Tuesday, February 14, 2017

BUAT PET SCAN @PRINCE COURT MEDICAL CENTER

6 comments :

WHAT IS PET SCAN?
(silalah baca..sekurang2nya tuk tambah pengetahuan. saya doakan kalian tidak perlu lalui proses2 rumit procedure kesihatan seperti yg saya lalui... )

According to Mayo Clinic, a PET scan is an imaging test that helps determine how tissues and organs in the body are functioning. Short for positron emission topography, a PET scan uses a radioactive drug tracer to show areas of the body that have unusually high levels of chemical activity, which typically relates to a disease or disorder. These areas show up as bright spots on a PET scan. 

According to Healthline, PET scans show abnormalities in tissue at the cellular level and are regularly used to detect cancer, brain disorders, heart problems and issues with the central nervous system. PET scans provide doctors with the best view of complex diseases, including coronary artery disease, brain tumors and seizures.
According to Mayo Clinic, a PET scan procedure starts with giving the patient a radioactive drug tracer either orally or by injection and then waiting 30 to 60 minutes for the tracer to absorb into the body. The patient lies on a padded table that slides into the scanner. The scan takes about 30 minutes, and the patient must stay very still to prevent the scan images from becoming blurry. After the scan, the patient may be advised to drink plenty of fluids to flush the tracer from the body.
In simple word..
PET scan ni 1 kaedah scan, yang mana badan pesakit akan di suntik dgn sel radioaktif (sugar) tuk melihat sel2 CA(cancer) yg aktif. Pesakit akan diminta utk berpuasa selama 6hrs, membiarkan sel kanser menjadi 'hunger'. bila lapar, then radioaktif akan diinject, tuk melihat sel cancer yg keluar cari makan. Dengan kaedah ni, boleh detect which part yg sel cancer dia abnormal dari sepatutnya. Details as per above la. can read 👆
My session aritu, i kena puasa dari malam.
And control glucose meter(bacaan gula) not more than 10.
Then i sampai radioterapi unit, register and terus diminta tukar baju.
Cantik baju kat Prince Court , kaler peach.
Dah la robe dia selesa  and berkatup betul. tadek la bersemuih2 terselak2.
Lepas salin baju, check sugar.. L E P A S.. ferrrr..
then masuk jarum etc. pastu i di quarantin dalam 1 bilik.
Mcm bilik kedap bunyi kedap udara pun ada.
I dah rasa mcm i Mila Jovovich (Resident Evil) pun ada... 
yg terperangkap dlm Umbrella corp tu.Mihmihmih.
Mmg im alone dlm bilik kecil. dilengkapi katil n tandas dia pun leh buang air kecil sahaja.
Sbb tank dia ada chemical..yela kami kan dah disuntik radioaktif..
Lepas kena inject radioaktif...i terlelap.. after 1 hr..baru dibawa scan as per below :
 

:: mcmni lah keadaan PET scan nnya... halus nipis je ye tempat baring dia.kalau gajah lebih sket dari kak esah, leh tergelebak tergolek ke bawah, kak esah kenot help. hehehe. tangan kena naik atas macam dlm gambar. proses scan dalam 30-40minutes. ::

result scan biasa akan mcmni :
:: colours tu as indicator tahap CA dalam brain(ni cth brain cancer) ::

It was my 1st time experience doing this.
Rasa seram. takut. berdebar. bergabong jadi satu.
I bawa tafsir alquran siap2.tapi tertinggal kat luar. sbb kalut2 salin baju.
i jadi nervous. jadi cuak jadi nak menangis pun ada masa quarantin sorang2 aritu.
Subhanallah..dalam bilik kecil ada ekon and katil selesa pun i dah takut, menangis.
apatah lagi alam kubur sana nanti. takut! tersangat2 takut!!! 
Masa i lali kna ubat, i mmg nangis tingat semuaorang.
Mak ayah suami adik badik. dosa2.
last2 i tertidur sampai masuk dalam tunnel scanner tu...
pun i sambung takut..sbb muat2 bdn kita je kan?
practise betul2 masuk liang lahad. Masyaallah...
eh type ni pun dah meremang2 bulu roma I..
Ayuh la kita sama2 mengingati mati..

An-Nisaii meriwayatkan hadith dari Abu Hurairah katanya; Sabda Rasul Allah s.a.w.

 ”اكثروا ذكر هادم اللذات” 

 “Perbanyakkan ingat  terhadap perkara yang menghilangkan kelazatan hidup(mati)”.


 
:: darling i setia menanti kat luar.. i keluar2 je terus rasa nak peluk dia. takut yg amat2. eh hover btol rasanya time tu... Ya Allah200x. ::

Dah sedih2 tetap jg nak cerita lepas scan terus gelupur gelabah lapaq.
yela i puasa dari kol 8pm(last dinner) sampai kol 12pm kot ko???

:: lemon ciskek ni lah i kata dalam past entry.. sedap gile kot??::

:: aritu baru layan egg ben... kali ni kita perembat club sandwich je..share dua dgn suami...sbb nak makan best sikit kat SINUNNNN (tggu next entry)..::

:: Pic budak melalak buat scan.. cess badan je sado kemain...kena quarantin sket..berjurai2 ayaqmata.. sob2. tu pic blkng tu kat lobby PCMC tu ada lion dance, i kemain sereem. kalau dia merapat, i beramm teros. i mmg sejenis smua bentuk binatang yg beneren atau jelmaan atau mainan pun nak takut. elok letak je jawatan president badang2 wanita malaysia kau tu! huh!::

Btw..semalam i jmpe doc fuad to review PET scan result..
Alhamdulillah semua nampak NORMAL.
Cuma kat liver i mmg ada la sket2 lagi CA spot.
Hope tadek apa yg mudarat.

:: and semalam timbang berat, yes turun 4kilo's..tapi pakai baju kurung..ringan je baju ni...selalu pakai jeans..jeans i kain guni kot kan??tu yg terhasil status fb as per above 👆.. heheheh. eh sorry ye i nak perasan, mmg takkan pircaya! ni lelipat, lelapis ni semer hapaa??  lose weight bagai?.... tayah nak bersusah payah mainkan perasaan I.. i dah immune! penimbang tu pentifu! hetchyu!! lagipon i dah sign kontrak ikat tepi... akan kekal taat setia dgn kawanan 🐘 with our leader; Ain J..hahhahaha ::

Masa i tunggu suami jemput kat luar hospital..
I terserempak dgn wife abg nara si beautifulnara yg bloggeretis meletop pom2 tu la.
Panggil dia cik lynn. Dia bawa anak dia kena operate dahi luka.
Peramahnyaa lahai. down to earth betul orang nya.
Siap tanya cemana nak contact I lagi... 
I kalau jmpe mana2 blogger, mmg i tegur. 
I rasa lebih close dgn blogger (dah baca cerita diorang hari2) dari retis2..
yg belum tentu igt kita. hehehe.

Ok tu dulu.

.: Much Love 💋 :.





6 comments :

Jepun Mari said...

masa angkat tgn nak msuk terowong tu, bulus keti cukur takkkk..
*mana emoji larik, takde pulakkkk

Nur Aishah said...

pakai jubah siap stokin ok.. mana mau nya nampak bulusss???
kalau tadek emoji larikkk makna nya i hantar emoji bom, pistol dgn pisau laa..nasib la ko..kebaboooooo..hahahahaa

Anis Azalea said...

Hahaha...lawak pulak dibaca kisah ni. Lawak bab penimbang tu. Berapa riban buat scan macam ni? Sekadar bertanya.

No-In said...

sedih dan serram entry ko kali ni. btol2 rasa insaf (3 minit je pon). serius, sambil baca hati berdebar2, sambil bayangkan kalau aku jd ko ape pulak pasaan aku kn... wpon di akhir rancangan ko menuduh aku sbg ahli kelab gajah. hahahha tetaplah memberi kesan kt ati aku. tetibe sedih membayangkan ko... sob sob sob. semoga Allah menyembuhkan segala penyakit ko, dan ko boleh menikmati keindahan alam ni di smping makanan yang enak2. nyum nyum

Nur Aishah said...

anis : hahhahaa jugaaa lahhhh... huhu. anis, pet scan ni mostly tuk detect cancer/CA. if mmg xda potential CA, tapi still nak scan.. boleh try CT SCAN or MRI... price rate plak depends hospital kot. tp dalam byk2 scan PET scan ni paling costly.. sbb dia paling terkini. dalam rm3-4k.. :)

Nur Aishah said...

No-in.. harusss la kau turut jua perlu merasa kesedihan yang ku rasai.kita kan biological sista according to food DNA..hahahaa. tq sohabat..tp mmg serem la masa ak 1st time buat scan tu.. len macam benor tacing nya.. rasa kesorangan ..kerdil sangat2.. sob2. tq atas doa duhai teman...