Friday, September 28, 2018

SELEPAS 4 TAHUN.....

1 comment :

Assalamualaikum.

22 Sept baru2 ni, fb sudah naikkan memories my 4 years ago pnya story.
The date where i've received a very2 sad news. 


Pagi 22 Sept 2014 (Isnin), suami teman i p KPJ Ampang Puteri.
I walk-in je nak jmpe pakar O&G; Dr Fauziah Hassan. 
Dr Fauziah ni mmg antara the best O&G specialist in town la..
Dulu che'ta beranak pun dia yg sambut,
Selalu joint MERCY tuk buat mcm2 charity..
Even mak bersalin kan pokcu (adik bongsu i)  pun dia yg sambut!
As a record, before i proceed with pakar private hospital..
i ada a few time appoinment dgn O&G HKL...
Buat ultrasound, scan..and everytime pun the result kata OK.
Doktor kata my ovari sangat cantik, rahim elok, tiub fallopio elok,
Tapi setiap kali period, tetap la mencurah2.
Hellok tang mana tak tau! 
So rezki i nikah dgn suami i...
bank dia cover spouse with unlimited cover.
Dapat lah i buat full check-up dgn pakar.
Dgn berbekalkan reference letter from doctor klinik swasta..
I pun serah diri kat hospital pakar.
Symptoms ; heavy flow period.
Dia pnya heavy , jenis mcm air paip mengalir non-stop!!!
tahap selang 5-10mins kena tukar pad. Muka dah pucat lesi kurang darah.
Masa jmpe dr.fauziah.. dia ada buat a few procedure..
Jenuh pulak nak explain bab pempuan2 ni kan...
last dia kata, u kena admit dlu..dia nak buat DnC and further check-up.
I pun admit sensoang while my husband awal2 pagi dah p office.
Masa ni kan baru kawen, dia dah cuti kawen 2 mggu lebih.
Kerja dia sudah melambak menanti..
I pun pandai2 snsoang je register etc sampai masuk wad.
Ptg terus doc buat DnC. kena full bius masuk OT bagai.
First time in my life i masuk bilik OT with full bius.
Doctor dah keluar ketulan2 fleshy2 kat sekitar rahim I.
Doc kata besar dari kepala baby!. 
Then dia amek tissue hantar lab.
Lepas DnC.... masuk wad dlu.
Malam, suami tak dapat datang teman tidur, sbb i tdur bilik twin sharing.
Single room semua penuh.

Esk pagi nya 23hb Sept (Selasa)
Dr fauziah suruh i buat MRI plak together with xray chest bla bla.
Hari ni lah i dah start rasa sakit yakmat.
mebi sbb dah DnC, doc dah usik2 sel sakit tu...
I jadi sangat2 weak! i muntah dgn teruknya.
I mengaji byk2...sbb i rasa mcm nak mati sgt dh time tu. 
Petang tu sarina and kak tun(my colleagues) datang ziarah.
wakilkan kawan2 office..bawa basket fruits...
kalau tanya kak tun skrang...
 dia masih terngiang2 lagi how worse my condition time tu.
Lagi makan ubat tahan sakit, lagi i muntah beluek2.
Again, i face everything alone. Suami i kerja!
Family tak diberitahu lagi... Sbb time tu rasa.. come on, sakit period je pun??
Petang dekat nak maghrib, time suami i sampai dari office...
dr fauziah datang bilik I....
and...
telling us the news....
Tissues yg dia ambil, lab kata ada cancer.
stage berapa dia tak sure. Esk dia akan bgtau suami I.
I dgn suami saling berpandangan.
Time tu i tak tau nak rasa apa....
i tak sure CANCER tu apa?? sakit dia mcmana???
suami i peluk i kuat2. lama2.
I tak menangis ke apa...i blurrr n totally lost!
malam tu i tidur suami temankan.
Sbb suami minta juga tukar bilik executive.
Dia jaga i betul2 mcm orang baru lepas bersalin.
Sekejap2 bgn check i ok ke tak... 

24th Sept (Rabu)....
Dr Fauziah suruh I discharge.
And rest kat rumah.. 
Suami i cuti arini. (yes i still can remember everything clearly!)
Dia kata later dia akan call suami tuk further info.
Masa nak discaj ni i dah pandai nak rasa down.
Mula rasa sedih, rasa nak pitam sbb baru tersedar i akan jalani hidup sebagai pesakit cancer!
Suami drove me to rumah mak ayah.
sampai2 rumah, suami i cerita kat mak ayah...
kedua2 mak ayah I tergamam. Senyap.
Ayah i dah geleng2 kepala.
mak i istighfar tanpa henti.
Belum ada lagi saudara mara kami yg ada sakit cancer!
Ayah terus call ust rashdan (darussyifa) buat appointment.
Petang tu terus p rumah ustaz, berubat guna rumput apa eh.
I lupa dah nama rumput tu.
Ustaz minta bawa mangkuk putih tembikar dgn bedak sejuk.
Nnt ust tangkal kan bedak sejuk tu and bancuh dgn air zam2..
sapu kat perut I.. dapat air penawar skali.

Malam 26Sept tu i minta nak balik rumah sendiri...
time ni kami stay kat monte bayu (kondo) lagi.
I nak masa tuk bertenang.

25th Sept (Khamis)..
Pagi suami pergi kerja mcmbiasa.
I tinggal snsoang kat rumah.
I dah start menangis.. start down. meroyan.
I solat, solat. solat. menangis. menangis. menangis.
tengahari tu i igt lagi i sempat goreng ayam and makan dgn nasi panas.
Sbb i lapar... Duduk atas langit mcmtu, mana lah ada kedai ke apa.
Pukul 6pm i tgh mengaji atas sejadah...
suami i balik dari kerja..
Dia meluru peluk i.. menangis menggugu2..tersedu2..
dia kata... "cancer sayang at stage 4!".
Ohh doktor dah call dia... hmmmpp..
Apalah lagi i boleh buat..selain dari menangis sama?? 
Malam tu i rasa suami i ada bgtau ahli2 keluarga  I semua.
Yes, only my side.. not my MIL side.
Smuorang pun menyatakan kesedihan dan shock. 
Hafiz whatsapp suami...
dia minta izin kat suami i suh bawa i balik umah mak.
Dia kata mak dah start nangis2, lembik2 badan.
Mak dah meracau2 kata nak jaga kakngah. Anak aku. anak aku. anak aku.
(setan plak airmata ni lajuu je kau nak keluar skrang kan?? sob sob).
Then suami i setuju. Dia setuju nak tinggal dgn mak ayah i during i sakit or mebi forever?
or mebi only for a short while? if let say umur i tak panjang... hmmm

Start malam tu, i mmg stay kat rumah mak..
Mak ayah jaga i elok sangat.
patutnya usia mcm depa, I yg jaga diorang.
tapi rupanya sampai i 34yo pun diorang still kena jaga I.. sob2..
Doktor fauziah buat surat, rujuk i kat Dr.Fuad @Gleneagles.
Dia mmg recommended Dr Fuad as 1 of the best oncologist in Malaysia!
Time tu Ampang Puteri, takde oncologist lagi,
Bermula lah episod treatment I dgn dr fuad.
Chemo for 6 cycles (12 times).
During chemo tu ada  a few times i warded.
Mcm2 hal. Sekali i dapat sembelit yg maha hebat.
rasa mcm nak pecah perut!
I sampai kena pegi A&E.... admitted.
Ada masa i akan dapat gatal2 n naik rashes dgn hebatnya.
Rambut dah start gugur.
Bulu2 smua dah luruh. termasuk kening..bulu kaki etc lah.
Letih. demam. sakit semua bersilih ganti.
I sbnrnya taknak igt pun.
takuttt sgt nak ingat.... tuhan je tahu betapa berdebarnya setiap kali dgr ada yg sakit cancer.
fikiran i terus connect dgn kisah I sndiri.
Mata i automatic play balik kisah lama I... 
Kadang2 sampai tahap menangis sbb still fobia..

Last chemo i in March 2015.
A week before tu i pergi Bali.
That was my 1st time flying abroad with my husband.
Kami beli pakej Bali kat Matta Fair, a few days lepas kami nikah.
Masa tu tak sakit lagi. Sbb dah nak expired, gagah la jg.
Lagipun mmg elok tuk bawa jalan. doc kata BALI ok.
Jgn pi tempat sejuk sangat etc. Kasi release....
Bila selak pic kat bali, kemain kening takde..hahhaha.
tapi konpiden amek gambar. Now bila tgk balik..
eh apsal lapanggg je muka I?? ooo takde kening rupanya..huhu 

:: Can see my very less eyebrow??? bila kurang kening, muka nampak luassssss terbentang.. ::

:: Tanah Lot, Bali. Terlalu cantik view kat sini. ::

:: saja la tepek buat imbau kenangan.... badan i tak susut banyak pun time ni..sbb mak ayah jaga i elok sangatt! diorang sgt mendorong i supaya makan! during chemo mmg sangat lah out selera kita... sangat2 tak lalu! tapi mak ayah support sangat suh makan at least makan roti... if not kita jadi lagi lemah.lemah lemah. ::

Masa last chemo(cycle terakhir), i weak teruk!!!
Rasa mcm dah tak mampuu nak chemo.
Mebi kesan ubat tgh berlawan sgguh2!
Setiap kali i chemo, blood test ada tunjuk penurunan sel kanser.
Bila ada improvement, i happy.
Ada masa tiba2 sel cancer jadi increased!
time ni lah dugaan dia..i akan jadi sangat down n start nangis2.
Start mengamuk2 give-up, fed-up..sampai tahap xnak chemo dah.
nak2 cancer tu dah spread up to my liver!
So doktor kata, kat liver i terlalu byk white spot cancer.
Now doktor worry about my liver lah.
Kulit muka jadi kuningggg merening2!
mata kuninggg pekat.. tekan2 muka i tak jadi merah pun... 
Tapi sbb dh abis 6cycles, doc takleh tambah chemo.
Badan dah tak larat.
So i rest kat rumah je. 2weeks i terbaringgg je spnjang masa.
But Alhamdulillah i larat bgn mandi, bgn solat, mengaji.
Cuma mmg tak mampu nak buat benda lain.

Dekat nak bulan april 2015,
I minta suami nak masuk kerja.
I dah cuti cancer 6mths..
Kelayakan kami government staff ni cuti cancer 2years with full pay.
tapi i nak masuk keje jg.
I nak jadi mcm orang lain.
I nak suami i proud ada wife yg sihat. normal. cantik.
30 Mac 2015 i start masuk keje semula.
Alhamdulillah.....

so, after 4 years...
ALHAMDULILLAH...
I semakin sihat..
Still buat follow-up dgn dr fuad and dr faridah(Endocrinology specialist).
Demam, letih2, sakit2 badan, sakit2 kaki tu tetap ada.
Nak kata dah cover 100%, doctor still can't say this.
Chemo port pun doktor tak bagi remove lagi.
Kena jaga2.. and lebih istiqomah mohon kesembuhan dari Allah... 
Terima kasih juga buat semua yg sentiasa menyokong.
Memahami dan mengasihi.
Menerima saya yg tidak sempurna...
I become better now... 
Walau terpaksa berdepan dengan karenah2 orang sekeliling..
Yang mudah2 je kata sakit kanser ni mcm kudis dalaman.
Woww.. kudis ko kata ye???? 
Kudis tu.. mcm kerak yg terjadi akibat luka..
leh kopek buang mcmtu je bila dah kering,kan???
this is cancer wahai onion auntie!! C A N C E R!! 
pernah rasa ke sakit cancer yg nak samakan dgn kudis?
Tak kesah la nak kata apa.
but when people try to underestimate sakit cancer tu sekadar mcm kudis..
i jadi sedih plak.. i did feel mcmna perasaan orang yg sedang  lawan dgn ancer now...
Ya allah, tak tergambar dgn kata2 sakit dia mcmmana...
Sokkay, i kan always praktik HENTAK & LUPAKAN konsep kan??
Takde issue pun nak dipanjangkan. 
I cuma nak sihat kembali.. 
i sentiasa doakan semuorg  sihat dan dijauhi sebarang sakit.

Sorry kalau jemu dah i dok ulang2 cerita pasal sakit ni.
I terpanggil nak kelebet balik cerita ni sbb lately ramai pulak i dgr dapat cancer.
Dikalangan kawan2, artis2, org2 ternama.
Allah bagi sakit, bagi ujian...semesti pada hambaNYA yg mampu.
Sbb kami kuat. Allah datangkan ujian kpd kami.
Ujian pun datang dalam berbagai bentuk.
sakit, susah, masalah rumahtangga, masalah office..
Terpulang mcmana kita handle..
Kekuatan manusia pun beda2.. 

Tolong doakan i terus2 sembuh ye.
I tak puas nak spend time dgn suami lagi.
Bakti kat mak ayah pun sikit sangat.
Manja2 dgn anak2buah..keluarga.
Bersahabat dgn kawan2 smua... 
Amalan pun.... takyah nak cakap la punya ciput...seco'et..
I doakan yg sama tuk kawan2 semua....
Andaikan mmg ditakdirkan i akan pergi asbab sakit cancer ni....
I mohon maaf atas salah khilaf smua ye.
Terutama bab terlebih2 expose dalam ini blog.

Tq sudi baca eh...


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




1 comment :

Jepun Mari said...

k.sha.. ayat yg last tu..jgn cakap mcm tu. sedih pulak kita..