Showing posts with label SWEETREE KOREAN FOOD. Show all posts

Monday, September 23, 2019

MAKAN UNTUK HIDUP??? ke HIDUP UNTUK MAKAN??

No comments :

Assalamualaikum.

Amacam soalan kat atas
Jawapan baik2, makan lah utk meneruskan hidup.
Tapi kalau dah nama nya I, yg hobi ; makan. cita2; hunting food sedap2.
Rasanya second phase tu yg susuai. ha ha ha.

(1)

:: Same day dgn MATTA FAIR, sehari b4 naik penang aritu... lunch date dgn suami. Since suami dah ada kat PWTC for MATTA fair, ajom laa kita ngedate2 ngan dia. I naik cab from HKL, bila dah stuck jem sbb MATTA , cab taknak masuk sampai PWTC. Sampai ati dia drop je i kat KFC raja laut tu. Tapi demi babang yayang, sis sanggup berlecak berkuah cik ketty menapak sampai ke SPM. Sob2.. Tu yg terus ajak makan ABC kat Sepiring. I mmg fav 2 things kat sini; ABC dia dgn ROJAK BUAH dia. Mmg win!! ::

:: Nyonya laksa dia antara main course sini yg i susah nak avoid! tu rojak buah dia TERSANGAT sedappp! RM9.90 pun takpe, sbb kuah pekat, likat, banjir ok! tak kedekut kacang plak tu! buah2 pun fresh2..and siap ada hirisan bunga kantan! siss soookaaa!! Suami mmg always la makan nasi ulam dia. mmg sedap !! ::

(2)

:: tah ari apa aritu tekak tingin nak makan ice blend masam2. 1st try at myKori. Baru dapat rasa 2 flavour. 2-2 pun menepati piawaian! masam dan sedap! yg mt Fuji tu terpaling win!! nanti nak repeat nak pi try mcm2 flavour and nak makan kuih gambar ikan.. aritu kuih tu sold out. tsk tsk ::

(3)

:: dinner dgn suami kat Fish Manhattan Sogo. Jumaat lps abis kerja, i solat Asar siap2 kat office(Asar masuk awal skrg), then balik terus p area2 Jalan Tar. Misi nak jalan2 usyar2 bunting and paper bag printing tuk majlis anak.. tu yg lajak naik Sogo makan dinner..::

:: herb rice kat sini sgt sedap kan? ni suami makan sweet sour prawn.. ::

(4)

:: Laksa sarang. Bfast kat belah2 Seremban. I search kedai lain ......... tapi drop kat kedai lain, sbb dah tersalahhhh.. i search for KUALI PANAS, tapi found this kedai 1st, igtkan ni lah KUALI PANAS, tapi rupanya kuali panas, depan sket lagi.. hadoiii.. sebaik not bad food dia... Kuali Panas kita cuba lenkali laa ye. Yela kami mmg suka je bfast, lunch,dinner merata hala. Saja cari angin baru ::

:: suami layan mee rebus pun sedapppp! walau tak lawan hat Muar pnya laa kannn ::

:: wantan dia sangat TIDAK sedap! hahahha. sbb kan makan wantan tak sedap kat sini lah i sampai beriltizam nak bikin wantan sndiri. kita tgk nasib dia cemana nanti eh. hehehe ::

(5)

:: pun tak igt bila.. tapi ni hi-tea cum dinner. Found new port kat BBB.  Kat CheeseU ni.. ::

:: Dia pnya kek pandan gula melaka win giler!!! sama level dgn caravan pnya cake! tapi hat ni kek dia ringan sket..kalau caravan kek dia mcm berat moist2 kan? sini sedappnya lahaiii dah la murr je.. comes wth drinks.. ::

:: Ingatkan saja la nak duk minum, kelebet2 menu tgk mcm menarik jg menu2.. dia JJCM mai lagi.. amoh la order carbonara banjir. mmg sedappp oii! ::

:: suami makan sirloin steak. Dia kata biasye2.. tak celen me'nate.. ::

:: time ni jerebu boleh tahan kuat.. sbb tu mmg avoid kedai yg open-air.. gagah la makan food jenis mcmni... dah nasi campur lauk kg, mana maunya kedai dia berkatup mcmni ennn?? ::

:: i ingat time ni rasa sengal cemana ka..sbb esknya ari selasa nak keje(Isnin cuti Hari malaysia rasanya). mcm2 pangai kou tu! kena upah bawa p jalan siap baru rasa better. hahaha. nak bentiii keje laaa.. nak ikut suami p belajar kitab merata hala... moga2 murah rezki boleh benti keje awai. ameen ::

(6)

:: Selasa lepas, out frrom office kejap p Gleneagles amek Blood test slip... Lepastu terus lunch kat Chili's SPM. baru open je chili's sini.  lunch promo buy 1, free 1 for drinks. let's settle wth choc banana & apa peach tah.. ::

:: dah lamaaa tak pekena fajitas... choose combo .. all in. beef. chicken and shrimp. Don't forget to ask for refill the wrap k?? mula2 dia akan hantar dalam 3-4slice je. Jgn plak rasa hampa; ALAAA TAK CUKUP.  No,no... wrap boleh refill ye... ::

:: office attire .. ::

(7)

:: Siakap kerabu mangga. Makan kat kedai thai dekat2 rumah. nama kedai PATONG. Meh nak habaq.. ikan siakap dia seekor RM25 pukul rata ye. tak kisah kecik ke besar and nak masak cemana pun leh.. murah baqhang. sedappp oiiii dia masak gini. 2 in 1.. order ikan, dapat kerabu mangga tros. ::

(8)

:: ni jumaat baru2 ni. Balik keje, tiba2 suami drive p PD.. huhu. saja nak 'kill the time'. time ni sunset santekkkk sangattt.. tapi tak sempat nak snap, sbb tiba2 matahari laju je lariii n naik tinggi.. tsk tsk tsk ::

:: angin sepoi2 language..dengan baju keje pun jadiiii ::

:: p makan kat jeti belah2 Tg gemok. Kalau u all ada kat area PD, holiday ke drop by and looking for seafood yg fresh2 boleh waze Medan Ikan Bakar, Tg Gemok. Order 3 lauk ja.. sotong telur masin, udang butter and ikan caru bakar.. ni pun mencungap nak abis kan. Syok la makan sambil dengar bunyi ombak. makan 3 lauk, air , nasi RM110. boleh tahan.. ::

(9)

:: Sabtu baru ni lunch dgn anak... biasa mmg i je la yg choose tempat makan. Jarang2 sangat depa pilih. either diorang respect mak pak, or depa mmg suka dgn pilihan i ke .. really donno. cewahhh. i tala ke SweetTree (korean) jaa.. hehehe. Ni 1st time order deni ; KIMBAP SEAFOOD.Dia ala2 sushi, tapi lebih besar and yg ni sangatt la sedappp! ni tgh type pun terangau2 plak rasa dia.. ::

:: makan bertiga, gagah lagi la order cheese chicken gulung2 ni.  tu pun apa yg ada dalam pic ni, tak habis pon! suh anak tapau bawa balik.. kami nak balik rumah mak melah plak.. ::

:: KAMI ::

:: VietJet.. tempat kerja baru Zhaf.. dia tau pak dia suka plane replica, gagah la pi mana2 pun dia beli kan tuk pak dia.. ::

:: tapi baru ada 2 collections je pun.. hahaha. nnt bufday suami i nak belikan MAS plak kat dia... ke kirim zhaf beli emirates ke, etihad ke.. ::

(10) 

:: Sabtu malam, asal nya tinggal dgn mak ayah n ciktam je... bawa depa pi dinner kat KAW D... tiba2 dpt msg zizah(SIL) kata nak mai umah mak. terus ajak depa dinner sekali.. Punyer byk food dlm menu, i boleh order air je? kekenyangan makan korean tghari tadi tak abis lg.. :: 

:: Umar Athif ::

:: end cete pasal makan-makan. Ni pic smlm,panasss kluar dari oven... I saja la menerai Duck Shawl pemberian si anak(zhaf).. lepas mandi, pakai baju kelawar... cantek dah tu. kepala itik, badan kelawar... penuh menatam atas badan. hahaha. Ni tanpa sebarang pin try2 lilit2.. perkhhh menyirappp.. lecehh heh! ::

:: saja la tepek kat fb... ada member i cakap mcm Ziela Jalil.. wowww tarap nenek2 dah sis.. hahaha. tapi ok la lg dari Ziela Bakarin ye dok? hikhik. kesimpulan nya, mendapat la bawa pakai time angkat jemuran and buang sampah je la kot.. sbb shawl dia tak panjang... Dada I yg bidang ni tak dpt cover pun. hahahha ::

:: di akhiri mak incik engkorang masa nipis sikit dahulu....5 years ago. Time belum sakit. Nipiss sikit jaaa... tp tetap i impress hahhaha. seddddihh kau ni! huhu ::

kita talk later ye...


.: NO HATE JUST LOVE 💋:. 



Wednesday, April 24, 2019

LAYAN SUNDUBU-JJGAE YG MAHA SEDAP...

No comments :

Assalamualaikum.

Wahhh not bad kau esah! boleh update tetiap ari! pok angan kit!! huhu
Actually, a mth ago, bersilat berkuntau den dgn LPO yg membukuit2!!! 
Pharmacist nak bercuti secara besar-besaran end of April.
Then dah nak puasa, try arrange stok sampai before puasa.
Kang tak pasal2, geng2 stor syahid puasaa. leburrr.. 
Makanya waktu tu, i mengalami kemurungan  peringkat peringatan jingga gituu.
Jgn kata nak update blog, kinciinn verrraa pun main dedat2 gitu je. hahaha.
Ok yuk cerita makan... baru hati giranggg..huhu.

:: Sabtu lepas, otw balik Ampang...i whatsapp mak kata takyah la duk kalut2 masak..since dia tggl berdua je dgn ayah. Dia tu kangg ngeboh dgr kami nk balik, bersungkuk-sangkak masak. Sian dia.. i kata i makan siap2...dlm pala dok ligat pikiaq, mana nak tala kan suami ni.. time tu hujan selebat2 alam...terus terbayang nak makan soup2 panas.. terussss *tingggg!*... SWEETREE jom bang?? *kelip2mata*... lepas order terus dpt complimentary side dish mcmni. kat sini leh refill ye.. ask je..laju depa topup kimchi bla bla. ::

:: sbb hujan, order 1 air jaa.. taknak order hot drink, sbb nak makan soup panas kang menetek2 plak peluh..::

:: Sis mcm biasa laaaa.. sundubu-jjgae satooooo!!! ::

:: biasa i mmg order yg original... tapi dalam dia kemain ada semuaaa menatam..kuah dia sedapp yak ampunnn! ni tgh type ni pun kemain laju mencecesssss ailio nak jatuh ni oiii! ::

:: suami i tak kpop lgsg! balik2 ayam goreng ... haish kemon bang...drama korea kemain layan tiap2 hari.. sampai byk word dah pandai... annyeong(apa khabar), wey???(kenapa??), aniya(tidak), oppa(abang), daebak(terbaik)... ni kalau p korea, selamber je dia leh nyembang ngan ajuma(makcik2) tepi2 jln  sana... ::

:: tapi dia sukaaa giler makan salad2 smua tu..dia je yg sental semuaa.. ::

Ok chiao dlu naaa... *tiberrrr*
update sikit2 mcmni best jg.. kan? haahha..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Wednesday, November 07, 2018

BERAPA KALI MAU DEMAMM DAAA?? | SUAMI BAWA MAKAN KOREAN,PUJUK ISTERI DEMAM | TIBA2 NGIDAM MAKAN PIZZA

No comments :

Assalamualaikum.

Jumaat lepas i selsema terok!
Pi gheja,sambil buat keje tertonyoh2 hidung.
Melecet hidung takyah kabor...
Bila selsema hebat mcmtu, mmg menangkap kepala terus!
I dok bayang ada org gerudi kepala kita.. greengg greengg.
Ujung2 minta half day kat boss.. kalau dah tangkap kepala..
mata berair..sila lah kau pulang saja... makan ubat and membuta!

:: suami jemput, minta singgah beli Panadol Soluble. Sampai umah, telan soluble, siap2 dgn tissue and ubat2 sapu ni semer.. i pengsan!! eh tapi i sempat solat zuhur siap2.. sbb suami p solat jumaat, sampai time tu pun dekat nk pukul 1pm dah..solat siap2 terus ZZZzzzzzz. Malamnya i telan ubat selsema plak. tak ingat jenis apa..yg i tahu.. dia pnya lali.. perkhhhh membawa ke sabtu nya!! ::

:: Since badan mamai lali ubat membawa sampai ke Sabtu. Pagi sabtu tu  badan melayangggg lemauu je masuk angin! i terbaring, sat tdo. sat bgn. Masuk zuhur, i ajak suami solat terus p umah mak. Nak dibiarkan, mmg ada i tidur je sampai pagi Isnin! huh! silap2 kang lgsg tak bgn2..elok panggil org surau je! huaaa.. Ni salad and appetizer from Sweetree.. Suami ajak makan apa2 isi perut... I fikir nak makan sup2.. tapi i mmg bermasalah sket dgn sup kedai melayu. minyak sah2 meladung2! tekak i mmg tak mampu telan oily2 ni semer. then dia propose i makan korean. i setuju je la..sbb korean ni less oil masakan dia.. ::

:: spearmint soda.. bawah dia ada mint kaler biru.. godak2..perkhh sedapp berangin je coke dia. glass dia besar. suite for 2... mmg biasa beli 1 share berdua. tapi kalau datang hantu haus, silakan order soang satu plsss.. ::

:: 3.05pm.. mata dah kuyu abis. rasa nak menangkup pala atas meja pun ada.. ::

:: suami nak makan drummet je. i orderkan honey butter. Sbb terbayang feel dia mcm makan kyochon. tapi kat sini punya tak seUMMPPPHHH Kyochon lah!! dia mcm basah2 lecak2 dgn honey. Kalau kat kyochon eventho honey drummet, tapi honey dia dry and sedappp! 5 ketui mcmni RM23.90. ::

:: Ni haaa je la kesayangan i kalau mai sini.. Sundubu jjgae ori.. wth ramyeon.. sedappnya lahai.. TAPI.. i makan 2-3suap jaaa... pastu tolak tepi.. dia kalau makanan fav pun i reject, soheh2 la mmg tgh demam. tu je penanda aras dia! hahaha.  Syg takut membazir, ask them to tapau. bawa balik bg org rumah makan.. ::

Selesai makan, balik terus umah mak.
Cembiasa lah kitaaaaa mengendeng2 gesel2 anje2 kat mak..
baru rasa better sket...tu ubat paling mujarab tuk I.. 
budak2 tu pun tidur dgn I, i tak dapat gomol sgt.
takut jangkit selsema... 
Ahad 4 Nov bufday yom.
Beria lah mak kita buat pulut + rendang..
tapi tuan pnya bufday, ptg baru balik.
I mcmbiasa laa..cukup time, tghari balik umah sndiri.
Nak rest umah sndiri pulak before start keje esknya..

:: ptg Ahad, ajak suami makan pizza. I masih menolak oily2 food. Sbb kat rumah mak makan rendang, rasa kembang2 tekak.. so let's la... i ajak p Pizza Hut jaa. suami i mana boleh kalau bini dia tgh teringin nak makan apa2, dia mmg akan looking for the best pnyaa.. i ikutkan ajaaaa.... So, dia teringat Pizza San Francisco(PSF) kat Bangi.. PSF ni sebelah2 je dgn kedai makan FIZOMAWAR. Dulu bujang2 i biasa makan PSF yg branch kat The Mines. Tak tau la wujud lagi tak kat The Mines tu.... Ni drinks, both order lime and lemon basis.. standby takut muaa la makan cis cis ni semua.. :: 

:: ek eh mcm baju semalam je? hahahha. syhh meh la i nak backing diri jap... baju ni kan i pakai skjp je smlm... sampai umah mak salin baju lain. esknya balik, i sarung balik. gituu je la kalau balik umah mak mmg selai sepinggang je... sepentot bra smua mmg kat umah mak..so settled eh?? takde issue eh? ha ha ha ha ::

:: suami minta prawn spaghetti.. baru order 5mins dah sampai.. i belek2..ehh mcm tak sama je dgn  gambar??::

:: suami dah nak makan, tapi i minta dia call the waiter first.. tanya pnya tanya..rupanya salah table.. phewww sebaikk tak lahap teros tadi..Patut la sekejap nau2 dah sampaiii...  ::

:: haa hat ni lahhh yg betuiinya..dlm pic cenggini lah jg.. ::

:: sila makan bang...sila ::

:: kakak dari awal nawaitu mmg nak makan pizza...so order terus signature pizza dia. tak hengat namaaa oii.tapi hat ni satu2nya yg signature.. mmg tersangat sedapppp!!!! mushroom dia pakai pesen apa tah... i tak pandai la nak elaborate satu2 mcm sesetangah blogger. siap tau ada ingredient hati itik! huaaa, tp bagus jg dia mention ada hati itik dalam pizza yg dia makan tu.. so i TAKKAN order laaaa hat yg ada hati itik/angsa semua tu..serrremm. tapi mostly pizza2 ni semua ada je diorang put ingredients apa yg depa taruk kat menu.. if takde taruk skalipun  leh je tanya waiter. ::

:: sampai je 2-2 menu, menu suami i yg I terkam dulu... dasar queen control kau kan? miahahaha...::

:: nampak mcm tamak plak semua makanan ada depan muka I.. eh kesah ke kakak??? ::

:: meh la nak habaq..spaghetti dia sedapp nak mammmm oiii!! dia inovasi kan italian recipe campur jadi mix malay sket.. dia taruk bunga kantan racik2 ko dalam ni! wangii harumm sedapp gilerrr spaghetti ni jadinyaaa... sambil menyuap..sambil terfikir2.. ni spaghetti ke laksa ni? hahahhaa. i tak sure la org lain.. tapi i dgn husband mmg SUKA amat2!! Spaghetti ni sepinggan dalam RM25 jaa.. tapi sedapp giler. lari sket dari italian taste! Syhh sedapp nau2. don't disturb! Talk to my hand! ha ha ha::

:: makan berdua dalam RM70++ jaaa! mmg akan repeat mai sini lagi.... dah la mmg tercongok je kat bangi tu haaa... tak yah susah2 nak masuk big2 mall to having a fine dining acenggini... :: 

So weekend baru ni kesimpulannya, badan tak sedap sangat.
Tak meriah mana lah jadinyaaaaaa..
Hmmm.. Sambung buat keje sat..
Smlm dah coti Deepavali..
Nak perabih kan sket lagi duit peruntukan Ubat ni haaa..


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.