Tuesday, May 16, 2017

MELBOURNE DAY 2 ; GREAT OCEAN ROAD

No comments :

Assalamualaikum.

Sementara memoriesss ni masih fresh.
Marilah kita membanting tulang 💪  update sebelum hilang ingatan sok2 😜.
I try my best to provide so many info as much as i can..
but makin i karang, makin i yakin yg i ni tak talented langsung jadi travelogue blogger.hahaha.. 
I tak take note pun nama2 tempat...nama2 jalan etc.. i update sekadar apa yg i ingat..
so i tak dapat lah nak provide proper info..details etc.
Koang boleh google kat blog2 lain yg lebih particular. Siap hafal nama jalan..
gagah search sejarah, jalan cerita tersusun kemas dan sebagainya.
S O R R Y.
So... KUN ANTA.. marilah kita menjadi diri kita sendiri.
Before tu i nak kasi warning ni..
Entry ni panjang berjela2.. 45 helai kertas kajang ok.
Hope tak berdarah hidung koang baca taw.. huhu

MELBOURNE DAY 2

Bangun pagi, mandi pakai heater...
tggu air btol2 dah suam baru berani cecah kaki masuk dlm shower room.
Sejuk toksah cete... mcm masuk dlm lori bawa ais. 
Dah siap molek2... tgk jam, awal lagi.
Hamzah kata nak fetch kol 8am(melb time).
So kita jalan pelan2 ... amek udara segar..

:: depan hotel.. its MILANO service apartment. Bestnya bawah apartment ni terus ada supermarket ALDI. ALDI ni ala2 99 speedmart  .. senang sangat kilija! ::

:: segar bugar muka sesekor. time ni dalam kol 7.30melb time.. mesia baru kol 5.30am..tdo lagi lettewww 😛:: 

:: Otw to Queen Victoria Market(QVM).. dekat nau2 dah dgn hotel kami. QVM ni its a MUST place to go ye...tuk beli souvenir2..kat sini lah murah nya pon!. Pastu kat sini ada pasar..buah2..sayur2..and daging2..to those yang rajin nak masak boleh terjah sini. tgk sayur2 and buah2 dia, mmg mengiurkan!  ::

:: Pakwe I.. ::

:: Jumpe je mural.. Jom buat cover album! gittewww penasarannya! hahah ::

:: MINE.. ::

:: Wowwww... mcm cover album Ramlah Ram kou!! Nak signn!!! hahaha ::



:: Ha cenggini2 je lah rupa souvenir kat sini.. Iye FM nya mmg jatuh AUD2 seketul.. convert molek2 jadi la RM6.80 seketul. tu FM tu.. kalau toy kecik2 tu.. seketul AUD2.50-3.00 =RM8.50-RM10.20. tuk seketul. Kalau beli berketul2???? *die* later kita cete pasal budget ye..   😵 ::

:: So terus borong souvenir pagi2 sepi'e tu... then whatsapp Hamzah.. dia dah nak sampai time ni.. Ni kat luar QVM.. ::

:: apa ko menceceh tu bang?? ::

:: kenangan glove kesayangan kita..dah la glove ni i kena pow beli kat "Winter Time"..kemain sampai nak RM100 sepasang! pastu baru jmpe Universal Traveler..RM40 je sepasang. dah la tu..hilang sebelah! belah kiri! mana tah cicirnyaaaaaaa.. dok sarung-buka-sarung... huargghh::

Then Mezah sampai, terus shoot to Great Ocean Road.. (GOR)..

GREAT OCEAN ROAD
The Great Ocean Road is an Australian National Heritage listed 243 kilometres,
 stretch of road along the south-eastern coast of Australia 
between the Victorian cities of Torquay and Allansford.

Yuk???

1. CHOCLATE FACTORY ; GREAT OCEAN ROAD


:: So 1st pit stop... Kilang cekelat @Great Ocean Road choclate factory. Masuk2 je dia hidangkan dgn 3 dulang choc for free taste! mendapatlah I rasa dgn bersungguh2.hahaha. sat2 kang I cedok letak ataih tapak tangan, sat kang mai cedok lagi. nak balik kang...cedok lagi. mihmih.. eh dia izinkan taw. bkn i curik... 😛. sedap ok pastiles choclate mcmni!::

:: . ni strawberry dia coated dgn choclate ::

:: seketul2 .. kalau p cameron.. byr RM10 dapat semangkuk stoberi cekelat kan?? so tak heran. BYE. *belagak*. hahaha:

:: Choclate kat sini.. kemain cantik2 packaging dia. sesuaii sgt buat gift.. kelihatan brader zakk dgn si mezah.. our tourist guide.. petite je orang nya.. 😙 ::

:: geramm tgk kaler2 ceni..::




:: packaging dia ada gambar panorama GOR itself! ::

:: tgk la choc fountain dia! mengundang btol! rasa nak kaup hirup masuk mulut teros.. basically sini ada 3 types choc la.. 1.dark choc. 2.white choc. 3.milk choc. paling lemak merdu opkos milk choc.. white choc sedap jg, tapi  manis lebih sikit. yg dark choc pun sedapppp.. elok la tuk diet. tapi bitter..::

:: kat luar choc factory.. :: 

2) CAPE OTWAY LIGHSTATION, LIGHTHOUSE & GREAT SCONE

:: pastu Mezah bawa p lite bfast. dia kata scone kat sini terbahekkk.. i plak sejensi tak leh tgk dessert2 mcmni..jadi lemah semangat! hhahhaha ::

:: dah dia recommend scone..jom la try. and the result was... SUMPAH SEDAP nok! scone dia sgt pluffy.. lemak... cream dia milky and homemade blueberry jem dia, pnya sedap rasa tanak telan. nak kulum je simpan dlm mulot 4eva. haha. over toi! ::

:: Mana ke nak cari scone sedap mcmni kat KL? tlg suggest sat! :: 

:: Pagi tu kita layan english breakfast tea. kat sini kalau minta tea..mmg dia bagi 1 pot each. Suami i minta mint tea..pon dapat se-pot. mampuih nak mengabisss! ::  
 
:: Kami minum dalam kedai ni laa.. kedai kampong! tapi kg omputeh kan cooool lebih.. arrgh bias!bila tang omputih semuaaa ohsem! tak adil lgsg! :: 

:: Boleh je duk lepak luar..tapi berannn? dgn sejuk ketap2 bibir... kalau kat mesia ni.. selamber je bersidai kat luar mcmni kan..kat sini, berpusu2 org masuk duk dlm..sbb nak keja heater.. ::

:: adoiiii rindu piula... nyaman.. chill... ::

:: style2 rumah kampung depa pon elok molek kemasss.. ::

:: kita selpiaq dgn kete si mezah... heheh ::

:: LightHouse... jalan sket je dari tempat makan scone tadi...::

:: and this my favorite picture... sbb nampak clean ok pic ni 😍 ::

:: jalan bawah sikit tgk2 ocean view.. :: 

:: dah bermula dah episod view yg ohsem2!!! ::

:: hello budak mezah! hehehee. dia ni sempoiii jg. suka nyakat kita.. selamber je dia nyakat, padehal seben kita ada je..haha.maklom laa ktwang umur dekat2..suami i senior bykkk .. hahaha :: 

:: Subhanallah.. ::

:: Angin sangat kuat!!! kadang rasa mcm nak tumbang..  :: 

:: Dah look2 around..take2 picture.. kita teruskan perjalanan... jalan kat sini..mcmnilaaaa.. mmg thrill jg nak drive.. mcm cete omputih yg tebing2 bukit, ada curam gaung tu.. horror! Time ni i dah membuta..hahahha. puas i sengkang mata..kenot la ols.. terlelap juga.. Great Ocean Road(GOR) ni... laluan laut lebih kurang 250km panjangnya!!! ala2 dari KL to JB, tapiii sepanjang2 jalan tu laut! imagine?::

:: sampai sudah kat landmark GOR..pintu gerbang dia... ::


:: Mezah cete.. asal usul GOR ni... lps world war II, tentera diorang dikerah tuk buat laluan/jalan sepanjang2 laut ni. sampai la jadi GOR ni ha.. haibat ke idok?? ni pic dgn patung soyat(askar) diorang la konon tgh buat jalan. So,asal jalan kat GOR ni dibuat guna tangan ok! ko mampoooo?? 300km?? ::

:: Memorial arch ::

3) KENNET RIVER

Then singgah Kennet river.. 
Kennet river ni, victorian caravan park.
Kat belah2 sini kan rajin diorang travel by caravan. 
Itulah transport, itulah jadi accomodation...
So nak park caravan pun kena tau tempat.
Jgn sesukati park sepah2. Silap park, tidur lah kau sebelah singa!
So kat kennet river ni leh nampak la a few caravan park situ.
Tapi kami mai situ dok ralit tgk burung.. 

 :: Burung kat sini sgt cantik2 k..colourful! ada yg jenis LUNA.. so beautiful!! pastu jinak kekemain. Dia main tenggek2 je atas pala..bahu..telinga.hahhaa.. I? mcmbiasa.. smua binatang pun i nak takut! tah apa pesen tah! ni pun kang kejap2 lari masuk kete..takut burung tenggek. 😜 :: 


4) THE HARBOUR FISH SHOP

Dah masuk tghari, Mezah bawah p lunch.
Pakej ni termasuk lunch.. So serah kat dia je...

:: belah2 aussie, fish n chips depa la femes pommm! .. so dia wrap mcmni.. kita leh pilih2. :: 

:: Ikan belah2 sini pesen gadang2 belaka.. tuna, salmon, barramundi, snipper(ikan merah)shark pun ada! tapi shark tu kita panggil ikan yu! sedap ols!  ::

:: laki i usyar line.. ::

:: besar ok portion dia..dlm pic jadi menyemut plak size beliau. ::

:: L A Z A T ::

:: time ni berani makan kat luar..sbb dah ada matahari..tapi TAK panas ye..masih dalam suhu ekon.. heheh ::

:: Lepas makan, cari port solat. Time ni i dah start bendera merah.... kalau tak..jenuh jg nak salin telekung etc. nyaman je suami i solat atas rumput...tepi laut...Alhamdulillah.. Mezah ni bagus..siap ada toyogo penuh dgn sejadah, telekung... alas.. ::
 
:: ni duk kat bonet kereta, tggu mezah solat :: 

So lepas solat, kita teruskan lagi perjalanan..ni baru half..
Jawoohh lagi.. dari 1 port to 1 port amek masa 30-40minit jg..
Perjalanan je yg makan masa..
dah sampai tempat dia, look2 around..take2 picture..dalam 30minutes..gerak balik dah..
  
Kita kena enjoy the journey. Tgk scenary dia... 
Sebab sepanjang2 jalan tu laut cantik2. So tak tau nak snap mana satu.
Gelabah bewak! hahaha.

5)  THE TWELVE APOSTLES COAST

:: Twelve Apostles. This my real pic.. kaput kalabun malami! hahhaha. see pic below 👇 ::

:: pic google. Ha mcmni sebenarnya seelok kejadian. hehehe. bapak cantik orang ni amek pic kennn?? ni mebi summer time! kemain cerah!. asal sejarah, batu dia ada 12 ketui. roboh pnya roboh la ni tinggal 8 ketui sahaja. 2005 last seketul tumbang.. ::

:: Google pic. Nama lama arch ni ; London Bridge skrang dah tukar to  London Arch according to the bridge had collapse.Dulu kiranya leh la kita p sampai ke hujung nya...sbb dia mcm jambatan. la ni dah putus.x dapat la menyeberang ::

:: Alhamdulillah & TQ darling bawa kita jalan2... :: 

:: Angin pnya kuat... habis terbang smua tudung..huaaa ::
 
:: Alhamdulillah,dapat peluang tgk smua ni.. ::

:: Muka kebas2 kesejukan..kalau selsema keluar pun kadang tak pasan! tau2 meleleh2 je. hahaa.hidung pun sampai merah2. angin terlampau kuat..sejukkk banget.. :: 

:: Nak jalan balik kat kereta, terangkat abis smua.. :: 

6) PORT CAMPBELL NATIONAL PARK ; LOCH ARD GORGE

Jujurnya i tak berapa nak igt dah tempat2 ni semua.
Sbb smua pun lebih kurang sama.
Apa yg i pasti...semua pun CANTIK2 and AMAZING belaka!
jenuh i nak recall and related dgn pic.
Kalau ada kesilapan sket2 there n here..hamponn ye! 

:: Ni sejarah Loch ard gorge. Pasal kapal bawa barang karam.Ada 2 orang je survive. Soang laki soang femfuan . Lelaki tu kelasi, femfuan tu penumpang yg dari england nak migrate to melbourne. So kapal tu karam kat area sini la. Ending story, they both tak kawen pun! masing2 kawen dgn orang lain.. tadek la romeo sgt sejarah dia pon. NEXT.. hahahha ::

:: Lawo kannn ::

:: nak turun  ke bawah ni leh tahan hazabulillazi ye! kalau yg sakit lutut, tak kuat smngat.. dinasihatkan fikir 44x dulu. I?? I kuat?? Tuhan je tau ketaq lutut. Tapi sbb smngat kuat... dah bayar mahal2.. nak la tgk depan2 mata kan?? ::

:: Nampak tak pasir dia? berat ok pasir dia? jenuh nak heret kaki.. masa nak balik..suami i tolak bontot dari blkng..rasa nak buat2 pengsan je.. lantakkan korang nak hangkut I naik atas cemana. hahha ::

:: time ni dah start hujan. lintang pukang lari naik. sebaik dan snap seketui.. TQ MEZAH..hehehe ::

:: dapat juga seketul very beautiful angle ... huaaa sukaaa..Sanggup si mezah manjat atas batu nak dapat purrffuct angle cemni... belah bawah yg ada pesisir pasir tu nampak tak? ha kat situ lah kami turun tadi.. tinggi okeh.. dgn pasir berat.  :: 

Subhanallah.. Maha Suci Allah yg mencipta seluruh keindahan alam.
Saya betul2 terfana, melihat semua ini di depan mata!
Tak dapat nak gambarkan dgn perkataan, betapa takjubnya! 
Lama kami senyap..sepi menghayati...
Alhamdulillah... wa syukurillah.
Atas nikmat dan kesempatan yang Allah beri...

Lengkap perjalanan GOR (kami stop sampai Apollo Bay je)..
kami patah balik menuju ke bandar...
Hari pun dah nak senja...

:: Singgah coffe2 panaskan badan kat town berdekatan. I really forgot the town name. then pulang lah kami ke gagang.. ::

So...
About budget ye...
Kami hire hamzah for 2 days tours.
1. GOR
2. Philips Island(Next update)
Both trip ni Hamzah charge us about AUD800 (lebih kurang RM2720.00).
Its included lunch, coffe2, lite2 bfast, all ticket fare.
Kena consider betapa jauhh perjalanan ye kawan2. 
I dah rikki siap2 tnya tourist lain (i tanya yg malaysian je..sbb senang nak communicate etc).
rata2 letak harga AUD1000 for this 2 days trip.
Beza aud mmg 200 tapi lps convert +- RM680. besar juga kan?
so Alhamdulillah Allah temukan kami dgn Hamzah.
Easy going orang nya. Informative. Give & take. 
Kami chartered hamzah tuk airport return sekali..AUD100.
So total kami spend to hamzah is AUD900 = RM3060.00.

Option lain :

1. Cari kat website, ada trip to GOR by package.
Sekitar AUD100 per-person. 
Boleh beli on9 siap2. Untung ada promo, dapat AUD80 je seorang.
Kalau nak 2 days mebi cecah AUD200-per person.
So kalau kami pi berdua dalam AUD400. Half from our paid kan??
TAPI.. lepas kami pertimbangkan bout keselesaan..nak jalan jauh..naik coaster himpit2...
then bout TIMING kena ikut ragam byk kepala(unless kita chartered whole van)
Paling penting, bab SOLAT.
So, takpela byr lebih sikit tapi selesa serba-serbi.
Hamzah ni dah la drive Mercedez Van.. sgt comfortable.
Nak borak senang... 
tapi andaikan budget u all tight. ok je joint package mcmni semua.
Byk ye package offered. search je ok! dunwori. 
Lupa nak introduce..Hamzah ni ex-RMIT (aussie Uni) student.
Lps graduate, dia terus stay sana buat bisness ni. 
Pstu 2014 kawen dgn stdnt malaysia kat sana jg.
Total 10years dah dia stay kat Melbourne.
Mmg sap2soi la bab selok belok Melbourne. 
Boleh kata whole Aussie dia dah jelajah.

2. Drive.
Macam i penah cakap semalam.
Car rent about RM170 per day. Fuel i tak sure plak mahal mana.
Then ON GPS dalam kerete, drive la molek2.
Sbb jalan dia mmg serious mendebarkan!
And... JAUH ok! hahaha. mcm p KL-JB-KL..non-stop!
ada beran???

So guys.. terlalu panjang dah ni...
naik tumbuh ketuat dah jari jemari I menaip.
Koang?? dah start berdarah ke idung tu? hahahha..

Hope this entry bermanfaat pada yg memerlukan.
Cukup dulu naaa.. 
 

.: NO HATE JUST LOVE 💋:.






No comments :