Tuesday, July 25, 2017

INI MASA DIA...

2 comments :

Assalamualaikum.

Sabtu lepas, final week raya kan?
Ponn masih berjujut jemputan raya.
I dapat pegi a few je.. tah rasa badan sat OK..sat rasa perangai juga.. huaa.


:: ni kejadian Jumaat malam sabtu, dekat umah mak iti, my bff since sek menengah, kat sg ramal dalam sana..dekat sgt dgn umah I.. i tak pernah miss  raya umah dia, so do her! tiap kali raya umah beliau, msti tersempak dgn geng2 sekolah rendah beliau. makanya, dah jadi kawan2 I jg la kwn2 skolah rendah dia.. tinggal diorang tak sampai2 lg rumah i..igt nak ajak jg 1 day.. sillaturrahim kan?? ::

So, sabtu tu mcmbiasa, lepas laundry, ironing. p bfast..
then tengahari... pi  Serdang sana..
rumah my BIL (adik suami).
Ni kira jemputan wajipppp !
jgn cuba2 tanya gambar..hahahha.
mcm biasa dan selalu..mana maunya i snap2 pic kat belah2 sana.
Handbag pun i letak kat tepi tangga.
tak tgk2 pun... fokus menyembang makan.
maklomlah dalam usaha..... nak dpt title menantu pilihan tahun depan. hahaha.
Patutnya petang tu nak terus balik Ampang.
Rindu sangat kat manja I , auni tu..
this coming weeknd ni, kami sefamily nak p Ipoh..auni and abam tak ikut.
mama ia nak bawa ia jalan tpt lain.. 
tu yg nak tanak, i nak spend time jg dgn diorang.
tapi, tak dapat plak nak terus balik ampang...
sbb jiran depan rumah jemput raya.
dah 2 years x dapat2 p raya umah depa, ada je hal melintang pukang.
So gagahla pegi time ni.. no excuse.

:: kami jadi peserta pertama, kebetulan mak pak nurul ada mai dari johor.. so depa kata nak bagi hadiah.. sbb mai awai. pegherli ka pa pakcik oi?? hahaha:: 

Selesai je makan2, kami minta diri terus balik Ampang.
Badan start dedar.. ponn sempat singgah belikan ayah roti canai and teh tarik.
dpt PM tepi jah oi, kemain dah  pandai oda2 food. hahaha.cumel ayh I.
dia takut makanan tak abis, dia suh beli sikit je. huhu 😛 
Esknya(Ahad) tu yg dari rumah mak I terus ride naik MRT .. (entry semalam).

Masa otw balik dari Surian, damansara..
acik(my bro) whatsapp bgtau diorang ada kat AEON mahkota cheras...
jualan tutup kedai, Aeon branch situ nak katup dah.
So, giler2 kemeja murah ..
Nak'pow' I lettew ..huhu.
acik skrang tgh intern kat Jab Perpaduan KL(opis bedah)..
dia kekurangan baju kemeja, biasa budak2 kan byk collar shirt dgn short sleeve pesen2 je kan?
so jom la kita p Aeon sana.
leh cuci2 mata tgk apa2 yg patut. 

:: mengemut orang. i mmg tak gemor sangat la keadaan ceni. leh migrain! layan kan je la budak2 ni. :: 

:: baju longgok2 mcmni..pandai cari, dapat yg OK.. ::

:: kemeja boleh tahan.. crocodile, durban, john master, renoma.. boleh laaa.. utk budak2 ni haaa.. i kata kat diorang, kalau tak kenan, tayah paksa diri beli semata2 sbb nak kejar murah kan? nnt hati tak happy buat apa. biar alah membeli, menang memakai. So masing2 budak2 bertiga tu dapat baju kemeja soang 2-3 helai. Acik dapat sluar slack 2 helai. pokcu tu beli siap2, nnt nak masuk U lepas keluar result UPU sept ni.. I pesan kat depa, balik rendam sabun + downy byk2.. longgok2 mcmtu takut hygiene issue jg kan.. ::

I mai Aeon tu semata2 layan adik2 jantan i tu je...
Kami tak beli apapon...
takpela rezki diorang... 
dah dapat barang masing2 i ajak makan diorang kata dah kenyam makan KFC.
ehhh berani tinggalkan kakak kau ni??
dah tinggal berdua je tak makan, i ajak suami balik terus la.
berpisah dgn adik2 kat pintu masuk...
kami terus balik..solat zuhur, and terlelap dua2 orang.
sedar2 dah kol 5pm.. bgn mandi, asar..terus keluar cari makan.
Lapauuu! kemain tadi nya kat HAMEED tanak makan, semata2 nak makan sedap.
pastu dah jmpe adik2 igt nak lanje diorang makan elok sikit, dah depa taknak.
Ujung2 g kedai thai kat bangi seksyen 7 tu jua akhirnyaa..

:: masuk2 je kedai nampak mangga gemok2.. tros order.. ::

:: sedap woo pulut mangga sini. suami i yg kurengg pulut tu pun, kemain menyodok! ::

:: dah lewat makan, perut i masuk angin siap. pastu gatal makan pulut 👆. amek menolak semua! i jamah sikit je.. suami i perabihkan semua..::

Breakfast pagi tadi, i teman suami makan kat Medan selera, HKL ni.
Medan selera ni, mmg open kat orang luar.
Ramai je orang luar mai minum sini...makanan pun happening!
tgh dok minum i dengar pekerja indonesia tu cakap dgn suara tinggi..
"mana boleh seringgit!! sebungkus paling2 dua ringgit!".
I toleh, tgk ada pakcik dalam late 50's tersenyum2 malu agaknya.
I kata kat suami.. "sian dia bang, dia ada singgit je kot".
Suami bgn, nak pi bayar..terus minta bungkus kan tuk pakcik tu tadi.
Indon tu takde la kekwat ke apa..cuma nada suara mcm tinggi sgt kowt..
pakcik tu kata.. dia ada duit... tapi ada rm2 je..nak beli 2 bgkus sebungkus tuk adik dia...
dia tnjuk building hospital. adik dia masuk ward kot.
alahaiiii kakak sedih tawww..
kalau kena kat sedara mara kita.. tsk tsk tsk. 
suami tnjuk nasi goreng? dia angguk.. pastu i suh tambah telur mata.
Suami tanya, pakcik nak apa2 lagi tak? dia kata , cukup2.
pastu suami selit sikit note dlm tangan dia, dia tunduk, tapi amek..hehehe.
terdersak lah kot.
berpuluh2 kali dia kata terima kasih.
Eh tak apa lah ye, andaikan pakcik tu menipu ke apa...
i kalau bab makan, i tak boleh ye.
tak muflis mana pun takat bagi orang makan.
dia nak tipu ke apa,itu dia pnya fasal.
Lumrah manusia, lapar = makan. 
i tanak fikir byk2..
bkn dia minta duit pon. dia minta beli makanan dgn duit takat yg dia ada.
so kalau I la..kalau ... i kata.
i bagi je laaaa... singgit pun rezki juga.
kurang kan lah sikit kuantiti... nasi goreng kat medan tu kan jenis membumbung2.
tak luak mana... 
eh tayah la caci kakak, kata kat KL ni byk penipu..
mcmana nak survive kalau bagi free je semua..
eh bukan semuorang dapat peluang buat kebaikan mcm ni taww!!
sambil meniaga, cari rezki..dapat pakej pahala sekali harung!
kita ni pakal tak nampak hikmah sedeqah betapa hebatnya!
kalau kita nampak, osah berebut2 orang nak sedeqah!

Jom share fadilat bersedekah sikit :

5 DI DUNIA
-MENCUCIKAN HARTA
-MENCUCIKAN BADANNYA
-MENOLAK BALA DAN PENYAKIT
-MENGGEMBIRAKAN ORANG MISKIN DAN MENGGEMBIRAKAN ORANG MUKMIN
 (AMALAN YANG SANGAT MULIA)
-BERKAT HARTANYA DAN DILUASKAN ALLAH REZEKINYA

5 DI AKHIRAT
-dinaungkan dia dari panas akhirat
-ringan hisabnya
-berat timbangan amalannya
-mudah melalui titian siratulmustakim
-bertambah darjatnya di dalam syurga.

I share, sbb nak bear in mind.. tanam dalam hati I sendiri...
rezeki Allah bagi, sbnrnya dalam tu bkn tuk kita sorang.
Ada bahagian2 orang lain juga.
Allah bagi rezeki, kadang utk menguji kita.
memang la kita tak sekaya or sesenang mana.
tapi, takkan nak tggu kaya baru sedeqah ye dak??
sedeqah dulu ..baru boleh kaya.. 
insyaallah.. 

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



2 comments :

Ninie said...

Betul tu Kak Sha. hmmm....insaf kejap. kena byk2 bersedekah ni...hehehehe. Eh, mana gambar auni nya? Takkan rindu saje? hihihi

Kak Sha, jemput join ye chocolate giveway ni di http://ciknurul23.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

Nur Aishah said...

nini : auni demam balik aritu... sob2.. dahi bertampal cool fever je.. siap dgn koyok. so tak puas pun gomol dia..sebok kepit ngan mama dia je... rindu plak bau masam cuka epal dia tu.. hahahha. nini, tq for invitation. sat g akk joint noohh..