Wednesday, June 13, 2018

BERBUKA DENGAN THE CHICKEN RICE SHOP & AYAMAS | TENTATIF RAYA KAK ESAH | SALAM IDULFITRI 1439H

No comments :

Assalamualaikum.

I wujud lagi je kat opis ni haa..
membusuk buat keje.. eh org dah takde mood, boleh pulak melambak2 request form.
jiwa kacau sgguh! huhuh.
Ari Isnin baru ni, masa balik jalan sangat2 jamed!!!!
stranded kat area Leisure Mall cheras nunn.
Biasa dia buka tidy flow(laluan kontra).
Boleh Isnin aritu dia tak bukaaa??
dah la i dengar radio kat depan Leisure Mall tu ada accident.
I keluar office pukul 4pm..
Sampai Pasar Ramadhan kajang prima tu pukul 6.50pm!
sekian sadaqallahul azim... 
nawaitu asal nak p makan The Chicken Rice Shop(TCRS)...
dah jahanam melekat jem mcmtu...
singgah PARAM je la..tu pun hujung2 waktu..
last2 kopek apa je yg tggal?? terkuis2 je laaa lauk.
Sian laki bini makan tah hapa2 smlm. Nak masak nasi pun rasa tak sempat dah.
So dari lauk sampai ke nasi i tapau je!
Yelah tu 6.50pm sampai bazaar. pilih2 beli2 jalan2 selesai kol 7.00pm.
Sampai umah 7.10pm... kejar solat asar terus!!!
salin2 lauk, bancuh2 air.. ngam2 orang azan.
Terketar2 kaki kulu kilir laju2...

Sebaik semalam elok akhlak dia...
Jalan helllokk clear water...
Sempat singgah TCRS Tesco kajang...
tercapai jg hasratttt semalam yg terkubur huhu.
eh nasi ayam style2 chinese mcmni mmg favorite kita taww!!!

:: beli 2 set..up dgn Ayamas. up pie tee 1 set.... salin dalam pinggan,selera sikit makan.. ::

:: adoii kegemaran ku selalu.. ikutkan i nak minta ayam steam(hainanese)..fav I... tapi bulan2 puasa ni, takut kembang2 tekak plak makan ayam tak goreng ni. hahhaha. ::

:: Golden roasted by Ayamas.. beli sebelah ..RM13.50.. tapi smlm mcm keras sikit ayam dia. selesai separuh je.. dua2 dah sendat perut.. :: 

Semalam pnya awal sampai rumah...
Before berbuka,sempat iron baju lagi... 
baju raya pertama kedua mmg dah awal2 iron.
I tambah lagi iron 2 pasang.
Pastu pack2 baju masuk beg. Kan petang ni i dah nak balik kampungggg..
ooo oooo balik kampongggggg... (Ampang)..
hahaha.

:: balik Melaka 2 hari je.. baju byk2 ni standby kot nak lajak naik utaqa teruih kaa melawat Baby Ashraff Hadi... piya..dhani... rinduuu! Ni baju lipat..baju dah siap iron/hanger tak tgk lagi! kemain mcm nak p buat show! hahha:: 

:: tadek apa deco raya tawon ni. tukar langsir je.. saja try floral curtain plak. biasa plain je kan... tersenteng sikit langsirnya...sbb sbnrnya ni langsir tuk bilik kami.. tapi last2 i tukar taruk bawah...sbb nak match dgn kaler2 biru yg byk kat bwh ni haa...kebetulan pulak tahun ni byk sentuhan biru .. langsir yg sepatutnya is kaler greeeennn.. huhu.  :: 

Tentatif raya I :

-Ptg ni i balik umah mak ayah.Berbuka and sahur dgn family semuaaa..Esok i kerja lagi..tapi halfday.Balik esk boleh sambung tlg mak masak.. Petang last ramadhan biasa nya berbuka dgn lauk tuk raya esknya.And up sket2 dgn menu lain.Ayah biasa akan baca tahlil simple2 petang ramadhan terakhir tu...

-Malam raya kat umah mak kita laaa..geng2 TMJ smua ada... adik beradik smua ada...7 out of 8.. 1 family (Emi family kat Parit Buntar) je takde. Turn raya rumah MIL dia..mentelah yaya baru lepas bersalin.. Eh, First raya for Umar Aathif laaa.....

-Pagi raya ..kat rumah mak dulu. Lepas mandi and sarapan raya, terus salam2 raya...Rumah kami, style salam raya pagi2 hening.. dgr suara takbir dari masjid/surau..lebih berinspirasi nak mintak maap! huhuh

-Lepastu shoot p umah MIL kat Taman Nirwana.. Dalam 10mins dari rumah mak. Bestkan rumah mak & MIL dokek2??? Rumah MIL i plak, lepas solat sunat idulfitri baru salam raya. So tak clash. senang! Then sambung raya belah saudara suami sampai kol 2pm mcmtu. tapi tahun ni raya jatuh ari jumaat.. mebi abis raya awal sket..for solat jumaat.

-Petang balik umah mak semula..sambung raya dekat2. Malam raya pertama kumpul2..main melecun.
or mebi nak bakar2 satay..

- Pagi2 raya kedua balik Melaka.. Raya belah mak dulu @Alor Gajah. Pastu p kampung ayah @Tg Bidara. Pastu check in hotel dkt2 area MITC Melaka.Tahun ni kami amek hotel instead of homestay mcm tahun2 lepas. sbb budak2 nak mandi pool . due to tahun2 lps, kdg sampai dah tak tahu nak pi beraya mana.. kami jadi terhangak2 kat homestay. So kalau kat hotel ni leh buat mcm2 aktiviti. mentelah hotel dekat dgn Mydin Mall melaka nunnn.

-Raya ketiga sambung raya. tgk jadual raya cemana kami discuss malam nnti. Raya sampai petang/malam. terus balik KL.

-Raya keempat onwards, ada plan nak jalan naik utaqa..nak visit SIL and new newphew; Ashraff Hadi... 

Yeayyyy!!

so,
 SELAMAT HARI RAYA IDULFITIRI KAWAN-KAWAN.
MAAF SALAH KHILAF SEPANJANG PERKENALAN.
SILAP TUTUR KATA/TULISAN.
MINTA HALAL YE.
TO THOSE BALIK KAMPUNG, HATI2 DRIVE.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



No comments :