Friday, January 20, 2017

ADAKAH SYURGA KEMBALI KE BAWAH TAPAK KAKI IBU SETELAH KEMATIAN SUAMI?

2 comments :

Soalan;  

Ustaz, sepertimana yang saya tahu, syurga seorang isteri di bawah telapak kaki suaminya. Tapi ustaz, macam mana pula jikalau suaminya telah meninggal? Adakah syurganya kembali kepada ibu kandungnya?

Jawapan;

Hingga bila-bilapun syurga tetap di bawah tapak kaki ibu-bapa dan keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa.
Sabda Nabi SAW;

الْزَمْهُمَا فَإِنَّ الْجَنَّةَ تَحْتَ أَرْجُلِهِمَا
“Jagalah kedua ibu-bapamu kerana Syurga di bawah kaki kedua mereka” (Al-Mu'jam al-Kabir, at-Thabrani; 2202. Menurut al-Munziri; sanad hadis ini baik. Lihat; at-Targhib wa at-Tarhib, al-Munziri; 3751). Sabda baginda juga;
رِضا الرَّبِّ فِي رِضا الوَالِدِ وَسُخْطُ الرَّبِّ فِي سُخْطِ الوَالِدِ
“Keredhaan Tuhan berada pada keredhaan Ibu-bapa dan kemurkaan Tuhan berada pada kemurkaan ibu-bapa” (HR at-Tirmizi dan al-Hakim dari ‘Abdullah bin ‘Amru RA. Menurut as-Suyuti; hadis ini adalah soheh. Lihat; al-Jami’ as-Saghier, hadis no. 4456).

Sama ada bergelar isteri atau tidak, seorang anak tetap wajib berbuat baik dan berbakti kepada ibu dan bapanya sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dalam al-Quran. Mentaati suami adalah perintah Allah, berbakti kepada ibu dan bapa juga perintah Allah, maka kedua-duanya wajib dilaksanakan semampunya.

Wallahu a'lam.
 
 

2 comments :

Anis Azalea said...

Kalau anak perempuan memang wajib dengar cakap suami walaupun mak kandungnya buat arahan lain pulak. Anak laki sampai mati kena dengar cakap mak pak dia. Janganlah pulak dengar cakap bini....ada batasan perlu dijaga..kita perempuan ni kalau memang ikut cakap laki je itupun selagi tidak membatasi hukum syarak. Semoga Allah maafkan kekhilafan kita. Amin.

Nur Aishah said...

betul anis. Kita setuju. Cuma mungkin ustaz tu nak jawab bab 'syurga di telapak kaki' tu rasanya.Sbb syurga sampai bila2 pun mmg bawah tapak kaki ibu. tak berubah.
Cuma bila perempuan yg dah nikah, mentaati suami itu jatuh pada no.1.
dan redha seorang isteri terletak pada redha suami.. mentaati suami adalah WAJIB. bgitu jg dgn suami. sy rasa soalan org ni mcm yg biasa bermain difikiran kita. tapi ustaz tu jawab dgn cara lain.. kan? wallahua'lam bissawab. anis.. tq tuk pandangan :)