Wednesday, June 20, 2018
WARNA WARNI DI AIDILFITRI | RAYA 2018 PART I
Assalamualaikum.
I masuk keje dah arini.
Kekemain liat nak mai p gheja oii.
Dah la dari rumah mak. Nak2 budak2 2 orang tidur dgn I sekali.
Berat nya hati nakkk p keja...
kelecup2 i ciyum depa..sedapp bau + ailio basi..hahhaa..
tak pasal2 petang ni i kena balik umah mak balik.
sbb tak puasss lepak dgn budak2 tu.
Nak2 Umar Aathif dah start mak ngasuh.
My SIL dah start kerja dari semalam. Haiii kesayangan seketul2 tu...
Almost a week dok bergumpal dgn depa, rasa syahdu btoi nak balik Kajang.
kang pandang dinding nmpk muka abam.
lantai muka auni.
tangga muka umar aathif. mak ayah lagi. huaaa..
pindah toruih ampang ada eloknya ni kan bang? kahhh!
Sementara kerja x byk lagi ni..
moh la kita tinggal corat coret kenangan Syawal 2018 kat sini.
Taruk pic byk2... boleh kelebet2 time rindu.
nak print/cuci tah tahun bila nya nak sort bagai. haishh.
makanya ampunkan lah mak esah engkoram ni...
sbb lambakan pic..but dunwori..i dah jampi sket2...
insyaallah u all takkan muntah.. hahahha.
makanya ampunkan lah mak esah engkoram ni...
sbb lambakan pic..but dunwori..i dah jampi sket2...
insyaallah u all takkan muntah.. hahahha.
:: Apa2hal pun, i suami isteri MR&MRS ZAKK once again nak wish MRYMZB... perkhhh menyirap btoiiii ramai start guna dak2 wechat pnya word... haku terbangang2 bila org dok wish guna capital letter 4-5letter mcmni. kejadah apa sekor2 nak main ngeja2 dgn I kan?? rerupanya Mat Ri Ya Maaf Zahir Batin(MRYMZB). Ya ampiunn! kemalasan tahap apa ni weiii?? bengkok kot jari ampa nak menaip panjang oiii??? Sat g subjek BM anak2 ampa melungkup, baru nak pi tau.. tsk tsk tsk. Btw, tahun ni kami pakai tiffany green. dah 2 years pakai soft2 colour. last year kuning lemak ketam... so next year boleh switch pakai kaler daring2 sket ni. huhu. Tahun ni kurang nampak warna ni orang pakai. Pheww. masa i pakai royal blue and emerald green dulu pnya berjujut2 team kaler sama.. ::
:: mcm itinerary yg i bgtau b4... pagi2 raya mmg kat umah mak. Bgn mandi, solat subuh, terus bfast . pastu siap2 pakai baju hellok..nak bersalam raya. Mak je tak tukar baju lagi. ::
:: pukul 7.15am mcmtu, mak mulai projek salam raya.. salam ayah sambil nanges2.. byk dosa lettewww :p. I dah salam suami dari lepas subuh lagi... kami mmg bersalam dalam bilik je.. nanges xyah cerita ye.. berbukuit dosa tu kompom! hahhaha::
:: hafiz & ayah. Anak lelaki sulung.. ::
:: Aliff.. cucu kesayangan atuk mamat ni.. eh pic kami adik beradik salam mak ayah xda ye. smua fokus susun ayat nak minta maaf apa lagi...hhahah ::
:: ni kesayangan ramaiiii ::
:: setiba2 tersama plak tema dgn auni n mama ia.. hahha. terus i tangkap jadi anak kami. dah mcm anak beranak completed set! heheehhe ::
:: yom family's.. yom ni kakak sulung I. one & only kakak yg i ada.. i kn anak kedua..::
:: Hafiz family's.. ::
:: mak ayah dgn anak2 bujangan diketuai oleh ciktam...dia yg paling tua among 4 ketul ni..tapi dia paling kerdil..ke sebab yg lain tu gergasi sgt?? hahhaha ::
:: with Umar Aathif .. His1st raya experience..::
:: ni gf panyahhhh...celah ketiak panyah pun dia duduk! ::
::See?? setiap pelusuk pakcik makcik mmg sayang btoiiii kat montek ebot2 ni haa..::
:: 4 bujangan kesayangan saya.. ::
:: Abam ni kwn gaduh ciktam... nak2 cete bab bola. ::
:: buah hati atuk..::
:: huduh btoi la pic from hphone depa ni.. ipong kemainnn...tapi kaput. mesti org dlm pic ni tak beriman, tak ada nurrr. hahhahah ::
:: ni lah satu2nya adik pempuan I...takleh la dia nak pose cun2 sekejap.. ada je photobomb spider melekat kat dinding belakang tuh! gggrrr ::
:: tgk si kak nam brutal..bapa minit dah hilang kainnn! haishh ::
:: 2-2 sengettt sengal! pokcu dgn abam ::
Tahun ni suami solat raya kat masjid dekat rumah mak I..
Sbb dah tak sempat nak shoot to Nirwana.
tahun ni kan Sultan Selangor dah menitahkan semua masjid/surau di Selangor,
tuk mula solat sunat idulfitri seawal jam 8am...
berikutan tuk memberi laluan solat Jumaat disebelah tengahari nya pula kan??
So, sementara tggu suami solat sunat idulfitri...
dok lepak2 dgn kaum hawa...
:: pastu bedah pi tenyeh mekap kat muka I..ni no filter ni...mmg jadi mcmni muka i lepas mekap. Huaaa... ampa igt i berani nak bawa muka mcmni p umah MIL?? hahhaha. i terus p amek baby oil buang celak2 tu semua. Auni pun pandai kata "kenapa muka ciknyah nampak marah?" hahhaha. mcm black metal ku wasa. biarlah i tak cantik bermekap bagai...tp muka i bebas bernafasss..huhu. ::
Tuk kenangan...
menu raya rumah mak kali ni :
1) Nasi himpit
2) Kuah Kacang
3) rendang daging
4) rendang paru + hati
5) kuah lodeh
6) Sambal kupang
7) Lemang
8) Kek2.
Balik solat raya, terus shoot p umah MIL...
:: ngam2 sampai umah MIL depa tgh bersalam-salaman. Lepas salam... mcmbiasa la pose2.. ::
:: grup2 anak buah. patutnya i termasuk golongan ni kannn?? *kriikk2* ::
:: ni anak buah terbaru belah suami.. Irsalina Barizah.. ::
:: nak cebek menanges dah ni. tanak kat orang. kalau dia nak kat orang..i dah kepit dia bawa kulu kilir.. huhu ::
:: Dari rumah MIL..start konvoi 5-6 kereta round rumah mak pak sedara belah suami. Ni rumah Maklong suami kat dalam taman yg sama.. ::
:: Dari rumah maklong n maklang kat Nirwana, move to rumah Makcik Cah...rumah banggelow besaq gabaq... toilet tahap hotel2 ada carpet dalam tandas.. makan sedapp sbb ada rendang paru! huhu ::
Dari rumah makcik Cah balik rumah MIL semula.
Org lelaki nak solat jumaat.
Lepas zuhur, tlg MIL kemas2 lauk.
Saudara mara belah MIL nak mai.
Lepas depa balik dari rumah MIL I...
Berkonvoi lagi skali pi raya belah arwah FIL i plak.
Kat Wangsa Maju and Taman Melati plak.
Haishhh tak syokkk woooo cerita takde pic kan??
tapi tulah...dia jadi otometik tak reti nak snap pic kalau belah suami I.
eh tapi thn ni mmg kurang pic pun masa beraya.
Fokus makan ka cemana tah..hahhaha.
I selesai round rumah saudara mara belah suami sampi pukul 6.30pm.
Balik umah cepat2 sbb anak laki I nak mai umah mak ayah bawa kawan2.
Kawan2 dia cabin crew mcm2 airlines yg x balik beraya.
Siannnn.. so i re-heat smua lauk pauk..
bagi depa makan puas2....
Mcmtulah raya pertama I.
Yg i tak pernah terfikir pun akan settle down jadi org KL sebenar2nya.
Sbb i dari kecik raya mmg balik Melaka.
Before raya lagi dah berkampung kat Melaka.
Bila atuk nenek dah takde sekitar tahun 2009..
kami balik rumah arwah maklong plak(pun kat melaka).
Cuma 5 thn kebelakangan ni je kami start raya kat Ampang.
Petang raya baru balik Melaka.
Bila dah kawen ni lgsg mmg jadi org KEY ELL abadi...
duluu masa bujang slalu du'a minta2 bakal suami jenis org ada kampung.
Merasa lah i balik kampung time raya...
tup2 celah mana org kg nya???..lagi KL dari I! hahahha.
Allah atur elok dah... kawen dgn org KL...
dua2 parents boleh dapat perhatian.
sat belah I..sat lari belah MIL..
comel belaka aturan Allah kannnn...
Mmg kalau sesekali duduk2..pejam mata.fikir...
mcm tak percaya je i jadi sebahagian dari dunia pelik yg dulu i slalu gerunkan.
Duluu masa i balik raya tiap tahun, kawan baik i Fiza dia raya kat Cheras KL saban tahun.
Pagi raya i call dia to wish Hari raya..dia tak bangun tidur lagi kou!
padahal i kat kg dah basah ketiak berjalan raya.
i jadi mcm sangat awkward dia jadi mcmtu!
eh best ke raya kat KL kan???
and now... i lbh faham makna taqdir..
bila kita tertaqdir tuk sekian2 part.. kita yg kena sesuaikan diri dgn taqdir tersebut.
as long as berada disekeliling orang yg tersayang..
i rasa sangat selesa dan tetap bahagia..
walau beraya dalam kota batu (KL).
KL skrang pun dah x macam dulu...bila raya je abis sunyi sepi..
siap boleh solat sunat 2 rakaat atas jalan,katanya! .
Now dah ramai x balik kg..mebi sbb generasi dulu2 dah ramai meninggal.
Warga KL sendiri dah jadi nenek/datuk.
KL dah jadi kampung tuk cucu cicit balik kampung.
so...redha and enjoy it!
Makanya impian i nak balik beraya di kampung.....
mmg tinggal satu angan2 yg tak berkesempaian lah jawabnya...
unless... ayah nak buat rumah kat tanah pusaka...
and diorang pindah duk sana...
haaa itu boleh jadi harapan jg tu.....
H A R A P A N....
ada fahamm??
hahahhaha.
sambung PART II later naa...
.: NO HATE JUST LOVE 💋:.
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 comments :
selamat hari raya. ok miza tulis penuh ne hehe
miza : hahahhaha, awas ye kalau nak guna shorform budak wechat. babab nanti. hehehehe.. Selamat hari raya kembali miza :)
Post a Comment