Showing posts with label ROMAH MAKAN TERLAJAK LARIS. Show all posts

Wednesday, February 13, 2019

SESEKALI SUAMI FETCH FOR LUNCH | DAH JATUH SAYANG KAT MEE GORENG ROYAL KELANTAN #RoTL | MAKAN SANA-SINI

No comments :

Assalamualaikum.

Since suami dah tak kerja now..
Dia byk habiskan masa merata hala pi cari masjid and attend majlis2 ilmu.
Kalau ada je peluang, lepas abis kelas ke...
 lalu kat area office I..dia halo2 for lunch. 
Lapang hati i tgk dia skrang. Byk masa dia bermuhasabah. 
Spend time with his beloved AlQuran and tafsir. 
I dah jatuh no.berapa pun tak tau la.
tapi takpe, i redha.
Suami yg baik. Anak yg comel. waimah ibu bapa yg tercinta...
semua tu pinjaman semata2. Semua pun hak Allah. Tiada yang kekal.
Marilah kita sama2 belajar menerima hakikat yg kita bakal melepaskan semua itu.
Allah, debar plak rasa.. 
Insyaallah kalau Allah izinkan, bersatu semula kelak di jannah.
Ameeen.. 

:: kadang2 kami p lunch makan KFC je kat UTM Space Jalan Semarak. Dekat je dgn HKL(my office). Suka mai situ... byk tempat makan... ada Burger King, Tea Alive, coffee2 house, ada a few kedai makan lain.. ada sengkuang calit.. and paling penting, tempat tu fully aircond! skarang dgn musim panas, kering..i mmg surrender nak menebeng kat tempat terbukaa.. tak kawan dgn panas2 ni. ana feninn! feninn! ::

:: as long as being together, i happy je.. kalau lapaq nasi, dia bawa i makan asam pedas or masakan padang kat Kg Baru... syok btoii lepas dia dah tak keje ni. Dah byk perkara stress yg i tinggalkan. Tu pun satu niqmat yg I ada, org lain tak ada, kan?? Alhamdulillah.. ::

:: Repeat Romah Makan Terlajak Laris(RoTL).. kan i kata menu kat sini melambak2. So shud try 1 by 1.. :) ::

:: Selalu mmg style gini la..soang order hot drinks, soang ice.. leh share.. leh bilas2 lepas minum caffein. air kat sini mmg murah2 je... sedap boleh tahan. CUMAAA.. kalau minta ayaq panas, bulih dak bagi hat yg betui2 panaih.. tahap i kena tiup2..hembuih2.. baru feeel. ni minta hot nescaffe, sampai tak panas langsung ye. nak kata suam pun tak sesuai! hat ni kakak amarah! ::

:: koang nak tau tak i ni pencinta mee goreng or bihun goreng singapore yg di letak daging?? yes, daging semata! no udang, no isi ayam, sotong ke whateverrrr.. i mmg suka mee or bihun dimasak dgn daging! air daging tu maniss i soookaaa. So masa i telek2 buku menu RoTL ni, nampak menu MEE GORENG ROYAL KELANTAN(tajuk dia), i tgk ingredients dia ada 'daging batang pinang'. wowww.terus order, and i terus falling in love sangat2 tahap langit ketujuh!! ni masa i update pic ni, i dah repeat makan 3 kali ye!! caya ke idokk?? takleh move-on lagiii.. to those yg sama taste mcm i, suka jenis mee lembik2 mcmni...masak style singapore, taruk daging, anda WAJIBul ghunnah to try this k?? ::

:: suami try char kueytiaw sarang... ok tu ok.tapi telur sarang ni mcm tak matching plak masak dgn char kuey tiaw, sbb dua2 berunsurkan gorengan kan?? kalau telur sarang taruk atas laksa, mmg ngammm! so bagi i , biasa2 je ...::

:: ni new cake from SR.. banana caramel. ponnn sedappp! ::

:: Ni time cuti Hari Wilayah (Jumaat). Hellok abis solat Jumaat, suami ajak i mengopi. Time ni p minum dgn Bedah n BIL i kat SR Semenyih.. ::

:: Suami i kadang2 paksa diri sarung baju melayu. Sbb baju melayu dia mmg bersusun dalam almari! tak tau tahun bila nak pakai. Kadang dia p kelas, dia soang je bersemangat pakai baju melayu. ::

:: ni makan kat Arabian House, Taman Kajang Putra.... A few years ago, tiap kali tetamu mai rumah time raya, kat sini lah kami tapau nasi arab. mmg soookaaa angat dgn nasi mandy dia.. ::

:: Repeat makan Nasi Dulang Daun Pisang kat Sg Ramal..time cuti baru2 ni.Suami pnya dulang..ikan bawal.. I penah try dah sekali.. mmg sedapp lah kan??? ::

:: berjujut sambal2 dia.. dappnyaa ::

:: i tukar selera, order nasi ganja sotong bakar..sedapppnya ols!!! lain kali nak makan nasi ganja ayam plak. Sbb i rasa ayam more suitable dgn nasi ganja style gini.. huaa dapppnyaaa ::

:: pineapple and watermelon juice.. ni kat Paddy House.. ::

:: Try hawaiian burger dia.. sumpah TAK SEDAP. adoii tah hapa2 gravy dia taruk kat atas chicken patty tu. so sapa2 mai Paddy house, tayah peramah2 order menu ni k?? i yakin ramai je setuju dgn tekak i.. tak syedapp! mmg tasteless! ::

:: Suami i tak makan time ni... dia kalau lunch, mmg slumber je boleh skip. kalau dinner, mmg dia wajibbbb makan... pembawakan dari time dia kerja, selalu skip lunch. Now dah jadi habit..tak reti makan lunch! ::

Tu je idea i nak update for today..
Sis gerak dulu naa...
Pape rojerrr.... 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 



Wednesday, January 30, 2019

ROUTINE LUNCH ON FRIDAY WITH AIN J | ROMAH MAKAN TERLAJAK LARIS; FIRST ATTEMPT

1 comment :

Assalamualaikum.

After lebih se-purnama, I dgn ain ber-hibernasi tak keluar mabuk2 minum2..
Last friday we make it!!!
Makcik tu la bz kekemain... sampai kadang i perati je dia cari botol kosong...
buat spare kalau tak sempat nak p tandas..hahahhhaa... 
Since pagi tu masing2 dah makan padi melinjau time bfast..pnya kenyam...
so lunch pun kita makan lite2... nama pun nak 'onion meeting'..
takleh la makan heavy2..nnt susah nak amek napas bila membawang.. kah!!!!!

:: Kat SPM ni ada 2-3 coffee house je tuk lepak2 coffee.. starbuck, second cup and coffee bean ni la. opkos la si 'bijik kopi' ni akan menjadi pojaan hati kami. ::

:: seludup jg Auntie Anne's buat kudap2... Budak2 coffee bean sini, dah naik kenal kami.hellok2 supan2 masing2. So takde issue la kot takat nak tumpang makan nasi lemak bungkus dalam ni. hahahha. Kami betul2 mai sini for coffee2 and sembang2. Done tazkirah, perkongsian ilmu(puiii!) about sejam lebih jg, baru keluar dari sini. ::

:: Sambil2 tunggu Ain cari baju... kita pandai2 bawa diri.. ni test2, hampir nak rembat... tapi kena belek betui2 ... boleh tukar lense tak? sbb i nak taruk power... Kat Padini ni.. RM49 je kau sunshade dia... hellokk tak kat kakak?? ::

Next...

ROMAH MAKAN TERLAJAK LARIS (RoTL).

Last weekend kami singgah la juga try RoTL ni ha...
kan ada 1 branch kat Bangi Sentral sinunn..
Dari hari ke hari nak menyinggah, tapi asyik la terlupa..
Dah kenyang makan, kadang baru lalu dpn kedai ni..and repeat cakap......
"laaa kan kita nak try makan sini bang?".
Finally dpt jg la singgah....
Tapi i tak byk snap pic sangat pun..
buku menu ke, pic kedai ke. sbb lupa sgguh2.

Konsep kedai : masuk, pilih seat, nnt waiter/waitress bagi borang order and buku menu.
Menu : mmg sgt variety!! rasa teruja gilerrrr nak pilih. smuaaa nak try!! Dari local food mcm asam pedas, lemak cili api, kueytiau, mee udang sampai ke western, satay, ayam penyet, tomyam sampai ke assorted dessert! maciam2 ok! ada dekat nak 100 pesen lah kot!!!
Harga : sangat affordable! tak sangka la kan..kedai camni..set nasi + ayam goreng kunyit pun still RM5!! 
Kedai/venue: Aircond or  fresh air. Cozy!
Service : Kat bangi branch ni 8/10 star i bagi.. 
Parking : sapa penah sampai Bangi Sentral?? angkat tangannnn!! ha tau kan cemana rupa nya parking kat area sini?? yes, ketat. sendat. melekat. So being kami org2 sini, pandai2 la bawa diri masuk dlm EVO(kondo/mall), parking dlm tu..and lintas je pi kedai ni. 
Food Taste : 4 bintang sis bagi!! 

:: Root beer float RM4.50 and sirap laici limau RM2.80 sahaja! ::

:: meatball + mashed potato... sedapp giler meatball dia!!! siyesss! kuah pun sedappp. tayah renyah2 buh cheese, mayonnaise.. simple but tasty!! RM10 je.. ::

:: i lapaq nasi.. layan nasi + asam pedas ikan mayong. satu set RM16.sedap pekat asam pedas dia. ::

:: Rojak buah pun sedap! RM7 .. ::

:: Alas meja semua pakai kain batik jawa. ::

Macam I kata kat atas...
Kat sini byk giler menu.. membuatkan kau rasa WAJIB datang lagi sbb nak try menu2 lain.
Mcm i, i nakk sgt try char kueytiaw telur sarang! 
Ada guest lain order, nampak tempting!
Suami plak nak try Mee Udang... nmpk menyelerakan..dlm RM24..udang quit besar.
Nnti kalau i p lagi, i kasi review lagi naa...
Tak salah i RoTL ni ada cawangan kat Kota Damansara and Sungai Buloh jg.
Yg i pegi ni kat Bangi sentral (eh bkn dh habaq ka tadi? huhuh).

:: Kalau ampa rasa stress nak mai sbb nnt nampak pic abang BOBO ni bersepah2 kat kedai ni.
Just consider dia still muslim ... and bila I tingat wife dia yg sedih2 masa nak serah balik anak angkat dia (Qayyum) kat ibu kandung dia balik, terus rasa kesiannyaaa.. hahaha. hati tisu btoi! But actually balik semula la pada apa yg depa offer to us. bagi service best, harga hellok... kita support. ye dok??kalau merapu2 mcm ada kedai celebrity2 lain tu.... bolayan juga! ::

K la geng.. gerak lu k..pape rojer...
ni nak p mana2, dpt je info..waze je la ..
nak ajar beriya buat abis ailio..ujung2 menggagagu cari Pak Waze jg..

tata titi titu..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.