Monday, February 29, 2016

KENDURI KAHWIN @LUKUT, PORT DICKSON NISMILAN

No comments :

Semalam juga bawa mak ayah pi kenduri kat PD.
Dewan The Grand, Lukut Nismilan.
cantik,besar and bersih dewannya. 
Dewan ni rasanya owned by Grand Lexis.
Sbb nampak byk van2 dia berkeliaran kat parking.
Huhuhu. dengau nya sewa RM6900.
Not bad rabak juga lah.

Kami gerak from Ampang at 9.15am gitu.
8 adult + 2 kids in 1 Innove.
Settled, sardine cap ayam.
Hahahah.
Yg fenting i tatap menjadi mem besauuu duk depan.
Ayah mana nak duk dpn, lagipun i kan tak sihat sgt.
Senang gerak 1 kete, jimat pun jimat.
Jimat kat orang lain la. Kat laki i tak jimat lah kan...
Ngeee..

Kenduri anak tiri abang mak(Pakngah).
Dua2 berstatus J and D. Faham?
huhuhu.
Nothing much to say.
Saja nak kasi pelicin smua pix dlm hp.
Senang nak perambuskan ke cemana ke kan.
Smlm byk pula selpiaq dgn Mak Bedah.
Dah nak kawin balik dah dia 11hb ni.
Hope kali ni everlasting till jannah. Ameen...

:: mak bedah, my one & only kakak ::


:: Ngam2 selpiaq pengantin lalu blkg. cunnn... ::



:: Pengantin senior org kata. huhuh ::

:: with Bonda and cik Pipah(adik mak) Dia bisu tapi baikk ::

:: geng2 merhaban.. pitching ketua kumpulan dia,kemahennnn... kena byk prektis lagi,macik. kipidap n dongibab k! coz u kenduit!!

:: Cinta2 hati saya ::

:: Door gift. I soookaa sbb leh ngap2 kacang ::

:: Pic taken masa bawa dtg opis. Konon nak tnjuk kat kak tun(CC office) sbb dia nak idea for her son/dotter wedding this coming soon... sekali dia cuti. Terus settled sapan kacang dlm tu. bahahaha ::

:: Balik kenduri, singgah Teluk Kemang, Layankan budak2 main kat dataran ::

:: I miss u already lah abam. napa lah suka nak tacing kalau cete pasal abam ni. hmmm ::

:: Keluarga pemakan! hahaha. pi mana2 makan agenda pertama,kedua, ketiga dan seterusnya. Agenda lain tak menareq lgsg! bahahahha ::

Otw balik,senyap sepi 1 kete.
Sian suami i ter-lepuk2 leher bagi ilang ngntok.
Isteri dia mmg surrender awal.
Apa punya turrrr nasib dia..co pilot tiada berguna. :p

ARSENAL CAKE FOR HAFIZ & JIHA

No comments :

Sabtu 13/2/2016 bersamaan hari pertunangan Cik Puan Bedah.
a.k.a kanda i satu2nya.
Masa tu i admitted.
Tapi doktor bagi outing skjp.
Time tu teruk btol keadaan i.
kalau nak kenang, rasa alahaii kesiannn sgt....
Tapi sbb boring gila dlm ward,
plus kesian plak kat Bedah..dia kan my chopstick pair...
I pun balik la rumah kejap.
Doktor and I sign form, and balik.
Janji balik ward semula petang.

Sabtu tu kebetulan bufday Hafiz.
Papa si Aliff and Auni tu lah.
Before i sakit, i ada tempah cake for februarian's bufday.
Hafiz n Jiha (19 Februari).
Kebetulan, both ni Arsenal fan's.
So jom lah kita order cake gambor Arsenal.
I order kat ex-dorm mate i @Samten dulu; Seri Murni.
I requested pix Arsenal(edible picture) and rainbow cake.
2kg =RM90.

I sampai rumah, terus rest kat bilik.
Orang lain kalut ngemas and tlg mak masak.
Menu, mee kari + roti jala + kuih muih je.
Sbb mnum petang.
I mmg melepek takleh buat apa2pun.
Worse nya. Ya Allah tak sangka aku yg terpilih tuk melalui sakit ini. 
Hmmm.

Kol 12pm, Seri hantar cake.
Kebetulan i saja nak tayang2 & surprise2 kat Jiha.
Sekaliiii kannn.. pic LIVERPOOL kau!!!!
Haa btol2 tetanjatttt...
bkn calang2 punya sakit hati lah budak2 ni.
Musuh seteru kata kau!
Hahahahaha tak pasal2 kena potong kek liverpool.
Apa ke halll nya semua ni???
Mula2 malas nak komplen.
Tapi rasa tak best lah.
Sbb i baca balik whatsapp, i beriya2 pesan kat dia; ARSENAL 10000x!!
So i pun whatsapp dia, dia pun berjota2 minta maaf.
Dia beriya2 nak buat balik.
Dia collect balik kek and tempah picture baru.
Dia kata, dlm kepala dia set tu pic Arsenal.
hehehe, tak apalah, human error kan?


:: Asalnya kek dia rupa gini, LIVERPOOL. tak terbakar budak2 tu. dari arsenal jadi liverpool?::

 :: Dalam masa sejam dia tukar pic. baguss btol seri ni.::

::kedut2 sikit pic dia, mebi sbb dia kalut kan?? ::

:: tapi di maafkan sbb kek dia bapak sedappp hoiii!!! rainbow dia layered by fresh and cream cheese! stiap kaler tu mcm ada different taste. Kek gebu. Eh pendek panjang kata, mmg i recommend sangat2!! to those yang nk order, leh halo2 i (aduhai, 3 ketol tu jg baca pun. kah kah kah) leh kita pjg2kan rezeki orang. Dah la osah halalan thoiyyiban ::

Dah  plan mcm2 kek nk order for the next2 event.... :)




ME'NATE STEAK HUB WAS FINGER LICKIN' GOOD!

No comments :

Assalamualaikum Ya sahabati!!!
Kembali bersiaran.
Dan sekarang ber-siaran ni pun ikut keadaan kesihatan si esah.
Allahuakbar.
I mmg tak lalu sangat nak cerita detik2 time MC,sakit.
Tanak kenang. Allah. Allah. Allah.

Jom hepi2 jap???
Cete bab makan nak??
before tu kan..i nk ngadu domba jap.
Masa sakit aritu, berat i merudum terus 6-7kg's dlm 2 mggu!
Tak makan + muntah + cerry berry = weight loss.
Wait2..jgn mudah terpedaya...
Bila dah ok sikit je, makan tak seberapa pun.
Setiba2 berat mencanak2 naik.
Hebat2. Metabolisme jenis apa badan kau esah????
So kau nak menggajah sgt babat2 kan??
alang2 meh pow laki Menate' Steak terus.
Makan byk = gemok = puas hati kannnn??

Its's just happend last evening.
Lepas balik kenduri kat PD,
Pi carefour cari syampu suami and brooch.
Sbb arini nak keje,tadek brooch.
Nak pnjm brooch mak, omangaiiii...
brooch dia besar gabak, elok terkapak kat dada i nnti.
so jom la beli brooch sndiri.

Lepastu shoot pi Me'nate cawangan Ampang Jaya,
for first time ok!
Jakun tak jakun.
Ain J tu, me'nate tu bagi dia mcm mkn McD je.
I je terpeghak2 lagi!

Jgn buruk sangka sgt kat Si Me'nate ni.
Sbb ada bykk choice depends on ur taste and ur budget.
Eh melambak je yg RM30++ gitu.
Yg cheaper tu, lembu biasa.
Lembut ragut rumput ke hapa???
To those yg tak pernah dtg, tayah gigil2 takut nebes bagai k.
Buat mcm i. Masuk2 je kedai, budak tu welcome kami.
terus i bgtau dia "dik,akk pestime datang, tlg suggest pls".
gituuu. terus dia bawa pi kat freezer and ceramah kat i pasal daging.
I sukaaaa!!!!
Jgn bodoh sombong. Kita wat bangang2 je.
nanti orang pun suka nak tolong tnjuk kann??

I kan tengok daging mentah pun , dah ceces2 ailio.
Kanibal ke apa kau ni???? gagagaga.
Cembiasa la, daging terpaling pemes jenis wagyu(lembu 1st class duk dlm ekon),
ada 2nd class makan gandum.
3rd class bla bla.
Eh I mmg tak fokus sgt, sbb i ralit tekan2 daging cari yg lemak byk sket.
hahhahaha.
Lepas pilih nak daging jenis apa, pilih part daging plak.
Nak belajar?? moh kita usyar sikit2 moh..

:: Ok? mcm complicated je kan?? ::

:: Ha ni senang sikit. So bhgn steak selalu org pilih Sirloin. Rib plak daging yg diambil dari tulang rusuk. Dia buang tulang rusuk and amek isi. Itu rib. T-bone dekat2 dgn rib juga. Loin tu batang pinang, memang lembut la.. Tapi loin tu kan org selalu buat rendang. Buat steak i tak sure sedap ke tak. memandai je kan? hahahah. Tenderloin part lembu yang tak byk buat kerja, so lembut juga bhgn tu. And sapa2 yg tak suka lemak sgt, boleh pilih Tenderloin. Sbb kurang lemak budak ni!. Eh pendek kata, mcm tadek tmpt pun tak lembut kan? so gasak koang lah nk pilih part mana. hahahah. tak guna btol SIRI PEMBELAJARAN BERSAMA ESAH NI. bak balik duit yuran!! hahaha :p ::

:: Tapi I suka yg ada lemak2 sket, baru ummphh steak tu kan. Dia jadi juicy and meletop pom2 dlm mulut ::

:: Ni wagyu. Lembu ngada,duk dlm ekon. I tgk kat sini paling mahal pun RM300++ gitu je. Berat? Rata2 dlm 200gm++ ::

:: Dah pilih daging, pilih cara masak plak. I mmg slalu choose Medium Well. tak berani nk try medium rare etc. Takuit tumbuh siong. Hahahah. Tapi tayah la koang pilih Well Done, sbb daging tu dah well cook, tak berapa juicy and sdikit keras. ::

:: Smlm I nak makan steak. So suami i pilih kan yg 2nd class punya daging. Lembu kasta kelas kedua gitu. Sbb kelas pertama i takuittt! takut lagi senang my blood up stairs. huhu. Ni berat dalam 222gm gitu. RM85.00 sahaja.

:: Lupa nak kabor, kat sini pun ada kamben. Cara dia sama mcm beef td. Pilih sendiri from freeze. Suami i bff dgn kamben. So dia choose kamben, RM56.00. pun sedap giler ::

:: haaa can see the pinkish2 of the meat ken ken ken? dapp jahhh ::
 
:: Jd Chef wan laki i aritu meleter pasal daging. I makan sambil tutup mata, tutup idung. sbb jakun sgt nak feel n bau daging tu. kah kah kah. Villllll gilerrr weeyy!! ::

Bab portion, memang sangat mencukupi perut2 kita.
Diorang bisness lama dah kot?
so mmg expert dah bab2 nutrition etc.
Apa yg dia pack tu mmg cukup or lebih sikit la for us.
Nampak mcm "ek eleh, ni celah2 pankreas je ni."
tapi sila percaya. Ia mencukupi.
Kalau esah kata cukup..apatah lagi wengkorang kannn?? 
Jgn melawan..  :p
 Overall, I bagi 4 **** stgh la.
Sbb daging ia, mmg fressh sgt.
Ada bau2 lembu sikit,bau taik lembu je tadek. Dunwori. hohoho
Nak kata pasal presentation or gravy, i tak rasa pun they're really care for it.
Dia btol2 nak kita feel the meat itself. Thats' it. 
Gravy dia bagi brown sauce, ada a bit button mushroom inside.
And the steak both beef and lamb comes wth very sedap giler mashed potato and coleslow!
Free flow drink, ada cold n hot drink.
I satisfied, sama mcm makan steak kat Victoria Station.
Cuma VS won bab gravy laaaa.
Me'nate ni byk branch kan??
Can search by yourself lah ye...
But mine, smlm i pegi Cawangan Ampang Jaya.


ME'NATE STEAK HUB
16, Jalan Kerja Air Lama Satu, 
Taman Shuet Liang, Ampang,
Selangor, Malaysia
Hours: Open today · 12–11PM
 


Friday, February 26, 2016

POLIGAMI; TIDAK BERLAKU ADIL KERANA TERIKAT PERJANJIAN

No comments :

Soalan; 

Assalammualaikum.Saya ingin bertanya satu soalan. Kawan saya merupakan isteri kedua, baru2 ini berlaku sedikit pertengkaran berkaitan tanggungjawab suami. Si isteri ingin lebih perhatian malangnya Si suami tetap menyatakan tidak dapat memberikannya kerana itu sudah termasuk dalam perjanjian yg telah sama persetujui.

Jawapan;

Bismillah walhamdulillah wassolatu ala Rasulillah,

Suami yang berpoligami wajib berlaku adil kepada kesemua isterinya. Sebarang syarat atau perjanjian dengan mana-mana pihak untuk menafikan hak pihak yang lain, syarat atau perjanjian sebegitu tidak sah di sisi syarak, wajib dibatalkan dan hendaklah kembali kepada tuntutan syarak kerana kehendak Allah mesti diutamakan dari kehendak manusia. Firman Allah (yang bermaksud); "Berlaku adillah kerana adil itu lebih hampir kepada ketaqwaan" (al-Maidah, ayat 8). Sabda Nabi SAW (bermaksud); "Mana-mana lelaki yang memiliki dua isteri, lalu ia hanya cenderung kepada salah seorang sahaja dari mereka berdua, hari akhirat nanti ia akan tampil dalam keadaan senget sebelah badannya" (Sunan ad-Darimi: 2252. Abu Daud: 2133. dari Abu Hurairah RA, isnadnya soheh). Sabda Nabi SAW tentang syarat; "Sebarang syarat yang bertentangan dengan kitab Allah ia tertolak sekalipun 100 kali disyaratkan" (Musnad Ahmad; 25504, dari Aisyah RA, hadis soheh).

Wallahu a'lam.
Posted by

Monday, February 22, 2016

SUSHI KING PENYEBAB I SAKIT KE??

3 comments :

Assalamualaikum.
Amboi, baru elok sakit, kemaheeenn supannn.
Make it short, today i baru start kerja after MC almost 10days.
And 6 days admitted @hospital. 
Not suprising at all lah kan? kalau i MC pjg2 pun.
Kat dahi mmg dah tulis siap kot... hmmm.
Syukur Alhamdulillah, Allah terus beri peluang dan kesempatan.
Nikmat kesihatan ni antara nikmat terbesar selain nikmat Iman dan Islam kan??
Tadek value lebih hebat.
Tak sihat, apa pun tak jadi!
Nanti i ok sikit, i cerita kronologi sakit.
Nak kata gelombang CA kedua pun, mcm tak kot.
Sbb kali ni i sakit sbb blood infection teruk.
More than 200 infection in my blood! high and scary ok!

Actually, I tak fully recovered pun.
Baru 75% ok. and the rest, i masih rasa mamai2.
Badan pun masih huyu hayang lagi.
Now almost 12pm, pagi2 i datang office, keje dah ada.
So i pulun buat keje, sambil tersengguk2 juga mata; letih.
Tapi ok la dari duduk terhongok kat umah.
Dok kira denting jam, bila lah nak petang.
Bila lah suami nk balik.
Then bila malam, meresah tak leh tidur.
Subhanallah.

I teringat, last i kerja was on friday ; 5th Feb.
Balik tu singgah Alamanda makan Sushi King.
Esok nya sabtu, pagi i masak bihun ( HELLO WORLD!! I MASAK OK!!).
Then petang tu i start demam................till drop.
So i terus syak i makan kat Sushi King tu buat i dpt infection.
Tapi i tadek pun sentuh raw2 meat mcm salmon ke tuna ke octopus ke hapa.
Meh tgk i makan apa on that day...

:: dah canggih order online. most of sushi restaurant, mmg suka guna sistem ni. ::

::Edamame. Kacang terbest and terfavorite laki bini :: 

:: Dragon ball. haha sokati kau je kan?? apa ball tah. Tapi telur rebust coated by breadcrumbs pastu perintikan dgn salad. sedap nak mamffffussss. ni kami settled 2 plate. ::

 :: Set rice and chicken tak igt nama. Come with Chawan Mushi. I loike!! Husband punya. sedap lulus. And fully cooked. bkn mentah2::

:: Kegemaran sepanjang zaman. Soba tak igt nama. Tiapkali makan sushi king, it is a must menu to be ordered!  Pun fully cooked. tadek mentah2::

:: Lemonade and orange yogurt. Mentah ke?? tak kot kan?? ::

:: Ha ni mentah. org mentah! HAHAHA. tak kelakar. :p ::

See? i tak sentuh plak sushi2 pelik2.
Allahua'lam....
Tapi tetaplah byk jangkitan dalam darah i.
Kena aware lah kan bab makan2.
Betul2 kena jaga.
Kebersihan dan kesucian.
Mohon kuat semangat esah! 

Oh my dearie prend, Ain J is on EL today.
Tak dapat lah i nak melepaskan rindu dendam pada beliau dan.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
TART GEMOK GAJAH HEBAT ittew.
Hahahahaha. 



Friday, February 19, 2016

MAKNA KHALWAT, HUKUM WANITA MENERIMA TETAMU LELAKI

No comments :

Soalan; 
Salam ustaz.. saya mohon pencerahan dr ustaz.. Begini, 3 org sahabat zaman sekolah saya menyinggah ke rumah kampung saya sebentar td. mereka sempat bersolat maghrb dan isya' serta djamukan dgn sedikit maknn oleh ibu, nenek dan ibu saudara saya. Namun, sgt mngejutkan bila usai solat isya datuk saya yg baru pulang dr surau mula me'negur' sahabat2 saya. beliau (datuk) menegaskan bahawa beliau tidak ingin bersubahat bersama kerana haram sekumpulan lelaki menziarah seorang wanita bukan mahram. Sungguh saya malu dgn tindakan datuk menegur sahabat saya yang dtg menziarah. Soalan saya apakah benar Islam tidak membenarkan had ziarah-menziarahi sebegini? terima kasih atas perhatian ustaz.

Jawapan;

Bismillah, walhamdulillah, wassolatu ala Rasulillah.
Nabi SAW menegah lelaki ajnabi* dan wanita ajnabiyah* berduaan sebagaimana sabdaNya; “Janganlah seorang lelaki bersunyian dengan seorang wanita (yang bukan mahramnya), dan janganlah seorang wanita bermusafir kecuali dengan disertai  oleh mahramnya” (Soheh al-Bukhari; 3006. Soheh Muslim; 424/1341. Dari Ibnu ‘Abbas RA).(*ajnabi/ajnabiyah; yang asing, iaitu tiada ikatan mahram).
Istilah berduaan/bersunyian hilang apabila dihadiri bersama oleh orang lain. Oleh itu, para ulamak (antaranya Imam an-Nawawi) menfatwakan; jika perjumpaan antara lelaki dan wanita disertai oleh orang lain sama ada oleh lelaki yang menjadi mahram wanita itu (bapanya, abangnya, anaknya yang telah baligh dan sebagainya), atau wanita yang menjadi mahram lelaki tersebut (ibunya, kakaknya atau sebagainya), atau dihadiri bersama oleh wanita lain yang dipercayai yang menemani (seperti kes di atas; si yang bertanya ditemani oleh ibu, nenek dan ibu saudara), maka perjumpaan itu dibolehkan pada hukum Syarak kerana ia terkeluar dari makna khalwah (berduaan/bersunyian) yang dilarang Nabi SAW dalam hadis tadi.[1] Namun ia terikat dengan syarat; aman dari fitnah dan keraguan.[2]
Maka yang diharamkan ialah;  berduaan/bersunyian antara seorang lelaki dan seorang wanita (keduanya ajnabi) tanpa dihadiri orang ketiga bersama mereka. Menurut Imam an-Nawawi; keharamannya telah diijmakkan ulamak. Menurut beliau lagi; turut diharamkan ialah jika yang hadir bersama mereka itu ialah lelaki yang tidak disegani oleh mereka kerana masih kecil seperti anak berusia dua atau tiga tahun atau seumpamanya kerana kewujudannya sama seperti tiada. Begitu juga, turut diharamkan ialah jika berhimpun ramai lelaki dengan seorang wanita. Adapun jika berhimpun seorang lelaki dengan ramai wanita, mengikut pandangan yang soheh; dibolehkan (*dengan syarat tadi, iaitu; aman dari fitnah dan keraguan). (Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi).
Merujuk kepada soalan, maka diboleh seorang wanita menerima tetamu-tetamu lelaki dirumahnya dengan syarat mematuhi hukum-hakam dan adab yang telah ditetapkan Syariat, antaranya;
1. Dihadiri oleh orang lain yang disegani sebagaimana dijelaskan tadi
2. Tidak membuka aurat
3. Selamat dari fitnah dan keraguan
4. Menjaga adab-adab pergaulan lelaki dan perempuan; tidak berlaku ikhtilat.
5. Tidak disertai program maksiat
Wallahu a’lam.
Rujukan;
1. Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi; jilid 9 (hadis; 1341).
2. al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 19/268 (perkataan; ‘khalwah’).
3. Fatawa ‘Ulamak al-Baladil Haram, hlm. 679.


[1] Lihat; Syarah Soheh Muslim, Imam an-Nawawi; jilid 9 (hadis; 1341).
[2] Lihat; Fatawa ‘Ulamak al-Baladil Haram, hlm. 679.

Friday, February 12, 2016

MAKMUM MASBUK KETINGGALAN DARI RUKUK BERSAMA IMAM KERANA INGIN MENGHABISKAN FATIHAHNYA

No comments :

Soalan; salam ustaz, apabila makmum angkat takbir sejurus imam habis baca fatehah... disebabkan imam baca surah pendek dan terus rukuk... ditambah pula makmum bacaan fatehahnya agak perlahan... perlukah terus ikut rukuk bersama imam atau menghabiskan bacaan fatehah dgn syarat tidak tertinggal 2 rukun.

Adakah solat makmum tersebut sah sekiranya tidak rukuk bersama imam semata2 ingin menghabiskan bacaan fatehahnya. terima kasih ustaz. mohon pencerahan dan salam Ramadhan.

Jawapan;

Bismillah. Makmum yang terkemudian dari imam di mana ia mula ikut imam ketika imam hampir rukuk (iaitu tidak cukup masa baginya membaca fatihah hingga selesai) atau ketika imam telah rukuk, ia dinamakan makmum masbuk. Makmum masbuk dimaafkan untuk tidak membaca fatihah atau tidak menghabiskan baki fatihahnya, kerana fatihahnya ditanggung oleh imam. Oleh itu, apabila imam rukuk, wajib ia turut rukuk bersama imam. Jika ia tidak rukuk bersama imam -kerana ingin menghabiskan fatihahnya- hingga imamnya bangun dari rukuk (dan ia ketinggalan rukuk bersama imam), perbuatannya itu makruh dan luput rakaat tersebut darinya (yakni dia wajib menambah rakaat selepas imam memberi salam). Jika ia ketinggalan dari imam hingga dua rukun fi'li, batallah solatnya. (1)

Wallahu a'lam.
Nota;
(1) Terjemahan al-Qaul at-Taam Fi Ahkam al-Ma'mum wa al-Imam, Dato' Syeikh Haji Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar, hlm. 25.

Friday, February 05, 2016

BUNIAN WITH SPECIAL GUEST & KENDURI TAHNIQ SHAKIR ZIKRY

1 comment :

I nak clean up my pic folder.
So bayar hutang up entry mana gambar yg ada.
Kejadian on 30 Jan 2016 (saturday).
Bfast kat Warung Bunian ( refer this).
Tapi I ajak bedah and her soulmate skali.
Soulmate kekdahnya! hahaha. geli tiyak tittew!
Kami sampai dlu.
So order siap2.
Bkn leh pakai sangat warung ni.
Nasi Lemak dia cepat nauu pinissss (finish).

:: For i,husbnd and bedah ::

:: roti jiwa kacau for bakal abolong(abg long).hahaha 

:: Syyhhh dipertontonkan. dah jgn cakap apa2. Insyaallah hati baik ni. Ameen :p ::

Balik,siap2 nak pi kenduri cukur jambul anak ina (kawan office) plak. 
Umah dia dekat ngan umah mak.
Kat Taman Mawar Cheras.
Her baby Shakir Zikry mau tahniq & cukur jambul.
Dulu i ada up entry pasal visit baby zikry... here ...

:: Sampai2 capai pinggan dlu. Sorang maknosia(geng opis) pun belum sampai. eh ada nik & wife lah. So i jatuh no.2. Sedap2 lauk dia... :: 

:: Sorang2 datang... with suzi n her dotter, anje pina. ::

:: Ni semua geng2 opis I ::

:: tada...Ni lah pengantin aritu. Dah tanggal baju siap. Panas belendiaq!! dah almost 5mth dah ia... ::

:: Jgn nak gelak2. Auntie esah gewwam k! montek2 shakir... :: 

:: Bekgraun tu sebok je... malas nak crop. redho je lah! hahahahha ::

Baru pasan gambar tuan tanah kedaung, tadek!
hahahha. Ina, lekaih aaa bagi pic yg reramai tu! 
Leh akk tepek kat sini.. :)

Giler panas berdenting2 time ni.
Banjir cik ketty(ketiak).
Belenjap2 ni celah2 bedah segala.
Balik kenduri Ina, singgah pulek umah Maklong suami I.
Pastu pala i dah berdenyut2.
Tak sabar nak balik,mandi...

Sekian, entry tadek penutup.
Rare kan??? hahaha. 


ZAWARA COFFE FOR FIRST TIME

No comments :

Last Sunday 31 Jan...
Dari rumah mak, singgah umah Maklong suami I.
Amek kain telekung. My bff,Husna nak meniaga.
So alang2 dia ada dekat Bangi Sentral.
Jom lah kita pi hantar terus.
Then lajak lah coffe2 kejap.
Husna can't accompanied us.
Sbb dia bz mengemas kedai dia dah nak katup.
Nak surrender back to owner.
Tak leh survive lah mniaga situ,katanya.
Sbb terlaluu byk kedaiii jual same things. 
Kau penah pi Bangi Sentral ke idok??
Mengemut2 kedai k!
Dari baju,tudung, jubah muslimah2 ni semua ada.
I kenot igt seketul2.
Tapi antara nya ni lah..Zawara, Radiusite, Sugarscarf etc.....
Kebetulan dtg haritu doang buat mcm Sale besar2an.
Bapak lah jem!
Kat situ juga bykkk kedai2 makan yg hipster2 ni.
Kedai makan, minum dlm balang tabung uji pun hado!
eh pelik2 sgt pangai koang ni.
Betul2 pelik. Sampai i tak gamak nk try!
At the end, i ajak suami coffe2 dkt Zawara coffe.
I ada dgr, org kata tak besh pun food dia.
Tapi takpelah, let's we try it first.
tak sedap, 1st and last lah dtg kan??

:: Pager ni dah byk jg i rasa restaurant self-service guna! to those yg tak tau... sampai2 je, terus que kat kaunter and order. Nanti diorang akan bagi pager ni, and koang pi lah duduk. Bila food dah prepared, pager tu berbunyik siap ngan vibrate lagik!...koang g la kaunter to collect your food. Jgn lupa pulang blk pager ni. Nak bw balik pun nk wat per kan?? bkn leh pakai kat umah pun! :p ::

: For husbnd i order kan hazelnut latte ice. fav dia forever! i amek berry tea. Sedap. Harga i tak igt..tapi rasanya latte tu dlm RM12.90. Tea RM10.00. Drinks dia sedap ok. ::

:: Nak declare ni... Tittew nk bgtau tittew kan tak penah makan Churros! giler village tittew kan??? cemuih wei berTITTEW2. terajang nak?? ngee. So tercipta satu lembaran sejarah lah haritu i makan Churros.Diary mana?diary?? i nak catat :p :: 

:: I choose choclate dip. Dia ada choice choc,caramel or butterscotch. I tgk viral ramai yg mkn choc. RM10.00 dapat la 8 ketul. Oooo gitu rasanya churros?? kenapa nya i tak rasa sedap pun weyyy! Ke kat sini yg tak sedap? so mmg tanak order dah churros ok! Bek i makan choc stick auntie's anne kot! ::

:: I up dgn salted egg chicken wings dia. RM19.00 for 8 ketul. Yang ni ok la. 5/10 i bagi markah xm dia. Kalau repeat pun boleh laa dipertimbangkan...masa kat kaunter i nak order jalapeno cheese chicken wings, tp bdk kaunter2 tu bakar2 line  suruh i try salted egg. Alhamdulillah sebaik boleh diterima akal taste nya.. ::

:: Apa yg bestnya, dia siap2 letak food dlm kotak. so kalau rasa2 tak abis, boleh terus katup and bawa balik. gittooo. tayah la kau nak ter-waiter2 pls wrap! Total cost beliau RM48.00. Kalau u all nk try, tadek masalah. Hipster2 ni kdg berdegah2 je lebih kan??? korang jgn over expected lah ye. Sbb sekadar2 je rasanya..... RM48.00 tu i bley p Chilli's. Up lg RM30 dh leh makan sedappp dah tu. but well.... taste and tongue manusia ni kan subjective kan.. ::

:: Mamat ni dulik hapa. dia bab2 makan repek2 ni dia serah kat bini gemok dia 800% tuk uruskan. Tapi bila food smpi, i.allah 70% dia tukang abiskan...  hahhaa. i loike. 

Environment kedai quit OK.
Ada bean bag seated.
Tapi opkos lah susah nak tgk kosong kan?
Berebut kot org nak duk bean bag.
I idok le gemar. cemana wey nak minum elok2 kalau duk beang bag kenn??
dah la kaki mak esah ni nak bersimpuh bagai mmg big kenot lah! 
Deco2 lain, standard2 hipster shop lah.
Dinding batu bata. Kerusi kdg besi2 mcm kerusi dgr ceramah PAS pun ada
Eh kata rare is stylo kan!!!

Wanna try??? 
Ada a few branch.
I pegi yg branch Bangi Central.


ZAWARA COFFEE Bangi Central
3-25-01 Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Seksyen 9, Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor