Thursday, January 02, 2020
RESEPSI ANAKANDA FIKRI & AMIRAH DI MAHLIGAI CINTA NIRWANA | 14122019
Nur Aishah
1/02/2020 09:50:00 AM
FAMILY
,
FAMILY IN LAW
,
MAHLIGAI CINTA NIRWANA
,
WEDDING FIKRI
,
ZAKK FAMILY
No comments
:
Assalamualaikum.
14122019 | Sabtu | Mahligai Cinta Nirwana
Alhamdulillah, kami sekeluarga memanjat syukur kehadrat Allah.
Dapat melansungkan resepsi buat anakanda Fikri dan menantu baru kami Amirah.
Dalam majlis yg serba sederhana , tenang dan lancar.
Syukur juga, sbb Allah bagi I dapat rasa semua ni...
walau I muda lagi (yezza moooodaaaa hokey??).
Allah atur comel belaka dah semua.
Sebagai kenang-kenangan...
Saja la nak recap balik menu hari tersebut :
Menu utama (by catering) :
Nasi beriyani / nasi putih
Ayam masak merah
Sotong Sambal
Daging rendang
Dalca daging tetel
Acar buah
Jelatah nenas
Papadom
Punch juice
ABC
Teh tarik
Kuih karipap pusing and kuih bakar
Kuih karipap pusing and kuih bakar
Menu tambahan :
Soft cream ice cream (twist, choclate & vanilla)
Bihun sup
laksa utaqa
Kuih cara berlauk, kole kacang and Cucur badak,
Dessert2, cake with cheese cream, benji rolls, tartlets (cheese tart) etc.
Theme colour for family : PURPLE
Bride & Groom : Soft grey
Theme colour for family : PURPLE
Bride & Groom : Soft grey
:: Pakej dewan siap semua, tinggal bawa door gift and side2 dish.. Alhamdulillah pelamin nampak hellok. Semuorang pun kata OK(takut nak UP lebih2). hahhaha ::
:: On lighting ::
:: fresh flower hand bouquet. Menantu I, tempah khas.. sweet. Ala2 english style ::
:: The ring ::
:: this hall takde meja makan beradap tuk guest. cuma tuk pasangan pengantin je.. Betul2 raja eh engkorang?? tapi seharii je naaa ::
:: 3 tier cake, supplement by catering. Sedap kek dia. depa habaq la.. mak perantin, secuit pun tak rasa.. Setended lah , sndiri pnya majlis.. apapun tak sempat capai. hnssffff ..hnssfff ::
:: ada 4 dome for VIP. VIP tu bride side je pun. takde asing2 tuk mak pak menakan pun. Sbb based on pengalaman MIL i, nnt jd issue. Kalau mak menakan tu dtg dgn anak cucu, dah segerombolan tu je dpt duduk VIP. Pak2 menakan lain terasa hati piula. Sudahnya, silakan lah self-service.. or anak2 tlg la ceduk kan tuk mak pak memasing kenn ::
:: candle at bucu pelamin ::
:: bunting dipintu masuk ::
:: Sebenarnya ada 2 bunting, bunting pengantin tua tu tampal kat pintu sebelah kiri. lupa nak snap pic. hover eh? ala adik printing tu yg print.. dia minta pic mak pak perantin, rupanya nak buat bunting free. malu titteewww ::
:: Kami sampai dewan terus susun door gift.. Ada rezki tuk tetamu, tapi nak habaq laa.. cemuih oii duk buat menda2 renyah giniiiii! sabit anak sulung ja, mak pak takdak pengalaman. lepaih2 ni tobat lahom la hoiii.. next, door gift kita order je! process dari A smpi Z renyah!::
:: Casing dia kena bentuk siap2 dulu. Pastu the crystal tu kena unbox from big box. then unbox small box plak. then lap pakai kain bersih + wangi sbb ada bau kotak. sis tak kenan..::
:: tggu kering, then masuk dlm casing, ikat ribbon plak. Pastu tampal sticker. Hoiiiii nak buat 800pcs kot???? ::
:: tenaga buruh ada 2 ketui tu jaaaa. tak moh dah laaa.. bagi bahulu plak la lepaih ni. heheheh. Ni pattern pertama.. tuk bagi terus kat guest ::
:: Ni 2nd pattern masuk dlm paper bag with yaasin(custom made) and bahulu for VIP and kwn2 rapat, sedara mara. Takde plak pic paper bag nya.. Byk jg kami prepare paper bag dalam 300pcs. So ramai jg la dpt merasa.. ::
:: Goodies for kids.. borong kat chowkit la chuols ::
:: For kids kami prepare about 350pcs sahaja. Ada balance sikit ja... ::
:: Contents goodies. Ikut suka tekak I lah kan?? hahhaha. Kami ada beli xtra jajan mcm Chupa Chups lolipops, gula2 lapan, choclairs then put dalam basket. Sapa2 kids yg i nampak, i hulur je byk2 kat depa.. Janji bdk2 happy. Karung organza tu pun pakai modaiii. haishh.. 1st experience kan?? ::
:: bunga telur masin. hehehhe. saja la nak bagi telur masin heheh ::
:: Food dapat pic dessert and tartlets je. Ni pun amek dari status my SIL, nor. Desserts2 ni mmg order from her. dia mmg pandaii bake! ::
:: pengantin selepas bersiap di hotel. Depa stay kat THE ZONE, Klcc.. besan i saja la nak jalan2 klcc ::
:: Pamparam... mak perantin montek engkorang.. nak pilih baju pun, bertarak2. Ujung2 ni je i pakai. Konon nak pakai china silk with minimal pattern, beli kat Gulatis(gigil lah jg nak membayarnya) ..tiba masa nak anta tailor, tgk mcm tak sesuai plak nak bawa majlis. Sbb mcm baju p qeja jaaa.. last2 i lari p Osman, cari kain lain. haishh.. ::
:: Seawal jam 9am, kami berdua dah tercongok kat dewan, biar kami jadi org 1st... senang nak tgk2 org catering buat qeja.. ::
:: melaram siap2 atas pelamin, sblm start majlis. ::
:: perantin basi tapi ada bahan pengawet, so tahan lebih lama.. ha ha ha ha ::
:: Libeyyy nampakk?? ::
:: Dato' datin?? no no no. Bakal atuk, uwan.. hukhuk ::
:: with my chopstick pair..Lepas MIL side sampai. family i sampai.So selpiaq sepam dgn my beloved bedah.. ::
:: I ni duk tumpang MUA dia lah.. import dari bukit tinggi... dia lah beriya2 suh i mekap.. i tadah muka je. ::
:: Pic dgn my family in law without pengantin hehehhe. Ni pun satu2nya pic ada semua. Start je majlis, semua pun bertempiaran ke sana sini layan tetamu.. ::
:: bagus depa sepakat beli baju sekayu sedondon. i do appreaciate taw! ::
:: mak pak perantin ::
:: 2-3 orang dok tegur husband i dah nampak mcm Azmin Ali. I cakap, azmin ok. i ONZ. jgn azwan ali.. i amarah ok?? hahha ::
:: dua2 insan yg i sayang sangat. syurga suami i dan keberkatan hidup I.. love u both, mak and MIL. We address them as mak melah(my mom) and mak lekha (my MIL). ::
:: Nor my SIL with husband and anak2 buah dok photo bomb kat blkang heheh ::
:: orang kuat yg melancarkan acara kemuncak... yom n pakyom emcee and coordinator waktu ketibaan pengantin perempuan ::
:: by 12.15pm pengantin sampai. Memang kami plan suruh depa datang awal. Senang. takut kol 1pm nnt dewan cramp. and if datang awal sket, tetamu2 awal leh tgk pengantin...::
:: penyambut2 tetamu among my sis and bro in law together with anak2buah.. TQ dear family ::
:: welcome pengantin!! Diiringi shalawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W melangkah ke pelamin ::
:: bacaan doa selamat oleh adinda sis.. papanya si aliff, auni and umar hehehhe. murah sket bayaran dia. hahahha ::
:: tetamu dari sebelah perempuan ::
:: Paklang & Pakngah perantin lelaki ::
:: ucapan dari tuan rumah.. bapak perantin. merangkap kekasih hati beta. hahahha ::
:: wakil pengantin perempuan.. ni athif abang amirah.. ::
:: pakyom yg komited.. heheeh ::
:: pengantin turun pelamin menuju ke meja santapan ::
:: jemput makan ::
:: makan cuap2.. ::
:: acara potong2 kek ::
:: suap2 kek ::
:: photoshoot. Pengantin with adik beradik mirah and her mom ::
:: My besan ; Hjh Latifah Omar. mcm nama retis zaman p.ramlee kann? hehehhe ::
:: start photoshoot atas pelamin ::
:: both of us dapat naik pelamin time tetamu dah reda sket about 3pm mcmtu... tu pun terlari2 turun ada guest sampai... kaki pnya rasa nak tertanggal dari sendi, tuhan je tahu. huhuh. tapi i happy sangat, dapat layan tetamu. ::
:: US ::
:: Pengantin with nenek Lekha ::
:: Mira with nenek Melah in d hauzz yaww ::
:: yom family's::
:: Yom family and adik2 serta anak2 menakan sis ::
:: With kawan2 office suami I ::
:: with pak2 sedara pengantin lelaki. Dari kiri : Pakcik Wan, Pakngah, Paklang and Pak Su ::
:: Mak2 sedara piula . Dari kiri : Maklang, Makcik Nette, Makngah and Mak Su ::
:: with kazen2 lelaki pengantin lelaki ::
:: Kazen2 perempuan ::
:: with family pak sedara suami .. geng2 melaka ni.. depa ni sempoi2. kalau p umah depa, kurang2 jamu cekodok cecah asam pedas jenahak! perkhhh terangkat!! ::
:: Saudara belah tok sedara fikri ::
:: with saudara2 belah arwah maziah ::
:: bonda tersayang with hafiz and Umar ::
:: budak ligat ni oiiii.. abis dia tawwaffff satu dewan. huhu ::
Va va va melambak2 gambaq oi...
Juling nak pilih.
For my friend plak, i tak dapat la nak jemput semua.
Mana yg dekat2 and masih aktif dgn I...
So kehadiran kawan2 i out of yg i jemput dalam 85% juga.
Tq koang love koang much2..
Kadang2 kita tak sedar, usaha kita tuk attend memenuhi jemputan ni..
sebenarnya buat tuan rumah rasa sangat berbesar hati....
Bkn duit salam keruk ke hadiah ke menjadi dambaan...
effort to come tu, akan i kenang sampai bila2..
Btw, pic hanya a few je yg dan snap.
Yang lain2 sempat salam cemolot2, depa makan and say bye2.
Hope depa makan kenyang2, tak perlu singgah mamak otw balik...
huhuhu
Antara pic dgn sahabat-sahabat saya yang hadir :
:: Dorm-mate Samten ; Ikin Parlan ::
:: tini ni staff husband, tapi dah jadi kawan i jg.. boleh la kan? hahahha ::
:: my very2 bestfriend; INN. patutnya dia tak dapat datang sbb nak p amek result PT3 anak dia kat kelantan, mujur KPM postpone keluar result. dapat dia attend knduri anak I. Tq yang .. ::
:: manja i 2 ketui... Geng office HKL. datang lewat jg depa ni. nak kena potong gaji soang2 ni. hahahah ::
:: Mek, sarina n Sue.. pon geng HKL. Tq for coming chuolssss ::
:: tq sue, gagah jg datang berdua dgn keisha.. walau anak teruna beliau berkhatan. Suzie pun anak dia tgh dalam pantang, sempat jg datang. TQ2.... ::
:: Shina, dorm-mate samten jg ::
:: ni senior and junior i kt SAMTEN. dari kiri; midah, kak linda & kak suhaira. Berdiri : shina shinot heheh ::
:: Shura, my ex schoolmate SAMTEN ::
:: 1 & only blogger yg i invite and she's came! Alhamdulillah. Tq for coming Anis....keep in touch yeah! ::
:: pic dgn kakak and adik femfuan kesayangan.. ::
As a note kwn2 I yg datang tapi takde dlm pic :
1. Nisa - samten
2. Along Ramlah - Assunta
3.Sharmila - Assunta
4. Ziana Ngah - HKL
5. En.Ishak - HKL
6. Hilmi - HKL
7. Kaktun - HKL
8. Nik - HKL
9. Abg Azzam - HKL
10. Kak Yuslinda - HKL
:: sket2 pic outdoor depa. but actually not outdoor, tapi luar kawasan lah. Kesian depa nak shoot kat masjid besi, putrajaya. tapi hujan selebat2nya petang tu. ::
:: Sebab sejenis redha... so kat sini pun ok jg. Nanti photographer tu pandai la edit ye dak?? btw, i tak tau pun kat mana depa photoshoot heheh ::
:: menantu I... fotogenik dia... naik seri dalam pic. ::
:: pengantin dengan kawan2 ::
Dah berjujut2 sangat entry ni.
Special sket la kannn... entry anak kawen kot?? hahahha.
Tq sudi baca.
Lebih2 tq pada smua hadirin yg datang.
membawa keberkatan dan menambah keceriaan majlis.
Alhamdulillah semua pun berjalan lancar.
lauk ada balance sikit2 je..
Kami dah standby siap2 beli plastic casing.
Smua hantar rumah mak mertua.. depa repeat makan.
Malam abis kenduri tu ada sket majlis suai kenal.
Suami order satay and pizza.
depa jemu makan nasi minyak hehe.
Ada acara buka2 hadiah.
Best2 hadiah pakcik makcik depa bagi...
Rezki diorang kan..
Rasa release sangat2 dah selesai semua fasa.
Abah dan ibu doakan along & mira dapat tempuh alam rumahtangga
dengan tenang dan sentiasa tolak ansur..
Berbahagia kekal ke jannah ameen.
Selesai sudaaaaaa..
ALHAMDULILLAH...
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment