulld0zer,
moh la kita kurangkan manis, kurangkan makan...
and....
exercise!!!
:: Ini budak celik2 mata nampak i bersiap, terus bgn gosok gigi basuh muka,sarung tudung..menonong masuk kete. hahaha. bkn dia tanya i nak p mana ke apa.. Sejenis melekat gam UHU je dgn ciknyah. Dah la debab sama dgn ciknyah. Org tak meragui lgsg yg kami ni anak-beranak. hahaha. Cukup haul, tukar binti jadi anak panyah ye dik? haahaha ::
:: kasut,seluar semua main sauk apa yg ada.. sbb pagi Ahad i kat rumah mak.. tak prepare pun nak joging. kasut ni mmg ada dalam kete. ::
:: Pak jenal steadyy je ber-round2.. ::
:: I pun rasa ok je joging kali ni... takde la lengit sangat ke, tercabut lutut ke apa.. Ni Auni snap.. ::
:: Ni kemain beronok2 sbb si Auni i suruh dia amek pic i dari belakang, i buat2 lari..eh dia pun lari sama.. dah la dekat jadi nya dia dgn I... i suruh dia stay kat situ and snap.. lama2 dia kejar i dgn camera.. hahahha. dh mcm paparazzi!!! ::
:: si botbot I ni buat pangaiii. sat i lari, dia jerit2..."ciknyahhhh2".. kang sekejap2 sakit kaki.. kang i tinggal dia jauh, dia boleh screaming kuat2.."adik kena culik tak tau". dah org tepi2 ketawaa. hahahhaa. adoii, ciknyah tak berapa nak risau dik, sbb org nak culik hang pun fikir 44kali.. ni kang nak heret masuk van dah satu keje.. pastu kang nak kena bagi makan,bkn sikit2 makan deni... makan modai!! hahahha. ::
:: Apapun. ni lah kesayangan musyukk masyam i... kat Taman Ampang Hilir ni ada 3-4 port playground.... Sat2 stop kena layan dia main... kang skjp kang haus, lapar.. huaaa anak sapa ni oiii??? ::
:: Last2 pass Auni kat panyah, i buat 1 round tasik... Bkn lari beriya... lari pelan2.. pastu brisk walk sket2.. badan berat, takleh nak lari bersungguh2.. nnti lutut plak sakit.. janji lencun peluh, puasss dah.. ::
I minat je aktiviti2 mcmni.
I larat je lari, manjat, melompat..
even skipping pun i steady je (Wow,kau meriya' ke apa ni esah?? haha).
I penah buat zumba, work-out kat gym(celebrity fitness subscriber hokey??).
I gemok, tapi i mampu buat. Sbb kecik2 dlu, I atlit(hahahhaha).
Tapi semua pun tak kemana..sbb???
yessss betullll ... Hot2ShitCiken (hangat2 taik ayam) semata!
Semua benda pun biar sederhana, tapi kena sustain (istiqomah).
Nak maintain, tu yg hmmpp hmmpp..
Then sokkay la, dah tak berapa sihat skrang.. nak push2 diri buat mcm2..
takut mudarat tang lain.
So let's la kita cuba yg light2, peluh2 sket.. cut sugar ... Jadi lah kann..
InsyaAllah.
Ahad ni ada KL Car Free Morning(setiap mggu pertama dan ketiga every mths).
Leh check HERE..
Jommm kita detimm??
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Wednesday, February 13, 2019
SESEKALI SUAMI FETCH FOR LUNCH | DAH JATUH SAYANG KAT MEE GORENG ROYAL KELANTAN #RoTL | MAKAN SANA-SINI
Nur Aishah
2/13/2019 10:00:00 AM
ARABIAN HOUSE
,
KFC
,
MAKAN-MAKAN
,
NASI DULANG DAUN PISANG
,
ROMAH MAKAN TERLAJAK LARIS
,
SECRET RECIPE'S
No comments
:
Assalamualaikum.
Since suami dah tak kerja now..
Dia byk habiskan masa merata hala pi cari masjid and attend majlis2 ilmu.
Kalau ada je peluang, lepas abis kelas ke...
lalu kat area office I..dia halo2 for lunch.
Lapang hati i tgk dia skrang. Byk masa dia bermuhasabah.
Spend time with his beloved AlQuran and tafsir.
I dah jatuh no.berapa pun tak tau la.
tapi takpe, i redha.
Suami yg baik. Anak yg comel. waimah ibu bapa yg tercinta...
semua tu pinjaman semata2. Semua pun hak Allah. Tiada yang kekal.
Marilah kita sama2 belajar menerima hakikat yg kita bakal melepaskan semua itu.
Allah, debar plak rasa..
Insyaallah kalau Allah izinkan, bersatu semula kelak di jannah.
Ameeen..
:: kadang2 kami p lunch makan KFC je kat UTM Space Jalan Semarak. Dekat je dgn HKL(my office). Suka mai situ... byk tempat makan... ada Burger King, Tea Alive, coffee2 house, ada a few kedai makan lain.. ada sengkuang calit.. and paling penting, tempat tu fully aircond! skarang dgn musim panas, kering..i mmg surrender nak menebeng kat tempat terbukaa.. tak kawan dgn panas2 ni. ana feninn! feninn! ::
:: as long as being together, i happy je.. kalau lapaq nasi, dia bawa i makan asam pedas or masakan padang kat Kg Baru... syok btoii lepas dia dah tak keje ni. Dah byk perkara stress yg i tinggalkan. Tu pun satu niqmat yg I ada, org lain tak ada, kan?? Alhamdulillah.. ::
:: Repeat Romah Makan Terlajak Laris(RoTL).. kan i kata menu kat sini melambak2. So shud try 1 by 1.. :) ::
:: Selalu mmg style gini la..soang order hot drinks, soang ice.. leh share.. leh bilas2 lepas minum caffein. air kat sini mmg murah2 je... sedap boleh tahan. CUMAAA.. kalau minta ayaq panas, bulih dak bagi hat yg betui2 panaih.. tahap i kena tiup2..hembuih2.. baru feeel. ni minta hot nescaffe, sampai tak panas langsung ye. nak kata suam pun tak sesuai! hat ni kakak amarah! ::
:: koang nak tau tak i ni pencinta mee goreng or bihun goreng singapore yg di letak daging?? yes, daging semata! no udang, no isi ayam, sotong ke whateverrrr.. i mmg suka mee or bihun dimasak dgn daging! air daging tu maniss i soookaaa. So masa i telek2 buku menu RoTL ni, nampak menu MEE GORENG ROYAL KELANTAN(tajuk dia), i tgk ingredients dia ada 'daging batang pinang'. wowww.terus order, and i terus falling in love sangat2 tahap langit ketujuh!! ni masa i update pic ni, i dah repeat makan 3 kali ye!! caya ke idokk?? takleh move-on lagiii.. to those yg sama taste mcm i, suka jenis mee lembik2 mcmni...masak style singapore, taruk daging, anda WAJIBul ghunnah to try this k?? ::
:: suami try char kueytiaw sarang... ok tu ok.tapi telur sarang ni mcm tak matching plak masak dgn char kuey tiaw, sbb dua2 berunsurkan gorengan kan?? kalau telur sarang taruk atas laksa, mmg ngammm! so bagi i , biasa2 je ...::
:: ni new cake from SR.. banana caramel. ponnn sedappp! ::
:: Ni time cuti Hari Wilayah (Jumaat). Hellok abis solat Jumaat, suami ajak i mengopi. Time ni p minum dgn Bedah n BIL i kat SR Semenyih.. ::
:: Suami i kadang2 paksa diri sarung baju melayu. Sbb baju melayu dia mmg bersusun dalam almari! tak tau tahun bila nak pakai. Kadang dia p kelas, dia soang je bersemangat pakai baju melayu. ::
:: ni makan kat Arabian House, Taman Kajang Putra.... A few years ago, tiap kali tetamu mai rumah time raya, kat sini lah kami tapau nasi arab. mmg soookaaa angat dgn nasi mandy dia.. ::
:: Repeat makan Nasi Dulang Daun Pisang kat Sg Ramal..time cuti baru2 ni.Suami pnya dulang..ikan bawal.. I penah try dah sekali.. mmg sedapp lah kan??? ::
:: berjujut sambal2 dia.. dappnyaa ::
:: i tukar selera, order nasi ganja sotong bakar..sedapppnya ols!!! lain kali nak makan nasi ganja ayam plak. Sbb i rasa ayam more suitable dgn nasi ganja style gini.. huaa dapppnyaaa ::
:: pineapple and watermelon juice.. ni kat Paddy House.. ::
:: Try hawaiian burger dia.. sumpah TAK SEDAP. adoii tah hapa2 gravy dia taruk kat atas chicken patty tu. so sapa2 mai Paddy house, tayah peramah2 order menu ni k?? i yakin ramai je setuju dgn tekak i.. tak syedapp! mmg tasteless! ::
:: Suami i tak makan time ni... dia kalau lunch, mmg slumber je boleh skip. kalau dinner, mmg dia wajibbbb makan... pembawakan dari time dia kerja, selalu skip lunch. Now dah jadi habit..tak reti makan lunch! ::
Tu je idea i nak update for today..
Sis gerak dulu naa...
Pape rojerrr....
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Tuesday, February 12, 2019
SHOES STORIES | JALAN2 MITSUI OUTLET | SUAMI ORDER LUGGAGE VIA GO SHOP!
Nur Aishah
2/12/2019 10:15:00 AM
GO SHOP
,
HEALTHY/BEAUTY
,
HUSBAND
,
MITSUI OUTLET KLIA
2 comments
:
Assalamualaikum.
Sana-sini geng2 update cerita p hantar baju raya kat tailor kan?
I , Alhamdulillah dah dekat nak siap pun baju raya.
I , Alhamdulillah dah dekat nak siap pun baju raya.
My tailor dah kasi gambar(via WA) baju yg dah siap pun!
Gedeban(advance) kenn??
Kain baju raya smua i beli kat Bandung sana.
Harap tak sedondon dgn baju bibik engkorang dah laa.. ameeen.. hahaha.
So tetiap malam, i dah siap verangan nak raya! tazaaabarrr oiii...
Tinggal tak buang tebiat pasang lagu raya je lagi ni..
Takut kena carut dgn laki! kahhh!
:: So sbb i mmg tak byk benda nak fikir dalam hidup, kasut raya pun i dah siap beli! hahahahhaha. raya tawun ni i pakai sneakers je. mcm Sharifah Amani gittoo.. baju kurung + sneakers. Perkhhh terserah keremajaan! hahahaha. Acah mak enon.. ni kasut nak menggeletis.. Saja dah lama tak pairing dgn suami pakai sedongdong.. rinduuu nak ber-sneakers.. settled dgn converse je. I kenan ada 1 Guess sneakers, tapi kat Mitsui tu GUESS dia tak banyak choice. Malas plak i nak manjat genting (GPO), so suami kata converse pun ok. i wokeyy jer.. ni size 5 1/2.. hai kaki mengecut per?? i size 7.. paling2 pun 6.. ni dah jadi 5 1/2 apa kehal nyaaa semua ni?? perut tak nak susut ke?? tsk tsk tsk ::
:: nak kabor, MITSUI Outlet sepang nuu tgh ber-SALE sakan sempena CNY.. cuti pjg aritu, i puasa... takut makruh syik membutaaaa je, tu yg ajak suami p mitsui. igtkan bila puasa, nafsu makan je membuak2.. nafsu shopping lagi jupake!!!.. tgk kasut laki den?? tigo pasang toruih den racun! huhu. Dia ON je, i kata nak suh dia pakai sneakers back... Suami dpt 3 pasang kasut, i puas hati gilerrr.. Dia pun mcm baby2 jg, kena carikan baju, kasut (tapi dia byr laaa.. hahah). Nanti nak raya kena spend 1-2days tuk cari barang dia sahaja... so lega dah kasut raya dia dah selesai awal2. For me, cukup laa sepasang nnt nak beli wedges keletap keletup(bunyi kasut) lagiiii... hat biru tu diadora, suami nak bawa jogging.. sale membunoh ko!! tak sampai RM100 peginyaa! ::
:: hijau putih... ehem. Suami i suka PUMA and NIKE.. tapi NIKE sneakers tak homeiii. sport shoes dia mmg boombbb! hat ni semua less up to 30%.. tak nyesal ketteww?? pergiii laaa. kasut mmg heaven kat sana weyyh ! ::
:: suami offer amek lagi satu sneakers kain... i fikir2, takpe la..simpankan duit tu tuk I beli Madre k yayang?? hahahahha. ::
:: I boleh meroyan mcm org mati laki ye kalau dibiarkan berlama2 dlm kedai kasut, handbag and perfume!!...ni jenis ada setan tahap Jeneral setan pun duduk dalam, azan pun belum tentu dia berambossss.. huaaaa ::
:: nur kasih btoi wajah org puasa, tapi gagah p jalannnn.. ::
:: tersandar tepi wall tunggu suami amik kete..i tak larat nak jalan dah time ni.. lambat sket lagi, mmg i azan maghrib awai! hahahha ::
:: balik rumah, gagah punggah stor... cari Sketchers beli kat Melbourne tak berpakai2!. Bila beli2 kasut, teringat ada kasut tak berpakai. Hoi setahun lebih dah kot?? hat ni beli kat melbourne murahh giler kou! tapi kalau kat Mesia,hmm hmm hmm jg laa rega nyaa ::
:: tiba2 jmpe sneakers kain Dr.Cardin. woww rimaja nya ku wasaaaa.. awwww!! Ni tahun bila haku beli pun tak hengat.. rasa nya time i sakit dlu.. takleh pakai heel, then kaki takleh terdedah.. almost 5years.. hmmm. So soalan dia skrang.. siapa punya kasut lagi byk now? hahahha::
I gigih update cerita Sale at Mitsui Outlet ni dulu.
So that, ada kwn2 baca.. yg takde idea nak cari kasut raya anak2 ke, suami ke, sndiri pnya ke..
Boleh la mai sini. Baju budak2 pun byk. Poney, Kickers, Cotton On Kids, ...
baju2 lelaki...Ed hardy, Dockers, polo, renoma, adidas, nike ...
For us(women) lagi la melambak2...
To those yg takde idea apa mende ke Mitsui Outlet ni..
Depa ni ala2 JPO, GPO, Design Village ....
Mostly branded item tapi harga tak semahal mcm kat boutique..
Sale mmg gegilerrrr!!!
tak tau kat mana Mitsui ??? tanyaaa pak waze plsss..
yg fenting, rumah i 30minutes je dari sana. Ne ne ne ne ne...
:: Selit sket cerita suami den dah makin memandai main Go Shop.. dendiam dia order barang... ::
:: huaaaa u nak p mana ni banggg??? dia kata dia geram tgk barry smith promo gegiler. Siap dapat bag pack (merah) worth RM160++. ::
:: kukuh katanya beg ni. VJ tu campak bola boling pun ataih ni helllokk ja tak terkesan.. hahaha. comel kan laki mek?? senang terpengaruhhh! hahahha ... pandai plak dia pilih kaler ni. blue black in d hauzz yaaawww.. i mmg tgh bercinta cemolot2 dgn kaler ni! So bang, beg dah baruuuu, moh laaa kitaaaa........(jejalangg) *wink2* ::
ok geng, have to go...
update laju2 mana2 yg patut dulu..
Keje byk nehhh...
tata titi titu..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)