Monday, November 30, 2015
FREEPORT A FAMOSA OUTLET a.k.a MELAKA PREMIUM OUTLET & ALIFF BERSUNAT
Ahad pagi smlm, masih di rumah emak.
Bangun pagi, nak p hantar Afiqah balik UiTM Melaka.
Fetch dia kat Desa Pandan, and zasss terus ke Melaka.
Singgah breakfast kat area2 uitm sana.
:: Makan roti canai kedai kampung, gilerr heaven! roti diaaa garing..lembut gebu.. cuma kuah dia je tak berapa nak ummpphh.. ::
Settled hantar... its still early morning. About 10am!
Ternampak la orang jual udang geragau segar tepi jalan.
Tergedik2 lah memborong 3 longgok = RM15.
Ayah la sukaaa sgt cekodok geragau.
Selalu dia kirim kalau kami p melaka.
Tapi geragau ni bermusim. Bukan sentiasa ada.
Pix geragau yillek pochi.
Sebab tiba2 pakcik2 jual geragau tu kemain peramah bergebang2.
Bila dia tau kami orang Melaka, eh makin rancak kau!
Otw balik, singgah Melaka Premium Outlet baru.
Baru smlm(sabtu 28/11/2015) opening!
Nama dia bukan camtu, apa tah nama sebenar dia.
Ala2 A famosa outlet apa tah.
Tapi sokati i la nak bagi dia nama apa.
Sbb dia blom daftar JPN lagi surat beranak dia. hahaha.
:: Dah nak balik baru tingat nak snap pix building diaa.. panjang... ok la jugaaaa... interior dalam dia, ok juga la..ada air pancut bagai.. ::
Tempat ni ala2 JPO. Tapi tak byk brand ada sini.
Coach ke mulberry ke burberry ke mcm JPO.
Nan hado! takat Sembonia,Carlo Rino gitu2 la.
I baru berangan2 nak ngendeng2 suami seketol Coach.
Ya Allah kesiannya I, orang lain LV, PRADA, MIU MIU, FERRAGAMO selamber je .
I baru terhegeh2 nak rasa Coach? bahahahha. Pity u mak esah!
Tuuu pun tak dapat2 juga!!!
End up settled kat Carlo Rino je.
Carlo Rino je kauu! xyah la kata i nak show-off ke apa tawww..HAAHAHHA...
sila nangess..
So i dah buat perjanjian dgn suami i, i nak p JPO juga2.
Since i tak pernah sekali pun cecah kaki kat sana.
Kesian tuk kesekian kalinyaaa...
kurang2 dpt keychain LV pun jadi lah... tsk tsk tsk.
:: Giler selesa kasut ni . I nak yg mustard. Tadek size. Tinggal yang display je. I dowan yg display. tah kaki sapa yg test. eeeyyyeew. So kita settled dgn kaler dark peach ni je la. ::
:: Colourful tapak dia, tapi soft and murahhh. hahhaha.. Harga asal RM149. Disc 50%. Sila kira sendiri. I amek 2 pairs terusss. 1 tu sandal. Suami i kata, sayang tak penah beli sandle elok sikit. Bahekk tuan.. Nampak nau selama ai ni dia perati je pangai gua pakai slipper flip fop tu je pi mana2. eh, i yg pakai u yg panass?? apa hall?? hahhaa ::
::CR..::
:: Yang mana satu, idaman qolbu... Ni pun suami i yang pilih. I redho je. Sesekali kita kena appreciate juga taste suami... ::
:: Ha sandle ni lah. tak comel mana pun...tapi selesaaaaa... pun 50% discount.. Eh si mustard tu ada plak kat situ. I nak yg ni lah. Tapi tadek size. I kena amek size 6 kau! sbb size 7 dia mcm longgar. Ehem. Petanda kaki kurus kah? ihok2 ::
:: Cik abang sayang mentayangg.. kat cashier. Kita buat2 la jawab call..tiba2 ada incoming call ke kan... kah kah kah. ::
Kami tak jalan abis pun.
Half way je terus patah balik.
Banyakk lagi store belum buka.
Mostly open 4hb ni.
And... risau geragau dlm kete tu.
Sekaliii betulll kauu!!
dah membusuk!!
Huaaaa.. Laki i drive kemain laju.
Demi geragauuu! kalau jadi apa2 pada kami, kita putus je lah geragau!!! ggrrr.
Kami balik umah Kajang dulu.
Cepat2 masuk dalam freeze beku geragau tu.
Tapi dah ada bau2 sikit laaa... huaaaa...
Balik umah, sepantas kilat basuh baju.
Iron baju.
Kemas2 sikit.
Solat zuhur, rest sekejap.
Lepastu balik Ampang.
Singgah makan KFC kat Tesco Kajang.
Sampai Ampang, udang geragau sudah membusuk!
Mesti dah tak berapa fresh kot kan??
Cepat sgt jahanamm nyaaa..
So i cakap kat mak.. "humban kan je lah mak..kang makan sakit perut.."
I sampai2 je... kejar nak tgk 'pengantin baru'.
Abamm lahh! Kan abang berkhatan hari ni!!
Sayang mucuk ciknyah dah jadi Abang Kawasan.
Dah big boy. Dah teruna.
Tahniah abam. Bersunat at only 5years old.
Tu pun 9hb ni baru masuk 5 years.
Syabbasss bettttiii bahiyyyaa!!
Ni lah baru keturunan Tok Senin Gagah perkasa.
:: Mama dia cete, time bius je dia menangis. ::
:: Baru a few hours sunat, dan2 ko jd matured tak tentu hala kan?? malu2 plak ai nk snap pic.. ::
:: Tak nampak plak bentuk kelambu baby kat kaki dia tu. Sapa tah yg kreatif letak kelambu baby kat bhgn pinggang ke bawah. So kain tu takde lah kena kat birdy dia. Lepastu tutup kelambu dgn kain pelikat. Senang kan?? takyah gantung2 atas syiling lagi... tapi bagi budak yang kaki dia pjg, mmg tak praktikal lah kot ::
Malam tu layan Gegar Vaganza.
Sampai 2 peserta je nyanyi, Nassier Wahab dengan Azian Mazian Sapuwan.
Lepastu i dgn suami dah kelaut carribean, laut dalam dan juga laut merah....
ZZzzzzzzzzzzzzzzzzzz.
Sebab dari pagi melenjan kulu kilir kot..
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
No comments :
Post a Comment