Friday, April 14, 2017
NA NA NA NA NA.... GANUNG KITEEEKKK EEEE... DAY 1
Assalamualaikum.
Sabtu lepas kami p Kuala Terengganu(KT) by flite.
Takde apa pon, saje je short vaccay.
Lagipon suami i, nak p ziarah maklong dia yg dah long2 time not see..gitcheww.
Tadek apa nak review ke nak cover sangat pon.. terengganu ni i dah byk kali pon pegi.
Just repeat2 ...saja jalan'g'2...
Eh btw i nk warn taw. entry kali ni... i lambak pic je bebanyak.
2-3 arini rasa sengal plak nak buat karangan.. 😛
:: Si montek ni kalau nak berjalan, malam tu dah huru-hara..tdo pun tak lena..dok tgk jam je hahahha. ngalah budak2.. huhu. Mcmbiasa, kalau travel by flite.. and dalam masa kurang 4days, kami akan park kete kat Putrajaya Sentral.Dari umah i to putrajaya its only took about 30mins je.::
::Sesembab2 muka.. kol 4.20am dah kluar umah kou.. ::
::earliest flite kami amek.. kol 7.20am... sempat beli burger je kat Marry Brown buat alas perut. Mas flight, kalau short distance, dapat kacang dgn juice je. Tu yg gagah jg que kat marry brown. Marry brown ni plak satu2nya yg ada kat boarding area nuuu .. ::
:: snap sedas dua.simpan hphone..pastu membuta 😴 ::
:: Hello ganung... hawau u?? mat dang mana? mat dang?? dia janji nak fetch i kat epot..pentipu eh?? 😜 ::
Sampai airport, terus jmpe owner kete sewa...
Axia auto RM210 for 48hrs.. boley laaa...
dah ada 'kaki' mencecet cari kedai makan. L A P A Q weihh!
:: tadaaaa.. ganung identity! kepok dia bapak sedap. ikan 80%! gemok2 ... ni kami main redah je stop kat kedai yg ramai org..assume ramai = sedap. setled! ::
:: nasi minyak. orang ganu mmg bfast nasi minyak kan? mcm kita layan nasi lemak.depa nasi minyak.. lauk simple je.. bkn nasi minyak beriya mcm lauk kenduri tu pun...nasi dia tak la berminyak mana pun.. makan dgn ikan aya(tongkoi) or ayam.. acar timun + kuah kari.. aserehe btoi sedap dia.. RM3 sahaja ye.. ::
:: Suami layan soto ganu::
:: sampai dah umah maklong suami kat Panji Alam, KT. Maklong ni kakak tiri kepada MIL I.. duk ganu dari dulu... Rumah dia style rumah kayu yg lawo. Dulu moklong ni ada kedai emas, la ni dah tua..anak2 xnak continue.. kedai tu dah jadi kedai baju batik plak.. ::
:: Suami dgn sebahagian sepupu2 dia yg dah lama tak jmpe.. happy dia dapat jmpe balik sedara mara dia. I mmg OK je bab nak rapatkan balik sillaturrahim,kontek2 balik..i mmg fully support. I mana? I? i jadi camerawoman olssssss... kasi chance laa kennnn ::
:: konon nak pi Poknong Ikan celup tepung...skali dia buka kol 3.30pm. time ni baru kol 1pm..takleh checkin hotel lagi.. so kita layan je la apa yg ada..not bad! ni mushroom .. dann snap pic ni je..jadi laaa.. ::
:: google pic. Stay sini for 2 nights... DUYONG MARINA & RESORT... formerly known as Ri-Yaz Heritage.. Mcmni lah rupa resort nya.. ::
:: Pic google lagi.. mcmni la overall bilik kami.. kalau diselak sliding tu smua jadi lah mcmni.. yg ori pnya pic as per below 👇 ::
:: Ni real pic by me. Mcmni la rupa bona eh.. OK i suka..tilam and pillow dia hempok elok dari golden horses maghin.. ::
:: TV... takkan peti es plak..kih2... ok tak kelakar. ::
:: toilettries. Mcmmana rupa masa sampai, mcmtu juga rupa balik dia. tak berusik! ada org mmg harap 100% kat toilettries hotel kan?? sepatutnya mcmtu la kot. sbb ada yg travel tak nak nyusah2 bawa barang byk2. ::
Kekemain panazzz berdenting2 KT masa i pegi aritu.
Dah la resort tu wooden style, dia serap haba2 luar... nak tggu aircond sejuk pun.. pffttt..
Kat sana, asal balikk je bilik, i mandi... kemain rajin.dah mcm budak2 jmpe air.. hahah.
Dapat lelap sekejap..kol 4pm bangun solat..terus keluar cari pasal...
:: dah washup , salin baju..baru fressh sket nak berjalan.. ::
:: abam sayam..abis baju raya dibelasah buat basahan. huhu ::
:: kat sini kena tggu buggy.nak berjalan, basah jg cengkiak! ::
:: kat sana kekemain malazzzz i nak tepek even bedak... biaq togel wajah kesayangan koang ni..ceewaahh ::
::boleh tahan lambat jg buggy dia..ni yg leceh dok resort kena tggu buggy..sebaik kami berdua je..kalau deret2 bawa anak tu.. mengundang jg! Akceli, masa checkin i dah req bilik palingggg dekat dgn lobby/parkir.. alhamdulillah mmg bilik kami paling dekat. tapi palinggg dekat dia pon!!!!! ala2 resort mesra alam ni, rumput cantik bagai, mana di baginya bawa masuk kete ke area resort sana kennnn::
Ptg day 1..
kami p Pasar Payang. Sampai sana kol 5.15pm.
Sharina (kawan I stay sana) bgtau pasar payang katup kol 6pm.
Eh apa ada hal..i laki bini mmg jenis yg TAK MEMBELEK sangat.
Dah target nak beli apa.. suai dgn mata, budget ok, grab!
dapat la sampin songket raya suami i.
Kat sini, tayah la ajet2 nak cari sampin 'main2' ye..
Smua pun ori songket rege paling murah pon RM250 ye.
yg belas2 ribu pun melambak! eh apahal sampin pakai 4jam je raya pertama.
sampai nak beriban2 kennn??
Suami i ni mmg sejenis jg... kalau bab baju melayu ke baju raya ke..
mmg nak purrffuctt je. Butang baju melayu pun kalau boleh nak pakai batu zamrud ori apa?? hahaha
Utk I.. kain ela batik digital print dapat 3 pasang.
I mmg tak kuasa dah nak beli batik betul. dah ada 4 pasang, cukop!
sat g p kenduri yg tak buat kat dewan, haku lenjan kan pakai sluar. paneh!
Before kol 6pm dah settled. See..senang kan kami??
Petang tu janji nak early dinner dgn sharina n kids.
Janji kol 6lbh. Sambil lalu tu singgah Masjid Terapung Sultanah zahrah...
X masuk pun ..saja duk2 luar.. snappy2..
:: B4 ada Masjid Kristal, masjid ni lah pun jadi kebanggaan ganu kan?? agaknya lah kot..Matdang yg bgtau I.. hahahha. tak abis2.dah berbini pun mamat tu..huhu ::
:: dah nak masuk meghrib pun panasss dia! ya amponnn berkuah2 ketty! ::
:: Tada terus sampai .. i kalau mai KT mmg akan repeat makan sini je. Kedai ni betul2 bawah jembatan nak ke chendering nunnn. nama kedai dia SHELLY SEAFOOD. sila waze k! seafood dia sedap2 kau masakkan dia! sotong celup tepung, dilupa jangan.. ::
:: Inilah bff i; Sharina. Kawan SAMTEN dlu. Dah 8 tahun dia stay KT ikut suami dia, tuan inspektor! lepas beranak 3, badan dia kemain2 membesar bagai johan! tapi baru2 ni dia consume HerbaLife, and jaga makan.. slim balik! dah tinggallllll i snsoangggg... sob2 😭 ::
:: lps pose , ina post pic ni kat whatsapp geng samten..mendapatlah dia berbakul pujian! menyammm taw. tapi i tetap dipuja2. "mak esah menten cun..dunwori". woww pandaii btol diaorang jaga hati sahabat. walau hakikat dia, lagikan terang ingin bersuluh. hahahhaha.
:: with kids ina...dah 3...anak dara dia dah sama tggi ngan omak eh.. ::
:: Ok dah sampai hotel balik. Nama pun duk kat 'marina'..opkros la melambak kapal2.. view tentu2 cantique! ::
:: Angin elok menderu2... tanda ari nak ujan. siang kemain berdentung2 panas.. ::
:: Haa kan den dah kabor...pic melambak. ::
: I 💛 U ::
:: Dah jomm balik tidorr... kata animun... DON'T DISTURB HAAA... 😝 ::
:: tggu drebar buggy sampai.. ::
Ngam2 buggy send depan pintu bilik..
Melebat2 alam hujan turun....
to be cont'd
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment