Showing posts with label SEPIRING. Show all posts

Monday, September 23, 2019

MAKAN UNTUK HIDUP??? ke HIDUP UNTUK MAKAN??

No comments :

Assalamualaikum.

Amacam soalan kat atas ☝
Jawapan baik2, makan lah utk meneruskan hidup.
Tapi kalau dah nama nya I, yg hobi ; makan. cita2; hunting food sedap2.
Rasanya second phase tu yg susuai. ha ha ha.

(1)

:: Same day dgn MATTA FAIR, sehari b4 naik penang aritu... lunch date dgn suami. Since suami dah ada kat PWTC for MATTA fair, ajom laa kita ngedate2 ngan dia. I naik cab from HKL, bila dah stuck jem sbb MATTA , cab taknak masuk sampai PWTC. Sampai ati dia drop je i kat KFC raja laut tu. Tapi demi babang yayang, sis sanggup berlecak berkuah cik ketty menapak sampai ke SPM. Sob2.. Tu yg terus ajak makan ABC kat Sepiring. I mmg fav 2 things kat sini; ABC dia dgn ROJAK BUAH dia. Mmg win!! ::

:: Nyonya laksa dia antara main course sini yg i susah nak avoid! tu rojak buah dia TERSANGAT sedappp! RM9.90 pun takpe, sbb kuah pekat, likat, banjir ok! tak kedekut kacang plak tu! buah2 pun fresh2..and siap ada hirisan bunga kantan! siss soookaaa!! Suami mmg always la makan nasi ulam dia. mmg sedap !! ::

(2)

:: tah ari apa aritu tekak tingin nak makan ice blend masam2. 1st try at myKori. Baru dapat rasa 2 flavour. 2-2 pun menepati piawaian! masam dan sedap! yg mt Fuji tu terpaling win!! nanti nak repeat nak pi try mcm2 flavour and nak makan kuih gambar ikan.. aritu kuih tu sold out. tsk tsk ::

(3)

:: dinner dgn suami kat Fish Manhattan Sogo. Jumaat lps abis kerja, i solat Asar siap2 kat office(Asar masuk awal skrg), then balik terus p area2 Jalan Tar. Misi nak jalan2 usyar2 bunting and paper bag printing tuk majlis anak.. tu yg lajak naik Sogo makan dinner..::

:: herb rice kat sini sgt sedap kan? ni suami makan sweet sour prawn.. ::

(4)

:: Laksa sarang. Bfast kat belah2 Seremban. I search kedai lain ......... tapi drop kat kedai lain, sbb dah tersalahhhh.. i search for KUALI PANAS, tapi found this kedai 1st, igtkan ni lah KUALI PANAS, tapi rupanya kuali panas, depan sket lagi.. hadoiii.. sebaik not bad food dia... Kuali Panas kita cuba lenkali laa ye. Yela kami mmg suka je bfast, lunch,dinner merata hala. Saja cari angin baru ::

:: suami layan mee rebus pun sedapppp! walau tak lawan hat Muar pnya laa kannn ::

:: wantan dia sangat TIDAK sedap! hahahha. sbb kan makan wantan tak sedap kat sini lah i sampai beriltizam nak bikin wantan sndiri. kita tgk nasib dia cemana nanti eh. hehehe ::

(5)

:: pun tak igt bila.. tapi ni hi-tea cum dinner. Found new port kat BBB.  Kat CheeseU ni.. ::

:: Dia pnya kek pandan gula melaka win giler!!! sama level dgn caravan pnya cake! tapi hat ni kek dia ringan sket..kalau caravan kek dia mcm berat moist2 kan? sini sedappnya lahaiii dah la murr je.. comes wth drinks.. ::

:: Ingatkan saja la nak duk minum, kelebet2 menu tgk mcm menarik jg menu2.. dia JJCM mai lagi.. amoh la order carbonara banjir. mmg sedappp oii! ::

:: suami makan sirloin steak. Dia kata biasye2.. tak celen me'nate.. ::

:: time ni jerebu boleh tahan kuat.. sbb tu mmg avoid kedai yg open-air.. gagah la makan food jenis mcmni... dah nasi campur lauk kg, mana maunya kedai dia berkatup mcmni ennn?? ::

:: i ingat time ni rasa sengal cemana ka..sbb esknya ari selasa nak keje(Isnin cuti Hari malaysia rasanya). mcm2 pangai kou tu! kena upah bawa p jalan siap baru rasa better. hahaha. nak bentiii keje laaa.. nak ikut suami p belajar kitab merata hala... moga2 murah rezki boleh benti keje awai. ameen ::

(6)

:: Selasa lepas, out frrom office kejap p Gleneagles amek Blood test slip... Lepastu terus lunch kat Chili's SPM. baru open je chili's sini.  lunch promo buy 1, free 1 for drinks. let's settle wth choc banana & apa peach tah.. ::

:: dah lamaaa tak pekena fajitas... choose combo .. all in. beef. chicken and shrimp. Don't forget to ask for refill the wrap k?? mula2 dia akan hantar dalam 3-4slice je. Jgn plak rasa hampa; ALAAA TAK CUKUP.  No,no... wrap boleh refill ye... ::

:: office attire .. ::

(7)

:: Siakap kerabu mangga. Makan kat kedai thai dekat2 rumah. nama kedai PATONG. Meh nak habaq.. ikan siakap dia seekor RM25 pukul rata ye. tak kisah kecik ke besar and nak masak cemana pun leh.. murah baqhang. sedappp oiiii dia masak gini. 2 in 1.. order ikan, dapat kerabu mangga tros. ::

(8)

:: ni jumaat baru2 ni. Balik keje, tiba2 suami drive p PD.. huhu. saja nak 'kill the time'. time ni sunset santekkkk sangattt.. tapi tak sempat nak snap, sbb tiba2 matahari laju je lariii n naik tinggi.. tsk tsk tsk ::

:: angin sepoi2 language..dengan baju keje pun jadiiii ::

:: p makan kat jeti belah2 Tg gemok. Kalau u all ada kat area PD, holiday ke drop by and looking for seafood yg fresh2 boleh waze Medan Ikan Bakar, Tg Gemok. Order 3 lauk ja.. sotong telur masin, udang butter and ikan caru bakar.. ni pun mencungap nak abis kan. Syok la makan sambil dengar bunyi ombak. makan 3 lauk, air , nasi RM110. boleh tahan.. ::

(9)

:: Sabtu baru ni lunch dgn anak... biasa mmg i je la yg choose tempat makan. Jarang2 sangat depa pilih. either diorang respect mak pak, or depa mmg suka dgn pilihan i ke .. really donno. cewahhh. i tala ke SweetTree (korean) jaa.. hehehe. Ni 1st time order deni ; KIMBAP SEAFOOD.Dia ala2 sushi, tapi lebih besar and yg ni sangatt la sedappp! ni tgh type pun terangau2 plak rasa dia.. ::

:: makan bertiga, gagah lagi la order cheese chicken gulung2 ni.  tu pun apa yg ada dalam pic ni, tak habis pon! suh anak tapau bawa balik.. kami nak balik rumah mak melah plak.. ::

:: KAMI ::

:: VietJet.. tempat kerja baru Zhaf.. dia tau pak dia suka plane replica, gagah la pi mana2 pun dia beli kan tuk pak dia.. ::

:: tapi baru ada 2 collections je pun.. hahaha. nnt bufday suami i nak belikan MAS plak kat dia... ke kirim zhaf beli emirates ke, etihad ke.. ::

(10) 

:: Sabtu malam, asal nya tinggal dgn mak ayah n ciktam je... bawa depa pi dinner kat KAW D... tiba2 dpt msg zizah(SIL) kata nak mai umah mak. terus ajak depa dinner sekali.. Punyer byk food dlm menu, i boleh order air je? kekenyangan makan korean tghari tadi tak abis lg.. :: 

:: Umar Athif ::

:: end cete pasal makan-makan. Ni pic smlm,panasss kluar dari oven... I saja la menerai Duck Shawl pemberian si anak(zhaf).. lepas mandi, pakai baju kelawar... cantek dah tu. kepala itik, badan kelawar... penuh menatam atas badan. hahaha. Ni tanpa sebarang pin try2 lilit2.. perkhhh menyirappp.. lecehh heh! ::

:: saja la tepek kat fb... ada member i cakap mcm Ziela Jalil.. wowww tarap nenek2 dah sis.. hahaha. tapi ok la lg dari Ziela Bakarin ye dok? hikhik. kesimpulan nya, mendapat la bawa pakai time angkat jemuran and buang sampah je la kot.. sbb shawl dia tak panjang... Dada I yg bidang ni tak dpt cover pun. hahahha ::

:: di akhiri mak incik engkorang masa nipis sikit dahulu....5 years ago. Time belum sakit. Nipiss sikit jaaa... tp tetap i impress hahhaha. seddddihh kau ni! huhu ::

kita talk later ye...


.: NO HATE JUST LOVE 💋:. 



Friday, May 31, 2019

TAHUN NI IFTAR BIASYE-BIASYE AJE...MAKAN SEKADAR UTK KENYANG.. BRUPP ALHAMDULILLAH.

No comments :

Assalamualaikum.

:: Ramadhon sket lagi nak sampai ke penghujungnya. Ni kawan2 ramai dah start coti. Yg tinggal ada yg keluar g shopping. Tinggal 3 orang je dalam office ni. I dok layan netflix je lah kerojenyaaa.. abiskan waktu rehat.. ::

I keje je sampai PH rabu nanti.
rajinnn?? NO lahh!
Mak pak mmg duk Ampang.
Even MIL pun duk Ampang.
Tayah susah2 nak meredah jem bagai.
But we still going back to kampung; Melaka, pepetang raya sket...
Selasa last day kerja, will take time off.. 
Kat rumah mak, ramai je askar2 leh tlg mak masak.
I balik noon tu leh tlg2 kemas plak.

Sambil2 dah lapang kerja ni, i nak tepek tah hapa2 pic yg i dah save dlm folder pc ni haa..
Pic iftar2 during romadhon mth.
tahun ni fully i tak masak time berbuka.
Sampai umah dah lewat. Belum cerita tenaga i yg dah tinggal sipi2 tu lagi.
then 2 mulut je nak menyuap. Mulut nak disuap tu plak makan nya ciput2 ja.
Kesimpulannya, tiap2 ari singgah Pasar Ramadhan Kajang Prima.
Tapau apa2 yg patut(simple2), balik hidang. Settled.
Sahur yes i fully masak. Ikut la..
kadang goreng bihun,goreng mee, buat cekodok, buat telur tetel.
Mmg masak panas2.
Sahur kat rumah sndiri, mmg tak penah naik nasi. tak lalu!
kat rumah mak lain..makan ramai2.. 

:: Ni masa cuti Nuzul Quran.. p AEON Nilai. Dlm byk2 restaurant dlm tu, kami boleh choose to iftar kat food court? hahaha. sbb suami i tetelan2 ailio tgk teppanyaki dia. being me yg smua pun sapu.eh tadek hal laah.. apa sangat la nak makan sedap kan? janji kenyang. ::

:: masa ni dah masuk 17 ramadhan, bergema2 lagu raya sana sini. Mmg purposely ajak suami mai sini sbb nak tgk gelagat orang ramai kalut soping sambil dgr lagu raya yg mall pasang kuat2,. hahhaa. dah solat maghrib singgah coffee2 plak ::

:: i choose hot belgian choc with mashmello, Sedap yak ampun!! ::

:: sejam jg la kami melepak kat cafe ni.. cafe ni plak open tepi laluan org ramai. Mmg ralit memerhati orang je la. syok!! ::

:: Ni masa weekend aritu. P Alamanda. Konon nak tgk2 baju melayu suami kat Omar Ali. tahun ni 1st time dia nak pakai ready made baju melayu. Selalu bertempah kat MAROZ nun. tempah tak pulang modal. Upah je dah RM180-200. Kang kain makan rm200 jg. total dekat nak rm400. Pakai baju melayu ada la sekali-sekala. Tu thn ni decide nak ready-made je. Tapi tulah masuk Omar Ali kemain baju melayu dia sampai RM500++ selai. eh lagi membunuh. ada yg murah dalam rm200++ pun kain dia tak sedap. Linen yg kejung. So, kami p beli baju suami kat Primavalet je.. Kain elok, harga pun RM200 je free sampin! Suami i dah byk sampin.. Ptg kat Alamanda aritu, terus berbuka kat sini. Dalam kol 5pm kami sampai, most tempat makan fully booked for berbuka ye! terlopong2 kami! ni dapat last seat kat SEPIRING. Dah tak tau nak makan apa, i order hainan chicken rice je. mcm ni dalam RM17 jg per-set.::

:: Husband makan nasi ulam ::

:: Ni kejadian semalam.. 25 Ramadhan. saja ajak tukar angin p makan kat Haslinda Sim Abdullah. Tu pun lps Mohd Chan full house juga! Penuh sesaja engko kan?? gggrrr. Ni beef ginger. Sedap! ::

:: hat ni kesayangan kami. Sayur kacang panjang salted egg. terlampau sedapp! ::

:: lemon chicken .. ::

:: Seafood curry ::

:: sempat masuk dalam EVO Mall... i p beli tembikai dah siap potong. Kat EVO dapat beli kurta tuk ayah and suami... elok lapang tak cramp. bertenang2 je cari baju. Harga tak la jahanam sgt.  ::

:: Sedap2 semuaaa! asal nya nak makan ikan. Ikan dia semua 1kg++. Makan berdua mana mau nya abiss??? ::

:: syok semalam makan kat bahagian luar.angin sepoi2 before hujan mencurah2.huhu. tapi table kami ada roof. tak kalut la lari bawa pinggan. huhu.::

Weeknd kami never failed berbuka rumah mak.
Aritu iftar kat hotel uniten sekali.
P makan kat luar dgn family sekali.
Makan luar sekali-sekala mcmni.
then berbuka kat rumah manjangg.
Selesa lah berbuka kat rumah lagi.
nak solat senang.

I stop dulu. 
Menyala2 plak lampu otromen kat dada ni. hahahhaha.


.: NO HATE JUST LOVE ðŸ’‹:.





Thursday, January 17, 2019

#10YEARSCHALLENGE | LUNCH WITH HUSBAND AT SEPIRING, SUNWAY PUTRA MALL

1 comment :

Assalamualaikum.

Dah berkali2 lalulalang status org up pasal #10YearsChallenge kat fb semalam.
Allah,takde la i nak take it serious sangat pun.
Saja la suka2...Santai2... motif,niat smua tu terpulang la kot masing2.
Pandang lah dari sisi apa pun koang nak pandang.
Nak dapat yg +ve,dapat la +ve. I mmg fikir mcmtu ja!.
Maka terjebak lah sudah, kakak esah engkorang ni haa..
walau sbnrnya tak ikhlas mana nak buat.
Sbb seramm sgt dgn kegemokan masa silam.. hahahha.
time tu dah la gemok, burok. selekeh. Mmg yo soy betty la fea sgguh la hai!
nak redha pun, mcm payah je nak telan.
TAK IKHLAS detected nya..
bila 10 years pnya pix pun kemain pilih yg paling HELLLOKKKK .
Hahahhaa.

:: Ni je dapat nya pun.. haahhaha. dgn tudung bawal... selebar rumah dh body kakak. sekarang selebar bilik darjah je, downgrade sket la size dia..ada la turun 1/2 inchi hahaha. nak juga tuuu!!! Masa umur i 20-30yo mmg time tgh membesar bagai johan! org lain gila pasang badan, kerempeng smua kan? sis??? kann mmg jenis spesis suka jadi lain dari yg lain.. R A R E omputih kata. so amek pi la ampa kuruih2 hellok2. sis jadi anak gajah kuala gandah pun takdek hal lah! At least dari jauh org dah leh nampak kan?? *menjagahatisendiri*..  ::

Suka la tgk kat fb...masing2 tepek #10YearsChallenge ni.
Ada yg dulu kuruih melengking, laa ni jadi tembun mcm apom tepung beras.
Ada yg mentennn selim. Ada yg menten demok (den lettew).
Ada yg kata bkn 10years challenge, tapi 10years metamorphosis!
Dari anak 1 dah jadi 5,6 orang!! Membiak2 kata nya. hahahha.
Apapun, pada i benda bagus kalau kita nak recall.. 10years back.
Apa achievement kita dah buat?.. nak2 dari segi amal ibadah dan taqwa...
ada improvement tak? ke lagi meruyup perangai sekor2?? 
I ni lagi seram2 sejuk dah nak masuk 40years.
Harap2 i akan istiqomah to transform pada yg lebih tawadduk.
Sampai i katup mata.... Ameen.

:: Btw, ni gambar pagi Selasa, and takde motif tertentu ponnn. Sekarang subuh dah lewat. 06.05am baru masuk waktu... Time tu i coti solat, ngam2 abis subuh i dah siap semua. tggu suami abis solat zassss pecut p KL.. kol 7am sampai KL..dan lagii la bfast ringkas2, laju2 dgn somi.. By 7.25am ngam2 punch card! settled!  ::

:: Suami p buat bekam kat Wangsa Maju aritu, kaki dia bengkak last weekend. takut urine acid tinggi ke apa. Kita usaha ikut sunnah nabi dulu.. so lps bekam dia jemput i kat ofis, bawa p lunch.. P SPM ja pun. Terus tala Sepiring, sbb i lapaq nasik.. ni gegara geng2 opis p beli nasi lunch riuh bercerita ada nasi beriyani etc.. tu pasak nawaitu siap2, nak nasik.nak nasik. ::

:: dah masuk SPM ni takleh la nak bajet nak makan nasi campur beraneka lauk kenn?? Masuk plak SEPIRING, terus order set nasi kerabu dia... yg putih kuning tu kuah ayam goreng 1/4 portion besar nak mamfuss! I syak they try hard nak buat percik kelantan.. tapi tak berapa umpphh lah! percik putih kedai2 kelantan kat luar sana lagiii letop! tapi overall nasi kerabu dia sedapp je. dia pnya kerabu kacang botol tu dap dap! keropok kering ganti keropok lekor.. ponn bolehhh. janji bayar RM24.50 tuk sepingan ni! dgn daun2 pisang haku kunyah! hokey!! ::

:: Suami, i paksa order Nyonya Laksa. Ni kes bini tak sure nak order nasi ke nyonya laksa. So kita kambeng hitam kan suami. Dia duduk diam2, kita yg tukang order... halfway tukar pinggan.. so dapat rasa 2-2. bijak kan akal seorang isteri? yg laki pun dah mcm kena nasi kangkang, mengikut je. hahahhaha. hamponn bang..nauzubillah, babi  baby tak pernah buat bnda khurafat2 mcmtu ok yayang? 😛 ::

:: ABC dia dapp oiiiiiii. Kalah kat Nim's island, sbb kisaran dia lebih kasar.. and dia pnya gula melaka hellokk sangat lemak merdu, cuma manis dia berdengung jg! dpt dia less kan manis, lagiii cunnn.. RM9.50 lebih kurang.. ::

:: Alhamdulillah, kenyang makan cepat2 bncang nak book hotel bln 3... ada projek nak p pantai timur dgn hafiz & family. Tp bab booking2 hotel cambiasa aaa...terserah pada kekanda! ::

Ok geng...
tak tau esk sempat update lain tak...
Weekend nak p JB pisyau.. Isnin cuti Thaipusam.
Kali ni trip dgn adik2 bujang .. asal nya nak p dgn depa ja.
Dah bincang2 kesian plak mak ayah tggal umah.
So jadi la trip ciknyah with adik2 bujang and mak ayah.
Pjg sket la tajuk karangan sok. 
Moga Allah permudahkan segalanya. Ameen. 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.