Thursday, June 30, 2016

AMALAN WANITA DALAM HAID/NIFAS, IFTAR @PIZZA HUT METRO INN KAJANG & SAHUR NASI GORENG FOR 1st TIME

No comments :

Assalamualaikum sahabat2 saya.
Alhamdulillah dah masuk 25 ramadhan pun hari ni.
Malam tadi agak2 ada ciri2 lailatul qadr tak??
saya tak dapat lah nak bangun solat semuaa.. tgh cuti agung... :(
Tapi ada je amalan2 sunnah yg wanita2 'uzur' boleh buat.
Yg Allah akan bagi ganjaran sama byk juga ...
Jom...kita cekidaut!!!

Amalan Yang Boleh Dilakukan Wanita Saat Haid & Nifas

  • Memperbanyak istighfar untuk memohon ampun kepada Allah
Berdzikir dan berdoa sebanyak-banyaknya, juga bisa membaca ayat Al-Qur’an dengan niat untuk berdzikir atau berdoa seperti membaca basmalah, ayat kursi, falaq binNas(Al-falaq, An-Nas dan Al-Ikhlas), dan ayat lain yang tujuan membacanya tidak lain hanyalah untuk dzikir dan berdoa.
  • Membaca sholawat nabi
Seperti sholawat nariyah, sholawat nur buwat, sholawat badar dan lain sebagainya. Meskipun banyak kalangan yang menganggap sholawat itu bid’ah, kembali pada diri masing-masing. Yang masih menginginkan syafaat nabi kelak di yaumil akhir, maka perbanyaklah membaca sholawat.
  • Membaca atau mengamalkan Asmaul Husna
Membaca dan mengkaji kitab, seperti kitab kuning, tarjamah ataupun hadits-hadits lainnya dan membaca buku-buku tentang agama.
  • Mendengarkan tausyiah
Mendengarkan tausyiah atau ceramah agama, baik dengan cara menghadiri pengajian-pengajian ataupun mendengarkan tausyiah lewat media televisi, radio dan lain sebagainya.
  • Menambah pengetahuan agama
Dapat dilakukan dengan cara bertholabul ‘ilmi seperti menghadiri majlis ta’lim, sharing tentang pengetahuan agama kepada orang-orang yang berilmu dan lain sebagainya.
  • Memberi makan pada orang yang berpuasa
Menyiapkan atau memberi makanan untuk berbuka puasa pada saat bulan ramadhan atau puasa -puasa sunnah.
  • Memberi Shodaqoh
Beramal jariyah kepada orang-orang yang sedang membutuhkan.
  • Menyampaikan atau berdakwah walau hanya satu ayat
Menyampaikan suatu kebaikan walau hanya satu ayat termasuk kedalam perbuatan terpuji. Maka sampaikanlah apa yang kamu ketahui atau berbagi ilmu kepada orang lain dengan mengamalkan apa yang terkandung dari dalam ayat Al-Qur’an maupun Hadits.
  • Membaca Al-Ma’surat
Membaca doa dengan niat berdzikir pada pagi dan petang.
  • Melakukan pekerjaan rumah
Mengerjakan urusan dan pekerjaan rumah tangga serta membantu keluarga dalam memenuhi keperluannya.

--- Mudah2an bermanfaat buat kita kaum2 hawa..Wallahua'lam bissawab.

_______________________________________________

Semalam korang berbuka apa?
Bertabah la ye hadap entry berbuka..sahur...sepanjang ramadhan ni.
i pun naik cemuih aihhh. tapi tetaplah nak update. ni kira mcmna perangaiii?? hahaha.

:: kesini kami semalam. Selalu tengahari2 suami akan call..i akan tnya..berbuka nak makan apa...? since i tidak lah berpuasa..so i lgsg takde idea nak fikir makan mana..sbb tak lapar. hahaha. dia kalau tgh lapar..dia baru hebat..nafsu jilake..mcm2 nak... so smlm suami i nak makan ringan2... dia ajak lepak pizza hut. I kalau tgh tak solat..ok je berbuka kat luar. tayah maghrib kan??? ::

:: ni ok..kategori ringan lah jugaa.. appetizer kononn.. :: 

:: appetizer kedua... apa mushroom tah. tapi sedapp giler ok! dah la murahhhh.. add-ons only RM3.50 je ols!! recommended! so ni masih ringan..sabar2... ::

:: Dia ni ketua darjah kat pizza hut. kategori kenderaan sederhana berat dah ni... dah sampai sini, kena order pizza juga lah kan as a  main dish . Ni pizza baru..nama tak tau. tak koser nak igt... dia pnya kerak tu chicken n mushroom loaded. taste?? boleyyy laaaaaa.. ::

:: dan akhirnya terus berkategori kenderaan berat sila ikut kiri!  ni jenis kontena tayar 46 belas!  hahahaha. amek!! dgn new orlean drummet(fav suami).. seafood lasagna... mmg tak leh pakaiii koang dua ekor ni!! nak makan ringan2 konon.. puiiiii  ::

:: amboi kalau camera ni punnnn..tak reti nak menjaga hati tuan henpon tawww.. jgn la nak 'memancar' sgt! hahahaha.. sabaq sat naa bang..paih raya kita p yun nam ... miahaaha. :p. derhaka ke I ni bang?? hahah.  takpe,pagi raya kita salam2 raya minta ampon ye bang... 5 hari je lagi.. mihmihmih ::

:: menu sahur. suami i mmg mcmtu.kalau berbuka tak makan nasi, sahur dia minta nasi. i masakkan nasi goreng... belen2,mendapatlah 'anak2 burung' kat opis ni i bawa bekal kasi depa makan... ::


Sekali lagi berbuka..sekali lagi sahur...
Lepastu esok ptg kita balik umah mak.. hoyehhh!!
isnin depan kita ber-kampong terus kat umah mak sampai raya.
Baru lahhh meriahnya raya!
lalalalalalala.....



Wednesday, June 29, 2016

SATU BENDA/PERKARA YANG KITA SUKA MASA HARI RAYA! ONLY ONE!!!

2 comments :

Since Raya mood sudah mari..
Jom kita main2 list out perkara terpaling favorite yang kita suka masa hari raya.
Mesti pilih 1. yang TERpaling suka!
JOM!!!


Lagu raya TERpaling favorite
 SELAMAT BERHARI RAYA by RAHIMAH RAHIM

:: Jujurnya i ada namploh belas lagu raya yg I suka. Nak2 lagu nostalgia lama2. tapi since kena pilih 1..i pilih lagu dari makcik ni. I tak tau atas dasar apa..tapi bagi i lagu ni cukup rasa.. lirik dia pun comel and sesuai tuk makna hari raya sebenar. Bedah pun i yakin dia suka lagu ni. rasanya kitrang start suka lagu ni sejak program Gala Aidilfitri dalam tahun 1998 macam tu kot. Ada AC mizal, 4u2c, ziana zain etc. Diorang nyanyi siap dgn joget..comelll sangat ...! ::

Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah

Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi

( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada

Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi


Baju raya TERpaling favorite: Kurung Moden 

:: Kurung biasa, cuma tadek pesak kiri kanan. Onggemok mcm I..pesen apa lagi lahh yg sesuai kan?? abis kuat pun, elok sarungkan kimono je terus.. straight cut.. langsung tayah cutting2. keji nau plak nampak nye kang..kan?? :: 


 Tudung raya TERpaling favorite : INSTANT SOFT AWNING

:: tudung terpaling senang dan menjadikan I jelita tanpa perlu dipertikaikan lagi(bapakk konpiden budak ni!). tapi kannn..raya2 ni kena lah ada different sikit dgn muka pegi keje kan?? buat masa ni, i rasa nak pakai tudung cenggini je. final nnti kita tgk la cemana jadi nyaaa... kot roh melaram i dah datang, i pakai turban ke kan??? hahahha:: 


Kasut raya TERpaling favorite : SIMPLE WEDGES 

:: Again..dah la gemok ..pendek plak tu.. takkan nak pakai high heel 10inch plek kan?? dah tu nak pakai flat shoes mcm ballet tu osah merayapppp..merendang... so jalan selamat.. wedges tggi2 gini je la. Janji sarung je terus. tayah nak bertali2 bagai, kang ko terkial2 nak buka kasut..dah licin makanan. Padahal misi raya, mmg makan kan?(jujur sgt kau ni!). So igt...pakai yg selesa and easy...lagipun nak vogue sangat pun, kg I tu byk taik lembu... ::


Kuih raya TERpaling favorite : Biskut sarang semut 

:: Sangat suka ok. Pertama dia ni. Kedua tart nenas lah. Since tart nenas tak raya pun i mmg akan order and ngap2. So sarang semut ni i bagi dia juara! Sedapp ok!!! jgn tanya i resipi..i debik kang!! i tau makan je! Tapi i tgk kazen2 i buat..tepung tu lepas2 uli , diorang simpan dalam esbok seharian. esk nya diorang parut2 masuk dlm cup ni.. pastu tabur choc rice. sarang semut terpaling win i makan kazen i;alang nor anak paklang babu buat! tggu baik raya nnti.. koang terjah laa ketupat rendang...i selamber je pi buka balang kuih raya dia nnti... walau dia semawa makan rendag je. kesah ke I? ::


Juadah  raya TERpaling favorite : LONTONG

:: Walau pun time tak raya pun melambak leh dapat, tapi i tetap istiqomah dan setia dgn beliau. Dapat plak kalau ada telur puyuh dalam tu.mmg leecheen la i kutip. tak tinggal org belakang dah.. hahhahaa.. I love lemang oso rather than ketupat2 ni semer. sbb bagi i ketupat/nasi impit ni tawar..kalau masuk mulut I, I rasa tawar je. kena cepat2 adunkan rendang ke, kuah lodeh ke dalam mulut,baru leh telan. kuah kacang?? very not me! tah..i pun tak tau kenapa. kalau adik badik i..terjliat2 sudu makan kuah kacang mak I.. I mmg ekor mata pun tak pandang... sbb tu i bergaduh kalau org suh I tampi2 kacang. Eh kau nak makan kan? sila lah tampi.. i makan food yg simple2 je tak renyah2..  hahaha... ::


AIR raya TERpaling favorite : LONG CHAN

:: Kenal tak?? kenal tak?? Ni biasa orang Melaka akan dapat stok from Rembia. Gitulah sikit2 asal usulnya...tapi since i kecik2 pakcik2 I mmg akan beli air ni berkotak2..tetamu datang, tuang terus dalam ais.. eh senang sangat tu..botol kaca dia tu yg ada nilai estetika & old skul!!  pada yg x penah minum(eh koang baru balik Mesia ke??.. :p), ni ala2 air bikarbonat (air gas) juga la. cuma gas dia sgt kurang. and rasa dia kamponggg sangat!! minum je, terus terbayang ada kat kampong.gitoo..huhu. Perisa terpaling suka; ice cream soda. Skrang ni dah ada kencing manis sikit2 ni, harus lahh i minta air sirapp jernih je kot.. sob2 ::

Bunga api  TERpaling favorite : BUNGA API BESI

:: I mmg suka sangat layan bunga api besi ni. Koang tau ke idok?? sbb percikan dia lawa..dan tertumpu..tadek la mcm bunga api biasa tu bersepah2 bersepai2. Lagi 1 dulu2 punya jenis, bunga api ni bila kita buat2 mcm tulisan...nnt berbekas tulisan tu kat udara... tapi awas ye..besi dia opkos lah panas..kau jgn cuba2 lepas abis, kau pi tatoo badan orang... ! ::  


BEG raya TERpaling favorite : WRISLET

:: LV? Prada? Gucci? Christian Dior? Eh silakannn... tapi bagi  I... mekaseyy je. Sbb i raya mmg tuju makan and sembang2. I tak sempat nak perati2 hbag orang. Pastu wat nyusah je i nak suap makanan..kang kejap2 perati beg ada ke x...senang2 i bawa wrislet je(pic wrislet I sendiri).  Janji muat handphone and IC. Sat g org igt i org bosnia kang..susah juga tu... angpau raya siap2 bajet buh dlm poket suami. ::


PERFUME raya TERpaling favorite : MIRACLE LANCOME

:: harus juga kita beri pengkhususan. Bkn main tabuh je dok?? Sbb sat g nak salam peluk raya, buat nya salah pakai jenis perfume, tengik.. menyumpah org pagi raya.. "ni minyak wangi tumpah ke?". haaa kena elok perangai juga bau perfume yg kita nak pakai. I rasa mcm Lady Million, La Vie Est Belle, Hypnose ke.. agak kuat..boleh mengundang cacian org dalam hati tu.. elok2 dia dah maafkan kita, di carutnyaa pulak setepek. tahun depan pulakk tggu nak minta maaf. huhu. Miracle ni I and Ain J dah iktiraf sebagai perfume WANITA WAJIB ADA.. sapa tak pernah bau, pi sogo lekaih..minta sales rep  spray sedass.. baru kau tau nasib kau lepas tu!  menggelupur korang p ATM bawa keluar duit, beli terus. hahaha.  Perfume ni pun ada sejarah kat I. So sekali harung la pakej menjadikan dia perfume terpaling favorite i seumur hidup.. ha kau!! Miracle ni ada different volume note. Mula2 sembur bau dia fresh... then berubah pada slightly strong..then jadi segar balik. ala2 gitu laa.. Masalah dia skrang, i dah kehabisan stok miracle ni! *selak2purse*..kena bawa kluar duit tabung haji beli perfume ke cemana ni?? hahhaa.. *dush2 ::


Dah tu je.. I tadek idea dah.
Later kalau igt, i topup.

Alhamdulillah hari ni dah masuk ramadhan ke 24.
dan semakin menjadi2 perangai susah nak makan time sahur I & suami.
dah mcm hapaaa je..makan pun leh jadi gadoh.
Pagi tadi i goreng nugget je.. makan seketol..i pandang dia, dia pandang I.
Pastu I suggest .."kita mandi dulu nak bang? sapa tau lepas mandi,selera sikit?"
Suami i pun setuju. So kitwang pun mandi2.. and buat solat2 sunat etc..
Kol 5.20pm mcmtu baru sambung makan..
Sekaliiii......................sama juga ok!
tetaplah terkulat2 nak menelan.
Hancur lumat makanan tu dlm mulut..tapi nak telan je, kena tolak dgn air.. 
Nasi mmg suami i menolak keras! 

Koang OK ke sahur nya???
Ada tips tak???


Tuesday, June 28, 2016

PADA RAMADHAN 23,1437H

No comments :

Assalamualaikum sahabat2...
Countdown raya dah ke???
Ilek luhh.. lagi 7 hari nak perabih puasa...
Camner energy u ols puasa??
dah 23 hari puasa..ok kot kan??
I alhamdulillah... tadek la rasa kedaung sangat.
i kalah kalau start migrain..
kalau tak puasa, i telan actifast terus.
kalau puasa?? mendapatlahhhh i lumur minyak kapak kat tengkuk..dahi..
sychology je pun buh minyak bagai. I tak rasa dia leh release apa pun.
Just bila dah pedih minyak tu kang.. ralit sket dari fikir sakit kepala kan?

Koang...
Sangap tak fikir menu berbuka? sahur?
I dah kelautan hindi punya bebal...
tak reti dah aihhhh.
Sahur tu nak kunyah roti sekeping pun kemain sampai 5minit!
kadang sampai kembang roti tu dalam mulut..hancur lumat..
tapi tetap tak tertelan..eeeweekk....hahaha.
I ingat nak p beli pisang, anggur ke..pear ke ...
pstu beli set salad yg dah siap2 dgn dressing skali..buka2 terus ngapp.
kita try tgk cemana... biasanya yg healthy2 ni mmg tak boleh berkawan baik dgn i!.hahaha
steady esahh!!! :p


:: kan smlm i kata nak masak mee?? i tunaikan juga permintaan  i sendiri. hahahah. sila lah kira berapa kali dah UP masak mee je?? balik2 ni je lah menu haku... simple kot kan?? lagipun since kecik, i ni tersangat laa favorite mee. dari sekolah rendah, kalau time rehat, mee juga yg i kejar kan.. beli smangkuk rm0.30.. sedap mee makcik tu..berkilat2 hitam... kosong je..sebutir binatang pun xnampak..tp tetaplah i angau2kan.. huhu. i tak suka beli mee goreng kat kedai, sbb diorang suka ketuk cili padi..sebutir2 diorang buh. Pnya femalas diorang nak menumis cili blender tu. i kenot tolerate ok. sebab tu..baik mee ke bihun ke, i mmg akan masak sendiri je. ::

:: close up sikit. Abis semer binatang i kasi taruk dalam. sotong,udang,ayam..siap campur pedal lagi.hahaha. jgn risau k..i siap2 celur dah pedal tu..so tadek la hanyir ke hapa. elok menjadi mee i ptg smlm. alah masak mee..sapa je tak pandai kan? auni tu lagi 2 tahun boleh dah masak mee tu... nanti.. hahaha. 1 mangkuk ni abis leechen laki bini makan..baki sikit makan time moreh. I lupa nak snap pix i goreng paru.. paru belen2 aritu. so moreh tu makan mee yg tinggal sikit dgn paru goreng.. sedapppp oiii . pastu i buat air cincau fav suami I.. sementara masuk waktu, i letak atas freezer..perkhh glup2 minum bergelas2..::

Petang ni mebi bedah mai berbuka rumah.
Suami dia ada meeting kat shah alam.
Kesepian lettewww :p
so apa nak kasi angkat haaa menu ptg ni?
adoyaiii... 

:: pstt koang.. gojes kann gelas cenggini?? ni i snap time p sogo lunch hour..last friday!! ni plastik ok! tu yg paling best.. kalau budak2 minum & campak  pun i tak sakit jantung! lawoo nyaa la haii in aqua blue cenggini... seketul gelas tu RM13.90. mahal ke mughoh? jug tu rm69.90. kalau menteri kewangan i luluskan.. merasa lah pakai gelas blue2 raya ni.hahhaha.  padahal gelas bukan main byk dah kat umah nu... goblet pun ada 2 dozen.. sapa nak pakai ?? tapi i kenot tahannn laa..sbb dia jelita sgt.. kena solat istikharah dulu ke cemana ni?? ;) ::


ok korang..harini karangan i pendek je ...
till then k..





Monday, June 27, 2016

IFTAR RAMADHAN FAMILY @HILLPARK OUR HOME SWEET HOME...

No comments :

Tadaa..sambung 2nd entry ..
Cete weekend I.
Eh tak apa lah, kalau mengkome tanak baca pun.
I tak kecik ati pun... *AmbilTissueSiap2*. 
I mmg suka2 je hapdet specially kalau ada special2 event mcm ni.
Later2 i leh baca2 balik.
Or else..kalau I dah tadek esok2...
boleh la buat ilang rindu kat I.. mean, suami i ke kwn2 i ke kan..kalauuu lah rinduu kann....
Ke..baru lps kebumi jenazah I, suami i dah buat perangai??
Dia pi masuk chat room cari wife baruuu???
gggrrrr... awas kau bang!! hahaha.
Amboiii tak bek ni buruk sangka...
Eh cari lah bang oi...
once kita meninggal je kita dah tak pedulik pun hapa jadi kat dunia.
totally terputus hubungan kita dengan dunia..kecuali 3 perkara..
ha tau dah kan apa benda 3 perkara tu?
Btw..kita akan tersangat 'busy' kat alam sana..subhanallah takutnya bila ingat.. :(

Adoii..dah kelaut sangat intro eh ni.. :p

Sabtu aritu saja jemput my family iftar kat rumah kami.
tu yg kalut buat popia bagai...
Balik2 je dari service kereta,i bersilat kat dapur.
Suami i kungfu kemas rumah..
Suami i tu alhamdulillah memang sangat boleh harap bab tlg2 wat keje rumah.
Sekejap je dia dah himpit semua sofa, kerusi ke tepi dinding...
sekejap kang i dengar bunyi vacuum...


:: Rumah kecil kami. Raya ni tadek apa pun yg i tukar. Kekal yang lama je. kalau nak tambah pun nnt la deco sikit2... i tak suka semak2 sangat. biar kemas ..susun.. lapanng..selapang fikiran I.. acehh...::


:: dah tolak semua tepi..jadi luass lapang laaaa.. nnti leh solat jama'ah ramai2 kat tengah rumah ni.. ::


:: Meja makan santak dinding dulu. Nanti nak makan, tarik depan sikit. leh muat 8 orang...  family i kan... ada 5 orang yg kurang upaya nak duk makan bersila kat bawah..termasuk lah I.. eh tapi among 5 tu, i terpaling OK.sbb kadang2 masik boleh bersila kat bwh..cuma takleh lama2.kang kejap2 i lunjur kaki.. huhu ::

:: menu utama aritu..NASI ARAB. Ni nasi kabshah... suami i beli campur2 maqluba & mandy.. tp i dann snap ni je.. ::

:: Ni ayam kabshah juga.. ::

:: Lamb maqluba ::

:: Food spread... ::

Boleh la kannn.. for 12 of us.. ::

:: Suami up dominos pizza tuk budak2..and 2 set ayamas. In case ayam tak cukup ..tak pun kot adik2 I nak wat ratah2. ::

:: Lepak2 before maghrib ::

:: Tu depa dok tgk cete MARAH-MARAH SAYANG yg i recorded.. cete ni,cete fav kami sekeluarga. dah naik hafal skrip dia.. cete dari zaman  kecik2..ayah rekod guna video tape.. huhu.. ::

:: mama papa abam & auni..kemain cari port belah2 belakang... hoii puasa hoii!! :p ::

:: Boolatttt2 anak2 bujang mak ni haaa..menjadi beras malinjauu mak bagi makan.. huhu.takpela..janji sihat..taat perintah Allah k.. itu yg paling penting. kurus ke gemok ke... tetap perlu jadi hamba ALLAH yang tawadduk.. ameen. ::

:: tuan khemah and their beloved parents.. tu tirai belakang tu..kemain colourful..hahahha... ::

:: Towel bersangkut kat tangga... dah mcm umah setinggan olss...dah ramai2 ni mcm2 gaya lah kann..huhu..tadek hal..tadek particular rules pun kat umah I. janji semuorang happy... ::

:: Isya' & tarawikh berjemaah ::

:: Ni yom snap lah kot..sbb yom OFF.. :: 

Lepas selesai tarawikh, budak2 main munger api kat luar.
Suami I ada pasang 2 ketol pelita.
Ongbesau semua sambung moreh dalam rumah...
I goreng kan lagi popia terlajak laris I tu..
Bila goreng panas2 lagi la berebut2 kau.
tersenyum2 terkembang2 lobang idung I...tgk barang niagaan i laku keras! 
hahahaha. dush2.
Malam tu family I overnite rumah I.
Hafiz anak beranak je balik. 
Ada je la alasannya. tak kisah la..tak paksa,pun kan?
Yg fenting chef romlah ada..maksudnyaa..SAHUR  i goyang tetep je la..
mak ada tlg masak!! hip2hooreyy!!!
I bgn tlg2 juga lah kan? tapi tetaplah mak ketua chef nya...
tadek seketol pun pic sahur.
tak senonoh plak i nak snap pic memasing time sahur..
time 'tek gigi,tek mata'  berselepet lagi smua kan??.
Lepas makan sambung sembang and buat la apa2 yg patut.
Since malam tu..malam 21 ramadhan.. kan??

Pagi lepas semuorang bangun about 10.30am..
Kami hantar mak ayah balik.
Adik2 bujang lelaki bawa 1 kete.
Sampai2 umah jmpe budak masam ni haa bersenang lenang makan atas sofa!

:: dengan tak mandi nyaaaa...::

:: Dia kisah apa kann??? sedapp ciom2 budak ni.. i selalu ajar dia.. "adik..jgn bagi org lelaki pegang2 adik taw.. kalau orang tak kenal..lagi tak boleh pegang.. kalau pegang..adik jerit kuat2..gigit tangan dia.". Sekali malam masa kat umah I..pakyom dia geletek2 dia.. dia jerit kata "jgn pegang perut saya lah! ciknyah saya kata, lelaki tak boleh pegang orang perempuan!". termalu2 alah la BIL i yg comel tu kena sound  setepek cenggitu. hahaha. Masa dia tgh makan ni, dia ungkit lagi cete malam td.. "chenyah ..malam td kan pakyom tu sukaaa je nk pegang perut adik. adik dh bgtau dia, ciknyah kata jangan..dia pegang juga..". hahhaa. budak2 ni time2 mcmni, mmg semua pun diorang igt. sbb tu jgn suka berjanji. 40jota kali lahh dia beratib kat tinger kau ..dia tuntut! ::

:: Menu berbuka kami berdua smlm... Sedih smuorang dah balik. Ke bazaar semula lah kita... Smlm jmpe port bazaar baru yg lagi happening!! kat area Kajang Perdana sanaa.. bapak la besarrrr..luass..lapangg.mcm2 pilihann ada. terpaling WIN jmpe cempedak goreng idaman suami I. Kesian suami I..berkaca2 mata dia pnya terharu bila nampak cempedak ni..dah lama dia ngidam. takde musim,kan??? huhu. Smlm tu kami makan nasi kukus lauk2 johor. sedap2 lauk dia.. ::

:: Ni sahur tadi. Hoii dah hujung2 puasa ni, bapakk laahh tak lalu nak makan sahur weii. Mamun2 I bangun p dapur..rasa tanak bangkit pun ada..kenang kat suami je ni... ni pun dia yg request.. tak lalu dah dia nak makan nasi. ::

:: Simple and easy sangat..tetap kenyam. jadi lahh buat bekal puasa siang..Padahal asal rasulullah suruh sahur, baginda suruh makan kurma.. ni kita pi lantak nasi sekenyang2nya. dah jadi tak lapar sangat la waktu siang nya.dah kurang lahh keinsafan merasai kesusahan orang susah.. wallahua'lam..::

Ni dah semak otak nak fikir menu berbuka jap gi plak dahh...
Semalam i ada singgah GIANT beli barang2 basah sikit.
Repeat goreng mee balik lah la kan??
lantak laa..dah i suka mee. 
dari beli tah hapa2 karang...

SALAM RAMADHAN 22 YE KORANG.
SEMANGAT2 MENERUSKAN IBADAH.



BUNGA API, SERVICE KERETA & POPIA SPECIAL FROM DAPUR KAK ESAH...

3 comments :

Assalamualaikum.

Hari ni dah 22 Ramadhan.
Pejam celik..pejam celik..lagi 8 hari,insyaallah dah nak raya.
Seronok of coz lah seronokk kan??aje giler tak seronott??
tapi sedih juga la.. our 'fitness training' dah nak ended.
Pasni mau melantak balik mcmbiasa.
Cantik nya Islam..dalam setahun ada 1 bulan...
Bulan istimewa.. yg akan merubah life style kita.
Lain dari bulan2 lain.
Then Allah bagi kita raya..sbagai meraikan kemenangan berpuasa di bulan Ramadhan.
Bayangkan agama2 lain?
straight je hidup diorang tahun demi tahun..habis mcm tu je.
Takde apa2 special kan?? setakat raya diorang sehari dua..
Kita???? sebulan(ramadhan) plus sebulan raya(syawal)..
so 2 bulan kita flush balik rutin kita.
Another 10mths.. kita hidup mcmbiasa...
Eh best sangat tu kan..Alhamdulillah.
Syukurr sangat kita dilahirkan dalam Islam dan Iman. Ameeeen.

Btw..
Weekend ni byk pula gambauu..so i separate 2 lah entry ye.
tadek la berdarah idong koang membaca.. hehehe

 Ni first pic main bunga api budak2 ni kat umah mak; Ampang...

:: pokde dah siap pasang pelita 4 batang... ::

:: Ikutkan tiap2 malam pun diorang main bunga api.. slalu pacik2 diorang lah melayann..lepas tarawikh ::

:: Seronok ada bukda2,kan? leh tumpang mengelinjarrr sama.. :: 

:: terselit paknyah diorang..pun main jugaaaaaaaaaa.. lampu lap lip dah ON.. :) ::

.SABTU.

Bawa kereta service kat Toyota Service Center..Biasa pergi yg dekat Taman Midah, Cheras..

:: Kat entrance kemain elok perangai...lapang... legaa..:: 

:: Sekali masukk dalam... amaigaddd!! melaut maknosia! sampai kena tumpang seating kat meja orang... Cramping!! Bukan takat orang melayu je ralit nak service sbb nak balik kampong raya.. yg juak2 cha ya nun aliff pun mengemut2 dlm ni. tlg bg laluan sat bulih dak?? haishhh ::

:: kat sini mmg ada hot drink dispenser..siap ada nasi lemak bungkus +biscuit. I dgn Suami kalau mai sini time tak puasa mmg berulang je bedal hot mocha or latte diorang.. sedapp woii... nasi lemak diorang punnn acengginii punya sedapp.. sebab kami puasa..i syak mesti nasi lemak dia byk lebih tak abiss :p ::

:: Ni muka mula2 sampaiii.. mampu lagi renyehh..tau la nasib dia kejap lagi cemanaaa.. ::

:: Ni dah start merempan2.. Hoii kemain lamaaa.. dari kol 9am sampai kol 12 lebih tak sudah2!! I dah membebel..merungut2.. tnggal tak berguling2 kat lantai je lagiii... Sbb i byk kerja nak buat..mcm buang masa sangat melangutt gitu.. Petang karang nya kan family I nak berbuka kat umah I.. dgn baju tak berbasuh, tak ber-iron(friday kan kami tidur umah mak). nak buat kuih sikit.. nak kemas umah. I kenotttt la keje terkejar2 ni..i ni kan peel nya orang yg semua nak organize.... suami i siap berikrar, tanak bawa i dah pi service kete! bingit gaknya i merempan2 kat situ.. kah kah kah. Marahh letteww. weekkk..tanak bawak sudah, nama ko dolahh! lalalalala.. kita tgk nanti...dia nak bawa ke tak... dia mana leh pi mana2 i tadekk.. acah mak enon je tu..kita tgk nanti..  ::

Kol 1 lebih settled, shoot terus balik Kajang.
Singgah Pasaraya Billion kejap cari barang2.
Nak beli barang buat koktel sikit..and..
Konon nak buat popiah....
Jom laaaa kitaaa....

POPIAH PEMPUAN CANTIK FROM DAPUR KAK ESAH

Amboi tajuk album kau... kompiden sangat tuuu pangaii!!
Andaikan nak resipi.. follow cete bawah ni.. 
 i put caption kat gambar k.. kacang sangat neh... 
takat nyambil2 je dah siappp.... 

:: Antara tajuk utama... sang carrot.. Nampak tak tempat menyagat i tu?? best woooo... takde plak pic complete set dia.. mcm2 ada dalam set tu.. later i tnjuk k..berbaloii kalau beli! senang giler zap2 settled keje menyagat I ::

:: 1. Carrot + sengkuang di sagat2 ::

:: 2. Cendawan shitake. I rasa boleh je kot pakai cendawan hitam ke apa2 je la cendawan yg korang rasa OK. Cendawan butang pun ok kot kan? Cuma shitake ni ada special smell.. aroma dia buat rasa sedap kot.. mandai2 je haku. hahha::

:: 3. bawang besar or bawang benggala + bawang putih diracik2. Cendawan tadi pun dihiris2  4. Kiub ayam seketul. Tadek dlm gambau. dia pemalu sket.. :p ::

:: I buat 2 jenis..1 tanpa crabstick and cheese. Sbb ayah tak makan cheese. Yang lain2 i campur 2 bendalah ni.. crab stick tu i belah dua. tak suka byk2 sgt..nnt rasa dia lari. cheesedale tu,sekeping..  i kerat 3.. tayah la tamak2 buh byk2..less is more.. aceaceaceace ::

:: Kulit popiah from KG PASTRY. Ni je slalu i guna. elok molek budi pekerti dia..menyenangkan keje I. ::

:: Ni haa bahan2 dia.. Daging ayam Kisar RAMLY dilupa jgn. ::

:: Tomis bawang2.. tabur sket lada hitam..lada putih ..sampai naik bau...then masukkan kiub ayam... pastu perasakan dgn garam siap2..tayah buh garam byk k..i buh sikittt sangat..sbb kiub dah masin.. ::

:: Masuk ayam kisar... kacau2.tayah lama sangat.. ayam dia kan dah siap hancur ..so cepat masak. Kuali berkerak tu buat2 lah tak nampak. Kuali orang hebat2 masak mmg mcmtu. tak sempat kering..eh dah nak masak menu lain... hahahhaha (baca je,percaya jangan!huhu) ::

:: masukkan je semua bahan2 lain..masuk je semua... kecuali cheese and crab stick. kacau2..tayah lama sangat, sbb carrot and sengkuang i dah sagat halus.. kang lembik sgt. Ada pun biarkan air dia kering. No good ok kalau inti u olss becak2..  ::

:: bancuh sikit tepung gandum dgn air..nak buat 'gam' masa menggulung popiah jap gi::

:: keluarkan kulit popiah dari plastik..then amek kain lembab..letak atas kulit popiah tu...kalau tak dia mengeras! so susah or pecah la bila kita nak gulung... biar kulit tu lembab2... then bentangkan atas flat plate...letak la inti then gulung.. ni for 1st popia.. ::

:: comel ke idok popia kita?? hehehe. ::

:: Ni popiah kedua. Kurangkan inti sbb nak letak cheese slice and crab stick. ::

:: Acenggini rupa dia... nak lekat hujung dia..letak la tepung yg dibancuh tadi sikit as a glue.. ::

:: Size tak sama besar, sbb SENI. Ok! jgn fikir bukan2. Orang seni mmg mcmni... :p ::

:: Then goreng.. kalau goreng pun nak kena ajar..mcm kes viral budak nak goreng telur suh kakak dia ajar, dari start buka dapur sampai telur mata siap..haa tu harussss pulang balik duit hantaran kat suami korang eh.. nazak sangat perangaiiii tu.. kawan I.. Ain J tu pun tau ok cemana nak goreng telur.. kalau dia tau..org lain mesti tau... dia kan penanda aras..hahahhaa.  "hai Ain..nnt dtg HKL kita salam2 k. :p" . rupa popia ni kurang ajar plak ptg tu.. tanak plak kerjasama dgn I. Dah tau i nak buh dalam blog.. memburuk juga rupa dia! mcm kena sakit kulit plak... tapi rasaaa diaaaa??? Allahuakbar..toksah dok cete byk aiiiiihhh... i buat dalam  40 ketul...gone!!!Inti padat. Ayah i yg cerewet bab makan tu pun makan byk... apa makna dia tu?? apaa??? *kena panah petir sbb riya'*. hahhaha

Pencicah dia i import dari Ampang. Gagaga.
Dia kalau tak libatkan mak I; Chef Ramlah tu..mmg tak sah!
Btw i buat popia ni kan soang2..dari A sampai Z..
Penuh tekun dan tawadduk.. i ngadap.. 
Nak bagi family makan,sedap2.. i gentel molek.
Masa goreng pun,satu pun tadek terbuka ke merekah ke apa...
Elok je akhlak diorang... Alhamdulillah.

Next entry kita cete pasal Iftar k...