Monday, May 15, 2017

MELBOURNE ; INFO , TIPS & DAY 1

2 comments :

Assalamualaikum.

Alhamdulillah hidop lagi kesayangan engkorang ni.
Huhu. Sihat walafiat. tambah gemok sbb makan sedap. huhu.
Dah selamat balik Malaysia, sampai KLIA2; Saturday 13 Mei at 4.30pm.
I pegi MELBOURNE je ols. tak menyampai ke Paris mahupun Switzerland pomm lagi.
Insyaallah dalam perancangan.. sapa nak joint? Jom???
Sbb dah rasa kemain sonot dok negara sejuk2.
ketty x sempat nak merembes peluh..elok je nyaman celah2 bedah tu.
Sikit tak berkuap.. hahahha.

Gambar opkos melambak nak cecah 1k..
Apa boleh buat, peghak! bukan selalu leh pi jalan.
So jakun dia agak tak terkawal  😋 

First of all.. 
Why i choose Melbourne? Not Perth?Sydney? Gold Coast? Adelaide? Brisbane etc?
Tadek la apa sangat yg serious reason pun. 
Awal2nya kami decide p Perth je..sbb paling dekat dari tempat2 lain tu.
flite pun about 6hrs je (Melbourne 8hrs).
Husband i pnya risauu flite jauh2.
takut i tak sihat etc.
Tapi lepas study2... baca mcm2 review( U all leh google.. testimoni, review etc).
I rasa kat Melbourne kita leh dapat Sydney and Perth in 1!
Perth adalah state yg byk nature attraction.
Sydney pulak totally urban area. Living cost pun higher. Modern n happening.
So in melbourne we can get both Perth and Sydney. 
Nature ada. Urban life pun ada. 
Gold Coast byk theme park and beach activity. Bawa budak2 sgt sesuai.
Brisbane dekat dgn gold coast.
Adelaide ni lagi rural dari Perth.
So tuk kami berdua.. rasa nya Melbourne the best place.. 
So, we settled with MELBOURNE...

INFO & TIPS :

1) Time : Melbourne awal 2 jam dari Malaysia.  So kita pukul 7am..diorang dah pukul 9am gittew.
Pukul 6am diorang dah start terang ye. Kol 7am dah terang benderang!

2) Cuaca/Musim :  masa i datang musim AUTUMN. Masuk Jun nnti dah Winter. Autumn ni pun ketap2 gigi, berasap2 mulut sejuk.. kalah juga babat yg i ternak. kenot help much. So suhu mostly sekitar 9-12 darjah celcius.

3) Currency AUD1=RM3.40. Mati lah mak nak! Better tukar siap2 duit kat Malaysia. Cheaper than aussie. Don't forget to bring Credit Card. Ada certain2 time, kena guna CC.. mcm uber in town, diorang tak accept cash.

4) Buat VISA online! Leh APPLY SINI . lebih kurang RM30 je. Online apply, kna bayar guna card credit. Jgn salah masuk page...nnt kena caj cecah AUD49 ok! lebih kurang RM165. bapak besar beza kan? i cete sbb I LAH YG KENA TU 😭. Ghairah sgt nak apply visa sndiri, tak pasan tu utk express visa. amekaw!!! mmg lama i nak move-on dari kekecewaan kena pow sampai gitu!  Sampai rasa mcm tanak pegi pon ada..pnya merajuk! hahaha. 

5) Ensure passport valid. 

6) Custom / immigration diorang quit strict. Rata2 i baca diorang mmg sgt particular specially bout food. Jgn bawa any dairy food, daging2 mentah, poultry... even serunding pun kadang2 tak lepas kalau dia minyak2 or lembab2. kalau bawa BRAHIM'S or food yg berlabel, diorang leh baca ingredients..then ok la kot. Since i baca byk tips diorang suruh i declare everything..so i buat 1 list.. senarai food and medication list. Kadang ubat i yg mcm apricot seed tu setakat dalam capsule takut dia igt drug ke apa kan..  Nanti masa dalam flite nak masuk aussie, ada declaration form..dia akan tanya kita ada bawa bahan mentah ke tak..food ke tak...so declare with sincererly k... kalau tak sure, tanda je YES.takut nnt dia igt kita nak smuggle or semunyik2.

7)  Beli flite tiket. Ni mana2 pun dah byk advice. How to get cheaper fare etc. boleh cari2 info public holiday kat Aussie sana, takut cramping pegi time season2 peak hour. sorry cant help, sbb i tak check pun. main redah je. hahahha. tak berguna btol info ni. huhu. 

8) Accomodation. Tgk keperluan. Cth : bawa anak kecik, travel ramai2, nak masak ke?, nak duduk town area? beach? kalau nak murr2 leh try airbnb. Tapi baca betul2 terms&condition. Cth : kalau dia tulis : PRIVATE ROOM maknanya, kita rent bilik je. bathroom, kitchen, living hall smua share dgn visitor lain. Kalau nak whole room cari yg tulis ENTIRE ROOM/HOUSE. so 1 umah tu kita sewa. and tgk la kalau dia tulis PET ALLOWED, elakkan lah. sbb for sure depa penah bawa hanjen kan? pastu baca testimoni previous guest etc...I booked thru booking.com and we prefered entire room. tanak share bath room etc. susah, aurat  semua. pastu nak la ada small kitchen. atleast, leh la buat panas2 kan BRAHIM'S.. goreng2 telur. As i told before.. currency kita agak mencekik! cth nak makan roti canai + coffe small cup pon dah 8AUD..sila kan convert.. roti canai dia ada la besar tapak tangan nana. eh kenal kan nana? hahahha. tak kenal eh?? nana tu halus mulus je orang nya.. so celah gigi btoi laluan roti canai tu. So terpulang la... kami ni pun kononn nak masak..tapi ada 2-3x je berasap dapur tu pun. hahaha. kami berdua, ampon lagi. yg bawa anak2 yg nak membesar tu..selera makan boleh tahan.. harus well-consideration tuh! 

9) Transport. Gini...kalau g melbourne and rasa2 mmg takkan dapat nak repeat mai melbourne lagi, i strongly advice p lah duk kat MELBOURNE CBD. Betul2 tgh town. Sbb senang sangat nak access..makan etc. Tapi kalau mmg akan repeat datang..and nak try lepak2 beach boleh la p lepak area tepi pantai mcm St.Kilda etc. Still in melbourne...tapi kna naik tram to city.. Melbourne CBD tu , dalam town area tram dia F.O.C ye! Kalau u all nak keluar dari town, boleh beli myki(ala2 mcm rapidKL kad)

:: 9.1 : beli kat 7Eleven or mana2 store /mart yg ada lambang myki. kad sahaja AUD6. then kena topup ikut keperluan. Sbb tu kna ada itinerary la.. day 1 nak g mana. day2 perlu ke pakai myki..gitu. tapi di nasihatkan...topup je AUD8.20 for unlimited use perday! seharian leh gi mana2 naik PTV(Public Transport Victoria). cukup sehari, kena reload lain. gitu. bkn tram je leh touch myki..leh naik train(to tpt2 jauh sikit) and shuttle bus as well. Dunwori, sampai je kat sana...otometik korang jadi pandaii and reti..:: 

9.2 kalau nak p tempat jauh sket.. boleh guna UBER. much cheaper than cab ok!

9.3 nak challenge sket leh rent car. LEH KLIK SINI. Rate lebih kurang RM170++ perday. License kita skrang dah ada translation siap2..so no need to worry kna p dapatkan translate document from JPJ etc. TAPI.. drive kat melbourne quit challenging jg ye nok! sbb koang kan share jalan dgn mcm2 kenderaan..termasuk tram yg tiba2 ada kat tgh2 laluan. basikal pun byk. pastu cara drive diaorang pun kena study dulu from youtube k? Btw... aussie is hand driving, mcm kita. 

Conclusion nya... Private Transport at melbourne mmg superb!!! 

10. Power Plug.Dont forget. Boleh beli kat mana2 elektrik shop or kedai2 hphone. Kalau tak sure, cari yg ada label its suite for according country.

:: rupa ini... i beli kat hphone shop kat Sunway putra dalam RM20. kat sana ada jual jg.. AUD30 acenggitu. :: 

11. No Hose in toilet. Pls bring an empty bottle to everywhere! unless korang lalu nak calit2 dgn tissue..eyyew. sat g nak solat cemana wey??? 

12. Garment. Ikut kesesuaian musim mana ampa pi no?? Nanti bila nak pi, try google tgk2 suhu semasa. Kalau autumn mebi tak perlu tebal sgt instead of winter time. 

13. Solat equipment. kompas, sejadah/kain alas/telekung. Taleh nak harap proper prayer room ye anak2. Silakan biasa2 kan diri dgn solat di padang2 yg yakin bersih. Kompas cari arah kiblat.. Waktu solat boleh download. Skrang smua pun senang2 belaka kan?? lagi satu, senang kakak nak ingat kan..kalau kita awal2 mmg dah niat nak travel more than 3days... perjalanan pergi dan balik SAHAJA yg kita boleh jama' & qasar ye. Hari2 lain kena solat ikut waktu mcm biasa..  Bukan kita jama' sampai hari ketiga, hari keempat baru solat biasa, itu tak betul ye sayang2.. boleh rujuk pada yg lebih bertauliah. sekadar perkongsian.

14. Itinerary. Kena verify korang nak pi mana. Mcmmana nak tahu?? i pun blur jg awal2 dlu. tapi i byk read la.. mcm2 blog..mcm2 review... aussie official website pun i go through.. then tnya kawan2 yg ada kat sana. kalau agak2 nak pakai travel agent.. nanti diorang siapkan siap2..lagi senang.. tapi kami pegi aritu ala2 back pack. cuma ambil 2 days je package dgn Hamzah. Sbb nak p 2 tempat ala2 tempat wajibb pegi. 2 tempat tu was Great Ocean Road & Philips Island. Perjalanan ke sana,took about 5-6hrs return! mcm dari KL to JB. So, haruss la chartered je tourist. Btw u all leh jg pi website AZYYATI. Dia bagi details sgt pasal melbourne trip dia. I byk dapat panduan dari website dia jg. Nanti i try list down attraction place. Insyaallah. Btw.. to those yg nak guna service Hamzah, leh leave comment. Mmg amat puas hati deal sama itu mamat! hahhaa.

Takat ni dlu yg i ingat... 
kalau ada yg i tambah, i'll update here later.
Kalau ada personal enquiry, leh je leave kat comment.
Insyaallah, i'll try to help.. pengalaman takat 8days 7nyte yg tak sepertinya ini.

LET'S START THE JOURNEY...

 
:: Flite by AirAsia X je. Sebab  timing AA je yg kena ::

:: Kat KLIA 2... Flite 5 Mei 2017; Jam 10.30pm. Kami gerak dari rumah(Kajang)dalam kol 6pm. Naik  GRAB car.. then sampai awal airport..checkin bag etc. Mai awal tu konon nak pi Tune, nak sewa pocket WIFI..pastu kami kan bijak laksana, ajet2 leh walkin je.. Jgn harap ye! Fully booked!!! Kena book on9... So as an alternative..p Maxis tanya data roaming berapa.. sebaik skrang ada promo RM38 for 500mb per day! So sepanjang I kat sana, my hphone lah ON that data roaming. RM38x8day=RM308. Sekian!! kalau pakai pocket wifi, dalam RM15 perday... silakan kira berapa kemusnahan yg i alami. perghh damage bila di-translate kemusnahan peginya! hahaha. Husband pakai wifi hotel je. Mmg perlu sgt data kat sana, sbb nak waze..nak google etc. Tak byk tempat ada free wifi. So better plan elok2... kak esah takpe, i suka bg sedeqah 😡 ::

:: Boarding... AirAsia X luas sikit seat dia. ::

:: Flite malam, kami ada pre-order food. dua2 makan chicken roasted with raspberry sauce..tapi tah kemana2 pic nya. dalam 45minute flew... cabin crew terus serve makan. So dah siap2 makan...senang katup lampu Zzzzzzz.... Kebetulan seat sblh suami i kosong, so i tukar tempat dgn dia..terus i baring..pala letak atas peha dia.. woww lena sgt aihhh tdoq.. ada la dlm 2jam kot.. kebas kaki bang??? kata sayanggg kannn?? 😛 ::

:: Lagi sejam dua nak sampai... kami order hot Milo.. RM6 per-cup.. sbb dah rasa lapar balik.. :: 

:: Alhamdulillah selamat sampai.. Tullamarine Melbourne Airport.. selesai checkout. Imigresen and custom diorang tak buat perangai pagi tu.. hahaha. elok smooth je dia lepaskan kami. German shepherd(anjing besar) yg diwar2kan bakal menyambut kami pun, tak nampak batang idung! bagus! Tapi masa nak keluar tu merecik2 peluh juga.  Dgn bawa food memacam. Tapi  since i dah standby list bagai..rasa kompiden sket.  Mcm2 doa i baca. sekali dia pandang sepi je kat I.. pehal tanak check weii?? penat i buat list ni taw! hahhaa...kerek gila wei! ::

:: dah call Hamzah(tourist)... Dia dah nak sampai.. ::

:: tak nampak piula word MELBOURNE kat belakang. Tu pancaran matari tu kemain.. jgn kau igt cuaca panas...kemain windy sejukkkk .. After 10minutes sampai la our 2 days(2 hari je..nanti kita story later k) tourist ittew.. ::

:: minta Hamzah bawa p english breakfast.. apa barannn p negeri mat salleh minta roti canai kan?? hahaha velagak! ::

:: Pancake dia terlalu sedap tuk diungkapkan...ceewahhh!! ::

:: Fruit salad dia rare sgt. byk buah2 exotic.. simple tapi sedapp ya hampon... ::

:: tu mamat mezah(hamzah) ... heheh ::

:: Kemainn brader tu dgn awek mat salleh.. i blah dulu laaaa.. kalah btol i dgn dia ni. hahah::

:: Si mezah sebok suh i pose kat mural depan2 cafe bfast td.. eh kat sini, mural mmg bersepah2..boleh kata mostly dinding ada mural..santek2 pulek tu.. :: 

:: Sampai dah kat hotel. Kami choose MILANO SERVICE APARTMENT @Franklin Street. Mmg dalam Melbourne CBD. Ala2 studio types. Mmg saja pilih apartment . ada kitchen, ada washing machine etc. konon2 leh main masak2.. :: 

:: Small kitchen ::

:: Completed! ada dapur, microwave, dishwasher, freezer ::

:: Microwave ::

:: sampai2 terus sama' smua kitchenware... pakai sama' clay.. beli kat Kedai2 arab siap2. sama' sekali lalu dgn sama' clay then bilas 6 kali dgn air bersih.. then kena yakin la tuk guna k? jgn was2 :: 
 
:: Dining table. sblh dining table tu bilik kami.. malam2 boleh tarik sliding door...  ::

:: 1 room. ada tv jg.. katil bantal elok hempok ::

:: bathroom ok bersihhhhh . tapi jgn cuba2 bermimpi tuk ada hose ye. sila pakai botol kosong :: 

:: Ada washing machine siap dryer lagi! I loike!! :: 

Dah masuk bilik, kemas2.. lepak2.. then apalagi??
qada' tdoq laa..malam td atas flite bkn tdo sangat....
Dalam kol 3pm melbourne time, bangkit.
Mandi... solat jama'.. then turun bawah start round2 town..
Cari makan! laparfungsiiiii!

:: mula2 sampai tak mahir sgt...so kita redah je la mana2 restaurant yg pork-free,seafood basis and opkos HALALan toyyiban.. ni makan japanese..apa barangg p aussie makan japanese kenn?? eh apa adahal?? janji kenyamm. sedapp plak tu sizzling dia. mushroom dia beef dia.. wow teringat2.berbaloi tak agak2 nak p sana balik semata2 nak makan beef sizzling ni?? ::

:: Husband i pnya.. layan seafood carbonara... pommm sedappp!!! :: 

:: ceria sbb makan sedap. Ni makan kat PEPPER LUNCH. Silakan  waze... ::

:: Malam tapau sushi.. gemok2 inari diorang. mmg kegilaan i lahhh! smua lebih kurang AUD2-3.00.  ::

:: Nyummm2 sushi dia..temok2 mcm haku juga.. huhu::

Then balik bilik nak tidor awal..sbb esk nak p jalan jauhhh.
1st nite tak tau unit kami stay tu ada heater.
Amik kau tidur mencatuk2 kesejukan. 
Rasa kebas tahap lempang muka sndiri pun tak rasa apa! 
Esok dah chck, baruuuu tau ada heater... baru lah lena tidur beta! hhuhu..

I rasa takat ni dulu...
Rabak mata ngadap pc ni ha...
Insyaallah kita talk again later k.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




2 comments :

Eppel said...

Salam..nak tanya..kat mana nak book pocket wifi rm15/day? Tune hotel ke?

Nur Aishah said...

salam tuan... pocket wifi tu boleh cari kat tune website.. sorry saya tak dapat nak bagi details, sbb saya pun tak buat pre-book the pocket wifi.. tapi mmg kna book siap2 before datang klia2 to collect. if not, mmg sentiasa fully booked. tq