Showing posts with label KELUARGA MERTUA. Show all posts

Monday, August 07, 2017

MAJLIS PERSANDINGAN AIZUDDIN & SYAZLINA (COUSIN SUAMI)...

2 comments :

Assalamualaikum.

Sabtu p attend wedding cousin suami; Leftenan Kolonel Aizuddin.
sambil type ni haku dah tersengih2.
Sebab main type sesuka ati je title kawan tu.
kalau salah, tayah la susah2 peramah2 antar i 'ke dalam' ye.
kakak tak double check plak apa ke status sebenar akan beliau ini.
Yg i tau..leftenan..tapi leftenan apa tu, opkros i tak sure! kakak cuba2 nasib je ni k...
hahaha vongok kan?? 😛
Anak dahatuk dahatin semua ni.
the bride pun anak latok latin! huhu.
so sehari sebelum majlis dah kena set dalam pala wotak..
jaga kelaku kau,esah. kelaku villl terlebih2 original people tu simpan sikit.
Majlis ni kat Dewan Seroja, MINDEF.
Kata tentera laut.. 

:: yg groom tu cousin suami, anak Mak Usu Sepiah... the bride name's Syazlina Dato'Musa..:: 

:: cousin's suami belaka semer ni.. yg kanan tu makcik cah. Pomm datin. Belah suami i ken..ramai VVIP....depa ni merak2 kayangan belaka.. i ni gajah gagak dirimba je.. ke burung murai? burung apa? burung murai..burung apa?? hahhahah 👊. pagal! ::

:: i tak segan sangat lah aih.sbb kepantin femfuan dia pun tembun2 debab2 jg... la la la la la :p ::

:: mcmbiasa lah depa ni isitiadat lalu bawah pedang la...kena iring dgn pemedang2(eh ada ke word ni) ni semua..::

:: pelamin dia in real ..lawoo woooooo. ni i snap dari jauh ye. hebat performance ipong ni! kalau tau dari tadika marin i pakai ipong dh.. 😅 ::

:: kenduri belah perempuan mggu lepas nya i dah tak dapat attnd..sbb bawa family i p tambun.. so judin(groom) dah pakai 2x baju sojat(tentera laut) tu... kat belah lelaki, depa request kat mama depa nak pakai songket piula lepas istiadat berpedang2 bagai.. so mari lah kita tunaikan.. in green ni syasya(his sister) and moksu sepiah I.. opss datin sepiah.. lawo woo moksu ni. bergetahhh tah tah tah  lagikk! syasya ni muka dia iras abis dgn wife matdang mamat ganung celup tu. masa matdang nikoh senyak2 aritu, gelabah2 kitawang igtkan si syasya sudah bikin onar..hahha ::

:: haa ni nah la kakak.. or depa panggil auntie liz(left).. kazen suami yg ada benggelow suwit muwit yg i p terjah raya aritu READ HERE ... Gile2 kemain dia ni. abis semuorg di cemolot nya! mak dia lah makcik cah tadi(datin juga). Swag terlebih dia ni. tapi sporting! huhu. Yg kanan tu Isma, kazen jg..anak maklang faridah. lawo2 kazen2 suami haku... tapi haku terpaling lawa. fullstop! 💅 :: 

:: kami je yg lari tema...tadek langsung unsur HIJAU hahahha. padahal dah lupa ok! lantakkan situ. Dah la sama merah dgn geng2 kugiran.. sebaik tak kena perform lagu wani hasrita! huhu. muka dah belomoih, sbb i kena jaga bahagian luar..buah2(mata kucing & rambutan) dgn rojak buah. igt i taat?? i sub dekat bibik makcik cah. hahahha. pepandai je sub keje kat orang! eh i tetamu juga ok. dah la food kemain byk
. dgn apam balik. rendang, pulut..sekerim..takkan i nak tgk je kenn???? ::

:: muka sememih mcm makcik balik khatam quran..sikit i tak touchup. dia kalau kata tak kesior..mmg takkan nya nak beriya nak menten tacap! kemsalam! :: 

Kol 2.30pm baru gerak balik... 
panasnyaa kan petang sabtu lepas???
baju ber-lining2 ni mmg agak bermusuh jg dgn i..
fakkkal je kenduri anak dato'.. kalau tak baju p keje, pesak besar geloboh..
senang masuk angin kat cik ketty tu haku bawa p kenurik!
eh bkn diorang 1 office dgn i pun kan? mana diorang tau tu baju keje? huhu.
buat dah perangaiiiiiiii ori pipel dia.. 
So gelupur2 balik terus umah.
Dalam kete, i gone sampai Hokkaido terus!
Masuk umah, terus on ekon kuat2..
mandi, solat..pastu . kebooommmmm...

:: dapat telur pindang.. cantik bunga telur dia. ::

:: pastu dapat kacang dgn agar2 keras ni. yg kaler2 ni agar2 keras...mak usu buat sndiri! ::

::Ni penutup bekas agar2 n kacang kat atas :: 

:: pastu dapat 2 set pulut + rendang. Tuk sedara mara je ni.. 1 orang dapat 1 set pulut n daging. I dapat bekas kaler fink. Bgn tdo petang tu.. mengadap pulut laki bini. sedap giler rendang moksu. moksu ni mmg rajin n pandai masak! ::

So pada kedua2 mempelai, kakak lawa doakan adik2 semua berkekalan bahagia..
hingga ke firdausi naaa!!
welcome to the real world.
hampa jgn dok bayang hat manis jaa nooo... 
hat pahit kelat tawaq masin, semua pakat standy je tu.hahhahah

Talk later yeah..

.: NO HATE JUST LOVE 💋:.



Thursday, July 13, 2017

SEMBANG PASAL KELUARGA MENTUA NAK DATANG BERAYA & MASAK TOMYAM TUK SUAMI...

1 comment :

Assalamualaikum..

Harini nak sembang2 kosong, since cerita raya setakat ni dah settled.
Biar reda jap.
Sabtu malam ni, insyaallah i jemput keluarga MIL plak datang umah.
Adik badik suami je la..
Suami i ada 5 beradik je pon.
Suami anak sulung. Anak2buah ada 14, rata2 adik dia ada 2-3 orang anak.
SIL i kat puchong tu je ada 6 anak.
dah a few years, i mmg asingkan jemput family in law i.
I tak suka nak jemput ramai2...nnti takleh proper serve.
Biasa family I akan datang dulu.
And following week nya baru jmput family in law, tu pun berebut2 hari dgn adik badik lain 😅
Bkn takat berebut tarikh..siap berebut menu..hahaha
I lah selalu paling malang..dh plan baikkk pnyaaa nak buat soto(contoh).
tup2 umah BIL i buat awal2 dah. Dah tu takkan nak repeat kan???
Dahhh pecah pala plak laki bini nak fikir menu lain.
Smua pun nak buat terbaik tuk diorang.
Kalau family i senang. I tanya je.. "koang ada tingin nak makan apa2 tak???"
Selesai masalah. Dgn family in law ni diorang tertib sket.

Mungkin diorang OK je.
Tapi i yg letakkan diorang kat satu level yg i kena serve the best...
sbb nak jaga nama baik suami i ke..
or mebi ada reason lain yg i susah nak share kat sini ke kan?
smua pun my own assumption je pun..
Tah2 kalau bagi diorang makan beskut raya pun, diorang ok je..
tulah kita ni kan? kita yg letak benchmark...
last2 nampak mcm diorang plak over demanding.
Dapat mentua and ipar duai yg baik, sporting,sempoi, supportive tu pun satu rahmat and rezeki taw.
tak semuaorang ada peluang nak close, cemolot2 dgn inlawssss.
So syukur byk... to those yg dgn inlaws leh bertepuk tampar. beramasss messsreee.
leh rangkul2 bahu(mcm suami i buat kat mak I).
Appreciate it k! Jangan koang plak nak melorat2.
Nak kekwat2... sikit lebih kurang dah la.
Welllll...never mind.. 
Nak fikir details2, sikit2 nak terasa hati ... tak de kesudahan kan??
sbb tu i buat je lah apa yg terbaik dan termampu.
Matlamat I... jaga maruah suami.
Belajar ,terima &  sayang orang yg dia sayang. that's it. 
Hidup lama mana lah sangat.....

So, kata putusnya tentang menu sabtu esk...
jeng jeng jeng...
nanti lah i update k... hahahha.
tetaplah kena guna talian hayat(bantuan mak).
I tak konpiden lagi lah nak masak banyak2...
belum sampai tahap tu..

NI KESAH KELMARIN(Selasa)...

Tersampuk roh memasak.
Gagah masak tu sbb kejarkan sementara suami ada kerja kat cyberjaya je ni.
Meanwhile, kami pi kerja asing2.. drive masing2
Makna kata, petang nya i tak payah keluar jemput suami.
Peluang tu kalau nak masak...senang!
sbb takyah terkocoh2 nak masak, nak keluar jmput suami plak.
Since tekak tak sedap lately, nak makan masam2 pedas..
jom lah kita meNOMYAM.

::jadi elok perangai dan berakhlak mulia kejadian tomyam putih i semalam. resipi dah patblas ribu kali i taruk. nampak peghak plak kang, sket2 taruk resipi mcm kan hebat nau. hahhahaha. eh harusss lah ciwi, tomyam tak pakai pes ni, tenyeh sendiri je! kagum kan?? kahhh!!  Suami sampai je rumah dia mandi, i goreng telur dadar..reheat tomyam gelegak2 i sendukkan soang semangkuk. senang suami nak hirup. pastu makan dgn nasi panas dgn telur dadar.. perkhhhhh ni kalau mak mertua lalu belakang, i mmg buat tak pedulk ye. i swear! hahahhahaha. ::

Harini suami dah keje kat KL semula.
Pagi kami carpool.
Petang kang i balik rumah dulu, suami balik lewat, dia naik train.
Mcmbiasa, i kena fetch kat KTM UKM sana.
Tak tau lah rajinn ke tak i masak.
Insyaallah kalau sampai rumah awal, kita masak.
Kalau jalan jem tak memberi kerjasama, kita pinjam dapur kedai.. ne ne ne ne ne
2 mulut je pon!


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.