Jawapan;
Merujuk kepada kitab-kitab Fiqh semasa
hari ini, jarak 2 marhalah ditetapkan -mengikut ukuran KM- antara 85KM -
90KM. Sebagai ihtiyat (berhati-hati), eloklah kita mengambil jarak 90
KM. Jarak dikira berdasarkan perjalanan sehala, iaitu dari kediaman kita
ke tempat yang kita tujui. Sebagai contoh, perjalanan dari Kangar
(Perlis) ke Alor Star (Kedah) jika sehala jaraknya adalah 50 KM dan jika
dua hala jaraknya menjadi 100 KM. Maka perjalanan ini -menurut jumhur
ulamak- tidak mengharuskan jamak dan qasar kerana jarak sehalanya tidak
mencukupi 2 marhalah. Jika perjalanan adalah dari Kangar ke Gurun,
barulah boleh menjamak dan mengqasarkan solat kerana perjalanan
sehalanya mencapai 2 marhalah (iaitu +- 100KM).
Wallahu a'lam.
1 comment :
Macam kalau teluk intan ke ipoh, kena jama' ke?
Post a Comment