Monday, November 30, 2015

FREEPORT A FAMOSA OUTLET a.k.a MELAKA PREMIUM OUTLET & ALIFF BERSUNAT

No comments :

Ahad pagi smlm, masih di rumah emak.
Bangun pagi, nak p hantar Afiqah balik UiTM Melaka.
Fetch dia kat Desa Pandan, and zasss terus ke Melaka.
Singgah breakfast kat area2 uitm sana.

:: Makan roti canai kedai kampung, gilerr heaven! roti diaaa garing..lembut gebu.. cuma kuah dia je tak berapa nak ummpphh.. ::

Settled hantar... its still early morning. About 10am!
Ternampak la orang jual udang geragau segar tepi jalan.
Tergedik2 lah memborong 3 longgok = RM15.
Ayah la sukaaa sgt cekodok geragau.
Selalu dia kirim kalau kami p melaka.
Tapi geragau ni bermusim. Bukan sentiasa ada.
Pix geragau yillek pochi.
Sebab tiba2 pakcik2 jual geragau tu kemain peramah bergebang2.
Bila dia tau kami orang Melaka, eh makin rancak kau!

Otw balik, singgah Melaka Premium Outlet baru.
Baru smlm(sabtu 28/11/2015) opening!
Nama dia bukan camtu, apa tah nama sebenar dia.
Ala2 A famosa outlet apa tah.
Tapi sokati i la nak bagi dia nama apa.
Sbb dia blom daftar JPN lagi surat beranak dia. hahaha.

:: Dah nak balik baru tingat nak snap pix building diaa.. panjang... ok la jugaaaa... interior dalam dia, ok juga la..ada air pancut bagai.. ::
 
Tempat ni ala2 JPO. Tapi tak byk brand ada sini.
Coach ke mulberry ke burberry ke mcm JPO.
Nan hado! takat Sembonia,Carlo Rino gitu2 la.
I baru berangan2 nak ngendeng2 suami seketol Coach.
Ya Allah kesiannya I, orang lain  LV, PRADA, MIU MIU, FERRAGAMO selamber je .
I baru terhegeh2 nak rasa Coach? bahahahha. Pity u mak esah!
Tuuu pun tak dapat2 juga!!!
End up settled kat Carlo Rino je.
Carlo Rino je kauu! xyah la kata i nak show-off ke apa tawww..HAAHAHHA...
sila nangess..
So i dah buat perjanjian dgn suami i, i nak p JPO juga2.
Since i tak pernah sekali pun cecah kaki kat sana.
Kesian tuk kesekian kalinyaaa...
kurang2 dpt keychain LV pun jadi lah... tsk tsk tsk. 

:: Giler selesa kasut ni . I nak yg mustard. Tadek size. Tinggal yang display je. I dowan yg display. tah kaki sapa yg test. eeeyyyeew. So kita settled dgn kaler dark peach ni je la. ::

:: Colourful tapak dia, tapi soft and murahhh. hahhaha.. Harga asal RM149. Disc 50%. Sila kira sendiri. I amek 2 pairs terusss. 1 tu sandal. Suami i kata, sayang tak penah beli sandle elok sikit. Bahekk tuan.. Nampak nau selama ai ni dia perati je pangai gua pakai slipper flip fop tu je pi mana2. eh, i yg pakai u yg panass?? apa hall?? hahhaa ::

::CR..::

:: Yang mana satu, idaman qolbu... Ni pun suami i yang pilih. I redho je. Sesekali kita kena appreciate juga taste suami... ::

:: Ha sandle ni lah. tak comel mana pun...tapi selesaaaaa... pun 50% discount.. Eh si mustard tu ada plak kat situ. I nak yg ni lah. Tapi tadek size. I kena amek size 6 kau! sbb size 7 dia mcm longgar. Ehem. Petanda kaki kurus kah? ihok2 ::

:: Cik abang sayang mentayangg.. kat cashier. Kita buat2 la jawab call..tiba2 ada incoming call ke kan... kah kah kah. ::

Kami tak jalan abis pun.
Half way je terus patah balik.
Banyakk lagi store belum buka.
Mostly open 4hb ni. 
And... risau geragau dlm kete tu.
Sekaliii betulll kauu!!
dah membusuk!!
Huaaaa.. Laki i drive kemain laju.
Demi geragauuu! kalau jadi apa2 pada kami, kita putus je lah geragau!!! ggrrr.

Kami balik umah Kajang dulu.
Cepat2 masuk dalam freeze beku geragau tu.
Tapi dah ada bau2 sikit laaa... huaaaa...
Balik umah, sepantas kilat basuh baju. 
Iron baju.
Kemas2 sikit.
Solat zuhur, rest sekejap.
Lepastu balik Ampang.
Singgah makan KFC kat Tesco Kajang.
Sampai Ampang, udang geragau sudah membusuk!
Mesti dah tak berapa fresh kot kan??
Cepat sgt jahanamm nyaaa..
So i cakap kat mak.. "humban kan je lah mak..kang makan sakit perut.."

I sampai2 je... kejar nak tgk 'pengantin baru'.
Abamm lahh! Kan abang berkhatan hari ni!!
Sayang mucuk ciknyah dah jadi Abang Kawasan.
Dah big boy. Dah teruna.
Tahniah abam. Bersunat at only 5years old.
Tu pun 9hb ni baru masuk 5 years.
Syabbasss bettttiii bahiyyyaa!!
Ni lah baru keturunan Tok Senin Gagah perkasa.

:: Mama dia cete, time bius je dia menangis. ::

:: Baru a few hours sunat, dan2 ko jd matured tak tentu hala kan?? malu2 plak ai nk snap pic.. ::

:: Tak nampak plak bentuk kelambu baby kat kaki dia tu. Sapa tah yg kreatif letak kelambu baby kat bhgn pinggang ke bawah. So kain tu takde lah kena kat birdy dia. Lepastu tutup kelambu dgn kain pelikat. Senang kan?? takyah gantung2 atas syiling lagi... tapi bagi budak yang kaki dia pjg, mmg tak praktikal lah kot ::

Malam tu layan Gegar Vaganza.
Sampai 2 peserta je nyanyi, Nassier Wahab dengan Azian Mazian Sapuwan.
Lepastu i dgn suami dah kelaut carribean, laut dalam dan juga laut merah....
ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Sebab dari pagi melenjan kulu kilir kot..


Saturday, November 28, 2015

FAMILY BONDING TIME

No comments :

Dari petang semalam, kami dah balik umah mak.
Ya Allah punya lah seronoknyaaa berkumpul berlapan beradik!!
Semua ada. Lengkap!
Alhamdulillah untuk kesempatan terindah.
So pagi2 Sabtu, i & husband dah keluar p market.
Mak ayah dah siap2 beli ikan mcmbiasa.
Kami plan nak belanja udang besar, ketam ke, sotong ke.
Pi Pasar Maluri. Pasar dia bersih. Ikan segar2 elok2.
But a bit pricey.
It's ok la kalau quality bagus kan?

:: Ingat nak beli ketam, tapi dah beli sotong 2 kilo lebih, tak jadi ::

:: I beli jenahak and kepala dia...tu dlm plastik biru tu, i dah pilih seketul kepala ::

:: Belum masak lagi, i dah menceces ailio terbayang bila dia dah siap masak!! slrruupp ::

:: Eh gambar udang takde pulek. Udang laut, sekilo RM42. Suami i memang bff dgn udang laut. dia tak suka udang sangkar,sungai. Dah settled beli lauk, eh beli pisang tanduk dgn ubi kayu. Osah ongtue2 angat. hahahah ::

:: Dah balik market, i tingin nak makan McD. Nampak model tu bawa tray McD? Jalan penuh gaya melayan tekak binik! Dia tanak makan sgt, sbb mak kat umah masak nasi lemak, x sabo dia nk balik makan. ::

:: Set for two ::

:: Breakie Wrap chicken roll. Buat masa ni, i loike u taw. U jgn buat pangai macam2! ::

:: Tapi korang jgn terpedaya. Suami i makan hash brown je! hahahaha. Dia cover line tembolok bini ia je. hahahhaa.. pisnowo! ::

Tengahari tu, lepas siap2 masak, ayah baca doa sket.
Doa selamat tuk ayep sunat esok, and bufday Emi skali.
Sonokkk makan rebut2.. nyum2.
Menu tak la byk mana pun.
Tapi sbb air tangan bonda kennn.
Ikan goreng pun rasa pelik sangat sedap dia. huhu

:: Udang sambal tumis ::

:: Jenahak kari. Peberet anak2 buah che' ::

 :: Sotong goreng tepung. Ni terpaling laris ::

:: Cukup sekadar 3 menu yg sangat bermakna! huhuh:: 

:: Air soda + asam boi + laici + lemon. Sodappp lahaiii !!! ::

Petang sikit, ayep request nak mandi swimming pool.
Jom lah kita balik umah paknyah; Monte Bayu nunnn.
Esok dia nak bersunat, layan kannn...

:: Kak yah bam2. dan2 jadi kakak bila aisyafiya ada! ::


:: Kemahennnn .... ::



:: Cantik kan view dia?? nmpk nunn KLCC? kl tower.. tapi awas, bawah tuu ada kuburan sih!! ::

 

:: Last2, dia main shower. hahaha ::

:: 2 little girls in family ::

:: view dari jauh ::

:: Ada playground juga. suka budak2 ::

:: This..Monte Bayu... My husband's house. I menumpang je.. huk huk ::

Sejam i lepak bawah, I tak mandi pun.
Lepak2 bawah tu dengan emak,lepastu i dah start tired.
I naik rumah, rest2.
Hmmm faham2 je lah i kalau balik umah monte ni.
Rasa pelik tah cemana tah.
I punggah2 almari, check2 kot ada apa2 yg leh dibawa balik.
Terjumpa lah sesuatu yang membunuh ketenangan. eceewahh ko!!!
Bertabah lah!!

Ok x nak cakap apa dah.
I LOVE MY FAMILY SOOOO VERY MUCH!!
Tu je harta yg i ada. 
Yang lain2, i malas nak fikir. 
Lantak mak kau lah!!!


Friday, November 27, 2015

CHILL at @GRILL, BANGI

3 comments :

Minggu ni kami dating awal sehari.
Sebab ptg ni (Jumaat) nak terus balik umah mak.
Emi(my brother) and his family from Parit Buntar akan balik for 5 days.
Dhani and aisyafiya balik kampung KL. hehehe.
eeeee syokknyaa gather all family member kannn.
Dah tue2 ni most priceless moment bila dpt gathered smua ahli keluarga.
Ianya lebih mengujakan dari jalan2 outing2 kat luar.
Duduk rumah, sembang2..makan2. Chill gilerrr kan??
Ok.i dah tak sabar2 ni.
Tarik napas. Hembusssss. *keluar ingus sket*.

So malam tadi kami p dinner kat @Grill, Bangi.
Betul2 depan Bangi Sentral, sederet Mohd Chan restaurant(Chinese Muslim).
Ni kali ketiga i pergi. 
Restaurant fav si Ain J neh.
Sebab dah buntu tak tau nak p makan mana.
So jom lah kita...

I review from my tongue  & heart taw.
so ikut tekak i la. sedap i kata sedap.
tak sedap,hadap i nak ngaku sedap!! hahaha

:: Interior design. Cozy and cool ::

:: Mine, Mocha. Dalam cup. Husband, Hazelnut Latte,right side. Both sedap. lulus. seketul RM8.90 ::

:: Lamb shoulder. Sedap lulus. I suruh cook medium well. Padahal suami i pnya ni. I kan Queen control. hahahaha. It's juicy. Cuma gravy dia biasa2 sahaja. Mebi sbb dah penah makan yg jauhh lagi best. So Nora bagi 3 bintang setengah. Portion sederhana. Cukup2 makan sorang. Price, RM26.90(lebih kurang.kahkah.lupaa dowww) ::

:: Rupa paras beliau sebelum dicabuli... ::

:: Beef carbona for me. RM22.90. Pun main hantam jaa..tapi lebih kurang gitu2 la price dia. Taste ok. Again,tempat lain bykkk lebih sedap dari ni. Terutama Seri Pacific Hotel,masih ditangga teratas! . Tapi boleh diterima akal lah rasanya. Dia ada put raw yolk atas tu. Kau gaul2 kan lah sndiri. CUMA...aduhaiiiii portion dia sgt kecikkk!!! i sekali kaup je. telan. glup. settled. gitu! and rencah dia, sendu ok! dia pakai bacon ke apa tah yg daging nipis2 tu, ada la a few ketul. Nora bagi 2 bintang 1/2 je! Sorry ::

:: Pinggan tak mengalahh kemain melebauuu.. Isi sekadar di pinggiran putra je! saja snap pic jari i. supaya dpt imagine how the plate size it is. Jari i ok! kan besau?? so tau tak pnggan dia pun besauuu mana? tapi hawau je portion dia ciput. Sedihhh!! ::

Eh i makan ni je ke malam tadi????
patut la pagi dah menggelupur lapar.
Hahahaha.
ooooo malam tadi kan haku tak habis2 nak merajuk.
so kena jual mahal la.
Husband kemain lagi tanya nak makan ni? nak tambah ni?
I mmg belagak sket malam tadi.
Semua.. i geleng kannn.
Ha ini makan dia!

Keseluruhan..ok la makan sini.
Ada menu dia sedap and bagus.
Mcm softshell crabs dia,i x denied la.
Place dia cozy. Service ok. 
Semua average la. Price dia s0-s0. 
Sbb ada yg reasonable. Ada yg mcm.. "eeee mahalllnyaa??".
Leh la buat lepak2 layan2.
Again, taste ni kan sgt subjective juga kan??

U wanna try there?
Nah amek alamat : 

@GRILL RESTAURANT (WESTERN CUISINE)
50, Jalan Medan Pusat 2c, 
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Hours:
Open today · 11:00 AM – 11:00 PM


SOLAT SAMBIL DUDUK ATAS KERUSI

No comments :

Saya highlight soalan ini, kerana saya sendiri bersolat duduk di atas kerusi pada rukun ruku' ke bawah. Alhamdulillah dapat pencerahan.

Soalan; 
Ustaz, untuk makluman saya solat menggunakan kerusi oleh kerana saya tidak boleh duduk antara sujud.  Bolehkah saya solat duduk di atas kerusi sepanjang waktu solat.  Bagaimana dengan solat terawih dan solat sunat yang lain.   Sekiranya kita berhenti solat seperti di tempat minyak petronas tidak disediakan kerusi, bagaimanakah cara saya hendak solat. Terima kasih. 
Jawapan; 
Bismillah.

1. Seorang yang dalam keuzuran diberi kelonggaran oleh Syarak (yakni Allah dan Rasul) untuk melakukan ibadat mengikut kemampuannya. Firman Allah (bermaksud); "Bertakwalah kamu kepada Allah sedaya mampu kamu" (surah at-Taghabun, ayat 16). Nabi saw bersabda; "Bila aku menyuruh kamu melakukan sesuatu, lakukannya mengikut yang mampu kamu lakukan" (ٍٍSoheh al-Bukhari; 7288).

Khusus tentang solat Nabi saw bersabda; "Solatlah dengan berdiri. Jika tidak mampu berdiri, solatlah sambil duduk. Jika tidak mampu duduk, solatlah dengan mengiring di atas rusuk kamu" (Soheh al-Bukhari; 1117).

2. Jika setengah rukun solat mampu dilakukan seperti biasa dan setengah lagi tidak mampu dilakukan seperti biasa, maka yang mampu wajib dilakukan seperti biasa dan yang tidak mampu barulah dilakukan mengikut yang terdaya. Ini kerana para ulamak menegaskan dalam kaedah mereka; "Yang mudah dilakukan tidak akan gugur dengan kerana ada yang susah dilakukan"(1). Oleh itu, jika saudara mampu berdiri dan rukuk seperti biasa, wajiblah saudara memulaikan solat dengan berdiri dan ketika hendak sujud barulah saudara duduk di atas kursi dan melakukan sujud dan duduk antara dua sujud di atas kursi mengikut kemampuan saudara. Jika perpindahan dari berdiri kepada duduk itu menyulitkan saudara atau menyakitkan, gugurlah kewajipan berdiri itu dan saudara boleh terus duduk. Begitu juga, jika tidak menemui kerusi untuk duduk, saudara boleh solat dengan duduk di atas lantai sama ada dengan terus duduk (jika tidak mampu berdiri dari awal) atau duduk ketika hendak sujud dan duduk antara dua sujud sahaja, yakni; lakukan apa yangmampu dilakukan.

3. Itu adalah bagi solat fardhu. Adapun solat sunat, harus dilakukan sambil duduk dari awal sekalipun mampu berdiri, namun pahalanya separuh dari solat sambil berdiri jika ia sengaja duduk. Adapun orang yang duduk kerana keuzuran, pahalanya sama seperti orang yang solat berdiri. Sabda Nabi saw; "Apabila seorang itu sakit atau bermusafir, akan ditulis pahala untuknya sebagaimana amalannya ketika sihat dan ketika dalam negeri" (Soheh al-Bukhari; 2996. Musnad Ahmad; 19679).

Wallahu a'lam.
____________________________

Nota;
(1) Lihat;  al-Asybah wa an-Nazair, Imam as-Suyuti, halaman 159. Mengulas kaedah ini, Imam as-Suyuti berkata; di antara cabang kaedah ini ialah; jika seseorang itu ketika solat dia tidak mampu rukuk dan asujud (seperti biasa), namun masih mampu berdiri, wajiblah dia (memulai solat dengan) berdiri. Hukum ini tidak ada khilaf di kalangan kami (yakni ulamak-ulamak mazhab Syafiie). 

Wednesday, November 25, 2015

SUP URAT KETING

No comments :

Petang semalam, suami dah pesan tak yah beli tapau.
Dia ajak makan luar.
Jemu dgn menu yg i beli letttteewww ;p
Ye lah ols, apa je yg i leh order yg suite for tapau kann??
takkan i nk order siakap steam limau bawa balik??
pusing2 i order ikan kembung pedas la, ayam goreng kunyit, tomyam,sup.
Gituu je laaa.. kang order nasi goreng, dah sejuk pulek.
Kalau kanda sudah berkata begitu,
eh pucuk dicita ulam-ulaman mendatang sgt neh!
So, i balik keje, boleh zasss balik umah...

Sampai umah, mandi solat asar..
lepas tu.. aktiviti favorite i...

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

MEMBONGKANG!!

:: hahahahaha... nampak tak bantal 2 ketol tu?? nmpk x?? memang kenot alih2 ok! Hari2 mmg dia duk kat situ. Walau mata i sakit nengok nya, tapi i sabar je xnak alih. Nanti jenuh nak amek2 dari bilik. My fav spot ni . Suami i ada port dia juga. tapi i pnya lagi VIP sket, sbb betul2 dpn TV. hahahah.. lagipun aircond betul2 atas sofa ni, so takde lah sejuk sgt. Sbb dia tak shoot direct kat i.  ::

I kan skrang tgh layan LaUsupadora.
So balik2 keje mmg i tgk balik yg recorded.
Sambil tggu maghrib.
Lagi satu kan...
I nak mengaduuu....
Sekarang petang2 asyik hujan lebat..
Bila hujan lebat kan..pintu rumah tu akan bunyi mcm org ketuk, sbb bergegar2.
Pintu tu mcm tak rapat sangat. I serrremmm je slalu.
Sekejap2 pandang pintu.
Hidup i jadi tak tenteram!
I nak main kutu lah tahun dpn, nak tukar pintu!
Abang, sila terasa! hahhhaa..
Darling i tu kan... setiap kali i minta tukar pintu, balik2 pi belek hat meranti, cengal,nyatuh..
Memang laa mahall hat tuuu... sampai kesudah lah bertabah dgn pintu gegar2 cenggitu!
I x boleh la suspend2 gitu, jadi nebes tak tentu arah. 
Hmmm.

Sambung cete. Dah melalut kelaut kelulut dah i. huhu.
Malam tu kami dinner kat Sup Urat Keting Seksyen 8 bangi.
I panggil urat ketin'g'. Sebab mmg kita panggil keting pun kan?
Tapi kedai ni panggil ketin without 'g'.
Eh sokati pak hang lah nak panggil apa.
Kesah pulek i kan? bahahaha.

:: Pic credit to :   Kucing Goreng Gemok ::

Kat sini ala2 'soup heaven' la.
Ko nak sup apa?
daging?dari ke tulang sampi ke ekor dia ada.
Perut, limpa? semua aderrrr.
Mak bapak je tadek! :p
Kat sini terpaling win, sup urat keting dia!
mengkome penah cube ke idok??
urat keting tu putih2. urat kat kaki lembu tu.
Rasa dia kenyal2 mcm jelly. Sedap n feel olsss..
Sup dia dah laa pedas masam melawan!

I akan bagi review yang jujur2 je taw.
X sedap i kata tak sedap.
But the taste is subject to people lah kan?
Mgkin tekak i rasa tak sedap, tekak u ols rasa terpitam2 kesedapan kan??

Bagi i sup dia not bad.
Tapi takdelah sampai siang malam terbayang2 gitu.
Sesekali nak layan sup panas2 gitu, i rekemen lah juga.
Silakan... k? 
Nanti i bagi address kat bawah...


:: Mula2 kami order bihun sup tulang. ek eh tak cukup ols nak share2 apa hal kan?? lepastu baru order bihun sup urat keting. Tapi dah sabung menyabung makan, terlupa snap yg urat keting tu. Tapi amponn sgt  i lupa harga berapa, sbb boss yg bayar. hehehe. i rasa dalam RM8 semangkuk ::

:: Kat sini ada stall nasi kerabu,rojak singapore and satay juga. so malam tu kami makan rojak singapore. amek sikit je. ada paru juga. RM10 cenggini. Taste? biasa2 je. boleh la buat2 ilang gian pasemboq ::

Sapa ada dekat2 area bangi,kajang boleh la try.
Yg jauh2 i rasa mcm  tak worth-it piula. 
tapi sokati engkorang lah labu :)

Ni address dia :

Restoran Sup Urat Keting
80, Jalan 7/7C, Seksyen 7,
Bandar Baru Bangi
Selangor
GPS: 2.971338,101.774215


Tuesday, November 24, 2015

COOK WITH LOVE

No comments :

Semalam petang balik kerja,
Singgah beli makanan tuk dinner.
I selalu beli kat Restoren Sarina (Sarina ada restoren weii.hhaha) dekat ngan umah i.
Sebelah dengan kedai dobi yg i selalu hantar ironing.
Masakan dia mmg sedappp! price pun average. 
Sambil tggu orang tu masak, i pun duk termenung.

:: I beli tomyam putih, ikan kembung 3 rasa & daging goreng kunyit. It cost me RM21.00 ::
 
Dah dekat sebulan kot i tak masak.
Sejak demam aritu, i jadi kembang tekak bau tumisan.
Tapi sekarang mcm dah lega sikit.
Cuma jujur sejujur2nya, i tak berdaya nak masak!
First and foremost, mmg faktor MASA.
I dah cete dalam past entry kan, mcmmana my daily routine.
I sampai rumah, ngam2 tuk mandi, solat asar and ada la rest dlm 15minute.
Then solat maghrib, later, out for fetch husband.
Jemput suami, return... took about 40minute la juga.
Balik dari jemput suami, dia mandi2 and solat maghrib.
Ujung2 waktu dah. Sian dia terkejar2.
Lepastu kami solat isya'.
Then celah mana saya nak masak?
Start masak at 8.30pm??
Siap masak 9pm lebih? makan settled2 kol 10pm?
Basuh pinggan, mop kemas semua??
Nak tggu nasi turun?
Kol bapa i boleh baring for rest?
and sleep at what time??
Sebab i bangun pagi 4.50am everyday!
Apa i buat bgn awal2??
Adalah... rutin2 tertentu yg kita biasa amalkan,before subuh.
Then masuk2 subuh terus solat.
and begitulah rutin harian saya.

Ya Allah saya dah kenapa syik cete benda2 ni je skrang??
Maaflahh. Maaf...
Saya tahu, ada lagi ramaii di luar sana di uji macam2 dugaan.
Sebenarnya saya rasa bersalah sangat bila tak dapat masak tuk suami.
Saya tak dapat lah nak explain detail why suami saya sngt mendambakan masakan sang isteri.
Antaranya, sebab dia pun tak sihat. I pun mmg bukan sihat.
So masakan kedai kan byk guna MSG..bahan perisa bukan2.
Dont talk about the food quality, such as the freshness, hygienic.
Memang sah2 can't beat with our own.
Sebab tu suami saya sangat appreciate lah kalau saya masak!
walau sekadar telur tetel pecah2 tu.
Dia akan makan beria-ia.
Kalu i masak bihun tu, bertambah2 dia makan.
Walau dia tu bukan jenis pemakan orang nya.
Tapi buat masa ni saya betul2 'out of mood' tuk masak!
Saya pandang sebelah mata je lauk2 basah tu.
Bawang dah siap blend pun dah berubah warna, tak berusik.
Mohon Allah kembalikan semangat memasak saya.
Serapkan kembali roh memasak yg dah berjalan2 kemana2 tah si roh tu.

I STILL LOVE TO COOK FOR MY HUSBAND!
I WILL DO!  
COOK WITH FULL OF HEART!
COOK WITH A LOT OF LOVE!

Suami saya tak kisah sangat sebenarnya.
Sebab yang makan dua mulut je.
I plak ada tebiat, kalau i yg masak, mmg i akan kuis2 je makanan tu.
Memang cara terbaik sgt kalau nak diet kayak gitu pun. hahaha
Lagipun suami i mmg akan nmpk i jadi penat sgt kalau masak.
Sbb i kan ada penyakit 'nak semua elok and kemas' je kan?
Masak nya sikit, nanti nak mengemas je kemain berjam2 renyah!
Nama pun penyakit, bukan saja2 taw!
Kadang cuba buat2 tak nampak ada setitik kesan minyak.
tapi i kenot. I akan amek span + cif, tenyeh2.
Bila dah tenyeh cif, kna lap balik dengan tissue.
Haiishhh!!
Beside i pun bukan mcm orang lain, sihat.
Hmmm..
Tacing nya lahaaiiii. Sian suami i :(

Ni luahan hati i je.
Setiap orang ada impian what u want to be. 
Or.. how u want it be. 
Kita plan macam-macam.
Kita berangan bagai2.
Tapi Allah jua perancang terbaik.
Begini dan setakat ini saja yg kita mampu.
Again, Allah takkan bagi apa yang kita nak.
Dia akan bagi apa yg cukup buat kita.

Allahuakbar. 

Monday, November 23, 2015

BALIK KAMPUNG oooo BALIK KAMPUNG

2 comments :

22 November ada 2 kenduri sepupu.
Satu si Nidzam, anak buah emak; Anak Paklang Mail.
Lagi satu anak2 pakndak(pengantin 4), anak buah ayah.
So kita bagi 2 lah.
Hafiz wakil kan emak pi kenduri nidzam kat dewan risda,ampang.
Kami semua, moh la balik kampungg..
Lagi sonott p kenduri kampung,kan???
Naik Si Nova, senang sumbat 1 kete.
Bawa sekali abam n auni.
Jom kelik kampung wehhh.. ;)
Ours at Tanjung Bidara, Melaka.

:: Kita amek mood dlu..huhu::

:: Si embam ni sebok suh posing 'spiderman'. ak igtkan mende lah..rupanya gaya ni , gaya spiderman nak keluarkan 'web' dia..hahahha.. kita kalau sign gini, ala2 rockkk ooo kann?? huhu::

:: yeah yeah::

:: Kesayangan kami ni, cik tam and anak2 menakan dia duduk belakang skali. hehee::

:: Gf and bf i... bonda & Ayahanda ::

::  Angah anak pakndak. Umur dalam 28yrs la kot ::

:: Bride ::

:: Bride again ::

:: Batal air semayang. elllleeeehh padehal dah kentut kenn?? :p ::

:: bride & groom ::

:: 2 pasang pengantin. Yg baju merah lelaki tu, Nasa. Adik pada si angah. Dah menikah bulan lepas kat JB ::

:: Kepak kepak kepak kepak kebom kebom kebom kebom..kebabooommm ::

:: I jadi mak angkat diorang aritu. Kanan auni, kiri abam, I tak makan pun time ni, kenyam lagi makan roti canai pagi tadi nya ::

:: masih mengekalkan imej spiderman beliau. ::

:: With bride and my sister, bedah :: 

:: Di pelaminan::

:: Perlu kekalkan gaya web spiderman kah?? ::

:: Dengan cousins2 ::

:: The makcik's and cousin's::

:: Layannnssss... :: 




:: Kita pindah kat pelamin pulek.hihi ::

:: Perantin masih baru.Plastik tak tanggal lagi. hahhaha ::

:: Alololo::

Eh apalagi nak cete kan??
Orang kawen, gitu je lah pun. Huhuhu.
Abis kenduri, lepak umah pusaka atuk kejap.
Solat jama' and gerak balik KL.
So malam tu kami tidur umah mak;Ampang.


Malam layan Gegar Vaganza.
Alamakkkkk Nizam Laksamana keluar .
tapi ok la..malam td dia kurengg sket.
So my Nana is ohsem. Go Nana! I suka la dia.
Pakai tudung elok labuh.
Sopan.