Thursday, August 22, 2019
TAMU HOTEL & SUITES KUALA LUMPUR FOR OUR PRE-WEDDING ANNIVERSARY CELEBRATION. KONONNNNN.
Assalamualaikum.
Halo geng! Halo org kampung!. Halo org bandar have-have.
pahabaq ampaaa oiiii???
Mana pi la kak esah koang, lately kekemain membizi.
Celah bedah mana lah sis nak hapdet.
Hari2 balik qeja, battery nak merah sesaja.
Tinggal saki baki nyawa tuk solat and tdoq ja weii.
2019 ni mmg tahun mencabar la dalam kerjaya sis.
Asyik dapat staff yg hmmmpp hmmpppp.
Tu yg terpaksa turun padang, jadi kerani juga2.
tak pa la, janji gaji berkat. Ameen.
So meh la kita up story yg mmg dah ada dlm draft.
Tajuk entry kemain setended cikepal je. miahahha.
:: 3/8/2019 baru2 ni...Staycation dalam KL sempena wedding anniversary lah kunun2. cemuih plak nak bg statement cenggini. padahal, mmg nak p rest mana2 pun. Time ni lepas cabut gigi geraham. demam bentan. lemauuu je. tu yg suami hangkut cari angin baru.. mmg betul baru, terus p kg baru..miahahha. Actual date of our wedding is 09/08..tapi date tu, dekat nau2 dgn raya haji. Takut kena carut dgn mak, org nak raya ko sebok nak p dok otel bagai. So, let's kita awal kan sket... ::
:: Asbab nak celebrate, amek Junior suites teruih.. baahahaaha. Alhamdulillah view sangat2 santek. Bilik dia meluas.. L shape.. dikelilingi glass wall. so dari klcc ke kl tower ke HKL semua cover siap2. hahhaha ::
:: King Kong size bedded. Leh sumbat lagi 2 ketul kids. Ingat nak angkut abam n auni, tapi i sendiri pun tak terbawa badan penangan cabut gigi..makanya terdampar mcm ikan paus naik darat la I atas katil.. tu pun sempat layan game (meniaga cafe) hahaha ::
:: suka sgt bilik dia terang.. luas.. benderang.. ::
:: gelabah bewak la nak snap semua sudut pun.. besa la jakun kg pisang. huhu ::
:: jamban. tingat plak cc kt office ni sibuk nak p tgk wayang cete tamil tajuk TOILET. hahahha. i meremang2 sket nak p tgk, takut ternampak menatam jadah terapung2 tu semua.tuihhh. kembanggg tekak sis! ::
:: dah jarang2 hotel provide bath tub. good one la. malangnya, yg mai duduk hotel ni si tua 2 ketul ni harommm tak heran nak berendam2 kejadah semua tu.. ::
:: toilettries ::
:: ada view padang bola juga. syantek padang dia. Ni dekat2 kelab sultan sulaiman kg baru nunnn.. suami kata padang sintetik ni. .allahua'lam ::
::pepetang sket turun siminpul. Tak besar mana pun pool dia.. tapi indoor la. atleast hujan petir, panas belitak ko leh lek2 swim lagi kann.. ::
:: xda plak pic nya.. sbb time ni mcm ramai je org swim. suami i mcm tak kuasa plak nak terjun, eventho dia dah tukar baju swim siap2.. ::
:: suami i pensegan sket. nnt dah nak terjun baru dia tanggal track bottom. ::
:: so sempena anibeseri, let's la kita dinner kat hotel terus.. buffet je pun ..::
:: ermmm tak berapa menarik pun food variety dia.. tapi lauk2 mmg byk. dia letak dalam kawah. ada kari campur2 udang, telur ikan, ikan jenahak, udang dia letak dalam 1 kawah! menarik jg . pastu daging salai lomak cili api, gulai kawah, sup ekor mcm2 la.. ::
:: i mmg pesen cemni la. kalau dh byk sgt pilihan, ujung2 menyalad je..sedapp dressing dia! ::
:: penutup dinner dgn latte .. view masih syantek, kot semua sudut pun.. ::
:: dah dinner, round2 kat sekeliling hotel. Ampa tau kan Tamu Hotel ni kat mana? betul2 depan masjid kg baru..dekat2 jalan raja alang. i tiap2 pagi b4 masuk qeja, bfast kat area dpn2 hotel ni laa. tu yg rasa nak try stay sini... ::
:: kemain lip-lap2 neon nyaa.. ::
:: dah ngantuk balik bilik.. menatap view yg sangat syantek ni.... subhanallah... kanan kl tower, kiri klcc.. this is KL yaww!! ::
:: suami i amek kerusi, tgk depa main bola dari ataih... kemainn watch from the top .huhu::
:: esoknya pukul rata bfast kat hotel je teruih. syok aaa bfast ngadap klcc, kl tower ::
:: round2 kat lobby, ada corner pasal kesenian dan ukiran2 kayu.. ::
:: top blogger ; Cik Epal.. motif ada skali pic dia? sis pun tetauuuuu ::
Jadilah kan... celebrate dalam Malaysia.
Dah la dalam Malaysia, dalam KL plak je tu. hahahha.
sejenis staycation budget ke cemana ni???
eh jadi laaa. p jauh2 sis pun tak larat nak bawa badan..
tgh demam bentan cabut gigi, sesekali layann je yg dekat2 pun.
Tamu Hotel & Suites, hotel baru dalam setahun ada kot usia dia.
4star and ok laaaa. bagi I bilik mmg superb.
F&B so-so je....
Siminpul pun tak berapa ONZ..
pendek kata (panjang tak kata apa2 ke wei?haha), bolehh la takat nak stay dekat2.
amek angin baru di kg baru ..gitcchew...
K la koang.
free2 nnt i update lain naaaa..
tata titi titu..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment