Thursday, May 24, 2018

SEMBANG RAMADHAN-8, 1439H...

No comments :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah 8 Ramadhan.
Insyaallah i masih puasa penuh setakat ni.
Belum cuti solat, belum ada uzur sakit ke apa.
Sehat2 belaka... Dapat tarawikh walau berdua je dgn suami. 
Tapi belum pernah update status fb or ig #DoneSahur #DoneTarawikh bagai.
Boleh blah.. i lepas berbuka is bz.. sahur lagi la kalut nak p keje pulak.
Igt lepas up #done tu dapat duit? kalau dapat, kakak gagah jg la ber-done2.
eh tapi tak kisah lah kan org nak buat apapun.
Astaghfirullah, mind our own business.. Insyaallah2..

Sepanjang 8 hari puasa ni.. 2x berbuka rumah mak...
5 kali berbuka umah sndiri.. mmg kesah menapau lauk dari bazaar je la.
I selalu p bazaar Kajang Prima yg dekat dgn McD kajang prima tu.
dah kenalpasti kedai yg jual lauk sedap...tak meriah, tapi sedap2 lauk kedai adik tu.
dah la kalau i minta lauk lemak cili api, kuah dia boleh buat bagi jiran sebelah umah!
kemain meladung2.
Then nanti balik umah, i kemas2 lauk... masak nasi panas2. bancuh air siap2 taruk kat freezer.
pukul 7pm i re-heat smua dalam microwave.
Settled keje I.. In between boleh lipat baju.. iron baju tuk next2 week nya...
or tgk tv ke.. leh ngaji ke... eh #doneriyak ke cemana ni? tsk tsk tsk. 

:: Begedil tauhu yg terpaling sedap di alam maya i penah rasa!!! terlalu sedapp sampai tiap2 ari i never failed p beli dia ni. kuah cili dia sedapp berasap.. begedil dia dalam tu, sangat tasteful taww.. ada 3 flavour..daging,ayam or mushroom. seketul ada 4 buku kecil RM3. tapi kalau beli 2 ketul RM5.. semalam i beli sampai 3.. bkn tamak ye, tapi demokrasi. i suka, i beli lah byk. suami i pun suka so kita up lagi. walau penaakulan tadek kene mengena...i sekali lagi nak tegaskan yg begedil tauhu ni terlajak sedap!! ::

:: menu i mcmni lah hari2... nasi arab tu suami pnya. tauhu begedil. ikan sambal dgn kurma ayam tu dari kedai adik yg bagi kuah meladung tu..ha ampa tgk kuah dia..ayam dia seketui ja.. ikan sambal tu nampak mcm patah tengkuk kan?? tapi sedap! sumpah,wallah sedap! so i dah tauu kedai adik ni lauk dia sedap2..senang i tuju situ je.. kuih (kiri) ada 3jenis... 1 jenis = 2 ketul. kuih kole kacang, seri muka and talam ubi.. ni semua ni total cost RM28. Kadang2 kurang dari tu. tapi x pernah lebih RM30. Bagi I yg selalu makan je bill dekat nak RM500juta ni #tddmka, kira murah sangat lah kan rm30 tu... kena cara ni, raya mau leh tukar rantai labuh, sauh kapal neh.. kahhhh! ::

:: sahur buat cekodok bilis kentang. asam pedas tu beli dari staff kat office. mak ia meniaga.. 1 bekas asam pedas mcmni RM5.. senang cerita..sedap pun sedap.. selesai, cekodok cicah asam pedas. no more nasi sahur tadi...  ::

:: ni menu berbuka semalam. Asam pedas sampai 2 jenis..1 daging tetel, 1 ikan tenggiri. both beli kat staff(yg sama).. mak dia ongmelaka...nak cerita bab asam pedas?? mmg cempiyen lah! so 1 bekas RM5.. i tambah ayam buttermilk(warna kuning) ni beli kat kedai lain, bkn kedai adik. Mmg jahanam tros rasa dia.. tau la puasa, tapi agak2 la nak masak nak jual bagi org makan kan? celah mana buttermilk nya tah?? so jadi  perhiasan je kat situ.. haishh membaziaq.. i up goreng sawi telur and rebus telur masin. jadi huru hara jg tak reti makan lauk byk2 mcmni. hahhaa. ::

:: sahur smlm i masak nasi goreng, and goreng ikan sardin.. pun terkial2 nak mengabih kan. waktu sahur tu mmg ujian btol nak makan kan?? letak kambing golek depan mata pun belum tentu lalu nak makan pepagi sepi'e mcmtu.. i biasa makan jarangg habis. nak cover balik, i makan buah. suami i skrang rajin plak menyinggah chow kit borong buah. mcm2 buah ada.. so tertampung jg la perut babat i ni nak puasa 12++hrs.. pffttt ::

Puasa kali ni, i tak pernah lagi beli air kat bazaar... 
tak mcm selalu2..gelabah2 bewak nmpk air balang2 tu.
byk sbb la i tanak beli dah.. salah satunya sbb i rasa mcm ridiculous mahalnya..
sebungkus sampai RM4.. air kordial je pun.
eh tak kuasa. i bancuh sndiri, lagi sedap..pekat likat melekat!
makan kat luar pun belum lagi.... tapi rasanya mcm arini nak p makan mana2.
suami i dah tak tetelan makanan bazaar... 
tapi i rasa mcm nak menten makan kat rumah dulu..
senang nak maghrib.nak tarawikh. lepastu leh moreh dgn suami sembang2.
later2 dah masuk 15ramadhan ke, ok kot kalau nak chill2 buka luar.
Masak for berbuka belum lagi.. sbb sampai rumah pun dah lewat.
I dah habiskan puasa pun dah besar rahmat.. 
Suami i mmg tak suka tgk i terkocoh2. Unless weekend.
Tapi tulahhh weekend pernah ke i berbuka kat rumah sndiri? lu pikirr la sndiri. hahha
 Jumaat ni buka umah mak..
Sabtu rumah mertua.
Ahad mebi dgn anak2 tiri.
k bai.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


No comments :