Friday, January 29, 2016

PELABURAN DENGAN KEUNTUNGAN TETAP BULANAN

2 comments :

Soalan; 
Assalamualikum ustaz. Saya setuju melabur sejumlah wang dlm perniagaan yg diushakan kawan saya. Persetujuan telah dibuat kedua2 belah pehak tempoh pelaburan selama 2 tahun dan maksimum 5 tahun dgn jumlah keuntungan tetap 3% dibayar sebuln hingga habis tempoh perjanjian saya akan menerima jumlah pelaburan asal. Apakah boleh saya melabur dan hukumnya pelaburan yang sebegini harap ustaz jelaskan.

Jawapan;
Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.

Pelaburan yang menjanjikan keuntungan tetap pada setiap bulan (atau dalam tempoh tertentu), tanpa tertakluk kepada untung-rugi yang dikongsi bersama, pelaburan itu tidak sah di sisi Syariat kerana ia berunsurkan riba. Hal ini telah disepakati para ulamak. Jadi 3% yang dijanjikan pada setiap bulan itu adalah riba dan tidak halal. Kecualilah jika 3% yang dijanjikan itu dinisbahkan kepada keuntungan dan tertakluk kepada untung rugi syarikat atau perniagaan terbabit (yakni tiada keuntungan yang akan diberikan jika syarikat/perniagaan mengalami kerugian pada bulan tertentu), maka ia sah di sisi Syariat. Itu dilihat dari aspek pembahagian keuntungan. Perlu juga dilihat dari aspek-aspek lain seperti produk yang diperniagakan (adakah halal?), bentuk perkongsian dan sebagainya untuk memastikan keseluruhannya sah mengikut syariat.

Wallahu a'lam.

2 comments :

No-In said...

tq share info cmni. sgt bermanfaat utk aku dan family

Nur Aishah said...

WELCOME AIN. SHARING IS CARING KENNN...
ain sy nak tambah sikit.dlm kes soalan ni..dia bagi keuntungan 3% on keuntungan syarikat. mean, kalau syarikat untung 1000, dia dpt RM30.00. kalau syarikat untung 2000, dia dpt RM60.00(3%). So according to ustaz ni jawab, yg mcmni kira SAH. Sbb keuntungan berpandukan untung-rugi syarikat. Saya mksd kan yg tadi(masa jmpe kamu pg td), if keuntungan dia fix amount. mcm sy bg cth 'jiran' sy tadi. Bulan2 she received fix RM180 tak kisah lah harga emas turun ke naik..gitu. yang tu haram di sisi syara' sbb ada unsur riba'. allhua'lam