Wednesday, April 03, 2019

GANU TRIP WITH BELOVED FAMILY...

No comments :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, lama dah tak jalan2 dgn family.
Asalnya, si Hafiz la yg duk ajak2 teman dia pi visit MB ganu.
Ada program under PAS cawangan KAI.
I sukaaa je bab jejalan ni. Selagi tak clash dgn apa2 hal, ON je. InsyaAllah..
So trip kali ni kami 3 beradik yg dah tawen(I, hafiz and Cikyom) joint.
Bawa mak ayah. Adik2 bujang smua tak hekot.
Mula2 mak i peramah2 p register nak joint naik bas.
Bas trip akan singgah kelantan dulu.
tak gamak plak nak biar depa naik bas.
Mak kaki nak bend pun tak lepas, ni nak melangkah naik tangga bas?
Pastu ayah plak jenis kerap kencing. Sian plak dia, tertahan2 kang.
Tu yg sepetak suara, ajomm la kita mengekor sama.
Sambil2 bawa kan mak ayah... depa pun lama dah tak p ganu...
I dgn seben i boleh kata setahun sekali mesti sampai ganu. ha ha ha.
Tu yg kejadian dia tak byk pic pun i snap. Dah tak koser.
Mostly i minta dari hphone orang.
Kalau p dgn family, anak2buah, i mmg ralit layan diorg je..

:: Yom naik dgn I, kami gerak dari Kajang.. hafiz bawa mak ayah dari Ampang. Team Kajang gerak awai, kol 3am... Benti solat subuh kat R&R Paka. Suami i henjut kete sampai 170km/j.. kami celik2 mata dah lepas R&R Gambang. Hoiiii aje membesit ko ye bang??? Ni lepas solat, minum air panas buat segar mata. tak nak makan kat R&R. Nak cari kedai2 kampong.. ::

:: Exit Dungun.. cari kedai2 kg... sedapp giler-giler-giler!!!! i, suami dgn pakyom makan nasi minyak,  dgn 2 lauk masing2.yom makan nasi dagang.. dgn roti canai dia lembut gebu sedappp... tambah lauk ikan aya, dgn ayam... mia makan bihun. air soang satu.. pap RM25.. hahahhahaha. apa ke murah nau2 oiii???? i rm25 tu buat belanja makan soang kat office! huhu ::

:: Sampai KT awaiii. tak tau nak p mana, bawa la pelancong ni ha mai masjid kristal. Yom pun dah slalu sgt mai kursus ganu. so takde la jakun nau2..  kebetulan skrang masjid kristal tgh renovate.. ::


:: ngam2 muat! aahahahha. Dlm kol 2pm, geng2 Ampang sampai KT.. Bawa pi makan kat Pantai Batu Buruk. Nau dah lawaaa sgt pantai tu... mcm2 aktiviti ada.. ni 3 hari kat ganu, hari2 mai sini layan depa main mendalah ni. RM10 je kou!! dah la leh main lama2.. kalau battery kong, bgtau je owner, dia akan bagi tukar or charge battery. Gilaaa baik hati kannnn??? ::

:: Hat ni eksen je mcm dia drive, padahal panyah dia melayan remote.. yayang mot2ciknyah ni.. ::

:: this is our 2nd time stay here.. Dulu mai bedua, time weekdays.. kemain sunyi sepi. kali ni p time school holidays, baru meriah baqhang! ::

:: skip terus 2nd day.. Pagi2 nak p bfast. Kali ni kami stay kat Marina Duyong Resort. Kalau bawa budak2 sesuai la duk resort mcmni. Depa leh main2 kat laman. pastu kat sini blok2 chalet dia, 1 blok ada 4 bilik. Ngam2 la muat tuk kami.. so kira 1 block tu family kami semua. senang! So ni pic 2nd day nak p bfast kat cafe resort. Since minta bilik dekat dgn pool(pool blkng bilik), makanya jauh sket dari lobby and cafe. Nak p cafe, kena call buggy. Takde hal. bdk2 lagi suka naik buggy. Huhu. ::

:: 2 nights stay with bfast provided. Bfast dia sedap2 ye. Semuorang pun puas hati!! ari2 ada nasi dagang, nasi minyak.. ada jg western , noodle station.. eh mmg vevaloi2. ::

:: Lps bfast, layan budak2 main pool ::

:: mak2 budak pun joint sekaki.. ::

:: dah selesai mandi pool, naik bilik siap2.. nak p Kediaman Rasmi MB Ganu.. ::

:: Lengkap semua ahli rombongan. hehehe ::

:: umar with mama.. mama dia bersiap hellokk ja nak p umah MB...  cerrr nengok ciknyah diaaa... 

:: ha ha ha ha.. failed etique attire...! yelaaa i asalnya takde la beria nak pi visit MB sbb MB xdak pun. wakil jaaa.. pastu i igt bdk2 tinggal hotel.. i nak tlg nanny laaa. sekali hafiz ajak smua pergi.... mendapatlahhhh cenggini je ciknyah kau bersiap! huaaa ::

:: sambil2 tggu rombongan dari KAI, kami singgah lagi Pantai Batu Buruk.. dok melayan budak2 main kete2 mainan tu lagi... ::

:: Dah sampai kediaman rasmi MB Ganu.. ::

:: Ayahanda dan Bonda.. ::

:: With Hafiz clan's.. ::

:: Sejam menunggu baru lah rombongan depa sampai. Depa sesat p Office MB.. padahal perjumpaan kat kediaman rasmi.. ::

:: Dewan meeting dalam kediaman rasmi.. ::

:: dah mcm masuk meeting office hehhheheh ::

:: Nampak sis?? hahhahah. ::

:: Papa si 3A's. Aliff.Auni.Athif. Ketua cawangan pas KAI.. silalah berucap ye big boh! ::

:: Bidan terjun.....kakak2 si ketua cawangan. huhu..ujung2 anak2 Hj Isnin yg byk bercakap dlm tu.. bagi soalan... bagi idea. mihmih ::

:: penutup..penyerahan cenderahati dari PAS KAI kepada wakil MB Ganu..::

:: timbal balas from MB Ganu to PAS Caw.KAI ... ::

:: kemahen.. lupa anak lagi 2 orang ke bang?? hhuhu::

:: Ni je pic yg ada.. Food pic mmg takde lgsg! ada tak ada, pic ni je satu2nya yg sempat i snap. tu pun mak suh snap sbb nak antau kau anak2bujang dia yg tak hekot! Bz giler ok sis kat sana!!!! kalau sampai je kedai makan, i kena pimpin mak.. kang anak2buah ada yg rebut2 nak suh i pimpin tgn depa jg . Pastu cari seat. Kang order pun I...kang food lambat sampai pun i yg kena p tanya.. Bila food dah sampai. kiri i auni. mak ayah depan I..suami kanan.. Smua i nak kena serve..dah la ragam kadang2 memang menduga kesabaran I ye... tapi i layan kan aja. janji doang happy! i sndiri pun makan takat gitu2 je. Sbb dah kenyang tgk orang lain seronok makan! Ni sotong celup tepung terpaling sedappp dalam bumi Malaysia eva! hahahha. Ampa mai KT pi cari Restoran Seafood Kuala Ibai ok?? dia bawah jambatan lepas dari masjid terapung... Day 1st makan, mcm2 seafood kami baham.. RM240 sahaja ye!!! giler tak meroyan makan sedap, byk tapi murahhh!?? ::

Rasa tak puas jalan jg sebenarnya.. 
sbb day 2 dah byk abis masa dgn program PAS.. 
Makan boleh tahan la puas..
sbb sempat p layan ICT(Ikan Celup Tepung) kat Pantai Ketapang(dkt airport).
Memang saja taknak menempuh maut pi PokNong.
Weekend2, time cuti skola piula??kau rasa?? 
gigih plak kakak nak que bersesak2 dgn orang ramai kat sana?? 
Pantai ketapang pun sedapp je dia pnya celup2 tepung...
Sama je mcm PokNong... Puasss la makan ICT, SCT, UCT sesemuaaaa la. 
mkn byk2...lohok2.. RM180 je pun!! 
ya allah migrate mai duk ganu pekdah jg ni... 
tapi.... paling sadisss...
TAK SEMPAT SINGGAH PASAR PAYANGGG LANGSUNG!!!
school holiday, jem teruk2 nak masuk pasar payang.. 
Mmg tak dann nak mencelahhhh! 
Sian mak and zizah nak tgk2 baju....
Nak masukkk kat jalan tu pun stuck tak bergerak.
Pastu bawa YB Hj Isnin tu bkn calang2 ye nak jaga mood dia.
Masa otw tu dh start jem, i call hafiz kete blkg..
"lang, amacam?? nak stay ke?"
i dgr ayah dah melaung kat blkg dia.
"dah pusing2, buat pe jem2 ni??"
hahahahhaha. laju i minta suami buat u-turn! kahhh!
Bigg Boss dah bersuara! ha ha ha
Kalu i berdua dgn suami,tadek hal.
Pandai je suami i cari parking jauh2 pun kami leh je jalan pelan2.
Ni bawa org tua..baby..bdk ramai2 ni. time tu tgh hujan merebas plak tu.
Tu yg patah balik, terus kami balik ikut jalan pantai.
Singgah Marang cari keropok. 
Makan satar tepi pantai. Pastu benti lagi kat Kemaman.
Makan lagi... pastu singgah temerloh pun makannn lg.
Puas makan je laaaaaaa...
sampai Kajang dkt nak pukul 11pm...
Syukur Alhamdulillah...
Ada rezki kita jalan lagi naaa..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




No comments :