Showing posts with label NASI DULANG DAUN PISANG. Show all posts
Thursday, April 11, 2019
UDANG PETAI @NASI DULANG DAUN PISANG YG TERLAMPAU SEDAP, SIS BELUM BOLEH MOVEON! | TEH AIS MADU PAK MAT, PULAU PISANG KELANTAN | SECRET RECIPE SAJA BILA DAH TAKDE IDEA.
Nur Aishah
4/11/2019 10:53:00 AM
NASI DULANG DAUN PISANG
,
PAK MAT PULAU PISANG
,
SECRET RECIPE'S
2 comments
:
Assalamualaikum.
Kabare geng2 semua? waras ke wereng ke? hahaha.
Sis dah kelabu2 asap ni nak menaip blog.
Ada tidak ni tgh senang sikit sbb semalam dah berlolah..
mcm k*ling estet! berkuah kety2 sis sat jd requester.
Sat jadi approver. Org tidur(lunch hour) pun sis terketak-ketak menaip.
Sat jadi approver. Org tidur(lunch hour) pun sis terketak-ketak menaip.
naseb macaiiiii.. acenggini laa..
Janji sis puas sbb dpt rasa gaji berbaloi dgn apa yg kita usaha..
InsyaAllah ameen.
So what story babe??
cete makan je la eh...ana happy! enta pun sinang hati...
na'am au la'?? (betul atau salah?)..
:: Ni long2 time ago pnya stoli.. repeat berkali2 dah kedai Nasi Dulang Daun Pisang, Sg ramal ni. never failed akan add-on Udang Petai Sambal dia! mmg penyedappp rasa la. sebab petaii dia selambakkk. selak2 sambal jumpa petai. udang pun sedap. Sambal dia soheh la lazzzaaattt nomnom ... ::
:: Nasi Dulang Talapia.. talapia size XL.. ni tiru menu org tgh makan. tgk depa sental sedapp je.. terus oda. mmg sedapp! sbb ni talapia merah. tak hanyir! dia goreng panas2 garing2.. pelayan dgn kuah lomak cili api and sekalian sambal yg dia provide.. mmg UMMPPHH ganda 67!!! RM12 set ni ::
:: Nasi daging kamheong suami punya. Sedihhh sbb tak sedap! hahahha . suami I pencinta kicap. bertentangan abis dgn sikap si isteri. I tak berapa 'in' lah dgn kicap pekat2 mcmni.. kalau order mee ke bihun ke, i msti make sure, less kicap!ehh mcm les ketchup plak kan bunyi nya??? ampa igt kump.les ketchup?? ketchup song igt?? alaaa hat Aserehee..haaa reheee tu la. So sapa2 mai kedai ni, cuba2 lah elak order this set.. tak sedapp sbb kuah dia meladung2.. isi dia sikit.. sebaik ada udang. i bagi smua udang kat suami. sbb i tak da la minat sgt kat udang.. cuma nak kejar petai and sambal dia.. ikan talapia tu, suami i takkan usik. Pembenci ikan sungai pakcik tu! ::
:: yeahh pak mat pulau pisang dah mai Bangi!!! Ahad lepas time hujan selebat2nya kat Bangi dgn pokok tumbang merata... i tgh dalam kedai Pak Mat ni la pekena nasi dgn sup daging with this teh ais madu buih melimpah2... Allah, maaf kata lah.. mahaiiii la pada i lauk2 kat pak mat.. berani ek diorang letak harga mahai mcmtu?? sup ikan merah sepotong agak besar RM27!! tak la besar mana potongnya.... aduhaii..survive plak depa niaga mahai2 mcmni kan?? time i mai Pak Mat makan nasi putih with sup daging.. sup daging dia ada a few ketul.. tak la umpph mana.. so rasanya tak nak repeat dah la kot.. sorry pak mat.. i tak nak mai dah. unless u mengaburi mata i dgn nama2 lain seperti pak maun, pak deli, pak ajis mahupun pak abu. soooorrryyy, tu pun i syak i boleh kenal u, k?? ::
:: Ni petang kelmarin, pnya tak tau nak makan apa.. i decided kan kita p makan spaghetti je la.. setiba2 tingin nak makan spaghetti.. ni kes tgk sarina makan spaghetti Isnin lepas la ni.. padahal i ni tokan spaghetti. Dlm byk2 mknan dlm donia ni, spaghetti ni la satu2nya food yg i leh masak sambil sidai baju! hahahhahaha.. sbb i dari remaja dah start masak spaghetti kot?? huhu ::
:: tadi nawaitu nak makan spaghetti kan?? dah di UP plak dgn chicken cornish.. hahahha. emang dasar si nopal anaknya bahenol btoii! ::
:: i mmg stick with niat asal nak makan spaghetti bolognese sauces. ni dgn meatball.. biasye2 je.. ::
:: Suami pnya mee kari.. SR pnya segala mala kari mcm curry laksa, singapore laksa smua sedap2!! ::
:: Ni cerita masjid ni... i kan kalau balik keje straight away p makan, gerenti takkan abis makan! i jadi tak lalu mebi sbb belengas or mebi so tired ke cemana tahhh.. i kena balik mandi dlu.. baru mai rasa lapaq! TAPIIII.. nak balik, mandi dlu, then keluar balik tuuu yg sangat L A Z Y ye!!! tu nak habaq... chicken cornish tu mmg tak abis.. takat dlm gambar tu je la i makan.. meatball spaghetti tu pun ada belen 2.. spaghetti i kecah2 gitu je.. sahabat shaithon kau kan?? makan tak abisss.. sbb tu i malas nak makan or masak beria.. mmg takkan makan byk mana pun!! i jenis pemakan waktu pagi or lunch... masuk ptg, metabolisme i jadi merudummmm... tapi tetap gemok, tu yg kadang malas nak habaq.. cete tak tele dgn realiti. tapi i tak tifuuuu. tak caya tanya I!! ha ha ha ::
:: finally end up mcmni je la kadang2..... dgr babu roti, laju2 tahan and beli roti... bancuh VICO ngap2 roti saja.. sampai dah tak tau nak makan apa! roti i rasa sangat soorrrgggaa! ::
B T W...
I skrang rasa mcm kemurungan sket bila fikir pasal kenduri anak. hahahha.
Jadi nebes lain maciam sgguh!!! tak pernah experience kan???
i buat2 lek2 kool2 je ni.. padahal satu hapahhh tak buat...
kecuali book dewan/hall.
kad ke, door gift ke, hantaran ke even baju sndiri nak pakai pun tak ready nak di fikirkan.
mmg dah set lepas raya nanti nak pulun smua..
tp kalau consider kesihatan i yg ON-OFF sihat tak ni...
rasa debar2 jg...takut ada interruption tgh2 jalan ..
dah la konfiden je book hotel sana sini nak berjalan(dalam mesia je)...
Ni mcm weekend sampai b4 ramadhan mmg fully booked ye!
Jahanam btoiii! lunyai badan kak jah....
raya pun ada selit aktiviti nak melinjit p kedah.
Pastu baru lah kita concentrate pasal majlis kawin anak...
Weekend ni ada family day belah mak I kat Melaka je pun..
Then ada slot nak p ziarah my cousin yg sakit cancer hidung.
Tiba2 within 2mths dapat tau kena cancer.. Allahhh.. seramm betul.
So u all cemana???
celen tak dgn bz I yg mengalahkan bz kak wan ni?? (Wan Azizah). hahahah.
baik2 aja dehhh. tengahari sat g i ada appoinment Dr Fuad..
Moga Allah mudahkan. Ameen.
Kita talk later2 again naaa...
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Wednesday, February 13, 2019
SESEKALI SUAMI FETCH FOR LUNCH | DAH JATUH SAYANG KAT MEE GORENG ROYAL KELANTAN #RoTL | MAKAN SANA-SINI
Nur Aishah
2/13/2019 10:00:00 AM
ARABIAN HOUSE
,
KFC
,
MAKAN-MAKAN
,
NASI DULANG DAUN PISANG
,
ROMAH MAKAN TERLAJAK LARIS
,
SECRET RECIPE'S
No comments
:
Assalamualaikum.
Since suami dah tak kerja now..
Dia byk habiskan masa merata hala pi cari masjid and attend majlis2 ilmu.
Kalau ada je peluang, lepas abis kelas ke...
lalu kat area office I..dia halo2 for lunch.
Lapang hati i tgk dia skrang. Byk masa dia bermuhasabah.
Spend time with his beloved AlQuran and tafsir.
I dah jatuh no.berapa pun tak tau la.
tapi takpe, i redha.
Suami yg baik. Anak yg comel. waimah ibu bapa yg tercinta...
semua tu pinjaman semata2. Semua pun hak Allah. Tiada yang kekal.
Marilah kita sama2 belajar menerima hakikat yg kita bakal melepaskan semua itu.
Allah, debar plak rasa..
Insyaallah kalau Allah izinkan, bersatu semula kelak di jannah.
Ameeen..
:: kadang2 kami p lunch makan KFC je kat UTM Space Jalan Semarak. Dekat je dgn HKL(my office). Suka mai situ... byk tempat makan... ada Burger King, Tea Alive, coffee2 house, ada a few kedai makan lain.. ada sengkuang calit.. and paling penting, tempat tu fully aircond! skarang dgn musim panas, kering..i mmg surrender nak menebeng kat tempat terbukaa.. tak kawan dgn panas2 ni. ana feninn! feninn! ::
:: as long as being together, i happy je.. kalau lapaq nasi, dia bawa i makan asam pedas or masakan padang kat Kg Baru... syok btoii lepas dia dah tak keje ni. Dah byk perkara stress yg i tinggalkan. Tu pun satu niqmat yg I ada, org lain tak ada, kan?? Alhamdulillah.. ::
:: Repeat Romah Makan Terlajak Laris(RoTL).. kan i kata menu kat sini melambak2. So shud try 1 by 1.. :) ::
:: Selalu mmg style gini la..soang order hot drinks, soang ice.. leh share.. leh bilas2 lepas minum caffein. air kat sini mmg murah2 je... sedap boleh tahan. CUMAAA.. kalau minta ayaq panas, bulih dak bagi hat yg betui2 panaih.. tahap i kena tiup2..hembuih2.. baru feeel. ni minta hot nescaffe, sampai tak panas langsung ye. nak kata suam pun tak sesuai! hat ni kakak amarah! ::
:: koang nak tau tak i ni pencinta mee goreng or bihun goreng singapore yg di letak daging?? yes, daging semata! no udang, no isi ayam, sotong ke whateverrrr.. i mmg suka mee or bihun dimasak dgn daging! air daging tu maniss i soookaaa. So masa i telek2 buku menu RoTL ni, nampak menu MEE GORENG ROYAL KELANTAN(tajuk dia), i tgk ingredients dia ada 'daging batang pinang'. wowww.terus order, and i terus falling in love sangat2 tahap langit ketujuh!! ni masa i update pic ni, i dah repeat makan 3 kali ye!! caya ke idokk?? takleh move-on lagiii.. to those yg sama taste mcm i, suka jenis mee lembik2 mcmni...masak style singapore, taruk daging, anda WAJIBul ghunnah to try this k?? ::
:: suami try char kueytiaw sarang... ok tu ok.tapi telur sarang ni mcm tak matching plak masak dgn char kuey tiaw, sbb dua2 berunsurkan gorengan kan?? kalau telur sarang taruk atas laksa, mmg ngammm! so bagi i , biasa2 je ...::
:: ni new cake from SR.. banana caramel. ponnn sedappp! ::
:: Ni time cuti Hari Wilayah (Jumaat). Hellok abis solat Jumaat, suami ajak i mengopi. Time ni p minum dgn Bedah n BIL i kat SR Semenyih.. ::
:: Suami i kadang2 paksa diri sarung baju melayu. Sbb baju melayu dia mmg bersusun dalam almari! tak tau tahun bila nak pakai. Kadang dia p kelas, dia soang je bersemangat pakai baju melayu. ::
:: ni makan kat Arabian House, Taman Kajang Putra.... A few years ago, tiap kali tetamu mai rumah time raya, kat sini lah kami tapau nasi arab. mmg soookaaa angat dgn nasi mandy dia.. ::
:: Repeat makan Nasi Dulang Daun Pisang kat Sg Ramal..time cuti baru2 ni.Suami pnya dulang..ikan bawal.. I penah try dah sekali.. mmg sedapp lah kan??? ::
:: berjujut sambal2 dia.. dappnyaa ::
:: i tukar selera, order nasi ganja sotong bakar..sedapppnya ols!!! lain kali nak makan nasi ganja ayam plak. Sbb i rasa ayam more suitable dgn nasi ganja style gini.. huaa dapppnyaaa ::
:: pineapple and watermelon juice.. ni kat Paddy House.. ::
:: Try hawaiian burger dia.. sumpah TAK SEDAP. adoii tah hapa2 gravy dia taruk kat atas chicken patty tu. so sapa2 mai Paddy house, tayah peramah2 order menu ni k?? i yakin ramai je setuju dgn tekak i.. tak syedapp! mmg tasteless! ::
:: Suami i tak makan time ni... dia kalau lunch, mmg slumber je boleh skip. kalau dinner, mmg dia wajibbbb makan... pembawakan dari time dia kerja, selalu skip lunch. Now dah jadi habit..tak reti makan lunch! ::
Tu je idea i nak update for today..
Sis gerak dulu naa...
Pape rojerrr....
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)