Showing posts with label BANGALORE INDIA. Show all posts

Tuesday, June 06, 2017

LAST DAY IN BANGALORE, HATI KU TELAH TIBA DI MALAYSIA TERLEBIH DAHULU... HUHU

No comments :


Assalamualaikum.

Semalam i tak larat nak update.
Lain maciamm btol dia pnya panasss, sampai demam2.
Office i kannnnnnnnn........................ eh malas la nk sambung..beratus2 juta kali mention dah!
Kepanasan dia membawa i sampai demam2.
lepas berbuka i jadi lembik terus.. muntah2.
Sbb tahan panas dari office, migrain tangkap tengkuk.
I rasa lagi dasat puasa kat office ni dari puasa kat India aritu!
Suami i dah bising2 suh report kat OSH etc.
Yela persekitaran kerja mcmtu, mmg tak health and safe kan?
satu lubang udara pun takdek! pastu ekon kaput! 
maknusia dalam ni ada 10 orang. boleh tahan sehat2 bulat2 jg soang2.
Faham2 je lah pengumpulan habanya mcmmana.
kalau ada yg halus mulus pun, si nana soang je.. huhu. 
I kalau takat panas, tak sebab jadi migrain ke, gagah lagi la nempuhnya... 
Ni bila start tangkap tengkuk, mata berair.. hmmmmm..

Ok sekian muqoddimah. 
kemain melebihi 1000 patah perkataan. 

I nak up cerita last day i kat India..Jumaat lepas..
Before tu kita perabih pic last time berbuka kat hotel.
Kami stay kat Double Tree by Hilton (dah balik,baru berani mention nama hotel..hehe)
A day before nya(Rabu), kami layan dinner buffet.
Khamis tu, tanak buffet dah... sbb tak semua food kami makan.
so better kita ala carte saja sudah.

::since chef tak sempat masak, diorang bagi complementary fruit and kuih2.. mula2 suami kemain eksen.."dont need dessert, fruits only"... sekaliiii.....

:: hamek,vadey yg dia bagi ni haa kemain2 sedapp nak mamm!!!!! finally..ada jg something yg boleh bawa balik as kenangan to Malaysia. hahah.  sedap giler ok! spicies dia, bawang dia. wow meletop dalam mulot! rasa nak minta lagi..  ::

:: kami ala carte tomyam kung udang. Walau meat and poultry dia halal, tetap lah kami lebih tegar memilih seafood. Sedap jg ok, chef dia masak tomyam. Belajar dari orang siam lettew. Udang gemok2. 1 bowl ada 3 ketul je udang. tapi bapak gemok. so makan jimat2. cukup. sbb kuah dia sedap! ::

:: Ni green curry prawn. ponnn,udang!  Tak pernah dibuat orang ek, udang masak kari mak kou hijau mcmni. hat ni ada dalam 5 pcs udang... kuah dia elok sangat sedap..paling gembira, sbb takde indian taste pun dalam dish ni! pure rasa thai.. 2 dish settled.. makan kenyam kami malam tu..alhamdulillah, nak balik mesia.baru dapat makan elok2 sikit.::

:: Last day sahur kat hotel. Malam tu lah yg dapat news kematian mak budak2 tu..lps dapat news, i terus tak tidur ok! suami i terpaksa tidur sbb dia nak keje jumaat tu. I terkebil2 snsoang.. last2 bangun lah! p amek wudhu..buat la apa2 yg patut..dari termelangut2 tak buat apa2. So lps ngaji semua, i tak tidur langsung, terus i buat maggie. Gerak suami, and turun bawah(cafe) p sahur. So i sahur bawa maggie. Dah tak leh telan all  the biriyani2 one deyyy!!!! ::

:: suami keje halfday aritu, so balik bilik rest2 skjp. Naik atas tgk swimming pool dia.. 5 hari kat sini, tak jenguk2 pun. errrrr kou rasa nak share swimming pool ngn diorang ke? hahah. giler kejam statmnt??lps asar, siap2 nak balik dah. dia pnya teruja ya amponnn kouuuu!!! sebijik bto feel mcm nak balik raya weii! akhirnyaa...dapat juga i feel mcmtu. slalu nya balik raya kajang-ampang je, tak sempat abis 10 lagu raya pon 😂 ::

:: berbuka dalam UBER. makan choclate and minum air. Sampai airport,takleh check-in lagi. So kita ngopi2 dlu..::




:: flight kami pukul 11.30pm(local time),tapi delayed to 12.15pm 😭. orang dah tazabaaarr nak balik, saje je nak delay2..mainkan pasaan orang! pfft .. ni view banglore at night from the top.. cantik kan lampu2? see betapa padat nyaaaa city diorang! so malam tu sahur dalam flite. tak best taw..berbuka ikut bangalore time, sahur ikut time malaysia..awal tu syuruk nya! huhu. makan  main2 je la AA pnya food. Nasi lemak pak nassier by AA pagi2 buta tu. bedal je la... ::

:: kol 6.45am waktu malaysia, selamat sampai KLIA2. Since kami beli premium flexi pnya add-on,so luggage kami awal2  keluar dah. Alhamdulillah. Amek GrabCar, balik umah.. ::

So cukup la kenangan i di India bout 6days5nights.
Udoh2 la... no more India lahhh...
tobat lahom orang kata.
Byk2 negara i pergi, India ni lah paling hazabulillazi kot.
Tiap masa ngitung detik nak balik! hhaha..

BYE2 FOREVER INDIA..
Will not come again.
uweeeekkkk. hahahhaa


.: NO HATE JUST LOVE 💋:.



Friday, June 02, 2017

MALAM2 TERAKHIR DI INDIA, SUDAH TERBAU HARUM MEWANGI TANAHAIR SENDIRI....

No comments :

Assalamualaikum.
I tot u ols baca tajuk je dah leh rasa sama how's my feel kenn.
Hahahhaa. Giler kentang la perasaan dia len maciamm sgguh2 wei kali ni nak balik Malaysia.
Macam betul2 nak balik kampong!
Akhirnyaaa..dapat juga i feeeeel mcm orang lain feeel bila balik kampong!
yela, mak pak i mmg duk Ampang tu je ha.. berpuluh2 tahun plak tu stay dgn dia..
tak pernah rasa teruja sangat pun balik kg.
Kecik2 dlu ada la rasa sket, bila 3-4 hari before raya dah balik Melaka.
Tapi tu ziarah tuk nenek... sedara mara.
tak samaaa feel dia.
Pagi2 tadi lepas suami p kerja..i teruja kemas2 baju.
Asing2 baju kotor. pack2 saree(ehem)..
sambil pasang lagu raya kat Youtube laptop. Hahaha.
hoiiii sorgaaa rasa nya weii!

Ni i update cerita Rabu kelmarin.
Petang2 lepas balik dari Commercial Street, time sini lebih kurang 3pm.
Kat fb..kemain meriah geng2 kat mesia up status menu berbuka puasa.
Amboii, sikit koang tak jaga pasaan kakak kan??hahaha
Lalu tercetus entry ini 👇

:: FINE! Sabtu ni masuk je waktu zuhur, lekaih2 solat..start kete..pi cari param...kita jadi org pertama ye bang.. *pembalasan si botak*. ::

Natijah nya..
Petang tu suami kata jom lahh kita buffet je kat hotel ni.
Lps chck status halal and survey menu..
agak OK la jg. Ikutkan before2 ni bkn takleh layan buffet hotel ni.
Tapi konon nak adventure, pi cari makan luar.
Dah tu 2malam makan kat luar mengecewakan kan???
So, ok jg buffet kat cafe hotel.
Berbuka air, buah2...pastu naik bilik solat maghrib siap2.
Pastu baru turun sambung makan..sbb waktu mghrib dia singkat...

:: Not bad, the food spread..variety lah juga..::

:: ada indian & chinese cuisine je..western only beef steak.. boleyyy laaaa.. ::

:: masa puasa nampak salad2 daun2 ni semua, kemain menceces2 ailio. masuk je azan, terus serbu salad..woww healthy nya lifestyle kakak! hahha ::

:: ada section sayur2..kita choose what we want..and asked to braise dgn plain soup. sedap giler ok! clear2 soup mcmni mmg bff dgn i.. hirup panas2..slurpp2. ::

: beef steak. elok empuk daging. brown sauce pun nice. mesti chef dia menetek2 aimata masa masak lembu kennn?? sorry chef... apa barang bertuhankan binatang kenn?? :: 

:: mmg tak tinggal lah.. briyani ayam...ayam timbus dalam nasi siap2.. i mmg tak pandang walau sebelah mata ye.. cukup lah sahur hari2 makan biriyani!! cemuih aih! ::

:: fish fillet masak butter lah kot.. acenggini 👍 jahh  ::

:: sweet sour fish fillet...::

:: dessert dia banyak..tp i dann snap manisan diorang mcmni. ada bykkk.. i tak try semua.. food lain pun ada lagi. tapi tak gigih plak i nak snap semua... doraang daring kat i kemain.. tak penah tgk org food selfie ke??deyyy??? t:: 

:: awal2 i mmg aim nasi putih.. 4 hari tak jmpe nasi putih kou!!!! ha papadom tuuu mmg penaik selera..rasa mcm bersahur kat umah mak. Umah mak i..kalau sahur..papadom dgn telur masin mmg jarang miss! ::
 
:: as penutup... i minta latte. husband cappucino. :: 

:: baru lah muka alaaa senyummm . gendang perut gendut,tali kecapi... :: 

:: Suami i bersinar2 je tgk i selera makan. masa ari isnin lps lagi dia kesian kat I..kami p makan kfc. i nampak pic chicken bbq grill.. xcited i order...sampai2..rupanya tandoori kau!!!! pejadah nak ratah2 tandoori mcmtu kannn??i tot mcm domino's pnya bbq wing ke apa.. terus  i tak leh telan.. i snyap je time tu..sayu nau2 rasa hati. suami i laju je makan ..tu dia rasa bersalah. since that..tiap kali bbuka, dia akan tanya i betul2 nak makan apa...dia layan i kemain mcm pwincessss..  ye ye..ngaku.. mmg mengada..eh kat sapa lagi i nak mengada kennnn.. jelllesss letttewww 😝 ::

:: sampai curi2 snap gambar binik debab dia..tq seben. kena antar kad raya sok ni ke cemana ni?? hahah::

I dah rindu abissss kat budak2 2 orang ni ha...
Sampai termimipi..terangau2..

:: aliff sayang ciknyah manja mucuk masam... budak2 ni kalau masuk bilik pakcik2 depa mcm2 hal jadi nya..ni acik dia pnya keje la ni.. tah cemana depa edit.. blom boomerag yg kelakar2..pandai plak budak2 ni acting! RHO YA NUN DHAL WAU!::

:: yg ni lagiii laaa mentayam kekasihhhh dunia akhirat i ni.. kak nam cinta hati I! ::

:: Eh lupa nak story kan?? ari ahad lepas masa 2nd ramadhan, kawan acik diorang ada datang rumah..interview pengalaman berpuasa budak2.. abam kan 7yrs old, baru belajar puasa ..so ada la kot mana2 slot diorang kna cover bout this topic.. abam masuk TV ols!! Berita pagi kat TV1... Ni depa la snap masa live..::

:: Interview skali mama papa diorang. Diorang igt budak2 (kwn acik) sekadar buat thesis ke apa..skali live terus.. mama depa siap pakai kain batik lagi! hahahhaha. ko mampu?? masuk tv pakai kain batik?? pakai tudung basahan buat pakai masa sidai baju? hahhaa. Pastu mama dia kata.. "huduh sgguh la..muka mcm nak minta zakat pun ada! " hahhahaha.::

I takleh nak fikir apa dah.
Mmg wajah kg halaman(ceewah) dah bergentayangan di birai mata gittchew! 

MESIA, MUNG TUNGGU AKU DATAMM !!!


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




Thursday, June 01, 2017

RAMADHAN KE-6 DI BANGALORE, INDIA AND ANOTHER 1 DAY TO GO, COME BACK HOME!!

2 comments :

Assalamualaikum.

Kembali lah kita bersiaran dari Negara MahatmaGandhi ni haa.
Allahu, Allah je yg tahu betapa sukar nya berpuasa di perantauan.
Di negara yg hmm hmm hmm piula tu.
Tapi, i tetap bersyukur sbb ada peluang sampai negara orang.
Kalau ikut pilihan sndiri, for holiday ke vacation ke..
opkros mmg tanak datang sini kan(sorry its only my 2cents).
Mesti kita akan pilih negara2 best..sejukkk.. byk attraction...
Tapi dgn peluang mcmni, ikut suami kerja..
Membawa kita mengorak pengalaman di negara yg belum maju.
Buatkan I rasa sangat bersyukur berlipat kali ganda sbb dilahirkan mnjadi rakyat Malaysia!
Atleast, kita tau negara kita banyakkkkk sangat lebih baiknya..
 dari separuh2 negara lain dalam dunia ni!
Jgn syik dok compare dgn negara2 maju best yg lain. 

Malam selasa lepas, gagah laki bini ni menapak pi cari makan.
Berbuka makan maggie for alas perut dulu..(MAKKKK LIHATLAH ANAKMU!!).
Then solat maghrib, baru keluar.
3-4kedai halal kami masuk, smua tak lulus kat tekak.
Rasa cam geli2 je kat tekak. aduhaiiii. Dia pnya ke-india-an sangat kuat.
eh im not racist taw. i cuma tak tahan dgn bau err, mcm bau semayang diorang tu.
Last2 jmpe la 1 halal shop..
Agak bersih... tu kriteria terpenting after HALAL.
Rupanya buffet.. INR550 per-person(+-RM37).
Variety jg food dia..tapi food puak2 depa la..curry je yg menguasai 70% 😂..
Yg kelakarnya...kami dah rasa mcm ada kat zaman filem BOBBY..
SANGAM..MEERANAM JOKER..hahhaa.
Dia pnya ambience, dgn gambar2 pelakon hindustan lama2..
dia buka lagu filem lama2 ..pastu siap ada waiter naik baskal serve laddu lah...
hhahhaha... i dok ralit tgk persekitaran. bkn makan sgt pon!
Gambar mmg takde, sbb i tak tau kenapa i seram2 sket bila berada dalam kelompok diorang.
Rasa nak cepat2 je balik...
I mmg tak keluar hphone pun, siyes tadek mood sgt nak snappy kat India ni.
Pilih Kasih btoi kakak kan??

:: tapi dia pnya tosei ni mmg win wei!!!! tak pernah rasa SeBEST ni! never! bapak crunchy lemak2.. aduhai. berkali2 kami repeat..kata buffet kennn..huhu ::

: nampak mangga dlm pestik tu?? bli tepi jalan. 4 ketul gemok2..baru RM3 kou!::

Siang Selasa tu....
Dalam kol 11am waktu sini, i gagah la  pi chartered UBER...
nak pegi MYSORE saree house.
I dok search kat internet, kata saree situ good2..recommended etc.. 
i pun terpengaruh... mmg dasarr kan? haha
sekali bila uber sampai, dah mcm lembu bercakap dgn tenuk.
Haram diorang nak faham apa i cakap.
teruk nauu ke english I? haha.
yg i dengar. "YES MAAM.."  "OK MAAM".
Apa yg yes..apa yg ok tah.
Pastu kan dia p drop i kat satu mall..quit big.
ek eh dia ni!! ni bkan tempat yg i request masa panggil uber??
Kira halfway je dia drop kan I.
Dah la sepanjang2 jalan tu dia onphone dgn awek.
Tiba radio nyanyi lagu sedap(agaknya)kemain high pitch dia ikut nyanyi.
Abis i ni siapa??tunggul ke apa??dia jgn sampai i sambung dia nyanyi.
Baru kou tetanjat, keras kau nanti!
eh amarah btoi i time tu.
Sebaik i tak bawa selempang padayappa I..
kalau tak..nahas dia!
Sbb malas nak bertekak..i turun and sambung perjalanan dgn uber lain.
Boleh centu?? main sambung2 plak ..adeihh..rabak poket mak,nak!
tapi UBER sini murahhh sgt2...
jalan la 45min pun, baru RM15 mcmtu.. 

Sampai2 je MySore sari tu..hampehhh.
seketul je building 2tingkat semata2!
 i ingat ada lah kedai2 lain ke apa.
dah la saree dia kemain nak meriah,
tahap kajol nak menikah dlm cete Kuch2Hotahai!
Pastu Sales Rep dia plak ala2 memaksa..hoii cukup pantang btol gua!!
tapi sbb takut kena cincang masuk dlm guni..
i ngalah la beli jg la 2 helai.
cantek n simple lah juga..tapi beli tak ikhlas! boleh??
 
Then....
Tak puas hati dgn performance aktiviti shopping saree kita,  
tengahari smlm, i p amek uber. lagi.
i p Commercial Street. Kat sini mcm Jalan TAR kita lah.
BUT..pls lahhh bagi standing ovation kat jalan TAR kita tuuu.
much2 better lah than sini. 
Dah la i snsoang, puasa plak tu.
And diorang sangat tak friendly ok! kemain nak sombong!
bkn putih pun.. ek eh.tiba2 ungkit bab kulit plak. hahahha.
kalau abhishek bachan ke, ajay devgan ke nak sombong dgn I..
i maafkan lagi.. ni depaaa ni?? adeihh..sendu!

Kawan i dalam fb ada kata..
"hang pi melbourne kemain byk pic..meh la share pic india sama."
ek eh dia ni menyiram petrol kat api marak ni.
Kang kalau kakak tepek jg, jgn kata kakak menghina piula ye..
but why not kita share kan?
Bkn i naya diorang, p letak gambar buruk2 je.
Mmg sepanjang2 perjalanan i ke 2-2 tempat ni...itu je yg i ngadapnya!
kenyataan! nak buat mcmna kan??
Kalau ikut statmnt suami mak iti(bff I)..lagi kejam..
India ni mcm tong sampah besar!
hahhahaha.. matilah nak...statemnt kou!  
Jom kita explore sket2..cemana environment Banglaore...

:: Mostly tepi2 jalan mmg cenggini lah rupanya. korek tanah semedang, tapi tak nampak pun any project progress ke apa..:: 

:: another view. kalau koang pedestrian, jalan lah elok2 pandang bawah. mmg takde jalan yg semenggah. kang ujung2 kaki kou terjerlus masuk lubang, dont say kakak tak payung.. ::

:: tuk2 sini kaler hijau kuning.. depa panggil OLA..  i dah naik 2x..masa balik dari dinner.. mmg langsung tak safety!  kalau tayar temasuk lubang sikit pun kau dah kena standby nak terjun dari ola ni! if kau tak bersedia, mmg terjongkang lah kot kalau btol2 mendap dalam lobang ::

:: Nampak lembu tiba2 ada tengah jalan? eh tu biasa tuuuu... lembu kan tuhan diorang, jgn kau 'embah2'kan lembu tu..biarkan dia bergaul dgn hamba2nya(kata dia tuhan?). longgokan sampah is it everywhere! bau? opkos! i kalau jalan tepi2 tu mmg  katup idung pakai tudung sntiasa! maaf kata, mcmana koang nmpk geng2 diorang kat mesia kumpul bahan2 terpakai, pnya bersepah etc..ha senario tu mmg byk giler kau akan nampak kat sini!:: 


:: nmpk lembu lagi??? tayah susah2 kau nak balik kg tgk lembu. ni town ok!! town! kakak tak tipu ye..::

:: jem dah tentu2 48jam... bunyi hon mmg nonstop ye. hon for nothing ok! tayah la kau mimpi nak tdo lena dalam kete ke apa..kang kejap2 tekejut2 dgr depa hon... rasa nak ketuk pala sekor2 pun ada.. koang ni kenapa??sakit?? ggrr ::

:: jauh kemas wiring kita kat mesia nunn kan??:: 

Ok let's i elaborate sikit.
I kat Bangalore..1 of city diorang yg maju and bagus.
Tapi see lah cemana 'bagus' bagi depa?
Suami i kata kat Chennai, Kolkata or mumbai there...jauhh lagii worse.
Then cemana i nak rate diorang bagus??
I dok fikir..mcmni lah agaknya mat2 salleh yg datang pedalaman2 sabah, 
or perkampungan ulu2 kita menilai..
sbb diorang nak compare dgn negara diorang...mmg kalah teruk lah pedalaman2 kita kan??
i went Indonesia, thailand already...tak la seteruk mcmni.
Hygiene? ayoooo.. i never enter any public toilet diorang.
Mmg i disiplin suruh poo2 kat bilik hotel je..
kenot imejin cemana keadaannya??
Sepanjang2 jalan nmpk stall jual food..
Diorang makan sambil berdiri, tatang pinggan.
Then 1 jug air(probably air kosong) ,jug plastik mcm jug masjid tu..
akan diminum teguk mcmtu tanpa gelas & its share!
pastu amek air dalam jug tu buat basuh tangan, basuh gelas..
pastu sambung teguk! pastu pass kat orang lain.. kou rasa???
I nampak ada atuk2 pakai kain ikat sampai peha tu tatang kuih ala2 vadey la kot..
masyaallah kotor sgt atuk tu!
pass kat customer..pegang tangan.
Then anjing bersepah2...joint duduk makan skali bla bla.
Good experience tuk I..lbh menghargai apa yg ada, 
dari meratapi dan mendamba2 apa yg takde...
bersyukur lah! 
i tak hina diorang...tu cara diorang...since old... 
cara negara diorang membangun..ditadbir begitu...
Ada je tempat menarik kat sini, Nunn Kashmir sana, kan cantik gilerrr..
Or...Tajmahal there.. kebetulan je kot i mai sini... 
again.. i lebih pada pupuk rasa syukur..
more and more...

Again, tu hanya pandangan I je pun.
Tapi pandangan I terus jadi redup sayup.....
bila....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

:: ni je la kot satu2nya yg best kat sini... SAREE...😘. Nak melaram raya dah tak sempat... tggu raya haji je la..pastu ada 2-3 kenduri kawen org 'have2'  belah suami.. boleh la kakak menciwi time tu... ne ne ne ne ne:: 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


Tuesday, May 30, 2017

RAMADHAN 4- KISAH BERBUKA DI PERANTAUAN YANG AGAK MENGUNDANG LARA DI HATI AISHAH...

2 comments :

Assalamualaikum.

Salam Ramadhan ke-4.
Baru lepas siap2kan suami p keje.
Siapkan baju. seluar. handkerchief. tanya hphone battery full tak..bla bla
Tempias2 ke best-an jadi surirumah tu dah semakin meluap2.
Tapi rasanya suami I yg bakal jadi 'house daddy'.
Dia kan dalam proses nak resign etc.
Sedih tawww..kita yg sakit cancer kemain stage sampai 4...
tapi stay keje..dia plak yg nak benti nyaa...
dunia ni tidak adil tidak adil tidak adil... 😭😭😭
huhu.

Koang,sahur apa pagi tadi???
I mcmbiasa, kol 3.30am waktu sini ,turun cafe bawah.
Diorang ada sediakan mini buffet tuk muslim.

:: Dah 2days sahur kat sini, mcmtu juga la menu nya. Nasi biriyani2...makan lah kau kat situ sampai naik lempuh!! Ada set nasi ni, buah2 sket.. yogurt..ni yakult... bread2..omelette. Ok dah la tu kan? Alhamdulillah..::

:: hot drinks boleh request. Dia akan freshly made for us.. Hari2 kami minta hot choc dia..sebab sedap mcm nak meninggal!! arini i siap minta buat black tea (Teh O) lagi.. ::

Kisah sahur ok lagi.
Sbb hotel provided.
Semalam kan 1st time nak berbuka kat sini.
Asalnya plan.... dalam kol 5pm i keluar hotel naik uber..
pergi mana2 mall and looking for a Halal food..then..
suami will joint later from his office.
Masa kol 4 lbh dapat msg dari suami, dia kata jangan keluar.
Sbb local staff,pesan jgn kluar at this jahanam time.
Sbb jem terok sampai kol 8pm nnt!
Kol 8pm tu dah masuk isya' ye!
So..suami i akan tggu jem reda baru blk hotel.
So menangis mengogoi2 la i tepi bucu katil..
 sbb tiba2 sebak kena berbuka snsoang dalam bilik hotel di perantauan.
Time ni pnya haruuuu..rasa nak book flite nak balik Malaysia malam2 tu jg! hahhaha.
Byk kali sudah ku bilang.. i dgn makanan mmg jgn sesekali buat main.
nahas akibatnya.hahaha.
Dalam kecelaruan, suami suh room service je.
Sebaik cafe sini, halal.
Walau harga dia...tahap dapat saree blink2 la bawa balik! pffttt.

:: main order je la apa2 yg munasabah. dah start cengeng melalak..so mood makan tu dah menjauhkan diri..:: 

:: I order Padthai(kueytiaw je pon) dgn soda salted. berani btol oda soda. i pun blur time ni..tgk pic dlm menu kemain tempting, terus oda.. sekali sampai, besar giler portion dia... ::

tgh tggu waktu berbuka, suami sampai.
Ek eh dia ni?? buat sepelais2 ke apa?
huhu.rupanya dia gagah balik jg..jem pun jem lah..dia gamble je.
Sayang bini pnya pasal. yeayy i won !!🏆. hahah.
Semalam kemain, konon survivor bagai, ni baru sikit dah melalak2.. hover!
Ngam2 lagi 10min nak berbuka dia sampai..
dapat la kami berbuka together2..
Mentelah ketiaw tu pun kemain membusung byk!
Alhamdulillah.
Takde lah sendu mana pengakhiran iftar ramadhan 3 kak esah kou!
Lately kemain propah menjadi2! mengandong kot!
hahhahahhahaha

Lepas maghrib, suami ajak jalan2 jap tgk2 kot ada kedai saree dekat2..

:: memang 👀 jik mata ye..tgk sareee blink2 lawo2!! tapi sini saree cheaper dari Malaysia.. so haruslah kakak rembat sehelai dulu. Sbb ada 2 helai lagi saree tak berantar tempah. suami kirim kat staff dia yg p india last time.. so tambah yg 1 baru ni..ada 3 saree sudeh.. yg dah siap and dah pakai ada 2 helai. ni selagi belum balik mesia... igt 1 tu je?? NO ye...sat g ni...kol 11am, i nak p jalan2 usyar saree lagi.. ada rezki nak belikan mak sehelai. MIL dah dapat 2 helai aritu. Mak je tak dapat lagi.. alang2 mai sini, cari yg quality sikit... letopp mak ai pakai saree blink2.. tazabarrr nak tgk mak cantik! for myself..opkos akan ada penambahan.. laki dah bagi greenlite, to swap2 card.. la la la la..kita beli yg betul2 tantek n bebaloi je kan? saree malam tadi tu pun suami i yg excited pilih. dia mmg sukaa tgk binik dia lawooooo je..padahal jenuh melaram,cemana pun,kot tu juga la ..celah mana lawa nya. pity u asben! hehe ::

:: ni chiffon saree biasa2... simple2. lawa jg. Ingat nak beli ni a few..buat pakai p keje. tapi tulah, tak sesuai lgsg material2 mcmni bawa p opis i selagi ekon tak repair! berkuah ketiak melenjap! tak sempat nak tanya rega details..sbb kluar hotel pun dah lewat.. tggu nnti i update lagi na..lg pon i ni seram2 sejuk sket dok snap2 pic kat kedai2 mcmni.. :: 

Tu je update i kali ni.
Sini tak mcm melbourne leh jalan2..berangin2, ketiak pun kering.
Nak2 ni bulan puasa..so mmg i tak plan langsung nak berjalan2 ke apa.
Ada pun keluar window2 shopping.
Bkn apa,takut lampu otomen kat dada i menyala minta nyawa...
kalau jalan banyak.. hahahha
korang cemana kat KL? berbuka apa ptg ni??
harap takde tragedi lagi la berbuka ptg ni..huhu..

SALAM RAMADHAN KE-4 ye..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Monday, May 29, 2017

RAMADHAN KETIGA 1438H, PENGALAMAN BERPUASA DI NEGARA ORANG; BANGALORE INDIA

3 comments :

Assalamualaikum!!!

Namaste...
gittcheww pengenalan yg membawa kepada pemberitahuan,
dimanakah lokasi kakak sekarang!
Gigih dan gagah update live ni.
Sbb malas nak keluar, puasa kou.
Bawa2 la simpan energy utk kegunaan hari muka.
So kita memerap kan diri dalam bilik hotel while suami pi keje.
I dah biasa cenggini..so far dah 3times kot ngekor seben keje oversea.
China, HK and now here; Bangalore, India.
Tgk la karang2 kalau i sangap, i amek UBER p mall dekat2 sini.
Kot jmpe SRK ke, Arjun Rampal ke, Preity Zinta ke..
nampak nau dah kertu, artis oldskul2 yg kakak tau.
yg muda mudi mmg tak amik tau dah skrang. huhu.
Tak berapa kisah memerap sbb hotel smua elok2 molek2...
Wifi pun laju mencanak. 
Adik i pun dah siap save kan movie2 best kat External HD i..
so pandai2 lah bawa diri..Insyaallah.

So where the journey's began?

:: Semalam.. berbuka kat KLIA2. Kali ni terpaksa lagi naik AA...sbb MAS dah fully booked! AA tu pun nyaris nak gone..dapat pun rate premium flexi.. mahall giler kot? suami i redha je, janji dapat bawa i to this trip. Sbb lps2 ni mebi suami dah takkan mai sini(India) lagi.. :: 

:: time ni kol 6.40pm dah duduk kat meja. aduhaii lemau btoi kalau ngadap food awal2.. terus jadi mcm budak tadika sgguh! sat2 tgk jam. nak heret kaki bawa pi pusing KLIA2, tak berapa nak berkudrat..maciam2 kau ni,esah!::

:: Sebab nak senang kerja, kami makan nasi arab je smlm. Biar kenyam! Pastu singgah Jaya Grocerries beli temikai. pun dah Alhamdulillah sangat ::

:: Flite kol 9.10pm. muka dah tired abis. Time puasa, mmg propah lebih! hahaha. Alhamdulillah everything goes smoothly.. dalam flite makan je keje I..hahha. sbb dapat seludup foldover lazeez(chicken), so hati girang kekemain. mmg ada food from AA..satay wrap jg.. eh opkos la kalah teruk dgn Foldover mcD tu kenn.. so i pass 2-2 food tu kat seben. i layan lazeez dgn penuh perasaan! i dgn foldover lazeez mmg bff since forever! mmg tiapkali ramadhan,tertunggu2 akan kemunculan kembali Foldover lazeez ni. kalau i kata nak...i nak jg! suami i kenot say eniting..huhu ::

Alhamdulillah flite touch down dgn baik and timing spt yg dijadualkan..
11pm Indian time (1.30am Malaysia).
India time ni behind us about 2 1/2 hrs. 
Amek airport taxi... and terus p hotel.

Pengalaman 1st time sampai India...
Woww nak masuk hotel dia pun siap ada police ok.
Akan chck boot, dashboard taxi before enter hotel.
Then sampai lobby, bag kita akan di scan oleh polis.
Meanwhile, setiap hotel mmg dah ada siap2 scanner mcm kat kastam airport tu!
i tak sure semua hotel or hotel2 have2 je yg kena.
Since kes bombing etc la tu. terus seriau aih!
Nak naik hotel pun kena proper check, passport.boarding pass etc.
Serrreemm nihh!
Alhamdulillah, kami ni langsung tadek muka terrorist. and we are not pun kann.
Muka pnya ayu jambu... celah mana terrorist nya pun.huhu.

:: Tadaaa...sampai bilik dah.. rasa tanak fikir apa2 dah time tu... nak lempaq badan gegasi ni terus atas tilam hempuk.. waktu ni dah lebih kurang 12.15am(indian time). tapi gagah kena washup2 and solat..tak solat lagi... pastu kol 3.30am dah turun nak p sahur. hotel ada buat sikit buffet for muslim tuk sahur. ::

::time sahur ni la jmpe 1 group geng2 H*BC suami. ni pesen yg keje sini for berbulan2 time. So rasa safe jg since ada Malaysian here. Muslim plak tu kan.. terus interview tanya cemana nak berbuka, nearest mall etc. Tu suami tgh nyembang ngn depa la. mostly depa processing executive::

Sambung sket pasal bilik...

:: Good2..ada workstation. Sini la tempat i on9.. transfer duit kat adik2 ..transfer pic.. tgk movie..buka tv depa pun haremm nak faham bahasa diorang, sikit tak letak subtitle. huhu ::

:: siap ada kitchenette. bagus2.. leh buat reheat2 lauk ka apa..::

:: sofa ..:: 

:: wardrobe(left)..::

:: nampak tak? nampak tak? toilet dia ada hose?? wowwwww excelllent terus i bagi markah! ::

:: ALhamdulillah elok perangai..selesa.:: 

Sini lah i akan bertapa for 5days..
Next Jumaat malam, flight balik.
Yeayyy.. So makna kata, nnti i masuk2 je keje..dah puasa ke-10 olsss..
Wahh bestnya lagi 20hari je nak raya. hahhaha.

Cukup ni dulu...
tapi dunwori, kakak akan bersiaran dari masa ke semasa..
Nak pulun update cete Melbourne sementara free2 ni kan...
Kat India ni, mmg tak plan nak pi jalan mana.
Mmg tak dan, since suami kerja.
Byk projek keje suami mmg base sini.
So dia balik hotel kol bapa pun belum tentu.
Sbb tu i kata, kalau ikut suami kerja..leh didik i jadi lebih survive 💪
Tadek sket2 nak call dia, makan pun suami kena siapkan.
smua bnda pun nk tanya suami. NO NO NO.
Dia kerja,kan? Pandai2 lah kita bawa diri.
tayah la dok kacau dia ka apa...
Janji pi mana2 inform dia.  
Tu yg dia rajinnn sgt bawa i..dia kata i independent..
Insyaallah.
Orang dah bawa kita mai jalan negara orang....
reti2 lah berbahasa. tlg iron baju tuk dia.siapkan apa2 patut kot dia.
So ptg2 kang tuk berbuka puasa pun i akan rikki tempat.
I akan fikir apa tuk berbuka kami.
take away ke cemana. Insyaalllah mohon Allah mudahkan

Salam ramadhan ke-3 ye semua.

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.