Friday, April 28, 2017

EXPRESS LUNCH DATE WITH KESAYANGAN ; AIN J...

No comments :

Assalamualaikum .

Lunch hari Rabu, sempat date skjp dgn manje musyuk masyam kepam I; Ain J...
Unplanned! Short lunch je pon. Dapat cemolot2 sekejap pun jadi lah.
Kebetulan dia ada area sini...
(Manjeku Ziana, sorry tak dann nak halo2. Lagipon we ols mmg maklum akan kebizian u ols ittew. Next time jom!!)

:: Simple lunch @The Fish Manhattan... ::

 
::  2-2 layan fish n chip je...senang.. nak menyembang je pon tajuk utama dia. Ni pun makan terkuis2.. Lepas lunch, sambung lepak kat Baskin Robbins..::

Manje i p soping baju kat Padini...
Haku dok melaram sunshade kat Vincci...
Kekemain melertttzzz leleh2 olssss sunglass mereka..
Kak jah gigil2 nak rembat..tapi kenangkan ada 2-3 ketol tak berpakai pon!
Sebab?? sebab rabun. Sekian.
I mana leh pakai soft lense..so kalau tanggal spek biasa, celah mana nak pakai sunglass.
nak mengasim selamat kah??

:: #loffatah versi hidung kembang. kening berserabut...ada hatii.. puii.. heheh ::

:: ni damnly gojes tawww! tggu i tolak lelangit dengan jari dlu, kasi mancung sket idung(petua ong2tua)..baru i beli.. ni dah nmpk mcm jambu air kena kapit je? sadis kan ngata diri sndiri?? dush2. hahhaha ::

:: ni kalau jadi bekap singer arwah S.Jibeng, konfem viral punya ni.. hahaha::

:: Dinner i masakkan mee goreng basah je kat suami. Masak suku bungkus je mee tu.. Biasa mmg mcmtu lah pun. Pastu meratap laki bini, tepi bucu kuali,sbb tak cukup! terSEDAP plak i masak malam tu. hahahha. spesis mcmni pun ada kan??? tak tgk kiri kanan, sambil2 je puji diri sndiri. hahhaha. ::
 
:: Penampakan susuk kak esah ber#bokitta pi keje arini, sbb jap lagi nak p dgr taklimat Ergonomics. Apa kene mengena? alah u ols..taklimat tu kat SCACC kena menapak jauhh.so kakak pakai seluar arini. kalau pakai seluar molek sket sarung #bokitta. mcmtu laaa penaakulan mantic nya..  :: 

SO..

SELAMAT BERHUJUNG MINGGU..
DAN...

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 




Thursday, April 27, 2017

MARCH & APRIL BUFDAY BASH FOR YEAR 2017 ...

1 comment :


Assalamualaikum. 

 Selasa lepas , 25 April.. office kecik i buat makan2..
For March and April b0rn...
Kita buat quarterly celebration.
Kalau tiapkali bufday nak buat, ala2 tak koserrr jg tu. hahaha.
Unit kami ni ada 9 ketul orang je pon... 
Biasanya konsep makan2 dia paling penting...MAKANAN TU LEH MAKAN  BYK KALI.
hahahhaha.. sbb kami ni pesen suka makan ulang2. 
kalau lambak2 makan skali arung,mmg tak terabis.
So better fikir makanan yg kita leh repeat makan byk kali sampai petang.
gittcheww..

Menu on that day :
1) Nasi goreng ayam bijan
2) Laksa homemade by Kak tun..our beloved CC
3) Satay
4) Kuih muih
5) bufday cake
6) Kordial sarsi.
I tokei air..bancuh air 448kali.
Air ter-paling laku. sbb i buat sedap. komfem punya! hahha

:: Food spread :: 

:: Buat masa ni , dia minah rewang.. kejap lagi dia jadi pwincess bufday gurl we(tua).hahaha ::

 
:: Geng Mak Siti Tanjung Perak, kuala sepetang.... 😛:

:: Sepatutnya ada 3 nama atas kek..1 nama dah di AFUNDI keluar..sbb dia x dapat joint. haahhaha. kejam kan?? ala2 chucky 🔪 tak??  huhuh ::

:: Pamparammmmm... bufday mama.. ::

:: with abam sado.. he said..SADO stand for DAH BESAR PUN BODO... hahah.dia yg kata..i tak kata apa2.. lalalala ::

:: baru tiba wajah #loffatah korang. i kan bz jd tuan khemah... ::

:: takkan satu je kannn????? hello, penat2 buat blog kot??? berani lawan tokeii?? mih mih mih. ::

Pada yg tak biasa dgn ambience office I...
tu kotak2 belakang tu smua kotak buh baucar...
kami kan unit kewangan ...so all the financial document.. kita buh dalam kotak mcmtu.
Insyaallah selamat dan senang cari.

SO..

For my baby booo; Suzie & Abam Ajam.. 
HAPPY BELATED BUFDAY...
"Age is a high price to pay for maturity"
Selamat. selamat. selamat.


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.



Wednesday, April 26, 2017

HI-TEA WITH LOVE @BERJAYA HOTEL, KUALA LUMPUR

No comments :


Assalamualaikum. 

Sabtu lepas, kami p hi-tea kat Berjaya Hotel.. sebelah BTS tu je pon.
Saja makan2 qada 12 April aritu tak p buffet.
Syarat dia, bila ada 'hari besar' je shud 'makan besar'. 
Eloklaaaa.. keje pun gubesau, rumah besau, kete besau(bas), bini pun besau(haku lettew).. 
anak je tak mengikut mengemut2 mcm padi melinjau.. huhu. (baca : cete Masam2 Manis, P.Ramlee )
Ikutkan i preferred p Majestic or Seri Pacific yg ternyata lumayan food dia!
tapi takpela, sesekali tukar anginn kennn.. 



:: Pagi sabtu tu, kami lite bfast... nak simpan perut .. huhu.. i masakkan french toast dgn campbell soup je.. ::

:: kol 1pm terpacak dah kat berjaya hotel. tu pun lps melalui detik2 mantol mencemaskan..bila i tersilap booked date! i p book 23hb(esknya).. sebaikkk adik tu baik. dia gagah carikan i table jg.. mamun, dok pikir 23hb tu sabtu.. ::

:: Jomblo happy dapat makan ... ::  

:: food spread not bad.. i dann snap a few... sekarang dah pandai rasa malu sikit(sikit je pon!) nak jadi wartawan makanan..hahah. snap pic, curik2..laju2... segang gang gang gang . ::

:: butter prawn. makan sepuazzzz2nyaaaa... and prawn tempura.. lahaii sedappnyaa ::
 
:: oyster perah lemon.. perkhh!! ::

:: Steamboat ::

:: wanton  ::

:: chicken rice..ada roasted chicken and honey bbq . I tak sentuh ye ayam2 ni kat hotel. apa barannn makan ayam kat hotel kennn?? huhu ::

:: from pasta section.. i asked for aglio olio..simple but SEDAP.. ::

:: bbq lamb..and beef satay..saja buat rasa.. ::

:: cold section... salmon, crabmeat, cold prawn, bla bla bla ::

:: ni jg pemenang petang tu.. rojak buah! kuah rojak itam dia.perkhhh sedap pekat likat melekat!! 2x tambah ok! ::

:: amek sikit buat rasa..; mee wanton ::

:: longan.. ::

:: dessert.. tiramisu(yg paling kiri) sedappp nak termeninggal ok!! i nak repeat..pastu lupa..pastu dah masuk kete, baru menggogoiiii tingatttt.. weekend ni misi nak p cari tiramisu sedappppp .. awas loh! ::

:: variety ice cream... i ni dah serupa budak2.. suka main tabur2 topping..ujung2 bkn makan sangat pun..main kuis2..::

:: Orang, penutup dgn dessert..yang i p repeat tempura2 ni semua..sebab sedap sangat kot?? ::

::makan sambil tgk view rumah Ain J(area Samping sana). intai2 kot nmpk si apis bekemban ke kan?? hahah ::

:: tgk la plate dia..clean je.... makan supann, bersih... different btoii dgn binik kepol dia tu. lalalalala nasibb laaa..lalalalala ::

:: hotel lobby ::

Review :

1) Food variety OK. Not bad. Nak kata byk sangat... not really la.
2) Ambience was good.
3) Price i rasa OK .. On that day price dia RM98++ per-person. tapi kami ada voucher best! ne ne ne ne ne.
4) To those yg tak jelas, lunch buffet and hitea, its better u ambil hitea ye! sbb hitea u masih boleh makan portion lunch + hitea. 
5) kesimpulannya, i tetap letakkan MAJESTIC masih ditangga ketama! Sorry othersssss...

Wanna try??  👇

BIG APPLE RESTAURANT

: Berjaya Times Square, 1, Jalan Imbi, Imbi, 55100 Kuala Lumpur,
 Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia



.: NO HATE JUST LOVE 💋 :. 



Tuesday, April 25, 2017

SEPETANG BERSAMA BONDA & CUCUNDA2 BELIAU DI SR, AMPANG...

No comments :

Assalamualaikum.

Pahabaq koang??
I ok jelalalala..
ni tgh menyendat makan tah hapa2..
Menyandau kemengahan duk mencekik air je dari tadi!!
Actually,arini ada makan2 kat opis sempena bufday march & april baby we(baby tua).hahhaa.
i plak amek tender tukang bancuh air...
eh kemain laku keras lagi air I!.... asal bancuh je abis.
asal abis je bancuh..gittchew! 
tu yg menggodak2 perut..makan nya tak seberapa, menogok air je kejenya!!

Cemana cuti pjg 3 ari koang?
Jom la kita borak sket before balik..
 
cete petang jumaat lepas...

Masa kat opis, budak2 ni dok buka website jual kek.
dok pilih2 nak beli kek apa for today event la...
I pun curik2 tgk, terus termengidam nak makan kek!
nak makan kek jam-jam tu juga2!
Sekarang petang2 jumaat dah tak dannn nak ngedate..sbb laki i bz kekemain..
so pandai2 la i bawa diri.. i decide nak balik Ampang..
nak bawa budak2 tu p SR ..tu je dekat ngan umah mak..huhu.
tup2 dgn nenek2 dia skali nak polo.. jom lah nek!

:: embam ngan nenek. 2-2 kesayangan cinta hati jantung beta huhu:: 

:: haha pnya  la tazabaarrr dia nak menunggu macaroni cheese ni ha.. senang bawa budak2 ni, dia tgk wallpaper kat SR tu je, terus order..tayah selak menu. hahhaha. senang terpengaruh budak2 ni! #mudahterhibur::
 
:: Nenek auni lagi? huhu. i sebelum2 ni pnya la x berapa friend dgn indulgence cake etc.. petang tu plak kekemainnn teringin dia tahap merenyam2 tekak yg perlu di garu dgn gerpu gitew. so 1 slice of choc indulgence for yours truly. huhu ::

:: mak layan kueytiaw soup dia.. mak kata sedap.. siap ada perot babat lembu lagi! chilli dia pun sedap. i bz layan budak2 ni sampai terlupa nak rasa.. tau2 dah lennncheenn je.. hahah. btol pnya sedap ye mak?? ::
 
:: manja ebab i dgn macaroni cheesee... jgn tak tau.. licinnnn ye! harapan kau nak berkongsi dgn dia?? kemsalam!! :: 

:: i pi keje pakai tudung lain... dah solat asar umah mak.. main capai je la tudung serelum lama2.. selesai. Ciktam ni i singgah jemput dia,kidnap bawa skali. Igt haku boleh handle ramai2 rakyat mcmtu? Dengan budak 2 orang tu, mak lagi.. mak tu pun lintas jalan kena pimpin tangan ok! 😂 ::

Kita talk later k..
dah nak balik dah ni...

.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.






Friday, April 21, 2017

SALAM ISRA MI'RAJ 1438 H...

No comments :

Assalamualaikum.

I have no mood at all today.
Pagi2 nak naik basement parking, dah berjujut que ..
Urut dada tgk sikap2 pemandu kita.. yg kedekut nak bagi org masuk pun ye.
Yg TERLALU terkial2 pun ye. 
Jam dah nak dekat 7.30am ni.
H U J A N pagi ni. hmmm. 
Bergegas2 parking, tarik payung..jalan laju2.. fuhh selamat sempat!
ketik kad at 7.20++am.

Office unit ni, I yg buka pintu (normally).
Masuk je office tebarkan payung basah atas meja kosong.
Hempuk badan gemok ni atas kerusi , terus tersandar..
sambil menyandar pejam mata... 
 rasa nak nangis ada..rasa nak melungkup tidur terus pun ada.

 
Teringat perbualan panjang dgn suami masa dalam kereta tadi.
Allahu.... kita betul2 kena semat dalam hati...
Apa saja yg kita punya, SEMUA MUTLAK MILIK ALLAH.
Kalau hari ini ada, esk belum tentu ada..
bkn barang atau orang je.. ni pancaindera2 kita ni semua...
Kalau harini lengkap sempurna semua...esk2 kalau allah nak tarik 1, 1...
sapa dapat halang.. kan?

Wow melancholy update blog sesekali ok jg kan??
Igt badut kelas pertengahan mcm I tadek pasaan ke kan?? huhu.
Nothing to be serious.. Apa pun yg mendatang i kena tempuh!
CA stage 4 patient must be strong eternally!!! 💪
kan?? ameeeenn...

BTW...
SALAM ISRA' MI'RAJ TEMAN2 (24 April @27Rejab)
Sama2 kita menghayati perjalanan mukjizat rasulullah ke langit ke-7 (Sidratul Muntaha).
Saat nabi naik ke langkit ke-7, adalah tahun berdukacita nabi..
kerana kewafatan bapa saudara nya Abu Talib dan isteri baginda tercinta, saidatina Khadijah r.a..
Marilah menjadi setabah rasulullah tatkala diuji. Ameen ya rabb..  😭



.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.




ADAKAH DITUNTUT MENJAWAB AZAN KETIKA SEDANG MENGAMBIL WUDHUK?

No comments :

Soalan; ketika sedang mengambil wudhuk, saya terdengar azan, adakah saya perlu jawab azan itu? Ada orang kata semasa ambil wudhuk tidak boleh bercakap.

Jawapan;

Menurut Imam Ibnu Hajar al-Haitami dalam fatwanya; menjawab azab disunatkan sekalipun oleh orang yang sedang mengambil wudhuk. Makruh bercakap ketika wudhuk adalah bagi percakapan yang bukan zikir, adapun menjawab azan adalah zikir, maka tidak dimakruhkan, malah disunatkan megucapkannya. 

Jika selesai wudhuk bertepatan dengan habisnya azan, menurut Imam al-Bulqini; dahulukan bacaan zikir selepas wudhuk, kemudian baru bacaan selepas azan, kemudian doa untuk diri sendiri.

Wallahu a'lam.

Rujukan; al-Fatawa al-Kubra, Imam Ibnu Hajar al-Haitami (w974H), 1/60.

Thursday, April 20, 2017

NEW MENU FROM SECRET RECIPE ; SPICY SEAFOOD MEDLEY PASTA.. SOOO AMAZING!

No comments :

Assalamualaikum.

Entry ni tidak lain dan tidak bukan SEMATA2 nak up 1 menu baru kat SR...
yang sedap dap dap dap dap dap ------ echo.
ek eh kau anak tokei SR kah?? kemain promo?? hahaha.
barang baikk bohhh..haruslah kita share..  kennn
Last sunday, late lunch..perut pun dah masuk angin timur daya, barat laut.
Cuaca elok panas berdentum.
Pesan kat suami siap2. "bang, nak makan dalam mall or ekon place pls".
Mode ; DIVA in d house gittcheww. 💅 *hembus2kuku*
mana lalu nya nak makan bawah pokok sambil peluh mencurah2 menetek2 kan??
Suami kebetulan tak sedap badan, dia nak makan soup je.
So jom SR je.. 

:: Sampai2  je, waitress cumel tu propose new menu ni. Adik ni siyes mmg superb PR dia. kita suh dia advice..laju dia suggest. Konfiden plak tu. Kita tanya mana lagi best.. A or B.. laju dia jawab B (contoh).  So bila dia konfiden, kita mmg tak ragu la.. Ada jenis, kita tanya mana best or mana best seller? dia leh jawab.. "dua2 Ok!". wooww i kenot ye jawapan ala2 mcmtu! Bagi jwpn tegas sket pls!! Mungkin diorang takut nak mempengaruhi keputusan cust..tapi u diminta cust to suggest. So donwori k..  bila dah suggest , then u  explain lah sikit bout the menu kan? atleast cust leh imagine camner sikit2 rupa menu tu pulekkk. Eh byk plak songel kau kan?? 😝 So, i terus setuju nak oda ni.. since nama menu dia Spicy Seafood Medley Pasta, i tanya dia pedas ke? dia siap syor  req chef kurangkan pedas. wowww baguss dia ni! ::

:: tadaaaa.. its SPICY SEAFOOD MEDLEY PASTA  from SECRET RECIPE! ... and it's truly delicious!! i mmg recommended!!! Dia ada rasa2 mcm aglio olio tapi dia buat creamy gravy sikit2 lecak2..nak2 dia pakai linguine instead of spaghetti or fettucine. Linguine ni dia mcm kacukan spaghetti + fettucine. Just perfect ok!  RM23.90 je pon! silalah try!! wajaq sgguh haii, struggle tahan ailio ni!! Ain J.. jom??? psstt: koang..perati la kacang pjg depa tu.. kat SR ni mmg trade mark dia, long bean taruk 16kg terus per-meal ke apa? hahahha  ::

:: Sian manja i makan soup je dia..diarrhea.. balik tu i bancuhkan teh o pekat2, sampai naik mabuk member tu minum. I dah cuak dah ni.. betul ke petua haku tu?? standby kunci kete dah, apa2hal cabut hangkut bawa p sepital..hahhaa . sebaik lepas tu ok.. tu pun sbb i bagi dia makan ORS.. 😛 ::

Nak kabor tu je pon!
Tadi konon nak pi dengar Tilawah AlQuran peringkat HKL..
Sekali penuh sendat auditorium tu!!
sempat register, masuk2..tu diiiaaaa kemain ketat dewan!
tepi2 tangga pun penuh orang duduk. mmg tadek ruang langsung!
Kerusi extra pun dah penuh mengelilingi dewan. 
Alhamdulillah,dapat sambutan..
Sejuk mata tgk keadaan mcmtu...
Peserta tilawah pun, ada jg dari kalangan doktor2.
Dan kami mmg ada fav. qari...soang doktor tu..apa ke nama dia Ain J?
tak sure tahun ni dia masuk ke tak??
tgk la kejap lagi..intai balik audi..kot ada yg dah keluar ..leh kita nyelit masuk..


.: NO HATE JUST LOVE 💋:.




Wednesday, April 19, 2017

TEMAN SUAMI CHECK UP & ASAM PODEH IKAN PARI ANA PETAI vs EMAK VERSION & CERITA MAKAN2 LAIN..

2 comments :


Assalamualaikum.

Balik Ganu aritu, i sambung sehari cuti.
Eh mmg i apply cuti pun on that day to accompany husband's checkup.
Haritu dia kena buat stress eco test.

:: Ni normal stress test.wayar melekat2 kat badan..then dia kena buat cardio.. max tahap 7. tapi age2 dia dapat abis tahap 4 pun dah haibat! eh orang sakit jantung bkn kira nak haibat ke tak.. kalau umur 17 pun, kalau ada heart problem, takat 1-2 stage pun dah surrender! so bila dah mencungap2 tu, dia cepat2 kena baring, then nurse akan terus baca heart beep dia..and scan.. ::

:: Ni time tggu nak jmpe doc pulak lepas buat stress eco test tadi. Alhamdulillah tadek blockage ke apa.. cuma doc strongly advice suruh dia lebih relax, kurangkan stress.. working matter lah ni! hmmm  :: 

:: Pic kat Klinik Dr.Daud... He's cardiologist.. jantung pisang ni buat ulam cicah sambal belacan, perkh!!! mak mentuo den kemain suko! :: 

So both of us are unhealth..
Masing2 sakit, so kita jaga each other..
kita berjodoh tuk care satu sama lain.
Sbb tu life kami skrang, lebih santai.
Jalan2...makan angin... hidup berdua..
Sbb kami dua2 pun tak sihat...
Jodoh Allah itu cantik. MAHA2 cantik.
Bila sama2 sakit, sama2 beringat.. 
sama2 menginsafi... hidup kita lebih fokus...
ada kehidupan yg lebih abadi yg perlu kita beri perhatian....
Ameen ya rabbal alamin..

Petang Selasa tu, pi makan nasi kat Restoran Ana Ikan Bakar Petai, Bangi.
Sbb dah skip lunch.So terkelepar2 kelaparan memasing!

:: Amek sekeping ikan pari dan minta diorang masak asam pedas.. dapat semangkuk besar!! RM14 je kau! bapak la murrrrr kannnn????? sedap ! :: 

:: kerapu bakar buat ratah. kerapu ni RM29. Suami i tak geng dgn siakap. Dia kata isi siakap tak sedap.. I ok je..sbb siakap cheaper.. kerapu,jenahak,merah ni semer nak memehal je kan?mcm yg ni, kecik je size dia.saja buat ratah..pon dah RM29.  sebaik petai dia tuuu menggodaaaa! nyumm :: 

:: jemput makan bang, adik masak kat kedai je.. 😝  ::

Weekend baru ni....balik umah mak.
eh mak masak Asam pedas pari lagi lahhh!!!
*lompat bintang kejora*.

:: mak punya asam podeh, sempoiiii..Org melaka pure kenn?? sorry la opkos i akan bias.. mak i pnya dah jadi darah daging since kecik kan?? so mak pnya terpaling pemenang!! nom2.. ::

:: lawan dgn taugeh tauhu mcmni..makan panazzz2... ya rabbi, syukur2...nikmat yg takleh didustakan lagi!! ::

NEXT DINNER (WEDNESDAY)..

:: I terkenyang plak. Makan apa tah kat office. so malam tu i layan butterscoth caramel cake je  kat The caravan..::

:: while husband ate rice with salted egg squid..  fav dia ni... bwh vege tu ada nasi.. kalau koang p The Caravan, leh try menu ni! just nice tuk perut kita, kenyam dan lazat!  ::

BY THURSDAY..

:: I paksa diri masak juga.. sup ayam je pon.. sbb asyik makan luar je kan?? kebetulan malam tu hujan selebat2 alam.. i tambah goreng  ikan masin tenggiri..bertambah2 kami makan.. ::

THEN FRIDAY NYTE..

:: tadaaaa dapat layan ayam goreng McD. Hip2hooreyy!! Kelakar kan diorang ni(viral), siap compare detail2 between ayam goreng mcd & kfc! sungguh taste itu sangat subjective! Promote lah kot mana pun! terpulang lah kat tekak orang yg makan tu.. i dua2 pun ok. McD ok KFC pun ok. kdg rasa nak makan kfc, pegi kfc..mcmtu sebaliknya kann.  ::

:: tapi mmg sedapp dowwww ayam goreng spicy dia.. pedas2 sedap..cicah2 sauce.. perkhh.. dah craving ni.. huarrgghh..::

Cukup dulu ye...
Nyambil2 je ni....


.: NO HATE JUST LOVE 💋 :.