Friday, September 28, 2018
SELEPAS 4 TAHUN.....
Assalamualaikum.
22 Sept baru2 ni, fb sudah naikkan memories my 4 years ago pnya story.
The date where i've received a very2 sad news.
Pagi 22 Sept 2014 (Isnin), suami teman i p KPJ Ampang Puteri.
I walk-in je nak jmpe pakar O&G; Dr Fauziah Hassan.
Dr Fauziah ni mmg antara the best O&G specialist in town la..
Dulu che'ta beranak pun dia yg sambut,
Selalu joint MERCY tuk buat mcm2 charity..
Even mak bersalin kan pokcu (adik bongsu i) pun dia yg sambut!
As a record, before i proceed with pakar private hospital..
i ada a few time appoinment dgn O&G HKL...
Buat ultrasound, scan..and everytime pun the result kata OK.
Doktor kata my ovari sangat cantik, rahim elok, tiub fallopio elok,
Tapi setiap kali period, tetap la mencurah2.
Hellok tang mana tak tau!
So rezki i nikah dgn suami i...
bank dia cover spouse with unlimited cover.
Dapat lah i buat full check-up dgn pakar.
Dgn berbekalkan reference letter from doctor klinik swasta..
I pun serah diri kat hospital pakar.
Symptoms ; heavy flow period.
Dia pnya heavy , jenis mcm air paip mengalir non-stop!!!
tahap selang 5-10mins kena tukar pad. Muka dah pucat lesi kurang darah.
Masa jmpe dr.fauziah.. dia ada buat a few procedure..
Jenuh pulak nak explain bab pempuan2 ni kan...
last dia kata, u kena admit dlu..dia nak buat DnC and further check-up.
I pun admit sensoang while my husband awal2 pagi dah p office.
Masa ni kan baru kawen, dia dah cuti kawen 2 mggu lebih.
Kerja dia sudah melambak menanti..
I pun pandai2 snsoang je register etc sampai masuk wad.
Ptg terus doc buat DnC. kena full bius masuk OT bagai.
First time in my life i masuk bilik OT with full bius.
Doctor dah keluar ketulan2 fleshy2 kat sekitar rahim I.
Doc kata besar dari kepala baby!.
Then dia amek tissue hantar lab.
Lepas DnC.... masuk wad dlu.
Malam, suami tak dapat datang teman tidur, sbb i tdur bilik twin sharing.
Single room semua penuh.
Esk pagi nya 23hb Sept (Selasa)
Dr fauziah suruh i buat MRI plak together with xray chest bla bla.
Hari ni lah i dah start rasa sakit yakmat.
mebi sbb dah DnC, doc dah usik2 sel sakit tu...
I jadi sangat2 weak! i muntah dgn teruknya.
I mengaji byk2...sbb i rasa mcm nak mati sgt dh time tu.
Petang tu sarina and kak tun(my colleagues) datang ziarah.
wakilkan kawan2 office..bawa basket fruits...
kalau tanya kak tun skrang...
dia masih terngiang2 lagi how worse my condition time tu.
Lagi makan ubat tahan sakit, lagi i muntah beluek2.
Again, i face everything alone. Suami i kerja!
Family tak diberitahu lagi... Sbb time tu rasa.. come on, sakit period je pun??
Petang dekat nak maghrib, time suami i sampai dari office...
dr fauziah datang bilik I....
and...
telling us the news....
Tissues yg dia ambil, lab kata ada cancer.
stage berapa dia tak sure. Esk dia akan bgtau suami I.
I dgn suami saling berpandangan.
Time tu i tak tau nak rasa apa....
i tak sure CANCER tu apa?? sakit dia mcmana???
suami i peluk i kuat2. lama2.
I tak menangis ke apa...i blurrr n totally lost!
malam tu i tidur suami temankan.
Sbb suami minta juga tukar bilik executive.
Dia jaga i betul2 mcm orang baru lepas bersalin.
Sekejap2 bgn check i ok ke tak...
24th Sept (Rabu)....
Dr Fauziah suruh I discharge.
And rest kat rumah..
Suami i cuti arini. (yes i still can remember everything clearly!)
Dia kata later dia akan call suami tuk further info.
Masa nak discaj ni i dah pandai nak rasa down.
Mula rasa sedih, rasa nak pitam sbb baru tersedar i akan jalani hidup sebagai pesakit cancer!
Suami drove me to rumah mak ayah.
sampai2 rumah, suami i cerita kat mak ayah...
kedua2 mak ayah I tergamam. Senyap.
Ayah i dah geleng2 kepala.
mak i istighfar tanpa henti.
Belum ada lagi saudara mara kami yg ada sakit cancer!
Ayah terus call ust rashdan (darussyifa) buat appointment.
Petang tu terus p rumah ustaz, berubat guna rumput apa eh.
I lupa dah nama rumput tu.
Ustaz minta bawa mangkuk putih tembikar dgn bedak sejuk.
Nnt ust tangkal kan bedak sejuk tu and bancuh dgn air zam2..
sapu kat perut I.. dapat air penawar skali.
Malam 26Sept tu i minta nak balik rumah sendiri...
time ni kami stay kat monte bayu (kondo) lagi.
I nak masa tuk bertenang.
25th Sept (Khamis)..
Pagi suami pergi kerja mcmbiasa.
I tinggal snsoang kat rumah.
I dah start menangis.. start down. meroyan.
I solat, solat. solat. menangis. menangis. menangis.
tengahari tu i igt lagi i sempat goreng ayam and makan dgn nasi panas.
Sbb i lapar... Duduk atas langit mcmtu, mana lah ada kedai ke apa.
Pukul 6pm i tgh mengaji atas sejadah...
suami i balik dari kerja..
Dia meluru peluk i.. menangis menggugu2..tersedu2..
dia kata... "cancer sayang at stage 4!".
Ohh doktor dah call dia... hmmmpp..
Apalah lagi i boleh buat..selain dari menangis sama??
Malam tu i rasa suami i ada bgtau ahli2 keluarga I semua.
Yes, only my side.. not my MIL side.
Smuorang pun menyatakan kesedihan dan shock.
Hafiz whatsapp suami...
dia minta izin kat suami i suh bawa i balik umah mak.
Dia kata mak dah start nangis2, lembik2 badan.
Mak dah meracau2 kata nak jaga kakngah. Anak aku. anak aku. anak aku.
(setan plak airmata ni lajuu je kau nak keluar skrang kan?? sob sob).
Then suami i setuju. Dia setuju nak tinggal dgn mak ayah i during i sakit or mebi forever?
or mebi only for a short while? if let say umur i tak panjang... hmmm
Start malam tu, i mmg stay kat rumah mak..
Mak ayah jaga i elok sangat.
patutnya usia mcm depa, I yg jaga diorang.
tapi rupanya sampai i 34yo pun diorang still kena jaga I.. sob2..
Doktor fauziah buat surat, rujuk i kat Dr.Fuad @Gleneagles.
Dia mmg recommended Dr Fuad as 1 of the best oncologist in Malaysia!
Time tu Ampang Puteri, takde oncologist lagi,
Bermula lah episod treatment I dgn dr fuad.
Chemo for 6 cycles (12 times).
During chemo tu ada a few times i warded.
Mcm2 hal. Sekali i dapat sembelit yg maha hebat.
rasa mcm nak pecah perut!
I sampai kena pegi A&E.... admitted.
Ada masa i akan dapat gatal2 n naik rashes dgn hebatnya.
Rambut dah start gugur.
Bulu2 smua dah luruh. termasuk kening..bulu kaki etc lah.
Letih. demam. sakit semua bersilih ganti.
I sbnrnya taknak igt pun.
takuttt sgt nak ingat.... tuhan je tahu betapa berdebarnya setiap kali dgr ada yg sakit cancer.
fikiran i terus connect dgn kisah I sndiri.
Mata i automatic play balik kisah lama I...
Kadang2 sampai tahap menangis sbb still fobia..
Last chemo i in March 2015.
A week before tu i pergi Bali.
That was my 1st time flying abroad with my husband.
Kami beli pakej Bali kat Matta Fair, a few days lepas kami nikah.
Masa tu tak sakit lagi. Sbb dah nak expired, gagah la jg.
Lagipun mmg elok tuk bawa jalan. doc kata BALI ok.
Jgn pi tempat sejuk sangat etc. Kasi release....
Bila selak pic kat bali, kemain kening takde..hahhaha.
tapi konpiden amek gambar. Now bila tgk balik..
eh apsal lapanggg je muka I?? ooo takde kening rupanya..huhu
:: Can see my very less eyebrow??? bila kurang kening, muka nampak luassssss terbentang.. ::
:: Tanah Lot, Bali. Terlalu cantik view kat sini. ::
:: saja la tepek buat imbau kenangan.... badan i tak susut banyak pun time ni..sbb mak ayah jaga i elok sangatt! diorang sgt mendorong i supaya makan! during chemo mmg sangat lah out selera kita... sangat2 tak lalu! tapi mak ayah support sangat suh makan at least makan roti... if not kita jadi lagi lemah.lemah lemah. ::
Masa last chemo(cycle terakhir), i weak teruk!!!
Rasa mcm dah tak mampuu nak chemo.
Mebi kesan ubat tgh berlawan sgguh2!
Setiap kali i chemo, blood test ada tunjuk penurunan sel kanser.
Bila ada improvement, i happy.
Ada masa tiba2 sel cancer jadi increased!
time ni lah dugaan dia..i akan jadi sangat down n start nangis2.
Start mengamuk2 give-up, fed-up..sampai tahap xnak chemo dah.
nak2 cancer tu dah spread up to my liver!
So doktor kata, kat liver i terlalu byk white spot cancer.
Now doktor worry about my liver lah.
Kulit muka jadi kuningggg merening2!
mata kuninggg pekat.. tekan2 muka i tak jadi merah pun...
Tapi sbb dh abis 6cycles, doc takleh tambah chemo.
Badan dah tak larat.
So i rest kat rumah je. 2weeks i terbaringgg je spnjang masa.
But Alhamdulillah i larat bgn mandi, bgn solat, mengaji.
Cuma mmg tak mampu nak buat benda lain.
Dekat nak bulan april 2015,
I minta suami nak masuk kerja.
I dah cuti cancer 6mths..
Kelayakan kami government staff ni cuti cancer 2years with full pay.
tapi i nak masuk keje jg.
I nak jadi mcm orang lain.
I nak suami i proud ada wife yg sihat. normal. cantik.
30 Mac 2015 i start masuk keje semula.
Alhamdulillah.....
so, after 4 years...
ALHAMDULILLAH...
I semakin sihat..
Still buat follow-up dgn dr fuad and dr faridah(Endocrinology specialist).
Demam, letih2, sakit2 badan, sakit2 kaki tu tetap ada.
Nak kata dah cover 100%, doctor still can't say this.
Chemo port pun doktor tak bagi remove lagi.
Kena jaga2.. and lebih istiqomah mohon kesembuhan dari Allah...
Terima kasih juga buat semua yg sentiasa menyokong.
Memahami dan mengasihi.
Menerima saya yg tidak sempurna...
I become better now...
Walau terpaksa berdepan dengan karenah2 orang sekeliling..
Yang mudah2 je kata sakit kanser ni mcm kudis dalaman.
Woww.. kudis ko kata ye????
Kudis tu.. mcm kerak yg terjadi akibat luka..
leh kopek buang mcmtu je bila dah kering,kan???
this is cancer wahai onion auntie!! C A N C E R!!
pernah rasa ke sakit cancer yg nak samakan dgn kudis?
Tak kesah la nak kata apa.
but when people try to underestimate sakit cancer tu sekadar mcm kudis..
i jadi sedih plak.. i did feel mcmna perasaan orang yg sedang lawan dgn ancer now...
Ya allah, tak tergambar dgn kata2 sakit dia mcmmana...
Sokkay, i kan always praktik HENTAK & LUPAKAN konsep kan??
Takde issue pun nak dipanjangkan.
I cuma nak sihat kembali..
i sentiasa doakan semuorg sihat dan dijauhi sebarang sakit.
Sorry kalau jemu dah i dok ulang2 cerita pasal sakit ni.
I terpanggil nak kelebet balik cerita ni sbb lately ramai pulak i dgr dapat cancer.
Dikalangan kawan2, artis2, org2 ternama.
Allah bagi sakit, bagi ujian...semesti pada hambaNYA yg mampu.
Sbb kami kuat. Allah datangkan ujian kpd kami.
Ujian pun datang dalam berbagai bentuk.
sakit, susah, masalah rumahtangga, masalah office..
Terpulang mcmana kita handle..
Kekuatan manusia pun beda2..
Tolong doakan i terus2 sembuh ye.
I tak puas nak spend time dgn suami lagi.
Bakti kat mak ayah pun sikit sangat.
Manja2 dgn anak2buah..keluarga.
Bersahabat dgn kawan2 smua...
Amalan pun.... takyah nak cakap la punya ciput...seco'et..
I doakan yg sama tuk kawan2 semua....
Andaikan mmg ditakdirkan i akan pergi asbab sakit cancer ni....
I mohon maaf atas salah khilaf smua ye.
Terutama bab terlebih2 expose dalam ini blog.
Tq sudi baca eh...
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Thursday, September 27, 2018
TANG ; ORANGE POWDER...MENGIMBAU KENANGAN..
Assalamualaikum.
Koang penah minum Orange TANG tak??
Alaaa dia mcm orange powder pastu bancuh dgn ayaq sejuk??
Ni minuman zaman i kecik2..
Ayah, sebulan sekali grocerries, never failed topup deni!
Ayah, sebulan sekali grocerries, never failed topup deni!
:: ni famous bfast drink in year 1980's mcmtu. Time i debab2 comel, rambut perang2, mata coklat lagi, kulit opkos putih melepuh2..pastu budak laki suka je rebut2 ngaku i gopren diorang. Bagi i surat tapi surat tu depa buat roket. Bila i naik basikal je lalu depan diorang, diorang baling roket kertas tu... bila raya, dapat kad raya tiap2 hari kou! Sumpah tak tipu! tapi kad dia dah ada cop KANDA, NENDA, BONDA siap2. Gua igt dia rembat kad raya kakak2 diorang la..tak pun kad raya mak depa nak bagi kat nenek depa! helloo derr?? kata nak menang hati i? guna kad sakau org pnya kerr??? huhu. Yesss, baru i tingat..i pernah jadi rebutan jg masa zaman silam. jadi lahhhh. merasa jg! ha ha ha. eh sambung cete TANG. ::
:: Sabtu lepas masa i grocerries tuk umah mak... sempat i grab sepeket. Sbb rasa rare and rindu zaman kanak2. Yup tu je motip dia... Rupanya TANG ni ada byk brand lah kot kan? sbb yg ni siap ada tulis arob daaaa.. Haku pun jadi tak sure. Sama ke dgn yg hat lama? gasakkan la...janji konsep dia still sama..serbuk serdak.. so kita try 1 dulu.. ada mcm2 flavours.. ada nenas, lemon bla bla. kita amek yg origin flavour dulu; orange ::
:: new packaging resealable.. jenis dah buka leh zip balik for reseal. Masih sama serbuk dia... wangiii sangat bau oren! ::
:: tuk memeriahkan lagi proses mengimbau kenangan, tabur sket kat tapak tangan, pastu jilat! hahhahahaah. perkhhhh nostalgia babe!!!! serbuk dia sedapp gilerr! Dulu masa kecik2, kau buat mcmni, mmg kena libas dgn mak. yela, banyak canteq kau pnya muka! orang lain pun nak minum jg! Skrang dah beli pakai duit sndiri, sukati gua la nak togok byk mana! ha ha ha ha ha ha ha ha ha ::
:: buka2 tudung, terus bancuh segelas... buh sesudu teh, tak cukup. tambah 2 sudu.. ermm boleh tahan laa..tambah sikit lagi baru umppphhh.. i teguk pnya teguk pnya teguk.. eh dah kenapa rasa macam...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ORS beb?????
Huaaa..dah mcm cirit plak kena paksa mnum ORS.
Sumpah wei..lebih kurang la rasa dia mcm ORS orange...
Kenapa dulu I rasa dah terpaling sedap dah TANG ni haaa??
I discuss2 dgn suami..dia kata..
time flies, sayang..
dulu tu je pilihan kita ada...pun kita rasa best sangat2 dah.
Now dah ada mcm2 pilihan...
Semua pun dah berubah...
Medical field pun dah pandai, buat ORS rasa TANG,you!
Hahhahaha.
So mendapatlah gua ratah je TANG ni.
dah kalau buat air rasa ORS!!
Deng!!
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Wednesday, September 26, 2018
BOAT NOODLES BUT NO NOODLES ON THE TABLE PON?? | ATTENDING HUSBAND EX-STAFF WEDDING'S
Assalamualaikum.
Kelmarin, balik keje, pnya tak tau nak makan mana.
Lajak sampai Metro Point Kajang sana.
Dah masuk mall tu pun still lah terhangak2,terbangang2 tak tau nak pilih makan mana.
Ada Sushi King, ada oldtown, ada secret recepie's, ada Kenny roger's, ada subway.
Tup2 baru tumbuh si boat noodles. Eh bila beranaknya dia??
Jom try! Being us bkn suka sangat makan mangkuk kecik2 tu.
So kena looking for others menu la selain mee2 tu semua..
So kena looking for others menu la selain mee2 tu semua..
Selak2 buku menu kat pintu masuk...
tgk ada je a few menu lain selain mee mangkuk kecik tu..
let's lah kita...
:: teh ais kat sini kan terkenal dgn kemewahan rasa sedapnya..gittewwww. amek set nasi goreng dgn teh mabeles ni 1 set dalam RM21.. teh ais dia ni bley tahan jg harga nya...dalam rm9.50 koit.. ::
:: pnya tak tau nak makan apa...tah hapa2 ke yg i order.. ni kangkung tempura.hahahha. kangkung pun leh jadi jajan oiii! makan 2-3keping tak abis. rasa muak plak makan goreng2 minyak2 mcmtu..Siyes mmg membazir.. tapi 2-2 takleh nak telan. takkan nak podot2 masuk mulut plak kenn?? rasa nyesal mmg menyelubungi hidup. ada rasa mcm nak bangun hulur kat org meja belakang pun ye... sob2 ::
:: sambil duduk2 tgk ada pamplet, cara2 nak download apps BOAT NOODLES..if donlod, nnt will get mcm2 free food and drinks. terus redeem roselle tea tu haa ::
:: Nasi goreng bangkok..ni lah set comes wth ice tea tadi.. biasa je ols...takde apa yg speSIALnya. ek eh.. ::
:: pastu tgk menu ada chicken skin.. hahaha ini pun ko order???? ni side2 dish dalam small bowl smua RM2.00 pukul rata.. ::
Cerita bab makan tak abis kat sini je...
Balik rumah lepas mandi smua... baru perut i rasa lapar.
tadi kemain sombong pnya byk kedai... 1 pun tak ko herankan.
I kelebet2 whatsapp grup taman, malam tu depa ada juai nasi ayam.
Lajuuuu i order. kol 8pm sampai nasi ayam depan pintu!
Tanjat boboi laki I, tiba2 door bell bunyi, org hulur nasi ayam.
hahhahaha. bahaya weiiiii grup ada jual makan cenggini.
:: eh sekalian tepek pic pi kenduri kawen ex-staff suami kat Laman Niaga Ampang sana. Venue dekat2 rumah mak. Sabtu-Ahad i lepak umah mak, bergumpal2 dgn mentayang2 ciknyah tu semua.. ahad kol 12pm terus p kenduri kawen... pengantin ni org minang. Kemain lain budaya diorang. Dia pnya berzanji dari pagi sampai ke tengahari! Pastu kat 1 sudut ada meja tuk kutip sumbangan ahli2 anak minang. ala2 mcm wajib sumbang rasanya. sbb mak i ramai je kawan dgn geng2 minang... mak cakap sekali kenduri, salam kaut depa cecah belas ribu jg ols! tapi masak la sok2 nak mengganti.. ::
:: geng merhaban pakai kaler merah. tersama piula dgn kakak. Sebaik geng rewang tak pakai merah. if not.. takut kakak kena kerah basuh pinggan. huaaa . Awas ye.. ! :p ::
:: Door gift. Tgk orang ramai dapat yg gold box tu..tapi i dgn seben dapat dgn bunga telur skali.. Ooooo pilih kasih ye..memantang husband i ex-boss kepantin... ooooo ::
:: cemana jadi pun, jeans tetap!! nampak cuaca kemain lit2? mata pun dah hilang.. mana mauu nya kak selamah nak sarung baju kurungg??? ::
Ok selesai taruk cerita caca merba sekali harung...
Jimat kertas kajang.
miahhaha
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Tuesday, September 25, 2018
PROJECT SABTU TENGHARI AJAK SUAMI REPEAT 'SWEETREE' ; KOREAN FOOD!
Assalamualaikum.
See, bab makan kemain up 1 entry khas!
Siap ada teaser before up! huhu.
Padahal cerita makan je pon! hehehe
Kemain konon, sanggup ikat perut pagi tu ...
semata2 nak ajak suami repeat makan sini lah pon!!
Ikutkan tekak dia, kembang2 jg nak menelan korean2 food ni semer.
tapi demi kasih, beliau turutkan.. gitttooo.
Since Sweetree ni dekat nau2 dgn umah my MIL..
Jom lah kita singgah ziarah beliau dulu.
Nak ajak layan skali pekena korean food..
kang tak pasal2 mendapat title menantu terpaling derhaka serta merta! hahaha.
Beraniiii kouuuu???
my MIL tu makanan yg dia makan, boleh kira dgn jari je beb!
bykkk sgt list yg dia tak makan!
Sbb tu kalau tgk badan dia dari mudaa..
mmg sellimmm melim feeewittt! dari muda sampai skrang!
Jgn cuba2 duduk sebelah dia...
mmg otometik kau kelihatan seperti gajah zaman ais!
:: gedik nya si debab ni nak makan korean... al-kesahnya, korean series yg kami layan "thirty but seventeen" and "Dear judge" baru je tamat baru2 ni. So let's kita celebrate it! hahahha. tak kene mengena weii! ::
:: suka mai sini, deco dia cantikkk! mcm alam2 fantasy sket.. pokok dalam kedai pun takde hal...ajet2 makan dalam jungle gituu ::
:: bawah cahaya lampu kemain NURRRRR ::
:: kalau makan korean, diorang mmg pasti akan bagi any food as complimentary. Mcm kali ni i dapat plain congee dgn aneka rencam2 juadah diorang dalam small plate. termasuk lah kimchi and salad! so kalau ampa 1st time mai korean restaurant, jgn tetanjat plak sampai panggil waiter suh angkat balik igtkan waiter tu salah hantar. No No No.. org dah bagi, cekik aje diam2 ok?? hehehe. ::
:: i order 2 dish... this bibimbap ::
:: and chicken sundubu jjigae! dua2 pun i yg oda kan. Suami i tak masuk campur. keje dia nganga mulut , kunyah and telan je. dannn... jgn lupa last2 kang bayar bill ok! :p ::
:: bibimbap ni nasi makan dgn all salad2, daun2,mushroom and bulgogi(daging). Gaul2 dgn raw egg yolk... sedapppppp ya allah! biasa i makan kat dubuyo ke tak sesedap ni kak jahh oiii! Harga dalam RM20 je semangkuk besar ni! ::
:: Ni sundubu jjigae.. ala2 sup tofu. pastu dia akan tanya nak makan dgn ramyeon(mee) ke nasi? since bibimbap dah nasi, so i minta la rameyeon! hat ni meh nak habaq! nampak huduh buduhhh bongong tongong je mcm maggie kari biasa... tapi...........................rasa dia Ya Allah Ya tuhann Ya kareeeemmm. kenapa sedapppp gilerrrrrrr?????? cerr kabor cerr kabor! apa resipi rahsia dia ni???? ada pakai bomoh korea ke dapat pelaris nehhh??? *lap dahi*. Isi dia, ada udang, ayam.. tofu sah2 la ada! sedappppp tanakk ulang dahhh! sbb tetelan2 ailio dah ni! Kuah dia terlalu lampauu bangettt sedappp sih! ::
:: portion besar2 ye food dia.kalau bawa anak2 tayah la pemurah sangat nak order soang satu... menangis kau nak abiskan kang! ::
:: Muka redho tak redho sang suami! hahhaha. tapi dia admit ye, sundubu tu sangatt sedapp! haa tu lahh melawann! :p ::
:: Ni kalau i mai repeat 2-3kali lagi mai sini, later on i dah leh apply VISA sambung master kat sana...bab makan je lah lulus nya. hahaha.. ::
:: happy me.... i love korean food lah right now!!!! sup2 tofu panas2, masam2 sikit..pedas pun lite2..mmg berkawan baik sgt dgn tekak kakak taw! ::
:: Sweetree ni antara restaurant yg serve korean food terbaikk i pernah makan ..selain the real one in korea itself lah kan...owned by muslim korean ... and most important thing, dapat status HALAL Jakim ye! ::
:: JJCM pun pernah mai cover! ::
:: sekarang dia dah semakin besar...dia sewa 2 lot and 2 tingkat teros! so dont worry about seat capacity k.. yg perlu di-worry is parking space, heeheh. yg tu mmg kena pandai2 kau lah nak selit park.. limited nau2 parking dia... ::
Address and benchmark SWEETREE i dah pernah bagi before (BACA SINI...)..
I mmg recommend sangat pada yg baru2 nak try korean food.
Rasa korean dia not too strong.
And siap ada alternative leh order masakan panas mcm nasi goreng kampung or pasta!
So jgn risau la kot anak2 ke encik suami ke mmg tak kesior nak menelan korean food...
ada option lain k??
Price sangat reasonable and of course affordable...
Mcm i makan baru2 ni..2 main course + complimentary dish + 2 drinks..
Drinks dah la dalam gelas gemok..kalau makan 2 orang leh share beli 1 air je..
total dalam RM65 je tau!!!!
Again, ni entry tidak berbayar ye.
Kakak ikhlas kasi honest review.
Sedap kakak kata sedap.
tak sedap...kakak swear will telling u the truth...no worries k!
tekak onggemok mmg harus pandai memilih.
So,sila letakkan kepercayaan kepada kakak ye!
Ayuh kita makan sedap, kita goyang dua jari.. la la la la la la
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Monday, September 24, 2018
JUMAAT GOTONG ROYONG PINDAH STOR FARMASI | KITA BARU NAK MERASA IRON HELLOK SIKIT,WAK!
Nur Aishah
9/24/2018 10:00:00 AM
HKL
,
HOME SWEET HOME
,
MAKAN-MAKAN
,
OFFICE STORY
,
PHILIPS IRON
2 comments
:
Assalamualaikum.
Boleh tahan, terperam blog tak update.
Rabu & Khamis lepas, kakak MC dik.
Selasa malam rabu tu, dalam pukul 3 to 6am ..
Kakak a few time bgn for berry2, muntah2 silih berganti.
Petang Selasa dah start rasa perut mual and sendawa bau muntah (eyyyeeeww).
Mebi salah makan ke apa..wallahua'lam.
Pegi klinik doc tgk melembik mcmtu, dia siap tanya stress kerja ke?
Ada kene mengena eh, berak2 dgn stress keje?? hahaha.
I geleng je la pala.. alahh keje I skrang, stress kot mana sangat la pun kan?
nak compare keje time kat Assunta dulu. dah mcm buruh estate!
keje pun bawa balik semedang! nak cuti pun sampai bertaki-taki!
Kat HKL ni, Alhamdulillah much relax.
kalau ada pun stress lite2 dgn hamba2Allah yg bernama sekian.sekian.
Well, kakak takde masa ye nak bagi free publisiti kat dia..
bkn dapat komisen pun ken??
Konsep hidup, benda tak penting..tak tinggal kesan..
kita hentak dan lupakan! tu word lecturer akaun kakak dlu dik!
Tiap kali dia ngajar, kalau formula2 yg tak perlu igt..itu lah diulang2 word fav dia..
HENTAK DAN LUPAKAN!
dengar agak kasar kan dik?? tapi mujarab dik.
cuba la kau try! nescaya hidup kita lebih focus!
:: Petang MC hari kedua tu, hujan selebat2 yakmat... laki bini dah kebuluq tahap dewa..nak keluar, pi kat kete, buka gate kang...osah lencun. Kelebet2 dapur, settle masak cengkodok bilis ja! hahhaha. Kenyam jg membawa sampai ke pagi esknya! huhu ::
So dah MC 2 hari, naik keje Jumaat terus joint gotong royong pindah stor farmasi.
Stor baru ni betul2 belakang Jab.Forensik Negara ni haa...
kau gaseee???
A few time mai situ, lalu lalang je bau kapur barus kat idung.
Bau yg pelik2 pun dah jadi immune.
Astarafar je la byk2.satu masa nanti kita pun bakal jadi mcm depa kan?
Subhanallah...
:: Kena pakai mask. tapi pakai mask rasa lagi tak bernapas dari hidu habuk .. ha ha ha. Org tak berapa sihat mcm I..apa je leh buat keje berat.. Baru bongkok sikit, tulang tongkeng dah rasa nak tertanggal. Badan kemain gagah, try angkat kotak berat sikit... rasa bahu dah jatuh bawah! pffftt! But still kena participate lah. kata kerjasama kan?? btw ni pic i dgn my anje2 staff... NANA. kalau i slalu sebut nana,nana dlm blog ni.. ha enduk ni lah! org nya haluihhhh tecit comeii je.. berat Auni lagi dari dia! ha ha ha ::
:: Ni mek... jiran sebelah meja I... I tak beria pakai proper attire sbb dah boleh agak apa keje je yg i boleh buat?? ::
:: awal2 buat keje dann lagi nak berposing bagaiii.. ::
:: Ni dah start berjujut2 kotak sampai. yellow wall blkang tu la bilik forensik....... huuuuaaa ::
Kederat jg la pindah2 barang ni.
Mentelah kalau kat umah sndiri pun bab keje2 berat ni ,serah bulat2 kat suami.
Kat sini, kena pandai2 la bawa diri.
Tak kisah la kau pesakit cancer stage 4 ke, sakit jantung kronik ke..
pernah beranak operate ke... sila kan sesuaikan diri ye.
tak kerja berat pun, at least take part!
3-4kali juga berulang2 jalan office-new stor..rasa kaki nak tercabut tu mmg konfem pnya!
balik pun seret kaki..muka kena buat muka 5sen depan suami.
drama kena lebih beb! hahhaha.
kesannya...
:: suami bawa p makan sedap sikit dinner tu. amacam? menjadik kan tektik kakak?? hahhahaha. ikan siakap masak pedas tu kemain nak sedapppppp.. sup tulang tu i je bedal semangkuk. badan rasa tired, hirup sup panas2 dgn hujan plak time tu.. mmg sooorrrgggaa ye! ::
:: perkawankan dgn teh tarik halia.. mmg puas la ber-bruupp bruupppp lepas minum! ::
:: Pagi sabtu before buat ironing project, siap2 buat light bfast... sebab nya?? haa nnt ampa tau naa kenapa i gagah masak bfast pagi tu..mihmih. Ni earl grey tea kegemaran kakak. Sedapp sangat! ::
:: sebut masak mcm kan beriya sangat masak nya! masak french toast jaa pun! hahahha. eh mana leh masak heavy2... tghari ni kan i ada baikkk pnya projek... so kita layan ni dulu.. french toast tak buang kerak roti tepi2 tu, mmg purposely ya! kerak tepi tu lah kegemaran kakak! ::
Selesai bfast, mcmbiasa i gelupur2 lah start rutin mingguan...
tapi kali ni kakak dah ada 'bibik' baru taw!!
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
:: pamparammm! ehem. iron baru kita wak. emsem takk?? model lama je. tapi jadiii laaaaaaaa..orang dah berkurun merasa, haku baru terhegeh2 terbuka pintu hati nak beli iron ni! ::
:: beli dah 2mggu, tapi khamis baru2 ni baru i rasmi... i beli iron ni without iron board. sbb iron board i molek kukuh lagi.... Iron board pakai kain pelikat it is MUST ye! sbb dah saiko dari kecik iron board msti kena balut dgn kain pelikat/kain batik. if not rasa mcm tak puazzzz je. tah hapa2 kan?? so tuk perasmian, i iron baju kemeja cotton i hat selama ni i dendam2 kan tiap kali nak iron deni!!! siap bergaduh bagai dgn emosi sendiri, sbb iron2 kedut kemain ketegaq nak jadi hellokk! so for honest review, mmg superb lah beb iron ni. i pam sekali je..leennchen depan belakang tros! hoiiiiii memudahkan sangat ni! naik sheikh,terus kutip baju lain plak..::
:: batik creepe plak! faham2 jela batik creepe dia pnya tahap kedegilan kedutan tu cemana kan??? pakai iron ni again, mengagumkan kakak ok! (ya allah sedihnya sbb peghak sangat rasanya! hahah). sekali sappppppp, leenncheeenn! ::
:: tak apalah walau ampa smua dah bertahun2 pakai, tapi kakak baru start pakai...maafkan kejakunan kakak noh! kakak tetap nak bagi testimoni yg A++ to this kind of iron yg bakal memudahkan keje ampa! kakak highly recommended to mommy's kat luar sana yg ada menggunung baju skolah anak2 yg nak di iron or seluar tebal suami or kemeja suami yg nak buat side tajam, mmg sgt2 worth-it!!! paling penting ofkos menjimatkan masa kannnn??? ::
:: Ni model yg kakak pnya.. model paling cikaiii.. asbab kakak tak perlu yg tangki besar, steam impact yg kuat pun ye...sbb kakak bkn heavy user pun... bkn ada baju skola anak nak ditenyeh pun. so kakak buat kptsn beli yg paling basic sahaja. Kakak beli from dealer dapat RM1k sahaja.ada promo yg dia siap bagi iron board, worth RM400, tapi harga takkan dapat 1k rasanya, pandai2 la korang rikki ye. Ni pic ni i amek dari official website philips malaysia. ::
:: hat ni latest model... power la... tank air pun hazabedah besar. susuaiii banget kat mommy's yg iron baju selalu duduk depan seterika dalam 2-3jam. Kakak jamin kalau guna hat power ni, ironing time leh reduce jadi sejam sahaja. Insyaallah.::
barang baik kita share naa (walau dah ketinggalan ketapi sangat kau ni esah!).
Nak2 household product yg memudahkan keje.
I pun mmg sgt teruja baca blog mommy's2..
yg suka share pasal household item yg leh shortcut kan keje!
Nak2 wanita yg bekerjaya, dgn anak kecik, anak skolah... tabik spring toink2!
Alhamdulillah tuk semua rezki Allah bagi.
Eh i nak kabor apa ke benda i nak buat tengahari sabtu tu kan??
sampai taknak keluar bfast, sanggup makan french toast je kannn?
next entry plak la ye..
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Tuesday, September 18, 2018
BONDING TIME WITH ANAK2BUAH AT LEXIS SUITE PENANG...
Assalamualaikum.
To those yg friend2 dgn I kat fb..
cemuih dah kot nak baca cete ni.
Sbb selesai dah i tepek kat sana.
tapi takpela, fb ssh nak kelebet kalau kita nak baca balik.
Kat sini senang nak search balik by labels or title.
Makanya mari lah kita mengabadikan kenangan best ni.
My bonding time with anak2buah 4 orang ni ha..
i dapat culik depa and bawa p penang WITHOUT their parents!
yiba yiba angrey2..
:: Last week nya dah bawa atuk nenek and pak2 menakan depa p jalan Pangkoq asbab coti panjang 4 ari.. so mggu ni cuti 3 hari plak sempena hari Malaysia, budak 2 orang ni sudah tuntut nak p jalan jg, sbb masa p pangkoq depa blk loqstaq.. dengki teruk depa ni! hahaha. Kebetulan i ada beli voucher Lexis Suite Penang ni kat Matta Fair, March aritu. So let's la guna. TAPIIII...rintangan nya bermula bila papa budak 2 ketui ni mcm berat hati nak lepaskan anak depa p jauh..opkos i faham..mmg la kan mak pak mana tak gisau.. nak2 papa diorang(adik I) tu jenis ssh nak lepas anak keluar KL..sebijik mcm pangai ayah kami. Kami kecik2 dlu, nan-hado dapat mengekor pakcik/makcik p jalan2 tanpa mak ayah. so diwarisi pulak pangai tu oleh papa depa ni. but sokkay, kita respect. Kalau anak i sndiri pun belum tentu i nak lepaskan. hahaha.Eh penyakit keturunan nampak? hahah. But, i try appeal lagi skali...approved la plak. Alhamdulillah. dapat bawa depa. ::
:: Ninja Go , masuk2 kete terus gone....mula2 kemain helllok bertudung... tggu lah nasib dia kejap lagi.. ::
:: Terowong Menora ni mcm bench mark nak masuk penang.... ::
Lepastu, i minta izin kat adik i , Andak kat PB nu nak bawa anak2 dia skali.
Saja nak kawankan depa sepupu sepapat ni..
Senang approved. takde sebarang bantahan. Hat ni x mengikut pangai atuk plak. haha
So kami p Parit Buntaq dlu jemput piya and dhani!
Menjadikan ahli rombongan 3 adults + 4 kids.
1 adult lagi tu sah2 bawa ciktam.
Dia kan bibik bertauliah I..
mana mampu la i nak bawa 4 org umur dekat2 nak sebaya mcmni serentak?
Mau bersilat berkungtau i snsoang kang.
Sampai umah andak, yaya(my sil) dah siap2 masak nasi lauk bagai.
So kita sorru sappedekk siap2.
Lepas solat semua, dalam pukul 1 lbh cepat2 gerak masuk Penang,
:: dari rumah andak, naik 2nd bridge..dekat sikit kat batu kawan ni haa... ::
:: tadaaaaa.. kol 2pm sampai tros boleh chckin. sbb suami dah deal dgn PIC(person in charge) thru email that we request for early check-in.. sepatutnya chckin time at 4pm. Alhamdulillah chckin process goes smoothly. I sempat singgah kedai runcit beli barang makanan melambak2 siap2 tuk budak2 ni.. sat g depa dah terjun tirun, sah2 lapaq semedang!. Our room at 25th floor! tinggi baqhang. nampak la view Teluk Kumbar and partly nmpk sea view. ::
:: LED tv. Rasanya takde astro i pun tak pasan. tapi ada cartoon channel. Aman sket idup I budak2 pempuan suka layan cartoon ::
:: Siyes besar luas lapang laaaa bilik dia. super king tu leh muat 3 orang dewasa size I... so ada 2x3=6 pax. pastu long sofa tu leh la tdo lagi 2 orang. kat bawah leh letak tilam/toto another 3-4 orang. total dalam 10 orang jg leh sumbat. kata kalau lagi kecik2 mau leh masuk 12 orang jg.. phewww.. ::
:: entrance ::
:: so lepas ruang tidur tadi...ada 1 pintu to enter toilet, bathroom, wardrobe and make-up area (basin) ni ha... ni pun dah sekian luassnya... ::
:: Ni tempat auni berdiri ni lah area yg mcm i kata kat atas.. belakang kanan tu nampak pool kan? ha situ ada 1 lagi pintu to enter pool area... kat pool tu siap ada private sauna ok!!! mmg superb giler la! ::
:: the real view.. kanan toilet, kiri bath room wth bath tub... ::
:: toilet fully marmar. water hose ada. water pressure sangat laju! i sookkkaa giler. ::
:: Another room for bath room siap ada bath tub and belah kanan ada shower area. Shower pun ada raining and handling shower. again tandas sangat bersih berkilat.water pressure pun kuat hellokkk. bath tub, ok clean. lulus piawaian kakak. i penggeli sikit kalau bath tub ada kerak2 mmg takkan berani nak baring dlm dia.. tsk tsk ::
:: complimentary drinks. tea sachet dia pun jenis2 english bfast, earl grey tea, chamomile tea, peppermint tea.. ya allah mmg i kan pencinta flavored tea mcmni! ::
:: toilettries completed with lotion as well. dalam bilik mandi pun ada jg dia taruk toilettries.. good2 ::
:: budak 2 ketol ni complimentary jg hahahaha ::
:: masuk2 je pecah peti suara haku menjerit takut depa leburkan terjun terus!!!! kolam dia tak dalam mana dalam 1.2m jaa. tapi tuk fiya, quit dalam jg. tenggelam lah jg dia... so bibik bagi briefing sket before diorang turun hahaha ::
:: View sepatutnya ::
:: Another pool view ::
:: Ciktam ( the temporary bibik) with fiya.. ::
:: ciktam dgn anak2 buah2an beliau ::
:: tadaaaaa ciknyah in d hauzzz ya! i tak byk pun posing this time. bz olss jadi ketua bibik depa nih! ::
:: before depa terjun i suruh depa bertenang dlu.. so depa layan gadget skjp. wifi hotel kemain laju..sakan la depa donlod game.. ::
:: kak fiya kecik sejemput manje ciknyahh ni ::
:: Cukup haul, i salinkan baju swimming depa.. then terjun lah kau nak!! ::
:: depa dalam ni, i terpekik terlolong jadi coach kat atas... depa duk main kepuk2 ayaq.. bertereban ayaq naik ataih. gggrr! ::
:: last2 i dgn ciktam pun terjun skali... senang haku awaskan depa ni. ::
:: Finally panyah turn plak. hahhaa. Kolam dia tak besar mana pun ols. tapi mmg sgt suite tuk budak2 umur2 sekolah rendah. Kalau ada anak remaja, leh turun outside pool depa kat 8th floor. Tepi2 pool ni ada kerusi and meja, kat situ i buatkan maggie in cup tuk depa. jajan2. roti2 . sekut2.. cekelat2.depa lapaq ja i suapkan food dari atas. dah mcm dolphin sekor2. hahah ::
:: ikut kan depa mana reti nak naik??? tak pasal2 keluar suara sajat mak pekik depa suh naik! sampai kecut2 punai pun tak reti nak naik. hahaha. so take turn kasi depa mandi berendam air suam plak dalam bath tub... syampu kan rambut, sabun kan badan, pastu sarung baju.. ::
:: bergumpal semua atas katil..tggu masa nak bawa depa p makan ::
:: Masa kami mai sana, hujannnn boleh kata sepanjang hari. Dgn kak fiya yg badan dedar2 tu... x dapat la nak buat any outdoor activities.. masuk mall je.. Ni masuk Queens bay mall.. besar giler mall dia.best jg... masuk2 je depa dah jerit nak makan Pizza. well.. ciknyah dah bersiap sedia dh nak mengadap semua ni! mmg this time no nasi kandaq, no mee sotong pata, no roti canai transfer road, no pasemboq, no laksa feringghi, NO NO NO.. sila lah melayan aja apa depa nak.. huaa huaa ::
:: with kak nam2 kesayangan beta.. ::
:: keluar mall dalam pukul 8pm lbh juga.. singgah kedai makan tapau nasi goreng, tomyam semua tuk orang tua2 plak. mana lalu nya kami makan pizza ni semer. tapau lebih sket,kot ada yg nak menumpang. Malam tu depa merayu2 nak mandi pool lagi. BIG NO ye! dah la sejukkkssss hujan.. so kami dok bergebang je la anak beranak..sambil depa layan gadget..pastu makan2... sampai depa tertidur..
:: Pemandangan bergelimpangan yg bakal i rindui(mmg dah rindu pun.sob2). tengah2 tu manje I si Auni.. Dia yg sebok nak tidur situ. Panyah letak kerusi tu tengah2 takut budak2 jatuh bila tidur.. dah dia merengek2 nak tdo tengah.. ikutkan katil tu muat jaa tuk dia... kebetulan suami i ada bawa tilam nipis..so alaskan atas kerusi tu.. senang budak2 ni tidur.. sblm tidur i call mak pak depa tuk depa. bkn depa yg i risaukan. mama papa depa yg i syak lebih merindui depa. depa sikit tak sebut pasal mak pak depa . ha ha ha ha. Fiya tu siap sket2 bgtau i "kakak taknak balik!". amboii nak, tggu ciknyah kau kaya dulu, ciknyah beli terus 1 unit kat sini naaa.. ameen. huhu ::
:: view Subuh from 25th floor...Lexis ni kat area Teluk Kumbar. dekat2 bayan lepas(airport). mmg jauh dari town... about 40mins jg nak p town.. But mcm i selalu kata.. i mmg akan determine dlu purpose bercuti tu jenis mcmana? nak stay kat hotel je ke? nak jalan2 ke? nak shopping ke? so kali ni sah2 i choose lexis sbb nak all out using their facilities puas2.. specially indoor pool tu ha..sbb tu i insisted nak bawa budak2.. baru fun sket.. bab makan smua i tak kesah sgt pun. sbb kat bawah2 tu byk je kedai2 makan..ada 1 kedai ikan bakar yg sangat sedap food dia! nasi goreng sotong dia mabeless giler! sotong fresh2 besar ibu jari dia taruk! ::
:: Since pool dia open air mengadap kampung2 and partly seaview, mmg akan rasa lebihhhhh teruja la! berendam sambil layan view cantik, mmg ahcunggggnya lahh ::
:: Subuh. sat g budak2 tu bgn, mmg depa tuju sini dlu la kang ::
:: i ada dapat free 3 bfast vouchers. kids till 6 years FOC. Kid rate RM25 per-head. So i kna tambah for abam n dani.. RM50. Bolehh la..sbb malas plak nak keluar2... dgn hujan tak renti2 nya.. ::
:: food spread dia byk giler.. local n western cuisine! worth-it la! ::
:: Noodles section ni kan fav i... auni and fiya pun mengikut je apa ciknyah makan. ::
:: pastri, dessert rack ::
:: ciktam makan nasi lemak. dia kena makan byk sket, nak guna energy dia buat nanny budak2 hahhaha. igt i bawa dia free2 ke? hak hak hak ::
:: mamat ni biasa lah..p lah hotel namblas star skalipun, roti jg dia cari! hmmmpp ::
:: kemain auni dgn chopstick makan dimsum. hehehhee.. makan kenyam2 ye anak2.. ::
:: dah bfast naik tkt 8, ada outside pool. ada mcm2 game kat sini.. i sempat layan congkak dgn ciktam.. well, opkos la i won!!!! kata esah d cempiyennn! huhu ::
:: ciktam ajak budak2 ni layan UNO ::
:: ada mcm2 game lagi kat sini. ada carom, monopoly, mahjung pun ada ols. ada jg sand drawing tu i tak sure kena caj ke tak hat tu.. ::
:: budak2 ni dah nampak kid zone mcmni, ralit la depa main. sebelum masuk, nanti ada staff yg jaga tu suruh sapu hands rub sanitizer. ::
:: auni naik soang je dah balance hahhaa ::
Sekejap je depa layan game2 ni semua sbb skjp2 kang depa zikir ajak balik bilik.
Nak sambung berkubang.
Depa sambung mandi sampai pukul 11am.
Terus siap2 and checkout.
Lepas checkout mmg mengundang jg nak cari tempat makan.
Setiba2 i rasa bykkk nyaa kedai tutup kat penang???
Sampai ke esplanade padang kota lama sana pun katup???
pastu nak layan nasi kandaq?? mana maunya budak2 tu makan nasi kandaq..
jgn kata budak2..ciktam pun tak friend2 sgt kandaq2 ni...
last2 KFC jg kesudahannya.
I dgn suami dah gigil2 perut nak nasi. huaa!
Selesai semua, hantaq dani & fiya balik PB.
Huaa mula lah i tak keruan, skjp2 kang tercium2 si fiya tu.
24/7 melekat dgn kita.. sket2 kang gayut kat batang leher i yg tebai ni...
manje bukan2 main...
abang dani tu laa baru 8yo tapi pnya matang..cool.
esk dah besar mesti beratur crush neh!...
Ada sekali tu abam minta macam2 kat i..kemain pjg list dia...
sekali dani nyampuk.. "hang ni aliff, tak kesian ka ciknyah dah bayaq hotel mahai2 ni semua hang lagi nak mintak macam2!". wahhhh gentleman nya dani!!!
Dalam pukul 3pm gerak lah geng2 KL balik...
Jmpe lagi naa dani and fiya...
Sampai KL about 7.20pm mcmtu.
Then abam and auni plak balik TMJ....
Terkebil2 ciknyah kerinduaaaannnnn....
terngiang2 suara depa berendam dalam pool. sob2...
TQVM kat adik2 I bagi pinjam anak2 depa...
Dapat la i tumpang kasih sayang kat depa... huk huk huk.
To talk about room types and rate... just for sharing k?
I bought jenis executive pool suite.
Room dia ada byk rate.. kena rajin2 la godeh2 agoda ke booking ke trivago ke.
yg ni kat Matta Fair dapat RM350..
tapi weekend & public holiday kena surcaj RM100.
Total jadi RM450++ mcmtu.
Bilik sangattttt luas.
With 2 super king bedded yg besar bagak.
Plus 2 xtra mcm cleopatra sofa (kat kaki) tu pun boleh buat tpt baring/tidur.
Ada sauna. ada private pool (kecik tapi cukup).
Other facilities same je mcm hotel2 lain.
TV, iron wth iron board, bath robe, safety box..smua complete!
Again lexis ni terletak kat Teluk Kumbar.
Quit far from Penang town.
Persekitaran kampung. Ada laut nearby. Keluar je hotel ada kedai2.
Ada a few kedai makan....
Pada i sgt recommended yg datang just for layan anak2 mandi pool.
Overall i bagi 4.7/5 star!!!
:: Hotel lobby ::
:: Sini ada sky bar.. lounge to layan live band. but this time tak dapat la pi..sbb ada budak2 kan... ::
Ok cukup sudah cerita jalan2 kita.
Memanfaatkan cuti pjg berjangkit2 dari Cuti hari merdeka.
then cuti agung and awal muharram.
di akhiri dgn cuti hari malaysia.
Semua pun haku pergi jalan..............
beg takyah ssh2 bawa masuk stor.
Sambung menyambung sumbat baju.
Alhamdulillah, ada rezki sikit, kita share dgn family2 lain.
Tak sehebat mcm orang lain pun takpe.
Janji happy.
Bln 10 kasi chance ciknyah & panyah deting plak naaaaaa...
last but not least...
ciknyah miss sangat2 kat abam,dani,auni,fiya and 2 ketol hero baru Umar & Hadi...
Miss sgt2... semalam,ciknyah melalak sampai kembang2 hidung.
huaaaaa....
.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)