Showing posts with label TERENGGANU. Show all posts

Wednesday, April 03, 2019

GANU TRIP WITH BELOVED FAMILY...

No comments :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, lama dah tak jalan2 dgn family.
Asalnya, si Hafiz la yg duk ajak2 teman dia pi visit MB ganu.
Ada program under PAS cawangan KAI.
I sukaaa je bab jejalan ni. Selagi tak clash dgn apa2 hal, ON je. InsyaAllah..
So trip kali ni kami 3 beradik yg dah tawen(I, hafiz and Cikyom) joint.
Bawa mak ayah. Adik2 bujang smua tak hekot.
Mula2 mak i peramah2 p register nak joint naik bas.
Bas trip akan singgah kelantan dulu.
tak gamak plak nak biar depa naik bas.
Mak kaki nak bend pun tak lepas, ni nak melangkah naik tangga bas?
Pastu ayah plak jenis kerap kencing. Sian plak dia, tertahan2 kang.
Tu yg sepetak suara, ajomm la kita mengekor sama.
Sambil2 bawa kan mak ayah... depa pun lama dah tak p ganu...
I dgn seben i boleh kata setahun sekali mesti sampai ganu. ha ha ha.
Tu yg kejadian dia tak byk pic pun i snap. Dah tak koser.
Mostly i minta dari hphone orang.
Kalau p dgn family, anak2buah, i mmg ralit layan diorg je..

:: Yom naik dgn I, kami gerak dari Kajang.. hafiz bawa mak ayah dari Ampang. Team Kajang gerak awai, kol 3am... Benti solat subuh kat R&R Paka. Suami i henjut kete sampai 170km/j.. kami celik2 mata dah lepas R&R Gambang. Hoiiii aje membesit ko ye bang??? Ni lepas solat, minum air panas buat segar mata. tak nak makan kat R&R. Nak cari kedai2 kampong.. ::

:: Exit Dungun.. cari kedai2 kg... sedapp giler-giler-giler!!!! i, suami dgn pakyom makan nasi minyak,  dgn 2 lauk masing2.yom makan nasi dagang.. dgn roti canai dia lembut gebu sedappp... tambah lauk ikan aya, dgn ayam... mia makan bihun. air soang satu.. pap RM25.. hahahhahaha. apa ke murah nau2 oiii???? i rm25 tu buat belanja makan soang kat office! huhu ::

:: Sampai KT awaiii. tak tau nak p mana, bawa la pelancong ni ha mai masjid kristal. Yom pun dah slalu sgt mai kursus ganu. so takde la jakun nau2..  kebetulan skrang masjid kristal tgh renovate.. ::


:: ngam2 muat! aahahahha. Dlm kol 2pm, geng2 Ampang sampai KT.. Bawa pi makan kat Pantai Batu Buruk. Nau dah lawaaa sgt pantai tu... mcm2 aktiviti ada.. ni 3 hari kat ganu, hari2 mai sini layan depa main mendalah ni. RM10 je kou!! dah la leh main lama2.. kalau battery kong, bgtau je owner, dia akan bagi tukar or charge battery. Gilaaa baik hati kannnn??? ::

:: Hat ni eksen je mcm dia drive, padahal panyah dia melayan remote.. yayang mot2ciknyah ni.. ::

:: this is our 2nd time stay here.. Dulu mai bedua, time weekdays.. kemain sunyi sepi. kali ni p time school holidays, baru meriah baqhang! ::

:: skip terus 2nd day.. Pagi2 nak p bfast. Kali ni kami stay kat Marina Duyong Resort. Kalau bawa budak2 sesuai la duk resort mcmni. Depa leh main2 kat laman. pastu kat sini blok2 chalet dia, 1 blok ada 4 bilik. Ngam2 la muat tuk kami.. so kira 1 block tu family kami semua. senang! So ni pic 2nd day nak p bfast kat cafe resort. Since minta bilik dekat dgn pool(pool blkng bilik), makanya jauh sket dari lobby and cafe. Nak p cafe, kena call buggy. Takde hal. bdk2 lagi suka naik buggy. Huhu. ::

:: 2 nights stay with bfast provided. Bfast dia sedap2 ye. Semuorang pun puas hati!! ari2 ada nasi dagang, nasi minyak.. ada jg western , noodle station.. eh mmg vevaloi2. ::

:: Lps bfast, layan budak2 main pool ::

:: mak2 budak pun joint sekaki.. ::

:: dah selesai mandi pool, naik bilik siap2.. nak p Kediaman Rasmi MB Ganu.. ::

:: Lengkap semua ahli rombongan. hehehe ::

:: umar with mama.. mama dia bersiap hellokk ja nak p umah MB...  cerrr nengok ciknyah diaaa... 

:: ha ha ha ha.. failed etique attire...! yelaaa i asalnya takde la beria nak pi visit MB sbb MB xdak pun. wakil jaaa.. pastu i igt bdk2 tinggal hotel.. i nak tlg nanny laaa. sekali hafiz ajak smua pergi.... mendapatlahhhh cenggini je ciknyah kau bersiap! huaaa ::

:: sambil2 tggu rombongan dari KAI, kami singgah lagi Pantai Batu Buruk.. dok melayan budak2 main kete2 mainan tu lagi... ::

:: Dah sampai kediaman rasmi MB Ganu.. ::

:: Ayahanda dan Bonda.. ::

:: With Hafiz clan's.. ::

:: Sejam menunggu baru lah rombongan depa sampai. Depa sesat p Office MB.. padahal perjumpaan kat kediaman rasmi.. ::

:: Dewan meeting dalam kediaman rasmi.. ::

:: dah mcm masuk meeting office hehhheheh ::

:: Nampak sis?? hahhahah. ::

:: Papa si 3A's. Aliff.Auni.Athif. Ketua cawangan pas KAI.. silalah berucap ye big boh! ::

:: Bidan terjun.....kakak2 si ketua cawangan. huhu..ujung2 anak2 Hj Isnin yg byk bercakap dlm tu.. bagi soalan... bagi idea. mihmih ::

:: penutup..penyerahan cenderahati dari PAS KAI kepada wakil MB Ganu..::

:: timbal balas from MB Ganu to PAS Caw.KAI ... ::

:: kemahen.. lupa anak lagi 2 orang ke bang?? hhuhu::

:: Ni je pic yg ada.. Food pic mmg takde lgsg! ada tak ada, pic ni je satu2nya yg sempat i snap. tu pun mak suh snap sbb nak antau kau anak2bujang dia yg tak hekot! Bz giler ok sis kat sana!!!! kalau sampai je kedai makan, i kena pimpin mak.. kang anak2buah ada yg rebut2 nak suh i pimpin tgn depa jg . Pastu cari seat. Kang order pun I...kang food lambat sampai pun i yg kena p tanya.. Bila food dah sampai. kiri i auni. mak ayah depan I..suami kanan.. Smua i nak kena serve..dah la ragam kadang2 memang menduga kesabaran I ye... tapi i layan kan aja. janji doang happy! i sndiri pun makan takat gitu2 je. Sbb dah kenyang tgk orang lain seronok makan! Ni sotong celup tepung terpaling sedappp dalam bumi Malaysia eva! hahahha. Ampa mai KT pi cari Restoran Seafood Kuala Ibai ok?? dia bawah jambatan lepas dari masjid terapung... Day 1st makan, mcm2 seafood kami baham.. RM240 sahaja ye!!! giler tak meroyan makan sedap, byk tapi murahhh!?? ::

Rasa tak puas jalan jg sebenarnya.. 
sbb day 2 dah byk abis masa dgn program PAS.. 
Makan boleh tahan la puas..
sbb sempat p layan ICT(Ikan Celup Tepung) kat Pantai Ketapang(dkt airport).
Memang saja taknak menempuh maut pi PokNong.
Weekend2, time cuti skola piula??kau rasa?? 
gigih plak kakak nak que bersesak2 dgn orang ramai kat sana?? 
Pantai ketapang pun sedapp je dia pnya celup2 tepung...
Sama je mcm PokNong... Puasss la makan ICT, SCT, UCT sesemuaaaa la. 
mkn byk2...lohok2.. RM180 je pun!! 
ya allah migrate mai duk ganu pekdah jg ni... 
tapi.... paling sadisss...
TAK SEMPAT SINGGAH PASAR PAYANGGG LANGSUNG!!!
school holiday, jem teruk2 nak masuk pasar payang.. 
Mmg tak dann nak mencelahhhh! 
Sian mak and zizah nak tgk2 baju....
Nak masukkk kat jalan tu pun stuck tak bergerak.
Pastu bawa YB Hj Isnin tu bkn calang2 ye nak jaga mood dia.
Masa otw tu dh start jem, i call hafiz kete blkg..
"lang, amacam?? nak stay ke?"
i dgr ayah dah melaung kat blkg dia.
"dah pusing2, buat pe jem2 ni??"
hahahahhaha. laju i minta suami buat u-turn! kahhh!
Bigg Boss dah bersuara! ha ha ha
Kalu i berdua dgn suami,tadek hal.
Pandai je suami i cari parking jauh2 pun kami leh je jalan pelan2.
Ni bawa org tua..baby..bdk ramai2 ni. time tu tgh hujan merebas plak tu.
Tu yg patah balik, terus kami balik ikut jalan pantai.
Singgah Marang cari keropok. 
Makan satar tepi pantai. Pastu benti lagi kat Kemaman.
Makan lagi... pastu singgah temerloh pun makannn lg.
Puas makan je laaaaaaa...
sampai Kajang dkt nak pukul 11pm...
Syukur Alhamdulillah...
Ada rezki kita jalan lagi naaa..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




Tuesday, April 18, 2017

NA NA NA NA NA.... GANUNG KITEEEKKK EEEE... FINALE!

No comments :

Assalamualaikum.

Day last in KT.
Walau malam tadi tidur tak tidur sbb takut hantu..hahaha.
Pagi tetap bangun awal mcmbiasa..
Mandi2 siap2, tggu buggy amek. 
Tiap2 pagi kalau buggy amek, kami minta dia bawa kami round 1 resort..
Yela kawasan resort ni bapakk lahh luas..mmg tak larat nak cover by walking.
Swimming pool pun kami tak singgah!
Acerr cerr kabor celah mana nya nak berendam bawah matahari terik tu??
Kalau yg bawa anak, wajipp singgah swimming pool ye dak? 
ke mmg ngadap pool 48 jam? Tayah kluar jalan2 pun..layan pool je kot kan??
nama pun budak2 .....

:: 2nd day bfast kat sini, layan nasi dagang... ::

:: dah kenyam makan nasi dagang, yg sampingan2 ni buat  ratah gitu2.. ::

:: my zaujj ::

:: lepas minum, p cari kepok lekor belah2 losong sana. Ada org kata, losong dah tak carrraaa eh?? ada yg suggest kepok Tok Molor la apalah. Igt i heran kan semua tu? hahahha. I pi kedai, beli sikit yg dah goreng, rasa sedap lulus, terus minta bapa peket nak. settled! nak bagi mak2 yg 2 orang tu je. Sbb kami naik flite, tak dapat lah nak bawa buah tangan byk2.. limited kan? Sekarang dah innovasi sikit, kepok lekor diorang pack pakai vaccum bag. Senang nak bawa! takde lah berkuap2, berbau etc. ::

:: Sedapp nok! makan panas2.. I beli tuk 2 rumah tu..plus bagi 2 peket tuk jiran depan umah, sbb dia sudah sound kat fb..hahha. kenot lari. lagipon dia sejenis yg rajinnn bagi buahtangan kalau pi mana2. so tak apalah, kita main exchange2 kennn..yg jiran2 lain, kalau ada byk.insyaallah semua merasa. if not.. tak dapek la.. tuk umah kami sndiri??wabillahitaufiq walhidayah lahhh jawabnya..bek la tayah. kang mereput mereka dlm esbok.. rentikan! kalau nak kang, goreng je la kat umah mak.. :: 

:: kendur beb! hahahhah. Lepas losong, lepak2 Pantai Batu Buruk sat... saja cecah2 kaki.. rasa tak complete plak mai KT tak singgah sini.. Skrng dah ada byk buaian ols!! dah mcm kat Gili Trawangan(Lombok). Wow! Impressive!! ::

:: Memang dasar katik! hahhaha. jauh lagi nak cecah tanah! nasibb laaaa, i kan comel2 mcm Nora Danish jewwwww.. *puii*. Kami pegi ni time kol 10 lbh..matahari molek nak naik.. buka mata pun sipi2... kalau mai petang, heaven jg mengayun ngadap laut kan kan? sambil dengar deruan ombakkk menghempas pantai. perkhh! btw..A&W pantai batu burok tak buka lagi.. if not leh layan Root beer float.. slurrpp.. ::

:: balik bilik, final packing...siap2 ... pose kat verandah luar ni jap.. ::
 
:: Lupa nak kabor, kami stay kat 1st floor.. elok jg, sbb masa round2 dgn buggy, nampak ada biawak besar kat salah satu rumah bawah. Kang tidur,tak sedor  berguling elok skali masuk dlm selimut..acane???? Takuitttt!! ::

Extend hantar kereta..sbb tak tau nak buat apa masa  tggu flite.
flite petang kol 4.05pm.
Atleast ada kereta, leh p cari makan..merapu meraban ke mana..killing2 time..
Sambil bincang2 masalah dunia, masalah dajjal.. wow pasangan ilmiah sgt ni! hahhaa.
Sewa kete for 48hrs = RM210.
Kalau extend, RM10 every 1hr..
I extend 5hrs..budak tu bagi RM40..so total RM250.
Petrol isi RM50 for 3days. 
Flite lebih kureng RM350.
Parking kat Putrajaya Sentral  RM19
ERL RM36.80.
So total transport  cost about RM710.
NOT BAD.

Jom tgk kalau driving.
 Toll :
1) Tol KL Kajang RM5.60 + Gombak RM6.50 + Bentong RM3.50 + LPT2 KT RM43.30 = RM58.90 X return = RM117.80
2) Petrol RM250.00-RM300.00
3) Car service/maintainence
Estimate RM517.80

Beza dalam RM200 juga. Tapi kami mmg tak larat nak naik kereta jauh2.
Tiap kali nak jalan jauh, selain dari suami I sndiri yg tak kuasa..
dia slalu akan fikir I tak larat. I duduk lama nanti sakit. Bentan lah..
Tirharu baby acenggini  taw!!! huhu  

:: dah boarding.. Masa ni ramai makcik/pakcik nak p umrah. transit to KLIA dlu kot. Ramainya yg baya2 ayah/mak. Excited muka masing2. Moga selamat pergi dan kembali..beserta meraih umrah yg mabrur..ameen. Doa2lah turn kita pula tiba. Jgn kata "jalan kulu kilir boleh, umrah/haji tak nak pegi". Uishhh kejam sgt statmnt tu.. ajagiler orang tanak p makkah tu?? Mesti lah NAK kan?? everyone mesti lah ada perancangan ke arah tu kan? Cuma rezeki nak jadi tetamu Allah tu terpulang pada Allah jua adanya. Kita usaha and doa byk2. Ameen ya rabb.. ::

Alhamdulillah trip to KT kali ni success!
Paling2 best, sbb suami puas hati sgt2 dapat jejak kasih dgn maklong dia balik.
Ganu ni best sbb byk tempat peranginan/pulau2 yg sangat2 cantik.
I dah 2x pun pegi perhentian , redang & lang tengah.
Pulau Kapas je tak jejak lagi. tapi baru2 ni heboh ada jerung kat sana.
takuit! eh lagipon i kan dah angkat senapang tanak p pulau2 dah.
Lepas dilambung ombak duka masa p Phuket marin??
 S E R I K mak nak!

last but not least...

:: Pic ni i jadikan wallpaper kat hphone suami I... berani, tukar! harap dia tak ngigau tidur malam.. hahhahaha. ::





.: NO HATE JUST LOVE 💋:.




Friday, April 14, 2017

NA NA NA NA NA.... GANUNG KITEEEKKK EEEE... DAY 1

No comments :

Assalamualaikum.

Sabtu lepas kami p Kuala Terengganu(KT) by flite.
Takde apa pon, saje je short vaccay. 
Lagipon suami i, nak p ziarah maklong dia yg dah long2 time not see..gitcheww.
Tadek apa nak review ke nak cover sangat pon.. terengganu ni i dah byk kali pon pegi.
Just repeat2 ...saja jalan'g'2... 

Eh btw i nk warn taw. entry kali ni... i lambak pic je bebanyak.
2-3 arini rasa sengal plak nak buat karangan.. 😛

:: Si montek ni kalau nak berjalan, malam tu dah huru-hara..tdo pun tak lena..dok tgk jam je hahahha. ngalah budak2.. huhu.  Mcmbiasa, kalau travel by flite.. and dalam masa kurang 4days, kami akan park kete kat Putrajaya Sentral.Dari umah i to putrajaya its only took about 30mins je.::

::Sesembab2 muka.. kol 4.20am dah kluar umah kou.. ::

::earliest flite kami amek.. kol 7.20am... sempat beli burger je kat Marry Brown buat alas perut. Mas flight, kalau short distance, dapat kacang dgn juice je. Tu yg gagah jg que kat marry brown. Marry brown ni plak satu2nya yg ada kat boarding area nuuu .. ::

:: snap sedas dua.simpan hphone..pastu membuta 😴 ::

:: Hello ganung... hawau u?? mat dang mana? mat dang?? dia janji nak fetch i kat epot..pentipu eh?? 😜 ::
 
Sampai airport, terus jmpe owner kete sewa...
Axia auto RM210 for 48hrs.. boley laaa...
dah ada 'kaki' mencecet cari kedai makan. L A P A Q weihh!

:: tadaaaa.. ganung identity! kepok dia bapak sedap. ikan 80%! gemok2 ... ni kami main redah je stop kat kedai yg ramai org..assume ramai = sedap. setled! :: 

:: nasi minyak. orang ganu mmg bfast nasi minyak kan? mcm kita layan nasi lemak.depa nasi minyak.. lauk simple je.. bkn nasi minyak beriya mcm lauk kenduri tu pun...nasi dia tak la berminyak mana pun.. makan dgn ikan aya(tongkoi) or ayam.. acar timun + kuah kari.. aserehe btoi sedap dia.. RM3 sahaja ye.. ::

:: Suami layan soto ganu::

:: sampai dah umah maklong suami kat Panji Alam, KT. Maklong ni kakak tiri kepada MIL I.. duk ganu dari dulu... Rumah dia style rumah kayu yg lawo. Dulu moklong ni ada kedai emas, la ni dah tua..anak2 xnak continue.. kedai tu dah jadi kedai baju batik plak.. ::

:: Suami dgn sebahagian sepupu2 dia yg dah lama tak jmpe.. happy dia dapat jmpe balik sedara mara dia. I mmg OK je bab nak rapatkan balik sillaturrahim,kontek2 balik..i mmg fully support. I mana? I? i jadi camerawoman olssssss... kasi chance laa kennnn ::

:: konon nak pi Poknong Ikan celup tepung...skali dia buka kol 3.30pm. time ni baru kol 1pm..takleh checkin hotel lagi.. so kita layan je la apa yg ada..not bad! ni mushroom  .. dann snap pic ni je..jadi laaa.. ::

:: google pic. Stay sini for 2 nights... DUYONG MARINA & RESORT... formerly known as Ri-Yaz Heritage.. Mcmni lah rupa resort nya.. ::

:: Pic google lagi.. mcmni la overall bilik kami.. kalau diselak sliding tu smua jadi lah mcmni.. yg ori pnya pic as per below 👇 ::

:: Ni real pic by me. Mcmni la rupa bona eh.. OK  i suka..tilam and pillow dia hempok elok dari golden horses maghin.. :: 


:: TV... takkan peti es plak..kih2... ok tak kelakar. ::


:: toilettries. Mcmmana rupa masa sampai, mcmtu juga rupa balik dia. tak berusik! ada org mmg harap 100% kat toilettries hotel kan?? sepatutnya mcmtu la kot. sbb ada yg travel tak nak nyusah2 bawa barang byk2.  ::

Kekemain panazzz berdenting2 KT masa i pegi aritu.
Dah la resort tu wooden style, dia serap haba2 luar... nak tggu aircond sejuk pun.. pffttt..
Kat sana, asal balikk je bilik, i mandi... kemain rajin.dah mcm budak2 jmpe air.. hahah. 
Dapat lelap sekejap..kol 4pm bangun solat..terus keluar cari pasal...

:: dah washup , salin baju..baru fressh sket nak berjalan.. ::

:: abam sayam..abis baju raya dibelasah buat basahan. huhu ::

:: kat sini kena tggu buggy.nak berjalan, basah jg cengkiak! ::

:: kat sana kekemain malazzzz i nak tepek even bedak... biaq togel wajah kesayangan koang ni..ceewaahh ::

::boleh tahan lambat jg buggy dia..ni yg leceh dok resort kena tggu buggy..sebaik kami berdua je..kalau deret2 bawa anak tu.. mengundang jg! Akceli, masa checkin i dah req bilik palingggg dekat dgn lobby/parkir.. alhamdulillah mmg bilik kami paling dekat. tapi palinggg dekat dia pon!!!!! ala2 resort mesra alam ni, rumput cantik bagai, mana di baginya bawa masuk kete ke area resort sana kennnn::

Ptg day 1..
kami p Pasar Payang. Sampai sana kol 5.15pm.
Sharina (kawan I stay sana) bgtau pasar payang katup kol 6pm.
Eh apa ada hal..i laki bini mmg jenis yg TAK MEMBELEK sangat.
Dah target nak beli apa.. suai dgn mata, budget ok, grab!
dapat la sampin songket raya suami i.
Kat sini, tayah la ajet2 nak cari sampin 'main2' ye..
Smua pun ori songket rege paling murah pon RM250 ye. 
yg belas2 ribu pun melambak! eh apahal sampin pakai 4jam je raya pertama.
sampai nak beriban2 kennn?? 
Suami i ni mmg sejenis jg... kalau bab baju melayu ke baju raya ke..
mmg nak purrffuctt je. Butang baju melayu pun kalau boleh nak pakai batu zamrud ori apa?? hahaha
Utk I.. kain ela batik digital print dapat  3 pasang.
I mmg tak kuasa dah nak beli batik betul. dah ada 4 pasang, cukop!
sat g p kenduri yg tak buat kat dewan, haku lenjan kan pakai sluar. paneh!
 Before kol 6pm dah settled. See..senang kan kami??

Petang tu janji nak early dinner dgn sharina n kids.
Janji kol 6lbh. Sambil lalu tu singgah Masjid Terapung Sultanah zahrah...
X masuk pun ..saja duk2 luar.. snappy2..

:: B4 ada Masjid Kristal, masjid ni lah pun jadi kebanggaan ganu kan?? agaknya lah kot..Matdang yg bgtau I.. hahahha. tak abis2.dah berbini pun mamat tu..huhu ::

:: dah nak masuk meghrib pun panasss dia! ya amponnn berkuah2 ketty! ::

:: Tada terus sampai .. i kalau mai KT mmg akan repeat makan sini je. Kedai ni betul2 bawah jembatan nak ke chendering nunnn. nama kedai dia SHELLY SEAFOOD. sila waze k! seafood dia sedap2 kau masakkan dia! sotong celup tepung, dilupa jangan.. :: 

:: Inilah bff i; Sharina. Kawan SAMTEN dlu. Dah 8 tahun dia stay KT ikut suami dia, tuan inspektor! lepas beranak 3, badan dia kemain2 membesar bagai johan! tapi baru2 ni dia consume HerbaLife, and jaga makan.. slim balik! dah tinggallllll i snsoangggg... sob2 😭 :: 

::  lps pose , ina post pic ni kat whatsapp geng samten..mendapatlah dia berbakul pujian! menyammm taw. tapi i tetap dipuja2. "mak esah menten cun..dunwori". woww pandaii btol diaorang jaga hati sahabat. walau hakikat dia, lagikan terang ingin bersuluh. hahahhaha. 

:: with kids ina...dah 3...anak dara dia dah sama tggi ngan omak eh.. ::

:: Ok dah sampai hotel balik. Nama pun duk kat 'marina'..opkros la melambak kapal2.. view tentu2 cantique! ::

:: Angin elok menderu2... tanda ari nak ujan. siang kemain berdentung2 panas.. ::

:: Haa kan den dah kabor...pic melambak. ::

: I 💛 U  ::

:: Dah jomm balik tidorr... kata animun... DON'T DISTURB HAAA... 😝 ::

:: tggu drebar buggy sampai.. ::

Ngam2 buggy send depan pintu bilik..
Melebat2 alam hujan turun....

to be cont'd

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.