Thursday, May 31, 2018

SEMBANG-SEMBANG 15RAMADHAN 1439H...

2 comments :

Assalamualaikum.

Amboii kelaut hindi sana mood nak ngedet ni haa...
Ni gagah nak p lempaq pic2 dalam hphone. Saja buat kenangan hari muka. huhu.
Last weekend, Jumaat i requested mak masak Nasi Tomato.
Nak habaq mai lahh nooo..nasi tomato mak I mmg letops kebabom olss.
Sbb tu dari awal puasa i dah terbayang2 nasi tomato mak.
Tapi ku tahan2 nak minta tlg mak masakkan.
Ngam2 Jumaat lepas, dah tak tahan sgt..
i minta suami bawa kan mak p merket..
belikan semua bahan mentah + belikan skali lauk pauk tuk stok sehari dua..
senang mak ayah takyah p merket dah.
Ikutkan depa kalau boleh lauk basah kena beli hari2.
Ayah i specially, mmg makan lauk fresh..
arwah atuk i kan nelayan. Opkos dia dah terbiasa makan ikan fresh2.
walau ikan merket tu tadek la se-fresh ikan naik dari laut.
tapi ok lagi la dari yg di frozen kan berhari2..
So suami kata mak beli barang2 masak nasi tomato...
pastu tambah ikan jenahak, tambah ikan lain2 sket...
dia kalau p dgn menantu hantu dia yg sorang ni kurang segan sket.
galak dia mengePOW.. huhuhu.

:: terhasil lah karya agung michael angelo donatello.hahhaa. kanan tu ayam masak merah terpaling sedap di alam fana ini!! kiri tu dalca daging tetel yg hazabulillazi pnya sedapp!! gambar nasi dgn acar mentimun tah kemana haku tak snap! haishh.. hoii taip ni je dah merintih2 sanubari gua babe! ::

:: time ni, gigil pankreas tazabarrrr nak makan... Masuk je waktu, minum air sikit, terus sodok nasi. selalu i cool2 je makan buah, kuih..ni kenot ye. nasi tomato mak mmg torbaek!!! Jumaat aritu,semua adik beradik (kecuali Emi&family). berkumpul. I la pnya kerja p WA semua ajak mai umah mak.. padahal Jumaat org sibuk balik keje. eh i kesah ke?? haha. nak buat sabtu,  i nak p berbuka umah MIL. so i guna kuasa veto suh mai jumaat tu jg2! kata ketua kelas. mmg la mcmni kelaku dia! hahah ::

:: ko tgk umar aathif laa ni. dari haluihhh aritu dah jadi mcm kuih bom boooolaatt! ya allah gerammmnyaaaa... baru nak masuk 2mths dah pandai di-agah2. ni dapat kat cikyom kena kepit 44jam.ciknyah tak larat..tangan cepat lenguh.. ::

:: ni dok gelak org agah2.. ::

:: mulut menceceh.. r i n d u oiiii ::

Sabtu p berbuka umah MIL. Siap dgn tarawikh berjemaah.
Lepas tarawikh berdesupp balik umah mak, cari bihun dgn roti jala mak(menu depa ari Sabtu).
tu makna apa? tak cukup makan ka apa?? hahahha.
tak la, cemana pi pun.. air tangan mak sendiri ni tetap lah menjadi pojaan hati beta.
lagipun iftor umah MIL semua order.. takde MIL i masak pun... 
So lauk tempah ni faham2 je laaa.. tak sama dgn lauk masak penuh kasih sayang.
Pic umah MIL? ek eh mcm lah tak kenal kita ni...... hahhahahha.

Isnin lepas i p chckup. Lps chckup i rasa dizzy sangat.
terus minta MC n balik tidur.
Kol 3pm WA cikyom.dia cuti.
I ajak dia berbuka kat rumah...
Dia kata ON je..terus i melompat bgn..kemas2..
tadek la masak apa pun.. 

:: i gorengkan mee basah2 je.. ::

:: pastu p bazaar beli lauk sedap kat adik biasa tu... masakkan nasi.. kuih2 + murtabak cik yom bawa.. alhamdulillah leechennn sbb ada BIL i yg comel lote tuuu.. settled! hahahaha

:: kena la send pic kat mak bgtau cikyom mai berbuka kat rumah.... ::

Lepas solat maghrib, bergebang sampai lewat malam. 
Esknya kan cuti wesak..
Selasa PH tu, suami I p ngaji i hantarkan.
Pastu i merayap p EVO sebelah PKNS tu.
Dalam tu ada Parkson.. eh dapat rembat 2 pasang kasut dgn barang2 dalaman. hehe.
Tahun ni MADRE dah pindah to cyberjaya. Malas i ols nak kesana.
Beli kasut Parkson jela kita tahunn ni...

Ok i cete ni dulu... 
later kalau ada mood, i up cete lain..
Selamat meneruskan ibadah puasa kawan2..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Thursday, May 24, 2018

SEMBANG RAMADHAN-8, 1439H...

No comments :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 8 Ramadhan.
Insyaallah i masih puasa penuh setakat ni.
Belum cuti solat, belum ada uzur sakit ke apa.
Sehat2 belaka... Dapat tarawikh walau berdua je dgn suami. 
Tapi belum pernah update status fb or ig #DoneSahur #DoneTarawikh bagai.
Boleh blah.. i lepas berbuka is bz.. sahur lagi la kalut nak p keje pulak.
Igt lepas up #done tu dapat duit? kalau dapat, kakak gagah jg la ber-done2.
eh tapi tak kisah lah kan org nak buat apapun.
Astaghfirullah, mind our own business.. Insyaallah2..

Sepanjang 8 hari puasa ni.. 2x berbuka rumah mak...
5 kali berbuka umah sndiri.. mmg kesah menapau lauk dari bazaar je la.
I selalu p bazaar Kajang Prima yg dekat dgn McD kajang prima tu.
dah kenalpasti kedai yg jual lauk sedap...tak meriah, tapi sedap2 lauk kedai adik tu.
dah la kalau i minta lauk lemak cili api, kuah dia boleh buat bagi jiran sebelah umah!
kemain meladung2.
Then nanti balik umah, i kemas2 lauk... masak nasi panas2. bancuh air siap2 taruk kat freezer.
pukul 7pm i re-heat smua dalam microwave.
Settled keje I.. In between boleh lipat baju.. iron baju tuk next2 week nya...
or tgk tv ke.. leh ngaji ke... eh #doneriyak ke cemana ni? tsk tsk tsk. 

:: Begedil tauhu yg terpaling sedap di alam maya i penah rasa!!! terlalu sedapp sampai tiap2 ari i never failed p beli dia ni. kuah cili dia sedapp berasap.. begedil dia dalam tu, sangat tasteful taww.. ada 3 flavour..daging,ayam or mushroom. seketul ada 4 buku kecil RM3. tapi kalau beli 2 ketul RM5.. semalam i beli sampai 3.. bkn tamak ye, tapi demokrasi. i suka, i beli lah byk. suami i pun suka so kita up lagi. walau penaakulan tadek kene mengena...i sekali lagi nak tegaskan yg begedil tauhu ni terlajak sedap!! ::

:: menu i mcmni lah hari2... nasi arab tu suami pnya. tauhu begedil. ikan sambal dgn kurma ayam tu dari kedai adik yg bagi kuah meladung tu..ha ampa tgk kuah dia..ayam dia seketui ja.. ikan sambal tu nampak mcm patah tengkuk kan?? tapi sedap! sumpah,wallah sedap! so i dah tauu kedai adik ni lauk dia sedap2..senang i tuju situ je.. kuih (kiri) ada 3jenis... 1 jenis = 2 ketul. kuih kole kacang, seri muka and talam ubi.. ni semua ni total cost RM28. Kadang2 kurang dari tu. tapi x pernah lebih RM30. Bagi I yg selalu makan je bill dekat nak RM500juta ni #tddmka, kira murah sangat lah kan rm30 tu... kena cara ni, raya mau leh tukar rantai labuh, sauh kapal neh.. kahhhh! ::

:: sahur buat cekodok bilis kentang. asam pedas tu beli dari staff kat office. mak ia meniaga.. 1 bekas asam pedas mcmni RM5.. senang cerita..sedap pun sedap.. selesai, cekodok cicah asam pedas. no more nasi sahur tadi...  ::

:: ni menu berbuka semalam. Asam pedas sampai 2 jenis..1 daging tetel, 1 ikan tenggiri. both beli kat staff(yg sama).. mak dia ongmelaka...nak cerita bab asam pedas?? mmg cempiyen lah! so 1 bekas RM5.. i tambah ayam buttermilk(warna kuning) ni beli kat kedai lain, bkn kedai adik. Mmg jahanam tros rasa dia.. tau la puasa, tapi agak2 la nak masak nak jual bagi org makan kan? celah mana buttermilk nya tah?? so jadi  perhiasan je kat situ.. haishh membaziaq.. i up goreng sawi telur and rebus telur masin. jadi huru hara jg tak reti makan lauk byk2 mcmni. hahhaa. ::

:: sahur smlm i masak nasi goreng, and goreng ikan sardin.. pun terkial2 nak mengabih kan. waktu sahur tu mmg ujian btol nak makan kan?? letak kambing golek depan mata pun belum tentu lalu nak makan pepagi sepi'e mcmtu.. i biasa makan jarangg habis. nak cover balik, i makan buah. suami i skrang rajin plak menyinggah chow kit borong buah. mcm2 buah ada.. so tertampung jg la perut babat i ni nak puasa 12++hrs.. pffttt ::

Puasa kali ni, i tak pernah lagi beli air kat bazaar... 
tak mcm selalu2..gelabah2 bewak nmpk air balang2 tu.
byk sbb la i tanak beli dah.. salah satunya sbb i rasa mcm ridiculous mahalnya..
sebungkus sampai RM4.. air kordial je pun.
eh tak kuasa. i bancuh sndiri, lagi sedap..pekat likat melekat!
makan kat luar pun belum lagi.... tapi rasanya mcm arini nak p makan mana2.
suami i dah tak tetelan makanan bazaar... 
tapi i rasa mcm nak menten makan kat rumah dulu..
senang nak maghrib.nak tarawikh. lepastu leh moreh dgn suami sembang2.
later2 dah masuk 15ramadhan ke, ok kot kalau nak chill2 buka luar.
Masak for berbuka belum lagi.. sbb sampai rumah pun dah lewat.
I dah habiskan puasa pun dah besar rahmat.. 
Suami i mmg tak suka tgk i terkocoh2. Unless weekend.
Tapi tulahhh weekend pernah ke i berbuka kat rumah sndiri? lu pikirr la sndiri. hahha
 Jumaat ni buka umah mak..
Sabtu rumah mertua.
Ahad mebi dgn anak2 tiri.
k bai.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


Monday, May 21, 2018

SALAM RAMADHAN-5, 1439H/2018 | SABTU MANJAT GPO | KOREK-KOREK PIC YG ADA KASI TARUK

2 comments :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah masuk ramadhan ke lime dah arini.
Alhamdulillah jg i dapat puasa penuh sampai hari ni.
kahhh ! tu pun kena mention ke? eh harus laa..
makna kata i tak sampai lagi bendera jepun.. huhu
Weekend mcmbiasa melepak umah mak.
Berbuka, sahur.. 
tapi lately malehh nya nak snap2 pic iftar, food bagai. 
tahu2 masuk je waktu, ngapp.. settled.
padahal sabtu aritu mak masak nasi lemak sambal sotong(sotong basah ok) mabeles giler!
pastu dia up plak masak lontong.. lontong beli yg dalam daun pisang tu!
kuah lodeh plak tersangat sedappp!
i  sebat kedua2 nasi lemak dgn lontong tanpa belas!
sedap yakmat2!!! dah makan mmg tersantak. nak tarawikh pun menyandau!
layan budak2 main bunga api.
Siang sabtu tu, pnya sangap tak tau nak buat apa.
Auni n abam pun balik umah depa skjp.
So suami ajak round2.. Mula2 plan nak p shah alam..
usyar2 PKNS ke...kat sana kan meriahh jualan ramadhan/raya..
last2 suami kata naik GPO(Genting Premium Outlet) je lah..
sejuk sikit. puasaaa kot.  huhuh..

:: takde la SALE apa sangat lagi atas ni.. tapi dapat la rembat tshirt suami 2-3 helai.. ::

:: ada nampak mami happy???? mami kna bawa beg shopping dia sedangkan mami tak beli apa2???? hahaha ::

:: eh letak lagi seketul lah pic posing mcmni . sbb nmpk mcm suciii je muka bebulan puasaaa ni. padahal baju p merket je beranii pakai sampai naik genting! ko mampuu??::

:: ok skrang mami dah happpy.. sbb see tgn kanan mami pegang beg apa?? pandaiii.beg perfume! hahhaha. dapat pow perfume 2 botol buat pakai ramadhan syawal. hahahha. ::

:: kalau p mana2 premium outlet..i mmg cari beauty scents ... perfume kat sana mmg murr murrr... eh authentic ye..bkn inspired or imitation. tapi tak semua brand lah dia ada.dia ikut promo mana dia dann bawa masuk dari US... nyaris jg nak beli jam.. sbb fossil buat sale gempita! tapi.. tak berapa necessary lah . jam yg ada pun tak tau nak sarung kat mana.. bkn boleh pakai sekali harung sampai 3-4jam kan?? kna pakai 1 juga..so better i simpan duit nak bayar duit tailor baju raya dgn cookies raya.. cookies raya i je cecah rm600-700 jg. maklomlah ada 3 rumah kena supply! ayooo karawaleyyy! ::

:: dah lolah berjalan..duduk sat kat tengah2 boulevard yg ada air pancut tu..elok windy.eh kata genting kan?? tgk kedai makan dia boleh tahan byk kat GPO ni.. nnt dah abis puasa plan nak coffee2 atas ni. or mana tau suami nak payung  'Burger & Lobster' ke.. ehemm. ::

Puasa kali ni i rasa chilll lah.
Tak berapa kedaung, or melembik ke apa.
Suami i plak yg nmpk lesu. sbb dia tgh batuk teruk.
I stay umah mak smpi ahad tghari je..
Lepastu balik Kajang dah.
Singgah Mydin cari stok bahan basah masak buat masak sahur.
Berbuka tak kacau sangat, sbb mmg singgah bazaar je.
Yela penat2 balik keje, dgn jem bagai. takyah la buat perangai nak masak beriya.
dah la makan 2 mulut je. 
Yg risaunya time sahur lah. Bazaar makanan bkn sedap nau.
so slalu sahur lah i masak elok sket. 
Ok settled cerita aktiviti weekend..
Ni saja nak up gambar2 before puasa aritu.

:: a few days before puasa, ada chckup dgn Dr.Fuad... letak kad appoinmnt pastu p cari makan. Kat gleneagles ni mostly western je lah byk. Gleneagles kan ada new block. Kat new block tu byk jg kedai makan baru...tapi let's settled dgn DOME je.dekat dah dgn klinik onco. ::


:: i makan cream pasta je.. i mmg preferred linguine than spaghetti .. kalau makan sizzling mee pun i akan request mee leper mcmni instead of mee kenting2(yee mee).. sedapp! tak muak sbb cheese dia mild je. ::

:: roasted chicken ni suami pnya. kat DOME ni roasted chicken dia mmg SANGAT sedap ye. tak mcm nando's ke kenny rog ker.. dia mmg ada taste dia sndiri... tp sangat marvelous! ::

:: Weekend before puasa, masa mother's day.. bawa budak2 main air kat sg congkak. diorang ni kan orang bandau. masuk sungai terpeghak2 sekor2. huhu. boleh diorang main tepi2 je...eh i ni pakal tak bawa baju.if not i yg berkubang lebih.. pastu i siram2 air atas badan diorang terjerit2 kesejukan. eh me be like 'bluerrrhhhh'. pastu panyah dia bawa diorang ketengah sikit, baru diorang enjoy mandi! sonok sangat tgk depa mandi sungai. syik mandi swimming pool ja.. klorin tau dak?? tu yg balik singgah makan pizza.. dgn budak2 apa lagi diorang suka makan kan?? ::

:: montek haku ni pandaii je order..siap tau pages berapa menu fav dia... tempura prawn dgn seafood lasagna.. sikit dia tak heran pizza. mcm ongtue! huh! ::

:: nampak taik lalat gua je... jadikk laa ::

:: tgh makan waitress tu hantar complimentary cake as per mother's day.. Alhamdulillah.. tapi i dapat jilat ujung sudu je...sbb budak2 tu yg qiqah cake smpi selesai.sob2..::

Ok ada tu je pix terkumpul yg sesuai di-up...
So, i go first naaa. u all go second :p..
Selamat meneruskan ibadah puasa...


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Friday, May 18, 2018

COUSIN'S WEDDING AT BANGI GOLF RESORT & DINNER RECEPTION GROOM SIDE AT KL TOWER

3 comments :

Assalamualaikum.

5 Mei(sabtu) before PRU14 aritu, cousin's I menikah.
Masa mula2 bubar parlimen, mmg debar2 la juga depa takut election jatuh time majlis.
Syukur jg Tok Jib postpone rabu nya for pru..Majlis Sabtu b4 PRU.. cun2 jg la date nya.
if not cemana goman eh kami nak mai kenduri pun tak tau..
Bride; Aimi Dayana ni anak Che Mie(adik mak).
Majlis belah perempuan buat kat Bangi Golf Resort.
Pagi2 nikah dulu. Tengahari terus bersanding..senang!

:: mana2 pi 2 ketul ni tatap menjadi escort ciknyah.... kesayangan sangat2 amat.. nak kata cemana tahhhh... belah dada ni mmg penuh nama depa 2 je la kot. si Umar tu bakal jg bertakhta di hati I... fiya n dhani as well. mcmni lah nasib si penumpang kasih sayang orang... :: 

:: Akad nikah. With her mom; cik ziah.. ::

:: Baju biru tu che mie.. ayah pengantin perempuan. terkemut2 muka che mie tahan nanges. anak sulung lah katakan..huhu. kemain belah lelaki berbaju oren..dah la a few days je lagi nak PRU14... parti oren ketteww? huhu ::

:: Alhamdulillah selesai.. SAH..dah leh tiyum2. lomen2.. :p ::

:: Tomei dak kazen kita? baya2 ciktam dia ni. Ni Tukar baju for bersanding pula..::



:: bonda tepung tawar..i lah kena pimpin dia naik pentas pelamin.. kalau tak mau dia merangkak manjat tangga pelamin tu. huhu:: 


:: A few days nak election, kami berani2 je pakai kaler ni.. masuk2 dewan, sakan lah kena sakat dgn pak2sedara.. YB2.. ye mmg YB.. Yang Berkhasiat! bahaha ::


:: with acik yot n bonda ::

:: with yom ::

:: pon biruuuu dia tuuu ::

:: pulun gula2 budak... kecik2 dulu mana nak dapat gula ni weii? kalau ada pun, mana mau nya apak i p beli kann.. so..revenge! hahah::

:: manje haku ni kannn.. dah makan tambah 2x dgn I..yom dia datang, dia p menyelit minta makan lagi... kau rasa???? ni dia buat muka singa betina, sbb yom snap pic dia nak send kat papa dia..hahah dia takut sket dgn papa dia... makan byk neh.. adoii laaaaa auni.. ::

The following weeks nya.. Jumaat malam sabtu...
ada majlis belah laki plak kat KL Tower.
Limited guest are invited.
I ni pun pakal nak bawa kan mak ayah. 
lagipun Che Mie i tu geng dgn suami I..tu dia invite skali..

 
:: petang tu sempat i belikan baju batik tuk ayah. baju batik lama dia, dah bagi pokde bawa p mengajar... 

:: kesayanganssssss::


:: ni pakcik2 makcik2 i yg joint dinner malam tu..::

:: with cousin's.. Maisarah Karina... ni lagi muda..baya2 acik.... ::

:: dato' datin.. cambiasa aaaa.. laki den mmg loike sangat pakai baju melayu satu set mcmni.. Che Mie suh dia pakai coat.. dia malas..dia kata kenduri kawen biar dia pakai malay traditional attire mcmni.. i follow jaaa ::


:: my mamabunda... fotostat tak muka kami???::

:: simple je pelamin dia.. ::



:: ni gen Z keluarga arwah atuk seman and nenek fisah... cousin2 i yg muda2:: 

:: 2x mai KL Tower waktu siang.. ni lah kot 1st time mai malam.. cantik sgt view KL. mengemut2 nmpk bangunan lampu2....:: 

:: Susah nak dapat angle, sbb cermin ni buat gua gayat beb!!! ::

:: Door gift..:: 

Alhamdulillah selesai majlis kedua2 belah pihak.
Che Mie ni umah dia kat bangi, so satu kapal je dgn I...
Kawen dah dekat nak puasa ni bahaya woooooo 😈...
pandai2 lah koang tekan break ye.. kah kah!


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.