Tuesday, September 25, 2018

PROJECT SABTU TENGHARI AJAK SUAMI REPEAT 'SWEETREE' ; KOREAN FOOD!

2 comments :

Assalamualaikum.

See, bab makan kemain up 1 entry khas!
Siap ada teaser before up! huhu.
Padahal cerita makan je pon! hehehe
Kemain konon, sanggup ikat perut pagi tu ...
semata2 nak ajak suami repeat makan sini lah pon!!
Ikutkan tekak dia, kembang2 jg nak menelan korean2 food ni semer.
tapi demi kasih, beliau turutkan.. gitttooo. 
Since Sweetree ni dekat nau2 dgn umah my MIL..
Jom lah kita singgah ziarah beliau dulu.
Nak ajak layan skali pekena korean food..
kang tak pasal2 mendapat title menantu terpaling derhaka serta merta! hahaha. 
Beraniiii kouuuu??? 
my MIL tu makanan yg dia makan, boleh kira dgn jari je beb!
bykkk sgt list yg dia tak makan!
Sbb tu kalau tgk badan dia dari mudaa..
mmg sellimmm melim feeewittt! dari muda sampai skrang!
Jgn cuba2 duduk sebelah dia...
mmg otometik kau kelihatan seperti gajah zaman ais! 

:: gedik nya si debab ni nak makan korean... al-kesahnya, korean series yg kami layan "thirty but seventeen" and "Dear judge" baru je tamat baru2 ni. So let's kita celebrate it! hahahha. tak kene mengena weii! ::

:: suka mai sini, deco dia cantikkk! mcm alam2 fantasy sket.. pokok dalam kedai pun takde hal...ajet2 makan dalam jungle gituu ::

:: bawah cahaya lampu kemain NURRRRR ::

:: kalau makan korean, diorang mmg pasti akan bagi any food as complimentary. Mcm kali ni i dapat plain congee dgn aneka rencam2 juadah diorang dalam small plate. termasuk lah kimchi and salad! so kalau ampa 1st time mai korean restaurant, jgn tetanjat plak sampai panggil waiter suh angkat balik igtkan waiter tu salah hantar. No No No.. org dah bagi, cekik aje diam2 ok?? hehehe. ::

:: i order 2 dish... this bibimbap ::

:: and chicken sundubu jjigae! dua2 pun i yg oda kan. Suami i tak masuk campur. keje dia nganga mulut , kunyah and telan je. dannn... jgn lupa last2 kang bayar bill ok! :p ::

:: bibimbap ni nasi makan dgn all salad2, daun2,mushroom and bulgogi(daging). Gaul2 dgn raw egg yolk... sedapppppp ya allah! biasa i makan kat dubuyo ke tak sesedap ni kak jahh oiii!  Harga dalam RM20 je semangkuk besar ni! ::

:: Ni sundubu jjigae.. ala2 sup tofu. pastu dia akan tanya nak makan dgn ramyeon(mee) ke nasi? since bibimbap dah nasi, so i minta la rameyeon! hat ni meh nak habaq! nampak huduh buduhhh bongong tongong je mcm maggie kari biasa...  tapi...........................rasa dia Ya Allah Ya tuhann Ya kareeeemmm. kenapa sedapppp gilerrrrrrr?????? cerr kabor cerr kabor! apa resipi rahsia dia ni???? ada pakai bomoh korea ke dapat pelaris nehhh??? *lap dahi*. Isi dia, ada udang, ayam.. tofu sah2 la ada! sedappppp tanakk ulang dahhh! sbb tetelan2 ailio dah ni! Kuah dia terlalu lampauu bangettt sedappp sih!  ::

:: portion besar2 ye food dia.kalau bawa anak2 tayah la pemurah sangat nak order soang satu... menangis kau nak abiskan kang! ::

:: Muka redho tak redho sang suami! hahhaha. tapi dia admit ye, sundubu tu sangatt sedapp! haa tu lahh melawann! :p ::

:: Ni kalau  i mai repeat 2-3kali lagi mai sini, later on i dah leh apply VISA sambung master kat sana...bab makan je lah lulus nya. hahaha.. ::

:: happy me.... i love korean food lah right now!!!! sup2 tofu panas2, masam2 sikit..pedas pun lite2..mmg berkawan baik sgt dgn tekak kakak taw!  ::

:: Sweetree ni antara restaurant yg serve korean food terbaikk i pernah makan ..selain the real one in korea itself lah kan...owned by muslim korean ... and most important thing, dapat status HALAL Jakim ye! ::

:: JJCM pun pernah mai cover! ::

:: sekarang dia dah semakin besar...dia sewa 2 lot and 2 tingkat teros! so dont worry about seat capacity k.. yg perlu di-worry is parking space, heeheh. yg tu mmg kena pandai2 kau lah nak selit park.. limited nau2 parking dia... ::

Address and benchmark SWEETREE i dah pernah bagi before (BACA SINI...)..
I mmg recommend sangat pada yg baru2 nak try korean food.
Rasa korean dia not too strong. 
And siap ada  alternative leh order masakan panas mcm nasi goreng kampung or pasta!
So jgn risau la kot anak2 ke encik suami ke mmg tak kesior nak menelan korean food...
ada option lain k??
Price sangat reasonable and of course affordable...
Mcm i makan baru2 ni..2 main course + complimentary dish + 2 drinks..
Drinks dah la dalam gelas gemok..kalau makan 2 orang leh share beli 1 air je..
total dalam RM65 je tau!!!!

Again, ni entry tidak berbayar ye.
Kakak ikhlas kasi honest review.
Sedap kakak kata sedap.
tak sedap...kakak swear will telling u the truth...no worries k!
tekak onggemok mmg harus pandai memilih.
So,sila letakkan kepercayaan kepada kakak ye! 

Ayuh kita makan sedap, kita goyang dua jari.. la la la la la la 


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.


2 comments :

Jepun Mari said...

ehem.. ehem.. bila bawak anak2 hayam ni.. hahahaa.. ada geng makan baru best melantak.. husb i tu tak makan korea-korea ni.. alik-alik nanti dia mintak nasi hahahaa

Nur Aishah said...

zie : jom laaa kome bawa la kete... i dah tak drive p gheja... jumaat kita pi..