Friday, January 20, 2017

AKTIVITI JUMAAT KITA & DINNER @ORKED LAVENDER CAFE, BANGI

2 comments :

Assalamualaikum .

Selamat Ari Jumaat koang.
Cemana aktiviti pagi jumaat koang?
I skrang keluar rumah lepas subuh, subuh plak dah lewat. 
Mmg lambat nak menyampai ke officenya!
Lepas wudhu', cream2 smua dah siap2 tepek kat muka.
Telekung kena basuh slalu..sbb berbekas bedak. hehehhe.
Dan2 solat, terus sarung tudung. Herot berot pun..jalannnnn.
Dalam kete kang terteleng2 i betul. Takleh nak melaram langsung. pfftt.. 

Sampai KL, kalau dann sggah minum.
Tu pun setakat secawan kopi or milo.
Nak makan mmg tak dannn!.
lepastu sggah punch card..and baru park kete.
Laju2 jalan, masuk opis.
Tarik napas jap.. kol 8am masuk talaqqi & tadarrus quran.
Macam tu rutin Jumaat I...
Ustaz i dlu selalu pesan, perut lapar kena bagi makan.
Tapi rohani,emosi kita lapar nak kasi makan apa??
sbb tu kena dengar ceramah agama, attnd kuliah ilmu, baca quran..
kurang2 dgr tazkirah kat radio pun ok dah.
if not..perut je kenyang... tapi jiwa kurus keding.
 sama2 kita berpesan2...
hidup hanya sesingkat azan dan salam..
Wallahua'lam bissawab... 

Btw intro dah ok comel,ala2 wanita lindungan kaabah... 😜
Skrang kita cete bab dunia sikit.kasi belen.. hahahha.
dunia i apa lagi?? M A K A N je lerrrrr. mihmih.
Since ptg2 hujan, i sampai umah pun dah lambat..
mmg kemsalam je lah i nak memasak nya.
Badan dah lunyai mcm capati kirai.
So dinner mmg kat luar je lah kami berdua.
Dan bila dinner kat luar, mmg mengundang masalah bila tiba bab nak pilih tempat makan??
Kadang mmg i ajak balik je..i masak cekodok bilis. Lagi sedap! hhahaa..
Malam tadi kami main belasah je..
p try ORKED LAVENDER yg KAK DI penah promot dlm blog dia..

:: lawa cafe dia.. all about orked and lavender.. orked lah byk nya pun!!! sana sini pun nak orked... nice!::
 
:: sambil tggu makanan sampai, jom kita main2 posing kat bench yg dia sediakan. Sekali tgk jadi apa?? dah di pakainyaaa camera yg masuk gambar dia skali.. adoii ::
 
:: minah senget ::

:: wallpaper orked besoorrr :: 
 
:: zaujj &  zaujjah ::
 
:: nak juga dia snap pic disebalik lalang2 orked ni haaa... layannnn kannnn... kang derhaka..hahah ::
 
:: americano ice coffe. sedapppp. RM12.00 :: 

:: strawberry milkshake RM13. Jujurnya tak sedap. McD pnya yg sempoii tu jauhh lg sedapp.. whipped cream and caramel is too much!! membunoh rasa milkshake. ::
 
: Laksa Johor RM12.00. Since lunch dah makan nasi..kita makan main2 mcmni laa..pinggan lawo ooo :: 

:: laksa johor taste? tasteless. sorry Orked Lavender. Tak rasa apa kot? cair... kuah sikit. Sambal dia lah penyelemat sikit. I makan kat kedai semenyih,isi ikan berbungkang2..puas hati.. so jujurnya is tak berasa.. nak kata tak sedap kat makanan kang, mcm tak elok je kan?? ::
 
:: Carbonara beef stripe RM12 juga. Tgk je pun dah tau kot? this such as fried carbonara ke apa tah??tadek gravy ye..kering cenggitu...and tabur je parmesan powder byk2.. ni suami order...sampai2 je atas meja ..suami kata.."syg masak, much2 delicious. tgk je pun dah tau!".  kecewa! ::

Apa nak kata ye?
Kang kata lebih2,org kata menabur pasir di periuk nasi orang plak.
Tapi kalau bg fake review..naya kat orang yg pi makan.
Mcmni lah senang kata... lidah and deria rasa kita beda2 kan?
sedap pada koang...tak sedap kat I...
so to be fair, can go and try... mana tauu kena kat lidah and tekak koang kan??
pada I...mmg will never repeat kot..
All is tasteless.. americano coffe tu je yg LULUS.
yg lain... hambar...
I tgk menu pun juz2.mgkin nnti akan penambahan etc. wallahualam.
i nampak org order lokcing(satay ikan) pun kemain hiasan lawa.
tapi ada la beberapa batang je. I tak rasa it worth-it.
I baca review kat blog kak di pun,tadek nampak mcm dia beriya2 promot.
Dia lbh pada nak menjaga hati owner. Sbb kita kenal kan kak di tu.
Kalau btol2 sedap cemana cara ayat dia elaborate the food. hehhee. 
Cake pun i tak try.. tak tau lah ok ke tak.u ols pegi nnt try la..
then bgtau sedap ke tak k?  
tak fair plak i nak review apa yg i tak makan.
kot i salah pilih menu ke kan??
Btw.. i dgr cerita, owner cafe ni is founder Benang Hijau(kedai tudung femes).
 to those nak try.. leh cari cafe ni sederet dgn Me'nate steak hub, Bangi.
dekat2 dh dengan Kedai Benang Hijau itself..

Before i closing entry ni..
I selalu je curious..
Kenapalah kedai makan hispter milik org melayu (khususnya).
mesti nak MAHAL semua?? and tasteless? tak worth-it lgsg ??
mostly i pegi mmg jenis indah khabar dari rupa.
berita gah2,gempaq2..sekali pegi... amekkk... 💔 bederai2 hati..retak. kuciwa! 
Harap kat ambience kedai je la yg win! 
kusi gempaq..pakai palet beriya. stylo mailo.. cara order kemain dgn alarm..
minum air dalam tabung uji bagai..
tapi rasa and quantity lgsg tak worth to money!!
susah sangat ke nak masak sedap2 bagi orang makan ikhlas2??
takde rasa nak gembirakan orang yg makan ke cemana tahh??

 Sedih kan???






2 comments :

Anis Azalea said...

true, kedai hipster kita bayar untuk suasana je. baik balik makan kat rumah. nak spaghetti sedap silalah makan kat Dome yang mahal tapi sedap. tak sakit hati.

Nur Aishah said...

kan anis?? kadang2 ridiculous sgt price dia.. merepek2 nau!
tapi tasteless! tang gaya mmg win!
sbb tu nama dia hipster kot...sesuai tuk org yg heboh nak amek gambo to tepek kat media sosial.. mcm sesuai jg la dgn jiwa I..mmgaku neh. hahha. tapi i syarat no.1 MESTI SEDAP. presentation tak lawa pun takpe... janji perot gembira... makan tuk apa?? sedap dan kenyang kot kan..