Monday, January 06, 2020

YEAR 2019 MEMORIES....

3 comments :

Assalamualaikum.

Since dah tebal sangat sifat M menular dalam diri nak update blog.
Menjadi2 plak kesengalan.
Tapi bila baca blog kawan2 update pasal 2019, rasa mcm why not kan???
I pun leh recall and recap apa2 dah jadi sepanjang 2019 dalam hidup I..
Even today dah 05jan2020...kira better late than never, aci lah ek??
First and foremost, Alhamdulillah sangat2 Allah masih bagi peluang..
tuk i terus bernafas menumpang di-bumiNYA.
Sapa lah boleh jangka kan?
CA patient stage 4, dgn harapan 50-50..
dapat survive cecah 5years juga. Alhamdulillah.
Ni pun tak tau la Allah kasi bonus berapa lama lagi boleh bertahan.
Allahuakbar...

So slowly let's lah i update, tuk kenang2an. Pahit manis sepanjang 2019.

Tuk lebih keinsafan...
banyak kehilangan family and friends in 2019.
ke pulangan mereka ke-rahmatullah, ada yg sangat2 mengejutkan.

Mac 2019 - Almarhum Kak shida

:: Kak shida tudung nude. Kematian sangat mengejutkan. Sbb arwah bkn ada sakit teruk. Kehilangan yg amat terasa.. Alfatihah kak.. ::

Mei 2019 - Kak Suhailani 

:: Mei 2019 - Almarhum Kak sue. Sahabat kenal masa korea trip 2013. Sakit colon cancer. A few time i sempat ziarah dia masa dia admitted in HKL. Masa meninggal i lambat dpt tahu. 2 hari lepas dia meninggal baru i tahu. meninggal masa bln Ramadhan. ::

Awal tahun 2019 -Almarhum Yusrizam. kwn2 EO.
Jun 2019 - Almarhum Mohd Farhan, adik sepupu sebelah mak. CA hidung. 
Julai 2019 - Arwah maklang rahimah(mak sedara suami). CA patient juga
Julai 2019 - Suami kepada sahabat saya Hazlina. CA patient juga2.
Ogos 2019 - Almarhum kak Anum. Cousin suami. Sakit jantung. Meninggal mengejut. 

Disember 2019 - Maklang Saremah

:: Maklang mak saudara I belah ayah. Meninggal sebab sakit jantung. Maklang yang pakai serkup tu.. ni masa raya thn 2019. Tahun ni tak meriah dah la nak mai beraya rumah dia. Takdak dah rendang itik sedappppp air tangan maklang.. sob2 ::

Al-fatihah buat mereka smoga Allah menempatkan roh almarhum2 pada kalangan para solehin. 
Ameen.

Cerita jalan-jalan kita 2019...
Nampak mcm tak berapa berjalan kita tahun lepas.
Mostly sebab fikir nak kenduri kawen anak.
Semua jadi mcm nanti2 lah jalan. Gitttoo.
Tapi bila dah list kan.. ek eh.. boleh tahannn...
ni pun yg i ingat. ada juga yg jalan dekat2 mcm PD..
genting ke.. melaka ke i tak record.
Sbb tempat2 tu i buat mcm pegi keje je.. KL-Kajang je...
Hahahaha.
Ada story yg ada link. Leh klik kat tajuk tempat vacation.
Ada yg belum update.
Ada juga yang mcm takde nak hapdet. ha ha ha. 


:: jalan2 dgn adik2 bujang and mak ayah. Stay kat HR hotel. Best! ::


:: Sempena bufday mak yg ke-62, ad-hoc plan bawa depa p bfast kat muar.. terus staycation hotel kat melaka. leh klik link naa.. ::


:: hafiz ada muktamar kat ganu , dia ajak jalan2 skali.. gerak 3 kereta from KL. stay kat Duyong marina KT ::


:: dah lama tak hang out dgn team2 isteri dambaan syurga ni. Masing2 pun bz dgn hal2 masing2::

FAMILY GATHERING TOK MAN @MELAKA

:: April, ada family gathering tokman & nek pisah. Atuk nenek belah mak kat Qashrina Pantai Puteri, Melaka. Permulaan tuk next2 gath. Mak i ada 13 orang adik beradik. But that time, only 1/2 je dpt joint, kebetulan adik sepupu kami tgh critical time ni(arwah Muhd Farhan).. sempat la buat solat hajat ramai2. Serious fun! ::


:: Memang purposely nak stay kat area2 Batu Ferringhi. Sebab sepanjang i mai penang, belum pernah lagi stay kat belah2 sana. Biasa duk Penang town or Tanjung Bungah. Tido 2 malam kat Holiday Inn. Penang, puasss food hunting merata hala. After that, turun ipoh, tidur semalam kat Casuarina Meru, Ipoh. Betul2 depan roundabout gergasii aman jaya tu..  ::


:: staycation in KL... sempena anniversary kami..stay kat Junior Suite. Nice view laa. Clearly can see KLCC and KL Tower.. ::

HAATYAI

:: credit pic from blog suzie. Tak ber-update pun hatyai trip, sbb kan suzie dah siap2 update. So mcm, eh buatpe buat 2 keje kan?? nak baca sok,. baca je from her blog. hahahhah. Ni 1st trip jalan jauh sket dgn geng2 opis. biasa outing sekitar KL je.. tak pun sesat la sket2 ke melaka ke PD ke for course. Ni la permulaan nya kami gerak jauh sket. saja la i bawakan depa berjalan. masing2 tak pernah p oversea.. sea lah sgt! over taw! hahhahha ::


:: Masa mai KK ni, lagi sebulan nak kenduri anak.. gagah2 je mengekor suami ni... Alhamdulillah dah lbh 3 kali mai KK... ::

JERANTUT-KUANTAN-KEMAMAN

:: mai jerantut-kuantan ni lagiiii la seminggu je nak kenduri anak, belah kami... suami i ajak, dia nak release tension after letih buat wedding preparation. Mmg tulang 4 kerat kami berdua je 90% per-settle hal kenduri. perkhh.. So story pasal jalan2 jantut-kuantan, Insyallah nanti i hapdet. dann la sggah kuala gandah melawat sedara mara(gajah hahah), p makan patin kat tempat2 best, p kemaman makan satar, p telok cempedak layan seafood and singgah lemang toki kat bentung. nnt la ye..kena buat puja semangat dulu mangkali. hahaha ::


:: Ni pun hutang update. Penutup year 2019 pi jalan2 selatan. Tak plan tak apa. Jom naik JB bang? kita masuk singapore sat na? gittooo conversation laki binik. Tau2 dah update status fb ngamok2 hentak2 kaki, merempan2, sbb  kena que panjang kat causeway jb-singapore. tobat lahom nak masuk dah! hahaha ::

And.. 

2019 merekodkan tuk julung2 kalinya...
pengalaman pertama kali dalam hidup I...
Allah bagi i rasa, jadi mak perantin!!!
Anak suami I a.k.a anak tiri i; fikri menikah.
Alhamdulillah tuk kenangan2 terindah.. 


:: Asalnya merisik, tup2 naik cincin tunang terus.rezki kami la dpt diskaun from our besan. tayah naik Tepen berkali2. hehehhe ::


:: Alhamdulillah anakanda fikri selamat bernikah on 19/10/2019 dengan Amirah Mohd Amin, majlis bersanding kat Dewan Majlis Perbandaran Taiping, the next day nya 20/10/2019.. Syukur Allah mudahkan.. ::


:: 14/12/2019 berlangsung dengan serba sederhana dan meriahnya di Dewan Mahligai Cinta Nirwana G-Village Desa Pandan KL. Boleh baca full  entry kat link naa. ::

and 2019 juga la menyaksikan....
i pemalas giler nak update blog. hahaha.
tapi malas2 i bila tgk statistic view, eh hari2 kot org datang check.
tu yg suspicious. sapakah yg rajin skodeng blog kakak???
yg rajin mai tp kakak tak hapdate tu mahap la ye...
sambil2 tu tlg doakan kesihatan dan kebahgiaan hidup kakak dunia akhirat.
And i pun selalu je doakan org2 yg baik2 dgn I...
agar Allah limpahkan rahmat buat kita semua ameen ya rabbal alamin.

So, kita tgk bila datang plak i rajin lagi nak ngedet ye.
tata titi titu...


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




3 comments :

Jepun Mari said...

ehem.. ehem.. payment mana? dapat sepeket kerepek pisang pun jadikk laaa
bahahahaha

Naily's Kitchen said...

Happy new year cik ecah comey 😘😘

Nur Aishah said...

suzie jepun : ko nk akk kira bapa keping kepek pisang den ko dah baham?? igt, ganti ganda 2. hahahhaha..

naily : hai naily. happy new year too to u dik.. take care naaa