Thursday, June 21, 2018

WARNA WARNI AIDILIFITRI | RAYA 2018 PART II

1 comment :

Assalamualaikum.

Sekejap je dah 7 Syawal kan?
Arini dah start ramai mula kerja dari semalam yg suram..gitteww.
Tapi Unit kami ni ramai naik kerja Isnin depan.
Amboii hoverrr lettew rayaa lamaaa..hehehhe.
I masih gerak dari rumah mak. tapi petang ni dah nak balik Kajang.
Sob sob sob. Bencinta btoiii. 
Udah2 la dok umah mak... ye dok?? nak jg ngemas rumah sndiri.
Weekend ni byk giler jemputan! tapi tulahh. tak dan nak attend semua jemputan.
Dgn kenduri kawen anak jiran depan rumah.. SIL I (adik suami) buat makan2 kat puchong.
Family besar arwah atuk n nenek belah mak buat gathering juga kat Serting.
So... 80% decided nak ke Serting je. Sbb bkn selalu ada gath kan?
Tak tau la selesai pukul berapa kot nak lari ke rumah SIL ke cemana.
tahun ni ada 3x je weekend tuk buat open house, sbb 1 hari raya dah makan 1 weekend.
Mmg jalan akan jadi giler jem lahh dgn open house sana sini.
The following week i plan nak buat makan2 tuk family in law... tak tau dann ke tak.
Sbb sabtu dpn tu my kazen buat aqiqah and du'a selamat (anak arwah maklong) kat Melaka piula.
Huaaaaaaa... 

Sementara keje belum melambak ni..moh la kita perabihkan taruk gambar sini.
Kali ni takde la melambak sgt pic ni. Juz-juz je..
sbb dah start berjalan, tak berapa keluar phone sgt.
:: Pagi2 raya kedua..lepas subuh..siap2 2 kereta(1 MPV) nak gerak balik Melaka. Bawa mak ayah jmpe adik beradik dia..tok2 sedara visit semua. 2nd raya pakai kaler biru... baju kain saree ni.. i beli masa pi India last year.. raya kali ni baru dann nak melaram.. berat giler ok saree nya! gigih nak melawa pnya pasal, ku pikul jg beban beads2 dia ni haa.. if tak lawa,koang simpan je dlm hati k?? hazab kakak membawa badan ni koang cuba consider sket plss.. hahhaa. efek gemok giler tu sbb saree ni jenis kejung..if not, dah mcm fauziah ghous i ... lonjong nipis tirus je sbnrnya   #tddmka.::

::  selpiaq sepam kat laman rumah ayah. di photo bomb oleh hafiz. dia anak beranak mmg sama je pe'el..suka spoilkan gamba org tauu. grrr!! ::

Perjalanan pagi tu Alhamdulillah smooth.
Singgah R&R Nilai for breakfast.
Then terus p rumah Sri Pengkalan(Rumah arwah maklong).
Lepas atuk nenek dah takde, mmg tiap2 tahun kami beraya kat rumah maklong je.
Ni dah 2x maklong takde, tetap kami mai singgah sana.
Adik beradik mak smua berkumpul masak-makan sana.
Paklong n maklong baru takde pulak.
Beraya rumah belah maklong baru mangkali... 

:: katil kami duduk ni la katil tempat maklong meninggal. Semuorang tak nak alih kan katil ni..walau letaknya kat ruang tamu.. biar jadi kenangan.. ::

:: ko tgk anak dak apis tu ha?? mcm apak eh kan?? adaaa je yg dibuek eh. ::

:: dah makan2, nak gerak balik kg ayah plak kat Tg Bidara sana.. Pose ramai2 dlu.. time ni tak semua adik beradik mak dah sampai..ada yg dah balik umah MIL and ada yg masih otw..:: 


Dari rumah maklong kat Alor Gajah gerak p Tg bidara...
Singgah ziarah kubur atuk nenek, kazen2 kat Tanah Perkuburan Tg Bidara.
Baru shoot rumah pusaka atuk.. 

::  ni lah rumah pusaka arwah atuk. Busu (adik bongsu ayah) yg stay. tapi skrang dia pun dah duduk Serkam. Rumah ni buka sekali-sekala jaaa. kalau kg ayah ni, tiapkali balik..never bored dok reminiscing memories.. teringat zaman kanak2.. Sini tempat melompat, tangkap ayam..cabut bulu ayam, bulu itik. Kat sudut situ tempat geng mak2 rebut palang nak buat buaian anak2. Bilik air kolah besar, ada yg terjun tiruk berenang dalam tu.. kat dapur ada pangkin tempat tangkup pinggan basah, style lubang2.. nampak kat luar. pagi2 sahur ada yg nampak maciam2(entiti). padahal romadon hantu kena ikat kan?? haishh.  ::

:: Masa kami sampai, pakcik Aziz(adik ayah) sekeluarga dah sampai. Tak lama lepas tu, pokde and family plak tiba.. senang beraya sekali harung...  mcm i kata semalam, sebab cuaca panas lit2... x byk pic pun..selalu melambak2 pose kat rumah pusaka atuk ni haa..ni nak buka mata punnnnnn hazabedahh! ::

:: ni lah kg kami... semua ni tanah adik beradik ayah la... kanan tu tanah nama ayah.. belah belakang tu lah rumah atuk. ni otw naik atas ke rumah paklang. So dalam tanah atuk ni ada 3 rumah. Rumah induk(busu duduk) rumah pakndak and rumah paklang. tanah yg kosong2 tu milik adik beradik ayah yang lain.. kat sini lah i kabor semalam IF ayah nak buat rumah.. sini lah nnt rumah mak ayah kami. itu KALAUUU!! ayah ada sebut a few time jg..hajat dia nak buat rumah sini. Allahua'lam lah..i lagi preferred mak ayah duk KL..senang anak2 smua kat KL...nak tgk2 sakit pening depa..  ::

:: ciktam dah kenaapa tudung mengkulup cenggitu..hehehe ::


:: Paklang kami yg berlenggeng (tak pakai baju).dia abang ayah. Anak dia lawa2 wooooo. now dok sakit buah pinggang. buat dialisis bagai. borak dgn dia..mmg soooo funneh! terkekek2 kami gelak. ni kalau muda lagi..i daftarkan dia raja lawak teruih..koh koh! ::

:: dulu2 rumah paklang ni 1 of rumah yg paling canteq la..bersihh kemasss.. ::

:: mak with maklang... ::

:: ni kat serambi rumah Paklang.. kerusi kayu kat belakang tu dari kami kecik mmg dah ada..skrang dah mereput. kalau berani duduk laa..merudum kau ke bawah! dulu siap pijak2 lagi sbb nak panjat tembok..main buaya2 hahhaha. ::

:: backdrop rumah PakLang. Anak2 paklang mmg kazen ter-rapat kami... now dah besar2 dah berkeluarga semua...agak dah tak berapa nak rapat pon..ada yg stay labuan semua... time kami dtg ni, tinggal maklang n paklang je. kazen2 lain smua balik umah MIL... ::




Mula2 ke rumah busu, pastu rumah pakndak(takde pic) pastu umah Paklang.
Then gerak to rumah nenek sedara; nek busu. dekat2 situ jg.
tapi kena bawa kereta laa... 

:: Nek busu ni nenek si Ain Nasir la olsss.. hehehhe. Tggal nek busu je yg tggal tuk generasi diorang. ::

Masa ni dalam pukul 4pm mcmtu.
Cuaca panas tobat lahommm oiii.
Dgn bersaree2 bagai.. melenjap2..
nak singgah lepak pantai pun sekor2 tak koser! 
So decided terus chckin je la..
Hotel kami stay kat belah2 Ayer Keroh...
Hotel MiTC...  

:: tak sempat nak snap pic, suami i dah lempar badan dia atas katil. letih panas agaknya. pastu i minta dia bgn sat, nak snap pic. eh ni kan trade mark i? suka letak pic katil hotel.. kahhh! btw, ni bilik kami. bilik kami berdua je jenis bilik mcmni. Yg lain semua i amekkan 2+1 bedded. Dalam 5 bilik tuk kami semua.. ::

:: syok la orang2 laki ada supersport astro kat bilik..leh layan World Cup ::

:: bilik i connection dgn bilik mak ayah & ciktam ::

:: dah sampai bilik..budak2 menggelinjit la nak terjun pool. Ni pun antara main purpose napa depa nak dok hotel plak instead of stay kat homestay jaa.. yom dgn umar aathif.. sama labuh nampak? haahha::

:: budak2 la terpaling syok..::


:: pakcik2 depa boleh tahannn syiokkkk.. I tak mandi malehhh! just lepak tepi2 pool. orang tak berapa ramai... ::

:: Since rules dia tak ketat sgt... apa lagi angkut McD laaa.. McD kat sebelah hotel je ols. hahahhah. kenduri mcD petang tu buat alas perut. Budak2 kalau dah mandi kang, mmg lapaq pnya la.yg x mandi ni pun boleh tahannn kelapiaq wooo... tu sekerim durian D24. sedappnyaa lahaiii. ::

Duluuu selalu rasa weird je time hari raya org checkin hotel.
Now..dah jadi kat kita pulak.. 
baru kita faham kenapa jadi mcmni kan?
diorg probably takde kg macam kami.
ada pun sekadar boleh balik hari,ziarah mcmtu2 la.
Saudara mara pun bermacam2 'colours'..
 ada yg betul2 welcome...ada yg sekador2 nya.. 
ada yg suam2 kuku, ada yg jenis langsung tak semawa datang rumah.
So kena pandai2 la arrange nak pi rumah sapa,rumah mana.
ikut hati muda kita ni tak kuasa nak ngadap muka2 kekwat sekor2 tu.
tapi kenangkan mak ayah... kita bermanis muka je la ...
Tu yg jadi last year.. sampai kami dah tak tau nak pi mana.
tercongok kat homestay.
Tahun ni, semua decide dok hotel je.
Kalau xda rumah nak pi... atleast kami sekeluarga boleh amek kesempatan bercuti terus.
gitulahh..
mak ayah kami dah jadi orang Ampang.
Rumah Ampang tu dah jadi kampung tuk anak2buah I...
abam,auni,umar, dhani,piya,ashraff, mia... 
so itu taqdir dan suratan kami... 
eh byk kali plak terulang2 benda ni..hahhaha.
tah rasa lebih menginsafi...



.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




1 comment :

Miza Talib said...

serius cantik baju kain sari ne, tak pe nak melawa setahun sekali jew