Showing posts with label ESAH MASAK. Show all posts

Thursday, July 13, 2017

SEMBANG PASAL KELUARGA MENTUA NAK DATANG BERAYA & MASAK TOMYAM TUK SUAMI...

1 comment :

Assalamualaikum..

Harini nak sembang2 kosong, since cerita raya setakat ni dah settled.
Biar reda jap.
Sabtu malam ni, insyaallah i jemput keluarga MIL plak datang umah.
Adik badik suami je la..
Suami i ada 5 beradik je pon.
Suami anak sulung. Anak2buah ada 14, rata2 adik dia ada 2-3 orang anak.
SIL i kat puchong tu je ada 6 anak.
dah a few years, i mmg asingkan jemput family in law i.
I tak suka nak jemput ramai2...nnti takleh proper serve.
Biasa family I akan datang dulu.
And following week nya baru jmput family in law, tu pun berebut2 hari dgn adik badik lain 😅
Bkn takat berebut tarikh..siap berebut menu..hahaha
I lah selalu paling malang..dh plan baikkk pnyaaa nak buat soto(contoh).
tup2 umah BIL i buat awal2 dah. Dah tu takkan nak repeat kan???
Dahhh pecah pala plak laki bini nak fikir menu lain.
Smua pun nak buat terbaik tuk diorang.
Kalau family i senang. I tanya je.. "koang ada tingin nak makan apa2 tak???"
Selesai masalah. Dgn family in law ni diorang tertib sket.

Mungkin diorang OK je.
Tapi i yg letakkan diorang kat satu level yg i kena serve the best...
sbb nak jaga nama baik suami i ke..
or mebi ada reason lain yg i susah nak share kat sini ke kan?
smua pun my own assumption je pun..
Tah2 kalau bagi diorang makan beskut raya pun, diorang ok je..
tulah kita ni kan? kita yg letak benchmark...
last2 nampak mcm diorang plak over demanding.
Dapat mentua and ipar duai yg baik, sporting,sempoi, supportive tu pun satu rahmat and rezeki taw.
tak semuaorang ada peluang nak close, cemolot2 dgn inlawssss.
So syukur byk... to those yg dgn inlaws leh bertepuk tampar. beramasss messsreee.
leh rangkul2 bahu(mcm suami i buat kat mak I).
Appreciate it k! Jangan koang plak nak melorat2.
Nak kekwat2... sikit lebih kurang dah la.
Welllll...never mind.. 
Nak fikir details2, sikit2 nak terasa hati ... tak de kesudahan kan??
sbb tu i buat je lah apa yg terbaik dan termampu.
Matlamat I... jaga maruah suami.
Belajar ,terima &  sayang orang yg dia sayang. that's it. 
Hidup lama mana lah sangat.....

So, kata putusnya tentang menu sabtu esk...
jeng jeng jeng...
nanti lah i update k... hahahha.
tetaplah kena guna talian hayat(bantuan mak).
I tak konpiden lagi lah nak masak banyak2...
belum sampai tahap tu..

NI KESAH KELMARIN(Selasa)...

Tersampuk roh memasak.
Gagah masak tu sbb kejarkan sementara suami ada kerja kat cyberjaya je ni.
Meanwhile, kami pi kerja asing2.. drive masing2
Makna kata, petang nya i tak payah keluar jemput suami.
Peluang tu kalau nak masak...senang!
sbb takyah terkocoh2 nak masak, nak keluar jmput suami plak.
Since tekak tak sedap lately, nak makan masam2 pedas..
jom lah kita meNOMYAM.

::jadi elok perangai dan berakhlak mulia kejadian tomyam putih i semalam. resipi dah patblas ribu kali i taruk. nampak peghak plak kang, sket2 taruk resipi mcm kan hebat nau. hahhahaha. eh harusss lah ciwi, tomyam tak pakai pes ni, tenyeh sendiri je! kagum kan?? kahhh!!  Suami sampai je rumah dia mandi, i goreng telur dadar..reheat tomyam gelegak2 i sendukkan soang semangkuk. senang suami nak hirup. pastu makan dgn nasi panas dgn telur dadar.. perkhhhhh ni kalau mak mertua lalu belakang, i mmg buat tak pedulk ye. i swear! hahahhahaha. ::

Harini suami dah keje kat KL semula.
Pagi kami carpool.
Petang kang i balik rumah dulu, suami balik lewat, dia naik train.
Mcmbiasa, i kena fetch kat KTM UKM sana.
Tak tau lah rajinn ke tak i masak.
Insyaallah kalau sampai rumah awal, kita masak.
Kalau jalan jem tak memberi kerjasama, kita pinjam dapur kedai.. ne ne ne ne ne
2 mulut je pon!


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


Thursday, March 23, 2017

MEMASAK SEKADAR MENGIKUT KEMAMPUAN KUDRAT , SEMATA2 BUAT SUAMI BAGI MERAIH REDHA ALLAH..

No comments :

Assalamualaikum.
Sila baca tajuk di atas 👆 sambil buat tangan nak bertanding nasyid...pls 😛

:: Muqoddimah, pic bihun sup meletop pom pom.. eh SUP MELETOP ni mmg byk cawangan. But im not sure either its truly 'cawangan' or depa main hantam ja guna nama yg sama tp sbnrnya diorang tadek kena mengena pun antara 1 sama lain.. lantakkan kau situ! janji konsep dia sup masak dlm piyuk besar... ada pilihan daging,ayam,perut,paru bla bla..and........ paling penting... kena makan dgn cili merah instead of cili hitam tu! gittoo kann?? dulu i slalu makan sup meletop yg pioneer kat Bdr Tasek Selatan, bawah pokok yg masuk JJCM tu.. tapi since dia dah pindah masuk kedai, menjahanam berubah dah rasa dia! aritu masa jalan2 menyelusur jalan sg chua(kajang) nak ke BBB(Bdr Baru Bangi), terserempak dgn kedai ni...terus  gelebah bewak sggah. Sedap ols?? alamat?? tak tau... hahhahah.. cerrr waze je SUP MELETOP Kajang Mewah. Ni i makan bihun sup paru + ayam. nom nom nom. ::

:: Mee goreng seafood. perkhh nama nak setended aja. haha. ni i masak selasa lepas. Mee singapore je ni, tapi i tambah sos seafood adabi... terus jadi lebam2 sket kaler dia. tapi? tapi apa??  S E D A P tak dapat disangkal!!  I kalau masak mee, sbgkus yang 400gm tu, i guna separuh je.. dapat lah soang sepinggan mcmni. kwn opis I; Mek..dia kata kalau dia masak..abis sbgkus mee tu.. pun dia makan berdua je! kagum i tawww tahap makan diorang...  ::

:: Malam tadi i masak kurma ayam! i kannnn favorite sangat2 dgn kurma ni ..tapiii since ramai org tak berapa suka, kurma ni jarang naik kat umah mak dlu2...kalau minta mak masak kurma, kang berkesudahan 2-3 hari tak abis! So i dah sepakat dgn mak, tayah la masak kurma lagi. Kalau kepingin sgt, i cari lahh kat mapley.. sob2 😭...  i plak tak sure  suami i suka ke tak.. mean lps i sihat balik ni, mmg tak pernah masak kurma wokey? Then..slalu masa driving back, kepala akan ligat dok pikiaq nak masak pa..or else nak pi makan luaq pun pikiaq siap nk makan apa.. so smlm i tak lunch. lunch beli buah n kaya ball je.. lapaq lebih la.. masak nasi lah! kol 5.35pm sampai kedai makcik. singgah beli ayam sebelah & bahan2 masak.. sampai umah lg 5min kol 6pm. Angkat kain baju siap2 sbb dah gelap gelita nak hujan. cabut2 hanger bagai..dah kol 6.10pm.. start masak, tgk jam dah kol 6.40pm. tu pun tahap kuntau silambam padayyappa i bagi! tgn kiri kacau kuah, kanan goreng sayur. then mandi + asar siap.. kol 7.10pm mcmtu baru dapat duduk.. sambil lipat kain baju. Dapur tak bermop lagi...... aura OCD i dah nak mai dah tu... sat2 fikir nak lap dapur etc.. i buat kerasss je..  kemahuan nak buat mcm2.. kederat takat tu je.. masuk je maghrib, solat cepat2..nak jmput suami plak.. Kol 8.15 baru sampai umah balik.. hidang lauk..sambil suami solat maghrib, dapat lah i mop2.. lps makan kemas2 .. kol 9pm solat isya.. 9.15pm baru dapat duduk dengan sebenar2nya... Ammeek, dari nak cerita masak kurma, dah melalut meraban meluah pasaan. hahaha.. lega, mak dah bebel,nok! 😜 ::

:: Up telur masin 2 biji.... saja rebus 2 biji, kadang sebiji tu busuk ke buruk ke.. ::

:: goreng kacang panjang + telur.. 3 dish.. settled! ::

::  Alhamdulillah..table for two kami.. I masak ayam byk.. asal nya i dah asing siap2 dlm mgkuk lain.. konon lebih ni nak bawa p opis la esk.. sbb masak kurma ni i tak reti nak masak sikit2..nak acah2 santan dia,rempah dia..i mmg tak rewwwwtttiii ok! so i leburkan separuh ayam tu semua..except 2 ketul isi. saja simpan buat rencah. Time dinner tu plak hujan selebat2 alam.. mendapatlah kebuluran laki bini ni haaa..ek eh, menjadi2 sekor2 tambah nasi! terus amek balik lauk yg dah asing tadi..kita qiqah sama2! leenncheeenn! hhahahhaa. Suami i kata sedap kurma i. ehem. berani dia nak kata tak sedappp?? 😡. hahha. i masak kurma perah asam limau sket... mak ajar mcmtu..biar dia lawan rasa mual lemak tu balik. tadek asam limau, buh asam keping or asam jawa sikit.. Rupanya suami i pun bff dgn kurma kou!! so jaga baik laaa i masak kurma je la ari2.. ne ne ne ne ne  ::

Seminggu dapat perasapkan dapur 2kali pun dah besar rahmat for us.
Isnin aritu, kedai makcik tutup. mana ada kedai lain dah area umah I?
99 speedmart sampai nak 3 buah! tp mana ada jual apa sgt tuk masak?
ada pun Mydin Mall besaq gabaq tu ha..
eh koser pulak i nak naik escalator, berpusing satu mall besar tu..
 semata2 nak beli ikan kenn?
 mau lps isya pun tak siap masak!
So isnin dah gone.
Selasa masak mee.
Rabu ayam kurma.
Khamis arini ptg kang i nak balik umah mak. 
Untung sabut timbul, dapat tapau lauk. lalalalala 😍
Jumaat, detim.
Weekend???? jarang lekat kat umah ye budak 2 ekor tu. huhu
Walau tak sesempurna mana, i tetap nak jadi mcm isteri normal yg lain.
Walau kadang rasa nak pitam terkejar2.
Berlelah2 rushing kejar masa...
i nak suami i rasa kewujudan isteri sebenar! 
Moga Allah meredhai usaha i...dan beri i kekuatan.
Ameen..


.: MUCH LOVE 💋:.




Tuesday, January 10, 2017

OUR REGULAR CHECK-UP & MASAK BAHAN2 YANG DEKAT NAK EXPIRED DATE!

4 comments :

Assalamualaikum.

Khamis lepas (5 Jan), I ada regular checkup dgn Dato' Dr Fuad..
Saja mention nama penuh dia..hahha.. Dato' doktor yg emkem kem kem...
pastu doktor i lagi soang pun dato' jg.. dato' dr faridah ismail.. cun comel doctor ni.
Pandai i pilih doktor.. semangat sket nak attend appointmnt.hhahahha.

:: 5 jan serentak dgn chekup hsbdn...tapi dia hospital lain..kat damansara nun. So dia send i dlu kat hospital I(wahh mcm hospital haku!), pastu dia drive to damansara. Bfast dilupa jangan.. Kemain sedap lontong tu agaknya. tersentil2 lidah beliau 😋 ::

:: ehem..boyprend i pakai pouch bag hadiah bufday.. dari seroja irdina beliau.  ehem ::

:: snsoang tggu doc dtg mmg membohsangkan!!! tu slip result blood test I..alhamdulillah all about CA dah semakin menghilang...  kol 10.00am i masuk bilik doc..Alhamdulillah tadek apa2 yg membimbangkan cuma i bgtau dia belakang i slalu sakit2.. so.. dia minta i do the PET scan.. i lemau sket bab2 scan ni..kadang2 kena minum air ubat yg pelik2..etc.. mula lahh sereeem2 ni... tapi jgn harap sampai tak lalu makan ye..makan TATAP.. huhu.::

:: kebetulan habis checkup serentak. Tapi suami kena amek masa sket la dari damansara nak ke KL(jemput I) kan.. So... I mcmbiasa laaa.. melangut2 dalam starbuck.. bkn lapar mana pun..saja 🔪🕐 (bunoh masa). huhu. promo tote bag kalau beli merchandise starbuck ::

:: ehh geramm ketap2 bibir  je i rasa mcm nak rembat je.. tapi menginsafi diri bila tingat melambak je kat umah tu mcm2 pesen tumbler semua ada.. yg beli time tgk movie pun tak pernah berusik! ::

:: i mmg spesis takleh tengok makanan bersusun2 mcmni. bagi i nmpk tempting sbb simple. simple life..mcm mat salleh2 kat oversea nunn..every morning  sggah coffe house for a cup of coffe..and simple meal mcm sandwich etc.. bawa coffe and roti dalam paper bag coklat, then rushing to office.. sambil jalan, say hello to everybody..then nmpk mcm bz nya! wowww sgt! hahha ::

:: i kena beli seketul jg ni..sbb geram! tu je..haha ::

:: akhirnya frappucino je pon..hik2.. eh ni new flavour .. apa salted caramel tah. tapi tak sedap!!1 i love coffe bean more! ::

:: lepas suami jemput, kami terus shoot balik Kajang. Singgah Semenyih sekejap pekena cuk udang and tauhu sedap enak lemak berkrim. eh i penah update sini :: 

Dah sampai umah..
i kemas2 esbok..adoiii byk nya bahan2 masak yg dah nak expired.
I dah chck bln 11 tahun lepas..time i chck tu..i tgk date. "ooo lama lagi ni..tahun dpan".
Rupa2nya tahun depan tu januari.ek eh dah nak sampai pun expired date nyaaa...
so sblm terkilan sgt smua kita perhumban..
jom la kita do something....
atleast tadek la kawan setan sgt..ala2 baru nak berkenalan je tak pe kot kan kan kan?? 😈
hahhaha

 :: Parmesan Cheese... 12 Jan 2017.. time ni 5 jan..lagi a few days je jah oi!! ::

:: ni mmg la takleh tahan..esk nya je dah expire.. beli smggu lps..tak berusik! i rasa bab roti ni ramai je kot yg sama dgn i kan kan kan?? beli ye-ye..ujung2 tak makan... kalau makan pun takat 3-4 keping. I slalu je bebel2 ngn suami I..napa lah tak buat roti dalam packaging kecik2 mcm kat HK..china smua ada je roti dalam 3-4 keping per-pack.. tadek la membaziaq! ni semer salah pengeluar..bkn I.. huhu ::

  
:: mayonnise pun!!! siap belum berbuka lagi!! tsk tsk tsk ::

yg tadek dlm gambar, i dah tereban kan awal2..
sos cili.. sos lada hitam , tuna dalam tin, serbuk koko hershey's , kiub ayam...
insaf betul i..lps ni NO MORE lahhhh!!!
i ada bc blog KAK DI bout lauk beli dah siap..
dia beli siap2 stok lauk tuk smggu..then re-heat je.
i rasa lebih prktikal lah mcmtu.
tp kena tanya husband dulu..kadang dia tak suka makanan lama di panas2ni.
macey2 mung ni abam.. huhu
Kami ni tggl berdua.. dah la makan tak seberapa.
pastu kesihatan i ni kadang OK kadang TAK.
tiba rajin i pegi pasar beli memacam haiwan..sotong,ikan,ayam bla bla2.
tup2 minggu tu plak i demam...dah terlantar sepi mcmtu.
masuk mggu kedua dah tak sedap lauk2 tu semua.. 
kemana lagi arah nak ku tuju kan lagi kan?? 
menyembah ke bumi je kan??  adoiii...

So aritu sbb nak selamat kan roti wholemeal tu..jom la kita main masak2...

:: bawang putih + bawang merah racik2..dadu2 ::

: : mince meat .. dalam pack ni ada 2 kan? pakai seketul sudehh ::

:: lada hitam + lada putih..i dah siap2 tumbuk ::

:: telur 2 biji :: 

:: tumis2 bawang.. :: 

: masukkan mince meat + lada hitam and perasakan.then siap.. asingkan dalam pnggan. pastu pecah 2 biji telur..garam kan sikit je.. pastu  masukkan telur tu dalam daging.Then amek kuali, buh planta sikit.. tuang daging yg ada telur tu..then cepat2 letak roti sekeping..siap2..elok melekat. dah masak telur angkat letak dalam pinggan..tabur cheese yg dah nak expired tu.pastu p masuk microwave or oven dalam seminit.siap! ::

:: hasil dia.. tak la best mana pun wei! hahahha. ni resipi emergency je pon! dari membazir tak menentu hala kan?? ada la belen2 i bawa p opis. :: 

Since that, kalau nak grocerries, 
mmg cari yg jangka hayat dia 14tahun teros!
tak kiraa!! hahhahahha




Thursday, September 15, 2016

SCARLET HEART, DRAMA KOREA YG MENIKAM2 QOLBU KAK ESAH & MASAK TOMYAM PUTIH LAGI...

No comments :

Assalamualaikum..
Mention earlier... last week I kursus 2 hari kat cyberjaya.
and 2-2 hari pun balik awal..
Sampai umah,meresap2 rasa kekejian kalau sekadar2 melanguk2 depan TV.
membongkang bersenang lenang, pastu ajak suami makan kat luar?
eh NO NO NO..simpan keji tu sikit tuk hari2 mendatang..boleh??

Nak2 skrang i tgh giler merogan..
dok watch cete korea tgh IN skrang ; SCARLET HEART.
I skrang main record PVR tu je.
So mmg heaven gila laaa..i record siap2..
pastu ada masa layann tamak2 sekelepuk sekali byk2 episod.
dah la time iklan i leh forward(laju)kan...eh baik btol perangaii PVR ni... 
ehh u olss layan tak?? bestt giler baqhang cete dia..
tau dak drama ni adalah drama korea pertama yang..
siarannya adalah serentak dgn tayangan sebenar kat korea nun??
tu yg lain mcm terkinja2 dia tu...
tgk cete korea ni leh buat i hilang kewarasan akal?
i pun meluat je dgn diri i kalau kena sampuk dgn hantu korea!
kang kejap2 i terlompat..kang tiba2 i cakar2 sofa...
kalau suami ada sblh, abis peha dia i cengkam2... mamat tu berbulu jeee...
ehh selalu u suka je i cakar2 u?? rawwww. hahhaha. 
pastu dah merenyam sangat kdg sampai terjerit2.
eh pelik sgt roh korea tu merasok!

ok2 i cete sket...i payung sikit...
pastu u ols p la layan..sempat lagi record..ada ulangan.
rajin2 la cari..channel 393 ari isnin & selasa kol 9.30-10.30pm... 

:: ex bf i yg belah kiri tu... 2nd hero MY GIRL. koang tak tau?? eh koang ni dlu hidup zaman dinasti MING ke apa ni semua tak tau?? hahahaha tiba2 nak marah.  mamat belah kanan tu pun lazat ok! mcm chicken roasted rasa dia.. :p :: 

cete dia pasal soang awek zaman skrang, dia frust dgn life dia.
dia kena tipu dgn bf dia and kawan baik dia sndiri!
satu hari tu, dia terjun tasik selamatkan ada soang budak jatuh tasik.
pastu masa security sampai dgn boat nak bawa dia naik,tiba2 gerhana matahari.
bila gerhana matahari kan  bulan lindung bumi dari terima cahaya matahari.
then bumi jadi gelap! gravity jadi lain mcm kot kan?
sorry i tak mahir.. i amek geografi sampai form 3 je pon!
or else.... dalam cete ni je dia reka2 ala2 mcm graviti menarik ke bawah??
terus dia tersedut dalam air tasik?? ahh  lantakkan situ.
sila p google sndiri ye kawan2. apa kejadah fenomena dia semua2 tu.
then sedar2 dia dah ada kat zaman silam kau!
zaman diraja korea lama2 dlu...

haa start la part menarik... jiwa tahun 2016.
tapi badan ada kat zaman dinasti..
Mmg syok la sbb dia dari kehidupan yg beyond 1000 yrs ahead.
Masa kat zaman 2016, dia ada belajar sejarah...
so dia tau laa sapa the next king..or sapa2 king yg jahat.
ada konflik rebut kuasa..cambiasa laaa.. i kan suka cete purba2 perang2 ni...
eh mmg best ye..between it..opkos ada selit part2 sweet muwettt.. rawww...
dah la  heroin dia cumellll mcm kak esah jg! :p
pstu putera2 tu semua suka kat dia, sbb dia kan up to date...yela org zaman skrg kan sepatutnya?
dia tau mcm2... dia pandai mekap kan org..pandai nyanyi..

:: raja dia ada ramai anak lelaki ...antara yg gelemer ni yg 7 orang ni laa.. mula2 tgk tingtong jap pala..keliru..eh dia ni putera yg mana? eh kjp dia yg jahat..kjp baik..gitto..lelama baru cam muka.. ::

Heroin tu jadi rebutan and kesayangan putera2...
terpaling minat opkos mamat 2 ekor bwh ni..

:: 1st hero.. PRINCE SO..my ex bf... yg berlakon MY GIRL tu.. mamat ni muka dia ada parut, sbb bonda dia toreh time bergaduh dgn maharaja sbb maharaja nak kawen lain... mamat ni bapak lahh brutal..hebat perang..sbb dia brutal lah i tergeram2 kat dia! dalam brutal2 dia, sangat protective ok! eh ciri2 idaman i sgt lelaki yg suka protect2 I ni.... ::

lagi sorang dia ni  haa...

:: PRINCE WOOK. Dia ni 2nd hero.sgt lahh charming!! pakal je kak esah dah kawen, kalau tak..mmg dah tulis surat kat dia..salam perkenalan ku hulurkan.. melt ok tgk pangai gentleman dia.. menyammm!!  ::

Amacam?? tertarik tak???
pi la record.. pstu kita layan la sama2..
tadek la kak esah terkinja2 sensoang?? ke koang mmg dah ongtue sgt pangai??
layan drama2 abang bomba I LOVE U  bagaii sahaja??
ayoo korang ni!!! :p

Ok2 tarik napas..lepas..tarikk..lepass..
dah jauh sgt dah lari topik kau ni sah...

sambung2 pasal cete i balik kursus aritu....
so since aura isteri mistali tu mmg dah sebati dalam darah..
i rasa tak sedap plak tak masak kan??
ikutkan mmg rasa letih jg dok ngadap pc tak renti masa buat assesment system baru tu..
tapi tak apala...kita usaha selagi ada daya.
esk2 kalau tak berdaya, baru kita buat cara btol2 tak larat.
kalau ikut sangat rasa tak larat, tak kuasa tu..
sampai sudah suami I makan air tangan org siam/pattani je...

eh dah sebut2 siam..pattani tu..jom la i gebang2 i masak tomyam putih aritu.
i mmg tak pakai any paste pun.. terbiasa buat sndiri kot.
rasa pure kuah dia.. 
lahaiii tomyam je pun.... mihmihmih...
tapi dulu i dah penah tepek resipi...
cekidaut resipi betul2 dulu...  TOMYAM PUTIH MAK ESAH ....

:: Ni versi last week.... ikut arah jam... cili api dalam 6 tangkai tumbuk2. bawang holland sebiji. cendawan tiram, serai,daun limau purut, tomato, baby corn and carrot ::

:: masukkan ayam potong kecik, cili api tumbuk, serai 4 batang, bawang holland, bawang putih 3 biji di ketuk.. humban kan semua dalam piyuk and buka api... kasi empuk itu ayam.. ::

:: air buh sikit, air ayam tu akan keluar sendiri..pastu dah agak2 empuk masukkan sotong.. then masukkan carrot and baby corn... ::

:: tambah air sikit then perah limau nipis. i perah limau sampai 3-4 biji. baru melawan rasa dia!!! masam,pedas... slurrppp.. then tutup piyuk.. ::

:: pastu buh daun limau, tomato..and cendawan tiram..perasakan... ::

:: siap.. ::

Petang tu i kawan kan dia dgn bihun.
suami tanak makan nasi..
ni kalau dpt buat telur dada and ikan sardin goreng..
makan dgn nasi panas2...letoppppp pom pom pom !!

#KAKECAHMASAK




Wednesday, September 14, 2016

IKAN TENGGIRI MASAK LOMAK CILI API NISMILAN VERSI KAK ESAH....

No comments :

Assalamualaikum.

Ini cerita minggu lepas.
Masa I kena p kursus ep @Cdc kat cyberjaya nun.
Kalau nama pun kursus, jarang kot balik lambat.
Baikk je perangai diorang kasi balik awal.
Nak ikutkan yg i pergi tu not really kursus pun.
dia mcm bengkel prototype for the new ep system.
Kita check an error and report the error.
so that they can fix or investigate before the real system run. 
So i ni kan ala2 tak kuasa nak buat keje terhegeh2..
tak sampai halfday je i dah settled SEMUAAA...
I siap buat extra lagi konon nak tggu org lain siap. Punnn doang tak siap2..!
i dah sangap kat situ.. sebaik tempat dia best..
aman ..damai..menghijau..cyberjaya kot kan...
time tu hujan... dah xdek mende nak buat..
i dah terkuap2....sampai rasa nak koyak mulut!

:: ni haaa lab nyaaa.. tak ramai org in 1 session.. 1 meja i duk snsoang je.. ::

cyberjaya ni dah dekat dgn umah I..
takkan i nak patah balik office KL? sampai KL je sejam ++ ada kot..
arrgghh taleh jadik ini mcm...
after lunch, i tanya urusetia...
i nak buat apalagi..since i dah siap lama..dah laaa i finding byk error.
i sanggup je tlg org yg terkial2 tu...
tapi diorang kata, "puan boleh balik."
Ek ehhh pucuk dicita ulam pucuk paku mendatammm...
ketaq2 lutut i berangkat pulang.

I fikir, dah balik awal ni tak reti2 nak masak tuk dinner?
kurang2 dpt penghargaan rantai emas dari suami ke kan..
kah kah kah. mcm jilake je pengharapan dia! :p
So I singgah beli lauk...and siang2.. petang sikit kang baru masak.
dalam palawotak mmg dah plan nak masak lemak cili api..

Nak follow resipi i??
kompiden ke koang ni????
koang pasti ni?  kah kah kah...

:: 1st of all... subjek utama dia, haiwan ni.. Ikan!  Ikan tenggiri. ini ikan yg berkawan baik di hati I.. peberet sgguh2..selain ikan merah,jenahak,duri,bawal..ek eh..byk plak senarai ikan yg geng dgn I :P. so i amek seketul kepala belah dua.and 2 keping isii ikan tenggiri..basuh2..buang kotoran, tos kan.. ::

:: cili api dalam 8-12 biji tumbuk dgn kunyit hidup. kunyit hidup barang seinchi dua... (bahan A) kalau Ain J tu dia paksa suh lukis gamba kunyit tu beserta size sebenar! baru dia puas hati... kuasa I dgn makcik tu! huhu::

:: kentang sebiji sudah.nak buh byk,silakan tadek sapa spot check pon!! ::

:: sbnrnya kna buh asam keping. tapi i lupa beli. so i perah kan sikit limau nipis..tomato...daun kunyit sikit, serai dalam 2-3 batang...serai ni kunci lauk jadi wangi..dah mcm lemak ketam ols!! ::

:: tuk ikan mcm I tadi, buh sekotak cukup.. sapa rajin..bley perah kepala kelapa sendiri, perah sekuat2 tenaga.. i syak dlm 2 biji ok dah kelapa betol tu.. ok tu je bahan2 dia... ::

::  Cara masak, amek piyuk, masukkan ikan, and bahan tumbuk A tadi. buka api kecik biarkan sekejap. kecutkan ikan dgn geng2 tumbuk A tadi.. jgn sampai ikan hancur..igt i pesan,SEKEJAP sahaja. buh air sikit... kasi lecak2 sikit ::

:: pastu masuk kentang ::

:: sblm tutup dgn tudung piyuk..masukkan serai 2-3 batang tadi..then cepat2 masukkan santan separuh... pastu perasakan... buh garam sahaja.tayah peramah sgt nak buh pak aji ke mak ajah ke apa..tak semua menda kau bley kawan dgn pak aji ye..makanan bersantan adalah tidak elok di perisa tambahan kan .... so lepas buh garam, tambah belen santan.tadi kan buh separuh. so buh la separuh lagi.. kacau2 kuah..kuah je kau kocak2..godak2... jgn gatal2 angkat2 ikan tu..hancuq laa dia...pstu tutup kasi dia reneh cantik ::

:: pastu kacau.. sambil2 kacau, masukkan daun kunyit and perah asam limau tadi...eloknya buh je asam keping,sekeping.tapi brg dah tadek, pakai je apa yg ada... pandai2 rasa,jgn masam sangat.. ada org buh belimbing buluh... yg penting lemak2 ni kena perkawan kan dgn masam2 sikit..baru umpphhh..if not lauk rasa lemakk manisss semata...kacau2 kuah dia... kalau rasa pekat pandai2 tambah air. dalam pic ni kemain hawau lagi pucat lesi kaler lauk kak esah..tggu jap lagi kak esah ciwi..warna sebenar lauk di hari kejadian...eh igt,kacau2 kuah sampai membobok...jgn malas kacau, lauk kau jadi ketel2...huduh...api kasi pelahan k ... ::

:: lauk dah naik cantik minyak, kita curi2 masa tumis sayur kejap...kawan dgn sotong. I mmg suka potong sotong gemok2 mcmni... biar puasss makan, masak pun jadi lembutt je ::
 
::pamparammmm...cenggini illusi sebenar lauk kak esah... kalau rasa pucat, lenkali tambah sikit lagi kunyit idup masa tumbuk. if not..tabur lah sikit serbuk kunyit sikit, buat cantik warna.tapi kak esah just let it go...let it go cenggini je.. tu cili keping2 sikit tu saja kasi effect kesempurnaan masakan..padahal, kak esah kan menumbuk bahannya..idok di blend..mana lah i larat nak tumbuk kuat2..lumat2 ye dak??i mmg takkan blend ye.. sejahil2 semalas2 i ssh btol i nak blend..rugi la bahan campur air..hilang feeeeellll... alhamdulillah suami i terhirup2 kuah... lagipun i kalau cerita memang nak UP je kejenyaa..nak belagak tak tentu hala..kata blog i,i punya suka! kah kah kah.. igt laki kak esah soang menghirup???smua suami kot suka je men hirup2 masakan isteri kan?? amek ati kauuu..kalau kutuk2 kang, tak pasal bini sentap tanak masak.rabak poket diorang makan luar..lagipun time ni hari khamis lah kot.. khamis malam nya malam apa????? *larrriiiiiiiiiiii*. hahahhaha ::

:: sapa berani minta resipi sayur ? silakann? i bkn apa, anak buah i umur 4 tahun tu pun tau kot bahan2 masak sayur... *mohon terasa dgn suci hati*. :p ::

:: 2 lauk cukup,makan dgn nasi panas + kicap kipas udang lemak manis... perrkhhh..... ::

SEKIAN,
HASHTAG #KAKECAHMASAK