Wednesday, June 29, 2016
SATU BENDA/PERKARA YANG KITA SUKA MASA HARI RAYA! ONLY ONE!!!
Since Raya mood sudah mari..
Jom kita main2 list out perkara terpaling favorite yang kita suka masa hari raya.
Mesti pilih 1. yang TERpaling suka!
JOM!!!
Lagu raya TERpaling favorite :
SELAMAT BERHARI RAYA by RAHIMAH RAHIM
:: Jujurnya i ada namploh belas lagu raya yg I suka. Nak2 lagu nostalgia lama2. tapi since kena pilih 1..i pilih lagu dari makcik ni. I tak tau atas dasar apa..tapi bagi i lagu ni cukup rasa.. lirik dia pun comel and sesuai tuk makna hari raya sebenar. Bedah pun i yakin dia suka lagu ni. rasanya kitrang start suka lagu ni sejak program Gala Aidilfitri dalam tahun 1998 macam tu kot. Ada AC mizal, 4u2c, ziana zain etc. Diorang nyanyi siap dgn joget..comelll sangat ...! ::
Selamat berhari raya
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Ucapan ku untuk semua
Kita mengeratkan semula
Hubungan saudara
Yang terpisah
Yang jauh berkirim salam
Yang dekat berkunjung-kunjungan
Maaf dipinta dan diberi
Semoga ikatan berkekalan abadi
( korus )
Dalam kita bergembira
Pasti ada yang berduka
Enak menjamu selera
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
Jangan lupa yang tiada
Selamat berhari raya
Walau di mana kau berada
Suka-duka silih berganti
Apa pun dugaan
Tabahlah menghadapi
Baju raya TERpaling favorite: Kurung Moden
:: Kurung biasa, cuma tadek pesak kiri kanan. Onggemok mcm I..pesen apa lagi lahh yg sesuai kan?? abis kuat pun, elok sarungkan kimono je terus.. straight cut.. langsung tayah cutting2. keji nau plak nampak nye kang..kan?? ::
Tudung raya TERpaling favorite : INSTANT SOFT AWNING
:: tudung terpaling senang dan menjadikan I jelita tanpa perlu dipertikaikan lagi(bapakk konpiden budak ni!). tapi kannn..raya2 ni kena lah ada different sikit dgn muka pegi keje kan?? buat masa ni, i rasa nak pakai tudung cenggini je. final nnti kita tgk la cemana jadi nyaaa... kot roh melaram i dah datang, i pakai turban ke kan??? hahahha::
Kasut raya TERpaling favorite : SIMPLE WEDGES
:: Again..dah la gemok ..pendek plak tu.. takkan nak pakai high heel 10inch plek kan?? dah tu nak pakai flat shoes mcm ballet tu osah merayapppp..merendang... so jalan selamat.. wedges tggi2 gini je la. Janji sarung je terus. tayah nak bertali2 bagai, kang ko terkial2 nak buka kasut..dah licin makanan. Padahal misi raya, mmg makan kan?(jujur sgt kau ni!). So igt...pakai yg selesa and easy...lagipun nak vogue sangat pun, kg I tu byk taik lembu... ::
Kuih raya TERpaling favorite : Biskut sarang semut
:: Sangat suka ok. Pertama dia ni. Kedua tart nenas lah. Since tart nenas tak raya pun i mmg akan order and ngap2. So sarang semut ni i bagi dia juara! Sedapp ok!!! jgn tanya i resipi..i debik kang!! i tau makan je! Tapi i tgk kazen2 i buat..tepung tu lepas2 uli , diorang simpan dalam esbok seharian. esk nya diorang parut2 masuk dlm cup ni.. pastu tabur choc rice. sarang semut terpaling win i makan kazen i;alang nor anak paklang babu buat! tggu baik raya nnti.. koang terjah laa ketupat rendang...i selamber je pi buka balang kuih raya dia nnti... walau dia semawa makan rendag je. kesah ke I? ::
Juadah raya TERpaling favorite : LONTONG
:: Walau pun time tak raya pun melambak leh dapat, tapi i tetap istiqomah dan setia dgn beliau. Dapat plak kalau ada telur puyuh dalam tu.mmg leecheen la i kutip. tak tinggal org belakang dah.. hahhahaa.. I love lemang oso rather than ketupat2 ni semer. sbb bagi i ketupat/nasi impit ni tawar..kalau masuk mulut I, I rasa tawar je. kena cepat2 adunkan rendang ke, kuah lodeh ke dalam mulut,baru leh telan. kuah kacang?? very not me! tah..i pun tak tau kenapa. kalau adik badik i..terjliat2 sudu makan kuah kacang mak I.. I mmg ekor mata pun tak pandang... sbb tu i bergaduh kalau org suh I tampi2 kacang. Eh kau nak makan kan? sila lah tampi.. i makan food yg simple2 je tak renyah2.. hahaha... ::
AIR raya TERpaling favorite : LONG CHAN
:: Kenal tak?? kenal tak?? Ni biasa orang Melaka akan dapat stok from Rembia. Gitulah sikit2 asal usulnya...tapi since i kecik2 pakcik2 I mmg akan beli air ni berkotak2..tetamu datang, tuang terus dalam ais.. eh senang sangat tu..botol kaca dia tu yg ada nilai estetika & old skul!! pada yg x penah minum(eh koang baru balik Mesia ke??.. :p), ni ala2 air bikarbonat (air gas) juga la. cuma gas dia sgt kurang. and rasa dia kamponggg sangat!! minum je, terus terbayang ada kat kampong.gitoo..huhu. Perisa terpaling suka; ice cream soda. Skrang ni dah ada kencing manis sikit2 ni, harus lahh i minta air sirapp jernih je kot.. sob2 ::
Bunga api TERpaling favorite : BUNGA API BESI
:: I mmg suka sangat layan bunga api besi ni. Koang tau ke idok?? sbb percikan dia lawa..dan tertumpu..tadek la mcm bunga api biasa tu bersepah2 bersepai2. Lagi 1 dulu2 punya jenis, bunga api ni bila kita buat2 mcm tulisan...nnt berbekas tulisan tu kat udara... tapi awas ye..besi dia opkos lah panas..kau jgn cuba2 lepas abis, kau pi tatoo badan orang... ! ::
BEG raya TERpaling favorite : WRISLET
:: LV? Prada? Gucci? Christian Dior? Eh silakannn... tapi bagi I... mekaseyy je. Sbb i raya mmg tuju makan and sembang2. I tak sempat nak perati2 hbag orang. Pastu wat nyusah je i nak suap makanan..kang kejap2 perati beg ada ke x...senang2 i bawa wrislet je(pic wrislet I sendiri). Janji muat handphone and IC. Sat g org igt i org bosnia kang..susah juga tu... angpau raya siap2 bajet buh dlm poket suami. ::
PERFUME raya TERpaling favorite : MIRACLE LANCOME
:: harus juga kita beri pengkhususan. Bkn main tabuh je dok?? Sbb sat g nak salam peluk raya, buat nya salah pakai jenis perfume, tengik.. menyumpah org pagi raya.. "ni minyak wangi tumpah ke?". haaa kena elok perangai juga bau perfume yg kita nak pakai. I rasa mcm Lady Million, La Vie Est Belle, Hypnose ke.. agak kuat..boleh mengundang cacian org dalam hati tu.. elok2 dia dah maafkan kita, di carutnyaa pulak setepek. tahun depan pulakk tggu nak minta maaf. huhu. Miracle ni I and Ain J dah iktiraf sebagai perfume WANITA WAJIB ADA.. sapa tak pernah bau, pi sogo lekaih..minta sales rep spray sedass.. baru kau tau nasib kau lepas tu! menggelupur korang p ATM bawa keluar duit, beli terus. hahaha. Perfume ni pun ada sejarah kat I. So sekali harung la pakej menjadikan dia perfume terpaling favorite i seumur hidup.. ha kau!! Miracle ni ada different volume note. Mula2 sembur bau dia fresh... then berubah pada slightly strong..then jadi segar balik. ala2 gitu laa.. Masalah dia skrang, i dah kehabisan stok miracle ni! *selak2purse*..kena bawa kluar duit tabung haji beli perfume ke cemana ni?? hahhaa.. *dush2 ::
Dah tu je.. I tadek idea dah.
Later kalau igt, i topup.
Alhamdulillah hari ni dah masuk ramadhan ke 24.
dan semakin menjadi2 perangai susah nak makan time sahur I & suami.
dah mcm hapaaa je..makan pun leh jadi gadoh.
Pagi tadi i goreng nugget je.. makan seketol..i pandang dia, dia pandang I.
Pastu I suggest .."kita mandi dulu nak bang? sapa tau lepas mandi,selera sikit?"
Suami i pun setuju. So kitwang pun mandi2.. and buat solat2 sunat etc..
Kol 5.20pm mcmtu baru sambung makan..
Sekaliiii......................sama juga ok!
tetaplah terkulat2 nak menelan.
Hancur lumat makanan tu dlm mulut..tapi nak telan je, kena tolak dgn air..
Nasi mmg suami i menolak keras!
Koang OK ke sahur nya???
Ada tips tak???
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
2 comments :
salam kakaishah
semoga akak dan keluarga sihat sejahtera
selamat berpuasa dan selamat hari raya..
SALAM CIKEL DEAR.
SELAMAT BERPUASA DAN HARI RAYA JUGA BUAT CIKEL SEKELUARGA.
RAYA MEH LA DTG UMAH AKK.. :)
Post a Comment